Kelab Greenboc |
- [GEMPAR] Portal Jabatan K'jaan Guna Logo Merdeka Pakatan Rakyat Sempena Hari Malaysia
- [VIDEO] Konvensyen Mega Pakatan Rakyat Di Stadium Bukit Jalil 3 Nov 2012
- Polis Buru Samseng UMNO BN Kencing Poster Pemimpin Pakatan Rakyat
- Samseng UMNO Dikenalpasti Dalam Kawad Cam
- Zahid Hamidi Kecut, Sultan Johor Murka Peralatan Kor Gerak Khas Tidak Bermutu
- Remaja IPTA Dicekup Bersama Pasangan, Peringatan Untuk Remaja
- Polis Panggil Wartawan Suara Keadilan, Jurufoto Kawad Cam Samseng Umno
- [BERGAMBAR] "Aku Tetap Sayang Isteriku Walaupun Wajahnya Tak Seperti Dulu" - Abil
- Tiga Restoran Shahrizat Di Singapura Ditutup
| [GEMPAR] Portal Jabatan K'jaan Guna Logo Merdeka Pakatan Rakyat Sempena Hari Malaysia Posted: 11 Sep 2012 05:04 PM PDT Satu demi satu agensi kerajaan UMNO BN "bergaya" dengan logo merdeka Pakatan Rakyat dan bukan logo "Janji Ditepati" ciptaan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.Sebelum ini Pos Laju, sebuah produk dari POS Malaysia Berhad, sebuah agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sendiri telah menggunakan logo kemerdekaan Pakatan Rakyat yang bertemakan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa". ![]() Terkini, portal rasmi Jabatan Pelajaran Johor pula menggunakan Logo Merdeka Pakatan Rakyat sempena Hari Malaysia di lamanwebnya (imej slide show). Satu tamparan hebat kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Menteri Pelajaran apabila sebuah jabatan kementeriannya seperti seolah-olah "mengiktirafkan" logo Pakatan Rakyat berkenaan. Lebih menarik, jabatan pelajaran itu di negeri di mana Muhyiddin menjadi seorang ahli parlimennya. Samada disengajakan, atau tidak sengaja atau TERsengaja... hakikatnya logo merdeka Pakatan Rakyat nampaknya berjaya menawan hati rakyat sehinggakan pihak agensi kerajaan sendiri "tersasul" menggunakannya. Atau berkemungkinankah sememangnya selepas ini Pakatan Rakyat akan menjadi pemerintah baru bagi negara Malaysia tercinta dengan bertemakan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" menggantikan 1Malaysia yang hanya tinggal slogan sedangkan amalannya tersangat rasis dan "assabiyah" itu? Pagi ini akan kelam-kabutlah Jabatan Pelajaran Johor mengeluarkan logo itu dari lamanwebnya, mujur kita telah dapat membuat "printscreen"nya terlebih dahulu seperti gambar di atas. |
| [VIDEO] Konvensyen Mega Pakatan Rakyat Di Stadium Bukit Jalil 3 Nov 2012 Posted: 11 Sep 2012 09:46 AM PDT Pakatan Rakyat dalam perancangan akan menganjurkan Mega Konvensyen Pakatan Rakyat di Stadium Bukit Jalil pada 3 November nanti.Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini memberitahu perkara tersebut akan dibawa ke mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat esok. "Mesyuarat hari ini telah memutuskan agar satu himpunan Mega Konvesyen Pakatan Rakyat diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 3 November nanti. "Dan kita berharap pihak kerajaan mahupun perbadanaan stadium dapat memberi keizinan kepada kita untuk mengadakan himpunan tersebut," jelasnya. Kata beliau lagi, selaras dengan janji yang dikeluarkan oleh kerajaan yang mana Pakatan boleh mengadakan perhimpunan di mana-mana stadium. Namum, jika kerajaan gagal mengotakan janji tersebut mereka maka janji ditepati perlu ditukar kepada janji dimungkari, jelas beliau. "Kita lihat adakah keizinan diberikan atau tidak untuk kita mengadakan perhimpunan di Stadium Bukit Jalil nanti," sambung beliau selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat. -HD |
| Polis Buru Samseng UMNO BN Kencing Poster Pemimpin Pakatan Rakyat Posted: 11 Sep 2012 08:04 AM PDT Kuala Terengganu - Polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan menghina gambar pemimpin Pakatan Rakyat yang disiarkan di sebuah portal berita Jumaat lepas.Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah/Perundangan Terengganu Supt Luqman Abdul Rahman berkata siasatan dilakukan setelah polis menerima laporan berkenaan perkara itu di Balai Polis Kerteh, Kemaman, Sabtu lepas. "Gambar dalam portal berkenaan menunjukkan beberapa lelaki melakukan perbuatan menghina pemimpin Pakatan Rakyat antaranya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Salah seorang daripada mereka seolah-olah membuang air kecil pada gambar pemimpin itu. Perbuatan yang dilakukan ini kita kira sangat serius kerana ia menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Luqman berkata setakat ini polis masih mengesan sama ada kejadian sebenar berlaku di Terengganu atau di tempat lain serta latar belakang kesemua suspek. Beliau menggesa individu yang bertanggungjawab tampil menyerah diri secepat mungkin dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran. -BERNAMA Ulasan GB Yang jelas, mereka adalah samseng UMNO Barisan Nasional berdasarkan pakaian dan topinya. Inilah yang diajar oleh pemimpin-pemimpin UMNO BN selama ini kepada pemuda-pemudanya. ![]() klik untuk baca ![]() |
| Samseng UMNO Dikenalpasti Dalam Kawad Cam Posted: 11 Sep 2012 06:11 AM PDT Seorang samseng Umno yang terlibat dalam insiden simbah cat ke bas Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka Sabtu lalu berjaya dikenal pasti oleh salah seorang peserta rombongan semasa proses kawad cam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, petang tadi.Seramai 11 suspek dipanggil menjalani proses tersebut dan pengecaman itu dikesan oleh Setiausaha Kerja Wanita Pusat KEADILAN, Maisuri Hamzah. "Saya sahkan seorang individu iaitu pemuda bernama Sharidan yang memakai topi berwarna merah semasa insiden itu. "Polis kemudian mengambil keterangan berhubung kawad cam, dan memberitahu bahawa saya ada mengambil gambar (Sharidan ketika insiden itu)," katanya ketika ditemui selepas selesai menjalani kawad cam kira-kira jam 4.00 petang tadi. Menurut Maisuri, kes tersebut yang sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 247 Kanun Keseksaan (merosakkan harta benda awam) ditukar kepada Seksyen 248 untuk membolehkan tangkapan dibuat. Selain Maisuri, turut sama membuat kawad cam, petugas pejabat KEADILAN, Abdul Hadi Suhaimi. Kedua-dua mereka telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut pada hari kejadian. Pada 8 September lalu, sekumpulan 30 samseng Umno menyerang bas jelajah Merdeka Rakyat dengan membaling batu, botol air mineral dan menyimbah cat ketika bas tiba di Majlis Sambutan Aidilfitri KEADILAN Jasin di Kampung Kelubi, Melaka. Ia berlaku kira-kira jam 3.30 petang – dilakukan pada siang hari secara terang-terangan. Minggu lalu, pada jelajah sulung Merdeka Rakyat ke empat buah negeri, bas itu turut disimbah cat merah sekitar jam 4.20 pagi manakala cermin depan retak dilontar batu di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan. Samseng Perkasa turut mengganggu tazkirah Anwar di Masjid Al-Hussain, Alor Setar hingga tergamak membaling kasut ke dewan solat. -KD klik untuk baca ![]() |
| Zahid Hamidi Kecut, Sultan Johor Murka Peralatan Kor Gerak Khas Tidak Bermutu Posted: 11 Sep 2012 03:33 AM PDT DPPM: Teguran Sultan Johor perlu diberi perhatian pentingDewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta kerajaan memandang serius dan menyiasat dakwaan adakah benar wujudnya amalan rasuah dan ketirisan dalam pembekalan kelengkapan tentera kepada pasukan elit Kor Gerak Khas angkatan tentera. Ini berikutan titah ucapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar yang murka ke atas pembekalan kelengkapan tidak bermutu kepada pasukan elit Kor Gerak Khas angkatan tentera. "Sepatutnya kerajaan merasa malu dengan keluhan hati Sultan Johor sehingga baginda terpaksa membangkitkan perkara ini di ruang media secara terbuka," kata Naib Ketua DPPM, Dr Raja Ahmad Al Hiss. "Sebagai ketua bagi pasukan tersebut, baginda wajar membangkitkan rasa tidak puas hati mewakili seluruh anggota pasukan baginda sendiri. "Apa yang dizahirkan oleh Sultan Johor adalah suatu kebimbangan terhadap amalan rasuah dan ketirisan yang mungkin berlaku dan menyerap masuk dalam dalam projek membekalkan kelengkapan peralatan tentera sehingga anggota pasukan elit itu menjadi mangsanya," katanya dalam satu kenyataan. DPPM, katanya, bersetuju dengan teguran baginda supaya kementerian pertahanan memantau setiap perolehan kelengkapan berkenaan bagi memastikan ia menepati keperluan pasukan dan menjamin tahap kualitinya. "Kerajaan juga beri perhatian terhadap teguran baginda supaya tidak ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi dalam usaha melengkapkan pasukan Gerak Khas dengan peralatan terkini dan moden," tambahnya. Justeru, katanya, DPPM mendesak kerajaan supaya mengkaji balik pemberian kontrak pembekalan kelengkapan tentera. "Kontrak pembekalan kelengkapan tentera pula perlu dibuat secara tender terbuka dan menyerahkannya kepada mereka yang benar-benar berhak dan layak," tambahnya. Selain itu, kata Dr Raja Ahmad, hanya kelengkapan yang memenuhi kualiti yang ditetapkan sahaja boleh diluluskan dengan melihat kepada teknologi semasa bagi menunjukkan kekuatan keselamatan negara serta menakutkan kepada musuh-musuh negara. "Jangan nanti negara lain mentertawakan tahap keselamatan negara kerana masih menggunakan peralatan yang usang, lupus tarikh dan ketinggalan zaman bagi menghadapi pertempuran," tambahnya. Zahid Hamidi: Isu harga RIV untuk elit tentera disiasat |
| Remaja IPTA Dicekup Bersama Pasangan, Peringatan Untuk Remaja Posted: 11 Sep 2012 01:18 AM PDT Dungun - Seorang remaja perempuan yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian awam, bukan sahaja nyaris meringkuk di penjara, malah bakal berhadapan hukuman disingkir daripada universiti, apabila dia didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan jenayah syariah yang dilakukan bersama pasangannya.Pelajar IPTA yang dicekup berkemban tanpa pakaian dalam bersama teman lelakinya dalam sebuah hotel masuk ke kamar mahkamah untuk proses pendakwaan. Remaja terbabit, 19, dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi semalam, atas tuduhan persediaan melakukan persetubuhan bersama pasangannya, seorang buruh, Mohd Saiful Mohd Nor, 24. Pasangan ini didakwa mengikut Seksyen 29 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh ditahan sepasukan pegawai penguatkuasa syariah (PPS) di sebuah bilik hotel, kira-kira jam 12.30 pagi, 6 ogos lalu. Ketika serbuan dilakukan, pasangan lelaki yang didapati tidur dalam keadaan berselimut atas katil hanya memakai 'boxer' manakala tertuduh wanita berkemban dengan tuala tanpa memakai pakaian dalam. Siasatan mendapati mereka bukan mahram. Coli, seluar dalam wanita, seluar jeans serta tudung antara barang kes yang dirampas sebagai bahan bukti. Kedua-dua tertuduh bagaimanapun nyaris bermalam di tirai besi apabila Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah memerintahkan mereka dikenakan hukuman denda RM2,700 atau penjara dua bulan. Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Felda Kerteh Tiga itu yang mengaku bersalah sebelum membuat rayuan agar diringankan hukuman akhirnya menjelaskan denda masing-masing. . Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwaraya Syarie, Mustaffar Hamzah manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -SH Ulasan GB Kenapalah payah sangat nak bernikah? Sampai bila nak hidup bergelumang noda dan dosa? Wahai remaja, jagalah kehormatan diri agar dirimu menjadi insan yang berguna setidak-tidaknya untuk diri dan keluarga jika belum dapat untuk ugama, bangsa dan negara. Bertaubatlah bagi yang sudah terlanjur... |
| Polis Panggil Wartawan Suara Keadilan, Jurufoto Kawad Cam Samseng Umno Posted: 10 Sep 2012 10:36 PM PDT Polis memanggil wartawan dan jurufoto akhbar Suara Keadilan menjalani kawad cam hari ini bagi mengenalpasti samseng yang terlibat dalam insiden provokasi dan serangan ke atas bas jelajah Merdeka Rakyat Sabtu lalu.Kedua-dua mereka adalah Aedi Asri dan Yuisriah Yusof. Mereka membuat liputan sepanjang program siri kedua jelajah itu ke selatan bermula Jumaat lalu. Menurut Setiausaha Pengelola KEADILAN, Radin Shamsulakmar Radin Shamsudin, polis menghubungi pihaknya kira-kira jam 1.30 petang semalam memaklumkan perkara itu. Turut menjalani proses itu, krew bas jelajah, Maisuri Zainal dan Abdul Hadi Suhaimi serta semua petugas yang mengikuti konvoi tersebut. "Kawad cam akan diadakan pada jam 3 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin. "Ia melibatkan petugas yang berada di dalam bas (ketika serangan berlaku)," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily. Pada 8 September lalu, sekumpulan 30 samseng Umno menyerang bas jelajah Merdeka Rakyat dengan membaling batu, botol air mineral dan menyimbah cat ketika bas tiba di Majlis Sambutan Aidilfitri KEADILAN Jasin di Kampung Kelubi, Melaka. Ia berlaku kira-kira jam 3.30 petang – dilakukan pada siang hari secara terang-terangan. KEADILAN kemudian membuat laporan polis berhubung insiden itu di IPD Jasin pada jam 8.43 malam hari yang sama. Berhubung kawad cam itu, Radin memberitahu, semua yang dipanggil akan menjalani proses berkenaan petang ini bagi membantu siasatan polis. Katanya, mereka sekali lagi akan bergerak menaiki bas Jelajah Merdeka Rakyat bersama-sama menuju ke IPD Jasin. Minggu lalu, pada jelajah sulung Merdeka Rakyat ke empat buah negeri, bas itu turut disimbah cat merah sekitar jam 4.20 pagi manakala cermin depan retak dilontar batu di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan. Samseng Perkasa turut mengganggu tazkirah Anwar di Masjid Al-Hussain, Alor Setar hingga tergamak membaling kasut ke dewan solat. -KD ![]() |
| [BERGAMBAR] "Aku Tetap Sayang Isteriku Walaupun Wajahnya Tak Seperti Dulu" - Abil Posted: 10 Sep 2012 08:46 PM PDT Seremban – "Saya bukan cari publisiti." Demikian kata Abil Fikri Ahmad, 43, yang kesal dengan tanggapan sesetengah pihak yang menuduhnya cuba mengambil kesempatan atas penderitaan isterinya, Fauziah Muhamad. Perkara ini timbul apabila dia mula melakarkan perjalanan hidupnya menjaga Fauziah, 38, yang menderita akibat kerosakan saraf pada otak, menerusi blog sejak April lalu.Abil menjadikan laman blog yang didaftarkan atas nama 'abil4fauziah' sebagai diari. Abil berkata, satu kiriman pesanan ringkas diterimanya sebelum ini cukup meruntun hatinya apabila ada pihak menuduhnya mencari publisiti atas kesengsaraan dialami isterinya. "Saya kecewa. Saya tak sangka ada pihak sanggup menuduh saya sedemikian rupa," katanya yang tidak pernah terfikir untuk mengambil kesempatan atas keadaan isterinya. Dia berkata, SMS yang diterima lebih kurang berbunyi, "Encik Abil saja reka cerita nak cari publisiti ke? Buat blog untuk 'promote' diri? Nak tunggu dapat anugerah suami mithali? Supaya dapat gelaran Datuk?" "Saya terkilan apabila ada pihak yang menuduh saya sebegitu," katanya dengan nada penuh kesal sambil beristighfar panjang. Ceritanya, SMS itu diterima Jun lalu daripada insan yang tidak dikenali dan dia cuba menerangkan dengan cara baik, namun gagal. "Saya buat blog ini atas nasihat kawan, selain saya mahu apabila dia sihat nanti, blog ini dapat menjadi tukang cerita kerana memorinya hilang sepanjang dia sakit," katanya. "Melalui blog yang saya kemas kini tiga hari seminggu ini juga saya dapat mengumpulkan dana untuk isteri saya. Apabila mereka membaca, sebahagian besar mereka menyumbang. "Saya sangat bersyukur dan berterima kasih dengan kemurahan hati mereka. Dana yang saya kumpulkan untuk isteri saya tidak pernah saya salah gunakan. Semua untuk dia," jelasnya. Abil menambah, baju raya mahu pun kasut raya tidak dibeli sejak tahun lalu. Katanya, Baju Melayu yang digunakan pada hari pernikahan mereka sekitar tiga tahun lalu menjadi baju Aidilfitri tahun ini. "Saya langsung tidak membeli apa-apa keperluan untuk diri saya kecuali makan dan minum," ujarnya. Menurutnya, hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas semua bantuan dan pertolongan yang diberikan bagi meringankan bebannya menjaga isteri tercinta "Alhamdulillah, Tuhan bukakan pintu hati orang ramai kerana sudi membantu saya sehingga ke hari ini. "Saya yakin, setiap kesusahan ada jalan keluar. Jika Tuhan memberi saya dugaan sebesar ini, Dia pasti akan membantu saya juga," katanya. Kata Abil, dia tidak pernah berhenti berdoa agar Tuhan sentiasa memberi kekuatan kepadanya agar dapat terus menjaga isteri dengan mudah tanpa sebarang kesulitan. Bercakap soal raya, Abil begitu teruja menceritakan kemeriahan Aidilfitri tahun ini. "Meskipun keadaan isteri saya begini, namun saya sangat gembira. "Ahli keluarga semuanya pulang ke Seremban dan memasak makanan hari raya bersama-sama. Sangat berbeza dengan tahun lalu," katanya. Menurut Abil, tahun lalu merupakan sejarah di mana bulan Syawal 'diiringi' kemurungan dan kesedihan. Namun dia percaya ALLAH akan menggantikan kesedihan dengan kebahagiaan tahun ini. Beralih kepada topik kahwin, Abil ketawa kecil apabila soalan berkaitan diajukan. "Kahwin lain? Kalau saya suka kahwin-kahwin, dah lama saya kahwin. Tidak perlu tunggu berumur 40 tahun baru nak kahwin," katanya. Cinta pandang pertama Menurut Abil, ramai rakan-rakan terdekat yang mencadangkan agar dia berkahwin lain, namun dia menolak. "Perempuan berkahwin supaya ada seseorang menjaga dia, jadi saya menjalankan apa yang diamanahkan. "Saya tak rasa saya mampu memberi fokus kepada dia sepenuh masa jika saya berkahwin lain," katanya. Tambah Abil, sebelum ini Fauziah pernah bertanya, "kalau saya sakit tak boleh bangun, awak kahwin lain tak?" Ketika itu Abil tidak mampu menjawab kerana dia tidak boleh memberi jawapan. "Kini, saya boleh jawab. Selagi dia isteri saya, walaupun rupa dia berubah, saya tetap sayangkan dia. Kalau saya tak sayang dia, boleh saja saya hantar dia ke kampung dan setiap bulan saya kirim duit. "Apapun, susah senang biarlah bersama. Jika ini bahagian yang perlu saya tempuh bersama isteri, saya redha. Semuanya sudah tertulis, segala perjalanan hidup saya telah pun disusun oleh ALLAH SWT. Kini, saya hanya mengikut rentak yang telah ditentukan coraknya oleh Tuhan untuk saya dan isteri," katanya. Penat itu normal Sementara itu, Abil menolak apabila rutin hariannya itu dikaitkan dengan rasa bosan, penat dan tertekan. "Tak ada kerja di dunia ini yang tak penat. Tak kerja pun penat. Penat itu normal. "Saya dah tahu saya akan rasa penat, muak, bosan dan tertekan, jadi saya sudah ubah perasaan itu jadi penghibur hati sejak awal. Saya kawal hati saya," jelasnya. Menerima pelbagai bentuk sokongan daripada orang ramai membuatkan dirinya lebih bersemangat menjalankan rutin hariannya. "Saya semakin bersemangat setiap hari. Ada yang SMS ada yang telefon ada yang tinggal pesanan di laman sosial. Terima kasih untuk keprihatinan anda semua," katanya. Orang ramai yang mahu menyumbang boleh menyalurkan bantuan kepada Fauziah melalui akaun Maybank 1551-7109-4087 atas nama Abil, atau menghubungi Abil ditalian 016–2634258. -SH ![]() ![]() ![]() klik untuk baca ![]() |
| Tiga Restoran Shahrizat Di Singapura Ditutup Posted: 10 Sep 2012 06:37 PM PDT Tiga restoran di Singapura yang dimiliki oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil dilaporkan ditutup, dan berakhirnya perniagaan keluarganya di republik tersebut.Akhbar Straits Times di Singapura melaporkan, restoran tersebut, Meatworks, Brawn Steakhouse dan Churrascaria Senor Santos telah tutup selepas pasar raya Farmhouse telah ditutup di Rochester Mall di Buona Vista. Akhbar itu melaporkan Meatworks telah menutup cawangannya di ION Orchard pada 4 September dan Brawn Steakhouse cawangan Marina Bay telah ditutup pada Julai, yang akan digantikan oleh Erwin's Gastrobar. Keluarga ketua wanita Umno itu telah dituduh oleh pembangkang kerana menyalahgunakan dana kerajaan persekutuan untuk Syarikat Fidlot Kebangsaan (NFCorp) yang menguruskan projek penternakan lembu negara untuk kepentingan peribadi, yang mereka nafikan, bagaimanapun mereka mengakui sebahagian dari dana itu digunakan untuk membeli kondominium mewah di Bangsar dan Singapura. Rentetan dari kontroversi itu menyebabkan tekanan kepada Shahrizat untuk meletakkan jawatan sebagai menteri wanita, keluarga dan masyarakat pada 11 Mac yang lalu. Sehari kemudian, suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah didakwa atas pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat melibatkan RM49 juta dana persekutuan yang diberikan kepada NFCorp. Tarikh perbicaraan akan berlangsung pada 5 November. Ketika dihubungi oleh pengurus Meatworks di Mont Kiara mengesahkan bahawa cawangannya di Singapura telah ditutup tetapi tidak diberitahu maklumat selanjutnya. Skandal NFCorp juga dijangka menjadikan undang-undang melindungi pengadu dalam keadaan samar selepas pengarah strategi PKR Rafizi Ramli didakwa pada 1 Ogos kenana mendedahkan data NFCorp. -TMI |
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


















No comments:
Post a Comment