Kelab Greenboc |
- [IKTIBAR] Jangan Laju Sangat Bang.....
- [BONGKAR] RM20 juta Ditawarkan Untuk Mengkatakkan Seorang MP PKR
- Dr.Asri Bersemangat Bangkit Menentang UMNO Gara-gara Tun Faisal
- Simpan Video Lucah Dalam Handfon Didenda RM1,500, Menari Lucah RM25
- Orang Selama Bersuara: Nak Turunkan Bendera PAS, Turunkan Bendera UMNO Sekali!
- Cerai Isteri Kerana Dengar Ceramah Hassan Jati?
- Selangor Bakal Negeri Pertama Sediakan WIFI Untuk Seluruh Masjid Dan Surau
- Hubungan Khalil & Mudahlina Masih Misteri
| [IKTIBAR] Jangan Laju Sangat Bang..... Posted: 12 Jul 2012 05:17 PM PDT Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya tercinta. Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata dalam hati. Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur. "Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya. "Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was. "Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa...." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!. "Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak? Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat. "Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis. PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, study pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Julia tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! " Moral of the story: Solat terlebih dahulu sebelum dapat pelempang! |
| [BONGKAR] RM20 juta Ditawarkan Untuk Mengkatakkan Seorang MP PKR Posted: 12 Jul 2012 07:52 AM PDT Ahli Parlimen (MP) Tanah Merah, Amran Ab Ghani mendedahkan, beliau ditawar RM20 juta supaya meninggalkan KEADILAN.Ia merupakan jumlah paling tinggi selepas episod pendedahan tawaran membeli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat didedahkan di Parlimen baru-baru ini. "Satu perjumpaan diaturkan orang tertentu untuk membeli Ahli Parlimen daripada KEADILAN. Tawaran bermula daripada RM10 juta. Akhirnya pihak itu mematikan harga dengan RM20 juta seorang. "Perkara ini terjadi apabila pakej berlaku, iaitu kelapan-lapan Ahli Parlimen ini melompat. Kalau seorang tarik diri, perkara ini tidak jadi," kata Amran pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini. Menurut Amran, tawaran itu dibuat semasa peralihan kuasa pada era Tun Abdullah Ahmad Badawi. Berkongsi pengalaman sama, MP Kelana Jaya, Gwo Burne Loh dan MP Ketereh, Ab Aziz Kadir turut mengesahkan mereka juga menerima tawaran keluar parti seperti yang didedahkan MP Indera Mahkota, Azan Ismail sebelum ini. Amran berkata, selain dipujuk, beliau dan keluarganya ditekan pelbagai ugutan. "Saya ditekan dari sudut orang muda iaitu jika saya tidak dicalonkan lagi, pencen hanya bermula umur 50 an. "Dia mengandaikan parti ini (KEADILAN) hanya menggunakan saya, kerana pada PRU13, saya tidak akan dicalonkan semula," ujarnya. 10 juta disuruh ke Indonesia, 10 juta lagi dapat gudang Bagaimanapun katanya, tawaran RM10 juta itu membuah hasil apabila kumpulan lapan Ahli Parlimen itu ada yang lompat selepas berlaku perbincangan. "Dalam perbincangan itu, diberikan penjelasan berkenaan tawaran RM10 juta bahawa mereka akan diberikan gudang di sekitar KL dan dijadikan seperti pencen. "Manakala RM10 juta lagi supaya bawa isteri tinggal di Indonesia dua atau tiga tahun. Maknanya jika balik kampung selepas itu, orang kampung tidak marah," jelas Amran. "Tawaran ketika itu menarik kerana tidak perlu lompat masuk BN tapi keluar dan duduk atas status Bebas dan sokong kerajaan, itu gambarannya," kata Amran. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang turut hadir dalam sidang media itu dengan sinis meminta media mengesahkan perkara tersebut dengan MP yang sudah lompat parti. "Ini transformasi Najib, jadikan manusia tukar jadi katak, kalau boleh tuan-tuan hubungi Bandar Baharu, Wangsa Maju, Bayan Baru, Bagan Serai, tanya mereka yang melalui transformasi berdasarkan cerita mereka ini," ujarnya. -KD RM160 juta tarik lapan MP PKR lompat |
| Dr.Asri Bersemangat Bangkit Menentang UMNO Gara-gara Tun Faisal Posted: 12 Jul 2012 06:30 AM PDT Raja boleh dikritik, kata bekas muftiKUALA LUMPUR, 12 Julai — Tokoh Islam terkenal, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mendakwa raja tidak kebal dari kritikan dan mesti bertanggungjawab terhadap tindakan mereka — mencetuskan kemarahan di laman sosial Twitter selepas beliau mengeluarkan kenyataan yang dikaitkan dengan kritikan terhadap keluarga diraja baru-baru ini. Bekas mufti Perlis itu yang kini merupakan zamalah pelawat di Universiti Oxford memuji British kerana menyemak perbelanjaan keluarga diraja dan memastikan mereka bertanggungjawab terhadap pembayar cukai. Menurut Dr Asri, langkah ini baik untuk mencegah penyelewengan. Dalam tulisan bertajuk "Mereka Paling Mencegah Kezaliman Raja", beliau menyatakan, walaupun keluarga diraja British memberikan sumbangan besar dalam sejarah negara tersebut, mereka (keluarga diraja) tidak dibiarkan untuk berbuat sesuka hati. Dr Asri menulis perkara tesebut selepas membaca laporan akhbar Daily Mirror yang diterbitkan pada 3 Julai lalu tentang perbelanjaan perjalanan keluarga diraja British yang melambung tinggi mencecah 6.1 juta pound sterling tahun lalu. Dr Asri membandingkan pengalaman British dengan dunia Islam dimana British memberikan kebabasan kepada warga untuk mengkritik pemimpin manakala dunia Islam pula menjatuhkan hukuman kepada rakyat yang mengkritik pemimpin. "Lihatlah dunia Islam di mana golongan bangsawan boleh mengaut segala kekayaan minyak, balak, gas, tanah dan segala harta awam rakyat tanpa siapa boleh mempertikaikan. Malahan siapa yang berani mempertikaikan akan menerima hukuman," tulis beliau lagi. Dr Asri mengkritik golongan agama yang mempertahankan kezaliman penguasa sepertimana ulama berfatwa mempertahankan Muammar Qadafi, Hosni Mubarak dan rejim yang masih hidup iaitu Bashar al-Assad. Walaupun tidak menyentuh tentang Malaysia dalam tulisannya itu, Dr Asri menimbulkan kontroversi dalam laman sosial Twitter Isnin lalu. "Melayu salah baca sejarahnya; Jebat sbnarnya tdk derhaka tp Sultan Melaka yg celaka. Mnzalimi rakyat tp mndakwa brdaulat," kata beliau melalui akaun Twitter nya, @realDrMAZA. Tokoh agama popular itu mendapat reaksi serta merta dari penyokong Umno kerana kenyataannya mengenai Jebat – kisah mitos Melayu yang selama ini menyatakan Jebat adalah seorang penderhaka kerana berani melawan raja yang menindas sahabat baiknya, Hang Tuah. Pada masa sama, Dr Asri menulis di laman sosial Twitter tentang insiden Syed Abdullah Hussien Al-Attas — lebih dikenali dengan nama Uncle Seekers di blognya — kini disiasat polis kerana memalukan Sultan Johor, berkaitan dengan kritikannya bekas mufti Perlis itu terhadap ketidakseimbangan kuasa. "Uncle seeker hendaklah dibawa ke mahkamah dan dibicara dgn adil segala dakwaannya. Rakyat ingin melihat keadilan ditegakkan " kata Dr Asri. Uncle Seekers bukanlah insiden pertama kerana sebelum itu, pemimpin popular yang juga ahli parlimen dan adun, Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut disiasat dibawah akta hasutan kerana mengkritik Sultan Johor yang membeli nombor pendaftaran WWW1 dengan harga RM520,000 Mei lalu. Pemimpin pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz, yang mengetuai Unit Media Baru (UMB) parti tersebut, terus menjawab tulisan Dr Asri itu di laman sosial Twitter. "Blogger Pas mengamuk akibat dengar ceramah yang halalkan pemimpin diguling dengan mata pedang?" tulis Tun Faisal melalui akaun Twitternya @tunfaisal. Tulisan Tun Faisal itu terus dijawab oleh Dr Asri — sebelum ini cuba dipancing oleh PAS untuk menyertai parti tersebut, tetapi intelektual Islam itu masih kekal bebas dari sebarang parti politik. "Bala bagi UMNO jika org spt @tunfaisal ini menduduki kepimpinan. "Rakyat tdk membenci UMNO ttp mmbenci perangai sstengah org/pemimpin UMNO. Mrklah yg mnyuburkn kbencian ramai pd parti trsebut," jawab Dr Asri. ![]() Pemimpin NGO dan parti pembangkang telah lama mengkritik kerajaan kerana menggunakan Akta Hasutan 1948 sebagai senjata politik dan menghentikan kritikan, walaupun perkara yang dikritik itu benar. Dalam usaha untuk memulihkan imej beliau sebelum pilihan raya umum yang perlu diadakan selewat-lewatnya April depan, perdana menteri mengumumkan pelan pentadbirannya untuk meminda akta berusia 64 tahun itu dan menggantikan dengan akta baru yang dinamakan Akta Keharmonian Nasional. "Dengan adanya akta baru ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. "Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," lapor The Star. -TMI ![]() |
| Simpan Video Lucah Dalam Handfon Didenda RM1,500, Menari Lucah RM25 Posted: 12 Jul 2012 04:35 AM PDT Hobi simpan koleksi video lucah bawa padahKUALA TERENGGANU - Hobi bawa padah, itulah yang boleh digambarkan kepada seorang pemandu lori yang memiliki tabiat buruk menyimpan pelbagai koleksi rakaman video lucah di dalam telefon bimbit miliknya. Gambar: Mohd Azam mengaku salah menyimpan 13 rakaman lucah di dalam telefon bimbit miliknya di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam. Bagaimanapun, tabiat tidak bermoral bapa kepada seorang anak ini membawa padah apabila dikenakan denda RM1,500 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam. Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Azam Manap @ Awang, 32, dari Pekan Sari, Tepoh, di sini, mengaku salah terhadap pertuduhan memiliki bahan lucah. Mohd Azam mengaku memiliki 13 rakaman video lucah yang disimpan di dalam telefon jenama Nokia model 7610 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kira-kira jam 4.15 pagi, 31 Julai 2008. Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming manakala Mohd Azam tidak diwakili peguam. Berdasarkan fakta kes, pemeriksaan lanjut polis terhadap badan Mohd Azam yang ditahan di Pejabat BSJIPD Kuala Terengganu telah menemui sebuah telefon bimbit. Pemeriksaan lanjut terhadap telefon bimbit berkenaan, polis menemui 13 rakaman video lucah. Sebelum ini, Mohd Azam yang dibebaskan dengan jaminan gagal menghadirkan diri ke mahkamah pada tarikh yang diberikan sebelum satu perintah waran tangkap dikeluarkan bagi menahannya. Terdahulu, Mohd Azam dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman terhadapnya atas alasan sudah insaf dan tidak lagi melakukan perbuatan sama. Dia turut memohon mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara atas alasan perlu menjaga seorang anak yang masih bersekolah. Ulasan GB Pelik sungguh undang-undang di negara kita. Simpan video lucah dalam handfon denda RM1,500, tetapi menari lucah (kes penari tiang) denda cuma RM25. Gambar-gambar lucah ditayangkan oleh media massa arus perdana samada bercetak atau eletronik terutama untuk dengan tujuan untuk mengaibkan pemimpin parti PR lansung tak didakwa. Blogger pencacai sebar video dan gambar porno pun tiada tindakan diambil... Kita tunggu hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya. klik untuk baca ![]() |
| Orang Selama Bersuara: Nak Turunkan Bendera PAS, Turunkan Bendera UMNO Sekali! Posted: 12 Jul 2012 04:01 AM PDT Orang Selama turun berramai-ramai pertahankan bendera PAS dari diturunkan oleh petugas Majlis Daerah dan polis, sedangkan bendera Umno bersepah-sepah merata tempat.Orang kampung berkata, kalau nak turunkan juga bendera PAS, turunkan sekali bendera Umno.. Akhirnya mereka akur dengan desakan orang kampung... Memang terbaeklah orang Selama, tabik spring rakan-rakan kita di Perak.. Diharap tempat lain mencontohi semangat rakan-rakan kita di Selama ni! ![]() |
| Cerai Isteri Kerana Dengar Ceramah Hassan Jati? Posted: 12 Jul 2012 12:35 AM PDT Cerai isteri hadir ceramah Hasan AliKOTA BHARU – Hanya kerana tidak menyokong fahaman politik suami, seorang guru mengajar al-Quran dekat sini diceraikan, semalam. Proses penceraian ke atas wanita itu, Cik Yah (bukan nama sebenar), 60, berlangsung di Mahkamah Syariah. Gambar: Cik Yah menunjukkan rekod penceraian selepas hadir perbicaraan di Mahkamah Syariah di sebuah daerah, semalam. Menceritakan kisah yang menyedihkan itu kepada Sinar Harian, Cik Yah, seorang ahli Umno yang aktif di kawasannya, memberitahu beliau mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu, Awang (bukan nama sebenar), dalam lingkungan 70-an, kira-kira 15 tahun lalu, atas dasar suka sama suka. Menurutnya, ketika itu Awang, seorang penyokong Pas, tidak kisah dengan fahaman politik yang dipegangnya, tetapi beliau mengambil keputusan melepaskan jawatan yang dipegang dalam Wanita Umno bagi menghormati pendirian suami. "Bagaimanapun, awal bulan lepas, kami bergaduh besar. Ia berlaku selepas saya menghadiri majlis cabutan bertuah yang diadakan di Tanah Merah. "Saya tidak tahu pun bahawa (bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr) Hasan Ali hadir dalam majlis tersebut," katanya. Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu kerana mengkritik parti secara terbuka. Menurut Cik Yah, selepas beliau memaklumkan perkara itu kepada suaminya, suaminya mula mempertikaikan tindakannya turut berada di majlis yang sama. Pergaduhan bermula di situ dan akhirnya, Awang memfailkan penceraian di mahkamah pada 24 Jun lalu. Mereka pernah berkahwin sebelum ini dan tidak mempunyai anak. Cik Yah mendakwa beliau tidak pernah menghalang Awang menyertai mana-mana ceramah politik dan kecewa kerana suaminya pula mengugutnya hanya kerana beliau menghadiri satu ceramah yang dihadiri bekas pemimpin Pas. Katanya, beliau sudah banyak kali berjumpa dengan imam di kawasan itu mengenai pertelingkahan dengan suaminya dan mendapatkan nasihat bagaimana hendak menyelamatkan rumah tangga mereka. Bagaimanapun, katanya, perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan kerana suaminya terus mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan membuat keputusan untuk failkan cerai di Mahkamah Syariah. Cik Yah mendakwa sikap bekas suaminya ini berubah menjadi terlalu sensitif dan panas baran apabila berhadapan dengan perkara berkaitan politik selepas sering menghadiri ceramah politik, yang diadakan setiap hujung minggu, di beberapa tempat di kawasan kediaman mereka. Beliau syak Awang dihasut rakan-rakan yang berjaya membawa ahli keluarga masing-masing menyokong Pas, sehingga Awang berasa tercabar dan mengambil tindakan menceraikannya kerana perbezaan fahaman politik. "Sebelum memfailkan cerai, bekas suami saya berkata dia tidak mahu lagi tinggal di rumah bersama saya, tetapi mahu berpindah ke rumah anak-anaknya, yang terletak hampir satu kilometer daripada rumah kami. "Tindakannya itu menguatkan lagi telahan saya bahawa dia sudah tidak sayangkan saya lagi, sebaliknya mengutamakan politik daripada isteri sendiri," katanya. -SH Bercerai angkara fahaman politik Ulasan GB Ini apa punya berita da? Apakah sekadar nak memburukkan PAS kononnya mencampur adukkan politik dengan rumahtangga? Atau nak suruh orang datang ramai-ramai dengar ceramah Hassan Jati yang dah takda sambutan tu? Ketara sangat wartawan yang cuba menggembar-gemburkan isu ini jahil dan tidak mengetahui ajaran dan hukum Islam. Isteri kalau ingin berpuasa sunat pun jika suami tak bagi tak boleh dilakukan... Inikan pula keluar rumah pergi ceramah! Ini sudah dikategorikan sebagai NUSYUZ. Nusyuz membawa maksud suatu tindakan yang dilakukan oleh isteri yang dianggap menentang kehendak suami dengan tidak ada alasan yang munasabah menurut hukum syarak. Tindakan itulah dikira durhaka. Cuba membuat berita yang karut-marut tetapi mendedahkan pekung kejahilan sendiri. Bodoh! (pinjam perkataan Ahmad Nisfu) ![]() |
| Selangor Bakal Negeri Pertama Sediakan WIFI Untuk Seluruh Masjid Dan Surau Posted: 11 Jul 2012 10:05 PM PDT Shah Alam 11 JULAI : Kerajaan Negeri sedang meneliti untuk memastikan kesemua masjid dan surau di negeri ini mendapat kemudahan wifi percuma.Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata inisiatif itu diambil sebagai langkah untuk rakyat celik komputer dan informasi negeri dapat disampaikan. "Cadangan itu sedang diteliti pada masa kini dan akan diumumkan kelak," katanya ketika sesi penggulungan di Sidang Dewan Negeri (DNS). Selain itu, katanya, Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukkan tambahan sebanyak RM5 juta untuk memastikan pelebaran jalur internet lebih cepat dari yang dijangkakan. "Ini meliputi kawasan bandar dan luar bandar untuk pastikan ia dapat dilaksanakan," katanya. Tambah Rodziah, Kerajaan Negeri telah membuat dasar untuk menentukan kawasan pemasangan Wifi mengikut keperluan dan kriteria. Antaranya kawasan tarikan perlancongan, komersial, pejabat kerajaan, medan selera di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kawasan riadah, hub pengangkutan dan Kolej. "Bagi Fasa 1, kita telah lancarkan di Dataran Shah Alam, PKNS, medan selera Seksyen 2, 3 dan 9, Shah Alam selain Kuala Kubu Bahru dan Dun Permatang serta lain-lain lagi," katanya. -selangorku |
| Hubungan Khalil & Mudahlina Masih Misteri Posted: 11 Jul 2012 08:03 PM PDT AKeluarga Dakwa Wanita Bersama Lelaki Mengamuk Mungkin DipukauPUTRAJAYA: Keluarga Muhdalina Ahmad yang bersama lelaki mengamuk dengan pedang pedang samurai, Khalil Afandi Abd Hamid mendakwa wanita itu mungkin dipukau. Suaminya, yang hanya dikenali sebagai Yusof, berkata dia telah berkelakuan ganjil baru-baru ini. "Saya perasan dia sangat obses tentang lelaki itu walaupun hanya mendapat tahu tentang dirinya melalui blog," katanya, sambil menambah bahawa dia mengetahui tentang hubungan dalam talian antara isterinya dengan lelaki terbabit. "Saya rasa dia hanya mengenalinya minggu lepas. Saya tidak fikir dia dengan mudah akan mengikut lelaki itu untuk melakukan perkara-perkara seperti itu. Mungkin dia telah dipukau," kata Yusof, yang berasal dari Klang yang datang melawat Muhdalina yang sedang dirawat kerana cedera terkena tembakan di hospital dekat sini. Pekerja di Pelabuhan Klang itu berkata dia dan isterinya tinggal bersama dua anak mereka, Mohd Fariz Khorizmi, 2, dan Ratisha Mia, 1, di Rantau Panjang, Klang. Pemeriksaan di wad pengasingan hospital mendapati seorang wanita berselendang hitam berbaring di atas katil yang dijaga oleh dua anggota polis wanita. Dia telah diletakkan di bawah reman oleh pihak polis. Gambar kanan: Adam, bapa Muhdalina Bapanya, Ahmad Adam, penjual nasi lemak berkata keluarganya tidak percaya apa yang Muhdalina lakukan, sambil menambah Muhdalina adalah seorang anak yang baik. "Walaupun dia merupakan graduan UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), pengetahuannya tentang Islam adalah seperti orang biasa. Kami juga tidak tahu apa-apa tentang lelaki itu sehingga dia menjadi tajuk utama dalam akhbar. "Saya rasa anak perempuan saya telah terpengaruh dengan lelaki yang mendakwa dirinya Imam Mahadi itu," kata bapa berusia 55 tahun, sambil menambah Muhdalina, anak kedua daripada empat adik-beradik, telah berhenti bekerja sebagai penolong pengurus di sebuah syarikat swasta tanpa memberitahu mereka. "Saya tidak sangka ini boleh berlaku. Anak perempuan saya menjalani kehidupan yang biasa. Mungkin ini berlaku kerana dia suka melayari internet," katanya. "Saya minta maaf di atas apa yang dia lakukan," katanya, sambil menambah bahawa beliau hanya mengetahui kejadian itu selepas diminta untuk datang ke Ibu Pejabat Polis Putrajaya. -mstar Amuk di JPM: Ayah dakwa anaknya 'gila Internet' Jiran terkejut tindakan Khalil Afandi klik untuk baca ![]() |
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



















No comments:
Post a Comment