Kelab Greenboc |
- 198 Perogol Di kalangan Kanak-kanak; Fakta Sosial Yang Menggerunkan
- Polis Sahkan KGT Tiada Penyelewengan - Muka Para Blogger Pencacai Sudah Labuh
- Kisah Zinedine Zidane Ke Tanah Suci
- Astaghfirullah.. Kes Cikgu Rogol Cikgi
- [TAZKIRAH] Mana Mak?
- [VIDEO] Ular Sawa Hamil Dilanggar, Anaknya Berterabur Di Jalanraya
- Bersih: Majlis Fatwa Kebangsaan Cepat Melatah
- Harga Kereta Mahal Kerana Duti Eksais Cadangan Syarikat Ada Kaitan Dengan Khairy
198 Perogol Di kalangan Kanak-kanak; Fakta Sosial Yang Menggerunkan Posted: 25 Jul 2012 05:02 PM PDT Dalam pada pelbagai yang berpihak mendakwa, indeks jenayah negara dilaporkan menurun, namun perlakuan jenayah membabitkan kanak-kanak dan pelajar termasuk jenayah berat seperti rogol dan bunuh amat membimbangkan. Lebih mengejutkan, ada kanak-kanak yang terjebak dalam jenayah seawal usia tujuh tahun. Statistik Bukit Aman mendedahkan sepanjang empat bulan pertama tahun ini (2012), kanak-kanak dan pelajar serta remaja tidak bersekolah berusia 7 hingga 18 tahun terbabit dalam 18 kes bunuh, 198 (rogol), dua (rompak berkumpulan bersenjata api), 185 (rompak berkumpulan tanpa senjata), 19 (rompakan) dan 141 (mendatangkan kecederaan). Mereka turut terbabit dalam 382 kes kecurian, 584 kes curi kenderaan termasuk 558 membabitkan motosikal, 28 (ragut), 17 (pecah rumah siang hari) dan 232 (pecah rumah malam hari). Dalam tempoh sama tahun lalu, mereka terbabit dalam 13 kes bunuh, 181 (rogol), tujuh (rompak berkumpulan bersenjata api), 74 (rompak berkumpulan tanpa senjata api); 132 (mendatangkan kecederaan), 324 (curi), 385 (curi kenderaan), 25 (ragut), 28 (pecah rumah malam hari) dan 158 (pecah rumah siang hari). Secara keseluruhannya, mereka yang berusia tujuh hingga 18 tahun terbabit dalam 1,817 kes jenayah dengan 604 daripadanya adalah murid dan pelajar sekolah sepanjang Januari hingga April tahun ini, berbanding 1,343 kes membabitkan 453 murid dan pelajar bagi tempoh sama tahun lalu. Daripada jumlah itu, 50 kes membabitkan kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun, 507 kes (13 hingga 15 tahun) dan 1,360 kes (16 hingga 18 tahun) dengan 42 kes dilakukan perempuan. Berbanding statistik polis pada tahun lalu (2011), dalam tempoh Januari hingga September, Seramai 4,474 kanak-kanak berumur seawal tujuh tahun ditahan dalam pelbagai kes jenayah, termasuk 1,847 orang daripadanya merupakan pelajar sekolah. Dalam tempoh sembilan bulan itu, jenayah kekerasan yang merangkumi kes bunuh, rogol, samun berkumpulan dengan senjata api, samun berkumpulan tanpa senjata api, samun dengan senjata, samun tanpa senjata dan mendatangkan kecederaan turun sebanyak 6,344 kepada 24,065 kes berbanding 30,609 kes pada tahun 2009. Statistik itu juga menunjukkan 430 kes bunuh, 2,746 (rogol), 76 (rompak berkumpulan bersenjata api), 12,834 (rompak berkumpulan tanpa senjata), 25 (rompakan) 2,831 (rompak tanpa senjata) dan 5,119 (mendatangkan kecederaan). Mereka turut terbabit dalam 54,170 kes kecurian termasuk 39,856 curi motosikal dan 10,222 curi kereta, 4,742 (ragut), 6,702 (pecah rumah siang hari) dan 19,469(pecah rumah malam hari). Daripada jumlah mereka yang terbabit, 28 kes melibatkan kanak-kanak berusia tujuh hingga 10 tahun, 90 kes (11 hingga 12 tahun), 1,271 (13 hingga 15 tahun) dan 3085 (16 hingga 18 tahun). Terengganu Adalah Negeri Paling Tinggi Peningkatan Pada bulan November 2011 dalam satu kenyataan kepada pihak media, kenyataan Pengarah Bahagian Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Arfan Sulaiman berkata, Terengganu adalah negeri tertinggi di Semenanjung mengalami peningkatan jenayah dikalangan kanak-kanak. Arfan menyatakan bahawa Terengganu adalah negeri ke 3 paling tinggi peningkatan kadar jenayah kanak-kanak iaitu sebanyak 41%,selepas negeri pertama Sarawak 87% dan Sabah 60%. Sebaliknya, sejak 2004 sehingga 2011, kerajaan negeri Terengganu mendakwa telah mengeluarkan 20,000 orang kanak-kanak yang tamat atau khatam al-Quran, yang bermaksud kanak-kanak telah melalui proses pemurnian melalui al-Quran. Selain itu, kerajaan juga mendakwa mengekalkan pencapaian terbaiknya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) buat kali ke-11 berturut-turut dengan pencapaian seramai 3,548 calonnya memperoleh semua A (15 peratus) daripada 22,801 calon, peningkatan 0.2 berbanding tahun lalu manakala gred purata negeri bertambah baik kepada paras 2.15 peratus. Bahkan, dengan pencapaian Terengganu dalam keputusan PMR tahun lalu, kerajaan mendakwa berjaya mendidik anak-anak sehingga mencatat sejarahnya tersendiri apabila sekali lagi mengungguli keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) apabila seramai 1,962 calon atau 8.95 peratus berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran pada tahun ini. Timbalan Pengarah Pengarah Pelajaran negeri Terengganu, Hashim Mohd Zin selepas mengumumkan keputusan SPM 2011 turut mendakwa Terengganu terus mengekalkan momentum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cemerlang selama empat tahun berturut-turut. Apakah tidak ada cerminan diantara pencapaian-pencapaian kecemerlangan akademik sebagaimana di laporkan dengan kadar jenayah kanak-kanak di negeri Terengganu. Tidak ada refleksinya antara kejayaan-kejayaan mendidik anak sebagaimana yang didakwa dengan kejadia jenayah yang membabitkan kanak-kanak, remaja dan pelajar sekolah. Sehingga pernah dicatatkan dalam laporan polis pada tahun 2009 lebih 60 peratus kadar jenayah di Terengganu disumbangkan oleh golongan remaja yang kebanyakannya berumur 15 hingga 25 tahun. Pegawai Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) Encik Azmi Abdullah mendedahkan, seramai 106 orang penagih baru dikesan sepanjang bulan Januari hingga April, 2009. Beliau berkata agensi tersebut telah membuat ujian air kencing keatas para pelajar diseluruh negeri Terengganu dan mendapati seramai 3650 orang pelajar adalah positif menggunakan dadah, dari jumlah tersebut katanya, seramai 59 orang adalah dikategorikan sebagai penagih dan 39 daripadanya mengalami ketagihan pil kuda. Fakta perangkaan sosial diatas memberi isyarat betapa seriusnya masalah sosial dan perlakuan jenayah di kalangan kanak-kanak dan pelajar sekolah. Ia juga menunjukkan ketidak mampuan sistem sosial dan undang-undang negara ini membendung jenayah tersebut sekaligus, tidak dapat menjamin dan melindungi keselamatan kanak-kanak yang merupakan asset penting negeri negeri dan negara pada masa depan. -BO |
Polis Sahkan KGT Tiada Penyelewengan - Muka Para Blogger Pencacai Sudah Labuh Posted: 25 Jul 2012 11:36 AM PDT Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang mendakwa KGT terlibat dengan penyelewengan. "Kita sudah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang dibuat berhubung skandal KGT ini dan hasil siasatan mendapati tiada unsur penyelewengan dan tiada unsur jenayah komersial. Sehubungan itu, polis menutup kes ini," Ulang lagi sekali. Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang mendakwa KGT terlibat dengan penyelewengan. "Kita sudah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang dibuat berhubung skandal KGT ini dan hasil siasatan mendapati tiada unsur penyelewengan dan tiada unsur jenayah komersial. Sehubungan itu, polis menutup kes ini," Mana Kickdefella, Jogho Kelate dan Wan Ikhsan mau letak muka? Maka aku hendak bertanya. Dimana pendekar-pendekar yang istihar perang itu? Dimana si Kickdefella yang hebat mengecam KGT. Mana Jogho yang begitu "besungguh" berhujah sebelum ini. Dimana bekas Amk Kelantan yang bersemangat melancarkan perang. Mana dan mana jejaka hebat ini. Dimana sinis Kickdefella yang kononnya meminta Husam Musa menyertai rancangan TV Karoot Komedia X? Sekrang siapa yang patut menyertai lawak rancangan TV Karoot Komedia X? Tapi aku berpendapat, si Kickdefella ni, untuk menyertai rancangan TV Karoot Komedia X pun tak layak. Kickdefella hanya layak bersama UMNO. Hanya UMNO yang padai buat jenaka tidak ada unsur humor ini. Aku cabar keluar dan buat lagi kenyataan tidak kelakar di TV3. Kepada tiga sahabat ini, aku cabar supaya buat lagi kenyataan kelakar tiada unsur humor ditv3. Aku tahu dan yakin, tv3 dan RTM tentu tidak keberatan untuk mewawancara kamu. Aku berharap TV3 atau RTM memberi rancangan khas untuk anda sekalian untuk membuat lawak. Harap Husam saman pelawak tidak lawak ini. Meraka sebelum begitu hebat menyerang dan hebat mendapat liputan tv dan akhbar. Siapa yang taja mereka? Aku berharap Husam dapat menyaman mereka dengan nilai emas atau dirham supaya dapat memberi pengajaran kepada mereka-mereka yang lain supya jangan lagi buat kelakar bodoh macam ini. Mereka ini bukan sahaja menyerang KGT, bahkan dengan jelas menyerang Husam dari setiap masa dan penjuru. Maka aku berharap, mereka ini dihadap ke mahkamah. Dan kepada mereka yang terlibat dalam kegiatan yang tidak beretika ini. Nasihat aku, jadi pandailah terlebih dahulu sebelum menyerang orang bijak pandai. Dan berharap mereka bertaubat di bulan mulia ini dan aku menunggu mereka memohon maaf secara terbuka kerana mereka juga menyerang secara terbuka. Pun begitu andai permohonan maaf dibuat secara terbuka, saman tetap juga diteruskan demi pendidikan ummah.-jeminghassan |
Kisah Zinedine Zidane Ke Tanah Suci Posted: 25 Jul 2012 08:33 AM PDT Ramai pemain bola sepak beragama Islam yang mencapai puncak karier di pelbagai kumpulan Eropah. Namun kemasyhuran tidak membuat pemain bola Muslim lupa dengan agamanya. Meski mereka bertabur prestasi dan publisiti di tengah-tengah gemerlapnya budaya Eropah, namun mereka malah rindu untuk bisa dekat dengan Sang Pencipta. Kerana itu, di tengah-tengah ketatnya jadual pertandingan tidak sedikit di antara mereka yang melakukan perjalanan ritual suci ke Makkah mahupun Madinah. Di antara pemain bola yang sudah melakukan ritual pergi haji mahupun umrah yang terungkap ke media adalah Zinedine Zidane, Franck Ribery, Nicolas Anelka, dan Hamit Altintop. Zidane mempunyai pengalaman spiritual ke Tanah Suci. Pemain Terbaik Dunia tiga kali tersebut termasuk Muslim yang memiliki keimanan cukup mapan. Ketika divonis cedera otot dan harus mendapat rawatan dari pasukan perubatan, Zidane diperintahkan untuk berehat demi masa pemulihan. Tapi bukannya malah berbaring dan mengikuti terapi kesihatan, masa lapang itu dimanfaatkannya untuk pergi haji. Laman maklumat haji di Arab Saudi menyebutkan, pengarah sukan Real Madrid itu melakukan ritual haji pada 29 Januari 2004, bersama isteri dan anak-anaknya. Zidane dan keluarga mendarat di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah, dan kemudian melanjutkan perjalanannya ke Madinah. Di sana ia disebutkan sempat melakukan ziarah ke makam Rasulullah SAW. Kemudian pada Hari Tarwiyah yang jatuh pada 8 Zulhijjah 1424 Hijriah, legenda Real Madrid itu meneruskan perjalanannya ke Mina. Pada hari berikutnya, Zidane langsung mengikuti prosesi puncak pelaksanaan ibadah haji di Arafah dan menunaikan solat di Masjidil Haram. Sayangnya perjalanan pergi haji Zidane itu tidak didokumenkan media sehingga sedikit maklumat yang boleh digali darinya selama di Arab Saudi. Lelaki kelahiran Marseille, Perancis, 23 Jun 1972 itu adalah legenda Les Bleus yang berasal dari keluarga pendatang Muslim keturunan Algeria. Walaupun hidup dan besar di lingkungan sekular khas Barat, sang ayah yang bernama Ismail sangat menekankan pendidikan agama kepada anak-anaknya. Zidane mempunyai tiga kakak laki-laki dan seorang adik perempuan. Zidane berkahwin dengan penari berdarah Sepanyol, Veronica, dan dikurniakan tiga anak, yakni Anizo, Luqa, dan Theo. Di tengah kesibukannya membela kelab dan Perancis, Zidane dikenal sangat ketat dalam menjalankan kewajipan solat lima waktu. -detikislam |
Astaghfirullah.. Kes Cikgu Rogol Cikgi Posted: 25 Jul 2012 06:00 AM PDT Sabak Bernam - Perubahan sikap seorang guru wanita yang menjadi pasif dan pendiam membongkar rahsia dia dirogol rakan sekerjanya. Gambar fail. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian jam 5 pagi, 14 April lalu, mangsa yang baru bangun dari tidur diterkam suspek berusia 37 tahun di ruang tamu rumahnya sebaik sahaja dia membuka pintu. "Suspek seorang guru sekolah rendah bertindak menerkam dan merogol mangsa yang ketika itu bersendirian di rumah. "Bagaimanapun tiada ugutan yang dibuat dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam. Menurut Noor Mushar, disebabkan kejadian itu, mangsa berusia 33 tahun itu trauma dan berubah sikap menjadi pasif serta pendiam yang kemudiaannya perubahan itu disedari oleh suami mangsa. "Mangsa yang pada mulanya takut menceritakan tragedi itu akhir terpaksa mengakui menjadi mangsa rogol selepas didesak berkali-kali oleh suaminya. "Mangsa ditemani suami kemudiaannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, kira-kira jam 2 petang, Ahad lalu," katanya, Berdasarkan laporan yang diterima, polis bertindak menahan suspek yang sudah berkahwin namun masih belum mempunyai cahaya mata itu di kediamannya di sekitar Sungai Besar kira-kira jam 10 malam, pada hari sama laporan dibuat. "Suspek kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol. Sementara itu, katanya, orang ramai diminta segera membuat laporan dan tidak mendiamkan diri sekiranya menjadi mangsa jenayah. "Laporan itu penting bagi memudahkan siasatan dijalankan dan membolehkan tindakan segera diambil ke atas penjenayah," katanya. -SH |
Posted: 25 Jul 2012 03:15 AM PDT Jam 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. ... ... Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya Mak, "Along mana?' Mak jawab, "Ada di dapur tolong siapkan makan." Ayah tanya Mak lagi," Angah mana?" Mak jawab, "Angah mandi, baru balik main bola." Ayah tanya Mak, "Ateh mana?" Mak jawab, "Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?" Ayah tanya lagi, "Adik dah balik?" Mak jawab, "Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik." Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. Dua puluh tahun kemudian Jam 6.30 petang Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. Ayah tanya Along, "Mana Mak?" Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, "Tak tahu." Ayah tanya Angah, "Mana Mak?" Angah menonton tv. Angah jawab, "Mana Angah tahu." Ayah tanya Ateh, "Mana Mak?" Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah. Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, "Entah." Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. Ayah tanya Alang, "Mana Mak?" Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?" Tiba-tiba adik bungsu bersuara, "Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!" Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik. Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut. Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya. Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham. Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni." Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak. Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur. Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu. Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat." Mak minta Mak Uda telefon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak. Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, "Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka." Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak. Beberapa tahun kemudian Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, "Mana mak?". Hanya Adik yang jawab, "Mak dah tak ada." Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, "Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" " Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal." "Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab? |
[VIDEO] Ular Sawa Hamil Dilanggar, Anaknya Berterabur Di Jalanraya Posted: 25 Jul 2012 12:35 AM PDT Ini adalah rakaman video yang menggambarkan seekor ular sawa raksasa yang sedang hamil dilanggar sebuah kendaraan dijalan raya hingga mati, tragisnya telur yang berisi janin ular dalam kandungan ular itu berterabur keluar hingga bersepah di jalan raya. Masih banyak orang bingung sebenarnya ular itu bertelur apa beranak seperti halnya mamalia lain, tapi bukankah ular tidak menyusui? Bererti bertelur yang lebih tepat adalah Ovovivivar. Kebanyakan jenis ular berkembang biak dengan bertelur. Jumlah telurnya boleh beberapa butir saja, hingga puluhan dan ratusan butir. Ular meletakkan telurnya di lubang-lubang tanah, gua, lubang kayu lapuk, atau di bawah timbunan daun-daun kering. Beberapa jenis ular diketahui menunggui telurnya hingga menetas; bahkan ular sawa 'mengerami' telur-telurnya. -ohalkisah |
Bersih: Majlis Fatwa Kebangsaan Cepat Melatah Posted: 24 Jul 2012 10:01 PM PDT Sikap cepat melatah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu perhimpunan Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) dikesali dan sekaligus merendahkan martabat dan kewibawaan institusi agama itu di mata rakyat. Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytihar bahawa pertubuhan Bersih 2.0 adalah sebuah pertubuhan yang sah di sisi undang-undang. Sewaktu membuat penghakiman, hakim Rohana Yusof berkata arahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (untuk mengharamkan Bersih) yang dibuat tahun lalu ditolak. "Pada pandangan saya, keputusan diambil (untuk mengharamkan Bersih) telah dicemari dengan ketidak-rasionalan. Keputusan untuk mengharamkan Bersih dibuat tanpa mengambil kira fakta-fakta yang relevan atau mengambil kira fakta-fakta yang tidak relevan," katanya. Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Prof. Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dalam satu kenyataannya mengeluarkan 'fatwa' bahawa perhimpunan Bersih Bantah Duduk 3.0 pada 28 April lalu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur adalah satu perhimpunan haram. Majlis Fatwa menuduh para peserta Bersih telah mencetuskan kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam sedangkan tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali. Keputusan mahkamah itu seolah-olah menampar pipi Majlis Fatwa yang bertindak begitu cepat untuk mengeluarkan hukum atau 'fatwa' kononnya apa yang diperjuangkan oleh Bersih adalah bercanggah dengan Islam. Kenapa tidak pimpin Bersih? Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Majlis Fatwa yang cepat melatah dan mengeluarkan 'fakwa' kononnya Bersih adalah satu pertubuhan haram. "Majlis Fatwa cepat sungguh membuat keputusan (sedangkan perbicaraan masih berjalan ketika itu). Mereka ikut arahan siapa, saya pun tak tahu," katanya kepada FMT ketika ditemui selepas majlis Tazkirah Ramadhan di Surau Al Ikhwan, Selayang dekat sini malam tadi. Ujar beliau, "sepatutnya Majlis Fatwa yang terdiri daripada alim ulama' yang memimpin perhimpunan Bersih. Kenapa Majlis Fatwa tidak pimpin Bersih? Komen Mohamad Sabu ini seolah-olah berbaur sinis tetapi sebenarnya beliau serius kerana kerja-kerja untuk memastikan pilihan raya berjalan dengan bersih dan adil adalah sebahagian dari syariat dan tuntutan dalam Islam. Bukankah umat Islam diseru untuk melakukan amal makruf nahi mungkar dan menegakkan kebenaran serta keadilan yang seharusnya menjadi agenda kita sebagai seorang Muslim? Keputusan Majlis Fatwa yang cepat-cepat mengeluarkan 'fatwa' seolah-olah menunjukkan ahli jawatankuasanya dipengaruhi oleh pihak Eksekutif kerana Majlis Fatwa tidak pernah berbincang dengan penganjur perhimpunan Bersih. Majlis Fatwa membuat keputusan hanya dengan mendengar pandangan sebelah pihak dan ini merupakan satu sikap yang berat sebelah serta bercanggah dengan tuntutan Islam. Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Majlis Fatwa untuk membuktikan kepada rakyat di negara ini bahawa mereka bebas membuat keputusan, mengeluarkan fatwa dan bebas dari cengkaman parti politik serta pengaruh pihak Eksekutif. Majlis Fatwa, lain kali jangan cepat melatah! -Zainal Abidin Nor/FMT Ulasan GB Dengan keputusan mahkamah semalam, jelas integriti dan kredibiliti Majlis fatwa Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Prof. Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin terjejas dan dpersoalkan. Memang memalukan. Majlis Fatwa Kebangsaan yang sepatutnya bebas dari kepentingan politik kepartian kini ternyata menjadi kuda tunggangan UMNO/BN. GB sudah mengulasnya sebelum ini. GB nyatakan: Kita berharap Majlis Fatwa Kebangsaan bertindak adil dan saksama, fatwa yang hendak dikeluarkan perlulah bersandar kepada ilmu bukan bersandar kepada UMNO. klik untuk baca |
Harga Kereta Mahal Kerana Duti Eksais Cadangan Syarikat Ada Kaitan Dengan Khairy Posted: 24 Jul 2012 07:39 PM PDT Pakatan Rakyat akan menjadikan pengurangan harga kereta - yang dianggap barangan keperluan - sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum akan datang. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 yang baru dikeluarkan Jabatan Perangkaan menunjukkan hampir 72 peratus isi rumah menggunakan kereta sedangkan 53 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Peratusan yang tinggi itu katanya, berpunca daripada kegagalan Dasar Automatif Negara yang digubal BN pada tahun 2006. Pada masa sama katanya, hutang kereta persendirian meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam masa 18 bulan sejak November 2010. Ini membuktikan ia adalah isu pilihan raya yang perlu diberikan perhatian oleh parti-parti yang bertanding, kata Rafizi. "Keadaan ini membayangkan bahawa hutang kereta yang disebabkan harga kereta yang tinggi adalah satu beban utama pada rakyat," katanya. Menurut Rafizi, harga kereta kini tinggi kerana rakyat membayar duti eksais, cukai import dan cukai jualan apabila membeli kereta. Harga tinggi kerana cukai, duti eksais Pengenalan duti eksais - sekurang-kurangnya 60 peratus daripada harga kereta - pada masa itu dilakukan untuk mengimbangi cukai import yang dikurangkan kerana Asian Free Trade Agreement (AFTA), katanya. Rafizi mendakwa tindakan itu dibuat setelah kerajaan antara lainnya menerima nasihat daripada syarikat perunding Ethos Consultancy yang didakwa mempunyai kaitan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. "Beliau (Khairy) perlu kongsi dengan kita apakah pertimbangan pada masa itu yang membuatkan kerajaan perkenalkan duti eksais," katanya. Duti eksais ke atas kereta juga kata Rafizi, ibarat mencukai rakyat atas pembelian barang keperluan seperti makanan, air dan elektrik. "Anda (kerajaan) tidak sepatutnya menghukum rakyat dengan kutip cukai atas barang keperluan. "Kalau ada ruang fiskal (belanjawan) yang perlu ditutup, kerajaan perlu cari mekanisma lain," katanya. Justeru katanya, Pakatan akan melihat kemungkinan menghapuskan duti eksais secara berperingkat untuk mengurangkan harga kereta. ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dalam sidang media sama berkata pimpinan muda PKR akan membuat jelajah keliling negara untuk berdialog dan menerangkan perkara itu kepada orang ramai bermula 5 Ogos ini. "Kita cadangkan dialog peringkat kebangsaan. "Kita mahu dengar (cadangan) daripada rakyat dan kumpulan berkepentingan seperti Malaysian Automotive Association (MAA), berkenaan perkara ini," katanya. -mk |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment