Kelab Greenboc |
- Najib Boleh Adakan Sekatan Politik Tapi Najib Tidak Boleh Sekat Yang Ini...
- Mahfuz Cerita Detik Balingan Kasut Yang Hampir Terkena Beliau
- Lagi Dituduh Anti-Melayu Lagi Ramai Melayu Sertai DAP
- Tiada Pasukan Khaskah Ditubuhkan Untuk Siasat Yang Kencing Macam Anjing Ini?
- Terkena Batang Hidung: Rumah Polis Kena Rompak, Jenayah Menurun?
- Kuota Haji Tidak Disekat, Bukti Nyata Menteri UMNO Berdusta!
- [VIDEO & BERGAMBAR] Himpunan Hijau Raub 209 Bantah Sianida Di Lombong Emas
Najib Boleh Adakan Sekatan Politik Tapi Najib Tidak Boleh Sekat Yang Ini... Posted: 03 Sep 2012 05:07 PM PDT Najib dilaporkan meminta anggota Barisan Nasional (BN) bersatu hati membentuk 'sekatan politik' untuk memastikan hasrat dan langkah pembangkang merampas Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang dapat dihalang, demikian lapor BERNAMA kelmarin. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata sebab itu Umno dan parti komponen BN yang lain perlu muncul sebagai parti yang bukan sahaja boleh menang tetapi menang besar dengan cukup bergaya. "Kalau mereka (pembangkang) ada slogan 'The Road To Putarajaya' (Laluan Ke Putrajaya), kita nak sekat mereka jangan sampai ke Putrajaya, kita tak nak buat 'roadblock' (sekatan jalan) polis tapi kita buat 'roadblock' daripada segi politik kerana mereka tidak layak duduk di Putrajaya. Apa yang disampaikan oleh Najib itu lansung tidak akan memberi bekas kerana tiada siapa layak untuk mengadakan sekatan jika Allah mengkehendaki pertukaran kerajaan dari BN kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara. Putrajaya bukan milik UMNO BN. Firman Allah di dalam Al-Quran surah Ali-Imran ayat ke 26 bermaksud; ".... Engkau memberikan kekuasan kepada orang yang Engkau kehendaki dan mencabut kekuasaan dari orang yang Engkau kehendaki..." (Ali-Imran: 26) Doa dan munajat berterusan kita akan mengalahkan UMNO BN dan menurunkan Najib dari takhta kekuasaannya. Segala penipuan, segala kezaliman dan segala ketidak-adilan UMNO BN perlu dihentikan dengan segera dengan menggantikan mereka dengan Pakatan Rakyat.
Tidak Akan Mampu Sekat Yang Ini |
Mahfuz Cerita Detik Balingan Kasut Yang Hampir Terkena Beliau Posted: 03 Sep 2012 08:31 AM PDT Mahfuz: 'Kasut dibaling nyaris terkena saya' ALOR SETAR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar nyaris terkena balingan kasut oleh kumpulan Perkasa yang hadir membantah majlis tazkirah Maghrib bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, malam tadi. Katanya, balingan kasut itu yang disasarkan ke arah Anwar bagaimanapun, terkena jemaah yang duduk di sebelahnya. "Kedudukan saya dengan Anwar ketika itu, hanya selang tiga orang. Saya terkejut apabila ada kasut (sandal) terkena orang di sebelah saya. "Rupanya kasut itu dilempar melalui tingkap masjid oleh ahli kumpulan yang membantah di luar masjid," katanya ketika dihubungi. Mahfuz berkata, perbuatan melempar kasut ke dalam masjid adalah perbuatan biadap kerana mencemar rumah ibadat yang dihadiri jemaah untuk solat dan mendengar tazkirah. "Mereka sanggup mencemar tempat suci dan saya anggap ianya suatu penghinaan kepada institusi masjid. Perbuatan itu tidak wajar sebab orang ramai datang untuk dengar tazkirah, bukan ceramah politik," katanya. Menurutnya, kumpulan yang didakwa didalangi Perkasa Kota Setar itu dianggap tidak menghormati imam masjid tersebut kerana imam terlebih dahulu mengumumkan Anwar dibenarkan mengadakan tazkirah. "Anwar mematuhi syarat ditetapkan iaitu hanya menyentuh isu agama dan pembangunan ummah, tanpa menyelitkan isu politik. Perbuatan melampau yang memberontak hingga ke dalam masjid itu seolah mahu menggambarkan tazkirah mempolitikkan masjid, sedangkan ia tidak berlaku," katanya. Mahfuz berkata, tindakan Perkasa itu seolah provokasi politik pihak tertentu dan Umno tidak boleh menafikan pembabitan mereka dalam insiden itu memandangkan,Pengerusi Perkasa Kota Setar memegang jawatan dalam Umno. "Saya kesal seorang pemimpin Umno bertaraf Datuk sanggup mengepalai gerakan mencemar rumah ibadat, dan gelaran itu wajar ditarik balik ekoran dianugerahkan oleh Sultan Kedah, selaku Ketua Agama Islam Kedah," katanya. Menurutnya, penduduk memaklumkan mereka tidak kenal peserta yang membantah kerana bukan anak kariah. "Ini bermakna mereka orang luar yang datang membuat kacau. Perbuatan mereka itu lebih biadap berbanding memijak gambar pemimpin," katanya. Mahfuz berkata, sejurus 10 minit Anwar berucap, bekalan elektrik diputuskan pihak tertentu, menyebabkan jemaah terpaksa berpanas dan bergelap ketika mendengar tazkirah. "Hanya lampu kecemasan berfungsi dalam masjid ketika itu. Bekalan elektrik kembali pulih ketika jemaah berdoa selepas menunaikan solat Isyak," katanya. Kelmarin, sekitar 6.20 petang, lebih 50 ahli Perkasa Kota Setar mengadakan demonstrasi menentang penggunaan masjid itu sebagai medan politik Anwar. Mereka seterusnya mengadakan bantahan di luar Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, tempat di mana Anwar menyampaikan tazkirah Maghrib. -SH Ulasan GB Sudah ada pengakuan dari PERKASA yang bertindak liar di dalam masjid tatkala Anwar Ibrahim menyampaikan tazkirah. Sekalipun jika mereka tidak bersetuju dengan tindakan Anwar, apakah hak mereka di sisi undang-undang untuk melakukan pencerobohan dan keganasan di dalam dan di kawasan masjid? Polis perlu bertindak kerana sudah ada pengakuan. Ini bukan kali pertama. PERKASA, di mana saja, berkelakuan dan bertindak samseng dengan meletakkan undang-undang di dalam mereka sendiri tetapi sehingga kini polis mendiamkan diri tanpa mengambil tindakan tegas terhadap mereka. Kita meminta polis bertindak tegas terhadap PERKASA sebelum negara menjadi huru-hara kerana kelemahandan kengganan polis di dalam mengawal tingkah laku mereka. |
Lagi Dituduh Anti-Melayu Lagi Ramai Melayu Sertai DAP Posted: 03 Sep 2012 06:27 AM PDT Johor Bharu - Sepasang suami isteri yang memiliki latar belakang akademik tinggi mengambil keputusan menyertai DAP bagi membuktikan parti berkenaan adalah untuk semua rakyat Malaysia. Prof Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi bersama isterinya, Norhayati Yusof memilih parti itu untuk menjelaskan bahawa DAP bukanlah untuk bukan Melayu sahaja. Mohamad Tajuddin berkata, serangan segelintir pihak terhadap DAP kononnya parti itu anti-Melayu dan anti-Islam mahu ditanganinya secara ilmiah. "Saya tidak terlalu minat bidang politik dan orang parti. Cuma saya agak kurang senang terhadap serangan segelintir pihak kepada rakan-rakan bukan Melayu khususnya dalam DAP bahawa mereka anti-Melayu dan anti-Islam. "Sebagai seorang ahli akademik, saya mahu perkara ini diperbetulkan dan saya mahu menjadi 'jambatan' antara orang Melayu dan bukan Melayu seterusnya mengajak bersama menyertai DAP," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Bilik Gerakan DAP Dewan Undangan Negeri (Dun) Stulang di Taman Maju Jaya, di sini, semalam. Hadir sama, Setiausaha Publisiti DAP merangkap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Pengerusi DAP Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Dr Boo Cheng Hau dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong. Tajuddin berkata, penyertaan dalam DAP sebagai ahli biasa membuktikannya percaya kepada kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuklah parti komponen lain iaitu Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). "Saya juga hormat satu atau dua pemimpin Barisan Nasional (BN) kerana mereka orang yang bertanggungjawab. "Akan tetapi, saya memilih untuk menyertai DAP. Tambahan pula, saya kenal dengan rapat Dr Boo selama beberapa tahun malah percaya dengan kepimpinan beliau," katanya. Sementara itu, Norhayati yang merupakan bekas guru berkata, penyertaan dalam DAP dengan mengikut jejak suami merupakan percubaan baru dalam kehidupannya. "Sebab saya masuk DAP adalah kerana saya mahu memberitahu kepada rakyat bahawa DAP bukanlah parti untuk bangsa Cina dan India sahaja, sebaliknya untuk semua. "Ini kerana kebanyakan masyarakat mempunyai persepsi DAP adalah untuk bukan Melayu sahaja. Oleh itu, menerusi penyertaan ini, saya mahu rakyat Malaysia buka hati dan minda untuk menerima DAP," katanya. -SH Ulasan GB Tepat pemerhatian GB sebelum ini. Sewaktu mengulas penyertaan dua orang kanan Najib ke dalam UMNO, Sakmongkol dan Aspan Alias, GB menyatakan: Begitulah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Pemimpin UMNO dan media massanya menyerang DAP bertubi-tubi, tanpa disedari, natijah dari serangan itu, dua blogger hebatnya kini menyertai DAP. Melopong UMNO kali ini, apa tidaknya, Sakmongkol AK47 (Mohd Ariff Sabri Aziz) adalah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada 2008 dan juga ketua penerangan bahagian Pekan yang merupakan kawasan Datuk Seri Najinb Tun Razak. Aspan Alias pula seorang veteran Umno Negeri Sembilan yang tajam penanya, lantang mengkritik pentadbiran pemerintah sejak beberapa tahun lalu. Lagi kuat UMNO hentam DAP, lagi ramai ahli UMNO sendiri yang akan sertai DAP. Jangan main-main dengan hukum kebenaran dan keadilan. |
Tiada Pasukan Khaskah Ditubuhkan Untuk Siasat Yang Kencing Macam Anjing Ini? Posted: 03 Sep 2012 03:02 AM PDT
MENGAPA "DOUBLE-STANDARD"? SEMAI POLITIK KEBENCIAN MELAMPAU? Pijak Gambar Pemimpin Negara Perbuatan Melampau |
Terkena Batang Hidung: Rumah Polis Kena Rompak, Jenayah Menurun? Posted: 03 Sep 2012 01:05 AM PDT Ayer Tawar - Seorang pegawai polis mengalami kerugian kira-kira RM20,000 apabila rumahnya di Taman Permata di sini, dirompak malam kelmarin. Mangsa, M D Amarthalingam berkata, ketika kejadian mereka sekeluarga tiada di rumah kerana menghadiri majlis perkahwinan sanak saudara di Kuala Lumpur. Menurutnya, dia sekeluarga terkejut apabila mendapati rumah mereka dalam keadaan berselerak setelah pulang dari majlis berkenaan pada jam 6 petang, semalam. "Kami sekeluarga ke Kuala Lumpur pada Khamis lalu dan pulang semalam. "Apabila membuka pintu, saya amat terkejut melihat keadaan rumah yang tunggang-langgang. "Saya mengesyaki sesuatu yang buruk telah berlaku dan bergegas memeriksa wang milik anak saya. "Saya dapati wang anak saya sebanyak RM7,000 dan beberapa barang kemas telah hilang," katanya. Tambahnya, perompak berkenaan dipercayai masuk ke rumahnya melalui pintu di bahagian belakang rumah. "Apabila saya ke bahagian belakang rumah, saya dapati kekisi tingkap telah diumpil dan mengesyaki perompak terbabit memasuki rumah melalui tingkap berkenaan," katanya. Malah, terdapat ladang kelapa sawit di belakang rumah Amarthalingam yang menyebabkan kejadian rompakan itu tidak disedari oleh jiran sekitar rumahnya. "Ini adalah kejadian pertama rumah saya dipecah masuk dan keadaan belakang rumah yang banyak tanaman kelapa sawit menyebabkan tiada orang perasan kejadian rompakan itu berlaku," katanya. Bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana keluarganya selamat walaupun kehilangan harta benda. "Satu laporan polis telah dibuat berkenaan kejadian itu bagi memastikan penjenayah berkenaan dibawa ke muka pengadilan," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. - Ulasan GB Berulang kali GB sudah katakan tapi Menteri KDN, Pemandu dan KPN masih bertegas menyatakan kadar jenayah dah turun. Petikan ulasan GB yang lalu Sekarang satu demi satu terkena batang hidung, beberapa hari lepas Bekas ketua Wanita UMNO Bukit hangus mati ditikam, pada bulan lalu banglo Rahim Tamby Chik diceroboh, dari berita di atas rumah bekas Ketua Polis Melaka dan jirannya di Taman Sentosa kena rompak dan kini rumah exco di pecahmasuk. Beberapa rumah artis juga menjadi sasaran seperti Wardina, Mawi dan terbaru rumah Aznil dan Imuda. Anggota polis nampak gayanya lebih memberi tumpuan untuk menyekat parti politik pembangkang dengan segala kekuatan FRU, CID, SB dan sebagainya ditambah untuk mengekang kebangkitan rakyat dan mempertahankan kerajaan UMNO BN yang dah nak tumbang. Sedangkan persoalan jenayah diabaikan dan dipandang remeh. Kita bukan nak mentertawakan polis apabila rumah anggotanya dipecah masuk, tetapi kita ingin mengingatkan polis supaya berkhidmat untuk rakyat dan negara bukan untuk UMNO BN yang kini nazak cuba mempertahankan kuasa. |
Kuota Haji Tidak Disekat, Bukti Nyata Menteri UMNO Berdusta! Posted: 02 Sep 2012 10:40 PM PDT Putrajaya - Kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota 28,000 orang untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Bagaimanapun, katanya permohonan untuk mendapatkan kuota tambahan akan diteruskan berikutan masih ramai jemaah Malaysia yang belum berpeluang menunaikan haji ekoran kuota yang terhad setiap tahun. Sehingga kini seramai 936,000 rakyat Malaysia termasuk 4,000 daripadanya berusia lebih 75 tahun sudah berdaftar untuk menunaikan haji, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Masjid Putra, di sini malam tadi. Sebelum ini isu kuota haji untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini menjadi kebimbangan banyak pihak dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lepas. Berikutan tindakan itu, kerajaan Arab Saudi menghantar nota diplomatik kepada Wisma Putra untuk melahirkan rasa kecewa dengan tindakan berkenaan. Sehubungan itu Jamil Khir menasihati jemaah haji Malaysia supaya menjaga tingkah laku dan ketertiban sepanjang berada di tanah suci serta tidak mengadakan sebarang program atau perhimpunan yang tidak dibenarkan. "Maka ini akan menjadi satu kekuatan untuk kerajaan Arab Saudi untuk sentiasa melihat Malaysia sebagai negara keutamaan apabila mereka ingin memberikan kuota tambahan dan sebagainya," katanya. Beliau berkata penerbangan pertama untuk ke tanah suci tahun ini akan bermula pada 17 Sept melibatkan 400 jemaah dan penerbangan terakhir pada 29 Okt. Katanya kerajaan juga akan mengekalkan kos haji untuk 28,000 jemaah muassasah iaitu pada kadar RM9,980 seperti tahun lepas, manakala jemaah kali kedua atau seterusnya perlu membayar tambang mengikut kos sebenar tanpa subsidi. Mengenai Kursus Perdana Haji yang dianjurkan serentak di seluruh negara, Jamil Khir berkata ia diharap akan memberikan gambaran dan panduan lengkap kepada bakal jemaah untuk melaksanakan ibadah kelak. "Kursus ini adalah sebahagian daripada apa yang dirancangkan supaya Malaysia kekal menjadi negara ikon, contoh dan penanda aras kepada negara-negara dunia yang melihat Malaysia begitu tertib, berdisiplin dalam pengaturan dan penyusunan jemaah haji," katanya. Katanya Tabung Haji juga sudah melancarkan e-Book supaya dapat dijadikan panduan untuk jemaah Malaysia merujuk mengenai sebarang masalah berkaitan ibadah itu.- Bernama Ulasan GB GB dah kata dulu. GB tulis di sini: Kuota Haji Akan Disekat? Menteri-menteri UMNO Malaysia Memang Pendusta Jamil Khir, Anifah Aman dan Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab kerana berdusta. Cuba memburukkan BERSIH tetapi akhirnya pendustaan itu tidak menjadi. Kuota haji memang tidak disekat tetapi menteri-menteri tersebut berbohong semata-mata untuk menakut-nakutkan rakyat dengan mempermainkan kuota haji melalui fitnah terhadap BERSIH dan kerajaan Arab Saudi, kononnya kerajaan Arab Saudi akan menyekat kuota haji tahun ini. Ketiga-tiga menteri itu lansung tidak takut dosa. Tak takut Tuhan dan tak takut lidahnya dikerat kerana berbohong dan berdusta. Tidak mengapa, kita serahkan mereka kepada Allah swt untuk membalas segala perbuatan hina mereka itu. klik untuk baca |
[VIDEO & BERGAMBAR] Himpunan Hijau Raub 209 Bantah Sianida Di Lombong Emas Posted: 02 Sep 2012 08:00 PM PDT Kumpulan besar berdemo di Raub Ribuan orang berkumpul di sepanjang Jalan Bukit Koman, Raub untuk menyatakan bantahan mereka terhadap penggunaan sianida di lombong emas berdekatan. Peserta "Himpunan Hijau Raub" itu rata-rata memakai kemeja-T hijau, bersorak dan mengambil gambar sendiri sebelum perhimpunan itu bermula kira-kira pada jam 2.15 petang. Penduduk Kampung Baru Bukit Koman, berdekatan lombong itu mendakwa penggunaan sianida menjejaskan kesihatan mereka tetapi perkara itu ditolak oleh kerajaan dan syarikat pengendali peng Raub Australia Gold Mining Sdn Bhd. Penduduk, khususnya melalui Jawatankuasa Haramkan Sianida sejak 2007 menentang operasi itu melalui pelbagai cara, termasuk mahkamah. Mereka berkumpul di padang kompleks sukan Raub yang dikenali penduduk setempat sebagai Padang milo. Polis melarang mereka berarak dan meminta Raub Australia Gold Mining menghantar wakil untuk menerima nota bantahan. Dalam pengumuman menyuraikan peserta pada jam 4.33 tadi, penganjur bagaimanapun menyuarakan kekesalan mereka terhadap Raub Australia Gold Mining yang didakwa hanya menghantar dua kakitangan junior untuk menerima nota bantahan penduduk. Mereka juga menyerahkan salinan dokmen itu kepada Ketua Polis Daerah Raub Wan Mohd Samsudin Wan Osman dan mendesaknya memastikan salinan itu sampai ke meja presiden syarikat itu. -mk Tuan Ibrahim beri cara selesaikan projek bahaya |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment