Kelab Greenboc |
- Calon Pro-Mahasiswa UKM Terima Ugutan Culik & Bunuh
- [BONGKAR] Pelakon Filem "Masalah Air Selangor" Telah Dikenalpasti!
- [Jenayah Menurun] Ketua Pemuda UMNO Kepong Parah Ditikam Dua Penyamun
- Gambar Menusuk Kalbu...
- Maka Akhirnya Raja Nong Chik Sembelih Lembu Betina Lembah Pantai Itu
- [JENAYAH MENURUN] Warga Emas Mati Dibunuh Di Pekan Pahang
Calon Pro-Mahasiswa UKM Terima Ugutan Culik & Bunuh Posted: 24 Sep 2012 04:12 PM PDT Calon Pro-Mahasiswa UKM diugut culik, bunuh KUALA LUMPUR 24 September: Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMuKM) mendedahkan, enam calon mereka menerima ugutan bunuh dan culik jika tidak menarik diri dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) esok. Jurucakap GMuKM, Ahmad Afef Zulkepli berkata, ugutan itu disampaikan melalui panggilan telefon kepada keluarga mangsa. Beliau percaya, ugutan tersebut kerana ada pihak yang takut melihat kebangkitan pro-Mahasiswa dalam PRK kali ini, lebih-lebih lagi apabila PRK seringkali dilihat sebagai petunjuk kepada pilihan raya umum. "Malah, sudah tujuh calon kita menang tanpa bertanding…(sedangkan) pro-Aspirasi tidak cukup calon sehingga ada yang dipaksa bertanding oleh pihak pentadbiran universiti," katanya pada sidang media di lobi Parlimen. Menurut beliau, sabotaj turut berlaku apabila sepanduk calon disimbah cat, sama seperti program-program Pakatan Rakyat. "Kami yakin perkara ini (ugutan dan sabotaj) tidak akan berlaku kecuali ada campur tangan daripada pentadbiran universiti dan Umno BN. "Justeru, kami tuntut Pengerusi Jawatankuasa Majlis Pimpinan Pelajar, Profesor Ir Dr Osman A Karim menafikan kewujudan campur tangan universiti dalam PRK," kata Ahmad Afef. 8 Mei lalu, Gagasan Pro Mahasiswa Nasional mendedahkan operasi 'Ops 2020′ yang menunjukkan campur tangan Pejabat Perdana Menteri dalam penangguhan PRK yang sepatutnya dibuat Mac lalu. Berhubung perkara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia pada 29 Ogos lalu meminta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2. 0) menilai tahap PRK yang tidak adil. Sementara itu, Presiden Ikatan Studi Islam uKM (ISIuKM), Muhamad Azan Safar memaklumkan kemenangan tujuh kerusi tersebut masih belum terjamin. Katanya, ini kerana ada maklumat jelas menunjukkan pihak pentadbiran universiti akan campur tangan untuk menafikan kemenangan calon pro-Mahasiswa. Tambah beliau, mungkin ada calon yang akan dibatalkan kemenangan mereka melalui kesalahan teknikal sesama pencalonan yang dipandang serius universiti. Mengiringi mereka dalam sidang media itu adalah Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria. Dua laporan polis dibuat keluarga mangsa yang menerima ancaman bunuh itu. Pagi tadi, Pengerusi Pro Mahasiswa Universiti Malaya, Edikoup Lakip Sediyanto turut lapor polis berhubung ugutan tiga samseng upahan di kediaman beliau di Seksyen 17, Petaling Jaya. -KD |
[BONGKAR] Pelakon Filem "Masalah Air Selangor" Telah Dikenalpasti! Posted: 24 Sep 2012 04:27 PM PDT Cuba anda camkan betul-betul pelakon utama di dalam pembahagian tong 1Malaysia di balakong sedikit masa lalu yang bertujuan untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Perhatikan topi komandonya juga! Kalau tak jelas, klik gambar itu kasi dia besar dan jelas lagi. Anda sudah pasti kenal nama pelakon itu: Beliau adalah Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom yang mengetuai senaman punggung di hadapan kediaman pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga pada pertengahan tahun ini. Jalan cerita filem iklan "Masalah Air Di Selangor mirip dengan pengagihan tong air di Balakong. Setelah "berjuang" habis-habisan untuk mendapatkan bayaran dari Zahid Hamidi tidak mendapat layanan, kini terpaksa menjadi pelakon di dalam "filem iklan" untuk memburukkan kerajaan PR Selangor - kononnya rakyat Selangor berdepan dengan masalah air paling meruncing dalam dunia! Baca laporan malaysia kini : Iklan air masalah air S'gor berjalan 'rahsia' di PJ
Siasatan terhadap syarikat Reservoir Productions yang menjalankan produksi filem Masalah Air Selangor masih terus kami lakukan. Difahamkan bahawa terdapat perjanjian di antara pihak pengeluar filem iklan tersebut dengan "klien"nya yang tidak didedahkan. |
[Jenayah Menurun] Ketua Pemuda UMNO Kepong Parah Ditikam Dua Penyamun Posted: 24 Sep 2012 02:48 AM PDT Kejadian pada jam 3.30 pagi itu, mangsa berusia 41 tahun itu melarikan diri dalam keadaan cedera parah di bahagian perut, tangan dan jari tangan hampir terputus akibat ditikam dengan senjata tajam oleh dua penjenayah yang dipercayai warga Indonesia. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, siasatan awal mendapati berlaku pergelutan diantara mangsa dan dua penjenayah terbabit. "Motif kejadian masih dalam siasatan, kami dapati barangan berharga mangsa tidak hilang, telefon bimbit dan cincin milik mangsa berada di lokasi kejadian. Senjata penjenayah pula tidak ditemui," katanya. Menurutnya, polis akan mengambil keterangan daripada mangsa selepas keadaannya sembuh. "Kami juga masih menunggu laporan perubatan. Keadaan mangsa stabil, doktor menasihatkannya berehat," katanya. Tun Hisan berkata, difahamkan jiran memberitahu terdapat kenderaan yang mencurigakan berkeliaran di kawasan perumahan berkenaan sebelum ini. "Dua kenderaan milik mangsa pernah dipecahkan sebelum ini, difahamkan kes kejadian pertama tidak dilaporkan," katanya. Siasatan awal kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan mendatangkan cedera ketika samun. -SH Ketua Pemuda UMNO Kepong parah ditikamUlasan GB Namanya macam pernah didengari, tapi siapakah Datuk Norizan Ali, Ketua Pemuda UMNO Kepong itu? Beliau pernah mempertikaikan pemberian jawatan Senator kepada Ezam dilihat sebagai tidak adil dan dan seolah-olah memperkecilkan kebolehan pemimpin yang sejak sekian lama berjuang untuk UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN). Menurut beliau, pelantikan Ezam itu juga dilihat tidak wajar sama sekali kerana individu itu pernah berpaling tadah terhadap kerajaan sebelum ini. Tiada kaitan diantara kisah itu dengan hal tikaman yang terkena kepada Datuk Norizan, sekadar untuk mengingati dan mengenali siapa beliau. Kedua, yang terlebih penting sekarang ialah polis perlu buka mata seluas-luasnya. PDRM mendakwa indeks jenayah menurun, sedangkan jenayah terus-terusan berlaku. Kali ini jenayah berlaku lagi dan terkena kepada seorang Ketua Pemuda UMNO sendiri, masih mahukah mengaburi mata rakyat kononnya kadar jenayah telah menurun? Pun masih nak putarbelitkan angka jenayah untuk menunjukkan kononnya Malaysia paling selamat? klik untuk baca |
Posted: 24 Sep 2012 01:02 AM PDT 23 September 2012 : YAB Tuan Guru meluangkan masa menziarahi kematian ibu kepada Tan Choon Hwa, pengerusi TCH Group di Kota Bharu pagi tadi. Penghormatan diberikan kepada seorang ulamak Islam apabila seorang anak muda Cina beragama Kristian mencium tangan TGNA tatkala menyambut ketibaannya di Christian Presbetyrian Memorial Centre di Kota Bharu. Nampaknya orang bukan Islam tahu untuk menghormati u8lamak berbanding dengan sesetengah umat Islam sendiri yang mencaci dan menghina beliau sepertimana kes yang didedahkan sebelum ini dimana seorang yang beragama Islam tergamak untuk menghina TGNA dengan meletakkan gambar haiwan bersebelahan dengan TGNA. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan - TGNA tetap dihormati oleh sekalian rakyat berbilang bangsa dan agama sekalipun dibenci oleh orang yang membencinya. |
Maka Akhirnya Raja Nong Chik Sembelih Lembu Betina Lembah Pantai Itu Posted: 23 Sep 2012 10:03 PM PDT RRaja Nong Chik Sedia Bertanding Di Lembah Pantai KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah menyatakan hasratnya untuk bertanding kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-13, kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN). Ketua Umno Lembah Pantai itu berkata, beliau telahpun memaklumkan perkara tersebut kepada Perdana Menteri. "Saya telah banyak kali memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini, sekiranya saya dicalonkan dalam pilihan raya ke-13 kelak, saya mahu bertanding di Lembah Pantai walaupun ia dikatakan sukar untuk dimenangi, berbanding Putrajaya dan Labuan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Pencegahan Jenayah anjuran Persatuan Alumni kaum India Universiti Malaya (PANI-UM) dengan kerjasama Persatuan Kemajuan dan Kebajikan Masyarakat Lembah Pantai di Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam di sini, Ahad. Kerusi Lembah Pantai disandang Nurul Izzah Anwar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan mengalahkan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada pilihan raya umum 2008. Ditanya mengapa beliau memilih bertanding di Lembah Pantai, Raja Nong Chik berkata, beliau menetap di kawasan itu, lebih 25 tahun dan berkhidmat kepada masyarakat setempat dalam apa jua keadaan. "Saya mempunyai banyak pengalaman dalam menyelesaikan pelbagai masalah dan isu-isu berkaitan masyarakat setempat dan bukannya seperti beberapa anggota politik lain yang hanya aktif ketika musim pilihan raya sahaja. "Sudah tiba masanya untuk saya berkhidmat sebagai wakil rakyat dan benar-benar membuat kerja untuk warga Lembah Pantai. "Bagaimanapun, saya akur sekiranya pucuk pimpinan memilih calon lain untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai," katanya. Mengenai Program Pencegahan Jenayah anjuran PANI-UM itu, beliau mahu penduduk setempat dan persatuan penduduk bekerjasama dengan pihak polis dalam menangani kejadian jenayah, di sekitar Lembah Pantai. Katanya, penduduk perlu berperanan mencegah jenayah dan mengamalkan langkah keselamatan bagi mengelak diri menjadi mangsa serta melaporkan sebarang aktiviti jenayah, termasuk penagihan dadah atau mencuri kenderaan. - BERNAMA Ulasan GB Tepat seperti yang GB katakan sebelum ini bahawa Calon BN Lembah Pantai: Sharizat Bakal Disembelih, Nong Chik Ambil Alih Petikan ulasan GB dulu: Patutlah Najib menyatakan beliau gembira Sharizat ambil cuti 3 minggu (atau memang perancangan Najib arahkan Shahrizat bercuti?) Rupa-rupanya ada perancangan lain, untuk meletakkan kawan karib Rosmah Mansor, iaitu Raja Nong Chik, menteri bertaraf senator, untuk bertanding di Lembah Pantai. Kini Nong Chik melilau di sekeliling Lembah Pantai untuk pamer diri sebagai calon Lembah Pantai, menyerang Ahli Parlimen sekarang, Nurul Izzah Anwar. klik untuk baca |
[JENAYAH MENURUN] Warga Emas Mati Dibunuh Di Pekan Pahang Posted: 23 Sep 2012 07:10 PM PDT Pekan - Polis mengesahkan tengkorak dan beberapa bahagian anggota badan yang ditemui di kawasan belukar berhampiran Sungai Miang, petang kelmarin dan semalam, milik warga emas, Sh Othman Sh Bakar, 72, yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu. Pengesahan dibuat berdasarkan barang-barang yang turut dijumpai di lokasi seperti Mykad, gigi palsu, kopiah dan cermin mata milik mangsa yang dipercayai dibunuh pada hari dia dilaporkan hilang. Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, operasi mencari semalam turut menemui sebahagian lagi anggota badan mangsa di sekitar kawasan tempat kejadian. Menurutnya, anggota badan mangsa yang ditemui terpisah mungkin akibat dimakan binatang liar yang banyak terdapat dalam kawasan belukar berkenaan. Katanya, operasi mencari dilakukan dengan kerjasama beberapa agensi seperti Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan penduduk kampung. "Hasil maklumat yang diperoleh daripada dua suspek berumur 26 dan 35 tahun, kita berjaya mengesan tempat mangsa dibunuh sebelum ditinggalkan iaitu kira-kira 15 kilometer dari tempat warga emas itu bekerja iaitu di Peramu Jaya 1. "Pemeriksaan yang dilakukan hasil petunjuk yang diterima berjaya menemukan satu tengkorak manusia di tepi tali air dan badan termasuk beberapa bahagian anggota lain," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah, semalam. Yahaya berkata, Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan masih melakukan siasatan lanjut berhubung penemuan tengkorak, badan dan beberapa anggota lain yang dipercayai milik mangsa. Beliau berkata, salah seorang suspek adalah rakan mangsa yang bekerja sebagai penjaga sangkar ikan di daerah Pekan dan dia mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes samun pada 2004. "Kes ini diklasifikasikan sebagai kes samun. Suspek yang berasal dari Johor kini direman selama dua minggu dan akan didakwa mengikut Seksyen 302 kerana membunuh. "Polis mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi maklumat hingga tertangkapnya suspek kerana tanpa bantuan mereka sukar untuk kita mengesan mereka yang terlibat serta mayat mangsa. "Dengan kejayaan ini kita menganggap kes ini telah selesai dan tindakan seterusnya diserahkan kepada Jabatan Forensik HTAA untuk melakukan ujian DNA ke atas tengkorak dan semua anggota badan yang ditemui," katanya. Sementara itu Sinar Harian cuba menghubungi anggota keluarga mangsa bagi mendapatkan maklum balas, namun mereka enggan mengulas dan berharap semua pihak dapat memahami situasi mereka. Keluarga mangsa reda dengan tragedi yang berlaku dan berterima kasih kepada polis serta semua pihak yang membantu menyelesaikan kes berkenaan. Kelmarin, Sinar Harian melaporkan kehilangan Sh Othman selepas menemui dua lelaki yang kononnya ingin berbincang mengenai proses menyewa lot kedai bahagian atas bangunan sebuah premis menjual alat binaan di Peramu Jaya kira-kira jam 1 tengah hari, Sabtu lalu. -SH Ulasan GB Jenayah menurun? Sekarang di kawasan parlimen Perdana Menteri sendiri berlaku kes jenayah pembunuhan. Pun masih nak putarbelitkan angka jenayah untuk menunjukkan kononnya Malaysia paling selamat? Angka jenayah tidak boleh dipermainkan kerana Hukum kebenaran dan keadilan itu tidak boleh disembunyikan. "anda" bakal terima padahnya jika cuba mempermainlkan dengan hukum itu. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment