Kelab Greenboc |
- Kes Eksekutif TV9 Dijerut: KENYATAAN BERCANGGAH
- Lagu Tema Merdeka Ditolak: Isyarat Jelas Untuk Rais Yatim Berundur!
- Penghinaan Terhadap Nabi Musa A.S Di Olimpik 2012
- Daging ‘Harimau Menangis’ Mengejek Di Bulan Ramadhan
- Hairie Tak Mahu Jadi Hantu Lagi
- [BERGAMBAR] Mahkamah: Rampasan Buku Kartun Zunar Oleh Polis Tidak Sah
- Kes Eksekutif TV9 Dijerut: Yang Ditahan Semalam Adalah Suaminya
- Ini Dia Polis Yang Mengamuk Hari Itu, Mengapa Beliau Tidak Digari?
Kes Eksekutif TV9 Dijerut: KENYATAAN BERCANGGAH Posted: 31 Jul 2012 05:01 PM PDT Mari bersama kita baca 2 kenyataan dicatatkan di akhbar sama dalam tempoh 2 hari. Kenyataan 1 berbunyi ... 'Seorang wanita yang mengurungkan diri kerana merajuk selepas bertengkar dengan suaminya ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas siling di dalam sebuah bilik di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai di sini semalam' - Norazman Bashah (Suami) Petikan di atas antara paparan akhbar Kosmo semalam, klik di sini. Dalam artikel sama, mayat dilaporkan ditemui oleh suami Syaleza, Norazman Bashah, 31 tahun. Bedah siasat di Hospital Sungai Buloh dilakukan oleh doktor pakar di antara jam 12 tengahari dan 3 petang, 2 hari lalu sebelum jenazah dikebumikan di Labis, Johor. Teliti pula kenyataan saya petik daripada akbar sama hari ini. Kenyataan 2 ... "Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan BUKANNYA menggantung diri namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu" - Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (Ketua Polis Selangor) Sila klik di sini untuk menbaca laporan penuh akbar terbabit. Secara literal, kenyataan 1 dan kenyataan 2, bercanggah. Suspek kini direman selama 7 hari dan saya percaya Pegawai Penyiasat bertugas melaksanakan tugas sebaiknya. Gambar : Ihsan Kosmo dan Google. -mazidulakmal |
Lagu Tema Merdeka Ditolak: Isyarat Jelas Untuk Rais Yatim Berundur! Posted: 31 Jul 2012 02:20 PM PDT Rais minta pandangan lagu tema Merdeka Selepas kontroversi logo sambutan Hari Kebangsaan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim kini meminta pandangan umum mengenai lagu tema sambutan tersebut. "Apa pandangan saudara tentang lagu Janji Ditepati? Di Youtube dah cecah 140k lebih. Tapi yg 'ibu jari ke bawah' ada juga," tulisnya dalam Twitter lewat malam tadi. Rais bagaimanapun mengakui bahawa lagu ini turut menerima "beberapa ibu jari ke bawah" - ikon yang menunjukkan penonton YouTube tidak suka lagu tersebut. Lagu tersebut, yang liriknya ditulis oleh Rais sendiri, telah dikritik oleh penulis lirik dan warga internet kerana tidak dapat membezakan antara konsep kenegaraan dan dasar kerajaan. Paling ramai mensasarkan lirik "Janji telah ditepati, kini masa balas budi" yang dilihat sebagai kempen politik. Lagu ini juga mempunyai selingan rap yang menggariskan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak seperti 1Malaysia kedai dan Bantuan Rakyat 1Malaysia. Beberapa pengguna telah memuat naik lagu dengan liriknya ke YouTube, di mana satu yang dimuat naik pada 27 Julai meraih lebih 170,000 kunjungan. Bagaimanapun, 20,546 penonton klik "tidak suka" manakala hanya 297 klik "suka". Melodi lagu itu dihasilkan oleh Aye, Jasnie dan Arman E 6. -mk Baru 4 hari sudah 22,263 benci lagu Janji Ditepati Ulasan GB 22,263 Dislike, 313 Like Tak jelaskah lagikah bahawa itu petunjuk nyata bahawa lagu tema itu ditolak? Sekaligus juga pencipta liriknya yang amat dikenali sebagai pengampu PM selama ini juga ditolak... |
Penghinaan Terhadap Nabi Musa A.S Di Olimpik 2012 Posted: 31 Jul 2012 06:40 AM PDT Gambar di atas: Dikatakan bahawa Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil kerana bimbang akan tentera Firaun yang akan membunuh mana-mana bayi lelaki yang lahir pada masa itu. Lihat gambar bayi itu, yang sedang tidur dan dibawa secara perlahan-lahan, menggambarkan bahawa bayi tersebut adalah Nabi Musa A.S yang sedang dihanyutkan diatas Sungai Nil ketika waktu malam. Selepas itu dalam gambar ini muncul pula patung seolah-olah ahli sihir yang memegang tongkat. Kita pernah dengar cerita-cerita mengenai Nabi dan Rasul kita termasuklah Nabi Musa kan. Nabi Musa A.S mempunyai tongkat yang mempunyai kuasa dan itu adalah mukjizat yang diberikan Allah SWT kepada beliau. Nabi Musa A.S menggunakan tongkat itu untuk membelah laut setelah mendapat petunjuk dari Allah SWT bagi menyelamatkan kaumnya Bani Israel untuk melarikan diri dari dikejar Firaun Laknatullah. Dan dengan kuasa Allah SWT laut itu terbelah dua dan ketika Firaun melintasinya, laut itu kembali seperti sedia kala dan menenggelamkan Firaun dan pengikutnya. Gambar ini adalah satu penghinaan kepada Islam umumnya. Mereka menggambarkan Nabi Musa A.S sebagai ahli sihir tersebut. Dikatakan ketinggian Nabi Musa adalah 40 hasta. 1 HASTA = 45.72 CM 40 HASTA = 1828.8 CM 1828.8 CM = 18.2 M Bukankah ketinggian ahli sihir itu lebih kurang 18 meter ??? Wallahu'alam.. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mengagumi acara itu kerana percayalah banyak lagi bukti-bukti upacara penyembahan syaitan dan penghinaan kepada Islam berlaku pada acara itu. Cuma kita menyedarinya ataupun tidak sahaja. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui, Sama ada baik ataupun yang buruk. Jadi banyak-banyakkan lah meminta ampun kepadaNya. InsyaAllah, Dimakbulkan doa kita semua.. Amin, Assalamu'alaikum. -iamsharina |
Daging ‘Harimau Menangis’ Mengejek Di Bulan Ramadhan Posted: 31 Jul 2012 04:46 AM PDT Kota Bharu - Daging lembu yang bercampur lemak tidak tepu atau dikenali sebagai daging 'harimau menangis' menjadi rebutan pada bulan puasa memandangkan bahagiannya yang terhad pada seekor lembu. Peniaga daging, Mohd Rozi Abdullah, 46 berkata, kebanyakan pelanggan di gerainya yang terletak di Pasar Cabang Tiga Pengkalan Chepa, di sini lebih gemar mendapatkan bahagian itu untuk dimasak secara bakar. "Di Kelantan, daging ini lebih dikenali sebagai 'daging senonok' dan ada pula yang memanggilnya 'daging batang pinang' yang biasanya dibakar berempah untuk dijadikan lauk dalam nasi kerabu. "Daging ini bercampur lemak tidak tepu dan ada juga di kalangan pelanggan yang gemar membakar daging ini untuk dicicah dengan air asam," katanya kepada Sinar Harian, di sini. Mohd Rozi berkata, permintaan daging itu dua kali ganda pada bulan puasa berbanding hari biasa. Menurutnya, daging tersebut dijual dengan harga RM20 sekilogram dan ia terhad kerana kedudukannya hanya berada dua bahagian pada seekor lembu yang disembelih.\ "Daging ini terletak di bahagian celah paha bahagian kaki belakang lembu dan biasanya bagi penggemar daging ini, mereka mendapatkannya seawal jam 8 pagi," katanya. Dia yang sebelum ini meniaga ayam di pasar itu (pada hari biasa) mengambil inisiatif meniaga daging lembu 'harimau menangis' bagi memenuhi permintaan pelanggan. Katanya, sejak meniaga daging tersebut bulan ini, ia memberi kepuasan kepadanya dan berhasrat meneruskan perniagaan berkenaan bergantung pada permintaan pembeli. |
Hairie Tak Mahu Jadi Hantu Lagi Posted: 31 Jul 2012 03:36 AM PDT Kuala Nerus – Selebriti dan pelakun tersohor Hairie Othman atau dikenali sebagai 'Leftenan Adnan' yang telah menjadi ahli PAS sebulan yang lalu, kembali mengadakan jelajah berceramah ke negeri Terengganu Sehari selepas menyerahkan borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat di Johor pada 28 Jun lalu, beliau telah menyampaikan ceramah pada program PGU04 dan Himpunan Hijau ke Putrajaya di Marang. Beliau berkata sejak sebulan lalu itu, beliau tidak berlakun lagi dalam mana-mana filem atau drama. Katanya, kali akhir beliau berlakun adalah sebagai watak hantu dalam drama bersiri 'WARIS'. Menurutnya, pada pelancaran 'siri hantu' yang kini ditayangkan di sebuah stesyen TV, beliau telah pun membuat pengumuman tidak mahu lagi jadi hantu. "Pada majlis pelancaran saya dah buat pengumuman tak mahu jadi hantu, samada dalam filem atau di luar filem,"jelasnya Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penerangan di Kampung Petai Bubus dekat sini, Isnin 30 Julai Sehubungan itu, beliau menyeru anak-anak muda menyertai satu pembaharuan sebagaimana golongan artis yang sudah berani berubah. Menurutnya perbandingan dan penilaian boleh dibuat oleh anak-anak muda berdasarkan media yang ada pada masakini. "Sekarang bukan hanya ada TV1, TV2, dan TV3 tetapi sudah ada media internet laman web, you tube, facebook dan twitter, "Anak-anak muda boleh bersama perubahan golongan artis yang kini berani menyatakan kebenaran,"tegasnya. Turut menyampaikan ceramah pada majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Ridhuan Hashim dan Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani. -BO |
[BERGAMBAR] Mahkamah: Rampasan Buku Kartun Zunar Oleh Polis Tidak Sah Posted: 31 Jul 2012 12:31 AM PDT Kartunis politik Zulkiflee SM Anwar atau dikenali sebagai Zunar, hari ini menang kes saman ke atas kerajaan dan empat yang lain berhubung tindakan pihak berkuasa merampas 66 buku dan satu lukisannya dua tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan permohonan Zunar. Pada 15 Jun tahun lalu, Zunar memfailkan saman sivil ke atas kerajaan Malaysia dan empat defenden berhubung penangkapannya dan rampasan terhadap 66 buku Cartoon-O-Phobia serta sebuah lukisan kolaj pada 2010. Beliau menamakan pegawai yang menahannya ASP Arikrishna Apparau, pegawai penyiasat ASP Marina Hashim, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai defendan. Dipetik oleh The Star hari ini, Zunar berkata, keputusan mahkamah hari ini sebahagian kemenangan bagi kesemua kartunis politik memandangkan Vazeer memutuskan bahawa tindakan menahan buku-buku berkenaan adalah sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang, tetapi penahanan Zunar adalah sah pada waktu itu. -SH
|
Kes Eksekutif TV9 Dijerut: Yang Ditahan Semalam Adalah Suaminya Posted: 30 Jul 2012 10:33 PM PDT Polis menahan suami kepada Eksekutif Pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, bagi membantu siasatan kes kematian wanita itu yang mayatnya dikatakan ditemui tergantung di dalam biliknya di Apartmen Saujana, Petaling Jaya, kelmarin. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, suami mangsa yang berusia 31 tahun itu ditahan di Segamat, Johor kira-kira pukul 10.15 malam bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan terhadap kes tersebut. Katanya, pihaknya mengklasifikasikan kes kematian Syaleza di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. "Kita sudah buat penahanan (suami Syaleza) di Segamat, Johor dan kita bawa beliau ke sini (Selangor). Kita cuma tahan untuk siasatan lanjut dan reman seminggu bermula hari ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini. Keluarga mahu tahu punca sebenar kematian Syaleza Keluarga Eksekutif Pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, yang ditemui mati di dalam bilik rumahnya di Apartmen Saujana Damansara Damai, Petaling Jaya kelmarin reda dan menganggap kejadian itu sebagai ketentuan Ilahi, namun mahu punca sebenar kematiannya disiasat. Bapa mangsa, Jaffar Bakri, 60, berkata, keluarganya yang masih diselubungi perasaan sedih dan terkilan kerana punca dan cerita sebenar mengenai kematian mengejut anak keduanya itu masih belum jelas. "Saya reda dengan ketentuan-Nya yang mahu anak saya pergi dahulu, namun saya terkilan kerana punca dan cerita sebenar meragut nyawanya masih belum jelas hingga kini.
|
Ini Dia Polis Yang Mengamuk Hari Itu, Mengapa Beliau Tidak Digari? Posted: 30 Jul 2012 07:36 PM PDT Anggota Polis Didakwa Atas Enam Pertuduhan Di Tiga Mahkamah SEREMBAN: Seorang anggota polis pada Isnin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret berbeza, di sini atas enam tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta dalam kejadian berasingan pada 17 Julai lalu. Gambar: Anggota polis Insp Mohd Azuan Yasin dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di Seremban selepas mengaku tidak bersalah terhadap enam tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta dalam kejadian berasingan, dua minggu lepas. -fotoBERNAMA Tertuduh, Insp Mohd Azuan Yasin, 32, membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh, Haslina Basarudin dan S.Megaswary. Di hadapan Mohamad Izwan dan Haslina, Mohd Azuan dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan masing-masing terhadap Mohamaed Nadzeem Zainal Larifin, 25, dan Koh Wen Gio, 32, dengan menggunakan objek keras berwarna hitam menyerupai senjata pistol kira-kira pukul 2.50 pagi di lobi Hotel S2 di sini pada 17 Julai lepas. Bagi kesalahan ini, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda dan sebatan, mana-mana dua dari hukuman tersebut. Mohd Azuan turut dituduh di hadapan kedua-dua majistret itu melakukan kesalahan dengan menakutkan secara jenayah ke atas kedua-dua mangsa dengan cara menggunakan senjata menyerupai pistol berwarna hitam di lokasi, masa dan tarikh yang sama yang mana sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Satu lagi tuduhan di hadapan Mohamad Izwan, tertuduh didakwa memecah cemin pintu hadapan kereta nombor pendaftaran MBB 1531 milik Tan Chee Luan, 25, yang menyebabkan kerugian RM150 dalam satu kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di sebuah kedai kopitiam di Temiang di sini pada tarikh yang sama. Bagi pertuduhan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Di hadapan Majistret S.Megaswary, tertuduh dituduh memecah pintu kereta belakang sebelah kiri, nombor pendaftaran NBV 8822 milik Tan Chee Hold, 32, yang menyebabkan kerugian RM180 dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di kedai kopitiam dekat Temiang di sini pada tarikh sama dan didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama. Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,500 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan kesemua kesnya akan disebut semula pada 13 September depan. Bagi semua kes, tertuduh diwakli peguam bela Hanif Hassan manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin. Dalam pada itu, Mohamad Izwan dan Haslina turut mengarahkan agar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersebar luas di dalam laman sesawang www.youtube.com bertajuk "Polis Memukul Pekerja Hotel di Seremban" berdurasi selama 3 minit 41 saat dikeluar serta merta dari laman berkenaan dan melarang sebarang penyebaran rakaman itu dalam apa jua bentuk saluran bagi mengelak prejudis kepada tertuduh yang minta dibicara. - BERNAMA Ulasan GB Di dalam kes jenayah, suspek-suspek lain di bawa ke mahkamah dengan tangan bergari. Apasal tangan beliao ni tak bergari? Hanya kerana beliau seorang anggota polis? Apa pasal ada diskriminasi dan keistimewaan tertentu kepada orang tertentu? klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment