Kelab Greenboc |
- Nasha, Berapa Kalikah Kau Cium Tangannya Kemudian Kau Ludahinya Semula?
- Ular Menyusur Akar, Tak Hilang Bisanya....
- Beberapa Pemimpin Sabah Akan Sertai PAS Raya Ini
- Mahkamah Tolak Saman Timbermine, TGNA Minta Rakyat Kelantan Solat Syukur
- [VIDEO] Lelaki Berjubah Putih Mengangkat Pemuda Syahid Dengan Sebelah Tangan
- Pemuda Itu Halang Saya Berundur Dari Sejadah Kuning Yang Empuk Itu...
Nasha, Berapa Kalikah Kau Cium Tangannya Kemudian Kau Ludahinya Semula? Posted: 15 Aug 2012 05:06 PM PDT Nik Aziz: Lebih baik Nasha keluar PAS Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas timbalan presiden PAS itu dilihat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah semalam, demikian menurut laporan Bernama. "Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya kepada Bernama di Kota Bharu hari ini. Akhbar hari ini memaparkan gambar Nasharuddin menyertai perdana menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi. Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz. Dalam Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu. Nik Abdul Aziz juga dipetik Bernama sebagai berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti. -mk Isu Ustaz Nasa. Kenyataan Terkini Ketua Pemuda PAS Pusat Pemimpin Pas Tidak Perlu Ulas Mengenai Nasharudin (Berapa Kalikah Kau Cium Tangannya Kemudian Kau Ludahinya Semula?) |
Ular Menyusur Akar, Tak Hilang Bisanya.... Posted: 15 Aug 2012 08:01 AM PDT |
Beberapa Pemimpin Sabah Akan Sertai PAS Raya Ini Posted: 15 Aug 2012 04:16 AM PDT PAS sedang bersiap sedia untuk menerima kemasukan beberapa pemimpin Sabah ke dalam parti selepas sambutan Hari Raya tidak lama lagi. Mengumumkan persediaan parti untuk perhimpunan 5000 orang di sini pada 1 Sept nanti, Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu berkata Mursyidul Am merangkap Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menerima kemasukan pemimpin-pemimpin tersebut pada majlis itu. "Tok Guru (Nik Aziz) akan mengumumkan nama-nama beberapa pemimpin Sabah yang akan menyertai PAS. Beliau akan mengumumkan nama-nama pada perhimpunan khas pada 1 Sept. "Perhimpunan khas dipanggil Himpunan Hijau ke Putrajaya dan akan turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin PAS Pusat, termasuk Presiden TG Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Mohamad Sabu, naib presiden dan ahli jawatankuasa," kata Lahirul. Juga dijangka hadir ialah Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi, Timbalan Ketua Nik Abduh dan Naib Ketua Pemuda, Dr Raja Ahmad Al-Hiss. Ini merupakan kali pertama PAS Sabah akan mengadakan satu acara secara besar-besaran. Menurut Lahirul, acara ini juga disambut dengan semangat kemerdekaan dan memperingati serta menjulang 49 tahun kemerdekaan Sabah". Sabah telah menjadi pusat tumpuan misi Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya. Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjaya menarik Ahli Parlimen di negeri ini, meminta mereka untuk tinggalkan BN dan berdiri sebagai calon bebas atau di bawah panji-panji Pakatan. Menurut Anwar, apa yang penting ialah bahawa mereka menyokong agenda Pakatan. Ramai Lagi Yang Akan Tinggalkan BN Dua ahli parlimen BN telah pun melompat parti - Lajim Ukin (Beaufort) dan Wilfred Bumburing (Tuaran). Pada hari Ahad lepas, Naib Presiden UPKO Senator Maijol Mahap juga mengisytiharkan sokongan untuk Anwar. Semalam, Lajim mendakwa bahawa tiga lagi ahli parlimen dari BN akan ikut serta menyeberang ke Pakatan Rakyat selepas Hari Raya. "Ini bukan spekulasi atau khabar angin tetapi sesuatu yang benar. Walau bagaimanapun, kami tidak akan mendedahkan nama-nama mereka. "Mereka akan mengumumkan peletakan jawatan mereka daripada parti dan menyokong Pakatan secara berperingkat-peringkat dari selepas Hari Raya sehingga pembubaran Parlimen," katanya kepada Keadilan Daily. Beliau juga mendakwa bahawa 18 daripada 35 ahli jawatankuasa Umno Bahagian Beaufort telah meletak jawatan dan menyertai Pakatan Perubahan Sabah (PPS), yang merupakan sekutu Pakatan. "Beberapa lebih ketua-ketua cawangan Umno di Sabah, bekas ahli parlimen dan pemimpin yang telah dilantik sebagai menteri juga akan meninggalkan parti itu. "Pengumuman akan dibuat pada masa yang sesuai," katanya. -FMT/Terjemahan bebas: GB |
Mahkamah Tolak Saman Timbermine, TGNA Minta Rakyat Kelantan Solat Syukur Posted: 15 Aug 2012 01:31 AM PDT Firman Allah swt yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras" (Surah Ibrahim ayat 7). Pada hari Isnin, 3 Ramadhan (23 Julai 2012) Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan mengetepikan saman berjumlah RM800 juta oleh syarikat Timbermine Sdn. Bhd. terhadap Kerajaan Negeri Kelantan. Penghakiman itu dibuat berikutan pihak Kerajaan Negeri Kelantan telah mengemukakan rayuan atas keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Rabu, 30 Disember 2009. Berdasarkan perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu itu, Kerajaan Negeri diarah RM800 juta kepada Timbermine menurut tuntutannya melibatkan ganti rugi RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat, selain itu ganti rugi khas RM13.6 juta, bayaran gaji pekerja yang diberhentikan RM1.74 juta, faedah lapan peratus sejak 2004 berjumlah RM240 juta dan kos sebanyak RM200,000. Saya pernah mengulas perkara ini semasa kuliah Jumaat di Medan Ilmu (1 Januari 2010) kerana saya agak terkilan dengan apa yang berlaku. Ini kerana kes saman tersebut adalah kerja orang lain, kerja kerajaan BN dulu. Kerana orang lain buang sampah, kita kena sapu. Inilah penyakit bila kita beri tugas jaga negeri kepada orang yang tidak pandai. Mengenang kepada cerita di sebalik kes saman Timbermine ini, memanglah berlaku perjanjian antara Kerajaan Kelantan dengan syarikat ini tahun 1964. Tetapi ketika kerajaan campuran tahun 1975, ia dibatalkan kerana campurtangan pihak tertentu yang bukan daripada PAS. Justeru Kerajaan Negeri selepas itu (sekitar 1977) mengalami darurat, maka PAS dituduh menjual negeri kepada pihak Singapura. Namun, selepas itu BN yang mendapat kuasa dari rakyat, mereka gagal menyelesaikan isu itu secara baik hingga menyebabkan Kerajaan Negeri disaman pada tahun 2004. Sedangkan, timbul cerita ketika itu tuduh PAS yang gadai tanah balak kepada tauke Singapura, iaitu Timbermine dan pihak BN tuduh kata nak tebus balik jika undi BN, kalau tak undi akan digadai selamanya. Ayat kempen puak BN ketika itu telah masuk dalam kepala rakyat. Sebab itulah BN dapat undi dan menang tahun 1978. Kita sangka bila menang, BN sudah tebus balik. Namun apa yang berlaku kita Kerajaan sekarang ini kena saman RM800 juta. Ia suatu penipuan kepada rakyat Kelantan. Bersyukurlah, kerana tergerak hati kita untuk rayu. Maka Kerajaan Negeri telah merayu atas keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu tersebut. Justeru saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada peguam, Dato' Sulaiman Abdullah yang arif menghujah bagi mengenepikan saman. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat. Sehubungan itu, saya mohon seluruh rakyat Kelantan dapat menunaikan solat sunat syukur dua rakaat bagi menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Mudah-mudahan dalam semangat Ramadhan yang mulia ini, kita semua ditambah nikmat dan keredhaan-Nya jua. Allahu Akbar. TG Dato' Hj Nik Abd Aziz Nik Mat |
[VIDEO] Lelaki Berjubah Putih Mengangkat Pemuda Syahid Dengan Sebelah Tangan Posted: 14 Aug 2012 10:51 PM PDT Ketika askar upahan rejim Basyar Al-Assad sedang menggila membunuh penunjuk perasaan, tiba-tiba keluar sosok tubuh seorang lelaki berjubah putih dari arah sebelah tentera Basyar Al-Assad. Lelaki itu mengangkat mangsa yang syahid dibunuh askar upahan Basyar Al-Assad dengan tenang sedangkan dibelakangnya ada tentera bersenjata. Kelihatan lelaki berjubah putih itu tenang mengangkat pemuda yang telah mati syahid itu dengan sebelah tangan sahaja. Siapakah lelaki berjubah putih itu? Masih menjadi persoalan. Tengok video di bawah ini, mungkin kurang jelas tapi video yang kedua di penghujungnya mungkin anda dapat amati betul-betul.. Wallahu a'lam Manusia atau malaikat? Kalau manusia tidak hairan. Kalau malaikat, maka kita melihat dari 3 sudut hukum: hukum adat, hukum akal, hukum syarak. Hukum adat atau kebiasaan menunjukkan ia agak pelik kerana adat dan kebiasaannya orang ramai akan gelabah dan kalut ketika pihak keselamatan mengamuk (tak percaya tanya peserta BERSIH). Tetapi lelaki berjubah dan berserban putih itu tenang sahaja seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Datangnya pula dari arah kawasan yang dikuasai tentera. Hukum akal pula mengatakan tidak mustahil kalau itu adalah malaikat. Yang mustahil pada akal ialah seperti anak lebih dewasa dari bapa. Hukum syarak pula boleh diambil dalilnya dari al-Quran dan Hadis. Dalam al-Quran Allah diceritakan kisah Nabi Ibrahim yang didatangi 2 Malaikat berupa lelaki segak memberitahu tentang Nabi Ibrahim yang akan dikurniakan anak dari Sara walaupun Sara tidak mampu lagi mengandung. Malaikat itu pula tidak menjamah daging lembu panggang yang dihidang oleh Nabi Ibrahim. 2 Malaikat itu juga datang kepada Nabi Lut memberitahunya supaya keluar dari negerinya sebelum waktu Subuh kerana Allah akan membinasakan negeri itu yang penduduknya beramal dengan homoseks. (Golongan LGBT, ambil perhatian perkara ini!). Jibril as sendiri datang kepada Nabi SAW dengan rupa lelaki segak, berpakaian putih tanpa kesan musafir, rambut hitam. Dalam beberapa riwayat disebutkan Saidina Ali juga pernah berurusan jualbeli unta dengan Malaikat Jibril dan Mikail yang berupa dengan rupa lelaki setelah Saidina Ali memberi sedekah kepada fakir miskin. Justeru, kalau lelaki yang mengangkat orang yang ditembak itu adalah malaikat, maka ia bukanlah sesuatu yang mustahil menurut hukum syarak. Maka perkara ini boleh dianggap satu karamah kepada mereka yang syahid kerana diangkat oleh malaikat, atau kemuliaan juga bagi rakyat Syria secara umumnya yang menentang pemerintah yang zalim seperti Basyyar al-Asad itu. Dalamasa yang sama, perlu diingat dengan ungkapan: 'Al-Istiqaamatu khairun min alfi karaaamah' . Istiqamah iaitu tetap dalam prinsip agama, perjuangan, ibadah dan kehidupan menurut Islam sebenarnya lebih baik dari seribu karamah (kemuliaan) yang diberi yang ditunjuk antaranya melalui klip video tersebut. Moga Allah membantu rakyat Syria yang dizalimi dan menghancurkan kezaliman dan penzalim di seluruh pelusuk bumi ini. Oleh: ustaznik |
Pemuda Itu Halang Saya Berundur Dari Sejadah Kuning Yang Empuk Itu... Posted: 14 Aug 2012 08:21 PM PDT Perkongsian hebat dari seorang warga Kelantan, Wan Norhaziki Wan Halim: Suatu hari ketika saya di tingkatan tiga, saya ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk mendirikan solat Jumaat. Di dalam masjid, saya berasa hairan kerana para jemaah tidak berani menduduki beberapa helai sejadah kuning yang dihamparkan di belakang sejadah imam. - gambar fail Tanpa mempedulikan orang lain, saya terus bersolat tahiyyatul masjid di atas sehelai sejadah kuning bersebelahan sehelai sejadah kuning empuk yang paling istimewa. Ketika beri'tikaf, saya mula menyedari bahawa diri saya sedang diperhatikan oleh orang ramai termasuk tuan imam. Tidak lama kemudian, beberapa individu berbaju Melayu kuning bersamping datang ke arah saya lalu duduk di atas sejadah-sejadah kuning berkenaan. Baru saya menyedari bahawa Sultan Kelantan (Sultan Ismail Petra) duduk betul-betul di sebelah kiri saya di atas sejadah empuk tadi. Ketika itu, saya mula rasa bersalah dan bertekad hendak mundur ke saf belakang kerana menyedari bahawa sejadah yang saya duduki di sebelah baginda sultan itu telah dikhaskan untuk seorang individu. Ketika saya cuba berundur ke belakang, seorang pemuda yang saya yakini merupakan pemilik sejadah tersebut menghalang saya dari berundur dan beliau duduk bersebelahan saya. Ketika bersalaman dengannya, beliau menghadiahkan senyuman manisnya kepada saya. Hari ini pemuda tersebut telah bergelar 'Sultan' bagi Negeri Serambi Mekah. Jika dahulu semasa bergelar 'Raja Muda' baginda pernah membenarkan sejadahnya dipijak oleh saya, hari ini pula setelah bergelar 'Sultan' baginda telah membenarkan mahligainya diinapi oleh ribuan rakyatnya untuk berqiyamullail. "Allahuakbar" sumber: FB |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment