Kelab Greenboc |
- Alhamdulillah, Dah Ramai Artis Wanita Yang Berhijab...
- [PENTING] Senarai Tempat Pemasangan Kamera Perangkap Had laju
- BN Sabah Bergoncang Lagi, Ada Lagi Pemimpin Sabah Keluar Parti, Sertai APS
- Akhbar Kosmo Perli Kekalahan Lee Chong Wei
- Tengku Razaleigh Bidas Kerajaan Pusat Yang Tidak Mematuhi Akta Petroliam 1974
- [BERGAMBAR] Berita BERNAMA Sahkan Rumah Adun Ajil Musnah Dalam Kebakaran
- [VIDEO] Susulan Kes Ritual Halau Hantu: Kepercayaan Karut Dipercayai Sebabkan Kematian
- Filem TANDA PUTERA Ditayangkan Sebelum PRU13 Untuk Hasut Rakyat Benci PR
Alhamdulillah, Dah Ramai Artis Wanita Yang Berhijab... Posted: 08 Aug 2012 05:11 PM PDT Sejak kebelakangan ini, semakin ramai selebriti wanita muda tempatan kita yang telah mula melakukan penghijrahan serta mengenakan hijab. Paling menarik apabila 2 selebriti telah mengambil keputusan untuk melakukan penghijrahan ini pada bulan ramadan iaitu Sharifah Aleya dan Shila Amzah. Penghijrahan yang dilakukan mereka itu pula bersebab. Ada yang mengatakan ia dilakukan atas pilihan mereka sendiri, ada yang pula yang mengatakan sudah sampai seru dan tidak kurang pula yang mengakui bahawa mereka telah mendapat petunjuk serta taufik dan hidayah untuk berubah. Biarpun penghijrahan itu dilakukan dengan pelbagai sebab, namun apa yang nyata kebanyakan selebriti tempatan ini berharap supaya keputusan mereka untuk berhijab itu akan berkekalan dan mampu mengubah mereka menjadi muslimah yang sejati. Portal Murai mengucapkan syabas buat kesemua selebriti yang telah berani melakukan penghijrahan ini demi kebaikan diri. Mudah-mudahan apa yang mereka akan terus dirahmati Tuhan serta turut membuka pintu hati orang lain untuk mengikut jejak langkah yang sama. Sama-samalah kita mendoakan kebaikan mereka untuk kebaikan kita semua bersama. Amin…. Sebahagian daripada selebriti wanita muda tempatan kita yang telah berhijrah:- 1. Catriona Ross 2. Abby Abadi 3. Farah Asyikin 4. Diana Amir 5. Yatt 6. Siti Fazurina 7. Irma HAsmie 8. Sharifah Sofea 9. Raja Farah 10. Farah AF 11. Natasha Hudson 12. Siti Nordiana 13. Noryn Aziz 14. Sharifah Aleya 15. Liza Hanim 16. Shila Amzah - Murai.com.my |
[PENTING] Senarai Tempat Pemasangan Kamera Perangkap Had laju Posted: 08 Aug 2012 11:00 AM PDT Sebagai panduan untuk pulang berhari raya nanti.. Jangan selepas bergembira sampai pula surat saman ni....... Poket dah kempis masa tu..... So sampai area ni kauorang ikutlah had laju yang ditetapkan... PDRM sudah memasang sistem baru untuk mengesan kelajuan kenderaan yang melebihi had laju pada suatu tempat.. kalo dulu tembak bawah jambatan, skrg sudah tukar maa… Berikut diberikan lokasi-lokasi pemasangan sistem baru perangkap hadlaju yang telah dipasang oleh pihak PDRM: PLUS Arah Utara ■ Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction. ■ Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange. ■ Under the overhead restaurant at Sg Buloh. ■ Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km. ■ Under the bridge at 296.5km, Bangi junction. ■ Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction. ■ Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction. PLUS Arah Selatan ■ Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby. ■ Under the bridge after Subang junction at 11.3km. ■ Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction. ■ Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only! ■ Under the bridge at 302.8km, Kajang junction. ■ About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes ■ At 296.5km and 297km, Bangi junction. ■ Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction. ■ At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction. ■ On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction. ■ After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park. ■ Behind the right hand crash barrier at 198.4km. Lebuhraya Elite Hubungan Timur Tengah/Utara ■ On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit ■ Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone! ■ Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km. Lebuhraya Elite Hubungan Barat Tengah/Selatan ■ Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone! ■ Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km. ■ After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h NKVE Arah Timur/Utara ■ 300m before Jalan Duta toll, 60km/h! ■ Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h! ■ Below bridge at Damansara Junction, 17.5km NKVE Arah Barat/Selatan ■ Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h! ■ From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone! ■ From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km. ■ Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km ■ Below railway bridge at 11.2km ■ Under the bridge at Shah Alam junction. Lebuhraya Kesas Timur ■ Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction. ■ Kesas West Bound ■ At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala Lumpur City ■ Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone. Lebuhraya Kesas – Klang ■ Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only! Leburaya Pantai Timur ■ East bound, downhill run after Raub junction. ■ Maran, 60km/h zone. ■ Paya Bungor, 70km/h zone. Kawasan Negeri Johor Arah Selatan ■ Tangkak junction. ■ Under the bridge after Yong Peng ■ North junction at 97.3km. ■ Ayer Hitam junction. ■ Sedenak junction. Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Utara ■ Around Ayer Hitam in 60km/h zone. ■ Before Perwaja Steel. ■ Sg Petani junction. ■ Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll. ■ Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h. Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Selatan ■ Penang Bridge Island end. Speed limit 80km/h. ■ About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara ■ Under the bridge at 197.1km and 198.8km, after Kamunting Junction. ■ Under the bridge at 204.3km, after Kamunting Junction. ■ Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction. ■ Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction. ■ Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h. ■ Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction. ■ Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction. ■ Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction. ■ Under the bridge at 296km, Gopeng Junction. ■ Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction. ■ Under the bridge at 353km, Sungkai Junction. ■ Under the bridge at 373km, Slim River Junction. Kawasan Perak Arah Selatan ■ Under the bridge at 199km, before Kamunting junction. ■ Under the bridge at 241.9km, at Kuala Kangsar junction. ■ Under the sign post at 296.1km, before Gopeng Junction. ■ Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction. ■ Under the bridge at 300km, after Gopeng junction. ■ Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction. ■ Under the bridge at 372.6km, at Slim River junction. P.S / Setelah berbillion duit ditabur skang tiba masa untuk kutip balik hahahaha -baca-blogspot |
BN Sabah Bergoncang Lagi, Ada Lagi Pemimpin Sabah Keluar Parti, Sertai APS Posted: 08 Aug 2012 06:37 AM PDT Sokongan rakyat Sabah terhadap Angkatan Perubahan Sabah (APS) pimpinan Datuk Seri Wilfred Bumburing terus menggegarkan politik negeri itu apabila ramai lagi pemimpin BN mengikut jejaknya menyokong Pakatan Rakyat. Terbaru, John Hussein meletak semua jawatan sebagai ahli Parti Bersatu Sabah (PBS-BN) dan ketua kampung bagi kawasan Kiulu dalam Parlimen Tuaran. Menurut beliau, notis 30 hari diserah kepada partinya dan kerajaan negeri sejak 1 Ogos lalu. John turut meletak jawatan Ketua PBS Cawangan Kampung Simpangan Lama dan Naib Pengerusi PBS Bahagian Kiulu dan kini menyertai APS. "Saya bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Wilfred bahawa sistem penyampaian BN gagal memenuhi matlamat yang dikehendaki rakyat. "Sebagai contoh, pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabalu mengambil masa yang sangat lama untuk dilaksanakan dan kini pembinaannya terus terhenti tanpa penjelasan munabasabah," kata John dalam satu kenyataan. Beliau akan bekerjasama dengan dua bekas pemimpin Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Bahagian Tuaran, Lesaya Lopog Sorudim dan Daukim Gilu untuk membentuk dan menggerakkan APS Bahagian Kiulu. Sebelum ini, Naib Presiden Upko yang juga Senator Datuk Maijol Mahap; Pengerusi Tetap, Datuk Herman Tiongsoh serta Ahli Majlis Tertinggi, Denis Gimpah dan Petrus Guriting turut mengisytihar keluar BN bersama Wilfred pada 29 Julai lalu. Wilfred merupakan Ahli Parlimen Tuaran, bekas Timbalan Presiden Upko, Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka dan bekas Pengerusi BN Tuaran. APS adalah pertubuhan bukan kerajaan yang memfokus pengundi Bumiputera Bukan Islam Sabah bagi menyokong Pakatan Rakyat untuk memerintah Malaysia. Wilfred memulakan jelajahnya sejak 1 Ogos lalu dengan menggempur Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan dan Parlimen Keningau yang diwakili Presiden PBS, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan. Pairin mewakili kedua-dua kawasan itu sejak 1976 hingga kini dengan beliau ketika ini turut menjawat Timbalan Ketua Menteri Sabah. |
Akhbar Kosmo Perli Kekalahan Lee Chong Wei Posted: 08 Aug 2012 04:12 AM PDT Kosmo dengan tajuk Chong Wei Terlepas Habuan 4 Juta telah mengguris hatinya. Perjuangan beliau bertungkus lumus sepenuh hati semalam dilihat oleh akhbar tersebut sebagai "mengejar wang" dan bukan semangat kesukanan untuk membawa negara ke mata dunia. Ramai dari kalangan pembaca dan pengguna laman sosial mengutuk keras tindakan editor akhbar berkenaan berkaitan artikel muka hadapan akhbar tersebut hari ini yang dilihat seakan akan memperli Datuk LCW yang tidak mendapat habuan besar apabila kembali ke tanah air. Mungkin selepas ini, ramai yang akan memboikot akhbar ini. Kita tunggu dan lihat. -suarapeople |
Tengku Razaleigh Bidas Kerajaan Pusat Yang Tidak Mematuhi Akta Petroliam 1974 Posted: 08 Aug 2012 02:17 AM PDT Royalti : Sejarah Yang Di Nafikan Hak Oleh UMNO@BN...!!! Gambar: Majlis tandatangan Akta Kemajuan Petroliam 1974 - Tengku Razaleigh Hamzah (Pengerusi PETRONAS) dan Datuk Mohammad Nasir (Menteri Besar Kelantan) Akta Kemajuan Petroliam 1974 jelas menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia & Petronas haruslah membuat pembayaran tunai dalam bentuk Royalti bagi "Pemunyaan Hak" yang diberikan Negeri Kelantan bagi Penerokaan Industri Petroleum. Maka Tengku Razaleigh pun bertanya di dalam FBnya: Ulasan GB Begitu mudah kerajaan UMNO BN menafikan hak kerajaan dan rakyat Kelantan dengan melanggar terus Akta Kemajuan Petroliam 1974 dengan menggantikan dengan Wang Ehsan untuk menyekat pembangunan Kelantan. Siapakah yang memulakan langkah itu? Perdana Menteri keempat, Tun Mahathir Mohd dan pengkhianat rakyat Kelantan bernama Mustapa Mohamad. Kemudian diikuti dengan PM-PM selepas Mahathir iaitu Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak bersama dengan konco-konco mereka seperti Nazri Aziz, Khairy Jamaluddin dan ramai pemimpin UMNO yang lain. Sepatutnya mereka itu semua telah lama ditangkap dan dipenjarakan kerana melanggar konsep federalisma dan juga menghapuskan Akta yang diluluskan oleh Parlimen dan telah jelas memaktubkan hak royalti rakyat Kelantan. Tetapi .... sistem yang ada kini membenarkan UMNO BN terus melakukan kezaliman. Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambil tempatnya dan mereka itu semua akan dihukum oleh Allah swt di satu masa nanti. |
[BERGAMBAR] Berita BERNAMA Sahkan Rumah Adun Ajil Musnah Dalam Kebakaran Posted: 08 Aug 2012 12:28 AM PDT Hulu Terengganu - Rumah kediaman anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil Datuk Rosol Wahid musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 23, di sini, malam tadi. Kejadian pada 10.15 malam itu memusnahkan hampir 90 peratus struktur rumah berkenaan. Gambar: Anggota Bomba dan Penyelamat memadamkan sisa-sisa kebakaran rumah milik Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Datuk Rosol Wahid yang musnah terbakar di Kampung Batu 23. Rosol berkata ketika kejadian, kesemua anggota keluarganya tiada di rumah kerana berbuka puasa dan bertarawih di luar. Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan kejadian itu oleh isterinya Toh Puan Halipah Ahmad yang pulang daripada berbuka puasa di rumah kakaknya di Kampung Baung, di sini. "Sebaik dia membuka pintu rumah isteri melihat kepulan asap dan api marak dari bahagian dapur rumah lantas menelefon saya memaklumkan insiden itu," katanya ketika ditemui malam tadi. "Ketika kejadian saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Yayasan Pembangunan Usahawan di Kuala Terengganu. Saya minta isteri supaya tenang dan jangan masuk ke dalam rumah, bimbang kejadian lebih buruk akan berlaku," katanya. Menurutnya, beliau reda dengan kejadian yang berlaku namun terkilan kerana lebih 2,000 buah buku yang dikumpulkan sejak 10 tahun lalu turut hangus dijilat api. Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Zazuli Badru berkata ketika pasukan bomba tiba di lokasi, api sedang marak dan mereka mengambil masa 30 minit untuk memadam kebakaran. Dua jentera bomba dari Balai Bomba Kuala Berang dan Balai Bomba Wakaf Tapai dihantar ke tempat kejadian bersama 14 anggota dan pegawai. Turut ke lokasi kejadian selepas mendapat berita kebakaran itu ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, Adun Teluk Pasu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said dan Adun Bukit Besi, Datuk Din Adam. - Bernama foto ehsan BERNAMA klik untuk baca |
[VIDEO] Susulan Kes Ritual Halau Hantu: Kepercayaan Karut Dipercayai Sebabkan Kematian Posted: 07 Aug 2012 10:14 PM PDT Bukit Mertajam – Kematian kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang didakwa menjadi korban upacara pemujaan keluarganya di Taman Bukit Minyak di sini pada Ahad lalu dipercayai mempunyai kaitan dengan ajaran karut yang diamalkan oleh keluarga mangsa. Gambar: INILAH rumah di Taman Bukit Minyak, Bukit Mertajam tempat seorang budak mati ditindih oleh ahli keluarganya dalam upacara pemujaan. Satu sumber berkata, polis mengesyaki lapan individu yang ditahan termasuk ibu bapa kanak-kanak itu terpengaruh dengan ajaran karut yang dipercayai sedang berkembang di negeri ini dan mempunyai ramai pengikut. Kesemua yang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) pula didakwa kerap berkelakuan aneh seperti mereka sering bercakap sendirian dan mulut berkumat-kumit seperti membacakan sesuatu. Lapan yang direman termasuk seorang amah Indonesia ditahan di dua buah lokap. Sumber itu memberitahu, ibu kanak-kanak malang itu yang sarat mengandung anak kedua dan bapanya seolah-olah tiada perasaan sedih selepas mengetahui kematian anaknya. Difahamkan upacara pemujaan itu dilakukan ekoran ibu mangsa didakwa hidup tertekan selepas kematian bapanya sejak beberapa bulan lalu selepas mendakwa dia kerap diganggu makhluk asing. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Ab. Lah berkata, polis masih meneruskan siasatan dan sedang mengambil kenyataan kelapan-lapan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian Chuah Wan Xuan (gambar kecil). Menurut beliau, siasatan setakat ini menjurus kepada mangsa disyaki menjadi korban pemujaan ajaran sesat yang diamalkan oleh kelapan-lapan suspek. "Mangsa anak sulung pasangan berkenaan mati akibat kelemasan selepas dipercayai ditindih secara beramai-ramai," kata beliau. Katanya, mayat Wan Xuan dituntut bapa saudaranya di Hospital Seberang Jaya semalam selepas polis mendapat persetujuan daripada kedua-dua ibu bapanya yang membenarkan abang kandung si bapa menguruskan pengebumian kanak-kanak itu. Kosmo! semalam melaporkan, seorang budak mati selepas ditindih lapan ahli keluarganya termasuk seorang pembantu rumah Indonesia ketika melakukan upacara pemujaan di dalam sebuah bilik di rumah dua tingkat di Taman Bukit Minyak. Selain ibu bapa, pembantu rumah mangsa, turut terlibat dalam upacara itu ialah nenek, pak cik, mak cik dan dua orang sepupu mangsa. -Kosmo Tindih kerana buat bising |
Filem TANDA PUTERA Ditayangkan Sebelum PRU13 Untuk Hasut Rakyat Benci PR Posted: 07 Aug 2012 08:36 PM PDT Tanda Putera' Didakwa Semarak Perkauman, PR Mahu Dikaji Semula PETALING JAYA 7 OGOS: Pakatan Rakyat (PR) mendesak agar kerajaan mengkaji semula kelulusan tayangan Filem Tanda Putera yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 13 September nanti. Menurut kenyataan bersama PR itu, terdapat maklumat bahawa filem arahan pengarah terkenal, Shuhaimi Baba itu mengandungi unsur-unsur menyemarakan semula api perkauman di negara ini. "Kita dah dapat gambaran sedikit tentang apa yang akan ditayangkan itu dan kami merasakan kandungan dari filem ini tidak mengambarkan suatu usaha yang benar-benar menyatukan rakyat. "Trailer filem ini pun dah tengok, nampak hanya membakarkan api perkauman di negara ini. "Bagaimanapun kami mahu kerajaan dapat tayangkan kepada kami terlebih dahulu sebelum ia ditayangkan kepada umum supaya kita boleh beri pandangan," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini. Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menambah, selain filem bertema kemerdekaan yang dijadikan hak milik Umno-BN, pengunaan dana kerajaan dalam pembikinannya juga dilihat sebagai tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab dan berfikiran sempit. Tanda Putera merupakan sebuah filem yang mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail. Watak Abdul Razak dalam filem ini merujuk kepada bapa kepada Perdana Menteri yang ada sekarang, Datuk Seri Najib Razak. Antara yang dipaparkan semula dalam filem tersebut adalah sejarah hitam negara, peristiwa 13 Mei 1969. -selangorku Fitnah dahsyat 13 Mei oleh golongan amat terdesak Oleh Lim Kit Siang Ulasan GB Begitu terdesaknya UMNO untuk mendapatkan sokongan dari orang Melayu sehingga sanggup menghasilkan filem yang tidak bermaruah untuk menghina dan mencaci kaum lain. Inilah perjuangan terlampau UMNO, "assabiyah" namanya, cuba untuk mengubah fakta kebenaran mengikut hawa nafsu mereka demi untuk mempertahankan kuasa yang kini hanya tinggal "nyawa-nyawa ikan". Dilaporlan separuh dari bajet sebanyak RM4.5 juta filem arahan Shuhaimi Baba ini dibiayai oleh agensi kerajaan, Perbadanan Pembangunan Filem National (Finas) bererti kerajaan UMNO BN terlibat di dalam pembikinan filem ini dengan menggunakan wang rakyat. Penerbitan filem in, GB percaya, adalah sebahagian daripada grand design UMNO BN tawan Selangor. Adalah patut bagi rakyat Malaysia memboikot filem ini dan Pakatan Rakyat seluruh negara membuat laporan polis terhadap pembikinan filem ini! p/s PR perlu bertindak sebelum kecundang dalam PRU13 nanti. klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment