Kelab Greenboc |
- Tamrin Berjanji Kempen Habis-habisan Bersama PAS Kerana Yakin PAS Sangat Ikhlas
- Noriana Bersyukur Pilih Islam
- [BERGAMBAR] Monorel Terkandas Di Ibu Kota, 183 Terperangkap
- Gambar Berbicara: Anda Mampu Menilainya!
- [DEDAH] Mahathir Dalang Projek IC/Mykad Di Sabah Semasa Beliau PM
- Mengapa Polis Terang-terangan Beri Layanan Istimewa Kepada Shahrizat?
- [VIDEO] Nelayan Bantah Projek Kolam Udang Milik Noh Omar
Tamrin Berjanji Kempen Habis-habisan Bersama PAS Kerana Yakin PAS Sangat Ikhlas Posted: 11 Aug 2012 05:06 PM PDT Selepas kerap tampil di pentas PAS dan Pakatan Rakyat, bekas ahli Umno, Datuk Tamrin Ghafar akhirnya meninggalkan parti itu dan secara rasmi menyertai PAS malam ini. Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba itu menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis peringatan Badar Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUISZM), Taman Melawar malam ini. Tamrin merupakan bekas Adun Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam selain bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) suatu ketika dahulu. Tamrin dalam ucapannya berkata, beliau tidak terburu-buru membuat keputusan meninggalkan Umno. Sebaliknya beliau mula memikirkan tindakan tersebut selepas melihat Umno tergelincir daripada landasan membela rakyat. "Saya tidak buat keputusan ini terburu-buru tapi sejak lama dah saya fikir. Umno terkeluar daripada landasan membela nasib rakyat sejak 90-an lagi. "Pelbagai perkara dilakukan termasuk menghina ulama. Walaupun ketika itu saya masih dalam Umno tapi saya tak setuju mereka hina ulama," katanya. Tamrin turut berjanji akan membantu PAS dengan bersungguh-sungguh untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13. "Saya berjanji akan berkempen berhabis-habisan bersama tuan-tuan kerana saya lihat perjuangan PAS sangat ikhlas. Saya yakin kemenangan berpihak kepada PAS," katanya. Beliau turut mengakui pemimpin-pemimpin PAS tidak boleh dijual beli. "Saya kenal Mat Sabu dan (Tuan Guru) Datuk (Seri) Abdul Hadi (Awang) dah lama. "Mat Sabu tak pernah pun ajak saya masuk PAS tapi saya yang selalu suruh dia tinggalkan Umno," katanya. -HD
|
Posted: 11 Aug 2012 10:09 AM PDT Kuala Dungun - "Saya bersyukur kerana menjadi orang Islam, Alhamdulillah, sejak masuk Islam, rezeki pun bertambah. Demikian luahan Noriana Abdullah, 47, seorang saudara baru yang juga ibu kepada enam anak yang memeluk Islam selepas melihat kehidupan abangnya, Yan Sin Abdullah, 51, berubah selepas menganut Islam. Noriana atau nama asalnya Meria Bujang ketika berkongsi pengalaman hidupnya berkata, perkenalannya dengan suaminya sekarang, Mohd Nawi Daud, 49, seorang anggota polis, 29 tahun lalu, telah membuka jalan untuknya menjadikan agama suci itu sebagai pegangan hidupnya. Katanya, selepas beberapa bulan berkenalan dengan Mohd Nawi, dia lebih dekat dengan Islam sebelum membuat keputusan mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang berasal dari Machang, Kelantan itu. Noriana kemudiannya memeluk Islam pada 13 September 1984 sebelum mendirikan rumah tangga dengan Mohd Nawi yang ketika itu bertugas sebagai anggota polis di Balai Polis Pusat, Miri. "Selepas memeluk Islam, saya perlahan-lahan mempelajari ibadah seperti solat dan mengaji al-Quran di pejabat agama. "Dari situ saya lebih dekat dengan ALLAH SWT, kini kehidupan saya jauh lebih baik dan saya bersyukur kerana menjadi orang Islam," katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan daripada Ulek Beach Resort pada program meraikan saudara baru anjuran Pejabat Agama Daerah di kafe cakna, dekat sini, malam kelmarin. Menyentuh hubungannya dengan ahli keluarga lain selepas memeluk Islam, Noriana berkata, hubungan silaturahim dengan dua kakak serta keluarga mendiang ibunya, itu tetap rapat biarpun mereka berlainan anutan agama. Katanya, jika ada rezeki lebih, dia akan pulang menjenguk dua kakaknya, Mary, 53 dan Tiew Geok, 58 yang kini menetap di Miri, Sarawak. "Saya kini sedang berusaha untuk menarik dua lagi kakak saya agar sama-sama memeluk Islam selepas abang sulung saya Yan Sin lebih dahulu memilih agama suci ini sebagai pegangan hidupnya," Hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Mohd Nawi, dia dikurniakan enam cahaya mata masing-masing Nurfatihah, 28, Nur Fatma, 27, Mohd Alifdzar, 24, Mohd Fikri, 20, Mohd Redhuan, 18 dan Mohd Aqil Fahmi, 10. -SH |
[BERGAMBAR] Monorel Terkandas Di Ibu Kota, 183 Terperangkap Posted: 11 Aug 2012 08:01 AM PDT Monorel terkandas di hadapan Wisma Monorail, Jln Tun Sambathan Brickfields, Kuala Lumpur. Dianggarkan lebih 100 orang terperangkap... Kerja-kerja penyelamatan sedang dijalankan oleh Bomba.Mari Doakan semoga semuanya selamat . Monorel KL rosak, 183 penumpang cemas KUALA LUMPUR - Kira-kira 183 penumpang berdepan detik mencemaskan apabila monorel yang dinaiki rosak dan tersangkut di atas landasan di Brickfields hari ini. Jurucakap bilik gerakan Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah berkata pihaknya menerima panggilan pada kira-kira 2.18 petang. "Monorel itu tersangkut berhampiran Stesen Tun Sambanthan sejurus keluar dari stesen tersebut menuju ke Stesen seterusnya, iaitu Maharajalela," katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata seramai 35 anggota bomba dan enam jentera dari Balai Bomba Hang Tuah, Taman Desa, Pantai, Sri Hartamas bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan. "Kami menyelamatkan 63 mangsa menggunakan kren bomba dan selebihnya menggunakan kaedah 'train-to-train evacuation' untuk menolak tren terbabit ke stesen Tun Sambanthan," katanya sambil menambah operasi menyelamat tamat pada kira-kira 4 petang. Sementara itu, Pengurus Hal Ehwal Media Syarikat Prasarana Negara Berhad Azhar Ghazali berkata kejadian berlaku pada 1.58 petang ekoran masalah 'traction Control' yang menyebabkan enjin berhenti secara automatik. "Bagaimanapun, operasi berjalan seperti biasa pada 4.30 petang selepas operasi membaik pulih monorel selesai," katanya. Beliau berkata seramai tiga penumpang dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana seorang daripada mereka pengsan manakala dua lagi sesak nafas berikutan kejadian itu. Sementara itu, seorang penumpang, Nur Izzah Nazihah Hasnul Bahrin, 14, dari Nilai, berkata sejurus sebelum insiden itu, tren yang bergerak seperti biasa tiba-tiba berhenti secara mengejut. "Enjin tren berhenti secara tiba-tiba dan penghawa dingin juga tidak berfungsi," katanya. Beberapa minit kemudian, beliau berkata semua penumpang mula cemas apabila terlihat dua orang pengsan akibat sesak nafas, selain keadaan yang panas di dalam tren itu. "Satu jam kemudian, kami semua amat gembira apabila melihat anggota bomba tiba dan menyelamatkan semua penumpang," katanya. Sementara itu, seorang pelancong dari England yang hanya ingin dikenali sebagai Matthew, 27, berkata keadaan di dalam tren amat sesak sebelum beliau menaikinya di Stesen Tun Sambanthan untuk ke Stesen Maharajalela. "Ketika tren tiba-tiba berhenti masih ada penumpang yang ketawa kerana tidak menyedari apa yang sebenarnya berlaku," katanya. - Bernama foto: ondscene.my/bernama |
Gambar Berbicara: Anda Mampu Menilainya! Posted: 11 Aug 2012 03:52 AM PDT |
[DEDAH] Mahathir Dalang Projek IC/Mykad Di Sabah Semasa Beliau PM Posted: 11 Aug 2012 12:34 AM PDT Parti-parti politik Sabah 'seperti mati' selepas era Dr Mahathir KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Parti-parti politik di Sabah seperti "sudah mati" selepas Tun Dr Mahathir Mohamad berkuasa menjadi perdana menteri dengan kehadiran ramai pendatang tanpa izin ke negeri itu, kata timbalan pengerusi Parti Perubahan Negeri (Star), Daniel John Jimbun. Beliau mendakwa projek IC Dr Mahathir telah menyebabkan ramai warga asing menjadi pengundi dalam pilihan raya dan kepentingan penduduk asal tidak lagi diambil kira. "Kenyataan Dr Mahathir pada hari Rabu yang lalu tentang warga asing yang sudah tinggal di Sabah harus mendapat kewarganegaraan sangat membahayakan, dan Star mencabar parti-parti komponen BN di Sabah supaya keluar agar dapat membela warga tempatan," katanya lagi. "BN Sabah tidak seharusnya mempertahankan kenyataan Dr Mahathir, kerana kenyataan ini mendahului Suruhanjaya Di Raja (RCI) mengenai isu ini," kata Jimbun lagi. Katanya, dalam tulisan blog terbaru, Dr Mahathir seolah-olah menghalalkan mereka untuk datang ke negeri Sabah dan seterusnya mengenepikan warga asal Sabah. "Seharusnya kita mempunyai Perlembagaan yang baru untuk tahun 1963, tetapi sebaliknya Perlembagaan yang digunakan adalah Perlembagaan Malaya yang kemudiannya ditukar menjadi Perlembagaan Malaysia. "Tulisan beliau dalam blog menunjukkan beliau terlibat dalam Projek IC yang memberi MyKad kepada warga asing tanpa izin di Sabah," kata Jimbun lagi. Jimbun memberi contoh seperti Majid Kani yang dilahirkan di Tamil Nadu, dan tidak pernah tinggal di Sabah lebih dari sepuluh tahun mengikut perjanjian semasa Sabah menyertai Malaysia, namun diberikan MyKad dan dibenarkan mengundi. "Pendatang tanpa izin tidak seharusnya diberikan kewarganegaraan hanya kerana kebolehannya bercakap bahasa Malaysia, tetapi kewarganegaraan harus diberi jika dia hanya memasuki negara ini dengan sah dan bukan dari jalan belakang," kata Jimbun lagi. Jimbun bagaimanapun berkata, pendatang tanpa izin ini perlu diberi pengampunan dan dilayan dengan penuh kemanusiaan, seperti menghantar mereka pulang, atau hanya mengenakan denda sekurang-kurangnya RM300 seperti di tahun 1965 di Semenanjung Malaysia, dan nama mereka perlu dibuang dari senarai pemilih pilihan raya. "Adalah lebih baik pengampunan ini dilakukan sebelum pilihan raya umum ke-13 sejak banyak nama mereka berada dalam senarai pemilih, bahkan mereka ini ada yang bekerja dalam sektor kerajaan, termasuk di Jabatan Tanah dan memegang jawatan di jabatan-jabatan negeri dan persekutuan," kata Jimbun lagi. -TMI Mahathir: RCI Sabah tak perlu Ulasan GB Patutlah TDM kata RCI tidak perlu, rupanya beliau sudah tahu bahawa RCI akan membongkar skandal pemberian Mykad yang telah berlaku sejak beliau jadi PM lagi. Bukti keresahan TDM ialah jawapannya ini: "RCI sebenarnya tidak perlu. Kerajaan akan bermasalah jika mengetahui sebarang keputusan suruhanjaya itu." Bangun rakyat Sabah, tolak BN pada PRU13 nanti! |
Mengapa Polis Terang-terangan Beri Layanan Istimewa Kepada Shahrizat? Posted: 10 Aug 2012 09:26 PM PDT Gesa KPN jawab mengapa Shahrizat dapat layanan istimewa polis KUALA LUMPUR 10 Ogos: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mempersoalkan layanan istimewa polis terhadap pimpinan Umno semasa hadir ke perbicaraan mahkamah. Katanya, Umno menggunakan polis seperti pasukan keselamatan peribadi mereka apabila mengawal ketat Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang hadir ke mahkamah pagi semalam. "Umno gunakan polis umpama pengawal keselamatan peribadi. Mengapa pimpinan Umno boleh dapat layanan istimewa seperti yang diperolehi Shahrizat?" tulis Surendran dalam twitternya. Berikutan itu, beliau mahu Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar menjawab berhubung perkara ini. "KPN mesti jelaskan mengapa pimpinan Umno seperti Shahrizat boleh dapat eskot polis bila hadir ke mahkamah. Mengapa ada layanan istimewa?" soal Surendran lagi. Terdahulu, sekumpulan polis berkawal di luar mahkamah menyambut ketibaan Shahrizat bersama konco-konconya, sebelum mengiringi beliau masuk ke mahkamah. Turut serta, penyokong-penyokong beliau termasuk kalangan Wanita Umno diangkut menaiki van 'Skuad Sayang' untuk memenuhi ruang mahkamah. -KD |
[VIDEO] Nelayan Bantah Projek Kolam Udang Milik Noh Omar Posted: 10 Aug 2012 08:07 PM PDT Tanjong Karang : Kira-kira 150 petani dan nelayan mengadakan perhimpunan aman di hadapan pintu masuk projek kolam udang yang didakwa dimiliki oleh Datuk Seri Noh Omar di mana kewujudan kolam berkenaan menjejaskan sumber pendapatan mereka. Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berucap dalam bantahan itu berkata, Noh selaku Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani tidak wajar terlibat dalam projek penternakan udang itu kerana ia akan mewujudkan percanggahan kepentingan. Suee Lim mendakwa memiliki dokumen yang menunjukan Noh memiliki tanah kerajaan semasa pentadbiran BN sedangkan rakyat Tanjong Karang dan Sungai Burong sukar untuk mendapatkan tanah bagi membina rumah. "Tetapi ada pemimpin dapat tanah bukan satu dua ekar tetapi dapat 30 ekar iaitu Noh Omar yang merupakan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor merangkap Ahli Parlimen Tanjong Karang, apa keistimewaan Noh Omar rakyat hendak tanya"? soal Suee Lim. Menurut Suee Lim, beliau mendesak Noh tampil memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung kaitannya dengan projek kolam itu pada kadar segera. "Kalau Noh gagal menjawab persoalan yang kita bangkitkan kenapa beliau boleh mendapatkan 30 ekar tanah dan apakah keistimewaan beliau, maka beliau perlu meletakkan jawatannya," tegas Suee Lim. Dakwanya lagi, dalam dokumen yang perolehinya itu menunjukkan adanya akuan bersumpah yang menunjukkan adanya kerjasama antara Noh dengan syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd yang melaksanakan projek penternakan udang itu. Sementara itu, Naib Yang Dipertua PAS Tanjong Karang, Misran Serman berkata kawasan itu tidak wajar diterokai kerana ia adalah tanah simpanan hutan kayu bakau yang dijadikan sebagai pemampan daripada berlakunya hakisan pantai. "Sebelum ini apabila penduduk kampung membuat penerokaan hutan akan ditangkap oleh Jabatan Hutan. "Dalam jarak 100 meter daripada pantai tidak boleh dilakukan aktiviti pertanian dan ini menyalahi akta alam sekitar," katanya. Misran mendakwa sejak kewujudan kolam udang ini disyaki hasil kerang dan laut berkurangan sehinggakan menjejaskan pendapatan nelayan. "Saya anggarkan yang terjejas daripada kewujudan kolam udang ini lebih daripada 1,000 orang,sekarang ini mereka tidak dapat pergi ke laut untuk mencari hasil," katanya. Sebelum ini, petani Manan Osman,54, mendakwa sebelum wujudnya kolam udang ini pendapatan para petani di kawasan ini agak lumayan berbanding sekarang ekoran kehadiran monyet-monyet yang banyak memasuki kawasan pertanian ekoran penerokaan hutan yang menjadi habitat hidupan liar itu. "Saya memang membantah sekeras-kerasnya projek ini.Sikap Noh Omar tidak memahami hati rakyat,petani terlalu risau memikirkan bagi mengatasi masalah yang dihadapi kami sekarang," ujarnya. Sehingga berita ini ditulis, usaha Selangor Kini menghubungi Setiausaha Politik kepada Noh iaitu Datuk Mohammed Shafie Asnami untuk mendapatkan respon berkenaan bantahan petani berkenaan belum berhasil kerana beliau diberitahu masih berada dalam mesyuarat. Noh Omar Sembunyikan Penglibatan Di Dalam Usahasama Kolam Udang |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment