Kelab Greenboc |
- [IKTIBAR] Sedapnya Lelaki Itu Makan Biskut Aku...
- Siapa Lelaki Berseluar Jeans Yang Disukai Wanita Berpurdah Ini?
- [BINGAI] RM28 Juta Untuk 2 Ekor Panda, Kan Lebih Baik Naiktarafkan Zoo Yang Ada?
- Polis: Tiada Laporan Libatkan Anwar - Sah Blogger UMNO Pemfitnah
- Provokasi UMNO Ganggu Ceramah Nurul Izzah di Pagoh
- Kalau Saya Rakyat Malaysia Nescaya Saya Juga Ahli PAS, Kata Wakil Ikhwanul-Muslimin
- Papagomo Dakwa Mahasiswa Buat Laporan Diliwat DSAI
[IKTIBAR] Sedapnya Lelaki Itu Makan Biskut Aku... Posted: 17 Jul 2012 05:03 PM PDT Kisah ini berlaku di sebuah lapangan terbang. Seorang wanita membeli sebungkus biskut dan disimpannya dalam beg tangannya. Sementara menunggu waktu berlepas, beliau singgah di sebuah restoran. Wanita itu melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi di restoran tersebut, dimana seorang lelaki sedia ada duduk di sebelah wanita tersebut. Kebetulan tiada lagi tempat/ meja lain tanpa pelanggan. Wanita itu rasa tidak selesa, namun tetap memesan minuman dan setelah minuman dipesan dihidangkan diatas meja dihadapannya. Beliau mula membasahkan tekak dan mengunyah sekeping demi sekeping biskut daripada atas meja itu. Wanita itu rasa amat geram dan tidak senang hati apabila lelaki di sebelahnya turut memakan biskut tersebut. Dalam hatinya berkata "Sedapnya kamu memakan biskut aku tanpa meminta izin pun". Dan setiap kali wanita itu mengambil biskut, setiap kali itu jugalah lelaki itu mengambil dan memakannya. Sakitnya hati wanita itu terhadap lelaki tersebut bukan kepalang. Bagaimanapun, lelaki itu kelihatan sangat ceria dan tersenyum lebar meskipun dia sedar wanita di sebelahnya sangat tidak senang dan memandang negatif kepadanya. Sehingga tinggal sekeping biskut yang terakhir diatas meja itu dan kali ini wanita ini berhenti daripada mengambilnya. Dalam hatinya berkata : 'Aku mahu melihat apa lelaki itu buat pada biskut yang sekeping itu". Setelah beberapa ketika, apabila difikirkan wanita itu tidak mahu mengambilnya, lelaki itu pun mengambil biskut itu dan dipatahkannya menjadi dua- sebahagiannya diberikan kepada wanita itu, manakala sebahagiannya lagi lalu dimakan. Bertambah-tambah sakit hati wanita itu.! Setelah mendengar pengumuman penerbangan, wanita tersebut terus bangun menuju ke pesawat. Di dalam pesawat, wanita itu membuka beg tangannya dan alangkah terkejutnya, didalam beg tangannya masih ada biskut yang dibelinya tadi. Barulah wanita itu tersedar biskut yang dimakan tadi adalah biskut lelaki tadi! Ya awda, apa bezanya wanita itu dan lelaki tersebut? Meskipun lelaki itu berkongsi biskutnya dengan wanita itu tetapi tetap ceria meskipun reaksi negatif wanita yang memakan biskutnya, bahkan sanggup berkongsi biskut yang terakhir. Sebaliknya wanita itu tidak gembira dan sakit hati justeru dibelenggu prasangka buruk. Mengakhir coretan ini dan moral dari kisah ini ialah "never judge the book by it's cover". - jangan menilai buku berdasarkan kulitnya, begitu jugalah jangan mudah menilai orang dari luaran, apatah lagi kesannya menjadikan awda mudah berburuk sangka pada orang lain. Selalunya seseorang itu bukanlah sebagaimana yang kita ni sangkakan. Renung-renungkan, fikir-fikirkan bersama. -arab-families.com |
Siapa Lelaki Berseluar Jeans Yang Disukai Wanita Berpurdah Ini? Posted: 17 Jul 2012 08:34 AM PDT Kalau anda nak tahu inilah Rachid Nekkaz, Seorang ahli perniagaan muslim Perancis yang mengumumkan dia akan membayar setiap denda bagi wanita yang didakwa dengan kesalahan memakai niqab - Bukan sahaja di Perancis tetapi "dalam mana-mana negara lain di dunia yang melarang wanita daripada berbuat demikian" ..... Jutawan Muslim Bersedia Membela Wanita Hijab Di Perancis Senat Perancis haram purdah |
[BINGAI] RM28 Juta Untuk 2 Ekor Panda, Kan Lebih Baik Naiktarafkan Zoo Yang Ada? Posted: 17 Jul 2012 05:38 AM PDT Kerajaan tidak perlu membazir puluhan juta ringgit semata-mata membawa masuk dua ekor panda dari China sebaliknya menggunakan dana itu untuk menaik taraf zoo. Presiden Persatuan Kebajikan Haiwan Malaysia, Shenaaz Khan berkata, zoo di Malaysia masih banyak kekurangan akibat peruntukan terhad dan kebanyakan beroperasi mengguna dana sendiri. "Kita lihat saja di Zoo Negara dan Zoo Melaka. Keadaannya begitu kritikal disebabkan kerajaan tidak memberi perhatian serius. Sepatutnya zoo-zoo inilah yang perlu diberi peruntukan bukan untuk panda," katanya ketika dihubungi. Bulan lalu, Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China menandatangani memorandum Persefahaman (Mou) untuk meminjam sepasang panda dari republik itu selama 10 tahun. 16 Julai lalu, akhbar melaporkan Perbadanan Putrajaya (PPj) yakin kos lebih RM25 juta bagi menyediakan prasarana pasangan panda itu, akan membawa pulangan. Mengulas lanjut, Shenaaz turut menempelak kerajaan kononnya mahu mengatasi kepupusan panda sedangkan tujuan sebaliknya mengaut keuntungan yang belum pasti. Beliau berkata, jika kerajaan serius mewujudkan program konservasi, ia boleh dilakukan terhadap haiwan di negara ini yang semakin diancam kepupusan. "Kita ada banyak haiwan-haiwan yang diancam kepupusan. Sebagai contoh beruang dan harimau. Mengapa kerajaan tidak memberi dana untuk program-program sedemikian sedangkan haiwan ini berasal daripada negara kita," katanya. -KD |
Polis: Tiada Laporan Libatkan Anwar - Sah Blogger UMNO Pemfitnah Posted: 17 Jul 2012 02:34 AM PDT Shah Alam - Polis mengesahkan tidak menerima sebarang laporan daripada seorang mahasiswa, mendakwa dia telah diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagaimana dilaporkan oleh sebuah blog semalam. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, setakat ini beliau tidak dimaklumkan berhubung dakwaan tersebut. "Sepanjang pengetahuan saya, tiada laporan yang diterima berkaitan dakwaan ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian. Kira-kira 10 hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan penghakiman bertulis membebaskan Anwar daripada kes liwat, sebuah blog yang pro-Umno mendakwa satu laporan polis telah dibuat kononnya beliau meliwat seorang penuntut institut pengajian tinggi utara Semenanjung. Sementara blog itu, www.papagomo.com membawa laporan tersebut, penyokong dan pegawai-pegawai Anwar dari PKR melihat ia sebagai konspirasi terbaru dan usaha terdesak pihak Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk terus menyerang Anwar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Anwar telah dibebaskan daripada kes meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan awal Januari lalu. Susulan penghakiman bertulis itu, Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan dengan mengetengahkan sembilan alasan pada minggu lalu. Saiful membuat laporan polis dia diliwat akhir Jun 2008. Blog itu menulis, dia mendapat maklumat ada satu laporan polis telah dibuat petang semalam terhadap Anwar, yang juga Ketua Umum PR dan PKR. "Gomo baru mendapat maklumat bahawa petang tadi (semalam) ada laporan polis telah dibuat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh seorang mahasiswa dari utara yang menyatakan beliau telah diliwat oleh pemimpin PKR pada malam sebelumnya (kelmarin)," kata pemblog itu. Bagaimanapun entri blog itu menambah bahawa dia tidak pasti sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya. -SH klik untuk baca |
Provokasi UMNO Ganggu Ceramah Nurul Izzah di Pagoh Posted: 16 Jul 2012 11:51 PM PDT Sekumpulan pemuda UMNO memakai baju T-Shirt UMNO, JATI dan penglibatan kanak-kanak lingkungan usia 10 tahun membuat provokasi dengan menaiki motor, mengebar bendera Umno, menyanyi lagu Umno dalam ceramah PKR malam kelmarin di Pagoh Felda. Nurul Izzah dalam ucapan nya beri amaran kepada penyokong UMNO yang buat provokasi, Negara ini bukan milik UMNO. Keadaan semakin menjadi panas jam 10 malam apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai , Nurul Izzah Anwar memberi ucapan, namun keadaan terkawal oleh petugas-petugas Unit Amal Malaysia. Tinjauan wartawan ditempat kejadian, provokasi berlaku sepanjang jalan masuk ke Felda. Provokasi lisan dengan bersorak 'tibai' dan 'liwat'. Pemasangan kain rentang, "PKR tiada di hati kami, hanya UMNO di hati kami dan jangan ganggu kawasan kami." Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ketika memberi ucapan ceramahnya malam tadi meminta agar rakyat yang hadir tidak perlu takut dengan provokasi murahan UMNO. "Saya minta agar rakyat tidak perlu takut dengan provokasi murahan ini kerana kejadian ini sering berlaku apabila PAKATAN Rakyat (PR) mengadakan ceramah kelompok. "UMNO jangan ingat negara ini milik mereka. Negara ini milik rakyat. Suara rakyat seharusnya dihormati. "Pimpinan UMNO sewajarnya mendidik penyokong-penyokong mereka agar menghormati majlis orang "UMNO sewajarnya mengajar penyokong-penyokong mereka jika tidak suka seseorang, tidak suka Parti Pembangkang mereka seharusnya tidak menghina, mengaib orang lain kerana Islam tidak ajar kita buat demikian", ujar beliau. Menurut Nurul Izzah, perkara ini tidak sepatutnya berlaku, walaupun kerap dibuat aduan polis namun tiada tindakan sewajarnya diambil untuk memberi kesedaran kepada mereka yang terlibat. Beliau beranggapan penyokong-penyokong UMNO sering buat provokasi kerana takut rakyat buat perubahan apabila mendapat informasi tepat melalui ceramah yang disampaikan pimpinan (PR). Nurul Izzah merangkap Naib Presiden Keadilan mengajak seluruh rakyat Johor membuat perubahan pada PRU13 nanti yang akan berlaku dalam masa terdekat. Katanya, "di negeri Selangor pelbagai kejayaan telah dikecapi dalam tempoh empat tahun Pakatan memerintah. "Rakyat Selangor bagi warga emas 60 tahun keatas telah menerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) RM2500. Sumbangan tesebut diberikan kepada waris apabila ibubapa mereka meninggal dunia untuk urusan jenazah, kenduri dan sebagainya. Bantuan Pendidikan sebanyak RM1000 bagi pelajar yang dapat melanjutkan pengajian ke IPT dan banyak perkara yang telah dikecapi oleh semua rakyat Selangor. Apakah negeri Johor tidak mahu kemudahan tersebut?", soalnya kepada semua rakyat yang hadir dalam ceramah malam tadi . Nurul Izzah berucap dalam ceramah selama setengah jam menambah lagi, "PAKATAN janji sekiranya kita berjaya tawan Putrajaya PRU13 nanti, Pendidikan Percuma diberikan kepada semua mahasiswa, tol di hapuskan, gaji minima RM1100, harga petrol diturunkan". "Kita harap rakyat Johor buat perubahan besar dengan menolak kezaliman UMNO yang memerintah 50 tahun bagi mengentikan aktiviti rasuah yang diamalkan, pemberian pelbagai kemewahan kepada kroni sedangkan rakyat terus tertindas," katanya. Ceramah malam tadi juga diadakan majlis perasmian Ranting PKR, Felda Sri Jaya Bukit Serampang, Pagoh Felda yang oleh Nurul Izzah. -fb Azwar khaulah |
Kalau Saya Rakyat Malaysia Nescaya Saya Juga Ahli PAS, Kata Wakil Ikhwanul-Muslimin Posted: 16 Jul 2012 10:02 PM PDT Kalau saya rakyat Malaysia nescaya saya menjadi salah seorang ahli Parti PAS," demikian kata Masu'l Tarbiah Bahagian Hubungan Luar Parti Ikhwan Muslimin dari negara Mesir. Beliau berkata demikian dalam ucapannya dalam Perhimpunan Hijau menuju ke Putrajaya yang diadakan di Stadium Kuala Selangor malam tadi. Semangat kira-kira lebih 6,000 audien di stadium itu turut dibakar lagi dengan kata-kata semangat tokoh yang mula bangkit menentang pentadbiran kuku besi Hosni Mubarak sejak peringkat awal di Dataran Tahrir lagi. "Tiada seorang pun dari kami dapat menyangka bahawa kami dapat keluar dari kezaliman ini dan tiada siapa yang menyangka kami mampu untuk bangkit menghadapinya. "Kami telah bangkit dengan revolusi dan Allah telah membantu kami mencapai kejayaan. "Jalan menuju perubahan terlalu hampir kepada kita dan kini telah pun sampai ke Timur Tengah dan ia akan sampai ke negara kamu, Insyaallah," ujarnya lagi. Selain itu beliau turut memberitahu, sama seperti di negara ini, meskipun beberapa pemimpin Ikhwan Muslim pernah dipenjara ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk menumbangkan rejim Hosni Mubarak. Sebelum itu, dalam perhimpunan sama, Ahli Jawatankuasa Lajnah Pertanian PAS, Mohamad Maksom Ramli menyerahkan deklarasi pesawah kepada Timbalan Yang Dipertua II PAS Selangor, Iskandar Samad. Deklarasi tersebut mengandungi janji Pakatan Rakyat yang akan menjaga kebajikan pesawah sekiranya berjaya menawan Putrajaya dan menubuhkan Kerajaan Pusat yang baru. Dalam perhimpunan itu menyaksikan tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan turut menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PAS. Mereka adalah bekas Pegawai Tadbir Diplomatik(PTD) selama 33 tahun yang juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ismail Hamzah dan bekas Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang, Abd Rahman Taib. -selangorku |
Papagomo Dakwa Mahasiswa Buat Laporan Diliwat DSAI Posted: 16 Jul 2012 07:46 PM PDT Kira-kira 10 hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan penghakiman bertulis membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kes liwat, sebuah blog yang pro-Umno mendakwa satu laporan polis telah dibuat kononnya beliau meliwat seorang penuntut institut pengajian tinggi utara Semenanjung. Sementara blog itu membawa laporan ini sejam sebelum tengah malam tadi, penyokong dan pegawai-pegawai Anwar dari PKR melihat ia sebagai konspirasi terbaru dan usaha terdesak pihak Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk terus menyerang Anwar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Mesej mengecam laporan itu turut dibuat menerusi Twitter dan Facebook. Anwar telah dibebaskan daripada kes meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan awal Januari lalu. Susulan penghakiman bertulis itu, Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan dengan mengetengahkan sembilan alasan pada minggu lalu. Saiful membuat laporan polis dia diliwat akhir Jun 2008. Blog Papagomo menulis, dia mendapat maklumat ada satu laporan polis telah dibuat petang semalam terhadap Anwar, yang juga Ketua Umum PR dan PKR. "Gomo baru mendapat maklumat bahawa petang tadi (semalam) ada laporan polis telah dibuat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh seorang mahasiswa dari utara yang menyatakan beliau telah diliwat oleh pemimpin PKR pada malam sebelumnya (kelmarin)," kata pemblog itu. Bagaimanapun entri blog empat para itu berkata, dia tidak pasti sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya. "Tidak diketahui sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya, namun yang pasti semua kedutaan dalam Malaysia diminta untuk tidak melindungi Anwar jika beliau bertindak menyembunyikan diri sepertimana kes liwat yang terdahulu," katanya dilihat merujuk kepada perkembangan ketika kes liwat kedua pada 2008. Anwar ketika itu mendapatkan perlindungan di Kedutaan Turki atas alasan keselamatannya terancam. Blog itu sebelum ini pernah menyiarkan beberapa klip rakaman menyentuh Anwar sejak awal tahun lalu. Laporan blog itu turut membawa gambar dua lelaki berada dalam sebuah kereta polis, salah seorang dipercayai penuntut yang membuat aduan polis. Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menerusi mesej Twitter menyifatkan perkembangan terbaru ini sebagai "sampah." "Ada juga dengar-dengar tapi sampahlah bro (saudara)," kata beliau membalas mesej dua pengikutnya awal pagi ini. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, pesaing politik Anwar menggunakan modus operadi yang sama iaitu satu laporan polis dibuat dan ia akan disusuli dengan siasatan polis sebagaimana disaksikan dalam kes-kes sebelum ini. Perkembangan terbaru ini jika benar dilihat akan mengganggu tumpuan Anwar, yang baru-baru ini berkata akan bersara jika gagal dalam misi menawan Putrajaya pada PRU13, mengemudi PR menghadapi pilihan raya umum. "Malah, ia juga sama sebagaimana kita saksikan dalam video yang ditontonkan oleh Datuk K (kepada media awal 2011) untuk menjejaskan imej Datuk Seri Anwar. Malah, ia muncul beberapa hari selepas Peguam Negara membuat rayuan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah pun dibebaskan. "Perkara (laporan) ini tidak mengejutkan kami sebab skrip adalah sama dan digunakan oleh musuh-musuh kami untuk pilihan raya umum," kata Shamsul Iskandar, yang juga seorang peguam. Beliau menambah, ia akan membawa kesan buruk ke atas BN khususnya Umno selepas beberapa usaha mereka sebelum ini untuk memburukkan imej Anwar ternyata telah gagal. Aktivis blogger Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan pula berkata, "adakah DSAI (Anwar) akan sekali lagi turun-naik mahkamah selama beberapa tahun?" "Blog papagomo melaporkan seorang mahasiswa telah membuat laporan polis kononnya diliwat oleh DSAI baru-baru ini. Apakah ini taktik terbaru Umno untuk menghadapi PRU13 dengan mengalih tumpuan terhadap susuk yang pernah dua kali didapati tidak bersalah dalam konspirasi liwat satu dan dua," katanya lagi. Katanya, perencanaan telah disusun dengan baik demi detik terpenting menghadapi pilihan raya "hidup mati Umno-BN." "Lebih dilihat BN akan terlingkup dalam pilihan raya akan datang, maka sesuatu perlu dirangka sebelum terlambat, menjadikan PRU13 yang dicanang sejak pertengahan tahun lepas dianjak-anjak beberapa kali," katanya lagi. Edy Noor juga berkata, Umno-BN yang kian hari kian terdesak akan menggunakan apa jua cara sekalipun bagi mengelak daripada tewas PRU-13, kedudukan yang bukan sahaja boleh menyebabkan harta hasil rasuah dirampas dan dikembalikan kepada rakyat, malah bakal ada pemimpin Umno yang akan menjengah ke tali gantung. "Dijangkakan juga ramai bekas menteri yang akan naik basikal berseluar senteng bersama 'briefcase' usang di tangan. "Biarpun terpaksa menggunakan SOP sedia ada, sekali gus menggunakan pakej persepsi yang telah dibina dari tahun 1998, apa sahaja cara untuk menghalang DSAI membawa rakyat menaiki takhta harus diguna pakai. "Taktik 'diversion' dilihat mempunyai kesan serampang dua mata selain cubaan menjatuhkan reputasi anwar, mereka cuba merantai Anwar di pintu mahkamah," katanya sambil menambah, "sedangkan semua itu telah dilalui dengan berjaya oleh seorang Anwar didukungi semangat reformasi rakyat Malaysia." Katanya, "maka apakah dengan kegusaran melampau ini, hadirlah slot terbaru konspirasi liwat ketiga?" -SH Ulasan GB Kalau dilihat berita di blog papagomo itu, ada gambar kereta polis membawa dua makhluk yang telah di "blur"kan wajahnya. Jika berita papagomo itu benar, persoalannya ialah, apakah polis terlibat dengan konspirasi berkenaan sehingga menggunakan kereta polis untuk mengangkut makhluk berkenaan? Biasanya laporan polis dibuat secara persendirian, nak kereta sendiri dan balik sendiri. Ini kejadahnya naik kereta polis? Kedua, siapa yang tak kenal papagomo yang telah banyak kali kantoi memfitnah? Dan tidak ada pun tindakan diambil ke atas papagomo ini seolah-olah beliau kebal undang-undang. TETAPI kebal macamana pun papagomo yang diliNdungi oleh polis, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, papagomo pasti hancur binasa sepertimana GB pernah kata dahulu! Dan begitu juga terhadap polis yang tidak menjalankan kerja dengan adil dan saksama, tidak akan terlepas dengan hukum Tuhan. Petikan: GB perhatikan sudah ada laporan polis / SKMM sebelum ini terhadap papagomo tentang banyak isu, salah satunya mengenai video seks. Kita akan terus berdoa! اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). Kita juga ingin mengingat keapda semua pihak yang terlibat di dalam "konspirasi" ini bahawa Allah sudah berfirman: |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment