Kelab Greenboc |
- [BERGAMBAR] Ribuan Manusia Di Ceramah Anwar Di Alor Setar Selepas Diserang
- [VIDEO & BERGAMBAR] PERKASA Ganggu Tazkirah Anwar Di Masjid - updated
- Adik Ibrahim Ali Disaman RM1juta Kerana Memfitnah AKSB
- [BERGAMBAR] Bas Jelajah Merdeka Tarik Perhatian Ramai, Hari Ini Di Pulau Pinang
- [VIDEO] Masalah Air Di Pahang....
- Jika Anwar Tidak Ada Locus Standi, Bagaimana Pula Rosmah Mansor?
- Takkan Najib @ Rosmah Lebih Besar Dari Agong?
[BERGAMBAR] Ribuan Manusia Di Ceramah Anwar Di Alor Setar Selepas Diserang Posted: 02 Sep 2012 05:10 PM PDT Sekalipun majlis tazkirah Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diserang di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah oleh PERKASA, namun majlis ceramahnya di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah malam ini dipenuhi dengan lautan manusia. Ia seperti sebuah satu gelombang kebangkitan rakyat yang meluap-luap untuk menggantikan kerajaan UMNO-BN dengan Pakatan Rakyat di Putrajaya. Dianggarkan lebih 10,000 orang membanjiri Stadium Darul Aman untuk mendengar ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar. klik untuk baca |
[VIDEO & BERGAMBAR] PERKASA Ganggu Tazkirah Anwar Di Masjid - updated Posted: 02 Sep 2012 10:15 AM PDT Ahli-ahli Perkasa cuba mencerobohi masjid, membaling kasut yang hampir-hampir mengenai sdr Mahfuz Omar... Ejen provokasi guna pembesar suara & membunyikan siren ketika tazkirah sedang disampaikan. Mereka cuba merempuh masuk kedalam masjid Darulaman dalam usaha mereka menghalang DSAI bertazkirah... Mana Polis, mana menteri jaga KDN punya komen? Salah seorang ejen provokasi yang berjaya dirakamkan oleh petugas Jelajah Merdeka Rakyat di Masjid al-Husain, Seberang Pumpong, Alor Star sebelum solat Maghrib tadi. Terkini dari KEDAH.... Ahli Perkasa mencetuskan provokasi ketika DS @anwaribrahim hendak menyampaikan tazkirah. - Ahli Perkasa mencetuskan provokasi ketika DS @anwaribrahim hendak menyampaikan tazkirah. - Ahli Perkasa mengeluarkan kata2 kesat & membaling kasut kedalam masjid ketika tazkirah disampaikan. - Tazkirah Maghrib DS @anwaribrahim diteruskan w/pun lampu masjid & speaker dipadamkan P/S : Masjid pun dah tak tau nak hormat......lihat dan nilaikan sendiri betapa terdesaknya.. Anwar, Mahfuz diserang dalam masjid ...bersambung di [BERGAMBAR] Ribuan Manusia Di Ceramah Anwar Di Alor Setar Selepas Diserang |
Adik Ibrahim Ali Disaman RM1juta Kerana Memfitnah AKSB Posted: 02 Sep 2012 06:03 AM PDT Kota Bharu: Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Azmi Che Ali (gambar) kini berdepan tuntutan saman berjumlah RM1 juta ekoran mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB). Kenyataan itu disiarkan The New Straits Times (NST) pada 29 Mei bertajuk "Kelantan Misused RM600m in Loans" dianggap tidak benar, memfitnah kerana menuduh plaintif menyalahguna sebahagian dana RM600 juta membiayai perjalanan di luar negara oleh pegawai-pegawai kerajaan negeri. Azmi dalam kenyataan itu mendakwa mereka yang turut serta dalam perjalanan tersebut termasuk anggota Exco dan beberapa pegawai kerajaan negeri serta wakil AKSB. AKSB dalam tuntutannya menyebut Azmi bersama empat lagi defendan bertanggungjawab menyebabkan tersiarnya artikel tersebut, di mana secara jelas menyebut berita tidak benar dan tidak berasas dikaitkan dengan plaintif. Turut dinamakan sebagai defendan iaitu MTRK; Pengarang Urusan Kumpulan NST, Abdul Jalil Hamid; Penyunting Kumpulan NST, Syed Nadzri Syed Harun dan New Straits Times (M) Bhd. Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, kes terbabit ditetapkan untuk pengurusan kes sebelum bicara pada 19 September ini. Defendan belum lagi melantik peguam. Hisham berkata, tulisan yang disiarkan akhbar tersebut secara jelas bermaksud bahawa plaintif terlibat dengan korupsi sehingga gagal dalam tanggungjawab menggunakan wang pinjaman tersebut. Sebelum ini plaintif melalui peguamcara mengemukakan notis tuntutan kepada defendan-defendan menuntut supaya menarik balik artikel tersebut, memohon maaf secara terbuka kepada plaintif dan membayar gantirugi. Namun defendan-defendan enggan berbuat demikian dan tidak mahu memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi. Selain itu plaintif juga menuntut defendan menyiarkan permohonan maaf tersebut sebagai berita utama di muka surat hadapan dalam NST, mengiklan permohonan maaf tersebut dalam akhbar Utusan Malaysia atau Berita Harian. AKSB juga menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi melampau, ganti rugi punitif. -HD |
[BERGAMBAR] Bas Jelajah Merdeka Tarik Perhatian Ramai, Hari Ini Di Pulau Pinang Posted: 02 Sep 2012 05:02 AM PDT Bas Anwar tarik perhatian ramai MACHANG - Bas dua tingkat yang memaparkan gambar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pekarangan Pejabat PKR Cabang Machang, di sini malam kelmarin menarik perhatian ramai. Gambar: Anwar ketika berucap di pentas segera bas tersebut sempena Program Jelajah Merdeka Rakyat di Machang, malam kelmarin. Masing-masing yang hadir pada majlis sambutan Aidlfitri meninjau bas khas sempena Program Jelajah Merdeka Rakyat ke Kelantan itu. Tidak kurang juga mengambil kesempatan bergambar bersama bas tersebut sebagai kenang-kenangan. Bas itu menjadi perhatian apabila ruang dalamannya diubahsuai dengan pelbagai kemudahan termasuk wifi, tempat mesyuarat, tandas, dilengkapi sistem bunyi dan pentas segera. Selain Anwar, program jelajah tersebut turut dijayakan Persiden Keadilan yang juga isteri Anwar, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail. Tidak ketinggalan, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menaiki bas tersebut dari Machang ke Tanah Merah bagi sama-sama menjayakan ceramah umum di Padang Majlis Daerah Tanah Merah. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR memulakan siri baru - Jelajah Merdeka Rakyat ke seluruh Semenanjung untuk mendekati dan menyampaikan mesej kepada rakyat agar beri peluang kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk mengubah Kerajaan Pusat. Katanya, siri jelajah itu diadakan secara berterusan sehingga Parlimen dibubarkan dan akan diteruskan sepanjang tempoh pilihan raya. "Jelajah itu juga adalah kesinambungan 20 siri program Merdeka Rakyat yang diadakan sejak tiga bulan lalu.Ramai pemimpin PKR Pusat akan terlibat dalam siri jelajah itu dan mereka akan berada di Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis," katanya. Terdahulu, Anwar merasmikan Jelajah Bas itu sempena Aidilfitri di Petaling Jaya, kelmarin manakala Penggunaan kemudahan bas diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika 1 Syawal lalu. -SH SEMALAM DI KELANTAN HARI INI DI PULAU PINANG & PERLIS Ulasan GB Patutlah bas tersebut disimbah cat merah dan dipecahkan cermin. Rupa-rupanya ada pihak yang resah-gelisah kerana rombongan bas berkenaan telah menarik perhatian orang ramai. klik untuk baca |
[VIDEO] Masalah Air Di Pahang.... Posted: 02 Sep 2012 02:02 AM PDT Air oh air.... Kelakar sungguh bila setiap malam kita disuap (walaupun dah tak berselera) dengan isu air di Kelantan. Isu air di Pasir Mas, air berbau di Tumpat dan sebagainya. Segala permasalahan tersebut seolah mahu mengajak manusia yang malas berfikir untuk menyalahkan kerajaan negeri. Objektif penyangak ini pastinya tercapai andai kita terpengaruh dengan dakyah mereka. Walau bagaimanapun sedarkah kita bahawa di dalam sebuah negeri selamat BN isu air masih berlaku tanpa sebarang penyelesaian. Sudah berpuluh tahun masalah yang sama menghantui masyarakat Felda di Gugusan Bera, setiap kali musim raya setiap kali itulah warga felda (peneroka n anak cucu mereka)terpaksa mencari alternatif sendiri apabila bekalan air terputus. Bila tiba masa anak cucu berkumpul masa itu jugalah bekalan air akan terputus. Pam rosak, pam dicuri, air tak cukup, tekanan tak kuat dan pekerja bertugas bercuti merupakan antara alasan yang sering digunakan oleh mereka. Saluran penghantaran air paip yang dah berkurun usianya turut dijadikan alasan. Bila Jabatan Bekalan Air dah ditukar kepada Perbadanan Air Pahang masalah masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya. Yang bertanggung jawab tak pernah memandang isu ini sebagai satu isu yang serius, hanya kerana semua ini berlaku di negeri selamat UMNO. -tehtarikkedaimamak Jom sama-sama saksikan video menarik ini. Heboh UMNO dan para pencacainya menimbulkan masalah air di Selangor dan Kelantan, kini dengar sendiri keluhan dan kemarahan rakyat di negeri Perdana Menteri, Najib Razak tentang meruncingnya masalah air di Pahang yang belum selesai lagi. |
Jika Anwar Tidak Ada Locus Standi, Bagaimana Pula Rosmah Mansor? Posted: 01 Sep 2012 11:11 PM PDT Sultan persoal kerajaan Selangor jemput Anwar KUALA LUMPUR, 2 Sept — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mempesoalkan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat sewaktu Sambutan Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri malam Khamis lalu. Dipetik Sinar Harian, Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan oleh PR Selangor itu menimbulkan tanda tanya kerana Anwar tidak menjawat sebarang kedudukan tertinggi di peringkat negeri, sebaliknya hanya bertindak selaku Penasihat Ekonomi negeri. "Tuanku Sultan melahirkan rasa pelik mengapa Anwar yang tidak berada dalam jawatan tertinggi negeri menjadi tetamu kehormat. Beliau tidak memegang sebarang portfolio rasmi kecuali sebagai Penasihat Ekonomi. "Kebiasaannya kalau Tuanku tidak dapat hadir dalam program rasmi negeri, Menteri Besar akan menggantikan baginda untuk memberi ucapan," katanya dan menambah, "tetapi mengapa Anwar yang dijemput, ini program rasmi, bukan politik." Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam turut menegaskan, tindakan kerajaan PR Selangor itu yang tidak menjemput Sultan ketika sambutan ambang Kemerdekaan di Dataran Shah Alam bukanlah satu tindakan yang mengejutkan. Sebaliknya, beliau berkata kerajaan negeri itu juga lebih menghormati Anwar yang tidak mempunyai "locus standi" berbanding Sultan Selangor. "Soal tidak hormat Sultan Selangor bukan mengejutkan kita ... mereka lebih hormat penasihat ekonomi yang tidak ada locus standi," tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu ketika Majlis Rumah Terbuka BN Selangor semalam. Tambah Najib, Sultan adalah simbol kepada perpaduan dan kedaulatan negeri dan seharusnya baginda diberi penghormatan. Namun tindakan PR itu adalah bukti kepada banyak perkara yang cuba diubah dan dilakukan PR, namun tidak berjaya disebabkan Putrajaya masih lagi di bawah penguasaan BN. "Baginda adalah simbol kepada negeri yang perlu kita hormati," katanya lagi. Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyerahkan kepada Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Khusrin Munawi untuk memberikan penjelasan berhubung isu tersebut. "Sejak 2007 program merayakan ambang Merdeka bukan melalui Pejabat Menteri Besar, tapi Pejabat SUK," kata Khalid. Beliau turut menjelaskan terdapat satu jawatan dalam Pejabat Menteri Besar yang diwakili pegawai kerajaan dalam perbincangan untuk melaksanakan program berkenaan. "Ini bukan penglibatan politik tetapi sambutan ambang Kemerdekaan ini dilaksanakan pegawai kerajaan yang sudah melakukan perkara itu sejak beberapa tahun lalu. "Saya sudah empat tahun merayakan Kemerdekaan dan semuanya dilakukan pejabat SUK, saya tidak nampak perbezaan yang berlaku ... Penjelasan terbaik boleh dibuat Datuk SUK," katanya. Tambah Khalid, beliau juga akan berjumpa Sultan Sharafuddin setiap Rabu, dan akan bercakap berkenaan perkara berbangkit berkenaan Rabu ini dengan baginda. Kerajaan PR Selangor telah menerima tekanan daripada pemimpin BN kerana dikatakan membelakangkan Sultan Selangor apabila tidak menjemput baginda dalam sambutan ambang Kemerdekaan di Shah Alam pada malam Khamis lalu. -TMI Ulasan GB Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan tidak mempunyai locus standi untuk dijemput ke Majlis Sambutan Merdeka Negeri Selangor, apa locus stadi yang Rosmah Mansor ada untuk berada di pentas sambutan Merdeka oleh kerajaan Pusat di Dataran Merdeka? Sejak bila Rosmah Mansor dipilih oleh rakyat atau dipilih untuk berada di dalam barisan kabinet Kerajaan Barisan Nasional? Rosmah Mansor tidak ada jawatan penting di dalam kerajaan tetapi hanyalah seorang Penaung Permata Negara. Apakah Rosmah lebih besar dari Agong? Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah pun mencemar duli menyertai Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang turut disertai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Marzuki Husin dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa. klik untuk baca |
Takkan Najib @ Rosmah Lebih Besar Dari Agong? Posted: 01 Sep 2012 08:30 PM PDT Cukup heboh UMNO, PERKASA dan blogger pencacai mengenai isu kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberlakangkan Sultan Selangor di dalam majlis sambutan merdeka yang diadakan di Shah Alam pada malam Hari Merdeka. Tetapi mereka terlupa atau sengaja lupa bahawa kerajaan Pusat UMNO/BN lansung tidak menjemput DYMM Seri Padu baginda Yang Dipertuan Agong ke di countdown Merdeka di Stadium Merdeka kelmarin dan di Majlis Sambutan Merdeka di Stadium Bukit Jalil semalam. Yang kelihatan disebelah Najib ialah seorang perempuan debab bernama Rosmah. Belum pernah berlaku sebelum ini di dalam sejarah di mana isteri PM disediakan tempat khas di pentas seolah-olah beliau salah seorang menteri kanan kabinet sehingga menenggelamkan wajah-wajah menteri kabinet yang lain. Agong dan tempat Agong tidak kelihatan. Apakah ini bererti Najib atau Rosmah lebih besar dari Yang Dipertuan Agong? BERNAMA yang menulis berita untuk yang mempersoalkan "Najib: Takkan Anwar lebih besar dari Sultan?" silakan jawab..
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment