Kelab Greenboc |
- Rumah Exco Kena Samun Bukti Kadar Jenayah Dah Turun?
- Populariti Najib Terus Merudum
- Ya Allah, Kau Berilah Balasan Kepada Mereka Yang Bertindak Melampaui Bidang Tugasnya Itu..
- Fitnah - Setpol MB Kedah Bakal Ambil Tindakan Ke Atas Padijantan
- Orang Kedah Tolak Mukhriz, Mahu MB Yang Ada Ilmu Agama
- Apa Kejadahnya Pelacur Berkeliaran Dalam Kawasan Masjid Negeri?
- [VIDEO] Perkahwinan Muda Syafiq & Yana Cetuskan Fenomena
- [BERGAMBAR] Mufti Saudi Ini Menangis Teresak-esak... Mengapa?
Rumah Exco Kena Samun Bukti Kadar Jenayah Dah Turun? Posted: 26 Jul 2012 05:31 PM PDT Rumah exco Melaka dipecah masuk sebabkan kerugian RM200,000 MELAKA, 26 Julai — Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Melaka Datuk Latif Tamby Chik kerugian kira-kira RM200,000 apabila rumahnya dipecah masuk tiga lelaki, Selasa lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata ketika kejadian pada 11.45 malam itu di rumah Latif di Jalan Datuk Palembang Bukit Baru di sini, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Teluk Mas itu tiada di rumah kerana menunaikan solat tarawih di masjid berhampiran manakala isterinya berada di rumah jiran. Beliau berkata ketiga-tiga lelaki dipercayai rakyat tempatan berusia antara 20 dan 30-an itu menggunakan kenderaan mewah dan memakir kenderaan berkenaan di hadapan rumah mangsa sebelum memecah masuk rumah itu. "Ketiga-tiga suspek masuk melalui tingkap di hadapan rumah dengan memecahkan jeriji sebelum menyelongkar rumah itu," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, hari ini. Beliau berkata kehadiran ketiga-tiga lelaki terbabit disedari isteri mangsa yang ingin memasuki rumah itu. Suspek melarikan diri bersama kenderaan mewah menggunakan nombor pendaftaran palsu, katanya. Raja Shahrom berkata mangsa kehilangan beberapa barangan kemas, beberapa utas jam tangan berjemana selain wang tunai yang keseluruhannya dianggarkan berjumlah RM200,000. Beliau berkata kes pecah rumah itu merupakan yang ketiga berlaku sepanjang enam hari berpuasa dan dipercayai dilakukan kumpulan sama. Kes pertama melibatkan rumah bekas Ketua Polis Melaka Datuk Ahmad Long di Taman Sentosa di sini pada Isnin dan kes kedua melibatkan jiran Ahmad pada hari sama. Sehubungan itu katanya polis Melaka menubuhkan unit khas anti pecah rumah bagi menjejaki anggota sindiket itu dan pihaknya menyeru orang ramai melaporkan kepala polis sekiranya melihat kenderaan mewah yang mencurigakan. — Bernama Ulasan GB Menteri KDN, Pemandu dan KPN bertegas menyatakan kadar jenayah dah turun. Sekarang satu demi satu terkena batang hidung, beberapa hari lepas Bekas ketua Wanita UMNO Bukit hangus mati ditikam, pada bulan lalu banglo Rahim Tamby Chik diceroboh, dari berita di atas rumah bekas Ketua Polis Melaka dan jirannya di Taman Sentosa kena rompak dan kini rumah exco di pecahmasuk. Kebenaran itu tidak boleh disembunyi atau ditipu. Ia akan muncul juga bahawa kadar jenayah tidak turun seperti yang digembar-gemburkan. |
Populariti Najib Terus Merudum Posted: 26 Jul 2012 04:45 PM PDT Tahap populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di kalangan pengundi di Semenanjung berada pada paras 64 peratus berbanding 65 peratus pada Mei lalu. Penemuan ini hasil kendalian Merdeka Center yang diumumkan pada hari ini. Kajian itu juga menunjukkan bahawa paras rasa puas hati terhadap prestasi Perdana Menteri di kalangan pengundi Melayu dan India masing-masing menurun daripada paras 79 peratus kepada 75 peratus dan 72 peratus kepada 69 peratus. Bagaimanapun sokongan pengundi Cina telah meningkat daripada 37 peratus pada Mei lalu kepada 42 peratus bulan lalu. "Meskipun mengalami penurunan di kalangan pengundi kaum India dan Melayu, paras yang direkodkan masih tinggi. Cuma ada perubahan sedikit di kalangan pengundi-pengundi Cina," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian dalam kenyataan media. Ujar beliau, pendirian komuniti-komuniti itu kemungkinan dipengaruhi oleh kebimbangan mereka tentang ekonomi negara khususnya di kalangan responden India. "Ia juga ada kaitan dengan rasa tidak puas hati berhubung kenyataan berkaitan dengan aktivis (Pengerusi Bersama) Datuk S. Ambiga," kata beliau lagi. Kaji selidik itu menunjukkan pandangan pengundi kerajaan terus merosot dengan 42 peratus daripada responden melaporkan bahawa "mereka gembira dengan kerajaan", penurunan sebanyak enam peratus berbanding kajian yang dijalankan pada pertengahan Mei 2012. Pungutan suara itu berkata penurunan itu amat ketara di kalangan pengundi Melayu, di mana jawapan dari orang-orang yang berkata 'gembira' dengan kerajaan menurun dari 65 peratus Mei kepada 58 peratus pada Jun 2012. "Pada pandangan kami, penurunan itu mungkin mempunyai kurang kaitan dengan politik atau persepsi mereka terhadap Perdana Menteri tetapi dengan bagaimana pengundi melihat ekonomi, melaksanakan dan kesannya terhadap kehidupan mereka," katanya. Kajian yang sama mendapati bahawa kebimbangan terhadap isu-isu ekonomi, terutamanya kos sara hidup dan gaji, adalah teratas di minda pengundi, 39 peratus daripada mereka berbanding dengan 33 peratus Mei 2012. Ini diikuti oleh kebimbangan terhadap jenayah dan masalah sosial di 12 satu isu peratus dan politik pada lapan peratus. Kaji selidik itu mendapati bahawa peningkatan kebimbangan terhadap ekonomi mungkin juga menjejaskan prospek negara dengan 54 peratus menyatakan negara ini diketuai di landasan yang betul berbanding 58 peratus pada April 2012. Kaji selidik yang telah dijalankan oleh Merdeka Center antara 22 dan 29 Jun di kalangan 1010 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan sembilan peratus responden berbangsa India yang telah ditemubual melalui telefon. -selangorku |
Ya Allah, Kau Berilah Balasan Kepada Mereka Yang Bertindak Melampaui Bidang Tugasnya Itu.. Posted: 26 Jul 2012 02:22 PM PDT Polis sepak kad media, cuba rampas kamera KUALA LUMPUR: Seorang petugas media memberitahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini bahawa empat anggota polis memegang tangannya secara kasar dan merampas begnya ketika beliau sedang menjalankan tugas pada Perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu. Pembantu Editor Merdeka Review Edisi Bahasa Cina, Chen Shaua Fui (gambar) berkata, beliau memaklumkan kepada polis bahawa beliau seorang petugas media sambil menunjukkan kad medianya namun polis bertindak menarik dan menyepak kad medianya yang bertulis wartawan. "Polis juga beri kata kepada saya, 'seorang polis sudah mati'. Kesemua mereka lelaki. Mereka juga beri amaran, 'kalau saya nampak kamu lagi, saya akan tangkap kamu," kata beliau pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suhakam hari ini. Shaua Fui, 34, berkata, polis bertindak demikian sewaktu beliau sedang mengambil gambar polis yang mengasari peserta Bersih di sepanjang Jalan Ampang. "Saya nampak polis menyuruh semua peserta yang memakai t-shirt kuning menanggalkan pakaian mereka," katanya yang sudah sepuluh tahun berkerja dalam bidang kewartawanan. Tambahnya, walaupun sudah membuat liputan di beberapa perhimpunan aman, inilah kali pertama polis bertindak demikian terhadapnya. Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen. -HD 'Kawan pun bagitahu saya press polis terus pukul' Polis serang pelanggan di restoran A&W ketika Bersih, saksi beritahu Suhakam Ulasan GB Perkara sudah berlaku. Tidak ada apa yang dapat dikatakan lagi. Yang hanya dapat kita lakukan ialah berdoa kepada Ilahi agar Dia mendedahkan dan melaksanakan kebenaran dan keadilan disamping menghukum mereka yang kejam dan zalim serta melampaui batas itu. Kepada polis yang menendang dan menyepak orang awam dan para petugas itu, jangan sampai nanti Allah kudungkan kakinya supaya menjadi pengajaran kepada anggota polis yang lain. Ya Allah, Engkau Maha Mendengar doa kami... |
Fitnah - Setpol MB Kedah Bakal Ambil Tindakan Ke Atas Padijantan Posted: 26 Jul 2012 08:02 AM PDT Difitnah rasuah, SETPOL MB Kedah lantik peguam untuk ambil tindakan undang-undang KUALA LUMPUR, 26 Julai — Setiausaha Politik (Setpol) Menteri Besar (MB) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor (gambar) melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang ekoran daripada fitnah yang mengatakan beliau menerima rasuah sebanyak RM1.3 juta oleh blog pro-Umno. Muhammad Sanusi dan peguamnya itu akan mengadakan sidang akhbar pada Ahad ini untuk menjelaskan tentang status kes itu. "Tunggulah dan kami akan memberi maklumat terkini mengenai dakwaan itu," kata Sanusi mengikut lapor akhbar Sinar Harian. Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ahmad Yahya menyokong tindakan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah melalui blog pro-Umno terhadap Setpol MB Kedah itu. "Walau apa jua alasan, tindakan fitnah yang dilemparkan itu sangat berat dan memberi kesan terhadap imej Kerajaan Negeri dan parti sendiri. "Tambahan pula beliau (Sanusi) turut memegang jawatan penting dalam parti sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah. "Kita amat kesal dengan tuduhan berkenaan," kata Ahmad mengikut lapor Sinar Harian. Menurut Ahmad lagi, bulan Ramadhan seharusnya digunakan untuk belajar lebih bertimbang rasa dan bukan untuk memfitnah. "Sepatutnya dalam bulan Ramadan, kita seharusnya bertimbang rasa, berkasih sayang serta tidak dicemari dengan unsur fitnah. "Satu tindakan tegas sepatutnya dikenakan terhadap penfitnah yang menyebarkan perkara ini," katanya. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menafikan memanggil Muhammad Sanusi untuk siasatan kes rasuah bernilai RM1.3 juta dalam laporan Sinar Harian semalam. Sebelum ini, akhbar tersebut turut melaporkan, Setpol MB Kedah itu menafikan dakwaan blog pro Umno tentang dakwaan beliau menerima rasuah sebanyak RM 1.3 juta. Malah beliau menyifatkan penyebaran fitnah itu sebagai usaha pihak tertentu untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap pemimpin PAS Kedah. Selain Muhammad Sanusi, nama Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Datuk Mohd Puat Mohd Ali turut dikaitkan sebagai sasaran seterusnya yang akan disiasat SPRM. -TMI SPRM nafi siasat Setpol MB BERNAMA PADIJANTAN |
Orang Kedah Tolak Mukhriz, Mahu MB Yang Ada Ilmu Agama Posted: 26 Jul 2012 10:40 AM PDT Alor Setar: Bukan semua ahli dan penyokong Umno di Kedah yang mahu anak mantan Perdana Menteri iaitu Datuk Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Menteri Besar selepas pilihan raya umum 13. Tinjauan ringkas mendapati ada pemimpin Umno di bahagian yang menentang pemilihan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah. "Mukhriz tidak sesuai kerana orang Kedah macam orang Kelantan mahu yang lebih beragama sedikit. "Kalau isterinya masuk kampung dengan rambut merah dan tidak bertudung, orang tidak suka,"kata seorang pemimpin Umno bahagian. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan terbaru oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) bahawa ramai yang mahu Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah. Kajian itu menunjukkan Mukhriz lebih popular berbanding tiga pemimpin BN lain iaitu Ketua Perhubungan, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Ketua Penerangan Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom dan Ketua Pembangkang DUN Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid. Ketua Umno bahagian Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad berkata, bercakap terlalu awal bahawa pemimpin tertentu akan menjadi Menteri Besar tidak baik kepada parti dalam menghadapi pilihan raya umum ke 13. "Kita menyebut Mukhriz akan menjadi Menteri Besar Kedah, apa akan jadi dengan Ahmad Bashah? "Kedua-dua mereka pemimpin utama Umno Kedah. Jadi yang lebih baik jangan bercakap orang ini atau orang itu akan menjadi Menteri Besar. "Biar kita (Umno) menang dulu dalam pilihan raya baru berbincang untuk memilih Menteri Besar," kata Nawawi yang juga ADUN Kuah di Parlimen Langkawi. Seorang pemimpin lain berkata, untuk menjadi Menteri Besar Kedah seseorang itu perlu mempunyai empat kriteria iaitu baik dengan Sultan; baik dengan pegawai kerajaan negeri; baik dengan ketua bahagian Umno dan banyak wang. Katanya, Mukhriz telah mempunyai kira-kira 50 peratus untuk menjadi Menteri Besar Kedah. "Di kalangan pemimpin Umno Kedah yang ada sekarang, Mukhriz yang terbaik. Malangnya Kedah tidak mempunyai pemimpin muda yang ramai seperti Johor," katanya lagi. -FMT Ulasan GB Siapalah punya idea minta Universiti Utara Malaysia (UUM) buat "mock study" konon mempunyai lebih 10,000 persampelan dengan rumusan kartunnya rakyat Kedah mahukan Mukhriz sebagai MB? Tak kaji ker latarbelakang kominiti dan rakyat Kedah? Bodoh betul. Kalau ya pun nak temberang dan menipu buatlah pilot study dulu, arm-desk reearches pun boleh menjelaskan latarbelakang sampel. Tak perlu questionnaires yang kononnya diagihkan kepada 10,000 orang. Gila ker buat kajian terhadap 10,000 responden dalamasa 1-2 bulan? Kang kami panggil professor kangkung, marah. Di kalangan blogger pun ada yang PhD dan professor juga, jadi janganlah takbur dengan jawatan awak untuk memperbodohkan rakyat. Kajian tersebut dikelaurkan serentak pula dengan satu lagi kajian dari UKM yang menyimpulkan kononnya bahawa rakyat Malaysia setakat ini memilih BN. Kedua-dua kajian dikeluarkan serentak, nampak sangat ia dirancang. Nak gunakan status "universiti" nak mengubah persepsi masyarakat tetapi diberikan kepada profesor-profesor mata duitan. Kalau UMNO BN lingkup di Kedah dalam PRU13 nanti, Naib Canselornya sepatutnya meletakkan jawatannya kerana telah mengizinkan nama UUM dilacurkan untuk kepentingan politik UMNO BN. |
Apa Kejadahnya Pelacur Berkeliaran Dalam Kawasan Masjid Negeri? Posted: 26 Jul 2012 02:01 AM PDT Kuantan, 25 Julai - Orang ramai yang mahu menunaikan solat Tarawikh di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I dekat sini malam tadi gempar dengan kelibat seorang wanita seksi dan mengiurkan yang cuba mengganggu jemaah yang mahu masuk ke masjid berkenaan. Tidak diketahui dari mana wanita terbabit, namun apa yang berlaku ini sungguh memalukan. Sebelum ini masjid negeri digemparkan dengan kelibat "babi hutan" yang masuk ke kawasan terbabit, terbaru menjelang Sukan Malaysia (SUKMA XV) Pahang baru-baru ini. Namun, kejadian yang berlaku malam tadi sungguh memalukan dan tidak wajar sebenarnya. Seorang mangsa yang menghubungi kami semalam berkata, beliau terkejut dan tergaman apabila seorang wanita seksi dengan pakaian yang mengiurkan menegur beliau di kawasan masjid berkenaan. "Saya datang dari luar Kuantan kerana mempunyai tugasan di sini. Saya sudah solat jamak Isyak semasa dalam perjalanan dan kemudian menginap di hotel Shahzan Inn yang berdekatan dengan masjid berkenaan. Sekitar lebih kurang jam 9.o0 malam saya telah bergegas ke masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawikh. Saya tergamam dan terkejut apabila didatangi wanita (berbangsa Cina) itu dan kemudian dia menegur saya .... Asslammualaikum Ustaz, Do you want have some fun !!... katanya. Saya mengucap panjang sebelum bergegas masuk ke dalam masjid", kata saksi terbabit. Apa yang berlaku ini kemungkinan tidak disedari oleh Ahli Jawatankuasa Masjid sebenarnya. Namun, pihak pengawal yang ditugaskan menjaga keselamatan di masjid berkenaan seharusnya memantau pergerakan orang ramai yang lalu lalang di situ. Tambahan pula kejadian berlaku di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Persoalannya yang timbul, siapakah wanita terbabit dan kenapa dia bebas menganggu jemaah masjid?. Malah, perkataan yang diluahkan itu saling tak tumpah sama seperti perkataan yang diucapkan oleh "pelacur" sebenarnya. Jika benar dia pelacur, kenapa di boleh terlepas?. Apakah ia ada kaitan dengan pendedahan awal PDO bahawa penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada bulan Ramadhan ini agak longgar dari hari biasa sebelum ini. Amat malang sekali bila adengan ini berlaku kepada orang luar yang berkunjung ke masjid terbabit. Ada maklumat mengatakan wanita itu "tidak betul" atau "gila". Tapi yang menghairankan, kenapa wanita berbangsa Cina itu boleh memberi salam sedemikian rupa? Inilah yang memusykilkan sekarang, Justertu, pihak berkuasa dan masjid sendiri diminta memantau perkara ini dan mengambil tindakan segera demi imej agama Islam. Kita tidak mahu orang ramai menuduh pelacur pun boleh berkeliaran dan cari makan di dalam kawasan masjid di negeri Pahang ini. -PDO |
[VIDEO] Perkahwinan Muda Syafiq & Yana Cetuskan Fenomena Posted: 26 Jul 2012 01:07 AM PDT Sekarang ini, video satu majlis perkahwinan pasangan muda yang hanya dikenali sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, tersebar meluas di ruang internet. Pasangan muda itu telah mengadakan majlis persandingan mereka pada awal bulan lalu, 8 Julai dengan meriah sekali. Lumrah apabila majlis perkahwinan dilakukan, sememangnya menjadi meriah dengan kehadiran para tetamu yang mengenali pasangan pengantin dan keluarga mereka sendiri. Ramai yang melontarkan pandangan atau komen mereka terhadap perkahwinan muda antara Syafiq dan Yana. Ada yang memuji kerana mereka sudah pun memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri di usia yang masih lagi terlalu muda memandangkan mereka masing-masing masih lagi bersekolah. Ada yang mengatakan tindakan mereka mebina rumah tangga di usia yang masih awal itu dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat. Namun, ada juga beberapa orang yang memberikan pandangan negatif berhubung perkahwinan antara Syafiq dan Yana. Mereka menimbulkan persoalan seperti, layakkah Syafiq yang baru sahaja berusia 16 tahun untuk menjadi suami? Mampukah dia untuk memberi nafkah dari segi zahir seperti wang perbelanjaan, permintaan Yana? Apakah mereka mampu untuk menjadi ibu dan bapa di usia muda? Itu antara komen-komen yang diberikan kepada pasangan kahwin muda itu. Apa-apa pun, mereka sudah pun selamat bernikah dan melayari alam rumah tangga mereka. Tidak usahlah kalau nak dibangkitkan isu layak atau tidak keinginan mereka untuk mendirikan rumah tangga. Di dalam Islam sendiri, Islam sememangnya menggalakkan penganutnya untuk mendirikan rumah tangga di usia muda. "Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, "Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku ." HR. Ibnu 'Addi. Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan berkahwin muda dapat mengelakkan diri dari di goda dengan segala macam godaan syaitan yang memungkinkan diri kita melakukan maksiat. Sekali lagi, semua keputusan sama ada kita ingin berkahwin di usia muda atau tua, itu semua terpulang kepada diri sendiri. Tak perlu melakukan sesuatu mengikut cakap seseorang, tetapi, fikirlah untuk kebaikan diri sendiri. Mengapa berkahwin muda? Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram. "Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui." Yaasin: 36. Wallahualam. -mynewshub |
[BERGAMBAR] Mufti Saudi Ini Menangis Teresak-esak... Mengapa? Posted: 25 Jul 2012 09:02 PM PDT Mufti Saudi menangis teresak-esak semasa bersiaran secara langsung dalam program TV apabila diajukan soalan dari rakyat Somalia: "Adakah puasa saya diterima jika saya tidak bersahur dan berbuka puasa (Iftor)?" Mufti berkenaan menangis kerana jiwanya tersentap dengan penderitaan yang dialami oleh rakyat Somalia sehinggakan tidak ada makanan untuk bersahur dan berbuka puasa. Hati "mukmin" mana yang tidak tersentuh dengan soalan sedemikian. Sedangkan kita bermewah-mewah dan berlazat-lazat dengan pelbagai juadah, di sana... nun di sana ada saudara kita umat islam yang menderita... tiada makan untuk bersahur, tiada makanan untuk berbuka puasa... Ya Allah ... ampunkan dosa kami dan kami memohon serta merayu kepadaMu berikanlah pertolongan Engkau kepada saudara-saudara kami di sana... p/s GB ingin bertanya kepada semua: Tak malukah kita meminta syurgaNya sedangkan kita belum berusaha dan berdoa supaya diringankan bebanan & penderitaan yang dialami oleh saudara Islam kita di merata dunia? |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment