SEARCH

Sunday, August 5, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Marshanda Tetap Berpuasa Sekalipun Hamil

Posted: 04 Aug 2012 04:41 PM PDT

Mula mendirikan rumah tangga dengan pengacara televisyen, Ben Kasyafani pada 2 April tahun lalu, penyanyi dan aktres terkenal Indonesia, Marshanda pastinya merasakan kedatangan bulan puasa tahun ini lebih istimewa.

Mana tidaknya, kali kedua beraya dengan memegang status isteri dan kini bakal bergelar ibu tentunya menjadikan pengalaman puasa bintang sinetron ini berbeza.

Buat pertama kalinya, aktres berusia 23 tahun ini menjalani puasa di bulan Ramadan dalam keadaan sedang hamil.

Bersyukur dapat merasai pengalaman tersebut, wanita yang mesra disapa Chacha ini tidak mahu terlepas daripada merebut ganjaran sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.

Menurutnya, usia kandungannya dua bulan tidak menjadi halangan buatnya meneruskan ibadah puasa.

"Alhamdulillah, sungguhpun hamil namun ia tidak menghalang saya untuk meneruskan ibadah puasa. Tambahan pula, usia kandungan baru sahaja memasuki bulan kedua, jadi saya masih kuat untuk terus berpuasa.

"Lagi pula, puasa di bulan Ramadan merupakan perkara wajib yang perlu dilakukan oleh setiap umat Islam. Saya juga ada meminta nasihat doktor mengenainya, dan doktor tidak melarang saya terus berpuasa," katanya yang teruja menjalani ibadah rukun Islam ketiga itu dalam keadaan hamil.

Kawal makan

Mengulas mengenai kehamilannya, bintang sinetron Sejuta Cinta Marshanda ini mengakui sedikit risau melihat tabiat pemakanannya yang kini berubah.

Akui berat badan sedikit bertambah, Chacha menganggap ibadah puasanya ini menjadi salah satu sebab untuk membantunya mengawal makan.

"Kebelakangan ini, nafsu makan saya semakin melonjak berbanding kebiasaan. Baru sahaja hamil dua bulan, berat badan saya sudah naik empat kilogram.

"Jadi, saya rasakan inilah waktu terbaik untuk saya menjaga makan dengan berpuasa. Saya tidak dapat bayangkan jika usia kandungan saya bertambah, entah bagaimana bentuk badan saya nanti," ujarnya.

Meskipun begitu, anak kelahiran Jakarta ini masih lagi menitik beratkan kesihatan kandungan dalam perutnya.

"Jika boleh saya memang berhasrat dapat berpuasa sebulan, tetapi saya tidak mahu tindakan saya nanti memberi kesan kepada anak dalam kandungan.

"Malah, doktor juga memberitahu supaya makan jika tidak kuat untuk terus berpuasa. Jika larat saya akan teruskan tetapi jika tidak, saya tidak akan paksa badan," katanya yang masih menerima banyak tawaran sepanjang bulan Ramadan.

Suami beri dorongan

Bersyukur dikurniakan suami seperti Ben, wanita yang membuat keputusan mengenakan tudung sejak Ogos 2010 ini berkata, suaminya itu tidak kisah dengan keputusannya untuk berpuasa.

Bagaimanapun, menurut Chacha, Ben masih mengingatkannya supaya menjaga kesihatan kandungannya itu.

"Ben memahami hasrat saya yang cuba menjalankan ibadah puasa. Meskipun begitu, dia menasihati saya supaya mengambil makanan yang secukupnya ketika sahur dan berbuka.

"Dia sering mengingatkan saya supaya memikirkan kandungan memandangkan ini anak sulung kami," katanya yang bertindak mengurangkan aktiviti lakonannya sepanjang tempoh kehamilan.

Menyentuh mengenai kerjayanya, Chacha berkata, dia tidak menolak jika menerima undangan nyanyian.

"Sejak hamil, saya lebih banyak terima undangan nyanyian tidak kiralah secara langsung ataupun rakaman. Tetapi kini saya mahu kurangkan aktiviti berlakon yang banyak memakan masa ketika penggambaran," ujarnya lagi.

Seperti kebanyakan perempuan hamil yang lain, Chacha juga tidak terkecuali daripada mengidam makanan.

Malah, katanya dia juga lebih malas untuk bergerak dan sering tidur.

"Syukurlah suami begitu memahami dan menurut sahaja kehendak saya. Kadangkala, dia ada juga mengurut badan saya yang kebelakangan ini sering lenguh-lenguh," kata pelakon Benci Bilang Cinta ini. -SH


PROFIL

Nama sebenar: Andriani Marshanda

Nama komersial: Marshanda atau Chacha

Tarikh lahir: 10 Ogos 1989

Tempat lahir: Jakarta, Indonesia

Kerjaya: Pelakon, penyanyi, model, pengacara

Nama suami: Ben Kasyafani


Tiada Paksaan - Pilihan Di Tangan Anda!

Posted: 04 Aug 2012 07:52 AM PDT











BUKANKAH IA CUKUP JELAS DAN CUKUP NYATA?

MAKA PILIHAN KINI DI TANGAN ANDA!


George Kent Hanya Dapat 8.7 Drp 30 Markah Keseluruhan Bagi Penilaian Kewangan

Posted: 04 Aug 2012 05:14 AM PDT

Petaling Jaya: Konsortiun George Kent-Lion Pacific didakwa mengeluarkan kenyataan palsu berhubung kelulusan penilaian teknikal dan kewangan dalam bidaan projek tambahan sistem LRT-Ampang.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sebaliknya berkata, konsortium tersebut sebenarnya gagal dan hanya mendapat 8.7 daripada 30 markah keseluruhan bagi penilaian kewangan.

Perkara itu didedahkan Rafizi melalui satu salinan surat yang dikemukakan Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Datuk Shahril Mokhtar kepada Kementerian Kewangan.

Dalam surat bertarikh 20 Januari itu, Shahril melaporkan ringkasan penilaian keseluruhan bidaan (penilaian teknikal, penilaian kewangan dan pematuhan kepada syarat-syarat kontrak) bersama-sama cadangan lantikan untuk diluluskan Kementerian Kewangan.

Menurut laporan tersebut, berdasarkan lapan calon pembida, Konsortium George Kent juga didapati tidak memenuhi syarat kontrak, namun membuat permohonan agar beberapa syarat seperti "bayaran ganti rugi kerosakan akibat gangguan" (Agreed Disruption Damages) disemak kembali.

Manakala dari segi teknikal, laporan tersebut menyatakan George Kent berada di tempat ketiga tercorot dalam penilaian teknikal dengan 38.62 daripada 70 markah keseluruhan.

Malah laporan Perunding Halcrow dengan secara jelas menyatakan bahawa ia tidak yakin Konsortium George Kent boleh melaksanakan projek itu.

Bidaan itu dibuat melalui Konsortium George Kent-Lion Pacific yang turut melibatkan syarikat-syarikat Wijet dan Thales dari luar negara.

"Kesemua fakta ini adalah fakta yang sah dan diangkat ke peringkat tertinggi Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan yang dipengerusikan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi berkata, pembohongan yang dibuat Pengarah Eksekutif George Kent, Ir Dr Cheong Thiam Fook ini dibuat dengan tujuan untuk mengaburi mata rakyat Malaysia.

Malah, katanya ia menghina semua prosedur yang digunapakai di dalam sistem perolehan negara seolah-olah ia tidak berfungsi dan berkesan sehingga ia langsung tidak dihormati oleh pembida.

`Lesen besar'

Lebih merunsingkan, katanya ia membayangkan 'lesen besar' yang dipunyai oleh George Kent untuk membuat kenyataan yang sewenang-wenangnya membelakangkan keputusan Kumpulan Prasarana.

"Konsortium George Kent dan rakan-rakan karib mereka dalam pentadbiran Umno/Barisan Nasional (BN) percaya dengan propaganda media yang berterusan, mereka dapat meyakinkan rakyat bahawa tidak ada unsur rasuah dan penyelewengan Najib dalam memastikan konsortium itu mendapat kontrak," katanya.

Disebabkan itu, beliau berkata kemampuan Prasarana kini mungkin diragui bagi memantau dan memastikan George Kent akan mematuhi semua syarat dan jadual kerja seperti yang dipersetujui, apabila belum pun kerja bermula George Kent dengan bongkaknya membohongi keputusan bidaan yang diangkat Prasarana.

"Saya yakin kebongkakan George Kent ini berpunca dari sokongan padu Najib kepada syarikat itu.

"George Kent tahu mereka kini sudah kebal dari undang-undang kerana dilindungi sepenuhnya oleh Perdana Menteri, sebab itulah mereka tidak segan silu berbohong walaupun ada fakta dan bukti yang sahih," katanya.

Cheong dalam kenyataannya semalam menafikan pihaknya gagal dalam penilaian teknikal sebelum dianugerahkan projek tersebut yang bernilai RM1.1 bilion, malah yakin dapat menyiapkannya dalam masa yang ditetapkan. -FMT

Buktikan Mengapa George Kent Layak Laksana Projek LRT

SHAH ALAM 3 OGOS : Kerajaan dan Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana) perlu memberikan penjelasan kepada rakyat bahawa George Kent adalah "konsortium terbaik" daripada segi harga dan kepakaran teknikal, berbanding syarikat itu sendiri yang membuat kenyataan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata Prasarana perlu menunjukkan dokumen berkenaan dengan projek pembinaan tambahan LRT Ampang dengan membuktikan mengapa konsortium George Kent patut mendapat kontrak tersebut.

Prasarana pada Selasa lalu mengumumkan bahawa George Kent-Lion Pacific (GKLP-JV) berjaya mendapat kontrak tersebut yang bernilai RM956 juta.

Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berulang kali mendakwa bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak campur tangan dalam pembidaan tender tersebut.

Penganugerahan kontrak itu juga dakwa dimiliki oleh "kawan rapat" Perdana Menteri, dan mendapat markah terendah penilaian teknikal dan komersial dalam projek tersebut.

"Beban dari segala persoalan ini kepada kerajaan persekutuan untuk membuktikan bahawa tidak ada salah guna kuasa dalam penganugerahan tender kepada George Kent," kata Pua dalam kenyataannya hari ini.

Jelas beliau lagi, tindakan terbaik untuk kerajaan menghapuskan segala tuduhan terhadap kronisme ini ialah dengan menunjukkan segala dokumen dalam penganugerahan projek ini.

Ia dari dokumen tender hingga penyerahan projek, kepada kertas penilaian yang diaturkan oleh Prasarana dan panel konsultan serta minit mesyuarat dalam membuat keputusan yang dibuat oleh Kementerian Kewangan berkenaan dengan penganugerahan projek ini.

"Dengan mendedahkan dokumen ini, barulah sejajar dengan apa yang perdana menteri katakan dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diketuai oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), yang mahu ketelusan dan akauntabiliti dalam pentadbiran dan perolehan projek kerajaan," ujar Tony.

Tambah Tony, kajian PEMANDU sendiri semasa GTP Roadmap 2010 menunjukkan "71 peratus dari korporat tidak ada ketelusan dan keterbukaan dalam penganugerahan kontrak dari kerajaan".

George Kent semalam mengeluarkan kenyataan berkata GKLP-JV gagal dalam penilaian teknikal dan komersial sebagai "tidak berasas".

Syarikat itu mendakwa menguruskan banyak syarikat pembinaan yang melibatkan mekanikal kompleks dan kejuruteraan di Malaysia dan luar negara.

Ia juga mengatakan berjaya membina projek dalam masa dan bajet yang tepat, antaranya projek RM100 juta dan merekabentuk hospital Kuala Lipis.

George Kent juga berkata syarikat itu juga akan mengetuai projek LRT Ampang ini, bersama-sama Tewet GmbH, iaitu sebuah syarikat yang telah mempunyai pengalaman dengan membina lebih 400 projek serupa di seluruh dunia.

Sebelum ini,Rafizi menyeru kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) untuk mendedahkan penganugerahan projek tambahan LRT Ampang.
-selangorku



Ajaran Pak Habib Terpesong, Anggap Al-Quran Kitab Lama

Posted: 04 Aug 2012 02:42 AM PDT

Rawang – Nabi Muhammad SAW dianggap tuhan, al-Quran hanya sebuah salinan buku lama, solat hanya perlu pada hari Khamis dan tidak perlu berpuasa di bulan Ramadan adalah antara amalan yang jelas terpesong dilakukan sekumpulan pengikut ajaran Pak Habib yang bergiat aktif sejak beberapa tahun di Bandar Country Homes (BCH) di sini.

Demikian maklumat yang didedahkan seorang individu yang hampir terikut dengan ajaran sesat itu.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Zaidi, 42, berkata, pengikut Pak Habib menganggap Nabi Muhammad yang layak dijadikan tuhan kerana dalam Islam ada menyebut 'barang siapa memuji ke atas Muhammad maka darjat mereka diangkat'.

"Terlalu banyak yang terpesong dan menyesatkan dalam amalan Pak Habib. Mereka menganggap Khamis menjadi penghulu bagi segala hari sebab itu pada setiap Khamis malam Jumaat pengikutnya dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak akan berhimpun melakukan pemujaan.

"Yang peliknya, pada hari tersebut mereka akan sama-sama bermain muzik yang disifatkan wajib," katanya.

Menurut Zaidi, amalan Pak Habib juga menghalalkan arak kerana bagi mereka minuman itu menyihatkan badan.

"Minum sedikit (arak) jatuh haram, tapi jika minum banyak menyihatkan badan (halal)," katanya.

Zaidi berkata, pengikut ajaran itu juga menolak kandungan al-Quran kerana disifatkan hanya sebuah buku biasa yang mengandungi tulisan jawi serta disalin dan dicetak kemas.

Menurutnya, Ramadan bukanlah satu bulan rahmat bagi mereka kerana bagi pengikut Pak Habib puasa bukan satu kewajipan.

Katanya, kegiatan tersebut bergerak aktif sejak berkurun lama berdasarkan pengikutnya yang lahir daripada generasi awal Pak Habib sehingga ke hari ini.

"Malah, kesemua pengikut ajaran itu mempunyai salah silah atau susur galur keluarga atau bersaudara.

"Pengikutnya adalah golongan profesional seperti doktor, jurutera, pasukan keselamatan, pensyarah dan sebagainya, termasuk seorang di barisan pimpinan tertinggi sebuah parti politik" katanya.

Katanya, ajaran itu berpusat di BCH di atas tanah seluas kira-kira 1.2 hektar, di sebalik kawasan perindustrian dan terletak kira-kira 5 kilometer dari jalan utama.

Jelasnya, pusat tersebut dipercayai pernah dikunjungi pihak berkuasa dan terdapat notis penutupan diletakkan pada pintu utama pusat itu.

Bagaimanapun, setelah lebih dua tahun notis dikeluarkan kegiatan itu masih bergiat aktif.

Justeru, dia berharap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya. -Sinar

Kes Syaleza: Pemandu Teksi Diantara 4 Lagi Yang Diambil Keterengan

Posted: 03 Aug 2012 11:28 PM PDT

Polis merekodkan empat lagi keterangan individu termasuk pemandu teksi bagi membantu siasatan kes Syaleza Jaffar yang ditemui mati di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya pada Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata tiga lagi individu yang diambil keterangan ialah seorang doktor, pengasuh anak lelaki mangsa dan rakan terdekat.

"Namun kita tidak boleh mengulas lanjut berhubung perkara ini. Mereka yang memberi keterangan ini merupakan antara saksi yang boleh membantu polis dalam menyelesaikan kes kematian mangsa," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.

Sebelum ini, polis telah merekodkan keterangan daripada 10 individu termasuk dua rakan sekerja eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 itu dan dengan empat keterangan terbaharu, jumlah keterangan yang diambil ialah sebanyak 14 sehingga hari ini.

Mohd Adnan berkata ada beberapa saksi lagi yang akan dipanggil untuk dirakamkan percakapan mereka berkaitan kes itu.

Syaleza, 31, ditemui mati oleh suaminya, Norazman Bashah dalam bilik tidur rumah mereka, dan hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan jerutan di leher wanita itu.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang merupakan anggota keluarga terdekat Syaleza di Segamat, Johor pada 10.15 malam pada Ahad lepas bagi membantu siasatan kes itu.

Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama

Senator BN Isytihar Keluar Parti, Sokong Pakatan Rakyat

Posted: 03 Aug 2012 09:28 PM PDT

Kuala Lumpur: Senator Datuk Maijol Mahap mengisytiharkan keluar Barisan Nasional (BN) hujung minggu lalu.

Beliau turut menyertai Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang meletak jawatan dalam BN Ahad lepas.

Gambar: Maijol kanan sekali pada majlis penubuhan Angkatan Perubahan Sabah Ahad lalu.

Bekas Naib Presiden Upko itu berkata, antara punca beliau meninggalkan BN disebabkan isu kemiskinan rakyat Sabah, dasar kabotaj, royalti minyak, diskriminasi kaum, rampasan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan peminggiran Sabah yang masih membelenggu.

Maijol yang sudah 14 tahun dalam BN berkata, semua masalah itu gagal diselesaikan termasuk di era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

"Selepas mengambil kira masalah ini yang sudah lama tertangguh di Sabah dan gagal diselesaikan, maka saya terpaksa meninggalkan BN.

"Saya tidak lagi percaya bahawa kerajaan BN boleh atau akan menyelesaikan isu-isu kritikal di Sabah, termasuk PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin), tahap kemiskinan yang tinggi, meminggirkan KDM (Kadazan Dusun Murut), NCR, lima peratus royalti minyak dan dasar kabotaj," katanya pada kenyataan 31 Julai lalu.

Turut meninggalkan BN pada 29 Julai lalu ialah Pengerusi Tetap, Datuk Herman Tiongsoh serta Ahli Majlis Tertinggi Upko, Denis Gimpah, Lesaya Lopog dan Petrus Guriting.

Mereka mengikut langkah Wilfred menyertai Pakatan Rakyat melalui penubuhan Angkatan Perubahan Sabah (APS) pada majlis pelancaran pertubuhan itu Ahad lalu.

Penyertaan itu disaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. -KD

No comments: