Kelab Greenboc |
- Suami Mati Setelah Dipaksa Melakukan Hubungan Seks Dengan Enam Isterinya!
- [VIDEO] Selangor Digesa Beli SYABAS
- [GEMPAR] Di Parlimen Ahmad Maslan Penduduk Sudah Tunggu 30 Tahun Air Paip
- Jauh Beribu Batu Tetapi Ada Persamaan Dua Pemimpin Umat Islam Ini
- Lihatlah, Baru Masuk Islam, Dirikan Masjid Dari Sabut Kelapa Untuk Solat Berjemaah
Suami Mati Setelah Dipaksa Melakukan Hubungan Seks Dengan Enam Isterinya! Posted: 23 Jul 2012 05:01 PM PDT Nigeria – Seorang ahli perniagaan meninggal dunia setelah dikepung dan dipaksa melakukan hubungan seks oleh kesemua enam isterinya secara bergilir-gilir dua hari lepas. Siasatan awal mendapati kes tersebut berlaku disebabkan kesemua isteri ahli perniagaan berkenaan berada dalam keadaan 'marah dan cemburu'. Menurut polis, kejadian terjadi kira-kira pukul 3 petang sewaktu Uroko Onoja, dari Ugbugbu Owukpa, baru saja pulang ke rumahnya dan hendak beristirahat di bilik isterinya yang paling muda. Namun, tiba-tiba saja, lima orang isterinya yang lain datang ke bilik tidur mereka berdua sambil membawa pisau. Mereka menuntut agar Uroko 'melayan' mereka semua secara bergilir-gilir. Giliran itu juga sudah ditentukan, mereka memaksa Uroko melayan kesemua daripada mereka bermula dari isteri termuda hingga yang tertua. Menurut polis, pada awalnya semua 'berjalan lancar', tetapi ketika tiba giliran isteri kelima Uroko sudah tidak bernafas. "Tiba-tiba, suami saya berhenti bernafas, dan mereka (isteri-isteri yang lain) terus ketawa, tapi ketika mereka melihat saya gagal membangunkannya kembali, mereka semua panik dan terus berlari ke dalam hutan, " kata salah seorang isteri Uroko. Polis Nigeria sehingga kini telah menahan dua orang isteri Uroko untuk membantu siasatan. (Agensi) |
[VIDEO] Selangor Digesa Beli SYABAS Posted: 23 Jul 2012 07:31 AM PDT Shah Alam: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menggesa kerajaan negeri mengambil alih pengurusan dengan membeli saham-saham Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berikutan 'krisis air' yang dipercayai telah dicipta oleh pihak tertentu. Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimie Shafie mendakwa syarikat itu cuba mensabotaj kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dengan mewujudkan krisis air bagi menakut-nakutkan rakyat negeri ini. "Kita minta kerajaan negeri suntik wang dan beli Syabas. Tindakan segera perlu diambil kerana Syabas cuba mensabotaj dan memburuk -burukkan kerajaan negeri," katanya di hadapan kira-kira 100 demonstran yang berkumpul di Wisma Rozali di sini tengah hari tadi. Mereka yang berkumpul sejak jam 12.00 tengah hari bergerak ke pintu utama Wisma berkenaan untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap cadangan Syabas untuk mencatu air di beberapa kawasan di Selangor. Memorandum itu diserahkan kepada Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail melalui Pengarah Eksekutif Pengurusan dan Sumber Manusia, Ismail Hashim. Demonstrasi yang diadakan pada hari ketiga Ramadhan ini dianjurkan bersama AMK Selangor dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Selangor. Kerajaan negeri sebelum ini bercadang untuk memecat Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Syabas kerana gagal memberikan penjelasan berhubung catuan air yang diumumkan syarikat itu baru-baru ini. Selain Shuhaimie, mereka yang turut serta bagi menyerahkan memorandum itu ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Timbalan Presiden PKR Selangor, Zuraida Kamarudin; Naib Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri dan exco kerajaan negeri, Ronnie Liu. -FMT Pakatan berhimpun sokong ambil alih SYABAS |
[GEMPAR] Di Parlimen Ahmad Maslan Penduduk Sudah Tunggu 30 Tahun Air Paip Posted: 23 Jul 2012 04:51 AM PDT Gempar! 30 tahun menanti kemudahan asas air paip! Abd Hamid Eiman menagih janji pemimpin Barisan Nasional. Lokasi Kampung Sri Tanjung Benut. Parlimen Pontian, Wakil Rakyatnya adalah YB Ahmad Maslan. Ahli keluarga berkenaan menyatakan beliau terpaksa bergantung kepada air hujan selama ini. Saksi dan dengarkan sendiri keluhannya. |
Jauh Beribu Batu Tetapi Ada Persamaan Dua Pemimpin Umat Islam Ini Posted: 23 Jul 2012 12:33 AM PDT |
Lihatlah, Baru Masuk Islam, Dirikan Masjid Dari Sabut Kelapa Untuk Solat Berjemaah Posted: 22 Jul 2012 09:40 PM PDT Subhanallah Orang-orang di Republik Togo, Afrika Barat. Mereka baru saja masuk Islam, kemudian membangunkan masjid ala kadarnya dari sabut kelapa. - Dr. Muhammad al Khudairi Ulasan GB Demikian untuk kita renung sejenak di bulan mulia ini. Orang yang baru menganut Islam, sanggup dengan apa jua keadaannya mendirikan sebuah "masjid"/"surau" dari sabut kelapa untuk mendirikan solat. Sedangkan kita yang dah lama Islam, malah kebanyakannya dilahirkan sudahpun beragama Islam, masjid sebesar mahligai dengan lantai mosaic & berkarpet lagi, beratap genting berlampu gantung, pun masih ramai yang leka dan lalai mendirikan solat. Melihat gambar di atas, tidakkah kita mahu menyedari & menginsafi: "Maka nikmat Allah yang mana hendak kamu dustakan? [Ar-Rahman:13] dan firman Allah lagi "Hai orang-orang beriman, barangsiapa yang murtad di antara kamu dari pada agamanya, kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah, mereka lemah lembut terhadap orang beriman dan tegas terhadap orang-orang yang ingkar. Mereka berjuang pada jalan Allah, dan tidak takut akan cerca orang yang mencerca. Demikian itu kurnia Allah, diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya, Allah luas kurnianya lagi maha mengetahui." (Al-Maidah:54) |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment