Kelab Greenboc |
- Aiiik Baru Beberapa hari Dah Lusuh, BNM Perlu Beri Penjelasan
- Sebenarnya, Kaum Cina Pun Tolak BN
- Gobala Didenda RM5,000, Boleh Gugur Jawatan MP Jika Rayuan Ditolak
- [VIDEO] Lagu Propaganda 1Malaysia UMNO BN Jadi Lagu Tema Hari Merdeka
- Pergolakan Sabah Mangkin Kejatuhan BN
- [BERGAMBAR] Bantahan Kekejaman Terhadap Rakyat Rohingya
- Yang Menangis Itu Bukan Mufti Saudi - Penjelasan GB
- [VIDEO] Kempen 'Tolak Najib' Dilancarkan
- [Siapa Tu] Didenda RM800 Cuba Bakar Rumah Kerana Isteri Tak Izin Kahwin Lagi
Aiiik Baru Beberapa hari Dah Lusuh, BNM Perlu Beri Penjelasan Posted: 27 Jul 2012 05:27 PM PDT Wang kertas baru yang diedarkan sejak 16 Julai lalu kini dipersoalkan pula mutu kertas yang digunakan apabila didapati ia mudah lusuh dan gambar yang tertera di pemukaan kertas itu mudah hilang. Demikian persoalan yang timbul di beberapa laman facebook. Bank Negara Malaysia sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa bertemakan 'Keunikan Malaysia', ciri-ciri yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara telah menjadi inspirasi dalam reka bentuk wang kertas terbaru itu. Ia turut menampilkan teknologi wang kertas yang mengandungi ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air (watermark) dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna. Namun dengan bukti yang ada, menjelaskan bahawa ciri kualiti tidak diambil berat oleh BNM terhadap pengeluaran wang kertas baru berkenaan. |
Sebenarnya, Kaum Cina Pun Tolak BN Posted: 27 Jul 2012 11:01 AM PDT PRU13: Pengundi Cina tersinggung, BN sukar KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) bakal menghadapi kesukaran untuk menang majoriti dua pertiga termasuk menawan negeri pantai barat berpunca daripada undi daripada kaum Cina dalam pilihan raya umum akan datang. Ahli Panel, Zainon Ahmad (gambar) dari akhbar The Sun berkata, kesukaran ini berlaku akibat kelantangan pemimpin Umno dan BN yang menyatakan mereka boleh mendapat majoriti dua pertiga hanya berbekalkan undi Melayu selepas menang besar dalam pilihan raya umum 2004. Menurutnya, ini membuatkan bangsa lain tersinggung dan mengubah landskap politik negara dalam pilihan raya umum 2008 apabila BN kehilangan empat negeri. "Parti pemerintah harus memberikan perhatian mengenai perkara ini, jika tidak ada negeri yang akan kecundang seperti Negeri Sembilan, Johor dan gagal untuk merampas semula negeri ditawan pembangkang. "Kegagalan ini juga berpunca daripada janji BN tidak ditunaikan, kerana leka dengan kemenangan diperoleh," katanya dalam persidangan Meja Bulat anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) pusingan ketiga yang bertajuk 'Dari PRU-12 ke PRU-13: BN lawan PR, Satu Penilaian'. Sementara itu ahli panel terakhir, Prof Dr Teo Kok Seong berkata, masyarakat Cina sukar untuk menerima perkara berkaitan dengan perkauman ditimbulkan mana-mana pihak sama. Katanya, bagi masyarakat itu, sistem pendidikan bahasa Cina amat dititik beratkan dan harus diberi keutamaan. "Selama ini masyarakat beranggapan bahawa kaum Cina lebih mementingkan ekonomi daripada pelajaran dan ia tidak benar kerana bagi mereka sistem pendidikan Cina harus diberi keutamaan. "Bagi mereka ekonomi adalah keperluan kedua, walaupun banyak pihak menyatakan kaum Cina lebih mementingkan ekonomi," katanya. Kok Seong berkata, perkara ketiga menjadi keutamaan kaum tersebut adalah isu berkaitan dengan perkauman. Menurutnya, walaupun pelbagai sistem diperkenalkan oleh kerajaan yang memperuntukkan pembahagian kepada semua kaum, tetapi masyarakat Cina masih beranggapan ia tidak adil. "Mereka beranggapan sistem yang diperkenalkan itu lebih menjurus kepada Umno kerana majoritinya bangsa Melayu yang menguasainya. "Ini termasuk jawatan di dalam Kabinet, sistem pentadbiran negara atau apa jua jawatan yang diperkenalkan kerajaan," katanya. -SH BN boleh lupakan saja S'gor, kata Liong Sik |
Gobala Didenda RM5,000, Boleh Gugur Jawatan MP Jika Rayuan Ditolak Posted: 27 Jul 2012 08:08 AM PDT N Gobalakrishnan didenda RM5,000 halang tugas penjawat awam BUKIT MERTAJAM: Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan hari ini didenda RM5,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menghalang tugas penjawat awam pada 2009. Majistret Mohd Azhar Hamzah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap fakta kes serta mengambil kira kepentingan awam. Mohd Azhar berkata hukuman yang dikenakan terhadap Gobalakrishnan perlu dijadikan pengajaran oleh tertuduh serta orang ramai. Gobalakrishnan didakwa menggunakan kekerasan menghalang Sub Inspektor M Karunamuthi daripada menjalankan tugasnya di hadapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini pada 11 pagi 17 Ogos 2009. Dia dikatakan mengingkari arahan polis dengan menggunakan alat pembesar suara serta melaungkan kata-kata berunsur provokasi termasuk menghambur kata-kata kesat terhadap polis. Dia didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda. Selain itu, katanya, Gobalakrishnan juga mempunyai rekod kesalahan sama dan dikenakan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Georgetown pada 2010. Sementara itu, Gobalakrishnan yang ditemui di luar mahkamah berkata beliau akan mengemukakan rayuan bagi mengenepikan hukuman itu yang akan difailkan oleh peguamnya, Saiful Ambar Abdullah Ambar hari ini. Ahli Parlimen bebas itu yang mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) awal tahun lalu juga berkata beliau akan terus berkhidmat untuk pengundi Padang Serai melalui PEKEMAS, sebuah badan bukan kerajaan. - BERNAMA Ulasan GB Mengikut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana Ahli Parlimen yang didapati bersalah oleh mahkamah dan dipenjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000, boleh dilucutkan jawatannya. Mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, jawatan seseorang sebagai Ahli Parlimen akan terlucut sekiranya mahkamah menolak rayuannya dan mengekalkan hukuman itu. |
[VIDEO] Lagu Propaganda 1Malaysia UMNO BN Jadi Lagu Tema Hari Merdeka Posted: 27 Jul 2012 05:37 AM PDT Selepas kontroversi slogan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 'Janji Ditepati' yang didakwa hanya untuk meraih sokongan kepada Barisan Nasional (BN), kini lagu temanya turut menimbulkan persoalan yang sama. Lagu 'Janji Ditepati' yang dimuat naik dalam laman video sosial YouTube mengandungi lirik 'Janji sudah ditepati, Kini masa balas budi'. Lirik lagu 3:35 minit itu turut memuatkan baris ayat 'Ini janji kita BR1M 1Malaysia', 'Kata kita dikota ', dan 'Kedai 1Malaysia'. Macam malam ikut siang macam bulan ikut matahari 1Malaysia terus berjuang Janji Kita ditepati Kata Kita dikota Janji Kita ditepati Hidup Rakyat Dibela Masa Depan Diberkati Janji sudah ditepati Kini masa balas budi (Chorus) Janji siapa? Janji kita Janji APa? Janji 1Malaysia Janji Siapa? Janji kita Janji Apa? Janji 1Malaysia Ini janji kita BR1M 1Malaysia Ini janji 1Malaysia BR1M 1Malaysia Kata kita dikota Kini 1Malaysia Janji kita ditepati Kedai 1Malaysia Manakala klip video tersebut memaparkan beberapa keping gambar slaid program 1Malaysia termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik Bergerak 1Malaysia, serta Skim Amanah Rakyat (Sara) 1Malaysia. Slogan 'Janji Ditepati' sebelum ini mendapat reaksi negatif terutamanya Pakatan Rakyat yang mendakwa ia tidak menggambarkan kepentingan seluruh rakyat Malaysia dan hanya untuk meraih undi untuk pilihan raya. Pakatan Rakyat sehubungan itu memberi tempoh masa seminggu kepada kerajaan menukar slogan itu sebelum mencadangkan satu tema lain yang lebih inklusif untuk semua. Namun Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam reaksinya berkata bukan satu kesalahan menggunakan slogan "Janji Ditepati" sebagai tema kerana ia sememangnya mencerminkan komitmen kerajaan BN menunaikan janji-janjinya. -FMT SAMM Cadang Boikot Sambutan Kemerdekaan Edisi Ke-55 |
Pergolakan Sabah Mangkin Kejatuhan BN Posted: 27 Jul 2012 03:41 AM PDT Beberapa hari yang lalu berlaku pergolakan politik di Sabah yang tentunya menarik untuk diperhatikan. Ia menjadi menarik kerana apa yang berlaku di Sabah itu bukan saja memberi kesan kepada politik negeri bawah bayu itu sahaja tetapi juga kepada perkembangan di Malaysia seluruhnya. Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing secara tiba-tiba mengumumkan perletakan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran dan dijangka akan mengumumkan masa depan politiknya pada Ahad ini. Tetapi ramai pemerhati meramalkan beliau akan keluar dari UPKO dan seterusnya mengisytiharkan dirinya menyokong Pakatan Rakyat. Di masa yang sama, timbul juga desas-desus sebuah parti baru yang dikenali Barisan Pembaharuan Sabah sedang dalam proses penubuhan dan dijangka diumumkan secara rasmi di di Dalit, Tuaran Ahad ini. Di masa yang sama, Anwar Ibrahim juga dikhabarkan akan menghadiri satu perhimpunan rakyat di Tuaran, juga Ahad ini. Berlakunya tiga peristiwa Ahad ini di Tuaran iaitu Wilfred akan mengumumkan masa depan politiknya, desas-desus penubuhan parti baru dan kehadiran Anwar dalam satu perhimpunan khas, tentunya bukan suatu kebetulan atau suratan takdir semata-mata. Ia adalah perancangan untuk mencetuskan tsunami politik di Sabah dan seterusnya membawa perubahan kepada kedudukan UMNO, BN serta Najib. Dalam pada itu, di hari yang sama Wilfred mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi BN Tuaran minggu lalu, seorang lagi pemimpin UMNO Sabah iaitu Lajim Ukim, seorang timbalan menteri kerajaan pusat dan ahli MT UMNO pula mengunjungi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di Kota Bharu. Lajim sebelum ini telah pun meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Cawangan dan sudah mengumumkan tidak lagi mahu mempertahankan jawatan Ketua UMNO Beaufort yang disandangnya. Sebagaimana Wilfred, Lajim juga sudah dikaitkan dengan Pakatan Rakyat sejak sekian lama dan mempunyai hubungan yang dingin dengan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. Dari segi politiknya, pertemuan seorang timbalan menteri dan ahli MT UMNO dengan Nik Aziz itu pastinya memberi pelbagai makna dan persepsi. Ia bukanlah pertemuan kerana ada program kementerian atau kebetulan ada lawatan rasmi ke Kelantan. Lajim menemui Nik Aziz semata-mata atas kapasiti peribadinya yang ingin berbual dan bertukar-tukar pandangan dengan Mursyidul Am Pas itu. Di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu pula, angin makin kuat bertiup mengatakan bahawa kedua-dua pemimpn itu akan meninggalkan BN dan menyokong PR dalam piliharaya akan datang. Jika Wilfred dikaitkan dengan parti baru, Lajim dikhabarkan kemungkinan akan menyertai Pas atau PKR. Jika penghijrahan kedua-dua pemimpin itu menjadi nyata, ia tentunya boleh mencetuskan tsunami yang bukan saja boleh merubah senario politik Sabah tetapi juga Malaysia kerana berdasarkan pilihanraya lalu, kemenangan BN banyak disumbangkan oleh jumlah kerusi di Sabah dan Sarawak. Kebiasaannya selepas dua pemimpin ini mengumumkan menyertai PR, ia akan disusuli pula pemimpin lain dari pelbagai peringkat pula. Jika ini berlaku, perubahan memang sukar ditahan lagi. Senario di Sabah yang mahu kepada perubahan juga berikutan limpahan maklumat yang diterima oleh rakyat negeri itu. Bersandarkan senario semasa itu, Pengarah UiTM Sabah, Arnold Puyok meramalkan BN Sabah akan tewas lebih daripada 60 peratus kerusi Parlimennya atau sekurang-kurangnya 14 dari 22 kerusi. Ini bermakna kedudukan Sabah sebagai deposit tetap bagi BN akan berubah. Sejarah politik Sabah memang sudah beberapa kali mengalami perubahan daripada USNO, Berjaya, PBS dan kini UMNO. Atas dasar itu, perubahan kepada PR pula bukanlah sesuatu yang mustahil. Cumanya jika selama ini hanya perubahan peringkat negeri, kali ini ia membabitkan Pusat juga. UMMO sendiri menyedari hakikat itu. Sebab itu, sebaik tersebarnya berita Wilfred mengumumkan perletakan jawatannya dan mungkin beralih arah, begitu juga dengan Lajim, segera kedengaran bahawa Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan politik ke Sabah Sabtu ini. Selain meninjau perkembangan semasa politik di negeri itu, tidak mustahil Muhyiddin akan mencari masa berusaha menemui kedua-dua pemimpin itu bagi memujuknya supaya membatalkan segala hasrat untuk bertalak kasih dengan BN itu. Mungkin pelbagai tawaran dan janji akan dilimpahkan supaya kedua mereka terus kekal bersama BN. UMNO tentunya menyedari kehilangan 7 hingga 10 kerusi sahaja di Sabah sudah merupakan ancaman besar baginya. Lebih-lebih lagi jika perubahan di Sabah itu turut pula menjangkit ke Sarawak yang turut menyebabkan BN hilang beberapa kerusi lagi di negeri pimpinan Taib Mahmud itu. Kerana itu kebarangkalian timbulnya elemen yang boleh mencetuskan tsunami di Sabah akan cuba dihalang sedaya upaya sebab kemenangan di Sabah dan Sarawaklah talian hayat terakhir bagi BN untuk mempertahankan kuasa. Jika Wilfred dan Lajim dapat dipujuk, tsunami politik di Sabah mungkin dapat dikurangkan kesannya dan harapan BN untuk terus berkuasa masih ada. Cumanya, adakah masih laku segala pujuk rayu disisi Wilfred dan Lajim yang sudah dikira veteran dalam politik Sabah itu? -Shahbudin Hussin _______________________________ Penulis pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com |
[BERGAMBAR] Bantahan Kekejaman Terhadap Rakyat Rohingya Posted: 27 Jul 2012 02:08 AM PDT Gambar di atas: AJK PAS Pusat, Ketua Lajnah IT dan Setiausaha Majlis Syura Ulama' PAS merangkap Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama' Rantau Asia (SHURA) Ustaz Abd Ghani Shamsudin berucap dan menutup ucapan dengan doa di Masjid asy-Syarif Gombak Gambar di bawah: Bersama umat Islam mendesak pemimpin negara Islam prihatin isu Umat Islam Rohingya yang dibunuh, dirogol dan dihalau dari kampung halaman di Arakan Burma. PBB, OIC hatta Malaysia memandang sepi isu ini. Bersama ialah Ust Abdul Ghani Shamsudin AJK Pas Pusat, Hj Mohamad Nor Pesuruhjaya Wilayah, Sdr Kamaruzzaman Ketua Pemuda WP dan Khairui Fahmi Mat Som SU pemuda Selangor, 1 hb akan ada rombongan ke sana untuk desak Junta tentera Myanmar. Himpunan anjuran Dewan Pemuda Pas Malaysia. Gambar di bawah: Di negeri Terengganu, himpunan aman yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu berlangsung di Masjid Pasil Minal dengan kerjasama NGO-NGO Islam yang lain. Himpunan tersebut di ketuai oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Sheikh Hanafi Abdul Aziz Gambar di bawah: Di Melaka, di hadapan Masjid Al-Azhim diketuai oleh Pesuruh Jaya PAS Melaka, Sdra Hj Adly Zahari, TPJ 2, Ustaz Md.Nor dan Ketua Dewan Ulamak Ustaz Zulkifli |
Yang Menangis Itu Bukan Mufti Saudi - Penjelasan GB Posted: 27 Jul 2012 12:05 AM PDT Bukan Mufti Saudi Oleh Dr Wan Ahmad Razwan Assalamualaikum wrwbt. Saya merujuk "Mufti Saudi Ini Menangis Teresak-esak..." Saya sudah meneliti rakaman video tersebut dan cerita yg dilaporkan orang ramai dalam alam maya itu didapati hanya untuk menyedapkan sebaran. Tokoh panel dalam video tersebut bukanlah Mufti Arab Saudi, tetapi seorang pendakwah yg bernama Syeikh Abd Aziz Fawzan. Beliau menangis apabila mengulas tentang kejahilan seorang "liberalist" wanita yg bernama Hessa Asy- Syeikh yg menulis dalam akaun twitternya dengan menyamakan lagu Muhammad Abdu (penyanyi Arab Saudi) seperti Kalam ALLAH. Memberi bantuan kepada rakyat Somalia adalah suatu tuntutan agama, tetapi bukan bermakna kita boleh sewenang-wenang menyandarkan sesuatu berita secara palsu. Inilah bentuk perekaan "hadith" palsu zaman moden !! -HD Di bawah ini video yg dimaksudkan - Ulasan GB Pertama, GB ucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Wan Ahmad Razwan kerana memberikan responsnya terhadap isu yang telah dibawa oleh Blog GB dengan tajuk: [BERGAMBAR] Mufti Saudi Ini Menangis Teresak-esak... Mengapa? Gambar dan berita tersebut telah tersebar di dalam Facebook, Twitter dan beberapa forum antarabangsa berbahasa Inggeris sejak beberapa hari lepas dan ketika ia mula-mula dimasukkan ke dalam blog ini, belum ada yang tampil memberikan maklumat sebenar dari mana-mana pihak terhadap isu berkenaan. GB juga telah berusaha untuk mencari video klipnya namun gagal. Video yang disiarkan di atas itu pun hanya dimuatnaik pada 26hb Julai 2012 iaitu pada hari semalam. Sebenarnya tidak timbul isu "menyandarkan sesuatu berita secara palsu" sepertimana yang didakwa oleh beliau kerana laporan mengenai penderitaan masyarakat Somalia itu adalah benar. Laporan GB sebelum ini mempunyai dua bahagian, bahagian awal ialah petikan dari facebook yang dikatakan Mufti Saudi menangis teresak-esak kerana mendengar soalan dari seorang rakyat Somalia yang kononnya menanya: "Adakah puasa saya diterima jika saya tidak bersahur dan berbuka puasa (Iftor)?" Bahagian kedua laporan GB ialah kisah bergambar mengenai penderitaan masyarakat Somalia. Jika tiada laporan pertama itu, iaitu laporan mengenai "Mufti Saudi yang menangis itu", maka laporan kedua di bawahnya iaitu penderitaan rakyat Somalia itu tetap boleh berdiri sendiri. Justeru itu laporan penderitaan rakyat Somalia itu tidak bersandar kepada laporan yang pertama tersebut tetapi "penerusan" kepada pendedahan kepada isu sebenar iaitu kesahihan dan kebenaran mengenai penderitaan rakyat Somalia yang mungkin saja dilupakan oleh masyarakat Islam di bulan Ramadhan ini. Bersandar ertinya, jika tiada laporan pertama, maka laporan kedua itu pun rebah (kerana tiada tempat bersandar) dan batal. Tetapi berbeza di dalam laporan GB, jika tiada laporan pertama, laporan kedua itu tetap benar dan sahih. Jadi tuduhan menyatakan "Inilah bentuk perekaan "hadith" palsu zaman moden" dengan sendiri tertolak kerana pertama laporan tersebut tidak saling sandar menyandar dan kedua tiada siapa berhak mengeluarkan "hadith" kecuali Rasulullah saw. Menyamakan apa pun laporan yang tidak betul oleh orang yang tidak diketahui itu dengan "hadith" sangat-sangatlah menyimpang. Kerana tidaklah patut apa-apa persamaan boleh dilakukan terhadap nas-nas qat'i seperti Al-Quran dan hadith. Yang ketiga seperti yang GB katakan tadi, isu pokok yang diketengahkan ialah penderitaan rakyat Somalia dan tugas kita umat Islam mencari jalan membantu, melalui huluran sumbangan dan doa sebagai menunaikan tanggungjawab kita terhadap meringankan bebanan saudara Islam kita di Somalia. Adapun laporan pertama yang dikatakan palsu itu boleh saja ditinggalkan tanpa mencacatkan lansung isu pokok yang sebenar lantaran bukan di situ tumpuan kita. Pun begitu ada laporan lain yang GB terima dari seorang sahabat menyatakan soal-jawab itu memang wujud cuma gambarnya sahaja tidak betul dan diletakkan sekadar illustrasi hiasan. Jika demikian maka sudah tiada ada isu lagi. Cuma sekarang beliau sedang bantu GB meperolehi video soaljawab berkenaan. InsyaAllah akan disiarkan apabila ketemu nanti. Kaedah Islam pula di dalam mengambil sesuatu pedoman, ilmu atau panduan maka dipesan sebagaimana istilah "أنظر ما قال ولا تنظر من قال" yang bermaksud "Lihatlah apa yang dicakap dan jangan melihat siapa yang bercakap" Wallahu 'alam! Greenboc COO Blog Kelab GB klik untuk baca |
[VIDEO] Kempen 'Tolak Najib' Dilancarkan Posted: 26 Jul 2012 10:05 PM PDT Wanita PKR semalam telah melancarkan kempen "Tolak Najib" bagi mendesak perdana menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak meletakkan jawatan sebagai pemangku menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Ketuanya Zuraida Kamaruddin berkata, kempen itu dijalankan kerana Najib masih gagal mengemukakan perancangan bagi hala tuju pembangunan wanita di Malaysia walau telah tiga bulan memangku jawatan itu. Menurut Zuraida lagi, matlamat 30 peratus wanita di peringkat pembuat dasar jelas tidak seperti digambarkan kerana jurang gaji antara gender dan proses kepimpinan wanita di semua peringkat masih belum terlaksana. "Semenjak 2008, jutaan dana telah diluluskan dan dibelanjakan oleh kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat (KPWKM). Namun sehingga kini semua pencapaian perlaksanaan dan hasil tidak diketahui. "Jadi WANITA PKR melancarkan kempen ini bagi memberi pendedahan kepada wanita di luar sana tentang janji yang tak ditepati yang dibuat oleh Najib," katanya pada sidang media pelancaran kempen itu di ibu pejabat PKR hari ini. Selain itu, Zuraida berkata, pihaknya turut menyeru agar Najib mengemukakan calon bagi jawatan menteri wanita KPWKM. Zuraida berkata, Najib tidak mampu menggalas tanggungjawab yang banyak kerana presiden Umno itu kini sudah memegang "puluhan jawatan". "Antara puluhan jawatan yang dipegang perdana menteri ialah menteri kewangan, pengerusi Khazanah Nasional, pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pengerusi projek berimpak tinggi. "Adakah dengan puluhan jawatan ini beliau mampu mentadbir KPWKM dengan baik?," soal Zuraida. Zuraida berkata kempen "Tolak Najib" yang mensasarkan golongan wanita itu akan dilancarkan secara serentak di seluruh negara pada 28 Julai bermula dengan program mengedar risalah di kawasan bandar sehingga ke pedalaman. Najib memangku jawatan kementerian pembangunan wanita pada April lalu selepas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatan tersebut berikutan desakan serta penglibat keluarganya di dalam isu National Feedlot Corporation (NFC). -mk |
[Siapa Tu] Didenda RM800 Cuba Bakar Rumah Kerana Isteri Tak Izin Kahwin Lagi Posted: 26 Jul 2012 09:05 PM PDT Muar – Seorang ketua UMNO peringkat cawangan di Lenga dekat sini didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana cuba membakar rumahnya sendiri selepas permintaan untuk berkahwin lagi pada 17 Julai lalu tidak dibenarkan isterinya. Illustrasi hiasan Majistret Suzana Mokhtar memerintahkan Ithnin Misdani, 50, dari Kampung Sawah, Tulang Gajah, Lenga membayar denda berkenaan atau dipenjara sebulan apabila tertuduh mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Mengikut pertuduhan, Ithnin pada pukul 10.10 pagi 17 Julai lalu telah mengambil tong berisi petrol serta tong gas dan meletakkannya di ruang tengah rumah sambil mengugut untuk membakar rumah berkenaan di depan isterinya, Siti Musliha Selamat. Tertuduh dikatakan bertindak demikian selepas berang apabila isteri pertamanya dikatakan tidak mengikuti kehendaknya untuk beristeri lain. Berikutan itu, Ithnin dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali. -kosmo Ulasan GB Cuba baca semula ayat pertama itu... Seorang ketua UMNO peringkat cawangan di Lenga... sampai nak bakar rumah sebab isteri tak bagi kahwin lagi.. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment