Kelab Greenboc |
- [TERKINI] Bas Jelajah Merdeka Disimbah Cat Merah & Cerminnya Dipecahkan
- Kantoi!!! Bendera Malaysia : UMNO Tiada Modal, Fitnah PR
- Jelajah "Merdeka Rakyat" Bermula Dan Dah Sampai Machang
- Hakim Dengar "Ceramah" Mat Sabu Di Mahkamah
- Selangor Catat Pelaburan Tertinggi RM5.125 Bilion
- Bas Rempuh Kedai Makan Depan Politeknik Dungun, 10 Pelajar Nyaris Maut
- [JANJI DICABULI] Najib Muram Durja - Yang Hadir Cuma 20000
- [VIDEO] Sambutan Merdeka Di Selangor: Anwar Tuntut PRU13 Bersih & Adil
[TERKINI] Bas Jelajah Merdeka Disimbah Cat Merah & Cerminnya Dipecahkan Posted: 31 Aug 2012 05:14 PM PDT Gambar: Keadaan bas Merdeka Rakyat yang disimbah cat merah dan pecah cermin. Bas dua tingkat yang dilancarkan semalam di dalam program Jelajah Merdeka Rakyat telah diserang oleh sekumpulan mereka yang tidak dikenali yang menyimbah bahagian hadapan bas tersebut dengan cat merah dan cermin bas telah dipecahkan dengan besi keluli. Serangan berlaku kira-kira jam 5.00 pagi tadi di Kota Baru. Walau bagaimanapun tiada laporan kecederaan berlaku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilaporkan selamat. Pelancaran jelajah Merdeka Rakyat dilancarkan semalam di ibu pejabat KEADILAN dan telah tiba di lokasi pertamanya di Benton Pahang semalam sebelum ke Benta dan Machang. p/s Modus operandi dan kerja siapakah yang menyimbah cat merah selama ini? Sungguh binatang perbuatannya. klik untuk baca ter |
Kantoi!!! Bendera Malaysia : UMNO Tiada Modal, Fitnah PR Posted: 31 Aug 2012 04:18 PM PDT Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan tetap menggunakan bendera Malaysia sebagai bendera rasmi biarpun ada cubaan daripada sesetengah pihak yang melakukan provokasi mengibarkan bendera 'Sang Saka Merah' semasa himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, malam tadi. Anwar menjawab pertanyaan pengikutnya di Twitter yang curiga ia akan dijadikan isu oleh Umno-APCO dan Barisan Nasional untuk menempelak Pakatan Rakyat kununnya gabungan itu akan mengubah bendera rasmi negara ini, Jalur Gemilang dengan Sang Saka Merah. Menjawabnya di Twitter sebentar tadi, Anwar menegaskan: @anwaribrahim PR tdk jdkan ini sebgai isu! @_Joe__7: harap DSAI dpt selesaikan isu bendera itu....jika tidak pasti Dlm PR sendiri akan wujud perpecahan disebabkan isu yg remeh ini Dan satu lagi tweet dari Anwar juga menjelaskan: @anwaribrahim PR -bendera Msia @razzanismail: apa pendapat DS tentang mereka yg kibarkan 'sang saka malaya' malam tadi? Malam tadi, beberapa individu yang kelihatan semasa himpunan Janji Demokrasi dilihat mengibarkan bendera Sang Saka Merah yang didakwa bendera asal Tanah Melayu sebelum bendera itu digantikan dengan Jalur Gemilang semasa negara ini mencapai kemerdekaan pada 1957. Ia mendapat reaksi pelbagai di laman sosial Twitter selain blog pro-Umno-APCO cuba menjadikannya sebagai modal untuk menghentam Pakatan Rakyat kunun sekiranya pakatan tersebut memerintah Malaysia nanti, bendera Jalur Gemilang akan digantikan dengan bendera asal. Pendapat Anwar turut disokong ahli parlimen Sibu, Wong Ho Leng yang berkata ia hanyalah satu bentuk pembohongan mengalihkan cerita (spin) akibat kegagalan Umno-APCO menghalang himpunan Janji Demokrasi malam tadi yang dihadiri lebih 10 ribu orang tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. @wongholeng "@anwaribrahim: No such decision by PR.Why spin? @mukhlis_30: Pls advice me y after 55 years we must change our flag.."Lousy spin culture Tambah Wong lagi, tidak ada makna sambutan kemerdekaan dirayakan kerana pemimpin BN langsung tidak menjemput pemimpin Pakatan Rakyat menghadiri sambutan tersebut yang diadakan tahun ini di Sibu bagi peringkat Sarawak. Jelas cubaan Umno-APCO menjadikan isu bendera sebagai modal untuk menempelak Pakatan Rakyat gagal lagi. -wargamarhaen |
Jelajah "Merdeka Rakyat" Bermula Dan Dah Sampai Machang Posted: 31 Aug 2012 07:46 AM PDT Mengambil semangat ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-55, KEADILAN melancarkan siri Jelajah 'Merdeka Rakyat'. "Jelajah Merdeka Rakyat ini diadakan adalah untuk memberi isi dan makna ulang tahun kemerdekaan ke-55 yang disambut hari ini," kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Kita ambil keputusan memanfaatkan kesempatan ini untuk menyedarkan rakyat dengan jelajah ke seluruh negara, sehingga Parlimen dibubar," katanya pada pelancaran Jelajah Merdeka Rakyat di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, hari ini. Turut hadir, Presiden Keadilan, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli. "Walaupun permit bas dilengahkan, kita akan teruskan dan mengiringi bas ini. Semoga perjalanan kita baik," kata Anwar. Sementara itu, dilokasi pertama di Taman Meranti, Bentong, kira-kira 300 hadir pada jamuan Hari Raya KEADILAN Bentong. Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal Suhaimi Said. Penduduk pelbagai bangsa yang tinggal di perumahan berhampiran pekan Bentong tidak melepaskan peluang untuk bergambar di bas jelajah 'Merdeka Rakyat' Mereka gembira apabila dimaklumkan bahawa daerah mereka menjadi lokasi pertama jelajah 'Merdeka Rakyat' Jelajah 'Merdeka Rakyat' akan ke lima buah negeri sepanjang tiga hari mulai hari ini hingga Ahad iaitu Pahang, Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis dengan program rasmi di 20 buah lokasi.. Antara lokasi yang bakal disinggahi petang ini antaranya ialah Masjid Daerah Benta untuk menunaikan solat Jumaat dan jamuan hari raya di Bilik Gerakan Keadilan DUN Benta di Jerantut. -KD Macang, Kelantan |
Hakim Dengar "Ceramah" Mat Sabu Di Mahkamah Posted: 31 Aug 2012 06:08 AM PDT Butterworth: Buat Kali pertama kalinya Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berceramah di dalam mahkamah. Menyaksikan ceramah beliau ialah Hakim Mahkamah Majestrit Butterworth. Akmal Hisham, pendakwa raya dan peguambela yang diketuai oleh Mohamed Hanipa Maidin. Gambar: Haji Mohamad Sabu di mahkamah semalam Semalam dan hari ini merupakan sambungan pembicaraan kes Haji Mohamad Sabu yang menafikan Mat Indera sebagai komunis sebagaimana yang lebelkan oleh pihak polis yang bekerja di bawah kerajaan British. Saksi kedua iaitu Koperal Shanizam Abdul Ghani yang bertugas sebagai jurugambar (video) di Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) memberikan keterangan di mahkamah. Pembicaraan bersambung pada sebelah petang semalam untuk menonton video ceramah Haji Mohamad hasil rakaman oleh pihak polis. "Kini Haji Mohamad Sabu bukan berceramah dipentas politik tetapi suaranya sudah berkemumandang dalam mahkamah, " jelas salah seorang ahli PAS yang hadir memberikan sokongan moral. Sementara itu, kes ditunda lagi ke tarikh baru 15-18 Oktober 2012. Peguamnya, Aminuddin Zulkili dan Nasar Khan hadir untuk mendengar penundaan tarikh baru itu bagi pihak Mohamad. -HD |
Selangor Catat Pelaburan Tertinggi RM5.125 Bilion Posted: 31 Aug 2012 03:03 AM PDT Selangor mencatat kedudukan pertama dari segi pelaburan perindustrian di Malaysia setakat Mei 2012 dengan mencapai jumlah pelaburan keseluruhan RM5.125 bilion daripada 106 projek yang diluluskan. Teresa Kok berkata sebanyak 10,522 potensi peluang pekerjaan diwujudkan iaitu 28.94 peratus daripada jumlah potensi peluang pekerjaan yang diwujudkan di seluruh negara. Ia adalah 6,187 daripada projek baru dan sebanyak 4,335 adalah projek pembesaran dan pelbagaian. Ujar beliau lagi, jumlah nilai pelaburan tempatan adalah sebanyak RM3,950,571,745 iaitu 77.08 peratus adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan jumlah nilai pelaburan asing sebanyak RM1,174,548,498 atau 22.9 peratus di Selangor. "Ini menunjukkan bahawa pelabur tempatan menaruh keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor," kata Teresa yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan. Jelas Teresa, daripada 106 projek yang diluluskan sebanyak 63 buah merupakan projek baru yang membawa pelaburan sebanyak RM3.3 bilion manakala 43 merupakan projek pembesaran dan pelbagai. Di kalangan pelabur asing, Switzerland menanam pelaburan asing yang paling besar dengan nilai pelaburan sebanyak RM246 juta, diikuti Jerman dengan RM196 juta dan Singapura dengan RM139 juta. "Indusrti Pembuatan Barangan Peralatan Kenderaan mencatatkan bilangan kelulusan projek tertinggi dengan 19 projek. "Ini diikuti Industri Pembuatan Kimia dan Barangan Kimia sebanyak 17 projek. "Manakala, Industri Pembuatan Mesin dan Peralatan mencatatkan 11 projek," katanya semasa sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini. Beliau juga memaklumkan industri pembuatan barangan peralatan kenderaan mencatatkan nilai pelaburan tertinggi berjumlah RM2.2 bilion. Ini diikuti industri pembuatan mesin dan peralatan sebanyak RM448 juta. Manakala industri pembuatan barangan logam asas mencatatkan pelaburan ketiga tertinggi bernilai RM422 juta. "Industri pembuatan peralatan kenderaan mencatatkan potensi peluang pekerjaan tertinggi dengan 3,056 pekerjaan. "Ini diikuti industri pembuatan mesin dan peralatan sebanyak 994 dan industri pembuatan barangan minuman dan tembakau sebanyak 876 peluang pekerjaan," katanya. -selangorku |
Bas Rempuh Kedai Makan Depan Politeknik Dungun, 10 Pelajar Nyaris Maut Posted: 31 Aug 2012 01:11 AM PDT Dungun – Seramai 10 pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang sedang menikmati sarapan pagi ketika waktu rehat di sebuah kedai makan berdepan detik mencemaskan apabila secara tiba-tiba dirempuh sebuah bas yang terbabas di persimpangan lampu isyarat, dekat sini, pagi semalam. Kejadian kira-kira jam 11.25 pagi itu dipercayai berpunca apabila bas ekspres dalam perjalanan dari arah Kemaman menuju ke Dungun itu dikatakan menghadapi masalah brek. Sebaik tiba di Kilometer 84.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di persimpangan lampu isyarat, hadapan PSMZA itu, bas berkenaan dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar sebuah kereta Honda Civic lalu merempuh sebuah Perodua Kembara yang berada di sebelah kiri. Bas dinaiki 10 penumpang itu kemudiannya merempuh tiang konkrit sebuah kedai makan menyebabkan 10 pelajar PSMZA yang sedang bersarapan pagi di kaki lima hadapan kedai tersebut lari bertempiaran menyelamatkan diri. Bagaimanapun empat daripada pelajar tersebut, Azizul Hakimi, 18; Muji Rahman, 18; Ainil Iqmal, 18; dan Shahrul Azwari, 18, cedera di beberapa bahagian badan dipercayai terkena serpihan kaca dan besi dalam usaha untuk menyelamatkan diri ketika dirempuh bas terbabit. Pemandu kereta Honda Civic, Ahmad Qasimi Mohamed, 27 dan rakannya yang duduk di tempat duduk hadapan, Melcolm Wee, 25, berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu sebelah kiri dan kedua-duanya dilaporkan cedera ringan. Seramai 10 penumpang bas tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu bas, Zahari Muda, 39, dari Pengkalan Arang, Kuala Terengganu hanya cedera ringan. Zahari kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Dungun manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut. Kereta Honda civic dan Perodua Kembara itu juga turut mengalami kerosakan selepas dihempap bumbung anjung kedai makan yang dirempuh bas ekspres berwarna kuning itu. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian dan kes masih dalam siasatan pihaknya. Lihat bas terbabas "Ketika sedang menikmati sarapan pagi, tiba-tiba sebuah bas yang bergerak ke kiri dan kanan menghala ke arah kami lalu merempuh anjung kedai menyebabkan kami lari menyelamatkan diri. "Kejadian berlaku sangat pantas, jika kami lambat beberapa saat kami pasti akan menjadi mangsa rempuhan bas itu," kata Shahrul. Shahrul bersama sembilan rakannya bagaimanapun bernasib baik hanya mengalami cedera ringan dalam usahanya menyelamatkan diri daripada dirempuh bas yang terbabas itu. Menceritakan detik cemas itu Shahrul berkata, ketika itu dia baru sahaja tiba di kedai berkenaan untuk menikmati sarapan pagi bersama rakan sekuliahnya sebelum dikejutkan dengan rempuhan bas ekspres berkenaan. "Jika saya dan rakan tidak melompat dan berlari keluar tentu kami semua akan cedera teruk," kata Shahrul yang mengalami kecederaan pada bahagian lengan. Ainil pula berkata, dia bersyukur kerana terselamat dalam kemalangan di hadapan PSMZA itu. Katanya, dia sama sekali tidak menduga bas yang disangkanya akan berhenti di persimpangan lampu isyarat itu secara tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh kedai makan yang menjadi lokasi kegemarannya untuk menikmati sarapan setiap pagi itu. "Yang pentingnya kami semua selamat walaupun mengalami luka kecil, kalau kena langgar bas yang besar itu, tak tahulah bagaimana nasib kami, mungkin dah kat hospital sekarang," katanya. Dengar bunyi brek dan dentuman kuat Penumpang bas ekpres, Jamal Abdullah, 50, berkata, ketika kejadian, dia berada di tempat duduk paling hadapan di dalam bas tersebut. Katanya, dia menyedari bas berkenaan tidak selamat selepas ia dalam keadaan tidak terkawal sebelum dikejutkan dengan rempuhan kuat ke arah kedai makan tersebut. "Selepas rempuhan kuat itu saya berusaha menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu sebelah pemandu. "Saya dan beberapa penumpang lain tidak cedera dan masing-masing bergegas keluar dari bas berkenaan," katanya. Seorang lagi penumpang, Sharifah Tuan Hussin, 42, berkata, dia menaiki bas tersebut untuk ke Kuala Terengganu. Katanya, dia menyedari bas tersebut berlanggar setelah terdengar bunyi brek diikuti dengan dentuman kuat. "Selepas berlakunya rempuhan itu, tanpa berfikir panjang saya terus keluar melalui pintu kecemasan di bahagian belakang bas. "Bila turun saya dapati bas yang saya naiki telah merempuh sebuah kedai di tepi jalan, nasib yang lain saya belum pasti," katanya yang juga seorang eksekutif pentadbiran. -SH |
[JANJI DICABULI] Najib Muram Durja - Yang Hadir Cuma 20000 Posted: 30 Aug 2012 09:16 PM PDT 20,000 banjiri Dataran Merdeka sambut Hari Kemerdekaan ke-55 KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 disambut penuh meriah dengan kehadiran kira-kira hampir 20,000 pengunjung dalam dan luar negara yang mula membanjiri perkarangan Dataran Merdeka, di sini, seawal jam 7 pagi. Acara dimulakan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memeriksa perbarisan kontinjen kawalan kehormat utama yang terdiri daripada 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja. Tuanku Abdul Halim mengambil tabik hormat sebelum lagu Negaraku dimainkan oleh pancaragam Pusat Regimen Askar Melayu Diraja. Pada masa sama, tujuh helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat lintas hormat dengan membawa Jalur Gemilang, bendera Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Darat, TUDM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Sambutan Hari Kemerdekaan yang bertemakan '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' itu disusuli dengan persembahan Kumpulan Drumline dan perarakan kontinjen yang mengambil bahagian. Antara yang mengambil bahagian, Pasukan Ketenteraman Awam dan Sukarelawan, Kontinjen Pewira Veteran, Kontinjen Infrastruktur Komunikasi dan Kontinjen TransformasiPertanian sekali gus menyaksikan pembabitan 29 kontinjen meliputi 14,464 peserta dan tujuh pancaragam pada tahun ini. Turut berangkat, Raja PermaisuriAgong Tuanku Hajah Haminah. Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim; Menteri Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri. -BH Ulasan GB Pagi ini disahkan cuma 20,000 sahaja yang hadir. Itu pun angka yang sudah dilonjakkan agar tidak memalukan. BUKTINYA: Perkataan yang digunakan pun "kira-kira hampir 20,000", Dah "kira-kira (agak-agak)" kemudian diikuti dengan "hampir 20,000" ertinya tak sampai 20,000. Ramai lagi yang hadir JANJI BERSIH. Macamana nak panggil plihanraya ni.... Laporan jangkaan untuk malam ini: |
[VIDEO] Sambutan Merdeka Di Selangor: Anwar Tuntut PRU13 Bersih & Adil Posted: 30 Aug 2012 08:05 PM PDT Sebangsa, Senegara, Sejiwa di Selangor meriah SHAH ALAM: Sambutan hari kemerdekaan ke-55 tahun peringkat Negeri Selangor meriah apabila lebih dua ribu rakyat negeri ini membanjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam, malam tadi. Sambutan yang bertemakan Sebangsa, Senegara, Sejiwa telah dapat memenuhi semangat perpaduan serta keharmonian apabila pelbagai kaum tanpa mengira agama serta umur hadir untuk menyambut ambang kemerdekaan. Dalam masa yang sama sambutan itu juga telah dimeriahkan dengan perbarisan 53 kumpulan dan 7 kumpulan pancaragam dari sekolah-sekolah di Selangor. Manakala barisan kepimpinan Pakatan Rakyat terdiri daripada Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isteri dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan isteri juga turut hadir memeriahkan sambutan tersebut. Selain itu juga keseluruhan barisan exco kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) juga hadir termasuk kakitangan kerajaan yang lain. Sambutan yang bermula dengan nyanyian lagu kebangsaan disusuli dengan perbarisan serta persembahan tarian tradisional sebelum ucapan daripada pemimpin utama negeri dan Pakatan Rakyat. Tepat jam 12 malam, Menteri Besar Selangor telah melaungkan 'merdeka' sebanyak tujuh kali disertai dengan percikan bunga api di ruang udara bandar Shah Alam. Sementara itu, kontijen dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah dinobatkan sebagai johan pada acara perbarisan dengan membawa pulang wang tunai RM2,500. MBPJ mengenakan seragam pasukan keselamatan pada waktu zaman pemerintahan Inggeris itu telah menarik minat mereka yang hadir kerana berjaya mengembalikkan nostalgia pasukan keselamatan sewaktu zaman menuntut kemerdekaan. -HD Mesej Merdeka: Anwar tuntut PRU13 bersih dan adil |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment