Kelab Greenboc |
- [BERGAMBAR]: Tenangkan Fikiranmu Dengan Melihat Air Yang Jernih Ini
- Nilai Kemanusiaan Merentasi Ras, Agama & Warna Kulit
- TGNA: UMNO Dalang Yang Sebabkan Rakyat Huru-hara
- Orang Kanan Khalil Direman, Khalil Tiada Kaitan Kumpulan Ajaran Sesat - Polis
- Kenapa Umi Hafilda Yang Mengaku Simpan 18 Klip Video Seks Tidak Ditahan?
- Musa Hassan Dedahkan Jenayah Memang Meningkat, Gesa Polis Usah Sorokkan Fakta
- Usaha BN Takutkan Kaum Cina Terhadap Hudud Gagal
- 55 Ahli MIC Serah Borang DHPP
- Skandal Noh Omar Terbongkar: Beli Tanah Murah, Buat Ternakan Udang
| [BERGAMBAR]: Tenangkan Fikiranmu Dengan Melihat Air Yang Jernih Ini Posted: 13 Jul 2012 05:13 PM PDT ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Tekniknya: Kosongkan fikiranmu seketika dan lihat gambar-gambar ini berapa kali di samping beristighfar untuk membersihkan fikiran kita dari segala kekotoran dan kekeruhan yang berserabut di minda. Fikiran kita akan pulih, sejernih air-air jernih yang kita sudah lihat itu. Lakukan selalu dan insyaAllah kita akan hidup di dalam "dunia" yang serba jernih. "Sibghah (pewarnaan) Allah. Siapakah yang lebih baik sibghahnya dari sibghah Allah. Dan hanya kepadaNyalah kami menyembah." (Surah Al-Baqarah, ayat 138). "Maka nikmat Tuhan yang mana yang hendak kamu hendak dustakan?" Ar-Rahman: 12 |
| Nilai Kemanusiaan Merentasi Ras, Agama & Warna Kulit Posted: 13 Jul 2012 08:28 AM PDT ![]() Seorang lelaki Cina menghulurkan bantuan kemanusiaan tanpa mengira bangsa & warna kulit di lokasi kemalangan jalanraya selama 30 minit sehingga ambulan tiba. Mangsa adalah seorang pemuda Melayu.... Syabas UNCLE! Ps - Sikap begini perlu sentiasa ada dalam jati diri kita semua. Di dunia ini hanya ada dua jenis manusia iaitu manusia yang baik dan manusia yang jahat. Renung-renungkan. SHARE gambar ini. Biarkan seluruh manusia di muka ini berkata "Faith in Humanity, RESTORED!" -fb |
| TGNA: UMNO Dalang Yang Sebabkan Rakyat Huru-hara Posted: 13 Jul 2012 07:02 AM PDT Ceramah: Nik Aziz dakwa SK 'abai' beliauKOTA BHARU - Umno dikatakan punca wujudnya jurang ideologi politik yang tinggi dalam kalangan rakyat sehingga menyebabkan perceraian. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, situasi itu berlaku kerana pemimpin Umno yang mula bertindak meletakkan jurang tersebut antara Umno dengan Pas. "Pemimpin Umno sendiri membuat perbezaan antara Pas dengan mereka (Umno). Sedangkan Pas ini parti yang halal sebagaimana Umno berdaftar, kita (Pas) pun mendaftar sebagai sebuah parti. "Jadi kenapa semasa lakukan pentadbiran di negara ini Kerajaan Pusat membezakan layanan antara Kelantan dengan negeri lain," katanya kepada pemberita selepas Kuliah Mingguan di Dataran Ilmu di sini, semalam. Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak pernah mendapat jemputan ceramah daripada pihak sekolah kebangsaan mahupun menengah sepanjang tempoh 20 tahun memegang jawatan Menteri Besar. "Pernah berlaku kejadian yang mana ada Exco saya buat program rekreasi dan menjemput pelajar sekolah kebangsaan menghadiri tetapi ditolak, kenapa?" katanya. Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, perbezaan layanan daripada Kerajaan Pusat terhadap negeri ini menyebabkan rakyat Kelantan khususnya penyokong Pas membentuk persepsi negatif kepada Umno. "Contohnya mengenai baja padi dan di sini kenapa Kerajaan Pusat tidak bagi baja padi kepada Kelantan. Kelantan habis RM3 juta setahun beli baja khas kerana jika mahu baja, kena tampal logo dacing dan isi borang Umno dahulu," katanya. Terdahulu ketika dalam kuliahnya, Nik Abdul Aziz menempelak Umno sebagai dalang yang menyebabkan rakyat huru-hara. Beliau mempertikaikan tindakan Kerajaan Pusat tidak memberi peruntukan dana untuk pembangunan Kelantan secara terus kepada Kerajaan Negeri tetapi menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) terlebih dahulu. "Duit royalti petroleum Kelantan yang berapa ratus juta satu sen pun kita tidak dapat. Bila Kerajaan Pusat berbalah dengan Kerajaan Negeri ini secara tidak langsung rakyat negeri ini akan berbalah juga," katanya. -SH |
| Orang Kanan Khalil Direman, Khalil Tiada Kaitan Kumpulan Ajaran Sesat - Polis Posted: 13 Jul 2012 05:02 AM PDT Orang kanan Khalil ditahan remanSHAH ALAM - Seorang lelaki dipercayai individu yang membuat pengakuan terbuka akan sentiasa bersama Khalil Afandi Abd Hamid dalam 'perjuangan' lelaki yang ditembak mati oleh polis ketika mengamuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lalu, ditahan reman bermula kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki 39 tahun itu akan ditahan sehingga Ahad untuk membantu siasatan kes berkenaan. "Kita juga dapati, Khalil bertindak secara individu dan tidak ada kaitan dengan sebarang kumpulan ajaran sesat," kata Chin Wah ketika dihubungi Sinar Harian. Akhbar ini semalam melaporkan perihal seorang lelaki yang namanya disebut berulang kali dalam laman blog dan Facebook milik Khalil sebagai orang kanan yang sentiasa bersama lelaki amuk itu dalam perjuangannya. Malah, lelaki itu sendiri dalam salah satu blog Khalil mengaku secara terbuka dalam kenyataan yang dipaparkan bersama nombor kad pengenalannya bahawa mereka akan sentiasa bersama. Mengikut catatan yang dipercayai dibuat Khalil dalam blognya, dia dalam perjuangan menawan negara dan dunia. -SH Muhdalina minta percaya kiamat dekat |
| Kenapa Umi Hafilda Yang Mengaku Simpan 18 Klip Video Seks Tidak Ditahan? Posted: 13 Jul 2012 03:31 AM PDT ![]() Anda boleh mengaku simpan video seks dan beritahu semua orang anda tahu siapa dalang membuat video seks, anda tidak akan didakwa atau dijatuhkan hukuman - HALAL dari UMNO (Umi Hafilda mengaku menyimpan 18 video klip DSAI) Tapi AWAS!!! jika anda ditangkap oleh polis, dan dalam telefon anda ada video seks, anda akan didakwa!!! (seorang pemandu lori dihukum denda RM1,500 kerana didapati klip video lucah di dalam telefon bimbitnya) Tahniah.... inilah keadilan didalam sistem 1Malaysia - Apek — |
| Musa Hassan Dedahkan Jenayah Memang Meningkat, Gesa Polis Usah Sorokkan Fakta Posted: 13 Jul 2012 01:31 AM PDT Tak perlu sorok fakta, jenayah memang meningkat, kata Musa HassanKUALA LUMPUR, 13 Julai — Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai. "Rakyat perlu tahu perkara sebenar, tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah. "Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah," kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider semalam. Bekas KPN itu turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan. "Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai 'bodyguard'. "Kerana banyak jenayahlah menteri-menteri dan orang-orang besar perlukan 'bodyguard'," kata Musa. Musa Hassan telah berkhidmat untuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM) selama empat dekad dan memimpin pasukan tersebut selama empat tahun semenjak tahun 2006 sebelum digantikan oleh Tan Sri Ismail Omar pada 13 September 2010. Walaupun berlakunya kes serangan, rompakan dan penculikan, polis, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan kementerian dalam negeri (KDN) mengeluarkan statistik kadar jenayah negara telah menurun semenjak kerajaan memperkenal Program Transformasi Kerajaan (GTP). Unit Pencegahan Jenayah Pemandu dalam majlis bersama media semalam — langkah untuk mengurangkan kerisauan orang ramai, menyatakan statistik kadar jenayah menurun sebanyak 10.1 peratus pada lima bulan pertama tahun ini. Sebelum ini, Unit Pencegahan Jenayah Pemandu telah mengeluarkan angka untuk menunjukkan penurunan indeks jenayah sebanyak 11.1 peratus dari 2010 sehingga tahun lalu manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus pada tempoh sama. Pemandu turut merayu agar media membantu mereka mengubah persepsi rakyat dan mendesak agar laporan seimbang diberikan. Ketika ditanya mengenai kenyataan Pemandu berkenaan statistik jenayah yang menurun, Musa mencadangkan kerajaan agar melantik pihak ketiga yang lebih bebas seperti universiti untuk memberikan data seperti statistik jenayah kerana mereka lebih bebas. "Sewaktu zaman saya dulu, saya minta Universiti Sains Malaysia untuk keluarkan statistik jenayah. "Ini turut dilakukan oleh pasukan polis di Amerika yang sering menggunakan universiti agar data yang diperolehi tepat dan tidak menyorokkan apa-apa fakta," kata Musa lagi. Menurut bekas KPN itu lagi, kadar jenayah diseluruh dunia meningkat akibat daripada kemerosotan ekonomi dunia akibat dariapada kemelesetan ekonomi yang berlaku di Eropah. "Globalisasi menyebabkan sukar untuk sesebuah negara untuk mencegah berlakunya jenayah. "Globalisasi menyebabkan ramai orang luar masuk ke Malaysia, yang kita tak tahu latar belakang dia, 'especially' dari Nigeria tentang kehidupan dadah mereka. "Ini adalah diantara punca berlakunya peningkatan jenayah dalam negara," kata Musa lagi. Untuk mencegah masalah jenayah yang berleluasa hari ini, bekas KPN mencadangkan agar polis membuat penambahbaikan dari segi mengubah teknik dalam memerangi jenayah sekarang ini kepada 'intelligence procurement' atau 'perolehan risikan'. "Kita perlu mendapatkan maklumat-maklumat risikan terdahulu. "Jika maklumat risikan polis bagus dari segi perolehannya, mempunyai hubungan rapat dengan penguatkuasa luar negara, maka kita boleh mengetahui awal berkenaan latarbelakang seseorang dan boleh memantau jika mereka penjenayah. "Sama seperti dalam negara kita, kita perlu pantau geng-geng jahat dan penjenayah-penjenayah ni," kata bekas KPN itu lagi. -TMI
|
| Usaha BN Takutkan Kaum Cina Terhadap Hudud Gagal Posted: 12 Jul 2012 11:32 PM PDT ![]() Hukum Kebenaran dan Keadilan tidak semestinya mengikut hukum akal manusia yang serba lemah. Apabila parti komponen BN samada UMNO atau MCA memainkan isu Hudud dengan harapan untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, ternyata usaha itu gagal. Didapati lebih ramai masyarakat bukan Islam yang memahami dan menyokong perjuangan PAS. Mereka sudah muak dan mual dengan agenda penyelewengan dan rasuah pemimpin BN dan sudah siap sedia untuk menobatkan Pakatan Rakyat menggantikan BN sebagai kerajaan baru di negara ini. ![]() |
| Posted: 12 Jul 2012 08:35 PM PDT Wakil Belia MIC, Tiru Morty a/l Amasamy telah menyerahkan 55 borang ke ahlian DHPP kepada Ahli Dewan Negeri (Adun) Lembah Jaya, Kasim Abdul Aziz dalam majlis minum petangmdi kampung Tasek Permai, dekat sini, baru-baru ini. Menurut Kasim, konsep mesra rakyat yang diamalkan wakil rakyat Pakatan Rakyat tanpa mengira waktu menjadi faktor orang bukan Melayu memberi sokongan kepada PAS. Sebelum Pakatan Rakyat mentadbir Selangor katanya, Ampang mempunyai wakil rakyat Melayu daripada BN yang meminggirkan masyarakat India. Ini katanya, berbeza dengan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang membela semua kaum tanpa mengira agama dan status. "Ada kampung di Ampang yang wakil rakyat dahulu tidak pernah masuk sehingga masalah banjir tidak dapat diselesaikan," katanya. Bagaimanapun tambah beliau, setelah Pakatan Rakyat mentabdir masalah banjir dihadapi penduduk berjaya diselesaikan dengan menaik taraf saliran. "Apa yang kita buat ini bukan untuk memancing undi tetapi kita lakukan perkhidmatan terbaik untuk keselesaan rakyat," tegasnya. Turut hadir dalam majlis tersebut Ketua DHPP Ampang, Kalaimani, Ketua DHPP Selangor, Letchumanan dan Adun Teratai, Jenice Lee. |
| Skandal Noh Omar Terbongkar: Beli Tanah Murah, Buat Ternakan Udang Posted: 12 Jul 2012 07:43 PM PDT Shah Alam, 12 Jul : Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini digemparkan tentang skandal pembelian tanah oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang pada 1995.Lebih lagi, Noh, yang sekarang Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, telah memulakan projek ternakan udang pada tahan 30 ekar itu bersama sebuah syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd. Penglibatan Noh di dalam syarikat itu, kata Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang mendedahkan skandal tersebut, menimbulkan persoalan percanggahan kepentingan kerana Noh merupakan menteri yang bertanggungjawab mengelola industri itu. Noh membeli tanah 30 ekar itu dengan hanya membayar RM100,000 berbanding harga asal kira-kira RM3 juta pada ketika itu, kata Suee Lim. Katanya, tanah itu yang asalnya berstatus komersil kemudiannya ditukar kepada tanah pertanian demi menjayakan projek ternakan udang itu pada 2011. "Rakyat susah untuk mendapat tanah tetapi seorang pemimpin kanan diberi tanah dengan mudah pada ketika itu. Saya telah melawat kawasan itu dan mendapati statusnya adalah untuk ternakan udang," katanya semasa sesi perbahasan di hari terakhir persidangan DNS. Suee Lim dalam pada itu turut mendedahkan surat akuan sumpah yang membuktikan usahasama Noh bersama pengarah Pristine Agrofood Sdn Bhd, Chu Bak Teck. ![]() Mengikut dokumen yang didedahkan Suee Lim, Noh mendapat tanah itu pada 13 Jun 1995. Hasil carian di laman web Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan Noh memenangi kerusi Ahli Parlimen Tanjong Karang buat kali pertama pada April 1995. "Kes ini saya anggap sebagai skandal tanah dan bukti wujudnya percanggahan kepentingan kerana beliau ketika ini ialah seorang menteri yang memegang portfolio pertanian dan industri asas tani yang secara terang terlibat secara langsung dalam industri itu. "Di manakah maruah Umno-BN yang kononnya memperjuangkan hak rakyat tetapi parti terlibat dalam kes sapu tanah rakyat?" soalnya. Sementara itu, DNS meluluskan Rang Undang-undang yang dicadangkan Suee Lim supaya tidak membenarkan wakil rakyat, ahli majlis dan pihak berkuasa tempatan membuat sebarang permohonan untuk memiliki tanah kerajaan negeri. Usaha TV Selangor menghubungi Noh bagi mendapatkan respon beliau bagaimanapun gagal. Panggilan dan mesej pesanan ringkas yang dihantar kepada nombor telefon beliau tidak dibalas. -selangorku ![]() |
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






















No comments:
Post a Comment