Kelab Greenboc |
- Tokoh Keparat Noh "Udang" Cabar Tokoh Korporat Khalid Ibrahim Letak Jawatan MB
- Saman Anwar Ke Atas Utusan, Hassan Ali Terbelit Kata "Ya" Kepada 2 Soalan Bertentangan
- Dicekup Bercumbu Lepas Berbuka
- Ugutan Jamal Untuk Bertindak Agresif, BERSIH Bermesyuarat Malam Ini
- Benarkah Akhil Hayy Sudah Berubah?
- Logo Merdeka Pakatan Rakyat Ada Simbol Kristian & Yahudi?
Tokoh Keparat Noh "Udang" Cabar Tokoh Korporat Khalid Ibrahim Letak Jawatan MB Posted: 13 Aug 2012 03:41 PM PDT Noh Omar: MB Selangor perlu letak jawatan jika gagal ambil alih Syabas PUTRAJAYA - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar meletak jawatan sekiranya tidak berjaya mengambilalih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menjelang September nanti, sepertimana yang beliau janjikan. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata sebagai seorang tokoh korporat, Abdul Khalid seharusnya lebih tahu tentang proses pengambilalihan syarikat. "Kita tunggu dan kita takkan kacau, kita biar dia uruskan. Tapi kalau tak boleh ambil alih juga beliau harus letak jawatan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan papan seranta awam atas talian kedua Draf Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan, di pejabatnya di sini, hari ini. Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor berkata pada masa yang sama Abdul Khalid juga tidak boleh menghalang projek Loji Rawatan Air Langat 2 daripada diteruskan, kerana sama ada pengambilalihan itu berjaya atau tidak, rakyat Selangor tetap memerlukan bekalan air bersih. Beliau berkata kerajaan pusat bertolak ansur sebelum ini dengan membelanjakan sejumlah RM600 juta untuk projek-projek mitigasi air di Selangor bagi mengelakkan krisis air, termasuk membina loji Sungai Labu dengan kos RM298 juta untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air di sekitar Sepang. "Kerajaan negeri masih berfikiran seperti pembangkang dan ini akan merugikan negeri itu sendiri. Mereka sepatutnya berfikir seperti kerajaan yang sentiasa mencari jalan untuk membela nasib rakyat," katanya. Mengenai Loji Rawatan Air Langat 2, Noh berkata kerajaan masih akan memohon kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk pembinaan tersebut memandangkan ia terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan itu. Beliau berkata permohonan sebelum ini bukannya ditolak MPKj, tetapi ditangguhkan namun tidak diketahui tempoh masanya. "Pada masa yang sama tender untuk pembinaannya akan dikeluarkan," katanya. Mengenai penyaluran air dari Pahang, Noh berkata kerajaan pusat melantik konsultan yang mengambil masa tujuh tahun untuk membuat kajian dan perancangan mengenai cara terbaik untuk mengatasi krisis air di Selangor termasuk dengan cara tersebut. Beliau berkata ia berbeza dengan kerajaan Selangor yang mengutarakan cadangan terlebih dahulu sebelum melantik konsultan untuk membuat kajian mengenainya.- Bernama Ulasan GB Sungguh lucu seorang yang sekarang ini terbelit dengan masalah perniagaan udang mahu mencabar Menteri Besar Selangor yang sah yang dipilih oleh rakyat Selangor supaya letak jawatan sebagai MB jika gagal ambil-alih SYABAS. Sedangkan umum sadah mengetahui peranan Kerajaan Pusat yang Noh Udang turut sama di dalamnya mempunyai grand design menghalang pengambil-alihan SYABAS oleh kerajaan negeri. Masalah air di Selangor hanya rekaan, sabotaj yang dilakukan oleh pengurusan SYABAS untuk menunjukkan kononnya kerajaan Selangor tidak berupaya untuk mengatasi masalah berkenaan. Kita ingin menasihati mereka supaya hentikanlah taktik kotor itu kerana hukum kebenaran dan keadilan sesekali tidak akan berpihak kepada golongan yang salah dan busuk hati apatah lagi percubaan untuk merampas Selangor dengan cara yang jelek dan jijik. Noh Udang sengaja menimbulkan cabaran itu untuk menutup satu skandal yang beliau terlibat secara lansung. Sekarang kamu Noh Udang sila jawab yang bawah ini: AMK : Noh Omar Perlu Perjelas Memiliki Tanah Seluas 30 Ekar |
Saman Anwar Ke Atas Utusan, Hassan Ali Terbelit Kata "Ya" Kepada 2 Soalan Bertentangan Posted: 13 Aug 2012 08:35 AM PDT Kes Anwar saman Utusan: Hasan Ali gelabah diasak peguam KUALA LUMPUR 13 Ogos: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali tidak keruan selepas diasak peguam N Surendran berhubung tuduhan beliau kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghalalkan homoseksual. Dalam keadaan tertekan, Hasan tetap mempertahankan kenyataannya mendakwa Anwar menyokong homoseksual seperti yang disiarkan pada muka depan Utusan Malaysia pada 17 Januari lalu bertajuk "Tolak Anwar – Hasan". Berikut adalah soalan yang diasak Surendran kepada Hasan: Surendran: Anwar telah mengatakan "We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and committed to support the sanctity of marriage between men and women". Berdasarkan pendapat anda, adakah ayat ini menunjukkan Anwar tidak menyokong homoseksual? Hasan: Yang Arif saya membaca keseluruhan ayat. Ayat pertama dan ayat kedua (but we should not be seen to be punitive and consider the archaic law as relevant) tidak dapat berdiri dengan sendirinya dan ia tidak memberi maksud homoseksual tidak diterima. Surendran: Kalau kita lihat ayat kedua, adakah anda setuju 'archaic law' adalah undang-undang lapuk? Hasan: Saya tak setuju sebab kelapukan tidak pernah berlaku dalam undang-undang Islam. Surendran: Adakah anda setuju tidak ada apa-apa rujukan undang-undang Islam dalam ayat itu? Hasan: Undang-undang Islam tidak ada tetapi ayat ini merujuk kepada undang-undang Islam. Surendran: Adakah anda setuju tidak ada rujukan undang-undang Islam? Hasan: Ya, tidak ada. Surendran: Berdasarkan kenyataan "We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and committed to support the sanctity of marriage between men and women" adakah Anwar menyokong institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan? Hasan: Ya setuju. Surendran: Dalam ayat ketiga "We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain". Adakah ayat itu menunjukkan Anwar menyokong homoseksual? Hasan: Ya (disambut gelak tawa pemerhati di galeri awam kerana Hasan dilihat tetap mempertahankan pendiriannya). Surendran: Anda pasti dengan jawapan itu? Hasan: Ya! Surendran: Saya cadangkan kepada anda ayat ini tidak sokong homoseksual tapi sokong perkahwinan. Hasan: Saya tak setuju! Dalam soal balas itu, Hasan turut ditanya peguam Latheefa Koya adakah sesuatu dosa itu akan menjadi jenayah apabila ia dilakukan di khalayak umum. Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu menjawab, dalam hukum Islam dosa tetap dianggap satu jenayah tidak kira ia dilakukan secara sembunyi atau terang-terangan. Latheefa: Adakah anda tahu perbezan antara dosa dengan jenayah. Hasan: Saya tak pasti. Latheefa: Saya cadangkan kepada anda sesuatu kegiatan yang dilakukan dalam Islam boleh dianggap sebagai dosa tetapi sekiranya tidak dilakukan di hadapan khalayak ramai, ia tidak boleh dijadikan sebagai jenayah. Adakah anda setuju? Hasan: Tidak setuju. Sama ada di tempat awam atau tertutup, kalau itu tidak dibolehkan (berdosa), maka ia tetap tidak dibolehkan. -KD
|
Dicekup Bercumbu Lepas Berbuka Posted: 13 Aug 2012 05:37 AM PDT Petaling Jaya - Empat pasangan kekasih melakukan perbuatan tidak senonoh ditahan anggota Biro Amal Maaruf Nahi Mungkar Masjid Al-Muhtadin di beberapa lokasi di sekitar Damansara Damai awal pagi, semalam. Dua pasangan masing-masing berusia 19 tahun yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dicekup ketika sedang bercumbuan di belakang sebuah rumah kedai. Manakala dua lagi pasangan ditahan di sebuah kawasan gelap di Damansara Prima dekat sini. Ketika disoal siasat, pasangan pelajar itu mendakwa sedang bercuti dan mengaku sudah menyewa bilik hotel untuk bermalam bersama manakala dua pasang lagi memberi alasan baru pulang selepas berbuka puasa. Ketua operasi, Adnan Mohd Zin berkata, operasi kali kedua sepanjang Ramadan itu dilakukan bagi membanteras kegiatan maksiat di perumahan itu. Difahamkan, seramai 30 anggota terlibat dalam operasi cegah maksiat melibatkan kawasan di sekitar hotel bajet. "Selain remaja, kebanyakan orang luar datang ke sini untuk melakukan maksiat ditambah dengan kewujudan beberapa hotel bajet di sini," katanya. Kesemua yang ditahan dibawa ke masjid menaiki van jenayah sebelum diberi tazkirah dan nasihat oleh Imam Masjid Al-Muhtadin, Ustaz Fadil Mohd Nor manakala keluarga pasangan turut dihubungi. -SH |
Ugutan Jamal Untuk Bertindak Agresif, BERSIH Bermesyuarat Malam Ini Posted: 13 Aug 2012 03:16 AM PDT Jawatankuasa Bersih akan membincangkan ugutan Kumpulan anti-BERSIH, Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) yang mengancam untuk bertindak agresif ke atas Himpunan Janji BERSIH. Pengerusi Bersama BERSIH 3.0, Datuk A Samad Said ketika dihubungi TVSelangor memberitahu satu mesyuarat akan diadakan malam ini. "Asalnya kita hanya menganjurkan majlis berbuka puasa namun apabila perkara ini dibesar-besarkan maka kita akan berbincang lanjut mengenainya. "Selepas perbincangan tersebut, saya yakin kita akan mencapai kata putus mengenai tindakan selanjutnya berhubung ugutan tersebut," jelas beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Samad. Tambahnya, sebarang keputusan yang dicapai akan diumumkan oleh Pengerusi BERSIH, Datuk S. Ambiga kelak. Sebelum ini, lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengumumkan akan menganjurkan 'Himpunan Janji BERSIH' sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 pada tahun ini. MTPKL bagaimanapun meminta gabungan NGO pimpinan Sasterawan Negara itu untuk menimbang semula cadangan mengadakan perhimpunan tersebut bagi mengelakkan ia menjadi medan pertempuran. -selangorku NGO ancam tindakan agresif ke atas Janji BERSIH Ulasan GB Kita hairan di dalam negara ini dimana puak yang ada kaitan dengan UMNO begitu bebas mengancam dan mengugut orang lain tanpa sebarang sekatan. Malah tindakan samseng beberapa pihak berkaitan UMNO terus dibiarkan. Mereka seperti kebal undang-undang. Jika hal yang sama disebut oleh PR, begitu pantas polis akan bertindak. BERSIH perlu membuat keputusan membuat laporan polis terhadap ancaman dan ugutan MTPKL yang kita lihat samada polis akan bertindak atau tidak ke atas kumpulan ini. Dan untuk seluruh rakyat, pastikan undi Pakatan Rakyat untuk ubah senario ini. |
Benarkah Akhil Hayy Sudah Berubah? Posted: 13 Aug 2012 12:38 AM PDT Akhil Hayy, tuan sudah berubah, bro Akhbar online Mstar menulis, "Pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab. "Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu sering berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana ia bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing." Siapa 'ahli politik yang tidak bertanggungjawab' itu? Dulu bukan lu aktif dalam PAS? Sekarang bunyi lain macam sahaja? Gua masih ingat sejelas-jelasnya ucapan dan perjuangan lu. Gua masih simpan CD lu di pentas-pentas fikrah Islam dahulu. Dulu gua respek seorang ustaz rock. Mstar memetik beliau berkata, "Bagaimanapun, golongan artis yang berhijrah ini diminta untuk berhati-hati dan berfikirlah adakah motif penghijrahan itu untuk mendalami ilmu-ilmu agama yang tercicir dahulu atau mahu memperjuangkan politik?" Gua mahu tanya lu, bro. Adakah salah memperjuangkan politik Islam? Lu juga faham dan kerap kali berkata bahawa Islam itu adalah politik atau merangkumi politik yang tidak akan terpisahkan. Islam tanpa politik bukanlah perjuangan Rasulullah (SAW). Ah, tuan sudah berubah kini. Sudah banyak hasil atau sudah glamor, bukan? Gua sudah hilang respek dengan lu, bro! Atau gua yang salah faham, bro? -Web Sutera Ulasan GB Dunia seorang artis penuh pancaroba - dunia glamor. Di dalam ulasan GB di tulisan Web Sutera di atas, GB katakan iman manusia turun dan naik. Apabila seseorang itu tidak mengikatkan dirinya bersama-sama dengan jemaah Islam melalui apa juga aktivitinya terutama usrah, maka ia mudah sangat dibaham oleh sang serigala. Hadith sahih daripada Rasulullah SAW yang bermaksud : Sesungguhnya bahawa syaitan itu seperti serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada ternakan. Ia menerkam kambing yang bersendirian dan terpencil. Maka, jauhilah kamu dari berpecah belah, dan wajiblah kamu bersama-sama jamaah, orang ramai dan masjid (HR Imam Ahmad). Kita perlu sentiasa berada di dalam jemaah. Hidup di bawah imbauan pesan-memesan dengan kebenaran dan pesan-memesan dengan kesabaran (mafhum Surah Al-Asr 3-4). Mengenai artis-artis yang turut terlibat berceramah di pentas-pentas PAS, ia bukan satu kesalahan malah ia amat dianjurkan kerana prinsip asas dakwah Islam ialah "perbaiki dirimu dan serulah orang lain". Ia bersandarkan kepada hadith rasulullah "sampaikan daripadaku walau sepotong ayat.". Untuk berdakwah tak perlu tunggu jadi seorang ustadz/ustadzah atau ulamak. Lebih malang pula kalau jadi ustadz dan ustadzah tiba-tiba keluarkan pandangan yang menyalahi ajaran ugama sendiri seperti ungkapan tiada politik di dalam ugama atau mengkafir-harbikan orang secara membuta-tuli! |
Logo Merdeka Pakatan Rakyat Ada Simbol Kristian & Yahudi? Posted: 12 Aug 2012 10:15 PM PDT Isu penggunaan logo berasingan hari kemerdekaan ke 55 untuk empat negeri Pakatan Rakyat sangat menarik. Isu itu menarik kerana ini adalah pertama kali berlakunya perbezaan logo dan tema kemerdekaan di antara negeri-negeri PR dan kerajaan pusat, sekaligus merupakan tamparan hebat ke muka Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Rais Yatim yang bertanggungjawab memperkenalkan logo dan tema UMNO BN "Janji Ditepati" yang dijadikan tema hari kemerdekaan. Yang kedua, isu tersebut menarik kerana di dalam logo yang diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat, ada pihak tertentu terutama blogger pencacai menyatakan logo tersebut mempunyai unsur kristian dan yahudi kerana ada lambang burung tertera di logo berkenaan. Betapa pecek dan pendeknya akal dan ilmu para pencacai tersebut apabila begitu cepat menuduh wujudnya unsur kristian dan yahudi semata-mata kerana ada lambang burung di di logo berkenaan. Sedangkan "burung" merupakan binatang yang banyak kali disebut di dalam al-Qur'an. Dan kisah burung yang paling masyur di dalam Al-Quran ialah kisah Allah juga telah mengutus burung-burung untuk menghancurkan sebuah angkatan tentera bergajah di dalam Surah Al-Fiil. Di dalam kisah tersebut, Allah menjelaskan, "Dan Dia mengutus kepada mereka burung-burung berduyun-duyun, dengan membalingkan kepada mereka batu-batu daripada tanah liat yang dibakar," (105:3-4). Mungkin ayat tersebut amat digeruni oleh UMNO maka sebab itu mereka fobia dan trauma melihat ada gambar burung di dalam logo kemerdekaan Pakatan Rakyat. Selain itu, banyak pertubuhan Islam di dunia turut menggunakan "burung" sebagai logo, tema dan simbol perjuangan mereka seperti perjuangan rakyat Palestine di bawah ini: Berikut ialah tulisan yang pernah GB siarkan di blog ini pada 14 Januari 2011. Burung - Haiwan Istimewa Yang Sering Disebut Dalam Al-Quran |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment