Kelab Greenboc |
- SYABAS Tak Selenggara Rumah Pam Untuk Wujudkan Masalah Air Di Balakong
- [VIDEO] P1 Bala Dedahkan Ditawar RM200K & Banglo Di London Untuk Burukkan Anwar
- Pekerja Butik Dirogol "Pelanggan"
- SAMM: Penahanan Rafizi Percepatkan Kejatuhan BN
- [VIDEO] Saksikan Usaha Mengeluarkan Mayat Dari Perut Buaya!
- [BERGAMBAR] Suami Isteri Maut Kemalangan Babitkan 2 Bas, 5 Kereta & 2 Motorsikal
- MAFREL Atau SPRkah Yang Tidak Berkecuali?
- Kes Syaleza: Berita Yang Boleh Disiarkan - Polis Telah Rekod Keterangan 5 Individu
SYABAS Tak Selenggara Rumah Pam Untuk Wujudkan Masalah Air Di Balakong Posted: 02 Aug 2012 04:43 PM PDT Syabas gagal selenggara rumah pam punca taman tiada air, kata Ronnie SHAH ALAM, 1 Ogos ― Kerajaan Selangor hari ini menegaskan, krisis ketiadaan air yang berlaku di Balakong adalah berpunca daripada kerosakan pam air dan kolam simpanan air yang tidak diselenggara dengan sempurna oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu ketika sidang media hari ini menegaskan, keadaan tersebut menyebabkan Syabas tidak dapat membekalkan air terawat yang mencukupi kepada penduduk di kawasan berkenaan. "Berdasarkan lawatan kita ke kolam simpanan air di Balakong, hampir semua kolam tersebut tidak dijaga dan ada yang rosak," katanya. "Malah, banyak kolam air ini tidak diselenggara dengan baik. Kebanyakkannya tidak mempunyai pam air dan motor pam telah rosak ... bukan itu sahaja pintu pagar pun hilang, ini sangat membahayakan keselamatan penduduk khususnya kanak-kanak," katanya yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran. Antara kawasan yang terjejas dengan situasi berkenaan adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang, iaitu Taman Bukit Belimbing, Taman Seri Belimbing, Taman Juara Jaya, Taman Harmoni Indah, Taman Seri Timah, Taman Tanming Jaya, Taman Seri Jati, Taman Putera Budiman, Taman Balakong Jaya, Taman Puncak Utama, dan Taman Sri Pulai dan Kawasan Perindustrian Balakong Jaya. Sementara dua kawasan lain di bawah Majlis Perbandaran Subang Jaya adalah Kampung Tengah dan Taman Sungai Besi Indah di Seri Kembangan. "Kerajaan negeri telah mengarahkan PBT menggunakan lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas ini untuk menyalurkan air, dan Syabas akan membayar kos ini kerana mereka gagal menjalankan tugas mereka. Kesal dengan tindakan itu, Ronnie menegaskan, tindakan Syabas itu menyebabkan penduduk di sekitar kawasan terbabit tidak menerima bekalan air terawat yang mencukupi. Sehubungan itu, Ronnie turut menggesa Syabas agar mengambil tindakan segera bagi membaik pulih kolam air yang terjejas. Pihak berkuasa tempatan di kawasan berkenaan juga akan membuat laporan polis berhubung keadaan rumah pam berkenaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. "Syabas seharusnya mengganti motor dan pam yang rosak supaya bekalan air di kawasan yang terjejas mencukupi," katanya lagi. -TMI Taman Putra Budiman residents want pumphouse fixed |
[VIDEO] P1 Bala Dedahkan Ditawar RM200K & Banglo Di London Untuk Burukkan Anwar Posted: 02 Aug 2012 08:24 AM PDT PI Bala: Mereka cuba rasuah saya... lagi Penyiasat persendirian P Balasubramaniam muncul daripada persembunyian dan membuat satu lagi pendedahan yang menggemparkan - bahawa terdapat percubaan kedua untuk merasuahnya ketika dia berada di India, kali ini untuk memburuk-burukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bercakap kepada Malaysiakini dalam temubual di Kuala Lumpur bulan lepas, Balasubramaniam mendakwa dia didatangi kira-kira seminggu sebelum pilihan raya Sarawak pada April tahun lepas. "Anda tahu semua ini, mereka sudah mendapat 'berita baik' dari Perth dan mereka memerlukan lagi 'berita baik' dari India," kata Balasubramaniam, tetapi enggan mengulas lanjut. Pada masa itu, jentera kempen kedua-dua belah parti politik mencapai kemuncaknya dan apa sahaja digunakan untuk menarik pengundi dalam pilihan raya negeri yang penting itu. Ia juga sekitar masa temubual Raja Petra Kamaruddin dengan TV3, yang dibuat semasa lawatan kontroversi penulis blog itu ke Australia, disiarkan. Dalam temubual itu yang turut disiarkan oleh stesen TV arus perdana, Raja Petra menafikan akuan bersumpah (SD) yang menghubungkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Raja Petra, yang hidup dalam buangan di United Kingdom, menyebut bahawa SD itu berdasarkan maklumat 'disemai' oleh pemimpin PKR yang terdesak untuk menghalang Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri, menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. -mk RM200,000, banglo di London jika Bala sedia fitnah Anwar |
Pekerja Butik Dirogol "Pelanggan" Posted: 02 Aug 2012 06:03 AM PDT Subang Jaya – Polis mengedarkan fotofit seorang lelaki dipercayai warga Indonesia bagi membantu siasatan berhubungan kes rogol pekerja butik di SS15, 21 Julai lalu. Dalam kejadian itu, butik tempat kerja mangsa berumur 23 tahun itu dikatakan didatangi lelaki berkenaan kira-kira jam 3 petang. Gambar: Fotofit suspek yang merogol mangsa dicari. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, suspek dikatakan membelek-belek pakaian di rak dan memaklumkan kepada mangsa dia ingin menghadiahkan baju itu kepada teman wanitanya. Katanya, suspek yang bertutur dalam bahasa Indonesia kemudian memaksa pekerja butik itu masuk ke dalam bilik stor dan terus mengikat kaki tangan serta mulut mangsa. "Suspek kemudian merogol mangsa dan menyamun beg duit, telefon bimbit serta hasil jualan yang berada di kaunter pembayaran," katanya. Sementara itu, dalam perkembangan lain, Yahaya berkata, pihaknya memohon kerjasama orang ramai mengesan seorang lelaki warga Argentina bagi membantu siasatan kes pecah rumah dan melanggar kereta polis di USJ 18/2A pada 26 Julai lalu. Dalam kejadian 9.25 malam itu, empat lelaki melarikan diri selepas melihat kereta peronda polis tiba di pekarangan rumah teres dua tingkat tersebut yang telah dipecah masuk. "Kita minta orang ramai tampil memberi maklumat sekiranya mengetahui kedudukan lelaki dikenali Ignacio Marcelo, 45, yang masuk ke negara ini sebagai pelancong sejak Oktober lalu," katanya. |
SAMM: Penahanan Rafizi Percepatkan Kejatuhan BN Posted: 02 Aug 2012 05:04 AM PDT Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk penahanan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli di bawah akta BAFIA ekoran pendedahan skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang didedahkannya pada akhir tahun lalu. "Ia satu cubaan regim untuk menggambarkannya sebagai seorang penjenayah walaupun beliau dengan penuh fakta sahih telah mendedahkan skandal NFC yang menyebabkan seorang menteri meletakkan jawatan". "SAMM melihat ini sebagai sangat tidak wajar kerana sepatutnya Rafizi diberikan hadiah dan penghargaan oleh pihak kerajaan kerana telah menyelamatkan negara ini dari terus dirompak. Malangnya, hadiah buat Rafizi berupa sepasang gari bersama bon ikat jamin," kata SAMM dalam satu kenyataan. NGO itu menambah, SAMM mengucapkan tahniah kepada Rafizi kerana imej penahanan bergari itu bukan sahaja mempopularkan beliau tetapi mempercepatkan usaha kejatuhan regim. Menurutnya, jikapun apa yang dilakukan Rafizi secara teknikalnya mungkin salah namun percayalah ia berlaku kerana kegagalan pihak Suruhanjaya Pencegarhan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa bertindak apabila laporan di buat. `Lindungi orang tertentu' "Bagi SAMM, melindungi orang-orang tertentu dari golongan VIP dengan memberkas pihak pelapor yang mendedahkan jenayah dan rasuah adalah satu petanda betapa sistem perundangan negara berada dalam keadaan tenat". "SAMM memberi jaminan sekiranya amalan seperti ini diteruskan oleh regim Barisan Nasional demi untuk melindungi jemaah menterinya yang banyak terpalit skandal rasuah dan penyelewengan, maka rakyat pasti menolak BN dalam pilihanraya umum akan datang dan bersedia untuk sebuah kerajaan baru yang lebih telus," katanya lagi. SAMM mendakwa, terdapat impak negatif daripada tindakan penahanan Rafizi sama-ada orang awam akan tidak menghormati undang-undang lalu bertindak sendirian atau orang awam tidak lagi mahu tampil menjadi pelapor 'rompakan' ". Katanya, sehingga hari ini, SAMM sebagai peneraju anak muda tidak melihat sebarang transformasi yang kononnya dijanjikan oleh Najib Razak dalam usaha memperbaiki sistem perundangan malah menjadi lebih teruk apabila regim panik dan terdesak setelah Rafizi Ramli melangkah untuk pendedahan terbaru yang melibatkan prasarana pengangkutan awam negara. SAMM tidak mengharapkan apa-apa lagi dari pihak kerajaan, namun menyeru dan menggesa seluruh rakyat Malaysia membuka mata mencelik minda, memandang dengan mata hati apa yang berlaku hari ini akan terus berlaku. Rakyat akan dimomokkan dengan tangkapan, diperas dan diugut supaya tidak campur tangan dalam urusan 'mereka' merompak khazanah negara". Akhir sekali, untuk pengetahuan Peguam Negara yang diperkuda regim BN, ketahuilah bahawa siri-siri pendedahan skandal NFC telah diterbitkan sebagai risalah oleh pelbagai pihak dan sudah tersebar ke seluruh negara. Jika ia satu kesalahan, jangan lupa untuk mendakwa berjuta pihak yang terlibat. -FMT |
[VIDEO] Saksikan Usaha Mengeluarkan Mayat Dari Perut Buaya! Posted: 02 Aug 2012 03:07 AM PDT Buaya merupakan haiwan yang sangat digeruni kerana kemampuannya untuk membunuh manusia dan haiwan. Kemampuannya bergerak dalam diam sebelum melibas dan membaham mangsanya sering menjadi igauan ngeri sesiapa saja terutama yang mendiami kawasan pinggiran sungai. Di sini disertakan sebuah klip video mengenai bagaimana usaha orang ramai mengeluarkan mayat dari perut seekor buaya yang berjaya dibunuh. Video yang tidak diketahui lokasi dan tarikh ini secara tidak langsung membuatkan kita teringat pepatah Melayu lama…air yang tenang jangan disangka tiada buaya! – mynewshub |
[BERGAMBAR] Suami Isteri Maut Kemalangan Babitkan 2 Bas, 5 Kereta & 2 Motorsikal Posted: 02 Aug 2012 01:04 AM PDT Kuala Lumpur - "Tolong jaga anak saya baik-baik," itulah pesanan terakhir Allahyarham Siti Noor Edayu Roslan, 26, kepada penjaga anaknya sebelum dia bersama suaminya, Mohd Hafeeze Mohd Hanafi, 30, maut dalam kemalangan di Jalan 15/56 AU3, Keramat, di sini, pagi semalam. Gambar: Di sebelah adalah gambar kanak-kanak yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan di Jalan 15/56 AU 3, Keramat semalam. Kanak-kanak kecil ini bernama Mohd Hanif Hafezee dan baru berumur 2 tahun. Bapa Allahyarham Siti Noor Edayu, Pegawai Penyiasat Trafik Kuala Lumpur, Sarjan Roslan Jalil, berkata dia tidak menyangka itu adalah kata-kata terakhir anaknya setelah dimaklumkan oleh penjaga cucunya. Menurutnya, ia adalah sesuatu yang di luar jangkaan kerana mereka semua menanti kelahiran anggota keluarga baru. "Kali terakhir kami sekeluarga berbuka puasa bersama pada Isnin lalu, Allahyarham ada memberi sejumlah wang untuk diadakan majlis kenduri pada hari raya Aidilfitri," katanya. Pasangan itu meninggalkan seorang anak lelaki, Mohd Hanif Hafeeze berusia dua tahun. Dalam kejadian pada jam 7 pagi itu, Hafeeze bersama Edayu Roslan (gambar) yang hamil tujuh bulan, baru menghantar anak sulungnya di rumah pengasuh. Hafeeze, seorang anggota tentera yang bertugas di Bahagian Gaji, Kementerian Pertahanan di sini dalam perjalanan menghantar Edayu yang berkhidmat sebagai kerani di sebuah syarikat di Cheras. Kedua-dua mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda Z, dirempuh dari belakang oleh sebuah bas semasa berhenti di satu persimpangan lampu isyarat. Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Abdullah Roning, berkata mangsa dirempuh bas yang datang dari arah Flat Polis Cempaka menghala ke Taman Setiawangsa. "Kejadian itu dipercayai berlaku ekoran kegagalan pemandu bas mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit lalu melanggar mangsa yang sedang berhenti di belakang sebuah bas sekolah yang lain di persimpangan itu," katanya. Menurutnya, pelanggaran itu menyebabkan pasangan itu tersepit di antara dua bas. Hafeeze maut di tempat kejadian manakala isterinya meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. "Kita masih menyiasat kejadian tersebut. Ia berkemungkinan berpunca daripada kegagalan sistem brek bas terbabit," katanya. Beliau berkata, mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat. Sementara itu, saksi Saiful Azhar Ismail berkata, kemalangan tragis itu berpunca daripada bas yang dipandu laju ketika menuruni bukit yang curam sehingga gagal dikawal dan bergesel dengan sebuah kenderaan sebelum merempuh sebuah motosikal. Menurutnya, dia dalam perjalanan ke tempat kerja melihat bas sekolah yang menuruni bukit dengan laju cuba mengelak sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan sebelum merempuh pasangan itu. "Sebelum melanggar motosikal itu, saya nampak bas tersebut cuba mengelak kereta jenis Mercedes, lalu merempuh motosikal yang dinaiki mangsa di hadapannya, menyebabkan mereka tersepit di antara dua bas," katanya. Menurutnya, kemalangan maut itu melibatkan sekurang-kurangnya sembilan kenderaan iaitu dua bas, lima kereta dan dua motosikal. berita:sinar harian foto:ondscene.my |
MAFREL Atau SPRkah Yang Tidak Berkecuali? Posted: 01 Aug 2012 10:32 PM PDT Mafrel tak diberi akreditasi SPR, didakwa tak berkecuali Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk tidak memberi akreditasi kepada badan Pemantau Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel) sebagai pemantau pilihan raya berikutan banyak aduan diterima daripada parti-parti politik yang mendakwa badan itu tidak bersikap berkecuali. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata Mafrel juga gagal mematuhi sepenuhnya syarat SPR termasuk tidak menyerahkan laporannya selepas dilantik pada pilihan raya umum 2008. Mengenai pelantikan NGO untuk memantau bagi memastikan kelancaran pilihan raya umum akan datang, beliau berkata, sembilan NGO di Sarawak - empat daripadanya di Miri, tiga di Kuching dan dua di Sibu - telah dikenal pasti kerana mereka memenuhi syarat SPR iaitu tidak memihak kepada mana-mana parti dalam menjalankan kerja mereka. Beliau berkata SPR memberi keutamaan kepada NGO setempat kerana mereka lebih arif dengan sensitiviti dan adat resam setempat tetapi pemerhati asing juga akan dijemput, terutamanya daripada negara anggota Asean. Wan Ahmad memberitahu pemberita demikian selepas memberikan taklimat kepada pemimpin parti-parti politik dan wakil media mengenai pilihan raya Umum Ke-13, yang boleh diadakan bila-bila masa antara sekarang sehingga Jun tahun depan. Sementara itu, Wan Ahmad mengingatkan parti-parti politik bahawa calon pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas akan lucut kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya Parlimen akan datang di negeri ini jika mereka gagal mengemukakan jumlah perbelanjaan pilihan raya mereka kepada SPR. Katanya, adalah menjadi tanggungjawab parti-parti politik untuk memeriksa perkara itu dengan SPR untuk mengelak mencalonkan atau memilih sesoerang yang tidak layak sepertimana ketetapan dalam Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya. "Sekarang ini, kita (SPR) mahu maklumkan kepada orang ramai terlebih dahulu bahawa jika seseorang itu gagal mengemukakan jumlah perbelanjaan itu, dengan itu mereka tahu akan akibatnya," katanya. Turut hadir Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan beberapa anggota SPR. Sementara itu, Wan Ahmad berkata walaupun Sarawak mempunyai 1,051,190 pengundi berdaftar, menjadikannya yang keempat terbanyak daripada segi jumlah pengundi selepas Selangor, Johor dan Perak, dianggarkan kira-kira 300,000 pengundi yang layak masih belum berdaftar untuk melaksanakan hak mereka untuk mengundi.- Bernama Ulasan GB SPR lansung tidak ada akreditasi malah tidak layak lansung untuk memberikan akreditasi kepada pihak lain. Ini kerana bukan sahaja banyak aduan dari parti politik, malah aduan dari rakyat berbentuk perhimpunan besar bernama BERSIH sebanyak tiga kali yang menuntut pilihanraya BERSIH DAN ADIL di dalam negara ini membuktikan SPR sebuah badan yang tidak berkredibiliti dan tidak dipercayai untuk mengendalikan pilihanraya di negara ini. Penipuan demi penipuan terbongkar tetapi SPR tetap tidak bersikap berkecuali malah menambah dan melakukan segala macam taktik dan teknik untuk memenangkan UMNO BN! Bukan tuduhan, tetapi banyak bukti-bukti telah diberikan, kalau tidak masakan rakyat sanggup menempuh segala cabaran dan halangan untuk mengadakan perhimpunan BERSIH yang dituduh haram. Namun akhirnya kebenaran itu jelas, BERSIH tidak haram mengikut keputusan mahkamah pada 24 Julai lalu. Rakyat kini hanya ada Tuhan sebagai tempat bermohon agar digagalkan segala perancangan dan perencanaan SPR & JPN melaksanakan penipuan mereka di dalam pilihanraya akan datang ini seterusnya menghukum mereka yang terlibat dengan sewajarnya. Amin Ya Allah! |
Kes Syaleza: Berita Yang Boleh Disiarkan - Polis Telah Rekod Keterangan 5 Individu Posted: 01 Aug 2012 08:08 PM PDT Shah Alam – Polis sudah mengambil keterangan lima individu bagi membantu siasatan kes eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 yang ditemui mati di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya, Sabtu lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah, berkata lima individu itu ialah tiga jiran mangsa dan dua lagi juga kakitangan stesen televisyen berkenaan. "Keterangan yang kami peroleh akan digunakan untuk membantu siasatan serta proses pengumpulan bukti berhubung kes itu. "Selain itu, mungkin ada beberapa saksi lagi yang kami akan panggil dalam masa terdekat ini untuk dirakamkan percakapan mereka berkaitan kes itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini. Syaleza Jaffar, 31, ditemui mati oleh suaminya di bilik tidur rumah itu dan hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan jerutan di leher wanita itu. Susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang merupakan anggota keluarga terdekat Syaleza di Segamat, Johor pada pukul 10.15 malam Isnin lepas bagi membantu siasatan kes itu. Mohd Adnan berkata, tiada tangkapan baru dibuat dan lelaki yang bekerja di bahagian teknologi maklumat di sebuah firma itu kini direman sehingga 6 Ogos. Mengulas mengenai senjata yang diguna untuk membunuh Syaleza, beliau berkata pihaknya tidak menemui apa-apa senjata atau bahan bukti yang mungkin diguna dalam kejadian itu. "Siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengumpul maklumat terperinci termasuk mengenalpasti motif sebenar kejadian," katanya. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment