Kelab Greenboc |
- Bajet "Bunga Telor" - Najib Bakal Di"Mubarakkan"
- [BONGKAR] Penipuan SPR - 64,100 Pengundi Pos Didaftar Dalam Sehari, 5 Juta Tiada Alamat
- Awasi Tingkah Laku & Gelagat Anak Gadis Anda!
- Negeri "Fixed Deposit" BN Terpinggir Lagi Dalam Bajet 2013
- Najib Bacul! Berani Hentam Anwar & PR Tapi Pengecut Untuk Berdebat
- Belanjawan Bingai: Hutang Negara Semakin Bengkak Menjadi RM502 Billion
- Najib! Kamu Jangan Ponteng Sesi Bahas Bajet Isnin Nanti...
Bajet "Bunga Telor" - Najib Bakal Di"Mubarakkan" Posted: 29 Sep 2012 04:32 PM PDT Bajet 2013, bajet 'bunga telor' Pilihanraya kali ini sangat mahal harganya. Mahal sungguh untuk pihak pemerintah untuk mempertahankan kuasa yang semakin menipis itu. Semalam hampir dua jam Perdana Menteri merangkap Menteri Wanita membentangkan bajet 2013 dan begitu ramai yang memanggil saya untuk minum kopi dan memberi komen tentang pembentangan bajet itu. Saya telah membuat kenduri untuk dua orang anak saya berkahwin dan apa yang saya nampak bajet kali ini banyak memberikan tumpuan kepada 'handouts' untuk pilihanraya dan ianya tidak lebih dan tidak kurang seperti pemberian 'door gifts' kepada tetamu yang datang untuk kenduri kendara kahwin anak-anak kita. Salah seorang dari rakan saya yang berkhidmat di salah satu jabatan kerajaan memberitahu saya seminggu yang lepas yang bajet kali ini adalah bajet 'bunga telor'. Apabila saya bertanya apa maksud beliau, dengan tegas beliau mengatakan yang bajet kali ini ialah bajet yang menumpukan untuk membeli hati dan jiwa rakyat. BR1M sana BR1M sini dan semuanya itu bukannya memberikan apa-apa faedah jangka panjang tetapi hanya sekadar untuk membeli perasaan rakyat untuk pilihanraya sahaja. Pemberian 'bunga telor' ini hanyalah untuk digunakan buat sementara waktu sahaja iaitu semasa pilihanraya. Najib mengharapkan rasa suka itu akan masih terasa berada di dalam hati pengundi apabila pilihanraya di adakan. Apa yang berlaku selepas itu mereka (BN) tidak peduli kerana jika mereka mendapat mandat lagi BN ada lima tahun lagi untuk mengelentong rakyat sesuka hati mereka. Najib membentangkan kepada kita semua sebanyak 80 peratus dari belajawan 2013 ini adalah belajawan menguirus. Hanya 20 peratus sahaja dari jumlah itu untuk membina pembangunan ekonomi negara. Nampak dengan jelas yang kerajaan hanya menumpukan perbelanjaan untuk menampung perkhidmatan awam dan perbelanjaan mengurus yang lain. Kali ini benar-benar bajet membeli undi dan bajet bunga telor. Bunga telor selalunya nya kita dapati dari seseorang apabila dia menjemput menghadiri majlis perkahwinan yang hanya datang tiga atu empat tahun sekali. Tetapi bunga telor itu tidak dapat memberi faedah jangka panjang pada penerimanya. Ia hanya setakat kenang-kenangan sahaja. Pembayaran 'one-offs' seperti ini tidak akan membawa apa yang di cita-citakan rakyat untuk menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi pada tahun 2020 nanti. Ia akan hanya tinggal slogan dan slogan terus-menerus. Tetapi apa yang kita boleh rumuskan pemberian 'gula-gula' ini sangat mahal harganya. Lain-lain perkataan rakyat terpaksa menanggung harga yang begitu tinggi untuk mengekalkan kuasa di Putrajaya itu. Itulah sebabnya saya berfikir yang bajet anjuran Pakatan Rakyat itu lebih realistik jika kita memilih untuk mengekalkan negara kita sebagai negara yang maju pada masa yang akan datang serta memberikan keringanan kepada kehidupan rakyat biasa. Rakyat akan lebih terasa kebaikannya jika hutang PTPTN serta harga kereta yang murah dirasai oleh rakyat kerana ini lebih memberikan munafaat kepada rakyat yang ramai. Mendapat BRIM sebanyak rm500 itu tidak dapat menampung kos penghidupan yang tinggi yang di alami oleh rakyat. Rakyat mahukan joran bukannya mahukan ikan yang cepat busuk itu. Pihak BN boleh menuduh PR mengemukakan bajet bayangan yang tidak boleh dilaksanakan dan akan membawa negara kearah kebangkrapan tetapi dalam politik dan siasah mengharap itu adalah satu perkara yang biasa dan dirasai oleh setiap rakyat di mana-mana sekali pun. Jika PR tidak berjaya melaksanakan janji-janjinya rakyat mempunyai kuasa untuk menurunkan mereka kembali di dalam pilihanraya yang berikutnya. Apabila sampai ke taraf itu maka barulah benar-benar rakyat yang mempunyai kuasa menentu siapa yang perlu di berikan mandat dan bukannya rakyat dipaksa oleh BN untuk menyambung mandat bagi mereka melakukan segala noda dan dosa terhadap politik dan ekonmi negara dan rakyat kita. Rakyat tidak perlu takut untuk memberikan keyakinan kepada PR kerana jika PR mendapat mandat ke Putrajaya ia hanyalah TOL (temporary occupancy license) bukannya mempunyai hak untuk mendudukinya secara kekal. Itulah kesilapan BN selama ini kerana mereka menganggap Putrajaya itu adalah tempat yang boleh diduduki secara kekal dan boleh melakukan apa sahaja di Putrajaya itu. Bagi saya bajet kali ini ibarat 'door gift' semata-mata, tidak lebih dan tidak kurang dari itu. Maklumlah pilihanraya akan sampai tidak lama lagi. Rakyat tetap menjadi penentu dalam pilihanraya kali ini. Rakyat boleh memilih BN, tempat dan sumber rasuah dan salah gunakuasa yang besar atau memilih pihak yang serius untuk membetulkan dan menyelamatkan negara untuk generasi kita yang akan datang. Jika BN masih mendapat mandat percayalah kita akan menyaksikan rasuah akan berlaku lebih dahsyat lagi pada masa-masa yang akan datang. Kenapa begitu? Jawapannya mudah. BN akan percaya yang rakyat boleh ditipu setiap pilihanraya seterusnya sampai bila-bila. BN akan memperkuatkan lagi kepercayaannya rakyat, khususnya orang Melayu, akan memberikan sokongan kepada mereka walaupun mereka melakukan rasuah secara terang-terangan. Mereka akan lebih percaya yang rakyat terutamanya orang Melayu boleh melupakan dosa dan noda mereka dengan memberikan mereka 'gula-gula' apabila pilihanraya mendatang. Apabila sampai ketahap itu tidak akan dapat lagi sesiapa untuk berbuat apa-apa. Negara hancur dan terus hancur dan tidak siapa lagi boleh memperbaikinya lagi. — aspanaliasnet Ulasan GB Taraf pemikiran orang-orang UMNO kini begitu rendah, termasuklan Presidennya, Timbalannya atau naib-naib presidennya - membernarkan kenyataan bekas presidennya, Tun Dr Mahathir bahawa di dalam UMNO yang tinggal hanya yang bodoh-bodoh setelah sekian lama UMNO menutup pintunya kepada cerdikpandai untuk menyertai parti berkenaan. Maka sebab itu timbul bajet "populis" untuk menarik hati rakyat melalui pemberian RM250 dan RM500 tunai yang merupakan satu kaedah paling buruk dan bangang untuk sesebuah kerajaan lakukan di dalam usaha untuk mempertahankan kuasanya. Pemberian "one-off" sedemikian melambangkan keterdesakan kerajaan yang ada untuk memenangi hati rakyat yang disangkanya mudah digula-gulakan dan diperbodohkan sedemikian rupa. Lebih bodoh lagi apabila pemberian BR1M itu dilakukan dipejabat-pejabat UMNO untuk menunjukkan kepada rakyat UMNOlah yang memberikan wang berkenaan. Dari sudut etika dan undang-undang, hal tersebut ternyata merupakan satu "rasuah" untuk membeli undi seperti yang diungkapkan oleh TDM sebelum ini. GB menyarankan jika pada kali kedua ini pemberian BR1M diagihkan melalui pejabat UMNO, laporan polis perlu dilakukan dan Pakatan Rakyat perlu mengheret Najib serta kerajaan BN ke muka pengadilan. Mudah-mudahan masih ada hakim yang berpegang kepada prinsip kebenaran dan keadilan menghukum Najib dan kerajaannya lantaran rasuah politik itu. Menurut pemerhatian GB, satu hari Najib tetap akan di"Mubarakkan", begitulah juga terhadap pemimpin-pemimpin UMNO BN yang lain - kerana itulah hukum kebenaran dan keadilan. Najib tidak boleh lari dari menutup segala macam korupsi dan rasuah yang dilakukan oleh beliau dan konco-konconya di dalam parti dan kerajaan. Langit tak selamanya mendung - yang bersalah tetap akan terhukum jua! Marilah kita sama-sama berdoa agar ianya menjadi kenyataan. اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه Allahumma arinal haqqa haqqan, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). |
[BONGKAR] Penipuan SPR - 64,100 Pengundi Pos Didaftar Dalam Sehari, 5 Juta Tiada Alamat Posted: 29 Sep 2012 08:01 AM PDT Kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipertikaikan lagi apabila audit yang dibuat ke atas daftar pemilih mendapati 64,100 pengundi pos telah didaftar dalam satu hari. Ia telah didaftarkan pada 9 April 2010 dan menimbulkan pelbagai tanda tanya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia berdasarkan audit yang dibuat pada bulan Mac 2012, kata Anwar. Beliau mendedahkan perkara ini ketika berucap di majlis makan malam perdana anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Melawati malam tadi. Hampir kesemua pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kecuali Tuan Guru Datuk Nik Aziz yang tidak berapa sihat, berada di majlis itu. Selain itu, audit yang dibuat juga mendapati 77,400 pengundi yang tidak dimasukkan dalam senarai pemilih 2008 telah dimasukkan begitu sahaja dalam senarai ini tanpa melalui proses yang sepatutnya. Audit itu juga mendapati, 2,052 anggota tentera telah dimasukkan dalam senarai pemilih itu tanpa dinyatakan nombor kad pengenalan baru Malaysia. Anwar juga memberitahu, 4.38 juta pemilih yang ada dalam senarai itu tidak mempunyai nombor rumah pada alamatnya manakala 3.3 juta pemilih pula mempunyai nombor rumah sahaja tetapi tidak mempunyai alamat jalan dan sebagainya. "Kesemua ini menimbulkan pelbagai tanda tanya ke atas kewibawaan senarai pemilih ini," kata Anwar. Bagaimanapun, di sebalik kesemua masalah itu, katanya, beliau yakin Pakatan akan menang dalam pilihan raya umum akan datang ini. "Perkembangan yang berlaku di Sabah dan Sarawak serta kehadiran pemimpin mereka malam ini memberikan satu semangat baru kepada kita," kata Anwar. Antara yang hadir malam tadi adalah bekas timbalan menteri, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan anggota Parlimen Wilfred Bumburing serta beberapa nama besar lagi dalam arena politik tanah air. Kedua-dua mereka telah mengumumkan meninggalkan Barisan Nasional dan menyokong Pakatan Rakyat sebelum ini. -HD Anwar:Cubaan menipu PRU,SPR daftar 5 juta pengundi tiada alamat klik untuk baca |
Awasi Tingkah Laku & Gelagat Anak Gadis Anda! Posted: 29 Sep 2012 05:31 AM PDT Johor Bahru – Keseronokan melakukan seks kali pertama selepas terpengaruh dengan video lucah di Internet menyebabkan seorang gadis berusia 13 tahun sanggup meniduri tujuh lelaki, termasuk beberapa penjawat awam, sejak awal tahun ini. Gambar fail Tanpa memikirkan risiko ke atas dirinya, gadis kecil ini rela bersama lelaki berkenaan di hotel bajet dan rumah sewa di bandar raya ini, meskipun baru berkenalan beberapa hari menerusi Internet tanpa mengenakan bayaran. Gadis berkenaan juga bangga menceritakan pengalamannya kepada rakan sekolahnya, sebelum aktiviti sumbangnya itu terbongkar apabila ibunya mengesyaki anaknya kerap keletihan setiap kali pulang ke rumah, selain sering dipanggil guru kaunseling berikutan masalah ponteng sejak Julai lalu. Membuat pendedahan tersebut, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, perkara itu telah dirujuk kepada pihak polis dan JKM untuk tindakan susulan berikutan mangsa di bawah umur. "Bagi menyelamatkan gadis berkenaan, kami terpaksa menahannya selama 30 hari di pusat perlindungan JKM mengikut Seksyen 46 (2) (bb) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi membantu menjalankan siasatan. "Selepas dirujuk ke mahkamah, remaja berkenaan diarahkan menjalani perintah tahanan sementara selama tiga tahun di Batu Gajah, Perak dan dia akan dihantar ke sana hujung bulan ini untuk proses pemulihan. "Diharapkan pendedahan ini menjadi pengajaran kepada semua ibu bapa, supaya mengawasi tingkah laku anak-anak mereka agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir tidak baik," katanya kepada media semasa Majlis Penutup Seminar Keselamatan Kanak-kanak dan Keluarga di @Mart Kempas, di sini, semalam. Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Rinting, Chia Song Cheng yang merupakan wakil rasmi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri Johor, Dr Robia Kosai. Dalam pada itu, Song Cheng ketika membacakan teks ucapan Robia memberitahu, statistik JKM negeri merekodkan sebanyak 133 kes kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan telah diselamatkan sehingga Ogos tahun ini. "Manakala pada tahun lalu menunjukkan sebanyak 158 kes kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan. Berdasarkan statistik ini ianya amat menyedihkan dan mendatangkan kebimbangan kepada kita apabila memikirkan adakah anak-anak kita selamat berada di persekitaran. "Masyarakat perlu sedar tanggungjawab sebagai ibu bapa, anggota keluarga dan anggota masyarakat untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak mereka selain perlu mengambil tahu dan peduli bagi memastikan keselamatan masyarakat sekeliling terjamin," katanya. |
Negeri "Fixed Deposit" BN Terpinggir Lagi Dalam Bajet 2013 Posted: 29 Sep 2012 03:06 AM PDT Bajet 2013 pinggir rakyat Sabah, Sarawak Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin melahirkan rasa kekecewaan apabila kerajaan Umno BN terus meminggirkan rakyat Sabah dan Sarawak pada Bajet 2013 yang dibentangkan hari ini. Bajet 2013 bertemakan Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada jam 4 petang tadi. Lajim yang ditemui sejurus selepas perbelanjaan bajet tersebut memberitahu tiada peruntukan khusus diberikan kepada Sabah mahupun Sarawak. "Tumpuan kepada Sabah dan Sarawak terus dipinggirkan, tidak ada langsung disebutkan melainkan hanya mewujudkan jelapang padi di Kota Belud dan Batang Lupar sedangkan kita tahu Sabah merupakan 'fixed deposit' kepada Barisan Nasional, tiada satu pun projek yang dikhususkan khas untuk rakyat Sabah," jelasnya. Beliau turut menyatakan bajet kali ini juga tidak menunjukkan satu penyelesaian yang kuat akan dilakukan oleh kerajaan pada tahun 2013. "Ia seperti bantuan di kalangan belia yang belum berkahwin diberi RM250 apakah itu satu penyelesaian jangka panjang, apa yang disediakan itu hanya untuk jangka pendek sahaja. "Apa yang kita mahu ialah kerajaan perlu meletak penyelesaian untuk tempoh jangka panjang supaya rakyat Malaysia terutamanya golongan muda lebih terjamin masa depan mereka," sambung beliau lagi. Beliau yakin bajet yang dibentangkan kali ini merupakan satu bajet politik untuk Barisan Nasional menghadapi pilihanraya umum. Bajet 2013 diperuntukan sejumlah RM251.6 bilion dengan meletakkan RM201.9 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukan pembangunan. Pakatan Rakyat sebelum ini membentangkan belanjawan Pakatan Rakyat 2013 telah meletakkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM233 bilion. |
Najib Bacul! Berani Hentam Anwar & PR Tapi Pengecut Untuk Berdebat Posted: 29 Sep 2012 12:37 AM PDT PM akhiri ucapan dengan hentam pembangkang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil peluang ketika membentangkan belanjawan terakhirnya dalam penggal pentadbiran kali ini untuk menyerang pemimpin pembangkang. Tanpa menyebut nama Anwar, beliau berkata ketua pembangkang itu "tidak melaksanakan apa yang dikokokkan" ketika berada di dalam kerajaan. "Kalau hari ini mereka menjanji itu dan ini, rakyat Malaysia harus bertanya, apabila pemimpin berkenaan, ketika masih berjawatan dulu, kenapa tidak melaksanakan apa yang dikokokkan. "Hakikatnya, jika ketika berpeluang, tidak melaksanakan segala yang dijanji, apatah pula jaminan mereka akan melunaskannya jika diberi kuasa sekarang?," katanya. "Bukankah apabila berhadapan dengan krisis kewangan Asia, hampir ranap negara ini dibuatkanya?," katanya dalam ucapan di Dewan Rakyat. Walau tidak menyebut mana-mana individu, serangan itu dilihat ditujukan kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan menteri kewangan ketika krisis kewangan Asia melanda. Najib juga mendakwa, Pakatan Rakyat masih belum menunaikan janji di negeri yang dikuasai mereka. "Jika kini, di negeri yang ditadbir mereka, apa yang terkandung dalam manifesto mereka sendiri pun masih tinggal janji, mana mungkin mereka boleh dipercayai dengan amanah dan kuasa?," katanya. Beliau turut menyelar pembangkang apabila mengumumkan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia yang menurutnya "tidak membahayakan masa depan orang ramai". "Bukan seperti sesetengah pihak, yang sanggup mengatakan apa sahaja, ini percuma, itupun percuma, hutang pun tak perlu bayar," kata Najib. Katanya, bayaran bantuan yang diumumkan kerajaan hari ini bukanlah pemberian subsidi secara pukal tetapi disasarkan kepada kelompok yang memerlukan. Dalam belanjawan 2013 berjumlah RM251.6 bilion itu Najib mengumumkan subsidi berjumlah RM37.6 bilion, berkurangan daripada jumlah subsidi RM42.4 bilion dalam belanjawan 2012. Ulasan GB Apa punya jenis PM yang hanya berani mengehntam Anwar dan Pakatan Rakyat tatkala beliau membentang Bajet yang hanya beliau sendiri yang bercakap ketika itu, sedangkan apabila diajak berdebat, beliau berdalih menyatan debat bukan budaya kita? Semakin hari Najib semakin menunjukkan kebaculannya dan hukum kebenaran dan keadilan akan menurunkan Najib dari jawatannya itu kerana apa yang dilakukan Najib itu tidak memenuhi ciri-ciri seorang PM yang berwibawa. Dikutuknya Anwar, dikutuknya PR dan hukum kebenaran dan keadilan akan memulangkan semua kutukan itu kepada dirinya sendiri. Sama seperti isu "haramjadah" yang akhirnya menimpa dirinya sendiri. Sama-sama kita nantikan. |
Belanjawan Bingai: Hutang Negara Semakin Bengkak Menjadi RM502 Billion Posted: 28 Sep 2012 10:18 PM PDT Hutang negara yang semakin bengkak ekoran perbelanjaan Belanjawan Negara 2013 yang tinggi mendapat perhatian pemimpin Pakatan Rakyat yang risau ia akan tenggelamkan ekonomi negara. MP Pakatan yang ditemui juga berpendapat, belanjawan tersebut tidak mengambil kira keadaan ekonomi antarabangsa dan domestik yang semakin mencabar dan akan memberi kesan kepada pendapatan negara. Mereka juga berkata belanjawan tidak mengambil kira masalah struktur ekonomi yang sarat dengan monopoli kroni Umno-BN yang mengakibatkan harga tinggi bagi barangan dan perkhidmatan. Ini berbeza kata mereka, dengan belanjawan Pakatan Rakyat yang mengstruktur-semula asas ekonomi negara supaya pendapatan rakyat ditingkatkan, mengalakkan daya saing yang sihat dalam bidang keusahawanan dan melahirkan masyarakat yang saksama. Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan belanjawan kerajaan pusat yang berjumlah RM 251.6 bilion. Defisit negara daripada perbelanjaan belanjawan itu dianggarkan pada paras empat peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi 2013. Manakala Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat yang diumumkan pada 26 September, memperuntukkan RM 234 bilion dengan defisit yang berjumlah 3.5 peratus dari KDNK. Berikut adalah petikan respons dari MP Pakatan : MP Gombak Azmin Ali "Apa yang saya tegaskan tadi pengumuman bajet amat mengejutkan. "Kita harus memberi unjuran gambaran situasi ekonomi dunia yang sudah tentu akan beri kesan langsung kepada ekonomi domestik tetapi Menteri Kewangan langsung tidak sentuh. "Apa yang amat menyedihkan, rakyat biasa kelas menengah dan rakyat miskin diberikan sogokan kecil one off seperti BRIM tetapi untuk tauke besar dan kroni pemerintah, diberikan insentif 10 tahun seperti yang diumumkan tadi iaitu Tun Razak Exchange. MP Bagan Lim Guan Eng "Kalau melihat hutang pula, RM 456 billion untuk tahun lepas (meningkat) kepada RM 502 billion untuk tahun ini. "Yang lebih dapat banyak manfaat masih kroni-kroni yang dapat banyak projek yang telah dijanjikan Ini adalah janji ditepati kepada kroni-kroni. "Janji dalam buku jingga dapat dilaksanakan jika kita memerintah Putrajaya dibawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ianya bukan untuk kroni-kroni. " MP Kepong Dr Tan Seng Giaw "Ia merupakan peruntukan bajet yang amat besar berbanding dengan tahun lalu. "Tetap ada beberapa perkara yg belum dibuat misalnya utk SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah) kerana kita ingin mencegah ketirisan. "Sebab itu defisit sekarang ialah RM 43 bilion dan kalau kita tiada badan yang betul-betul boleh uruskan ini kita susah untuk hadapi masalah kerana hutang negara telah melebihi 54 peratus KDNK. "Bajet ini secara keseluruhannya untuk pancing undi pada pilihanraya akan datang. Yang penting kerajaan perlu atasi defisit. " MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar "Belanjawan yang diumumkan hari ini tidak menjelaskan sumber-sumber pertumbuhan pada masa akan datang. "Bayangkan cukai peribadi personal income tax diturunkan satu peratus jadi saya tertanya-tanya kritikan sebelum ini mengatakan tidak ada sumber pertumbuhan yang dikemukakan oleh Pakatan. "Kenapa hari ini terlalu bersifat budaya amat memperlihat pembelian undi dan juga tidak benar-benar cuba menyelesaikan masalah struktur ekonomi Malaysia? Bajet 2013 tidak dapat selesai hutang negara Ulasan GB GB terbaca dari wall fb: Hutang Malaysia 2007 : RM247 bilion Hutang Malaysia 2011 : RM421 bilion (Laporan : Hutang Negara Mencecah RM437.2 Bilion @ 52.7% Daripada KDNK. Bakal Cecah RM1 Trillion Tahun 2020) Hutang Malaysia Mac 2012 : RM456.1 Bilion. (Laporan : Menteri kata jangan risau, tidak perlu bimbang. Kita baru 53 percent. Threshold 55 percent. Bagus pny menteri) Jun 2012 : RM470.76 Bilion (Laporan : Hutang Malaysia 2012 (Terkini) Mencecah RM470.76 Bilion : Meningkat RM14 Bilion (54.8/55%)!!) September 2012 (terkini): RM476.68 bilion. sumber: Bank Negara Malaysia Bajet 2013 : RM 502 Billion clap clap clap.... |
Najib! Kamu Jangan Ponteng Sesi Bahas Bajet Isnin Nanti... Posted: 28 Sep 2012 07:24 PM PDT Anwar cabar Najib debat Belanjawan 2013 KUALA LUMPUR 28 Sept: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat mengenai Belanjawan 2013 yang dibentang hari ini. "Kalau kamu sanggup untuk kritik, maka kamu perlu sanggup untuk berdebat. Tapi kamu tak sanggup untuk respons cabaran. Kamu (Najib) tidak datang ucapan saya (di Dewan Rakyat) pada Isnin jam 11.30 pagi, tapi saya sanggup duduk dengar kritikan. "Separuh dari ucapan (penggulungan) Najib kritik Pakatan Rakyat. Ayuh kita berdebat, Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional. Kamu kata kamu demokrat bukan," kata Anwar kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Dalam pada itu, jelas Anwar, belanjawan kali ini tidak meletakkan keutamaan kepada rakyat terbanyak melainkan insentif kepada kroni dan golongan atasan. "Insentif untuk Tun Razak Exchange (TRX), itu insentif kewangan untuk orang kaya. Tak disentuh tentang IPP (Penjana Tenaga Bebas). Harga gula disentuh, tetapi monopoli gula tak disentuh. "Perubahan struktur tidak dilakukan.. ini masalah besar. PTPTN diminta untuk bayar balik, tetapi hutang (kroni) berbilion tak disentuh. Tidak ada tindakan dan cadangan (dalam Belanjawan)," tegasnya. Sementara itu, katanya, tidak ada yang baru dalam belanjawan dibentangkan untuk manfaat golongan berpendapatan sederhana dan pertengahan seperti Skim Rumah Pertamaku. Mengulas lanjut kata Anwar, syarikat perumahan negara sepatutnya menjadi institusi yang meletakkan kebajikan rakyat lebih utama dari keuntungan. "Kalau bermotif untung seperti sekarang, tak mungkin berhasil. Mesti ada badan kerajaan yang tak semesetinya rugi besar, tapi mesti menjana projek yang boleh memenuhi permintaan rakyat. "Sebab itu saya ajak Najib debat tentang belanjawan, tentang isu pentadbiran," tegas Anwar. -KD Anwar cabar Najib hadir sesi bahas bajet Isnin ini |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment