Kelab Greenboc |
- [GEMPAR] Rumah ADUN AJIL Hangus Terbakar!
- Shila Amzah & Syarifah Aleya Bertudung Sejak 1 Ramadhan
- [Jadi Binatang] Suami Setubuhi Anak Sendiri Kerana Restu Dari Isteri Muda
- Kronisme Tegar Di Era Transformasi Najib
- Ritual Gila Halau Hantu: Anak Dihempap Sampai Mati Oleh 7 Ahli Keluarga
- Lelaki Mati Ketika Berzina Di Bulan Ramadhan
- TPM Pertahankan Rakyat Atau Rozali? – MB
- Tiga Dihukum Denda Tampal Poster Hina Guan Eng & Ambiga
[GEMPAR] Rumah ADUN AJIL Hangus Terbakar! Posted: 07 Aug 2012 05:01 PM PDT |
Shila Amzah & Syarifah Aleya Bertudung Sejak 1 Ramadhan Posted: 07 Aug 2012 09:44 AM PDT Keputusan penyanyi Shila Amzah yang memakai tudung bermula 1 Ramadan lalu hanya untuk suka-suka berubah apabila dia tekad untuk kekal dengan imej tersebut. Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata, dia membuat keputusan tersebut pada Sabtu lalu selepas 15 hari melalui "tempoh percubaan" dan berazam untuk berimej sedemikian sehingga ke akhir hayat. "Pada mulanya penghijrahan ini bermula pada 1 Ramadan sebagai tempoh percubaan dan ingin mendapat kepastian adakah saya benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan tersebut. "Dua hari lalu (Sabtu) saya sibuk dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Fauzana, tetapi ketika itu saya terpaksa membuka tudung. "Kemudian, di sebelah petang pula Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika sedang bersiap, tiba-tiba sahaja saya ambil tudung dari almari dan pakai terus. Ketika itu saya dah rasa sudah sampai masanya untuk diri ini berubah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini Isnin. Tambah Shila, kekasihnya, Sharnaaz tidak sangka perubahan drastik yang dilakukannya namun gembira dengan imej terbaru itu. Dalam pada itu, ibunya juga ingin kepastian adakah benar keputusan yang dibuat itu kerana risau jika Shila akan membuka semula tudungnya pada masa akan datang. "Apabila memberitahu hasrat ingin bertudung kepada ibu, banyak kali dia tanya, adakah saya yakin dengan keputusan ini kerana apabila dah pakai, kita tak boleh nak buka semula tudung sehingga mati. "Alhamdulillah, memang saya ingin berubah dan mahu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Malah, saya mula berubah sedikit demi sedikit dengan mengubah cara pemakaian yang lebih sopan," ujarnya. Sementara itu, walaupun tampil dengan imej berkenaan, Shila tetap meneruskan kariernya sebagai seorang penyanyi dan bakal muncul dengan album terbaru pada awal tahun depan. "Saya masih lagi menyanyi, tetapi tak adalah nak menari sakan macam dahulu. Pemilihan lagu pula lebih ke arah balada dan pop. Semoga perubahan diri ini membawa keberkatan yang lebih bermakna," tuturnya. -mStar Sharifah Aleya bertudung sejak 1 Ramadhan |
[Jadi Binatang] Suami Setubuhi Anak Sendiri Kerana Restu Dari Isteri Muda Posted: 07 Aug 2012 08:34 AM PDT Musiran (50) penduduk dari Desa Sriwangi Ulu, Sumatera Selatan, dilaporkan oleh anak kandungnya Ra (20) ke Polis Sektor (Polsek). Musiran dilaporkan kerana telah menyetubuhi Ra anak kandungnya sendiri. Aksi itu dilakukan sejak tahun 2010. Daripada maklumat yang terkumpul, Musiran telah menyetubuhi anak dari isteri pertamanya itu ketika isteri keduanya hamil dan tidak mampu melayani gejolak nafsunya. Dengan dalih persetujuan isteri keduanya, Musiran akhirnya menyetubuhi anak isteri pertamanya itu. Untuk mencegah kehamilan, Ra disuntik oleh ayahnya sebelum disetubuhi. Di hadapan petugas, Musiran mengaku tidak boleh mengingat bila pertama kali dia menyetubuhi anak kandungnya itu. Namun dia mengaku melakukan hal sejak tahun lalu. "Saya melakukan itu kerana waktu itu isteri muda saya sedang hamil dan keadaannya lemah. Isteri muda saya juga tidak pernah melarang saya melakukan hal itu. Itulah sebabnya sejak ketika itu saya terus melakukannya," ujar Musiran. Ketua polis Kristiyono Sik mengatakan, suspek sudah ditahan di Mapolsek Semendawai Suku III yang ditangkap setelah mendapat laporan dari keluarga. Suspek ditahan di bawah fasal 46/47 UU No 23 tahun 2004 tentang penghapusan Kekerasan Dalam Rumah Tangga (KDRT), dengan ancaman penjara maksima 15 tahun penjara," jelas Tri Sopa. -tribunnews Ulasan GB Apabila nafsu tidak dikawal dan tidak dididik dengan ketaqwaan, maka jadilah manusia itu lebih hina dari binatang, sehingga anak sendiri pun sanggup dijadikan habuan nafsunya. Firmanullah swt yang bermaksud "Sesungguh nya Kami telah Menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baik nya. Kemudian Kami kembalikan dia ke serendah-rendah kejadian" QS. At-Tiin : 4&5 |
Kronisme Tegar Di Era Transformasi Najib Posted: 07 Aug 2012 05:36 AM PDT Tindakan kerajaan menganugerahkan projek LRT Ampang kepada George Kent adalah bukti ketegaran amalan kronisme dalam kerajaan BN selain menyerlahkan lagi kegagalan konsep transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara,Tony Pua berkata, ketika Najib Razak melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 2010,beliau telah mengisytiharkan untuk menghapuskan amalan 'rent-seeking' dan naungan. Namun, penganugerahan projek kepada George Kent itu tidak menggambarkan kenyataan yang cuba dilaksanakan Najib Razak. "Anugerah ini telah terbukti bahawa bukan sahaja Datuk Seri Najib Tun Razak gagal untuk menghapuskan amalan 'rent seeking' dan naungan dalam perolehan Kerajaan dan proses tender. "Perlakuan ini menjadi semakin terang-terangan dan berkembang pesat di negara ini," kata Pua dalam kenyataan medianya. Jelas Pua lagi,sejak minggu lalu, pelbagai pendedahan menunjukkan bahawa George Kent memenangi bidaan walaupun harganya RM167 juta lebih tinggi daripada tawaran asal yang dicadangkan pemilik projek Syarikat Prasarana Negara. Malahan, George Kent telah dianugerahkan kontrak walaupun gagal kriteria teknikal. "Eksekutif industri dipetik berkata bahawa "George Kent mungkin perlu subkontrak kira-kira 70 peratus sehingga 80 peratus daripada nilai kontrak kerana ia bukan merupakan pengeluar peralatan asal mana-mana komponen yang diperlukan untuk kerja sistem. "Eksekutif tertinggi dari Nokia juga telah mengesahkan bahawa mereka telah dihubungi oleh George Kent untuk mengambil bahagian dalam projek itu sebagai subkontraktor," ujar Pua. Tambah beliau lagi,Balfour Beatty juga telah didekati untuk projek subkontrak itu tetapi eksekutif rapat kepada kumpulan yang berpangkalan di United Kingdom berkata ia telah "menolak" tawaran itu. "Anugerah ini menunjukkan bahawa kontraktor Ali-Baba yang masih wujud yang mempunyai pertalian politik. "Bagaimanakah Datuk Seri Najib Tun Razak boleh terus bercakap tentang "Model Baru Ekonomi" dan "Transformasi Ekonomi" apabila kroni Barisan Nasional (BN) terus memperolehi tender kerajaan yang lumayan melalui rent seeking dan naungan, dan bukan dengan kecekapan, kualiti dan daya saing harga," katanya. -selangorku |
Ritual Gila Halau Hantu: Anak Dihempap Sampai Mati Oleh 7 Ahli Keluarga Posted: 07 Aug 2012 04:00 AM PDT Bukit Mertajam: "Saya berasa pelik dan curiga apabila mereka semua berkurung dalam bilik itu sejak jam 2 pagi (kelmarin) tanpa makan, minum dan tidak buka (pasang) penyaman udara. "Kami semakin hairan apabila suami saya dihalau dan dituduh sebagai hantu ketika cuba masuk ke bilik itu awal malam tadi (kelmarin)," kata ibu saudara kepada seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui mati dipercayai akibat ditindih beramai-ramai. Dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bukit Minyak Indah, di sini, kanak-kanak perempuan berusia dua setengah tahun itu, Chuah Wan Xuan dipercayai mengalami sesak nafas apabila ditindih tujuh ahli keluarganya iaitu ibu, bapa, nenek, ibu dan bapa saudara, dua sepupu serta seorang pembantu rumah warga Indonesia. Mereka disyaki bertindak demikian ketika menyertai satu ritual atau upacara dalam sebuah bilik di rumah berkenaan yang dipercayai bertujuan menghalau hantu. Menurut ibu saudara mangsa yang tidak mahu dikenali itu, sudah menjadi kebiasaan dia dan suami pergi ke rumah adik iparnya itu setiap petang untuk makan malam bersama. -HM |
Lelaki Mati Ketika Berzina Di Bulan Ramadhan Posted: 07 Aug 2012 01:30 AM PDT Nusajaya, Johor: Akibat sering tertewas dengan nafsu teman wanitanya, seorang lelaki warga Nepal nekad mengambil pil ubat kuat seks dalam kuantiti berlebihan selain meminum satu tin arak semata-mata mahu memenuhi kehendak kekasihnya itu. Malangnya, hasrat lelaki berusia 38 tahun itu untuk 'bertahan lama' ketika melakukan hubungan seks tidak kesampaian apabila tidak sedarkan diri sebelum disahkan mati di sebuah hotel bajet di Taman Tasek Yaacob, kelmarin. Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamed berkata, mangsa, Hari Bahadur Magar dikatakan mengambil pil itu pada jam 3.30 petang sebelum mendaftar masuk ke sebuah hotel bersama teman wanitanya, warga Vietnam. Menurutnya, kematian lelaki itu disedari teman wanitanya berusia 24 tahun, jam 11 malam hari kejadian selepas mangsa dikatakan tidak bergerak menyebabkan wanita itu panik. "Pasangan itu dipercayai baru selesai mengadakan hubungan seks sebelum tertidur dan pada masa sama, mangsa meninggal dunia. "Akibat panik dengan keadaan teman lelakinya, wanita terbabit terus memaklumkan kepada pengurusan hotel sebelum membuat laporan polis, jam 12 tengah malam," katanya kepada pemberita di sini, semalam. Noor Hashim berkata, siasatan awal di bilik didiami pasangan itu membawa kepada penemuan sebotol ubat kuat dipercayai diambil mangsa sebelum mereka melakukan hubungan seks. "Polis masih menjalankan siasatan lanjut, namun siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. "Saya menasihatkan orang ramai terutama lelaki lebih berhati-hati sebelum mengambil ubat kuat yang dijual di pasaran kerana jika tersalah makan atau tidak sesuai boleh mengundang maut," katanya. -hm |
TPM Pertahankan Rakyat Atau Rozali? – MB Posted: 06 Aug 2012 11:25 PM PDT Kerajaan Selangor memberi kata dua kepada kerajaan Persekutuan sama ada mahu menjaga kroni atau rakyat dalam isu air yang dijadikan modal Umno Barisan Nasional (BN) memburukkan negeri Pakatan Rakyat (PR). Menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, usaha kerajaan untuk melaksanakan penyusunan semula industri air Selangor adalah sejajar dengan peraturan yang termaktub dalam Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA). "Kalau Timbalan Perdana Menteri (TPM), Muhyiddin Yassin ingin rakyat Selangor mendapat kebaikan daripada penyusunan semula air, dia mesti meninggalkan rakannya iaitu Tan Sri Rozali dari Puncak Niaga. "Ini pilihan yang ada kepada kerajaan Persekutuan. Sama ada bersama Pengerusi Puncak Niaga ataupun memilih bersama rakyat Selangor," katanya kepada Keadilan Daily pada majlis berbuka puasa bersama media di Hotel Holiday Villa, Subang Jumaat lalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok menegaskan, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Isu-isu Air Selangor, Muhyiddin pasti jelas mengenai penyusunan semula yang dipersetujui sejak 2008 antara kerajaan Pusat dan Syabas. "Maklumat-maklumat itu kita dah ada. Saya sudah siap menyediakan surat kepada Timbalan Perdana Menteri untuk menunjukan proses perbincangan mengenai perkara ini. "Saya rasa jawatankuasa yang baru ditubuhkan dan dipengerusikan Muhyiddin bersama Menteri Air (Peter Chin) dan Noh Omar tahu proses-proses ini," katanya. -KD MB: Penstrukturan semula air di Selangor elak tarif naik 52% |
Tiga Dihukum Denda Tampal Poster Hina Guan Eng & Ambiga Posted: 06 Aug 2012 08:57 PM PDT Hukuman tampal poster menghina KUALA LUMPUR: Tiga sahabat didenda masing-masing RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku salah atas tuduhan menampal poster mengandungi gambar dan perkataan berunsur penghinaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S Ambiga, Februari lalu. Majistret Zulkpli Abdullah memutuskan demikian terhadap kerani hospital, Muhammad Nizam Ali, 24, pemandu, Hamzah Mahmood, 32 dan juruteknik, Shahir Saarani, 30, selepas mereka menukar pengakuan daripada tidak bersalah kepada bersalah, semalam. Ketiga-tiga tertuduh turut berdepan dengan hukuman penjara 14 hari sekiranya gagal membayar denda. Bagaimanapun dua lagi tertuduh, juruteknik, Mohd Norizam Che Othman, 31 dan peniaga, Mohd Jamil Jamaluddin, 36, masih mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama. Mengikut pertuduhan, semua mereka bersama lima lagi yang masih bebas didakwa melakukan kesalahan itu dengan menampal di tempat awam poster mengandungi gambar dan perkataan sedemikian di Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, di sini, jam 3.40 pagi, pada 4 Februari 2012. Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(2)(a) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. -hm
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment