Kelab Greenboc |
- [VIDEO] 2 Wanita Islam Kongsi Bilik Dengan Jantan Afrika
- KAJIAN UM - Sokongan Kepada PR Meningkat, Populariti Najib Merudum
- [VIDEO] IKLAN AIR: Berani Buat Tak Berani Tanggung
- [BERGAMBAR] Dua Kemalangan Maut Berasingan Di Melaka
- Langat 2: Selangor 'Sangat Gembira' Jika Perjanjian Batal
- Anwar Naik Jet Pun UMNO Jadi Kecoh...
- Konvoi Ke Putrajaya Tuntut Royalti Minyak
[VIDEO] 2 Wanita Islam Kongsi Bilik Dengan Jantan Afrika Posted: 25 Sep 2012 04:34 PM PDT |
KAJIAN UM - Sokongan Kepada PR Meningkat, Populariti Najib Merudum Posted: 25 Sep 2012 08:13 AM PDT Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya (UM) menunjukkan sokongan ke atas Pakatan Rakyat (Pakatan) meningkat sekarang berbanding dengan kajian yang dibuat pada awal tahun ini. Sokongan juga meningkat ke atas kerajaan Pakatan di Selangor dan juga Kedah, namun sedikit penurunan di Kelantan. Kajian itu juga menunjukkan penurunan terhadap keyakinan rakyat bahawa BN akan terus menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum nanti. Kajian itu dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) bertajuk Pola Pengundian Menjelang Pilihanraya Umum ke-13. Kajian terbaru yang dibuat adalah pada 1 hingga 16 September 2012 di seluruh Semenanjung Malaysia. Kajian sebelum ini dibuat dalam tempoh 31 Mac 2012 hingga 15 April 2012. Bilangan responden ialah 1536. Kajian dilakukan secara bersemuka dengan melibatkan etnik Melayu, etnik Cina dan etnik India. Pemilihan responden dipilih secara rawak dengan soalan kaji selidik berstruktur. Ditanya, parti mana akan menang dalam PRU-13, kajian Mac hingga April menunjukkan keyakinan kepada BN akan menang adalah 49% sedangkan kajian terbaru menunjukkan penurunan kepada 44% sahaja. Keyakinan kepada Pakatan pula meningkat dari 21% kepada 30%. Keyakinan kepada kerajaan Pakatan di Selangor juga meningkat dengan ketara dari 38% kepada 50% manakala untuk BN dari 28% jatuh kepada 16%. Begitu juga di Kedah. Keyakinan kepada Pakatan naik dari 37% kepada 48% dan kepada BN turun dari 40% kepada 32%. Namun untuk negeri Kelantan, keyakinan kepada Pakatan jatuh sedikit dari 44% kepada 41% manakala BN naik dari 27% kepada 32%. Namun, kecondongan pengundi tetap kepada Pakatan Rakyat. Najib jatuh merudum Kajian itu juga mendapati, harapan rakyat amat tinggi agar berlaku perdebatan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 72% berharap supaya debat diadakan manakala hanya 17% tidak bersetuju dan 11% tidak pasti. Menurut kajian itu, populariti Najib juga menurun dari 61% pada Mac lalu kepada 58% pada September 2012. -HD
Muatturun Laporan Lengkap Kajian UMCEDEL |
[VIDEO] IKLAN AIR: Berani Buat Tak Berani Tanggung Posted: 25 Sep 2012 05:08 AM PDT Tak Boleh Dedah 'Client' Atau Kami Disaman, Kata Produksi Filem Catuan Air Selangor PETALING JAYA 25 SEPT: Syarikat produksi filem catuan air Selangor berhadapan tindakan saman oleh pelanggan mereka sekirannya mereka mendedahkan pihak yang membiayai projek perfileman tersebut. Syarikat produksi tersebut semalam menjalankan penggambaran filem yang kononnya memaparkan kelemahan Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani isu air di negeri terbabit. Menurut jurucakap produksi terlibat, Chong Wai Leng kepada media di set penggambaran filem berdurasi 40 saat itu, larangan tersebut terdapat dalam kontrak yang dipersetujui oleh pihak syarikat dan pelanggan yang mahu menerbitkan filem tersebut. "Kami dah tandatangan kontrak yang melarang kami berikan maklumat (nama pelanggan), jika kami langgar kontrak tersebut kami akan disaman. "Kami menjalankan kerja kami secara profesional, saya harap anda memahami situasi kami," kata Wai Leng. Beliau mula menyedari kehadiran wakil media di lokasi penggambaran tersebut apabila penggambaran yang dijalankan secara rahsia itu mula didatangi beberapa wartawan dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian tengahari semalam. Selain itu, beliau turut meminta wakil media yang berada di situ agar meninggalkan lokasi penggambaran filem itu. TV Selangor yang berada di lokasi penggambaran sejak awal pagi semalam mendapati set penggambaran berbajet tinggi itu dilengkapi sekurang-kurangnya tiga buah jentera kren, sebuah lori tangki air, sebuah 'caravan', sebuah tandas bergerak tiga pintu, sebuah generator besar dan beberapa kenderaan lain berupa lori dan van. Beberapa khemah besar turut dibina bagi keselesaan para pelakon dan krew penggambaran makan dan berehat. Penggambaran yang dijalankan di Pangsapuri Happy Mansion itu melibatkan kira-kira 300 pelakon dengan bayaran didakwa RM50 setiap seorang. -selangorku Kantoi, pergambaran iklan air timbulkan kemarahan PETALING JAYA: Kantoi... itulah yang boleh dikatakan kepada apa yang dikatakan perancangan BN untuk memalukan kerajaan negeri Selangor melalui filem 'krisis air' yang sedang dalam pergambaran. Ulasan GB Ternyata pihak yang mengeluarkan filem iklan air untuk memburukkan kerajaan PR Selangor adalah pihak yang tidak bertangungjawab. Mengeluarkan dana untuk pengeluaran filem iklan berkenaan dengan menandatangi dengan sebuah syarikat produksi filem, tetapi enggan dan takut untuk mendedahkan identiti sendiri. Begitulah gambaran terdesaknya UMNO sekarang ini. |
[BERGAMBAR] Dua Kemalangan Maut Berasingan Di Melaka Posted: 25 Sep 2012 04:08 AM PDT Kemalangan 1 Nahas 10 kenderaan, 2 maut AYER KEROH - Seorang pemandu lori maut selepas hampir empat jam tersepit di tempat duduk hadapan apabila lori dipandunya yang merempuh empat motosikal, tiga kereta dan dua lori di persimpangan Seri Negeri-Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, R R Chandran, 47, maut di tempat kejadian bersama seorang lagi penunggang motosikal, R Mukeudan @ Mukundan, 62. Nahas yang berlaku berhampiran Pasar Raya Mydin itu membabitkan 10 kenderaan itu turut mengakibatkan tiga cedera, termasuk seorang lelaki parah. Difahamkan, lori terbabit melanggar kereta Perodua Kancil dari arah Plaza Tol Ayer Keroh menuju pusat bandar raya sebelum merempuh lapan kenderaan lain yang berhenti di lampu isyarat merah di laluan bandar raya menghala Plaza Tol Ayer Keroh. Lori hadapi masalah brek. Kelindan lori yang terselamat dalam kejadian itu, N Balan, 30, berkata, sebelum lori yang dipandu Chandran melanggar kenderaan lain, dia menyedari lori yang dinaiki mempunyai masalah brek apabila lori tersebut meluncur laju ketika menuruni bukit menghala lampu isyarat. "Saya yang terkejut kemudian terus menundukkan kepala dan beberapa saat selepas itu saya berasa hentakan kuat di bahagian hadapan. "Apabila saya mendongak kepala, lori yang saya naiki kemalangan dan melihat Chandran sudah tidak bergerak. Ketika itulah saya segera menendang cermin hadapan lori untuk keluar," katanya yang cedera kaki kanan. Seorang lagi mangsa, S Yogananthini, 20, berkata, ketika kejadian dia bersama lima ahli keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Kesang Damai, Jasin, berhenti di lampu merah persimpangan tersebut selepas keluar dari Pasar Raya Mydin. "Kami yang menaiki kereta Iswara mahu balik ke rumah melalui Jalan Bemban berada di laluan kanan, sedang menunggu lampu merah di belakang kereta Honda City. Tiba-tiba sebuah lori yang datang dari arah Seri Negeri melanggar bahagian tengah antara kereta saya dan Honda City yang dipandu seorang wanita. "Lori itu kemudian melanggar sebuah motosikal, namun penunggangnya sempat melompat meninggalkan motosikalnya sebelum merempuh dua lori dan beberapa motosikal yang lain," katanya yang tidak mengalami kecederaan. Seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Zul, 38, berkata, dia yang sedang memakir motosikal di bangunan Kota Cemerlang di sini, terdengar bunyi dentuman sebelum berlari ke tempat kejadian. "Ketika sampai, saya lihat seorang lelaki sudah ditimbus tanah, seorang penunggang motosikal cedera parah, seorang wanita di dalam kereta Honda City, sebuah keluarga menaiki kereta Iswara dan seorang lelaki dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan' berada antara dua lori dan Honda City," katanya. Empat jam keluarkan mangsa Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Lokman Hakim berkata, pihaknya mengambil masa hampir empat jam bagi mengeluarkan mangsa iaitu pemandu lori dedak yang maut akibat tersepit di bahagian pemandu. Katanya, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira jam 3.30 petang, sebelum mengerahkan seramai 24 anggota dari Balai Bomba Ayer Keroh dan Balai Bomba Bukit Katil ke lokasi terbabit. "Bomba mengalami kesukaran iaitu kira-kira tiga jam setengah untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit antara lori. Mangsa hanya dapat dikeluarkan jam 6.40 petang," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, siasatan awal mendapati Chandran yang memandu lori dari arah bulatan Seri Negeri dipercayai terbabas sebelum melanggar sembilan kenderaan lain. Menurutnya, siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan. Kemalangan 2 |
Langat 2: Selangor 'Sangat Gembira' Jika Perjanjian Batal Posted: 25 Sep 2012 12:30 AM PDT Shah Alam – Kerajaan Negeri 'sangat gembira' sekiranya Kerajaan Negeri Pahang mahu membatalkan perjanjian bekalan air mentah ke negeri ini jika pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 tidak diteruskan. Exco Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kerajaan Prihatin. Dr Xavier Jayakumar berkata, beliau percaya perkara itu juga menggembirakan rakyat negeri ini kerana secara tidak langsung Kerajaan Negeri tidak perlu membayar kira-kira RM80 juta setahun royalti air mentah kepada Kerajaan Negeri Pahang. Katanya, Kerajaan Negeri menyambut baik hasrat Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob itu. "Kalau dia (Adnan) nak batalkan kita gembira dengan keputusan itu kerana kita tidak perlu bayar RM80 juta setahun. "Tetapi, dia perlu nyatakan secara bertulis perkara ini dan bukannya setakat cakap di media atau sebagainya," katanya mengulas kenyataan Adnan bahawa pihaknya akan membatalkan perjanjian bekalan air mentah ke Selangor. Xavier berkata, tiada masalah sekiranya Pahang mahu membatalkan perjanjian bekalan air mentah ke negeri ini kerana bekalan air mentah di Selangor mencukupi. Sebelum ini, perjanjian itu ditandatangani antara Kerajaan Negeri Pahang dan Selangor yang ketika itu diwakili Dr Mohamad Khir Toyo pada kadar harga 10 sen bagi setiap meter padu dengan kuantiti 1.6 juta meter padu sehari. Malah, Adnan juga mengugut jika Kerajaan Negeri tidak meneruskan Langat 2 pada masa sekarang dan ingin menyambungnya pada masa hadapan, harganya akan dinaikkan kepada RM1 bagi setiap meter padu. Xavier berkata, beliau difahamkan pembinaan terowong siap 60 peratus dan Adnan perlu menjawab perkara itu kepada Kerajaan Pusat. Langat 2: MB Pahang beri Selangor kata dua |
Anwar Naik Jet Pun UMNO Jadi Kecoh... Posted: 24 Sep 2012 09:40 PM PDT Isu jet supaya tokoh korporat henti sokong Pakatan – Anwar KUALA LUMPUR 24 September: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, media Umno BN sengaja membesar-besarkan isu beliau menaiki jet bagi manakut-nakutkan ahli korporat supaya tidak membantu pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan). Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, dengan berbuat demikian, tokoh-tokoh korporat takut berurusan dengan pimpinan Pakatan kerana bimbang perniagaan mereka akan terjejas. "Orang yang curi bilion ringgit, curi tanah ratus ribu ekar tidak diisukan. Tapi, menaiki jet dijadikan isu besar. Kononnya untuk menakut-nakutkan ahli korporat supaya jangan bantu Pakatan Rakyat. Kalau bantu akan jadi isu besar dan bakal jejas perniagaan," katanya mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini berkenaan isu tersebut. Anwar berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Ketua Umum KEADILAN itu menjelaskan, beliau dan beberapa pimpinan Pakatan lain menggunakan pesawat itu kerana menghadapi masalah penerbangan ketika dalam perjalanan dari Labuan ke Kota Kinabalu semasa menghadiri sambutan Hari Malaysia di Sabah dan Sarawak pada 15 September lalu. Menurutnya, mereka ke sana untuk menerima penyertaan tokoh politik Sabah, Tan Seri Ibrahim Menudin ke dalam KEADILAN. "Ada masalah daripada Labuan ke Kota Kinabalu. Masa itu tiada penerbangan petang. Jadi kita terpaksa atur bot laju. Tapi saya ada masalah naik bot selama dua jam…Maka ada seorang rakan membantu memberi pinjam jet," katanya. Anwar berkata, pemilik jet tidak mempunyai kepentingan politik di mana-mana negeri yang ditadbir Pakatan. "Dia cuma bantu…macam kereta saya rosak, saya pinjam kereta orang. Itu tak jadi masalah. Saya dah periksa, dia tiada apa-apa kepentingan. Saya pun bimbang kalau dia nak mintak tanah atau apa-apa," katanya. Dalam pada itu, Anwar secara berseloroh berkata, beliau mahu meminjam jet berkenaan jika pemiliknya sudi meminjamkan sekali lagi. Pinjam jet macam pinjam kereta kawan, kata AnwarUlasan GB Anwar pakai pengawal peribadi (dari syarikat keselamatan) dikecohkan. Anwar guna bas yang disewakan oleh Tan Sri Khalid pun dikecohkan. Kini Anwar naik jet peribadi yang dipinjam dari rakan pun dikecohkan. Sungguh cemburu dan irihati besar puak UMNO ini. Tetapi Najib & Rosmah berbelanja berjuta-juta wang rakyat ke luarnegara mereka menikus. |
Konvoi Ke Putrajaya Tuntut Royalti Minyak Posted: 24 Sep 2012 06:46 PM PDT Konvoi ke Putrajaya tuntut royalti minyak KUALA LUMPUR: Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) merancang untuk mengadakan konvoi Himpunan Aman ke Istana Kehakiman Putrajaya pada 2 hingga 4 Oktober depan bagi mendesak supaya hak hasil bumi mereka dikembalikan. Presiden R, Nazri Deraman berkata, konvoi itu akan diadakan sempena berlangsungnya hari perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum pada jam 9 pagi di Putrajaya. Katanya, tindakan itu akan diambil sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyatakan pendirian tegas untuk mengembalikan royalti minyak dan gas yang tertunggak sejak tahun 2004 kepada Kelantan yang dianggarkan berjumlah RM7 bilion dalam pembentangan Bajet 2013 nanti. Katanya, konvoi itu meliputi ceramah, tazkirah dan solat hajat, penyerahan 150,000 tandatangan dan memorandum kepada Najib, termasuk konvoi ke Menara Petronas dan piket aman ke KLCC. "Kami mengajak seramai mungkin rakyat Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak untuk bersama-sama berjuang menuntut hasil kekayaan negeri yang selama ini dirompak. "R telah menyedia pentas pidato pada 2 Oktober depan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam kepada semua pemimpin parti politik termasuk daripada Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Kami juga ingin menjemput secara terbuka Perdana Menteri atau wakilnya untuk hadir menyatakan pendirian sama termasuk isu tuntutan royalti di Sabah dan Sarawak," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. 5 peratus Selain itu, Nazri berkata pihaknya turut mendesak agar Jawatankuasa Bayaran Tunai yang diumumkan Najib pada 4 Ogos lalu melibatkan Kelantan, Terengganu, dan Pahang dibatalkan. Sebaliknya, beliau mahu bayaran segera wang royalti lima peratus dibayar segera kepada kerajaan negeri Kelantan. "Kami menolak jawatankuasa ini memandangkan ia tidak dinyatakan dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian yang dimeterai antara kerajaan Kelantan dengan Petronas pada 9 Mei 1975. "Sedangkan penyelesaian isu bayaran wang royalti kepda kerajaan negeri Terengganu juga tanpa melalui Jawatankuasa Khas Bayaran Tunai," katanya. Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya juga akan memfailkan permohonan Perintah Deklarasi Pembatalan Perjanjian 9 Mei 1975 di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Rabu ini. R merupakan gabungan 58 badan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan yang bertujuan untuk menuntut royalti dan hak pendaratan minyak, serta membina hubungan nasional dengan negeri lain bagi menyatakan solidariti menuntut hak hasil bumi dikembalikan. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment