Kelab Greenboc |
- [VIDEO] Janji Bersih Berjaya, PR Ke Putrajaya Hampir Pasti Jadi Kenyataan (updated)
- [BERGAMBAR] TERKINI! Kuning Sudah Mula Melimpah, Dataran Merdeka Dikepung! (updated)
- Ahli Komrad Jingga 13 Peluk Islam... Alhamdulillah..
- MB Selangor: Sewa Bas Untuk PR Dibiayai Sepenuhnya Oleh Saya
- Isu WWW1: Nizar Menang! Utusan Diperintah Bayar Gantirugi
- [TERKINI] Saham FGVH Turun Tanpa Henti. Dari Haramjadah ke Makhluk Perosak.
- [BERGAMBAR] Janji Dicabuli - Kerajaan Pusat Gagal Siapkan Hospital Shah Alam
- Kes Amuk Putrajaya: Muhdalena Hadir Di Mahkamah Pakai Topeng Power Rangers
| [VIDEO] Janji Bersih Berjaya, PR Ke Putrajaya Hampir Pasti Jadi Kenyataan (updated) Posted: 30 Aug 2012 05:07 PM PDT ![]() Puluhan ribu berhimpun dalam perhimpunan Janji Bersih dan ambang Kemerdekaan di perkarangan DBKL, Kuala Lumpur dan juga di Stadium Shah Alam , demikian lapor harakahdaily. Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Datuk A Samad Said, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Fuziah Salleh dan lain-lain pemimpin Pakatan berada di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka. Di Stadium Shah Alam pula, para pemimpin Pakatan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di sana. "Semangat kemerdekaan tidak berhenti dengan perarakan sahaja tetapi harus mampu menimbulkan kecintaan kepada negara. "Pengorbanan dan sumbangan tentera dan polis serta rakyat menentang komunis dan penjajahan perlu mendapat dokongan semua," kata Anwar dalam ucapannya. Sementara itu malaysiakini melaporkan Pak Samad mengisytihar perhimpunan berjaya sampai sasaran tetapi tidak dapat mengagak jumlah sebenar peserta. Katanya, kehadiran luar biasa yang kebanyakannya anak muda. Beliau menyeru mereka terus melakukan perubahan. "Apabila saya sampai di Dataran, saya dapati jumlahnya (yang hadir) luar biasa. Dan saya senang, apabila ia daripada anak-anak muda. Dan ini penting. "Ini menggambarkan mereka sudah menyedari era ini adalah era mereka, dan di tangan mereka sebuah regim boleh ditukar. Saya harap ini dapat dilakukan," katanya. Themalaysianinsider pula melaporkan Pak Samad dilihat menangis selepas membaca puisi tersebut. Sejurus selesai membacakan puisi berkenaan, peserta yang majoritinya berbaju T kuning turut melaungkan janji demokrasi. Sementara menanti detik 12 malam sambutan ambang Kemerderkaan, peserta turut melaungkan "Merdeka", "Bersih" dan juga turut menyanyikan lagu "Tanggal 31". Keadaan di sekitar kawasan Dataran Merdeka bagaimanapun keadaan masih lagi terkawal dengan pihak polis turut berada di lokasi sekitar kawasan Dataran Merdeka bagi mengawal keadaan. Situasi bertukar sedikit tegang apabila sekumpulan Mat Rempit mula membuat bising di lokasi peserta perhimpunan berkenaan berkumpul akibat laluan yang tertutup. Keadaan bagaimanapun terkawal beberapa minit kemudian selepas ada di antara peserta yang membuka laluan dan menjaga lalulintas untuk membolehkan kumpulan penunggang motosikal tersebut melepasi lokasi perhimpunan Gabungan Janji. Terdapat juga segelintir peserta yang dilihat membakar mercun dan bunga api sebaik sahaja tepat jam 12 malam. Perhimpunan tersebut juga tamat sejurus pemimpin-pemimpin mereka melaungkan "Merdeka", dan mereka kemudiannya meninggalkan lokasi perhimpunan berkenaan. Keadaan di sekitar kawasan Dataran Merdeka bagaimanapun masih lagi dalam keadaan terkawal dengan pihak polis dan penguasa DBKL turut berada di lokasi sekitar kawasan Dataran Merdeka bagi mengawal keadaan. Perhimpunan ini bertujuan untuk menuntut kerajaan menunaikan lapan tuntutan Bersih seperti pembersihan daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal, kempen pilihan raya sekurang-kurangnya 21 hari, akses media yang adil kepada semua, pihak kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. JANJI DEMOKRASI (AMBANG MERDEKA 2012) ![]() ![]() ![]() ![]() klik untuk baca ![]() |
| [BERGAMBAR] TERKINI! Kuning Sudah Mula Melimpah, Dataran Merdeka Dikepung! (updated) Posted: 30 Aug 2012 10:52 AM PDT ![]() Penyelaras serta aktivis Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim mengatakan bahawa seluruh jalan menuju Dataran Merdeka kini sudah dikepung polis! Beliau yang memberitahu perkara tersebut menerusi laman sosial Twitter berkata, laluan masuk dari Masjid Negara menuju dataran tersebut sudah ditutup dan hanya boleh dilalui dengan berjalan kaki sahaja. Haris juga memberitahu kehadiran anggota polis diperhatikan lebih ramai daripada biasa, petanda jelas bahawa sekali lagi polis diperalatkan pemimpin Umno-APCO untuk menghalang sambutan 'Janji Demokrasi' yang dijadualkan jam 11 malam nanti. Sementara iru, jurucakap Gabungan Janji, Hishamuddin Rais, berkata perhimpunan "Janji Demokrasi" akan tetap diteruskan walaupun polis tidak membenarkan mereka berhimpun di Dataran Merdeka. Katanya, pihaknya tidak akan melanggar arahan polis supaya tidak berhimpun di Dataran Merdeka, sebaliknya berkata mereka akan menyambut Hari Kemerdekaan di mana-mana sahaja di sekitar Kuala Lumpur dengan baju kuning. "Jika perjalanan ke Dataran Merdeka tersekat dan hanya sampai di Chinatown (Jalan Petaling), kita akan sambut hari kemerdekaan di Chinatown," katanya lagi. "Kita mahu kalau boleh, ramai orang akan memakai baju kuning dan kelihatan di mana-mana sebagai tanda sokongan kepada demokrasi." Menurutnya, pihaknya sudah menjangka bahawa pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan perhimpunan Janji Demokrasi berlangsung di Dataran Merdeka. Sementara itu, menurut pengerusi komuniti Selamatkan Jalan Sultan, Stanley Yong, berkata, mereka tidak menerima apa-apa amaran dari pihak polis berkenaan acara mereka. "OCPD telah jumpa saya dua kali, dan kami menerangkan bahawa kami akan berarak di Jalan Sultan dan Jalan Petaling sahaja," katanya. "Kita tidak akan berjalan hingga Dataran Merdeka. Dan kami akan bergerak secara berasingan (dengan Gabungan Bersih). "Pihak polis berkata mereka akan menghantar kira-kira 10-15 anggota polis untuk mengawal laluan trafik di sekitar Jalan Sultan agar tidak terganggu, dan kami berterima kasih kepada pihak polis kerana memudahkan perarakan kami," kata Stanley lagi. Yong, yang juga pengerusi dewan perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), berkata, acara mereka akan bermula pada jam 8.00 malam di Gospel Hall, Jalan Hang Jebat, sebelum mula berarak pada jam 8.30 malam, melalui Jalan Sultan dan Jalan Petaling sebelum berakhir di bekas perhentian bas Klang, yang kini merupakan tapak pembinaan stesen MRT Pasar Seni. Polis mengumumkan perhimpunan Janji Demokrasi malam ini bertentangan dengan undang-undang. Anggota jawantankuasa penganjur, Maria Chin Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan bahawa Ketua Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi, Zainuddin Ahmad, hari ini mengirimkan surat rasmi memaklumkan perkara itu kepadanya. -jalanpulang Janji Demokrasi: Berhimpunlah di mana sahaja Vuvuzela mula berbunyi di Kuala Lumpur ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Akan dikemaskini sentiasa |
| Ahli Komrad Jingga 13 Peluk Islam... Alhamdulillah.. Posted: 30 Aug 2012 06:31 AM PDT ![]() Seorang anak muda berasal dari Sabah, saudari Afzan Komrad Jingga 13 hari ini telah secara rasmi melafazkan kalimah shahadah memeluk Islam. Nama Islamnya kini adalah Rayyan Khairiyah. Alhamdulillah... Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr Siti Mariah Mahmud turut menjadi saksi peristiwa bersejarah ini bersama Abby Abadi. Rayyan Khairiyah boleh bertutur 11 bahasa, Sharpshooter banyak kali bertemu dengannya dalam banyak program Jingga 13 di Shah Alam. Kali terakhir bertemu dengannya ketika berbuka puasa bersama Cikgu Fariz Musa di Klang. Ketika itu beliau sudah meluahkan hasratnya untuk memeluk Islam. Sharpshooter juga tidak pernah lupa tentang keakraban persahabatan dalam Jingga 13 hingga semua komrad Jingga 13 yang hadir di Mahkamah menitiskan air mata termasuklan Rayyan Khairiyah bila Sharpshooter di jatuhkan hukuman penjara 3 bulan. Alhamdulillah Allah beri kekuatan luar biasa berkat doa anda semua.. .sharpshooter masih mampu tersenyum... Seorang lagi iaitu Setiausaha Jingga 13, saudara Vicky juga telah menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam, sama-samalah kita berdoa mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan...amin.. Jingga 13 dipimpin oleh Cikgu Fariz Musa yang juga merupakan seorang MPP Keadilan, kehadiran Jingga 13 amat dirasai dalam arena politik Malaysia apabila Jingga 13 berjaya membongkar banyak skandal negara terutamanya skandal NFC. Tahniah teruskan perjuangan... -sharpshooter |
| MB Selangor: Sewa Bas Untuk PR Dibiayai Sepenuhnya Oleh Saya Posted: 30 Aug 2012 04:28 AM PDT Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, kos sewa bas dua tingkat, yang akan digunakan Pakatan Rakyat (PR) sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor.Katanya, bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya beliau sendiri tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri. "Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri. "Justeru, saya menasihatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang Kerajaan Selangor dan wang rakyat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Ketua Umum PKR, Seri Anwar Ibrahim. -SH ![]() |
| Isu WWW1: Nizar Menang! Utusan Diperintah Bayar Gantirugi Posted: 30 Aug 2012 01:33 AM PDT Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu.Peguamnya Mohd Zamri Ibrahim berkata, keputusan interlocutari hari ini memerintahkan demikian memandangkan Utusan tidak diwakili peguam untuk pendengaran kes tersebut. Sehubungan itu, pendaftar mahkamah Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan Mohammad Nizar memfailkan taksiran bagi ganti rugi berkenaan untuk tuntutan daripada Utusan, katanya. "Kita kena kemuka taksiran kerana saman ini kita tak tentukan berapa yang kita hendak," katanya ketika dihubungi. Difahamkan, Utusan tidak lagi berhak untuk merayu keputusan tersebut namun masih berpeluang untuk mengenepikan keputusan hari ini yang dibuat tanpa kehadirannya itu. Mohammad Nizar pula ketika dihubungi berkata, ketidakhadiran peguam Utusan hari ini menunjukkan akhbar tersebut tidak dapat membela laporan yang didakwa memfitnahnya itu. "Mereka tak hantar peguam, melambangkan mereka tak boleh bela diri mereka," katanya lagi. Mohammad Nizar mendakwa, Utusan pada 31 Mei menerbitkan menerbitkan pernyataan fitnah berhubung kenyataannya berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor. Mohammad Nizar mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor. Sementara itu, satu lagi saman Mohammad Nizar berhubung kes serupa ke atas stesen penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) akan diputuskan pada 19 September, kata seorang lagi peguamnya, Mohd Fitri Asmuni. "TV3 baru kemuka pembelaan. Jadi kita beri jawapan dan pada masa sama, mahkamah minta TV3 cadang penyelesaian (dengan Mohamad Nizar)," katanya ketika dihubungi. Jelasnya, TV3 mengemukakan pembelaan pada 22 Ogos lalu untuk kes yang didengar di hadapan hakim Datin Yeoh Wee Sian itu. ADUN Pasir Panjang itu mendakwa TV3 pada 30 Mei lalu mengeluarkan berita melalui rancangan Buletin Utama pukul 8 malam, berhubung satu kenyataannya di Twitter. -mk Ulasan GB Alhamdulillah, akhirnya Allah memperkenankan doa GB dan kita semua. Sebelum ini GB pernah menulis: Kini episod WWW1 melibatkan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin. klik untuk baca ![]() |
| [TERKINI] Saham FGVH Turun Tanpa Henti. Dari Haramjadah ke Makhluk Perosak. Posted: 29 Aug 2012 10:55 PM PDT (Pagi ini jam 11.19 am, saham FGVH turun ke paras RM4.99 -GBPM Najib buat hal lagi. Mahu menipu peneroka. Tapi mungkin jugak pemimpin UMNO bersangkaan peneroka amat mudah ditipu. Maklum sahajalah- peneroka. Habis kuat ada sijil SRP- Sijil Rendah Peneroka. Terror sikit ada STPM= Sijil Tinggi Peneroka Malaysia. Inilah peneroka yang dimuliakan. Barsian depan transformasi ekonomi Najib. Kali ini dia kata Felda akan mebiayai keseluruhan pembelian saham oleh peneroka. Apa pasal sekarang baru hendak umumkan? Mengapa tidak ketika saham belum disenaraikan? Apa sebab boring pinjaman bank ketika itu diedarkan keseluruh kawasan Felda? Sebab baru sekarang dia sedar peneroka bersungut. 810 unit saham rupa2 nya kena beli oleh mereka. Borang pinjaman bank dalam Bahasa Inggeris diedarkan sebelum FGVH di senaraikan. Yuran pinjaman RM200. Setiap keluarga yang beli 810 unit kena bayar RM 4.55 x 810= 3685.50. takpe, sebab bank pinjam penuh 100%. Lagi pun setelah 6 bulan dijual, peneroka tak rugi apa apa. Harga hari ini ialah RM 5.02. tak sampai 6 bulan pun. Najib dah panic. Hendak menyampai 6 bulan, takut saham turun rendah dari harga senarai RM 4.55 seunit. Rupa2 nya peneroka dok pakat ramai2 jual saham. Mereka pun pandai dan bijak rupa nya. Baik jual sebelum harga jatuh. Nanti kena bayar RM 50 sebulan tak pasal pasal. Pada harga RM5.02 bermakna premium sebanyak RM0.47. atau 47 sen. Banyak tu. Dengan 810 uni saham yang dia ada, peneroka dapat RM380.70 sen. Tolak RM200, dapat untung berseih sebanyak RM 180.70. Ya Rabbi. Ya Ampuun. Syukur kepada UMNO BN. Hidup Najib yang telah memberi kami RM180.70 kerana kami peneroka. Mana ada pemimpin murah hati macam ini dalam dunia. Malaysia boleh. Gostan kata Najib. Mampuih aku macam ini. kalau peneroka hanya untung RM180, mereka akan bunuh kita. Sembunyikan C4 semua! Elokah kita menipu mereka sekali lagi ya PM kata Isa Samad. Macam mana? Kita biayai pembelian saham tersebut. Kita suruh dia orang bayar RM50 je sebulan. Setahun baru RM600. Cara demikian, peneroka yang bodoh tu sangka, mereka dapat durian runtuh. Kita akan kata mereka dapat saham 810 percuma. Situ dah ada nilai RM 3645.50. campur untung hari ini sebanyak RM 380.70 , untung besar sebanyak RM 4026. Kita buat gitu je. Peneroka bukan cerdik sangat. Dapat RM 4000 tentu mereka suka. Jilat bontot den pun dia oghang mau punya. Jadi apa yang sudah Najib lakukan? Pertama rasuah pendahuluan sebanyak RM 15000 setiap keluarga. Ertinya, kerajaan berbelanja sebanyak RM15000 x 112, 635= RM1.6895 billion. Ketajaan tidak cop duit. Mereka kena pinjam dari bank. Mungkin ini yang meyebabkan kerajaan menanggung hutang yang sudah mencecah 55% dari KNK. Ini tahap yang dibenarkan oleh parlimen. Kemudian, kerajaan Najib beri bonus raya sebanyak lebih kurang RM383 setiap keluarga peneroka. Ini bermakna kerajaan belanja lagi sebanayk RM380 x 112, 635= 43 juta. Nah sekarang Pak Najib mahu biayai semua pembelian saham tersebut. Jumlah saham yang di keluarkan untuk penroka ialah 91.2 juta unit saham. Jika seunit harga nya RM 4.55, kerajaan terpaksa belanja 91.200,000 x 4.55= 414.960 juta. Wah banyak tu. Jadi kita ulang sekali lagi. Najib terpaksa berbelanja sebanyak:- · RM1,680 juta( rasuah pendahuluan). · Bonus raya = 43 juta. · Pembiayaan penuh RM 415 juta. Haramjadah punya peneroka. Aku terpaksa belanja RM 2.138 billion semua nya. Kalau tak dapat undi jugak, terpaksa lah kita berhimpunan agong di Sungai Buloh nampak nya tahun hadapan. Apa yang nak dirisaukan? Bukan kah Felda mendapat pulangan sebanyak RM 5.99 billion dari penjualan saham FGV? Hmm. cuba lihat. Kalau tolak RM2.14 billion dari hasil ini, Felda tinggal baki sebanyak RM 3.85 billion. Bayar hutang EPF sebanyak RM 3 billion, baki nya 850 juta. Mampuih Felda. Kos menampung Felda setiap tahun ialah RM3 billion. Sewa tanah 360,000 hektar kat FGV selama 99 tahun ialah RM698/hektar. Situ dah ada 251.2 juta. Ok lah tu. Kongsian tetap dari hasil perniagaan FGV. Juta juta. Biliun biliun, pasti cukup punya. Celaka betul. Mengapa RM698/hektar? Boustead sewa lading pada harga RM3500/hektar. Isa! Ekau tipu den yo. -sakmongkol |
| [BERGAMBAR] Janji Dicabuli - Kerajaan Pusat Gagal Siapkan Hospital Shah Alam Posted: 29 Aug 2012 09:01 PM PDT SSaya baru terima laporan kemajuan projek Hospital Shah Alam. Nampak gayanya sudah jauh ketinggalan berbanding dengan yang telah dijadualkan. Sudahlah 2 tahun terbiar terbengkalai begitu sahaja, sudahlah terpaksa ditambah kos dengan harga beratus juta ringgit. Sekarang tergendala lagi?Sepatutnya Hospital ini siap pada tahun 2011 pada asalnya. Tarikh baru dikatakan hujung 2013. Dengan kelewatan di tapak, mungkin terlajak lagi! Sila lihat pada laporan Skala JKR yang disertakan dibawah. Ia menunjukkan jumlah hari ketinggalan sebanyak 61 hari. Dari segi % kerja pula, hanya 9.7% dicapai dalam masa 9 bulan! Pukul rata 1% sebulan! Adalah amat memalukan sekiranya projek seperti ini, ditengah-tengah bandaraya Shah Alam, bukan ditengah hutan, tidak dapat dilaksanakan oleh pihak Kementerian dengan baik. Rasa-rasanya Menteri Kerja Raya kena buat sesuatu kot? Apa? Letak jawatan? Hmmm... kena tunggu kucing bertanduklah jawabnya. Adakah mereka memahami bahawa jawatan datang dengan tanggung jawab dan juga pertanggung-jawaban? Kalau tanya golongan yang agak kuno, mungkin akan dikatakan tapak itu berhantu. Kena sembelih kambing dan sebagainya. Tapi kita tahu itu semua karut dan bertujuan memindahkan kesalahan dan menutup kegagalan diri. Adakah pihak kementerian juga akan menggunakan alasan yang sama? WaLlahu 'Alam YB KHALID SAMAD 850 Buruh Binaan Hilang Pekerjaan Gara-gara Pembinaan Hospital Shah Alam Tergendala ![]() ![]() ![]() ![]() |
| Kes Amuk Putrajaya: Muhdalena Hadir Di Mahkamah Pakai Topeng Power Rangers Posted: 29 Aug 2012 07:08 PM PDT Putrajaya - Wanita yang terlibat dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) awal Julai lalu memakai topeng 'Power Rangers' warna merah bagi mengelak wajahnya dirakam media selepas selesai sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.Gambar: Muhdalena Ahmad dilihat hadir ke mahkamah berbaju dan bertudung merah, ditemani bapanya, sempat menunjukkan isyarat keamanan ketika wajahnya cuba dirakam media. Pada prosiding semalam, mahkamah mengarahkan wanita itu, melantik peguam secepat mungkin. Hakim Mohd Kafli Che Ali berkata, mahkamah memberi tempoh dalam masa satu bulan untuk dia melantik peguam supaya semua isu berkaitan dokumen-dokumen kes itu boleh diselesaikan sebelum tarikh bicara ditetapkan. Mahkamah turut menetapkan tarikh 12 September depan untuk pengurusan kes berkenaan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nor Mazrah Ahmad Din berkata, tertuduh perlu melantik peguam dan menyelesaikan segera perkara-perkara yang dipersetujui antara pihak pendakwaan dengan tertuduh sebelum perbicaraan. Menurutnya, terdapat pindaan dalam kanun prosedur jenayah yang menyatakan, kes perbicaraan perlu dilaksanakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh didakwa. Pada 19 Julai lalu, Muhdalena Ahmad, 28, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan iaitu mengugut polis dan membawa pedang. Prosiding pendakwaan ketika itu terpaksa dijalankan di Hospital Putrajaya kerana dia sedang dirawat selepas cedera dalam kejadian amuk berkenaan. Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Ridzuan Megat Ahmad manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang. Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lalu. Kesalahan pertama didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Dia diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu. Pada kejadian tersebut, dia bersama dengan Khalil Afandi Hamid, 47, mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang, namun Khalil mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari, manakala Muhdalena turut terkena tembakan di paha kanan. -SH |
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






























































No comments:
Post a Comment