SEARCH

Sunday, July 29, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Fakta Sebenar Isu Air Di Selangor

Posted: 28 Jul 2012 05:05 PM PDT

Krisis air Selangor

Krisis air selangor semakin panas dengan berikutan tindakan Jawatankuasa khas krisis air Selangor yang ditubuhkan kerajaan pusat untuk membincangkan masalah yang di mulakan oleh SYABAS bertekad untuk meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 dengan berbagai cara dan helah. Rakyat yang bijak sudah tentu akan tertanya-tanya apakah masalah sebenar yang membelengu pengurusan air di Selangor ini?

Adakah Selangor kini menghadapi kekurangan air mentah atau air terawat?

Persoalan ini yang harus difahami dan di kaji secara bijak oleh rakyat Selangor supaya tak mudah terperangkap dengan mainan media perdana yang jelas hanya memberi liputan sebelah pihak sahaja.

Krisis air Selangor : Air mentah atau air terawat?

Pada permulaan isu ini, pihak pembekalan air Selangor iaitu SYABAS telah mengatakan bahawa Selangor akan menghadapi masalah kekurangan air sehingga pada tahun 2014 tetapi atas sebab-seban yang tidak pasti krisis ini berlaku lebih awal iaitu ketika semakin hampir dengan PRU13.

Maka atas alasan inilah SYABAS begitu komited untuk memulakan pembinaan projek LOJI RAWATAN AIR LANGAT 2( LRAL2) yang akan menelan kos perbelanjaan bernilai hampir RM 9 Billion dan akan merangkumi pakej pembinaan terowong air ke Negeri Pahang bagi membolehkan Negeri Pahang menyalurkan air mentah ke Selangor. Persoalanya ialah adakah Negeri Selangor menghadapi masalah bekalan air terawat atau air mentah? Ini yang menjadi dolak-dalik SYABAS dan Kerajaan Pusat apabila diajukan persoalan ini.

Realiti fakta sebenar ialah Selangor menghadapi masalah bekalan air bersih yang terawat. Bekalan air mentah Selangor sudah mencukupi tetapi permintaan bekalan air terawat semakin tinggi.

Faktor-faktor pertambahan penduduk, perkembangan perindustrian dan lain-lain menyebabkan permintaan air bersih ini meningkat. Kapasiti loji rawatan telah mencapai tahap maksima dan mungkin akan berlaku lebihan bebanan lalu menyebabkan terputusnya bekalan air di sekitar Selangor.

Ringkasnya air terawat tidak dapat memenuhi kolam tadahan dikawasan setempat. Ianya pasti menimbulkan masalah apabila waktu puncak penggunaan air. Masalah seperti tekanan rendah, tiada air dan lain-lain tidak dapat dielakkan. Jika air terawat yang menjadi masalah, mengapa pihak SYABAS begitu beriya-iya mahukan projek LRAL2 yang sebenarnya mengutamakan pembinaan terowong air mentah dari Pahang? Bukankah lebih baik SYABAS meminta supaya dibina loji rawatan air sahaja?, dan kerana inilah projek LRAL2 ini ditentang kerajaan Negeri Selangor dengan fakta yang disediakan mereka.

Krisis air Selangor : Hasil kaji selidik Jawatankuasa Pemantauan Air Selangor.

Pemantauan Jawatankuasa Pemantauan Air yang diketuai oleh setiausaha kerajaan Selangor terhadap operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) telah mendapati SYABAS 'beroperasi di bawah keupayaan', kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, dalam laporan pertama jawatankuasa itu yang dihantar kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini mengandungi tiga penemuan utama yang perlu diberi perhatian "agar rakyat tahu kedudukan sebenar".

Menurut menteri besar, tiga penemuan utama tersebut ialah:

* Keupayaan pengeluaran semua 34 loji ialah 4,807 juta liter sehari berbanding keupayaan agihan SYABAS 4,371 juta liter sehari iaitu lebihan 436 JLH. Ini bermaksud, katanya, SYABAS beroperasi di bawah keupayaan sebenar.
* Projek Mitigasi I yang telah dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya Mac 2013 akan meningkatkan pengeluaran kepada 5, 139 JLH iaitu penambahan 332 JLH atau lebihan 768 JLH berbanding keupayaan agihan SYABAS.
* Fakta peratusan rizab air sebanyak 2 peratus yang dilaporkan SYABAS tidak tepat dan mengelirukan. Rizab kapasiti pengeluaran sebenar pada masa ini adalah 11 peratus dan akan meningkat kepada 18 peratus selepas Mac 2013 apabila projek mitigasi siap sepenuhnya.


Jawatankuasa itu, yang diketuai Datuk Khusrin Munawi dan turut dianggotai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Konsortium ABBAS dan bekas kakitangan Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS), telah menjalankan pemantauan terhadap operasi SYABAS bermula 18 Julai lalu.


Krisis air Selangor : Kenapa perlunya LRAL2 dan bukan MITIGASI 1?

Sekali lagi kebijaksanaan kita perlu di gunakan untuk mengkaji dan menilai fakta-fakta yang diberi kedua-dua belah pihak iaitu dari pihak Kerajaan Negeri Selangor dan SYABAS &K erajaan Pusat bagi mencari jawapan yang tepat mengenai apakah krisis sebenar air di Selangor ini dan cara terbaik untuk menanganinya secara bijak.

Seperti yang telah diperjelaskan di atas, masalah sebenarnya yang melanda Selangor kini ialah kekurangan bekalan air terawat dan bukanya air mentah. Atas fakta ini mengapakah kita perlu menyokong pembinaan LRAL2 yang tujuan utamanya ialah bagi menyalurkan air mentah dari Negeri Pahang dan di rawat di Selangor yang menelan kos begitu tinggi?

Bukankah labih baik hanya dibina loji rawatan air seperti pembinaan Projek MITIGASI 1 sahaja untuk merawat air mentah yang masih banyak diselangor?

Jika persoalan sebagai persediaan menghadapi krisis air yang dijangka berlaku pada tahun 2014 mengapa tidak dicari alternatif lain penyaluran air mentah yang tidak menglibatkan kos setinggi LRAL2 ini seperti membeli air mentah dari Negeri sembilan atau Perak yang sudah tentu tidak memerlukan kos yang tinggi seperti pembinaan terowong melintasi Banjaran Titiwangsa dalam pakej pembinaan LRAL2 itu?

Rakyat Selangor perlu tahu kos selain kos pembinaan LRAL2 yang tinggi ia juga tidak kompetitif dengan permasalahan yang sebenar berlaku di Selangor kini.

Dengan kos yang hampir mencapai RM 9 billion sudah tentu beban kos pembinaan itu akan terpaksa ditanggung kembali rakyat Selangor dalam bentuk kenaikan caj bayaran penggunaan air.

Ini sudah tentu tidak akan membolehkan Kerajaan PR Selangor memberi air percuma 20 meter padu lagi pada masa hadapan. Mungkin ada yang mengatakan dana tersebut disediakan kerajaan pusat, tetapi harus diketahui kerajaan pusat juga meminjam dana dari institusi kewangan dari Jepun dan perlu dibayar semula, sudah tentu yang perlu membayar semula ialah rakyat Selangor!

Krisis air Selangor : Kesimpulanya

Kesimpulanya keperluan yang mendesak dalam isu air Selangor ini ialah pembinaan loji rawatan air yang baru dan bukannya pembinaan Terowong air mentah dari Pahang kerana Selangor sendiri mempunyai banyak sumber air mentah. Pembinaan projek MITIGASI 1 yang sedang dilaksanakan adalah tindakan terbaik bagi mengatasi krisis ini.

Seperti yang telah didedahkan oleh Jawatankuasa Pemantauan Air Selangor diatas, maka bolehlah dirumuskan bahawa punca utama krisis ini ialah kerana kegagalan syarikat pembekal air Selangor SYABAS menjalankan tanggungjawab mereka untuk memastikan penyaluran air terawat dilakukan secara efektif dengan melaksanakan penukaran paip-paip yang usang dan mengurangkan jumlah air yang tidak berhasil. SYABAS juga tidak harus menjadi kuda politik sesebuah pihak dengan menjadikan air sebagai senjata bagi menjatuhkan imej kerajaan negeri selangor.

Kesimpulanya ialah Selangor menghadapi masalah kekurangan bekalan air terawat bukan air mentah. Cara terbaik untuk mengatasinya ialah membina loji rawatan air sahaja yang menelan belanja tak sampai RM 500 juta bukan membina terowong penyaluran air mentah dari Negeri Pahang dalam projek LRAL2 yang menelan kos RM 9 Billion yang mungkin menguntungkan sesetengah pihak yang berkepentingan dan bakal membebankan rakyat Selangor sendiri pada masa hadapan. -tunhitler

Lajim Ukin Isytihar Letak Jawatan Umno, Pengerusi BN

Posted: 28 Jul 2012 08:29 AM PDT

Datuk Seri Lajim Ukin, yang lima hari yang lalu mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuat kuasa serta-merta.

Beliau merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan tindakannya yang diputuskan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) agak mengejutkan banyak pihak.

Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno, dan menyerahkan kepada parti untuk membuat keputusan.

"Bagi jawatan Timbalan Menteri, saya serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau.

"Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan... kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya," katanya dipetik Bernama.

Beliau mengumumkan keputusannya itu ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan program khas serta pengisytiharan gerakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS) di kediamannya di Likas Jaya, dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, Lajim turut mengumumkan senarai perwakilan PPS di 17 kawasan Parlimen di Sabah.

Bulan lalu, Lajim mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.

"Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telah dihantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu. Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat," katanya yang dipetik portal berita New Sabah Times pada Isnin lalu.

Sebelum ini, Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beaufort.

Lajim berkata, beliau masih 'pemimpin kerajaan' dan meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan. -SH

Dr Asri: Tindakan JAIS Pecah Masuk Rumah Rosakkan Imej Islam

Posted: 28 Jul 2012 05:59 AM PDT

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan kejadian pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang memecah masuk rumah seorang mangsa di Ampang Jumaat lalu sebagai merosakkan nama agama Islam.

Beliau menjawab soalan yang diajukan kepadanya berkenaan dengan kes pegawai JAIS pecah masuk rumah melalui akaun Twitternya, @realDrMAZA.

"Maksiat yang jelas tidak dicegah, yang tersembunyi pula hendak dicari.

"Islam tiada kaitan dgn tindakan seperti itu.

"Umar bin al-Khattab tidak memecah masuk rumah peminum arak kerana Abd Rahman bin Auf mengingatkannya bahawa Allah larang intip maksiat peribadi," kata Asri (gambar) dalam akaun Twitternya semalam.

Dalam kejadian yang berlaku di Ampang semalam, kira-kira hampir sepuluh orang pegawai JAIS memecah masuk rumah seorang penghuni yang dikatakan melakukan maksiat, walhal tidak ada kejadian sebegitu yang berlaku.

Pegawai JAIS itu menggunakan tukul menyebabkan kerosakan teruk kepada pintu pagar rumah mangsa.

Sementara itu, wakil dari Majlis Peguam dan aktivis "Perlembagaanku", Syahredzan Johan berkata, tindakan JAIS itu adalah sah dari segi undang-undang, menurut Seksyen 18, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 2003 yang membenarkan pegawainya memecah masuk tanpa waran.

Akan tetapi ia hanya boleh dilakukan sekiranya orang yang disyaki cuba melarikan diri.

Syahredzan berkata, walaupun Enakmen Negeri berkata demikian, undang-undang yang lebih tinggi iaitu Perlembagaan Persekutuan telah memutuskan bahawa terdapat hak privasi dalam Perkara 5, maka jelas sekali tindakan yang dilakukan oleh pegawai JAIS itu adalah salah dari segi Perlembagaan.

"Sekiranya mangsa merasakan bahawa haknya telah dicabul, dia sewajarnya membawa perkara ini ke Mahkamah untuk menuntut supaya kerosakan atau kerugian yang berlaku diberi pampasan oleh pihak JAIS.

"Walaupun JAIS mempunyai kuasa untuk memecah masuk ke dalam, persoalan yang harus ditujukan adalah adakah permintaan untuk masuk telah dibuat dengan sewajarnya?

"Jika mereka langsung tidak memohon masuk dan terus bertindak memecahkan pintu pagar, sudah tentu ianya tidak mengikut prosedur dan boleh dibawa ke Mahkamah," katanya lagi.

Syahredzan menambah, Enakmen Negeri ini boleh digubal oleh kerajaan negeri, maka sekiranya rakyat mahu ia dibuang, mereka boleh melobi untuk kerajaan negeri mengemukakan usul membuang peraturan ini.

"Ianya boleh dipinda dan dimansuhkan. Jika anda tidak bersetuju, anda harus lobi wakil rakyat anda untuk mengubah undang-undang ini," katanya melalui e-mail kepada The Malaysian Insider semalam. -TMI

JAIS serbu rumah tanpa waran, pecahkan pintu pagar

AMPANG, 27 Julai — Sekumpulan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini bertindak memecahkan pintu pagar sebuah rumah yang dikatakan ada kegiatan maksiat, sedangkan tidak ada apa yang berlaku di rumah tersebut.

Kejadian itu berlaku di Pandan Terrace Apartment, pada sekitar 2.30 pagi ketika penghuni rumah tersebut sedang bersahur.

"Pada mulanya saya ingatkan ada orang cuba pecah rumah saya, dan bila saya buka pintu, kelihatan hampir sepuluh orang di hadapan pintu rumah saya.

"Salah seorang dari mereka menunjukkan kad kuasa mereka, dan yang lain bertindak menggunakan tukul untuk memecah masuk rumah saya.

"Pegawai itu kemudian memberi amaran untuk bekerjasama atau kekasaran akan dilakukan.

"Mereka mengatakan mereka mendapat aduan bahawa ada kejadian maksiat di rumah saya, padahal tidak ada pun,"
kata mangsa yang dikenali sebagai Razman, berusia sekitar 20an.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Perdana atas tindakan kasar dan biadap pegawai-pegawai JAIS tersebut.

"Mereka langsung tidak memohon maaf atas kesilapan mereka, bahkan mereka mengherdik kami kerana enggan bekerjasama.

"Sepatutnya mereka selaku pegawai jabatan agama Islam, harus bertindak dengan cara baik, menunjukkan waran geledah dan bukannya bertindak memecahkan rumah orang begitu sahaja," kata Razman.

Menurut Razman, polis yang beliau temui memberi jaminan akan melakukan siasatan terperinci tentang kejadian ini memandangkan bukan pertama kali kejadian seumpama ini berlaku.

"Kami bimbang sekiranya JAIS tidak memantau orang bawahan mereka, takut mereka ini menggunakan kad kuasa mereka untuk memecah masuk rumah orang, kemudian mungkin merompak.

"Kita harap JAIS akan lebih peka dengan pegawai mereka," kata Razman.
-TMI


Mahkamah Tolak Permohonan Lynas Corporation

Posted: 28 Jul 2012 02:12 AM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin menolak permohonan Lynas Corporation Limited dan Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk mendapatkan injunksi terhadap pertubuhan 'Hentikan Lynas Selamatkan Malaysia' (SMSL) dan lima pihak lagi daripada terus menerbitkan artikel terhadap Lynas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara mengetepikan permohonan Lynas dengan kos RM5,000.

Dalam keputusannya, Hakim O'Hara berkata mahkamah, pada peringkat ini, tidak dapat menyimpulkan sama ada kenyataan itu adalah fitnah atau sebaliknya, sehinggalah mahkamah mendengar keterangan dalam perbicaraan penuh.

Hakim mendapati kepentingan awam adalah elemen yang relevan dan bersetuju dengan hujah defendan bahawa orang ramai mempunyai hak terhadap maklumat itu.

"Keterangan afidavit di hadapan saya tidak cukup untuk menyakinkan mahkamah bahawa defendan akan gagal dalam perbicaraan," katanya.

Dalam permohonan injunksi itu, Lynas memohon supaya defendan menarik balik artikel bertajuk 'Civil Society Organisations Joint Statement on Lynas Issue: SMLS Malaysian NGO statement Against Lynas' dari laman blognya sehingga kes saman itu diselesaikan.

Pada 19 April, Lynas Corporation of Sydney, Australia, dan Lynas Malaysia memfailkan saman itu terhadap SMSL Sdn Bhd dan dua pengarahnya, Tan Bun Teet dan Lim Sow Teow, serta tiga sukarelawan iaitu Hang Chong Leung, Lee Chow Fong dan Ismail Abu Bakar, berhubung artikel berbaur fitnah yang disiarkan dalam laman webnya pada 22 Mac.

Selepas keputusan itu, peguam defendan, Datuk Bastian Pius Vendargon memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau akan memohon supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan.

Mahkamah menetapkan 14 Ogos bagi pengurusan kes.

Sementara itu jurucakap SMSL, Tan Bun Teet melahirkan kegembiraan ke atas keputusan mahkamah dan menyifatkan ia satu kemenangan ke atas perjuangan rakyat san SMSL menentang Lynas.

Keputusan itu turut diraikan lebih 100 penyokong terdiri daripada penduduk Kuantan dan wakil-wakil organisasi masyarakat dengan membawa sepanduk untuk menujukkan perpaduan mereka terhadap tindakan fitnah Lynas.

"Ia adalah keputusan menggembirakan semua pihak. Kami lega dengan keputusan mahkamah sekaligus membuktikan kebebasan bersuara untuk menyatakan kebimbangan kami terhadap kerajaan dalam menjaga kepentingan orang ramai dan negara," katanya. -selangorku

Siapa Yang Terjejas Tanpa Cukai Eksais, Protonkah Atau Perut Tun?

Posted: 28 Jul 2012 01:08 AM PDT


Kereta nasional tetap murah tanpa duti eksais

SHAH ALAM - PKR menegaskan kereta buatan nasional akan tetap lebih murah berbanding kereta import, walaupun cadangan Pakatan Rakyat (PR) untuk menghapuskan duti eksais dilaksanakan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, duti eksais adalah cukai menyeluruh yang dikenakan ke atas sekumpulan barangan tanpa mengira ia dihasilkan di dalam atau di luar negeri.

"Ini bermakna, hampir semua kereta dijual oleh Proton atau Perodua, mempunyai sekurang-kurangnya 85 peratus cukai eksais dan cukai jualan,

"Perkara ini sama berlaku terhadap model-model yang dijual oleh Honda, Toyota dan lain-lain," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, sekiranya rombakanstruktur cukai dibuat dan cukai eksais dihapuskan, harga kesemua model kereta termasuk Proton, Perodua, Toyota dan Honda akan turun.

"Oleh yang demikian, harga kereta Proton dan Perodua masih kekal sebagai harga kereta terendah di pasaran pada harga purata di bawah RM30,000 setiap satu model.

"Berbanding kereta- kereta lain (seperti Honda, Toyota dan lainlain) yang harganya akan jatuh sekitar RM50,000 setiap satu model secara
purata," katanya.

Beliau berkata, PKR telah kaji secara terperinci mekanisme rombakanstruktur cukai, bagi memastikan penghapusan cukai eksais mampu diganti dengan sumber pendapatan baru.

"Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membentangkan perkara ini minggu depan," katanya.

Sebelum ini, PKR menyenaraikan janji menghapuskan cukai eksais bagi kereta yang dijual di Malaysia sebagai salah satu agenda utama dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) untuk Pilihan Raya Umum ke–13. -SH

Perkasa: Lebih banyak wang akan mengalir ke luar jika duti eksais dimansuh

KUALA LUMPUR, 26 Julai — Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menegaskan, sekiranya cadangan pemansuhan duti eksais kereta dilaksanakan, sepertimana cadangan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini, Malaysia bakal menyaksikan lebih banyak pengeluaran wang mengalir keluar negara ekoran rakyat lebih gemar memilih kereta luar berbanding kereta nasional.

Menurut Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali, keadaan itu bakal menyaksikan nasib pekerja Proton umpama telur di hujung tanduk kerana harga pembuat kereta nasional itu akan setara dengan kereta model antarabangsa.

"Alhamdulillah rakyat akan dapat membeli kereta dengan harga yang lebih murah ... tapi semurah mana?

"Kereta Proton tiada siapa nak beli sebab kereta import mewah harganya lebih kurang sama ... (dan) pekerja Proton pastinya gusar akan diberhentikan.

"Ini bakal menyaksikan wang negara terus mengalir keluar kerana rakyat akan lebih berminat untuk membeli kereta import," katanya kepada The Malaysian Insider semalam.

Bagaimanapun, Syed Hassan menegaskan, cadangan yang diumumkan oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli itu juga hanyalah strategi memancing undi, kerana pilihan raya umum (PRU) ke-13 dijangka berlangsung tidak berapa lama lagi sebelum mandat Barisan Nasional (BN) tamat April depan.

"Ini semua janji adalah cubaan nak dapatkan undi untuk PRU13.

"Selama ini kita kenakan cukai tinggi kepada pembeli kereta import kerana untuk selamatkan industri kereta Nasional dan menghalang wang negara mengalir keluar ... dan itulah caranya mengenakan cukai tinggi kepada mereka yang kaya, dan kadang-kadang terlepas dari membayar cukai pendapatan," tegasnya.

"Inilah akan jadi bila org yang tidak tahu menguruskan ekonomi menerajui kerajaan negara ini nanti," tambahnya lagi merujuk kepada kemungkinan penjualan Proton akan merosot jika rancangan itu dilaksanakan.

"Peniaga kereta AP tersenyum tetapi kerajaan kerugian ratusan juta ringgit dari cukai kereta import."

Beliau turut menyelar pemimpin PR yang menurutnya begitu teruja untuk menawan Putrajaya, sehingga sanggup menjanjikan pelbagai perkara.

"Dulu nak mansuh PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) ... sekarang cukai eksais kereta pula.

"Mereka pemimpin Pakatan ini tak sedar ke negara ni masih status negara membangun? Belum lagi negara maju," soalnya.

Malah, beliau turut mengingatkan rakyat betapa "kerajaan sekarang adalah kerajaan yang telah berjaya memajukan negara ini, dan oleh sebab itu pemimpin Pakatan nak belanja sakan bila memerintah."

Syed Hassan turut mengkritik pembangkang yang kerap menjanjikan perkara percuma dan tidak mahir dalam mentadbir ekonomi negara.

"Nak hidup bawah pemimpin yang tak tahu urus ekonomi negara? Siapa yang akan salah belanja wang negara sebenarnya kalau semua nak bagi percuma kepada rakyat? ... sedangkan kita belum mencapai status negara maju lagi," tegasnya.

"Saya nak tanya Rafizi, siapa yang buatkan negara banyak duit, seperti yang dia selalu kata banyak duit negara kerajaan habiskan. Pakatan?" soalnya lagi.

Beliau turut menjelaskan, dalam kedudukan parti dalam Pakatan Rakyat, hanya PKR yang kerap menabur janji-janji, sementara PAS dan DAP lebih kerap mengambil tindakan berdiam diri.

"Dalam Pakatan Rakyat, hanya PKR sahaja yang suka berjanji. PAS ikut sahaja sebab tidak tahu apasal ekonomi, jika tidak Kelantan pasti sudah maju.

"Bijaknya DAP diam seribu bahasa berkenaan janji-janji ini ... nanti kalau memerintah mereka (akan) kata DAP tidak menjanjikan apa-apa.

"Itulah Pakatan Rakyat. Mereka berpakat untuk menipu rakyat sahaja.

"Rakyat jangan mudah terpedaya dgn janji-janji palsu mereka ni," tambahnya lagi.
-TMI


Salleh Man Terima Surat Perlantikan Sebagai YDP MAINPP, Fitnah UMNO Terkambus

Posted: 27 Jul 2012 10:42 PM PDT

Georgetown - Kemelut isu jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Mainpp) akhirnya berakhir apabila Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Salleh Man dilantik memegang jawatan itu secara sah hari ini.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata, pengesahan itu dibuat susulan daripada penerimaan surat daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang memperkenankan cadangan yang dikemukakan Kerajaan Negeri sebelum ini.

"Alhamdulillah, kita sudah terima surat daripada pihak istana yang memperkenankan senarai perlantikan baru ahli majlis yang kita syorkan dulu. Surat bertarikh 23 Julai 2012 ini mengesahkan bahawa YDP MAINPP sekarang adalah (Datuk) Salleh Man dan timbalannya adalah Maktar Shapee berkuat kuasa serta-merta.

"Senarai lima Ex-Officio yang lain kekal namun ada tiga muka baru akan dilantik dalam lapan ahli majlis yang sedia ada," katanya kepada media hari ini.

Jawatan berkenaan sebelum ini di sandang Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Kassim.

"Saya harap, dengan pengumuman rasmi ini, isu ini tidak dipolitikkan dan di manipulasi oleh pihak-pihak tertentu," katanya.

Sementara itu, Salleh Man yang diminta mengulas berkata, beliau berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana memberi laluan kepadanya untuk menggalas jawatan berkenaan.

"Terima kasih atas laluan ini untuk saya terus melaksanakan tugas ini dan ia adalah jawatan berat untuk saya laksanakan namun saya akan laksanakan mandat Kerajaan Negeri yang diberikan ini dengan baik.

"Apa yang penting adalah sokongan daripada pelbagai pihak termasuk bekas YDP dan umat Islam di Pulau Pinang," katanya.

Sementara itu, Abdul Malik yang turut berada di sidang media yang sama berkata, pertukaran jawatan itu adalah kesinambungan Kerajaan Negeri dalam memartabatkan orang Islam serta meletakkan agama Islam pada kedudukan yang tertinggi.

"Pembaharuan ini adalah pembaharuan dalaman dan ia kesinambungan yang biasa. Saya percaya dengan pelantikan ini akan menaikkan lagi martabat umat Islam serta agama Islam itu sendiri. Saya akan memberi sepenuh kerjasama bagi memastikan Islam di Pulau Pinang terus dipelihara," katanya. -SH

Ulasan GB

Satu demi satu isu untuk UMNO bersorak sorai memburukkan kerajaan PR di Pulau Pinang terkambus.

Perlantikan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Salleh Man sebagai YDP MAINPP menamatkan segala kritikan dan cacian puak UMNO yang menyatakan kononnya PAS dipingirkan di dalam kerajaan PR Pulau Pinang.

Sebelum ini UMNO mendakwa tindakan Kerajaan Negeri membuat rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Salleh Man dilantik untuk jawatan berkenaan menggantikan Abdul Malik Kassim dilihat cuba mencabar institusi raja.

Tetapi ternyata tuduhan itu fitnah semata-mata apabila Ustaz Salleh Man menerima watikah perlantikannya daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang bersetuju dengan rayuan kerajaan Pulau Pinang tersebut.

Merapu meraban dan meroyanlah lagi UMNO Pulau Pinang selepas ini.,



Dia Tiba Tanpa Dibentangkan Permaidani Kuning

Posted: 27 Jul 2012 08:42 PM PDT


Bicara buat seorang sultan kekasih rakyat,
berangkat hadir solat Isyak bersama rakyat,
memandu sendiri Mercedes tertera ' V محمد '

tanpa dibentang permaidani kuning,
hanya ber-Croc memakai sendiri.
Berjubah Berkopiah sederhana mungkin,
Itulah Sultan yang mengajak rakyat takutkan Allah.
Daulat Tuanku kepada الله أكبر
Muhammad V, Sultan untuk umat Islam Malaysia.

Allahuakbar Tuanku.

-fb I ♥ KELANTAN

No comments: