Kelab Greenboc |
- Isu Twitter: Najib Dilembukan Dan Cuba Pula Melembukan Dunia
- [WASPADA] Geng Wanita 40an Kebas Barang Kemas Pengantin Baru
- Apabila PERKASA Melembukan Diri Mereka Sendiri
- Angkara Syaitan: Satu Stadium Tak Solat Jumaat!
- [EDISI TERDESAK] Bilik Hotel Anwar Pun Cuba Dipecah Masuk
- Janji Demokrasi: Era Umno Bolot Raikan Merdeka Berakhir
Isu Twitter: Najib Dilembukan Dan Cuba Pula Melembukan Dunia Posted: 01 Sep 2012 04:33 PM PDT Nak tweet terpaksa guna BOT. Nak penyokong terpaksa beli. Tak beli, tak kerah, tak paksa budak sekolah tiada sapa nak datang. Nak penuhkan stadium pon terpaksa kerah budak2 skolah pi. Itu pun BE-END mendada kata kuat, gagah, utuh, semua ada. Kuat tak sangga parlimen tak bubar2 juga. Cari cara untuk beri BOT mengundi kot? Firma kajian: Tweet #Merdeka55 mungkin dihasilkan bot Firma kajian Twitter Politweet.org mempertikai rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka seperti yang diumumkan kerajaan pada malam tadi. Firma itu berkata, sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu mungkin dihasilkan oleh bot – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan. Kajian itu berdasarkan sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna dalam tempoh berkenaan. Firma itu mendapati, sebanyak 38 peratus daripada tweet berkenaan dihasilkan daripada 14 peratus pengguna yang kesemuanya menggunakan perisian TweetDeck. TweetDeck merupakan perisian sokongan kepada pengguna Twitter yang membolehkan seseorang mentadbir pelbagai akaun dalam satu masa. "Ia bermakna 41,000 tweet (diterima) daripada 2,761 pengguna," kata Politweet.org dalam satu tulisan di Facebook hari ini. Dalam kenyataan tersebut, firma itu berkata mereka juga mengesyaki bahawa jumlah pengguna terbabit merupakan penghantar spam yang dimaksudkannya. Laporan Bernama pada malam tadi menyebut, jumlah 3,611,323 juta tweet dalam tempoh sejam itu mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dalam kategori tweet terbanyak dan juga perhimpunan tweet terbesar. Agensi berita itu melaporkan, perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang berkata, 10,128 orang terlibat menghantar tweet di dalam majlis sambutan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu. -mk KUALA LUMPUR - Sasaran 1 juta "Tweet" berunsurkan patriotik dan cintakan tanah air dari seluruh pengguna "Twitter" di Malaysia ditetapkan bagi memecahkan rekod dunia pada Perhimpunan Janji Ditepati sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, Jumaat ini. |
[WASPADA] Geng Wanita 40an Kebas Barang Kemas Pengantin Baru Posted: 01 Sep 2012 07:02 AM PDT IPOH – Menyamar sebagai saudara pengantin merupakan taktik sekumpulan wanita berusia 40-an, di sini, yang menjadikan kediaman pengantin sebagai sasaran untuk mencuri barangan berharga. Kegiatan empat wanita berkenaan telah dikesan sejak seminggu lalu setelah dua kediaman di Batu Kurau dan Manjoi menjadi mangsa perbuatan jenayah mereka dalam tempoh dua hari. Sabtu lalu, kumpulan wanita itu dikatakan berjaya melarikan empat beg tangan milik ahli keluarga pengantin semasa majlis perkahwinan sedang berlangsung di Kampung Sungai Ara dan menurut saksi, Salina Shamsudin, 21, kejadian berlaku pada kira-kira jam 12 tengah hari. Menurutnya, empat wanita berkenaan lengkap berpakaian baju kurung telah menyusup masuk ke dalam rumah sepupunya, Nur Shuhada Zaman Zahari, 22 selepas memperkenalkan diri sebagai saudara pengantin lelaki. "Mereka bersikap pelik apabila tidak bercakap dan hanya memerhati keadaan sekeliling dengan penuh kecurigaan. Mereka memilih untuk duduk hampir dengan bilik pengantin sepanjang majlis. "Dua daripada wanita itu dilihat masuk ke bilik pengantin ketika ahli keluarga lain sibuk memindahkan hantaran perkahwinan dan memasukkan semua beg besar yang diambilnya ke dalam sebuah beg besar," katanya. Katanya, keadaan menjadi kecoh seketika apabila empat beg tangan mengandungi lapan telefon bimbit, wang tunai dan barang kemas bernilai hampir RM30,000 hilang dan kejadian ini sama seperti kes yang berlaku di Manjoi dalam laporan akhbar Sinar Harian, semalam. Salina menjelaskan, kejadian berkenaan disedari apabila salah seorang mangsa dihubungi pihak bank untuk membuat pengesahan pembelian telefon bimbit menggunakan kad kredit di sebuah pasar raya di Taiping. "Urusan pembelian itu tidak berjaya kerana diragui oleh pihak bank. Kami geram dan terkilan dengan insiden ini kerana mereka turut mengeluarkan wang simpanan sebanyak RM6,000 milik salah seorang ahli keluarga kami. "Kami telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Batu Kurau mengenai kejadian ini," katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mangsa dan siasatan sedang dijalankan serta polis sedang giat memburu suspek terbabit. Semalam, Sinar Harian melaporkan kes kecurian yang mana seorang wanita mengaku sebagai ahli keluarga dan menyusup masuk ke dalam rumah pengantin, melibatkan kehilangan barangan bernilai hampir RM20,000 di Kampung Sungai Tapah Manjoi. Kejadian itu berlaku sehari selepas kejadian menggunakan modus operandi yang hampir sama di Batu Kurau. -SH |
Apabila PERKASA Melembukan Diri Mereka Sendiri Posted: 01 Sep 2012 05:28 AM PDT Selangor patuhi prosedur sambutan ambang merdeka - MB Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) telah mematuhi segala amalan dan prosedur dalam menganjurkan sambutan malam ambang kemerdekaan di Dataran Kemerdekaan di sini, Khamis lepas. Abdul Khalid berkata ini kerana pejabat SUK mempunyai pengalaman luas dalam mengadakan program seumpama itu pada tahun-tahun sebelum ini dan beliau "tidak berasa sangsi dengan keupayaan pejabat SUK menganjurkan sambutan itu dengan betul dan tertib". "Sambutan ini bukanlah daripada penglibatan parti politik semata-mata tetapi ia dilaksanakan pegawai kerajaan menerusi pejabat SUK untuk beberapa tahun sebelum ini termasuk pentadbiran terdahulu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sebuah pameran kartun di Galeri Shah Alam di bandar itu. Abdul Khalid mengulas laporan akhbar bahawa kerajaan Selangor pimpinan PKR membelakangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila tidak menjemput baginda ke majlis sambutan itu. Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata satu jawatankuasa khas dianggotai wakil pejabat SUK dan Menteri Besar ditubuhkan setiap kali menjelang sambutan ambang kemerdekaan. Beliau berkata pihaknya mengadakan perjumpaan dengan Sultan Selangor setiap hari Rabu sebelum mesyuarat exco untuk memaklumkan mengenai segala program yang diadakan di negeri itu termasuk sambutan ambang kemerdekaan. Menurut satu sumber yang enggan dikenalpasti, adalah menjadi amalan biasa pejabat SUK untuk menjemput Sultan Selangor hanya untuk berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena sambutan Hari Kemerdekaan, dan bukannya untuk sambutan malam ambang kemerdekaan. Sementara itu, Yang Dipertua Perkasa Selangor Abu Bakar Yahya meminta polis menyiasat laporan akhbar yang menyatakan kerajaan negeri tidak menjemput Sultan Selangor ke majlis sambutan ambang kemerdekaan. Beliau berkata sambutan kemerdekaan adalah anjuran rasmi kerajaan negeri untuk rakyat Selangor dan adalah wajar baginda dimaklumkan mengenainya. "Perkasa Selangor bimbang akan timbul kemarahan rakyat kerana kerajaan negeri Selangor menyisihkan kepentingan Raja-raja Melayu khasnya Tuanku Sultan Selangor dalam sambutan ini. "Oleh hal demikian, Perkasa bimbang sekiranya ada campur tangan 'orang luar' terhadap pentadbiran kerajaan Selangor," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam. - Bernama erkasa lapor polis isu undangan untuk Sultan Selangor |
Angkara Syaitan: Satu Stadium Tak Solat Jumaat! Posted: 01 Sep 2012 02:45 AM PDT Seorang ibu mendedahkan di dalam rancangan "Assalamu'alaikum" terbitan TV AL-Hijrah bahawa ramai peserta-peserta sambutan Hari Merdeka yang diadakan di Stadium Merdeka tidak solat Jumaat. Kemaruk syaitan apakah sehingga membelakangkan solat Jumaat semata-mata untuk berkupul membuat persembahan di Stadium Merdeka? Mengikut perhatian GB, itu petanda jelas bahawa UMNO sedang berada di njurang kejatuahn dan kehancuran. Kita sama-sama nantikan saat bersejaran itu. |
[EDISI TERDESAK] Bilik Hotel Anwar Pun Cuba Dipecah Masuk Posted: 01 Sep 2012 12:34 AM PDT Kota Bharu - Selain bas yang digunakan PKR disimbah cat dan cermin depan dipecahkan awal pagi, bilik hotel penginapan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa cuba 'dicereboh' pihak tertentu. Ketua Pembangkang itu berada di sini sempena ceramah anjuran parti tersebut. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman berkata, pihaknya mendapat maklumat itu ketika mengadakan pertemuan dengan Anwar pagi tadi. "Kita cukup kesal dengan kejadian yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap berkuasa mengambil tindakan tegas," katanya kepada Sinar Harian di sini. Bagaimanapun belum jelas motif dan bagaimana cubaan ceroboh itu dilakukan. Sehubungan itu kata Azihan, pihaknya akan membuat laporan polis di sini. -SH DSAI dan Kak Wan, melihat keadaan bas Jelajah Merdeka Rakyat yg disabotaj awal tadi tadi. -fb Jeminghassan klik untuk baca |
Janji Demokrasi: Era Umno Bolot Raikan Merdeka Berakhir Posted: 31 Aug 2012 09:50 PM PDT B Berbeza dengan sambutan ambang merdeka tahun-tahun sebelumnya, sambutan ambang merdeka 'Janji Demokrasi' yang diadakan di Dataran Merdeka malam tadi turut disertai oleh semua kaum dari pelbagai peringkat umur. Sebelum ini, setiap kali sambutan ambang kemerdekaan diadakan, kebanyakan orang ramai yang hadir adalah terdiri daripada hampir 90 peratus adalah orang Melayu khususnya golongan remaja yang ingin menyaksikan persembahan hiburan artis kegemaran mereka. Manakala sambutan disebelah paginya pula, kebanyakan warga berbangsa India dan Cina yang hadir hanya semata-mata kerana terlibat dalam acara yang dipersembahkan. Menurut seorang pelajar berbangsa Cina penuntut tahun dua di Universiti Lim Kok Wing yang tidak mahu namanya disebut, sebelum ini sambutan kemerdekaan dilihat sebagai salah satu acara menaikan imej Umno di mata rakyat negara ini. "Sebab itulah bila hari merdeka, selalunya berkisar tentang pemimpin Umno sahaja. "Kali ini lain, saya dan kawan-kawan betul-betul dapat rasakan semangat kemerdekaan negara Malaysia, bukan meraikan mana-mana parti politik," kata beliau sambil disokong oleh beberapa rakan beliau yang turut serta meraikan sambutan ambang kemerdekaan malam tadi. Manakala bagi kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hanan pula, meskipun tiada acara hiburan diadakan ia masih mampu menarik ribuan hadirin yang jelas ingin menyampaikan mesej bahawa rakyat negara ini mahu merdeka dari cengkaman 55 tahun di bawah pemerintahan Umno-BN. "Cina dan India bukan tidak sayangkan negara Malaysia, bukan tak mahu meraikan, tetapi mereka melihat sambutan anjuran kerajaan hanyalah acara memertabatkan Umno sebab itu malam ini kita lihat selain ramai Melayu, Cina dan India juga ramai dengan pelbagai lapisan umur. "Jadi kita tak perlukan hiburan, bunga api dan sebagainya dengan semua datang tanpa di bayar. "Saya dengar orang yang datang besok pagi ada hadiah kereta dan bermacam lagi. "Malah bagi sesetengah kakitangan kerajaan mereka terpaksa hadir dan kita juga tahu berpuluh-puluh bas disediakan oleh kerajaan," kata Tunku Harmy ketika ditemui TVS malam tadi. -selangorku |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment