Kelab Greenboc |
- Ada "Kong KaliKong" Antara Najib Dan Ummi Hafilda? Tunggu Pendedahan Azwan!
- Isu Nasharuddin: Biar Luncai Terjun Dengan Labu-labunya - Subky Latif
- Penurunan Harga Kereta - Najib Kebas Idea Pakatan Rakyat Lagi
- Tanda Kita Akan Mendapat Mandat Rakyat - Salehudin Ayub
- Bumbung Rumah Terbang Di Pontian
- Mendapat Hidayah Semasa 'Mati'
- Politik Sabah: BN Bakal Tumbang Di semua Kerusi Majoriti KDM & Cina
- Banjir Kilat Di Ibu Kota, Kereta Ditenggelami Air
- [U-TURN] MCA Kedah Nafi Sokong Hudud Setelah Ditekan Soi Lek, UMNO Melopong!
Ada "Kong KaliKong" Antara Najib Dan Ummi Hafilda? Tunggu Pendedahan Azwan! Posted: 22 Aug 2012 05:01 PM PDT Tiba-tiba 'timeline' laman sosial Twitter penulis penuh dengan 'tweet' Azwan Ali. Rupa-rupanya, selebriti 'panas' yang baru pulang dari menunaikan ibadah umrah pada Ramadhan lalu tengah 'naik angin' dengan sebuah stesen televisyen. Jika dilihat pada kenyataan-kenyataan Azwan menerusi Twitter miliknya, dia mengatakan stesen televisyen tersebut seperti sengaja memporak-perandakan keluarganya. Bagi penulis, itu hak Azwan untuk memberi sebarang kenyataan kerana itu melibatkan keluarganya. Selepas beberapa minit kemudian, 'timeline' penulis dikejutkan dengan tweet Azwan yang berbau sedikit berunsur politik. Azwan seperti mempunyai agenda yang tersirat apabila dia dikatakan akan mendedahkan 'sesuatu' selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan parlimen. Memetik kenyataan menerusi akaun Twitter milik Azwan, dia akan mendedahkan kenyataan adiknya, Ummi Hafilda berkenaan Najib pada petang 4 Mei lalu di rumah ibu mereka, Hajah Che Tom. Kenapa perkara tersebut perlu di canang selepas parlimen dibubarkan dan bukan sekarang? Nampaknya, pergeseran dalaman keluarga mereka semakin 'hangat'. Namun, ramai yang sedia maklum bahawa Azwan merupakan artis yang penuh dengan pelbagai kontroversi dan tidak menjadi pelik jika isu sebegini timbul. Penulis sangkakan isu antara Ummi dan Azwan sudah selesai setelah mereka berdamai tempoh hari. Rupanya tidak! Sebelum ini, Azwan telah memohon maaf kepada Ummi pada 18 Januari 2012 setelah dia mengugut untuk membunuh dan membakar Ummi menerusi kenyataan twitter miliknya. Apa-apa pun, penulis akan meminta maklumbalas dari Ummi Hafilda dan Azwan Ali berkenaan isu tersebut. Jangan pula kali ini Azwan akan membuat kenyataan seperti dahulu yang mengatakan dirinya telah dihasut oleh segelintir pihak yang mempunyai agenda tersirat. - HK-74/mynewshub
|
Isu Nasharuddin: Biar Luncai Terjun Dengan Labu-labunya - Subky Latif Posted: 22 Aug 2012 04:06 PM PDT PAS diam saja apa Nasharudin kata Nasihat saya kepada PAS di semua peringkat, termasuk di Bachok ialah diam saja terhadap kenyataan Nasharudin Mat Isa yang menyeru PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana DAP menentang hudud. PAS banyak kerja di semua peringkat untuk menghadapi pilihan raya dan banyak isu penting yang perlu dijelaskan. Jangan buang masa untuk melayan seruan MP Bchoknya dan bekas Timbalan Presidennya itu. Saya tidak fikir DAP susah hati atas kenyataan Nasharudin yang meminggirkan dirinya dari PAS sejak dia dikalahkan oleh Mohamad Sabu dalam pemilihan parti itu setahun lalu. Karana DAP pun tahu kedudukannya dalam PAS dan keupayaan politiknya. Jika PAS diam diri dan tidak mengambil tindakan disiplin terhadapnya pun tidak mendatangkan kudis kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Tetapi kalau PAS bertindak terhadapnya, PAS boleh dilihat menyamakan busut dengan gunung. Busut itu pula bukan busut jantan. Semua orang tahu dia sudah tiada apa-apa sejak dikalahkan oleh Mohamad Sabu dalam pemilihan yang lalu. Mat Sabu berkali-kali kalah untuk menjadi Naib Presiden PAS dan dia pernah kalah kepada Nasharudin untuk jadi Timbalan Presiden. Tetapi dia tidak jatuh dan tidak hilang, sebaliknya dia naik. Walaupun baru sekali dia kalah, dia letakkan diri dalam PAS lebih rendah daripada ahli jawatankuasa cawangan dan ramai ahli biasa pun lebih cerdik daripadanya. Tidak seorang yang pernah menjadi Timbalan Presiden jadi begitu jika ia berwibawa. Apapun dia adalah ahli PAS dan bekas pemimpin penting PAS. Setiap ahli PAS ada hak untuk bersuara. Perlembagaan PAS menjamin hak itu. Sama ada suaranya itu betul atau merepak, ia bukan hujah. Hujahnya dia bersuara dan menyatakan pandangannya. Jika PAS bertindak terhadapnya, ia seolah-olah PAS tidak membenarkan ahlinya bersuara. Dia menyuarakan apa yang perlembagaan parti benarkan. PAS bukan seperti parti komunis yang melarang ahlinya memberi pandangan bebas. Jika PAS bertindak, ia akan dilihat tidak demokratik dan parti yang tidak terbuka. Biarkan dia bercakap, tidak kira dia diupah atau disuruh oleh budak-budak Najib. Soalnya dia bersuara tentang partinya. Dan saya fikir tiada siapa yang tertarik dengannya selain satu dua kerat pemimpin Jati, yang semuanya akan habis sebaik saja pathul Putrajaya berjaya dibebaskan nanti. Jika PAS melenting dan bertindak terhadapnya, PAS tiada kerja lain terpaksa melayannya pula. Itulah menyeronokkan Umno yang sentiasa mencari peluang untuk menyakat PAS. Jika PAS tidak melayannya, dia pun mati kutu dan dia akan hilang dari alam politik, apa lagilah kalau Umno dan Najib pun hilang sama selepas pembebasan Putrajaya nanti. Soal DAP tidak menerima hudud itu bukan benda baru. Nasharudin sendiri ada penolong bidan yang menyambut kelahiran Pakatan Rakyat. Dia tahu dan sama membincangkan apa yang PAS mahu dan ia tidak mahu. Dia tahu apa yang DAP mahu dan tidak mahu. Setelah semua tahu apa yang semua mahu dan yang mereka tidak mahu barulah PAS dan DAP bersetuju membentuk Pakatan Rakyat. Bukan semua pemimpin PAS jadi bidan untuk melahirkan Pakatan. Sebagai Timbalan Presiden dia sama memasukkan PAS dalam Pakatan. Jika ia satu keputusan yang silap, maka dia ikut sama melakukan kesilapan itu. Tetapi PAS secara ijmak tidak mengira tindakan secara siasah syariyah yang disambil untuk bersama DAP dan PKR itu suatu yang silap. Biarkan saja Luncai terjun dengan labu-labunya. -Subky Latif/HD |
Penurunan Harga Kereta - Najib Kebas Idea Pakatan Rakyat Lagi Posted: 22 Aug 2012 08:33 AM PDT Saya merujuk kepada laporan The Star bertarikh 21 Ogos 2012 bertajuk "Car Prices In Malaysia To Drop Gradually?". Laporan itu memetik sumber dalaman yang rapat dengan kerajaan berhubung cadangan rombakan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) untuk mengurangkan harga kereta. Saya mengalu-alukan perkembangan ini kerana ia jelas mengesahkan pendirian KEADILAN selama ini bahawa penurunan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais secara berperingkat-peringkat adalah sesuatu yang mampu dilakukan. Ia juga membuktikan bahawa kajian KEADILAN mengenai kesan buruk harga kereta yang tinggi turut dipersetujui oleh pakar-pakar dan pegawai kerajaan. Pun begitu, ia membayangkan sikap bermuka-muka dan hipokrasi pimpinan Umno/Barisan Nasional yang secara berterusan mengkritik cadangan KEADILAN tersebut atas alasan ia akan memufliskan negara. Pemimpin seperti Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Yaakob telah membuat kenyataan rasmi menolak cadangan mengurangkan harga kereta seperti yang dibawa KEADILAN. Oleh kerana adanya pertembungan maklumat yang disampaikan oleh pimpinan Umno/Barisan Nasional setakat ini, saya menyeru supaya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato' Seri Mustapha Mohamad yang bertanggungjawab merombak Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) supaya berterus terang kepada rakyat apakah sebenarnya dasar kerajaan Umno/Barisan Nasional berhubung penurunan harga kereta? Sekiranya beliau bersetuju dengan cadangan KEADILAN untuk mengurangkan cukai eksais secara berperingkat dan menurunkan harga kereta, beliau wajar memanggil kepimpinan Pakatan Rakyat untuk mengadakan rundingan meja bulat membincangkan pelaksanaan dasar ini kerana penurunan harga kereta adalah satu-satunya isu nasional yang mendapat konsensus di kedua-dua belah pihak (Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional). Saya juga menyeru supaya Saudara Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Nor Yaakob menarik balik kenyataan mereka sebelum ini mengkritik cadangan KEADILAN. Malah, saya mengalu-alukan Saudara Khairy untuk turut serta bersama-sama mempromosikan kempen #turunkanhargakeretadengan menaiki kereta rasmi Cheapmobile ke tempat-tempat strategik di sekitar Kuala Lumpur dan mengedarkan pelekat kereta kempen. Saya masih yakin bahawa penurunan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais secara berperingkat adalah langkah pertama untuk menyelesaikan pelbagai masalah berhubung ekonomi rakyat, pengangkutan, keselamatan dan pencemaran alam sekitar. KEADILAN percaya dengan harga kereta yang murah: 1. Beban hutang isi rumah rakyat akan diringankan dan wang lebihan boleh digunakan untuk pelaburan lain yang lebih penting seperti rumah, pendidikan, kesihatan dan lain-lain; 2. Liberalisasi pasaran kenderaan di Malaysia memaksa kerajaan meningkatkan kapasiti dan mutu pengangkutan awam di negara ini bagi mengimbangi risiko kesesakan jalan raya; 3. Harga kereta yang lebih murah memungkinkan dasar tempoh umur kereta (car scrap policy) dilaksanakan untuk mengurangkan jumlah kenderaan persendirian yang telah mencecah 10 juta; 4. Harga kereta yang lebih murah membolehkan rakyat memiliki kereta yang lebih berkualiti dan selamat, seterusnya mengurangkan kemalangan jalan raya; 5. Kereta yang lebih berkualiti dan berteknologi hijau mampu dimiliki rakyat dan mengurangkan pencemaran alam sekitar; dan 6. Lebih banyak kereta berteknologi hijau dan lebih berkualiti akan mengurangkan penggunaan petrol dan seterusnya mengurangkan beban subsidi bahan api negara. Oleh kerana dasar harga kereta yang lebih rendah ini mempunyai kesan yang besar kepada negara seperti yang dijelaskan di atas, KEADILAN akan bekerjasama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk membawa kempen ini ke bawah tanpa mempedulikan tindakan Umno/Barisan Nasional yang seterusnya kerana saya yakin Umno/Barisan Nasional tidak ikhlas untuk menurunkan harga kereta. RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN Car prices in M'sia to drop gradually? |
Tanda Kita Akan Mendapat Mandat Rakyat - Salehudin Ayub Posted: 22 Aug 2012 05:34 AM PDT Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yakin bahawa 'gelombang rakyat' yang sedang melanda di seluruh negara kali ini akan berpihak kepada Pakatan Rakyat. "Kalau kita mengadakan ceramah diseluruh negara hari ini, maka keadaan sangat luar biasa berlaku – iaitu trend dimana Pakatan Rakyat akan dihadiri oleh orang Cina, orang India, orang Melayu. |
Bumbung Rumah Terbang Di Pontian Posted: 22 Aug 2012 03:39 AM PDT Pontian - Kegembiraan menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi 21 keluarga di Kampung Sungai Bunyi dan Kampung Kelapa dekat sini, terjejas apabila ribut melanda kampung berkenaan pada petang satu Syawal lalu. Gambar: Ithnin dan isterinya, Rosimah Samad, menunjukkan dapur rumah mereka yang rosak teruk akibat kejadian ribut yang berlaku pada 1 Syawal lalu. Kejadian kira-kira jam 2.00 petang itu menyebabkan dua rumah penduduk terjejas teruk dengan hampir keseluruhan bumbungnya diterbangkan angin selain beberapa bahagian rosak. Kejadian tersebut berlaku sangat pantas dengan hujan lebat sebelum itu yang secara tiba-tiba membawa angin kencang sehingga menerbangkan atap rumah penduduk. Salah seorang penduduk, Ithnin Marto, 51, berkata, dia tidak menyangka hujan renyai sebelum itu, membawa ribut dan angin kencang. Menurutnya, ketika kejadian dia bersama enam orang anaknya sedang menziarahi jiran di sebelah rumah dan segera pulang ke rumah apabila angin semakin kuat. Katanya, dia dan anak-anak amat terkejut apabila mendapati bumbung rumahnya diterbangkan ribut dan angin kencang yang secara tiba-tiba berlaku. "Menggeletar kaki saya lihat bumbung di bahagian dapur diterbangkan angin secara tiba-tiba yang kemudiannya disertai dengan hujan lebat. "Saya serta anak-anak segera berlindung di ruang tamu yang tidak terjejas sementara menunggu ribut reda lebih kurang dua minit kemudian," katanya ketika ditemui semalam. Jelasnya, akibat kejadian itu, tujuh keping zink atap diterbangkan angin dan bahagian dapur rumahnya rosak. "Syukur tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, walaupun rumah kami turut dimasuki air," katanya. Menurut Ithnin, kejadian ribut yang berlaku itu adalah yang kedua melanda rumahnya selepas kejadian pertama pada Februari lalu. "Kejadian ribut dan angin kencang yang berlaku kali ini lebih teruk berbanding yang lepas dan lebih menyayat hati kerana berlaku pada hari raya pertama," katanya. Dia yang tinggal di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di kampung itu berharap agar ada bantuan diberikan bagi membolehkan mereka sekeluarga membeli zink dan asbestos yang rosak. Jiran terpaksa pecah rumah selamat barang TINDAKAN pantas beberapa penduduk kampung memecah masuk sebuah rumah mangsa ribut di Kampung Sungai Bunyi, ketika kejadian berjaya menyelamatkan beberapa barang berharga dari mengalami kerosakan akibat dimasuki air. Kamariah Arshad, 50, berkata, dia terkejut menerima panggilan daripada salah seorang penduduk memaklumkan kejadian ribut yang berlaku. Katanya, ketika itu mereka sekeluarga sedang meraikan Aidilfitri di kampung halaman mereka di Mersing dan terpaksa pulang segera ke rumah. Dia berkata, rumahnya mengalami kerosakan teruk apabila kira-kira 15 keping zink diterbangkan angin selain asbestos menyebabkan bahagian dapur serta bilik rumahnya dimasuki air. "Saya baru sahaja sampai ke rumah ibu bapa mertua di Mersing Kecil, Mersing dan terpaksa bergegas balik ke Pontian setelah terima panggilan daripada seorang jiran mengenai kejadian itu," katanya. Katanya, tindakan penduduk memecah masuk rumahnya berjaya menyelamatkan peralatan seperti komputer riba anak-anak. "Kami berharap akan mendapat bantuan segera walaupun rumah yang kami didiami ini adalah rumah sewa," katanya yang bekerja di kantin sekolah, manakala suaminya, Abd Rahman Idris, 57, tidak bekerja kerana menghidapi penyakit angin ahmar. Kamariah berkata, selain dia dan suaminya, turut tinggal di rumah tersebut ialah enam orang anaknya yang masih bersekolah, manakala dua masih menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) dan dua telah bekerja. -SH |
Mendapat Hidayah Semasa 'Mati' Posted: 22 Aug 2012 03:00 AM PDT Kuantan - "Saya benar-benar terkejut apabila ahli keluarga memberitahu bahawa saya 'sudah mati' malah rekod perubatan tertera pengesahan itu," kata Chow King Kong atau Mohd Fadil Chow Abdullah, 38, salah seorang mangsa kemalangan maut yang meragut tiga nyawa di kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini, 14 tahun lalu. Gambar: Mohd Fadhil menceritakan kisah 'luar biasa' yang membawa kepada pengislamannya sejak 12 tahun lalu. Katanya, ALLAH Maha Berkuasa, ketika persiapanmenuntut dan membawa pulang mayatnya sudah dilakukan keluarga, tiba-tiba mereka dikejutkan kejadian luar biasa apabila mayat terbaring kaku itu kembali bernyawa. "Saya disahkan 'kembali sedar' dan ambil masa kira-kira lima tahun untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan akibat kemalangan itu," katanya ketika ditemui dalam satu majlis anjuran Yayasan Pahang bersama Persatuan Cina Muslim Pahang (MACMA) dan Pusat Perkembangan Tamadun Masyarakat Asli (Petama) di sini, kelmarin. Mohd Fadhil berkata, dia bersyukur kerana mendapat peluang kedua bagi membolehkan dia memperbetulkan perjalanan hidupnya. "Ternyata ada rahmat di sebalik kemalangan yang 'meragut' nyawa saya itu kerana di sebalik dugaan itulah ALLAH memilih King Kong menerima hidayah-Nya," kata bapa kepada empat anak ini. Mohd Fadhil mengakui, di saat nyawanya berada di penghujung, seorang lelaki berjubah dan bersongkok putih dengan bau harum mendampinginya sambil perdengarkan bacaan ayat suci al-Quran di telinga. "Kehadiran 'lelaki' itu beri satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata kerana saya bukan Islam dan peristiwa itu berlaku ketika saya 'koma'," katanya. Menurutnya, kejadian itu buka pintu hatinya memahami Islam dan seterusnya ambil keputusan 'berhijrah' sebagai Islam dua tahun selepas peristiwa itu pada usia 26 tahun. "Selepas memeluk Islam, jiwa dan hati saya semakin tenteram. Saya banyak belajar daripada isteri, Salamah Mahmud, 32, yang sentiasa beri perangsang dan nasihat bagi bina semula kekuatan. -SH |
Politik Sabah: BN Bakal Tumbang Di semua Kerusi Majoriti KDM & Cina Posted: 22 Aug 2012 12:14 AM PDT Pilihanraya Umum Ke-13 Sabah kali sememangnya dijangkakan yang paling sengit selepas pilihanraya 1985. Jika pada PRU 1985 itu, satu sejarah telah tercatat apabila Kerajaan Berjaya yang gagah perkasa atas sokongan Kuala Lumpur telah ditumbangkan di bumi Sabah oleh Parti Nyamuk (PBS) pimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan. Kini setelah 27 tahun berlalu, adakah sejarah berkenaan akan berulang lagi? Tidak dinafikan, angin perubahan sedang bertiup kencang dan rata-rata rakyat Sabah sedang menunggu hari mengundi sahaja kali ini. Rasa muak dan jengkel semakin membara, terutama semangat ingin menukar baju baru di hati mereka sememangnya telah terpendam sejak PRU 12 lalu; Apatah lagi selepas melihat warga Semenanjung yang meniupkan TSUNAMI sehingga takhta BN di 5 negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan memaksa Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib. Berbalik pada PRU 13 Sabah kali ini, sememangnya kawasan KDM dan Cina yang dimenangi BN dalam PRU-12, kini berada dalam bahaya dan bakal jatuh ke tangan pembangkang. Kesungguhan pembangkan memainkan isu 20 perkara, royalti minyak, Sabah adalah sebuah Negara dalam pembentukan Malaysia; Borneonisasi dan paling mujarab isu Pendatang Asing di bumi Sabah. Kesemua isu ini nampaknya telah meracuni fikiran masyarakat KDM dan Cina serta 40% orang Islam sejati Sabah. Jentera Penerangan BN dan Pemimpin BN Sabah nampak tidak berdaya melawan dan menangkis senjata tajam yang telah dimainkan oleh STAR dan SAPP; dua parti yang mendakwa menjadi harapan rakyat Sabah kali ini. Rakyat Sabah yang begitu sensitif dengan isu parokial, etnocentrisme dan kenegerian begitu ketara di era 85 apabila isu sekecil penyerahan Pulau Labuan telah menjadi senjata menumbangkan Kerajaan Berjaya. Jika kita analisa, kawasan KDM hanya tinggal 18 kerusi, yang semuanya dikuasai PBS, UPKO, dan PBRS, dengan majoriti di antara 171 undi majoriti paling tipis kemenangan di N 33 Bingkor dan majoriti paling tinggi 5,455 undi di N 40 Labuk. Sementara 16 kerusi yang lain, adalah di bawah 2,900 undi. Sementara itu, kawasan Cina hanya tinggal 9 kerusi yang 95% adalah pengundi Cina dan 3 lagi iaitu N 2 Tanjung Kapor, N 14 Likas serta N 58 Merotai hanya mempunyai 55 % pengundi Cina. Jika trend angin orang Cina terhadap BN, seperti pilihanraya Sarawak yang lalu dan dengan sentimen yang sedang dimainkan oleh SAPP dan DAP, kita percaya kesemua 11 kerusi ini bakal jatuh ke tangan pembangkang Sabah. Jika di analiasa dan kita lihat peluang pembangkang Sabah kali ini, sudah separuh kaki pembangkang telah menjejaki Pejabat Jabatan Ketua Menteri di Teluk Likas. STAR dan SAPP dijangka dapat merampas kesemua kerusi KDM ini dan SAPP dan DAP pada kesemua kerusi Cina. Jika 18 kerusi dicampur 11, maka jumlahnya adalah 29. Ini bermakna pembangkang hanya perlu 3 kerusi lagi untuk membentuk kerajaan baru Sabah dengan 'simple majoriti'. Mari kita tengok pula kawasan Umno yang dirasakan ada peluang dirampas daripada BN. Kita hanya 'target' dan analisa 5 kawasan yang Umno menang hanya menang di bawah 2,500 undi dan peratus keluar mengundi di kelima-lima kawasan ini adalah bawah 66%. Kawasan tersebut ialah; N 1 Banggi undi majoriti - 2,024 N 43 Sekong undi majoriti - 2,189 N 48 Sukau undi majoriti -2,107 N 49 Tungku undi majoriti 2,389 N 52 Sulabayan undi majoriti 2,037 Kesemua lima kawasan Umno ini, peluang pembangkang boleh merampas kerusi ini menerusi PKR. Andai peratus yang keluar mengundi kali ini boleh mencapai sehingga 90 % ke atas, serta pengundi atas pagar ini menyebelahi PR Sabah dan juga yang paling mustahak, pengundi hantu tidak digunakan BN kali ini. Kita sangat pasti dengan angin perubahan dan Tsunami yang bakal melanda ini akan dapat menukar kerajaan BN-UMNO dengan kerajaan rakyat Sabah. Salam Hormat, MOHD DANIAL ABDULLAH |
Banjir Kilat Di Ibu Kota, Kereta Ditenggelami Air Posted: 21 Aug 2012 09:44 PM PDT Hujan lebat lebih dua jam di ibu negara petang semalam menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat dan berlaku kesesakan lalu lintas, selain beberapa kenderaan ditenggelami banjir. - Foto Abdullah Yusof/BH Hujan lebat lebih dua jam di ibu negara petang semalam menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat dan berlaku kesesakan lalu lintas, selain beberapa kenderaan ditenggelami banjir. Antara kawasan lain dilanda banjir ialah Segambut, Taman Kolam Air dan Kampung Kasipillay di Sentul serta Jalan Tun Razak, Jalan Ipoh dan Jalan Sultan Ismail, di ibu negara. Banjir kilat di Segambut turut menyebabkan menjejaskan sambutan Aidilfitri penduduk di beberapa kampung di situ apabila rumah mereka digenangi air. Hujan lebat yang bermula jam 3 hingga 5 petang itu, bagaimanapun tidak menerima sebarang laporan kecederaan atau kemalangan jiwa dan keadaan kembali pulih kira-kira jam 6 petang. KL 'panik' sekejap |
[U-TURN] MCA Kedah Nafi Sokong Hudud Setelah Ditekan Soi Lek, UMNO Melopong! Posted: 21 Aug 2012 07:34 PM PDT MCA Kedah hari ini menafikan laporan Sinar Harian yang mengatakan mereka menyokong undang-undang hudud dilaksanakan sekiranya PAS bergabung dengan Umno. Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew berkata, kenyataannya telah diputarbelitkan oleh wartawan Sinar Harian. "Itu sama sekali tidak benar. Saya menerima panggilan telefon dari wartawan Sinar Harian yang mahukan respon saya tentang kenyataan Tun Dr Mahathir terhadap kerjasama PAS dan Umno untuk pilihan raya akan datang dan apa pendirian MCA dalam hal ini. "Saya menjawab jika ada parti mahu menyertai Barisan Nasional (BN), ia perlu mendapat sokongan dari pucuk pimpinan BN dan menerima perlembagaan BN." "Tetapi pendirian MCA dalam hal ini sangat jelas. Kami tidak menyokong hudud. "Jadi perkara terbaik bolehlah merujuk terus kepada presiden (Chua Soi Lek)," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi. Beliau berkata laporan Sinar Harian "berbeza" dengan kenyataannya. "Saya sebagai pengerusi MCA sudah beberapa kali membantah PAS Kedah mengenai hukum hudud. "Niat PAS untuk melaksanakan hukum hudud itu kita sudah nampak, apabila semasa sambutan tahun baru, mereka mengarahkan lelaki dan wanita diasingkan. "Dan adalah sangat tidak tepat jika mengatakan kita menyokong hukum hudud sebab kami lantang mengkritik isu ini," katanya lagi. Beliau juga berkata bahawa beliau tidak menyebut tentang DAP. "Ya, saya tidak menyebut apa-apa tentang DAP. Saya rasa DAP yang menyokong hudud kerana Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng hanya mendiamkan diri. "Hanya Karpal Singh sahaja yang bersuara," katanya apabila ditanya tentang DAP. Dalam laporan Sinar Harian hari ini pengerusi MCA negeri Kedah itu dikatakan menyokong hudud kerana "secara rasionalnya hudud tidak melibatkan orang bukan Islam." Chong berkata beliau tidak tahu bagaimana kenyataan beliau boleh diputarbelit. "MCA negeri sentiasa mengikut arahan dari ibu pejabat, dan kami tidak menerima hukum hudud untuk dijadikan undang-undang di negara ini," katanya. -TMI MCA Kedah setuju hudud Ulasan GB Ramai percaya Pengerusi MCA Kedah itu telah menerima tekanan daripada Presiden MCA, Chua Soi Lek supaya menarik balik kenyataannya terhadap hudud. Ini berdasarkan kepada jawapannya sendiri: "Jadi perkara terbaik bolehlah merujuk terus kepada presiden (Chua Soi Lek)," katanya Chua Soi Lek bersama anaknya Chua Tee Yong yang mengugut UMNO bahawa MCA akan keluar BN jika hudud dilaksanakan. p/s Amacam pencacai UMNO? Kalau Karpal dituduh kafir harbi, bagaimana pula kedudukan Chua Soi Lek dan anaknya itu? Tak harbikah mereka berdua itu. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment