SEARCH

Sunday, August 19, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI DARI GREENBOC

Posted: 18 Aug 2012 04:44 PM PDT



Guna smartphone anda untuk mengimbas QR Code di atas...


MAAF ZAHIR DAN BATIN


Bangunan Dicatkan Dengan Lambang PAS Di Mesir

Posted: 18 Aug 2012 11:29 AM PDT

Semangat PAS Bukan Sahaja Di Malaysia Tapi Di Timur Tengah.

Misti korang ingat foto ini diambil di Malaysia bukan, korang silap sebab foto ini bukan diambil di Malaysia, tapi nun jauh di Mansurah, Mesir...Allahhuakbar!! -fb Busman


Ulasan GB

Dulu para pelajar kita berpakaian kuning, Menteri Luar, Anifah Aman sibuk mengulas kononnya Arab Saudi menghantar nota diplomatik kepada Wisma Putra, melahirkan rasa dengan memakai baju kuning serta memegang kain rentang 'duduk bantah', malah siap berbohong menyatakan "kuota haji yang dikeluarkan Arab Saudi kepada Malaysia akan dikurangkan, malah tidak mustahil tidak diberi langsung".

Sementara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula, berkata kerajaan Arab Saudi amat sensitif terhadap sebarang bentuk demonstrasi.

Majlis Fatwa Kebangsaan tidak ketinggalan bersuara mengharamkan umat Islam menyertai BERSIH.

Sekarang nah, ketiga-tiga bolehlah buat kenyataan lagi, menyatakan Presiden Morsi hantar "nota diplomatik" supaya bangunan-bangunan di Mesir jangan atau haram dicatkan dengan lambang bulan ....

Hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya, lagi kamu tekan PAS, ia akan lagi bersemarak, bukan sahaja di Malaysia malah di seantero dunia!

Takut Pada PAS, Situasi Sudah Kelam-kabut

Posted: 18 Aug 2012 06:32 AM PDT

Sekarang Umno kuat melancarkan serangan keatas DAP dan KeADILan. Mungkin ini berlaku kerana Umno sudah berasa gerun disebabkan oleh ramai orang ternama sedang menyertai PAS. Oleh itu strategi yang mudah untuk Umno ialah untuk menyerang DAP dan KeADILan untuk melemahkan PAS.

Serangan ke atas DAP berbentuk memburuk-burukkan DAP dengan mengeluarkan kenyataan melalui media dibawah kawalan mereka bahawa adalah haram untuk menyokong DAP.

Tetapi bagaimana pula dengan MCA yang sering memperlekehkan Islam? Presiden MCA iaitu Chua Soi Lek pernah mengeluarkan kenyataan bahawa negara-negara Islam adalah mundur.

Selain dari itu, MCA juga telah mengugut akan keluar dari BN jika Umno melaksanakan Hukum Hudud.

Malah semasa berdebat dengan Setiausaha-Agung DAP iaitu Lim Guan Eng pada bulan Februari yang lalu, Presiden MCA itu telah dengan terang-terangan sebut bahawa MCA berani menentang Umno dalam bab Hudud manakala DAP telah tunduk kepada PAS dengan mendiamkan diri.

Ini jelas menunjukkan bahawa MCA seribu kali lebih teruk lagi dari DAP yang hanya menolak perlaksanaan Hudud dengan hujahan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan sahaja. DAP juga sentiasa menghormati ugama Islam sepertimana yang telah tertera dalam Perlembagaan Persekutuan.

Agenda Umno disini ialah tidak lain dan tidak bukan satu cubaan melaga-lagakan PAS dengan DAP dengan tujuan untuk menumbangkan Pakatan Rakyat sebab jika Pakatan tumbang maka PAS akan gagal ke Putrajaya.

Serangan keatas KEADILAN pula dilancarkan keatas Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang diterajui oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim dari parti KeADILan. BN telah cuba menakut-nakutkan rakyat negeri Selangor bahawa bekalan letrik mungkin terjejas disebabkan oleh kepimpinan Khalid yang tidak efisyen. Ini selepas cubaan menakut-nakutkan rakyat negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bahawa bekalan air mungkin akan terjejas juga dengan menggunakan alasan yang sama.

Nampaknya BN gemar main dengan api dan air demi meraih sokongan rakyat sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) yang bakal menjelang ini.

Namun demikian jika PRU13 diadakan pada bulan Oktober hingga Disember selepas Belanjawan dibentangkan oleh BN pada 28hb September, Belanjawan yang baru akan dibentangkan oleh Pakatan selepas PRU13 jika Pakatan menang dan Pakatan Rakyat akan dapat melancarkan serangan yang lebih kuat terhadap BN dengan membentangkan idea-idea Pakatan yang lebih mesra rakyat pada masa kempen pilihanraya nanti.

"Walaupun Belanjawan BN penuh dengan gula-gula untuk mengumpan rakyat, berbagai alasan boleh diberikan untuk menidakkan gula-gula tersebut selepas BN menang. Justeru itu, semoga rakyat janganlah mudah diperdayakan," kata Dr. Dzulkefly Ahmad, Anggota Parlimen Kuala Selangor dari PAS.

Jika PRU13 diadakan sebelum Belanjawan, contohnya pada 16hb September, BN tidak dapat mengumpan rakyat.

Ini bermakna BN kini sudah mengalami kesukaran untuk mengadakan pilihanraya - sebelum Belanjawan pun sukar dan selepas Belanjawan pun sukar sebab masa sudah suntuk - dari pertengahan bulan September hingga hujung bulan Oktober ialah musim Haji, lepas itu dalam bulan November pula ialah masa peperiksaan SPM dan STPM dimana dewan sekolah digunakan dan pada bulan Disember pula, ibubapa sibuk membuat persiapan untuk anak-anak mereka balik ke sekolah dan banyak lagi urusan peribadi perlu diselaraskan sebelum tahun baru bermula.

"Jelaslah BN sudah terlambat dan berada dalam keadaan yang amat terdesak sekarang," sambung Dr. Dzulkefly. -Selena Tay

Nyanyuk Mahathir Semakin Menjadi-jadi

Posted: 18 Aug 2012 04:46 AM PDT

Hudud boleh dilaksana jika Pas sertai Umno

JERLUN - Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah negara Islam.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno amat mengalukan-alukan penyertaan Pas dalam parti itu jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.

"Sebelum itu, kita harus pastikan hudud yang akan dilaksanakan adalah bukan hudud Pas, sebaliknya hukum hudud yang ditetapkan oleh agama Islam.

"Pas harus keluar dari PR secepat mungkin kerana mereka saling berpelukan dengan orang kafir yang secara nyata menolak hudud," katanya kepada Sinar Harian selepas majlis sumbangan dan berbuka puasa peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam, di Masjid Pekan Jerlun, di sini, semalam.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan PR dan menetapkan pendirian sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

"Apabila Pas meninggalkan PR yang disertai parti bukan Islam, baru mereka boleh meneruskan perjuangannya yang didokong selama ini.

"Selagi Pas bersama parti yang tidak mengakui Islam adalah agama unggul, hukum hudud tidak dapat di laksanakan," katanya.

Menurutnya, dunia mengiktiraf Malaysia adalah sebuah negara Islam tetapi ia tidak dapat melaksanakan hudud kerana Malaysia mempunyai kehidupan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

"Umno akan mewujudkan sebuah negara Islam yang lengkap jika Pas berbesar hati untuk menyertai Umno.

"Negara Islam lain juga menaruh harapan kepada Malaysia, namun masih ada orang yang cuba memecahbelahkan orang Islam. Oleh kerana itu hajat kita tidak tercapai.

"Untuk membina sebuah negara Islam, orang Melayu harus bersatu dalam satu pakatan dan membangunkannya secara lengkap.

"Kita tidak usah mempedulikan orang yang memperjuangkan hanya untuk menjadi Perdana Menteri, sebaliknya semua orang Melayu dan Islam mesti bersatu untuk membina sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud," katanya. -SH

Ulasan GB

Nyanyuk Mahathir semakin menjadi-jadi mutakhir ini.

Belaiu mengajak PAS menyertai UMNO untuk laksanakan hudud sedangkan:

1) Mahathirlah orang yang pernah menuduh PAS lebih bahaya dari kominis
2) Mahathirlah orangnya yang telah menghantar surat kepada TG Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengamcam untuk mengambil tindakan jika TG MB Kelantan itu ingin terus melaksanakn hudud
3) Mahathirlah orangnya yang mempersendakan hudud selama ini dengan pelbagai tuduhan yang diantara lainnya menyatakan hukum hudun adalah undang-undang yang tidak adil kepada rakyat Malaysia
4) Mahathirlah orangnya yang telah memulakan sekatan pembangunan di negeri-negeri yang dikuasai PAS khususnya Kelantan
5) Mahathirlah orangnya yang telah mengkhianati perjanjian royalti Petrnas dengan menukarkan wang ehsan.

Justeru itu kenyataannya mengajak PAS menyertai UMNO hanya satu sandiwara politik semasa untuk menyelamatkan kareer politik anaknya, Mukhriz yang umum mengetahui UMNO Kedah ini terus menerus menghadapi zaman gelap gelitanya...

Empat Konstabel Polis Ditahan Kerana Merogol

Posted: 18 Aug 2012 01:12 AM PDT

Seremban – Lima lelaki termasuk empat polis berpangkat konstabel ditahan selepas dipercayai merogol seorang remaja di sebuah rumah di Port Dickson, 7 Ogos lalu.

Kesemua mereka dikatakan mengenali antara satu sama lain dan bertindak merogol mangsa secara bergilir-gilir di rumah salah seorang daripada mereka.

Menurut sumber, wanita berusia 19 tahun itu berkenalan dengan salah seorang anggota polis tersebut dua hari sebelum kejadian dan bersetuju mengikut lelaki itu pulang ke rumah.

Katanya, selepas berkenalan dengan lelaki itu, mangsa dibawa pulang ke rumah sebelum dirogol secara bergilir-gilir.

"Empat lelaki berusia 20 hingga 28 tahun itu dikenalpasti bekerja sebagai polis berdasarkan pakaian seragam yang dipakai salah seorang suspek," katanya di sini, semalam.

Menurut sumber, selepas lima hari kejadian, wanita berkenaan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Nilai, pada 12 Ogos, kira-kira 12 tengah malam.

"Bertindak atas laporan itu, kira-kira jam 12 tengah hari, empat suspek ditahan di balai polis tempat mereka bertugas, manakala seorang lagi lelaki ditahan di sekitar Port Dickson, hari yang sama," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahahan.

"Semua anggota polis berkenaan kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan siasatan masih dilakukan dari segenap aspek," katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang melanggar undang-undang. -SH

Ulasan GB

Apa mahu jadi negna negara kita? KPN kata kadar jenayah semakin menurun. Tup tup, kebenaran dan keadilan terserlah lagi. Kini anggota polis dicekup merogol beramai-ramai!

Asrama Unisel Dibuka Semula Khamis, Tutup Laluan Untuk UMNO Eksploit Isu

Posted: 17 Aug 2012 10:37 PM PDT

Shah Alam – Seramai 1,600 penuntut-penuntut Universiti Selangor (Unisel) Kampus Bestari Jaya yang terpaksa menjadi 'pelarian' sebelum ini kerana tidak dapat memasuki asrama kini dibenarkan masuk bermula Khamis depan.

Pemangku Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, isu penempatan penuntut-penuntut Unisel itu selesai selepas Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) melalui peguamnya bersetuju untuk membuka semula dan melaksanakan operasi pejabat Residen Komuniti Siswa itu bermula Khamis depan.

"Unisel melalui peguam cara memfailkan satu tindakan mahkamah semalam (kelmarin) untuk memohon satu perintah bagi membuka semula dan melaksanakan operasi pejabat Residen Komuniti Siswa dan selanjutnya atau menyerahkan kunci-kunci asrama tersebut kepada Unisel.

"Keputusan tersebut dicapai Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datin Zabariah Mohd Yusof semalam selepas Unisel membuat permohonan pendengaran," katanya pada sidang media di Unisel, semalam.

Keputusan itu sekaligus membuatkan penuntut-penuntut kini boleh menarik nafas lega kerana dapat memasuki asrama berkenaan selepas Hari Raya Aidifiltri.

Anuar berkata, jumlah keseluruhan pelajar baru mendaftar pada 7 Ogos lalu adalah sebanyak 6,000 tetapi hanya 4,000 yang tinggal di asrama.

Bagaimanapun, 1,600 penuntut menghadapi masalah berkenaan selepas pengurusan asrama diselia syarikat swasta itu didakwa gagal membayar gaji kepada kakitangannya untuk tempoh 15 bulan selepas tidak menerima bayaran yuran penyelenggaraan daripada Unisel.

"Apa yang penting dan keutamaan kita adalah pelajar-pelajar berkenaan dan mereka kini dapat memasuki asrama bermula 23 Ogos ini," katanya.

Anuar berkata, bagaimanapun, keputusan tersebut sama sekali tidak menjejaskan mesyuarat Jawatankuasa Timbang Tara yang akan diadakan nanti.
Menurutnya, peguam masing-masing akan berbincang semuka berhubung perkara itu.

Dalam perkembangan sama, peguam mewakili Unisel, Edmund Bon berkata, Unisel mempunyai alasan mengapa tidak membuat bayaran kepada JNSB.

"Ada sebab kenapa JNSB tidak dibayar. Mereka kata patut dibayar. Tetapi kita ada alasan sama ada JNSB ikut kontrak atau tidak.

"Masalah ini sudah lama sebenarnya dan selepas 23 Ogos kita akan bincang lebih lanjut," katanya.-SH

No comments: