Kelab Greenboc |
- [HOT] Akhirnya, Norish Karman Mengaku Lahirkan Anak!
- LGE Tertarik Ajaran Islam Tentang Doa Pemerintah Adil, Org Berpuasa & Org Yang Dizalimi
- Isu Hudud: Letak Syarat, Mahathir Tidak Ikhlas - Presiden ABIM
- [BERGAMBAR] Aidil Fitri Disambut Di Seluruh Dunia
- Dirempuh Sebelum Diragut Penyamun
- Wanita Yang Bertudung, Ingatlah Sebelum Kena
- Kezaliman Di Aidil-Fitri: Anak Isteri Tak Dibenar Temu Imam Hoslan
[HOT] Akhirnya, Norish Karman Mengaku Lahirkan Anak! Posted: 21 Aug 2012 05:03 PM PDT Kuala Lumpur – Selepas menafikan cerita yang tersebar mengatakan dia melahirkan seorang anak lelaki, pelakon wanita, Norish Karman akhirnya mengesahkan cerita itu adalah benar. Selama ini, Norish atau lebih dikenali sebagai NK menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tentang kesahihan gambar dia bersama seorang bayi adalah anaknya sebagai fitnah untuk mengaibkan dirinya. Namun, menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, NK mendedahkan kebenaran selepas berdiam diri. Anak lelaki NK yang bongsu itu diberi nama Haq Lutfie Alexander dilahir pada 24 September 2011 di sebuah hospital swasta di Subang. "Awalnya saya runsing, bagaimana hendak saya memberitahu tentang kelahiran Haq kepada peminat dan media, tetapi selepas tersebar di internet, saya lega," kata NK. Bagaimanapun, NK masih lagi enggan mendedahkan status sebenar Haq dari pengetahuan umum. Kata NK, bagaimana kehadiran Haq, biarlah menjadi rahsia antara dia dan Tuhan. Sebelum melahirkan Haq, NK pernah dinasihatkan untuk menggugurkan kandungannya. Tetapi, bila memikirkan dia sudah pun bergelar ibu dan tahu bagaimana perasaannya untuk melahirkan anak, NK nekad untuk menjaga dan membesarkan anaknya. "Ini anak saya, hidup mati saya. Bagaimana ia hadir itu adalah urusan antara saya, keluarga dan Allah kerana saya tidak mahu mengenang lagi perkara yang lepas. "Saya seorang anak, wanita & ibu, saya tidak akan membuat perkara tidak elok. Saya seorang ibu, naluri keibuan saya sangat kuat. Saya berani pertahankan kandungan ini meskipun saya tahu hidup saya akan susah kerana akan menjaganya seorang diri," katanya. Sumber: Mynewshub Ulasan GB Blog GB juga pernah menyiarkan berita mengenai Norish Karman yang melahirkan anak. Ada juga yang mencemuh langkah GB menyiarkan berita berkenaan kerana kononnya ia mengaibkan. GB tetap berpegang kepada hukum kebenaran & keadilan dan kini hukum itu berjalan dengan sempurna dimana ia membantu memperteguhkan hatinya untuk memperakui "kebenaran". "Awalnya saya runsing, bagaimana hendak saya memberitahu tentang kelahiran Haq kepada peminat dan media, tetapi selepas tersebar di internet, saya lega," kata NK. Biarlah yang sudah itu sudah dan bermohon ampunlah kepada Allah apabila kita melakukan kesalahan dan dosa kepadaNya, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. klik untuk baca |
LGE Tertarik Ajaran Islam Tentang Doa Pemerintah Adil, Org Berpuasa & Org Yang Dizalimi Posted: 21 Aug 2012 08:37 AM PDT DAP menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menolak golongan yang rasuah dan menyalah guna kuasa sepertimana menjadi tradisi UMNO-BN. DAP juga percaya bahawa keamanan hanya boleh tercapai dengan persefahaman, kebenaran, keharmonian dan nilai murni antara kaum, mengecapi kemajuan dan menitikberatkan keadilan untuk seluruh rakyat . Demikian amanat penting buat seluruh rakyat Malaysia dalam perutusan rasmi Hari Raya Aidilfitri DAP Kebangsaan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Menurutnya, beliau amat tertarik dengan ajaran Islam yang ada menyatakan mengenai tiga golongan yang tidak ditolak doanya, iaitu pemerintah yang adil, orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka dan doa orang yang dizalimi. "Jadi inilah sebabnya kerajaan PR berusaha dengan bersungguh-sungguh memberi komitmen untuk menjadi kerajaan yang adil agar doa para pemimpin Islam yang berada dalam perjuangan PR diterima, khususnya agar masyarakat Malaysia sentiasa berada dalam keadaan aman dan damai." Ujar beliau. Justeru katanya, dalam usaha menegakkan keadilan, pemimpin PR terpaksa menghadapi banyak fitnah dan tomahan jahat seperti fitnah skandal seks yang terjijik dan juga fitnah sebagai petualang yang mencetuskan tragedi berdarah Mei 13. "DAP yakin bahawa di kalangan seluruh rakyat yang beragama Islam maupun yang bukan Islam dapat membezakan antara yang benar dengan yang batil." "Itulah sebabnya rakyat semakin muak dengan fitnah skandal seks yang cuba dibabitkan terhadap pimpinan PR atau ahli keluarga mereka sehingga rakyat tidak percaya lagi." Turut disentuh Gun Eng ialah mengenai filem "Tanda Putera" yang disifatkan sebagai rasis dan percaya bahawa ia merupakan usaha terbaru memburuk-burukkan DAP. "Filem "Tanda Putera" ini cuba mengaitkan saudara Lim Kit Siang sebagai berkelakuan tidak senonoh dan menjadi pencetus tragedi Mei 13 di Kuala Lumpur walaupun beliau tidak berada di Kuala Lumpur pada masa itu dan amat menyedihkan lagi apabila filem ini telah ditaja oleh Kementerian Penerangan dan mendapat publisiti meluas media dan cybertroopers UMNO serta khbar Utusan Malaysia." Selain memainkan isu perkauman, isu agama juga sering digunakan pihak UMNO-BN yang boleh menimbulkan kebencian dan ketegangan. "Sebelum ini Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh sering diserang dan dilabelkan sebagai anti-Islam, kemudian DAP juga dituduh mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara Malaysia. "Walaubagaimanapun, tomahan dari laporan Utusan Malaysia ini telah disahkan palsu dan tidak benar sama sekali oleh pihak polis." Jelas Guan Eng. Sungguhpun begitu kata Guan Eng, Karpal Singh dan Lim Kit Siang akan mengambil tindakan saman malu terhadap mereka yang menyebarkan fitnah terutamanya terhadap Utusan Malaysia dan UMNO. Beliau menegaskan bahawa usaha PR menentang mereka yang rasuah dan zalim tanpa mengira siapa pun samada kaum atau agama malah usaha murni ini memberi harapan cerah kepada negara. "Adakah rakyat Malaysia mahu mengulangi gejala kerugian RM1,000 bilion daripada wang haram yang mengalir keluar daripada Malaysia dalam tempoh masa 10 tahun ini?" soal beliau. "Pilihan rakyat Malaysia adalah jelas iaitu di antara ideologi ketuanan UMNO yang penuh dengan fitnah, kebencian, keganasan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menganiayai rakyat ataupun sebuah negara berprinsip dan bersatu padu berdasarkan prinsip kebebasan, kebenaran, keadilan, mengeratkan hubungan silaturahim dan kebajikan untuk semua." Di akhir kenyataannya, Lim Guan Eng mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin." – roketkini |
Isu Hudud: Letak Syarat, Mahathir Tidak Ikhlas - Presiden ABIM Posted: 21 Aug 2012 05:19 AM PDT Shah Alam- Saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hudud adalah pandangan tidak ikhlas dan merendah-rendahkan hukum Islam itu. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan (gambar) berkata, kenyataan Dr Mahathir tidak memberikan kesan merealisasikan pelaksanaan hudud kerana beliau bukan lagi Perdana Menteri. "Sekiranya hudud dilaksanakan, ia tidak perlu apa-apa alasan dan syarat kerana ia mesti dilaksanakan seutuh dan setulennya," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Sebelum ini, Dr Mahathir berkata, Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) dengan membangunkan sebuah negara Islam. Menurutnya, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam. "Pelawaan tersebut bukan dari pemimpin Umno tetapi daripada bekas pemimpin Umno. Pas tak perlu menghiraukannya," katanya. -SH |
[BERGAMBAR] Aidil Fitri Disambut Di Seluruh Dunia Posted: 21 Aug 2012 02:20 AM PDT Solat Aidul-Fitri didirikan oleh umat Islam seluruh dunia pada 1 Syawal kelmarin. Saksikan: |
Dirempuh Sebelum Diragut Penyamun Posted: 20 Aug 2012 10:52 PM PDT Alor Gajah - "Kenapa ni? Kenapa ni? Itulah ayat yang pada mulanya disangka mangsa mahu membantunya selepas dirempuh kereta, sebaliknya hanya alasan si penyamun untuk bertindak kejam dengan meragutnya. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang sehari sebelum Aidilfitri itu, mangsa, Siti Zabedah Saad, 41, yang menunggang motosikal jenis Modenas dirempuh sebuah kereta Perodua MyVi bewarna hijau dari arah belakang. Menurutnya, ketika itu dia dalam perjalanan pulang dan tidak sedar diekori kereta terbabit. "Saya baru selesai membeli juadah untuk berbuka puasa dan melalui jalan kampung untuk pulang ke rumah. "Tiba-tiba sewaktu mahu masuk ke simpang jalan menuju ke rumah di sebuah taman di Rembia, saya dirempuh dari belakang menyebabkan saya hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan, sebelum terseret hampir 50 meter," katanya, semalam. Zabedah berkata, dua lelaki terbabit segera keluar dari kereta dan mendekatinya. "Kedua-duanya berkulit gelap. Mereka yang kelihatan panik berpura-pura bertanyakan keadaan saya. "Sambil bertanya, mereka ragut rantai leher saya tetapi tidak sedar buah rantai tersebut tercampak jauh," katanya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Cheng. Menyedari dua lelaki terbabit bukan mahu membantunya, dia cuba bangun melawan penyamun terbabit. "Ketika itu mereka masih lagi mencari-cari barangan untuk dicuri tetapi gagal. Walau sakit, saya kuatkan semangat mengejar mereka yang segera memecut kereta, tetapi malangnya motosikal saya rosak selepas dirempuh," katanya. Zabedah berkata, dia bernasib baik kerana dompet yang dibawa berisi empat bentuk cincin, seutas rantai tangan dan wang RM200 terselindung di sebalik motosikal yang terjatuh. "Kebetulan ketika itu, sebuah kereta peronda polis melalui jalan berkenaan dan membantu membawa saya ke Hospital Alor Gajah mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan," katanya yang cedera di kaki dan tangan sebelah kiri. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Permai, Rembia sebelum dilanggar dan diragut dua lelaki menaiki kereta. "Mangsa tercampak dan terseret selepas dilanggar dua lelaki terbabit yang kemudiannya berpura-pura bertanya keadaannya sebelum meragut rantai leher yang dipakai, dianggarkan bernilai RM2,500. "Mangsa cedera dan membuat laporan polis di Balai Polis Rembia sebelum kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk tindakan selanjutnya," katanya. |
Wanita Yang Bertudung, Ingatlah Sebelum Kena Posted: 20 Aug 2012 09:23 PM PDT Dalam kerancakan masa sekarang, kita banyak mendengar perubahan dan hijrah yang dilakukan oleh seseorang demi untuk memperbaiki kehidupan kita ke arah yang lebih baik. Rata-rata dari kita, ternyata dan pastinya akan mendapat hidayah dari Allah S.W.T untuk melakukan perubahan yang baik. Semuanya akan berlaku sama ada dengan cepat atau lambat yang kita sendiri tidak ketahui. Kadang-kadang, apabila melakukan hijrah diri, kita perlu untuk memahami niat dan beberapa konsep yang diajar dalam agama Islam. Bagi yang terdetik untuk mendalami ilmu agama dan ingin meninggalkan perkara yang buruk termasuklah dari segi pemakaian baju, itu sesuatu yang patut kita syukuri. Itu adalah kisah ingin berhijrah. Penulis terjumpa satu blog yang boleh dikatakan memalukan dan mengaibkan diri seseorang. Di blog http://tudung-candid.blogspot.com/ (blog ini sudah dipadamkan oleh tuanpunya -GB), terlalu banyak gambar yang dipaparkan yang boleh mendatangkan perasaan marah dan geram. Semuanya adalah gambar wanita yang bertudung bermacam-macam jenis dan fesyen yang digayakan mengikut perkembangan zaman sekarang ini. Terlalu banyak entri menulis tentang wanita yang bertudung ditulis beserta lengkap dengan gambar-gambar wanita bertudung. Tajuk-tajuknya juga terlalu 'pedas' dan menusuk hati kalau dibaca. Mungkin si penulis blog itu mempunyai niat untuk menegur wanita-wanita yang bertudung zaman sekarang untuk bertudung mengikut hukum Islam. Cuma, bagi penulis, cara dan ayat yang digunakan adalah sama sekali tidak sesuai. Malah, gambar-gambar yang ditangkap dan dimuat naik juga adalah secara 'candid'. Jadi, mudahlah si penulis blog untuk menulis entri yang 'tajam' seperti itu. Nak-nak lagi, menulis blog dan membuat blog itu adalah terlalu bebas diamalkan pada masa ini. Jadi, bagi wanita-wanita yang diluar sana yang memakai tudung, sama-samalah kita mengingatkan diri kita tentang hukum-hukum cara bertudung dan berpakaian. Supaya, tidak menjadi mangsa kritik bagi sesetengah pihak. Yang baik itu datang dari Allah S.W.T, yang buruk itu lahirnya dari diri kita sendiri. -mynewshub |
Kezaliman Di Aidil-Fitri: Anak Isteri Tak Dibenar Temu Imam Hoslan Posted: 20 Aug 2012 07:20 PM PDT Hasrat beraya dengan imam Hoslan tak kesampaian Dalam kemeriahan umat Islam menyambut hari raya, Noorliza Mat Isa, isteri kepada Hoslan Hussin terpaksa melupakan hasratnya untuk melawat suaminya pada hari raya ketiga esok - tarikh yang ditetapkan pihak penjara untuk membuat lawatan. Noorliza mendakwa Hoslan dikurung selama 14 hari bermula 14 Ogos lalu kerana didakwa berkaitan satu kes yang berlaku di dalam penjara. Selain itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Noorliza berkata, beliau ke penjara Kajang pada 16 Ogos bersama adik iparnya selepas dimaklumkan mengenai perkara itu. "Akak tak pasti (Hoslan dipukul). Akak tak sedap hati, akak pergi ke penjara. Tapi pegawai penjara beritahu dia (Hoslan) dikurung di bilik berasingan. Bila akak nak pergi tengok betul ke sama ada dia dipukul, mereka tak benarkan," kata Noorliza, 43. "Selepas akak kira, 14 hari dia dikurung, maknanya akak tak boleh jumpa semasa hari rayalah. Pegawai tu kata lagi, kalau nak jumpa kena buat rayuan. Tapi kebanyakan pejabatkan tutup sebab raya, macam mana nak buat rayuan," katanya. Selepas tidak dibenarkan berjumpa Hoslan, Noorliza bersama adik iparnya membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut. "Akak dengan anak-anak ingat nak melawatnya di penjara esok. Tapi dah jadi macam ini, esok jugalah kami balik kampung naik keretapi. "Memang rasa terkilan. Anak-anak dah balik dari asrama. Mereka balik memang nak jumpa imam. Tapi dah jadi macam ini, kita tak boleh lawan undang-undang," kata Noorliza sambil menahan sebak. Tarikh lawatan seterusnya Noorliza untuk berjumpa Hoslan adalah pada 2 September akan datang. Hoslan sebelum ini mengejutkan pelbagai pihak apabila melempar selipar ke arah panel hakim - tindakan yang menyebabkan Mahkamah Persekutuan pada Mac lalu menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atasnya. Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin ketika menjatuhkan hukuman dilaporkan berkata, tempoh itu adalah hukuman setimpal bagi kes berkenaan. Hasil perkahwinan Hoslan dan Noorliza, mereka dikurniakan tujuh orang cahaya mata, masing-masing berumur 16, 15, 14, 12, 11, 8 dan 6 tahun. Hoslan berasal daripada Slim River dan dibesarkan di Kampung Pandan manakala Noorliza dari Sungkai, Perak. Ketika ditemui Malaysiakini minggu lepas, di Taska tempat dia bekerja, Noorliza, 43, berkata beliau dan anak-anak tidak pulang beraya ke kampung pada Aidilfitri kali ini kerana ingin melawat suaminya pada hari raya ketiga. Noorliza yang berasal daripada Sungkai, Perak berkata, beliau akan beraya di Kuala Lumpur sehingga hari raya ketiga. Pada hari raya keempat pula Noorliza berkata, beliau bersama anak-anak akan pulang ke kampungnya dan kemungkinan menaiki keretapi. Menurutnya, ini adalah pertama mereka beraya tanpa imam Hoslan. -mk |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment