SEARCH

Thursday, August 30, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Yatt Hamzah: Kritikan Menjadikan Saya Lebih Bersemangat Untuk Cintakan Allah & Rasul

Posted: 29 Aug 2012 04:11 PM PDT

Pada Ahad lalu, sebuah akhbar terkemuka tanah air, Berita Harian menerusi ruangan B*Pop telah menyiarkan sebuah artikel yang menegur sikap Yatt Hamzah.

Yatt dikatakan telah bertindak seperti 'terlebih alim' apabila dia menolak untuk melakonkan semula sebuah rancangan memasak.

Kata Yatt, melakonkan semula cara memasak dalam rancangan itu seolah-olah menipu para penonton.

Maka, wartawan B*Pop, Raja Nurfatimah Mawar telah menegur Yatt lantaran dari 'suara-suara' yang kurang enak berkenaan sikap Yatt itu.

Selain itu, Raja turut menegur Yatt yang dikatakan suka menunjuk alim menerusi tarbiah di laman sosial miliknya.

Lantaran dari teguran itu, Yatt menerusi akaun laman sosial Twitter miliknya, telah menjawab isu tersebut dan menerima teguran wartawan itu dengan positif.

Yatt bersyukur dan berterima kasih kepada B*Pop kerana sudi menegur dirinya yang kerdil itu.

"Dan saya dengan rendah diri minta maaf jika menyinggung sesiapa," memetik kenyataan Yatt menerusi akaun Twitter miliknya.

Pada masa yang sama, Yatt menghargai teguran yang diberikan sekaligus menjadikan dirinya untuk lebih bersemangat untuk cintakan Allah.

Semoga Yatt diberi kekuatan untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni setelah dia memilih untuk berhijrah. -HARITS ASYRAF



[SELINGAN] Dia Dah Lemah, Yang Afdhal Sembelih Cepat-cepat Sebelum Jadi Bangkai

Posted: 29 Aug 2012 08:27 AM PDT

Ini kisah lembu yang telah jatuh terjelepok dalam longkang konkrit yang besar dan diselamatkan oleh anggota bomba dan penyelamat.

Dimana? Tidak diketahui dengan tempat lokasinya yang tepat tetapi mesti di dalam negara bernama Malaysia.

Maka berkatalah seorang rakan, "Lembu itu dah lemah, kalau hidup pun sudah tidak bermaya lagi.. Kena sembelih cepat-cepat sebelum ia mati menjadi bangkai."

"Bila disebut macam itu, terus sahaja aku teringatkan UMNO kerana sejak kes NFC timbul, bila sebut lembu mesti teringatkan UMNO dan bila sebut UMNO mesti teringatkan lembu," kata rakan seorang lagi.

"Kalau macamtu kau cakap, kenalah sembelih UMNO tu cepat-cepat ya..." kata rakan yang mula-mula tadi dengan selambanya.

Disambut dengan deraian ketawa dari rakan-rakan yang lain...



Peneroka Ditipu, Berhutang 800 Unit Saham Kepada FELDA

Posted: 29 Aug 2012 06:31 AM PDT


Felda ambil alih hutang peneroka beli saham

Peneroka yang berhutang dengan bank untuk membeli 800 unit saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) tidak perlu lagi membayar kepada bank mulai bulan depan apabila hutang mereka itu diambil alih Felda.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata peruntukan RM360 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membiayai pembelian unit saham itu semalam akan digunakan untuk membayar balik pinjaman yang dibuat oleh peneroka, kepada 10 konsortium bank.

"Jadi, daripada bayar kepada bank yang ada faedah lima peratus setahun, peneroka akan bayar kepada Felda tanpa faedah dalam tempoh lima tahun iaitu kira-kira RM50 sebulan," katanya kepada pemberita selepas menutup Kem Anak Muda Generasi Felda (Kemuda) dan Kursus Induksi Permuafakatan Siswa/Siswi Felda (Persada) 2012 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang hari ini.

Najib semalam mengumumkan Felda memperuntuk RM360.7 juta untuk membiayai sepenuhnya 800 unit saham yang diberi kepada setiap peneroka bagi meringankan beban mereka dalam pemilikan saham itu.

Ahmad berkata peralihan itu akan dilakukan secara automatik dan pembayaran balik kepada Felda boleh dilakukan dengan potongan pendapatan, di mana ia bakal memberi keuntungan lebih kepada peneroka apabila mereka tidak dikenakan sebarang faedah ke atas pinjaman itu.

Beliau berkata dengan itu, pihak peneroka juga dapat melakukan urusniaga saham mereka pada bila-bila masa tanpa sebarang syarat, dan ia juga dapat mengelakkan 'jualan paksa' di mana jika mereka berhutang dan masih belum melunaskan bayaran penuh kepada bank selepas enam bulan, mereka perlu menjual saham itu, sekaligus merugikan sekiranya harga saham pada masa itu rendah.

Kita tak bagi (pinjaman ini) sebelum ini sebab kita tak jangka berapa keuntungan yang kita dapat. Tapi akhirnya kita dapat RM10 bilion, RM6 bilion untuk Felda dan RM4 bilion untuk FGV, jadi kita ada dana lebihan untuk kita bantu lagi peneroka," katanya.

Sementara itu Ahmad turut menafikan tuduhan pihak pembangkang bahawa pemilikan peneroka terhadap saham FGV terlalu sedikit, malah Felda dan peneroka adalah pemegang utama saham itu 39.5 peratus.

Beliau berkata 17 peratus saham itu adalah milik Felda, dan 22.5 peratus lagi milik peneroka iaitu 2.5 peratus daripada pemilikan 800 unit saham dan 20 peratus tabung amanah.

Saham itu juga turut dimiliki syarikat atau organisasi tempatan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 7 peratus, Tabung Haji 7 peratus dan kerajaan Sabah serta Pahang masing-masing 5 peratus, sekaligus menafikan dakwaan bahawa saham itu banyak dimiliki oleh syarikat asing, katanya. -mk

Ulasan GB

Yang untung ialah Isa Samad, memperolehi 180,000 unit saham secara percuma. Peneroka dapat 800 unit saham, hutang!

Meloponglah peneroka....

Kedua, penipuan lagi dengan menyatakan bahawa:

Felda dan peneroka adalah pemegang utama saham itu 39.5 peratus...
Jika itu pemegang utamanya, maka 60.5 peratus lagi?
Apakah angka 39.5% itu lebih besar dari 60.5%?

Kemudian dinyatakan: Saham itu juga turut dimiliki syarikat atau organisasi tempatan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 7 peratus, Tabung Haji 7 peratus dan kerajaan Sabah serta Pahang masing-masing 5 peratus

Bukankan pemilikan saham itu sentiasa pada bla-bila masa boleh betukar tangan? Ia bererti pada bila-bila masa saham yang 60.5% (saham majoriti) boleh terjual dan dipindahmilikkan kepada pembeli yang lain.

Dan akhirnya: sekaligus menafikan dakwaan bahawa saham itu banyak dimiliki oleh syarikat asing.

Hakikat yang sebenarnya semasa hari pertama IPO ditawarkan, tiada syarikat asing yang berminat kecuali dua syarikat yang membeli saham FGV, iaitu Qatar Investment Authority dan syarikat insurans Hong Kong, AIA Group Ltd. Walaupun sebelumnya Najib membuat peristharan penyenaraian FGVH merupakan IPO kedua terbesar selepas Facebook. Tiba-tiba, dari ratuan ribu syarikat pelabur di dunia cuma dua syarikat yang berani melabur membeli saham FGVH. Kos cetak prospektus pun tak lepas! Indah khabar dari rupa....

Dan apa cerita mengenai syarikat Genting Bhd pernah menguasai 12 peratus saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) dengan pegangan sebanyak 407, 005,000 unit melalui peruntukan khas?

Laporan Bloomberg Peers menyebut bahawa, urusniaga FGVH antara 16 Julai hingga 9 Ogos, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAM) telah membeli saham Genting tersebut.

Genting tumpang sekaki mengaut keuntungan saham awal FGV?


Susulan Sumbang Mahram, Mohd Nor Timbang Fail Saman

Posted: 29 Aug 2012 03:49 AM PDT

Suspek kes sumbang mahram kaji fail saman

KUALA LUMPUR: Suspek utama yang dikaitkan dengan isu 'sumbang mahram' yang sedang hangat diperkatakan sekarang, Mohd Nor Jaafar (gambar) akan memfailkan tindakan saman terhadap mana-mana media arus perdana dan blog, lapor pahangdaily.blogspot.com.

Ini ekoran pihak berkenaan sewenangnya mengekploitasikan isu kononnya beliau telah didapati bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan itu terhadap anaknya sendiri hingga melahirkan anak beberapa hari yang lalu.

"Malah ada blog-blog yang sewenangnya mengeluarkan gambar saya dengan dakwaan seolah-olah saya telah didapati bersalah oleh pihak mahkamah.

"Saya hanyalah suspek yang telah dipanggil untuk membantu siasatan pihak polis.

Tetapi mereka melayan saya seolah-olah keputusan mahkamah telah dibuat atas kes ini dan saya didapati bersalah. Maruah dan imej saya sebagai pemimpin politik kini tercalar gara-gara penyiaran gambar saya serta ahli keluarga yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sekarang ini.

Peguam saya telah melakukan siasatan dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana blog yang didapati cuba menghukum saya dan mendahului mahkamah. Ini tidak adil dan satu hukuman yang jelas untuk menghancurkan masa depan saya," kata beliau kepada pahangdaily (PDO) sebentar tadi.

Menurut blogger itu, tinjauan pihaknya terhadap kebanyakan blog-blog pro UMNO mengaitkan kes itu dengan pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat (PR), kononnya moral beliau (Mohd Nor) rosak gara-gara terikut-ikut dengan pemimpin yang rosak moral seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, ulasnya lagi laporan yang dibuat oleh media arus perdana juga dilihat sengaja mahu menjatuhkan hukuman terhadap Pakatan Rakyat sedangkan, Mohd Nor sudah lama meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama Datuk Zaid Ibrahim dan kini memimpin parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) peringkat negeri Pahang.

"Tuduhan-tuduhan ini seolah-olah menggambarkan satu usaha terdesak media menyerang pembangkang menjelang PRU-13 ini sebenarnya," tulis blogger itu lagi. -HD


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




[AGENDA TERDESAK] RM30 Upah Penjawat Awam Untuk Hadir Sambutan Merdeka

Posted: 29 Aug 2012 01:33 AM PDT

Kuala Lumpur: Kerajaan Umno BN didedah mengerahkan kakitangan awam dan badan berkanun hadir ke sambutan Hari Kemerdekaan bagi menjayakan Himpunan Janji Ditepati yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Ogos ini.

Surat arahan yang sama juga diedarkan kepada kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut sumber daripada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), surat pengerahan kakitangan mula dihantar melalui Unit Sumber Manusia dengan mewajibkan setiap jabatan menghantar wakil.

"Berdasarkan surat tersebut, KTMB diwajibkan menghantar 100 penyertaan dan setiap jabatan wajib hantar wakil.


"Mengikut surat itu, mereka akan diberikan RM30 dan sehelai t-shirt, tetapi tidak diketahui bila duit itu akan diberikan," katanya kepada Keadilan Daily.

Bagaimanapun kata beliau, sebagai balasan, mereka yang hadir akan diberikan cuti ganti sehari.

"Kalau ikutkan surat tersebut, pihak penganjur mahu capai 'target' lebih 100,000 hadir program itu,"
katanya.

Pengerusi KTMB, Datuk Seri Ir Mohd Zain Mohamed merupakan Koordinator BN Selangor yang juga Ahli Parlimen Sepang.

Ramadan lalu, kakitangan KTMB dijadikan alat kempen kerajaan semasa program penyampaian kurma di beberapa stesen terpilih dengan memakai baju korporat BN.

Pada April pula, 30 bendera BN dipasang di Stesen Komuter Batu Tiga dan 10 lagi di Stesen Komuter Shah Alam.

Baru-baru ini, iklan kempen 'Sayangi Selangor' yang menampilkan gambar Datuk Seri Najib Razak mula ditampal di tangga, tiang dan gerabak komuter, terutama di laluan menghala ke Pelabuhan Klang.

Gambar Perdana Menteri itu diiringi slogan 'Kami mendengar dan memahami keperluan anda tentang pendidikan' dan 'Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup. -KD

Ulasan GB

Jangan terperanjat nanti, tajuk besar akhbar-akhbar arus perdana menyatakan "200,000 Hadir Sambut Merdeka!"

UMNO BN sudah menampakkan ianya dalam keadaan cukup terdesak dan kelemasan kini.

Lagi banyak di tabur, lagi banyak ia bakal kehilangan undi. Kerana hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya - yang rasuah itu tiada sebarang kekuatan melainkan membawa kemusnahan dan kehancuran!

TGNA Kepada Fathul Bari: Mari Bersemuka Dengan Saya, Tak Perlu Bersurat-surat!

Posted: 29 Aug 2012 12:06 AM PDT

Tidak payah guna surat untuk mengajak saya berbincang isu hudud ini. Siapa dia, saya tidak kenal dia, dia pun tidak kenal saya. Demikian luahan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung surat rasmi dihantar Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya kepadanya bagi membincangkan isu hudud.

Nik Aziz mempertikaikan tindakan Fathul Bari yang disifatkan lebih gemar membuat bising di akhbar mengenai surat rasmi tersebut.

Beliau berkata, sewajarnya Fathul Bari perlu bersemuka secara terus dengannya sekiranya ikhlas untuk membincangkan isu hudud secara terperinci dan bukannya membuat kecoh dalam media arus perdana itu.

"Kalau dia (Fathul Bari) hendak jumpa saya, dia patut jumpa saya secara seorang tidak payah buat bising dalam surat khabar," katanya selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Selain itu, Nik Aziz berkata, sehingga kini beliau sendiri belum menerima dan membaca lagi isi kandungan surat rasmi itu.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Ilmu telah menghantar surat rasmi untuk bertemu Nik Aziz bagi tujuan membincangkan isu hudud secara serius dan profesional, bukannya bertikam lidah.

Dalam laporan itu, Pengerusinya, Fathul Bari berkata bagaimanapun pihaknya belum mendapat sebarang maklum balas daripada Nik Aziz. -SH





Ulasan GB

Adalah terlebih baik bagi ulamak muda UMNO itu menemui Tun Mahathir dan Najib Razak supaya dapat memberitahu kedua-dua pemimpin UMNO itu mengenau hudud dan undang-undang Islam.

Ini kerana kedua-dua tokoh utama itu selama ini menentang perlaksanaan hudud di negara ini dengan pelbagai dalih.






Apa pasal sibuk-sibuk menulis surat kepada TGNA untuk membincangkan hudud sedangkan UMNO sendiri penentang utama hudud?

[VIDEO] Taek Jho Low Perhabis Jutaan Ringgit Lamar Penyanyi Taiwan

Posted: 28 Aug 2012 09:31 PM PDT

Jho Low curi tumpuan dengan lamaran bergermelapan

Jutawan ranggi Jho Low kembali menjadi berita hangat apabila beliau menggunakan kekayaannya untuk memikat hati selebriti terkenal, tetapi sia-sia.

Sasarannya tak lain tak bukan penyanyi pop terkenal Taiwan Elva Hsiao.

Akhbar Taiwan Apple Daily menyiarkan berita tersebut selepas sebuah video mengenai lamaran Low dipaparkan.

Akhbar harian itu memetik, video tersebut dimuat turun tahun lalu oleh seorang jurugambar profesional di Britain, Peter Rear di laman perkongsian video Vimeo.com.

Video bertajuk ''Pertunangan Atlantis, Dubai'' itu tidak menyebut siapa dua individu tersebut tetapi meletakkan kapsyen :

''Khabar angin tentang kejutan lamaran pertunangan yang bernilai 1 juta pound (RM4.9 juta)."

Khabar angin mengenai jumlah itu sedikit mengejutkan apabila majlis itu diadakan di pantai persendirian di sebuah resort mewah Atlantis The Palm - hotel terkemuka di pulau Palm Jumeirah, Dubai.

Video berdurasi lima minit dan 27 saat itu memaparkan pasangan tersebut tiba dengan sebuah kereta Rolls-Royce hitam menyusuri pantai, dengan lilin yang dipasang berbentuk hati. -mk

Jho Low akui kawan baik Rosmah

KUALA LUMPUR: Jutawan muda penuh kontroversi, Jho Low, mengakui beliau merupakan kawan rapat kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Rosmah (Mansor) bukan mak angkat saya. Beliau adalah kawan baik saya," demikian jawapan beliau kepada akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh, ketika ditanya hubungannya dengan keluarga Perdana Menteri, Najib Razak.

Jho Low, atau nama sebenarnya Low Taek Jho, 29 lahir di Pulau Pinang dan anak kepada jutawan Larry Low.

Beliau menjadi selebriti terkemuka ekoran kemunculannya berparti dengan aktres kontroversi Hollywood, Paris Hilton dan menjadi laporan muka depan akhbar tempatan dan antarabangsa.

Laman web Malaysia Chronicle pada Julai lalu mendedahkan, Jho Low memiliki sebuah penthouse di New York yang secara kebetulan dikatakan hanya 10 minit dari syarikat pengeluar berlian, Jacob & Co.

Rosmah sebelum ini dikaitkan dengan pembelian berlian bernilai RM24 juta dari Jacob & Co yang dikenali sebagai 'natural fancy blue-gray cushion-cut' itu.

Nama Jho Lho sebelum ini turut dikaitkan sebagai penasihat kepada Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sebelum ia diperbadankan menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada Jun 2010, semasa persidangan Dewan Rakyat, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Lapangan Terbang Tentera Udara Sungai Besi dipindahkan dan tapaknya dijual kepada 1MDB.

Bagaimanapun dalam satu wawancara dengan media tempatan, Jho Low enggan mengakui peranannya di sebalik transaksi itu.

KEADILAN sebelum ini mendesak kerajaan menjelaskan kontrak pembangunan TUDM Sungai Besi itu yang dianggar bernilai kira-kira RM500 juta itu.

Selain itu, Jho Low juga dikatakan memainkan peranan utama dalam UBG Bhd iaitu syarikat milik keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau dikatakan mendapat tempat di kalangan tokoh perniagaan, ekoran hubungan rapatnya dengan pelabur dari Timur Tengah.
-KD (27.9.2011)




No comments: