Kelab Greenboc |
- [IKTIBAR] Pemuda Yang Tak Jadi Diambil Nyawanya Oleh Malaikat...
- Pelik, Tiada Ahli Keluarga & Sahabat Hadir Di Upacara Pengebumian Khalil Afandi
- "Imam Mahadi" Yang Mengamuk Bukan Ahli PAS
- Khalwat: Bekas Pelajar IPTA Didenda RM1,800
- Kerajaan Umno-BN Yang Keluarkan Lesen Rumah Urut
- Helah Isteri Buat Laporan Dirogol, Tutup Aib
- Finaz Yunus Akhirnya Mohon Maaf Kepada Abby Abadi
- Apa Kuasa Rosmah Wajibkan Semua Pengusaha TASKA Hadiri Kursus PERMATA?
| [IKTIBAR] Pemuda Yang Tak Jadi Diambil Nyawanya Oleh Malaikat... Posted: 11 Jul 2012 05:23 PM PDT Kematian adalah hak Allah Swt, tanpa mampu kita menolaknya secara apapun jika Allah berkehendak, dan juga maju mundurnya kematian adalah hak Allah Swt.Tetapi, ada satu perkara yang mampu membuat kematian di tunda oleh-Nya. Lalu bagaimana caranya dan mengapa itu boleh terjadi? Berikut ini sebuah contoh kisah yang benar - benar terjadi pada masa kenabian Ibrahim as. Suatu hari, Malaikal Maut mendatangi Nabi Allah Ibrahim, dan bertanya, "Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?" "Yang anak muda tadi maksudnya?" tanya Ibrahim. "Itu sahabat sekaligus muridku." "Ada apa dia datang menemuimu?" "Dia menyampaikan bahwa dia akan melangsungkan pernikahannya besok pagi." "Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai besok pagi." Habis berkata seperti itu, Malaikal Maut pergi meninggalkan Nabi Allah Ibrahim. Hampir saja Nabi Allah Ibrahim tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut, untuk menyegerakan pernikahannya malam ini itu juga dan memberitahu tentang kematian anak muda itu besok. Tapi langkahnya terhenti. Nabi Allah Ibrahim memilih 'kematian' tetap menjadi rahasia Allah. Esok paginya, Nabiyallah Ibrahim ternyata melihat dan menyaksikan bahwa anak muda tersebut tetap bisa melangsungkan pernikahannya. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, Nabiyallah Ibrahim malah melihat anak muda ini panjang umurnya. Hingga usia anak muda ini 70 tahun, Nabiyallah Ibrahim bertanya kepada Malaikal Maut, apakah dia berbohong tempo hari sewaktu menyampaikan bahwa anak muda itu umurnya tidak akan sampai besok pagi? Malaikal Maut menjawab bahwa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya. "Apa gerangan yang membuat Allah menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda tersebut, dulu?" "Wahai Ibrahim, di malam menjelang pernikahannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut, hingga engkau masih melihatnya hidup." Kematian memang di tangan Allah. justru itu, memajukan dan memundurkan kematian adalah hak Allah. Dan Allah memberitahu lewat kalam Rasul-Nya, Muhammad Shallahu `Alaih bahwa sedekah itu bisa memanjangkan umur. jadi, bila disebut bahwa ada sesuatu yang bisa menunda kematian, itu adalah…sedekah. Maka, tengoklah kanan - kiri anda, lihat - lihatlah sekeliling anda. Bila anda menemukan ada satu - dua kesusahan di depan mata anda. Maka sesungguhnya andalah yang perlu menghulurkan pertolongan. Karena siapa tahu kesusahan itu ditampakkan oleh Allah untuk memanjangkan umur anda. Apakah anda bersedia menolongnya atau tidak. Bila bersedia, maka kemungkinan besar memang Allah akan memanjangkan umur anda. Lihatlah betapa mulia hati si pengemis ini. Kita pula bagaimana? Tidak ada seorang pun yang mengetahui bila ajalnya akan tiba. Dan, tidak seseorangpun yang mengetahui dalam keadaan apa ajalnya tiba. Maka mengeluarkan sedekah bukan saja akan memperpanjang umur, melainkan juga memungkinkan kita meninggal dalam keadaan baik. Bukankah sedekah akan mengundang cintanya Allah? Sedangkan kalau seseorang sudah dicintai oleh Allah, maka tidak ada masalahnya yang tidak diselesaikan, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak ada nyawa yang dicabut dalam keadaan husnul khatimah. Mudah - mudahan Allah berkenan memanjangkan umur, sehingga kita semua berkesempatan untuk mengejar ampunan Allah dan mengubah segala kelakuan kita, sambil mempersiapkan kematian yang pasti datang. |
| Pelik, Tiada Ahli Keluarga & Sahabat Hadir Di Upacara Pengebumian Khalil Afandi Posted: 11 Jul 2012 10:01 AM PDT Polis Urus Jenazah BloggerSerdang: Upacara pengebumian Khalil Afandi Abd Hamid berlansung dalam keadaan penuh tanda-tanya apabila hanya anggota polis dan ahli jawatnkuasa Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dilihat menguruskan jenazahnya di Tanah perkuburan Islam di UPM di sini semalam. Tiada seorang pun kelibat ahli keluarga dan sahabat Allahyarham hadir pada upacara tersebut. Salah seorang ahli keluarga Khalil Afandi memberitahu, isteri lelaki itu tidak membenarkan seseipa pun hadir pada upacara tersebut. "Isteri dia sudah pesan kepada kami supaya tidak satang termasuk rakan baiknya," dakwanya ketika ditemui di rumahnya Taman Lindungan Jaya, Petaling Jaya. Jenazah Khalil tiba di Masjid UPM pada waktu Maghrib dan dibawa terus ke tanah perkuburan dengan diiringi 10 anggota polis dan dua buah kereta peronda milik pasukan keselamatan UPM. Masalah timbul apabila tidak ada seseiapa yang dapat mengangkat jenazah ke liang kubur, namun pihak pengurusan masjid turut meminta bantuan daripada anggota polis dan pengawal keselamatan UPM. Upacara pengebumian tersebut selesai kira-kira pukul 9.00 malam tadi. Polis Kenal Pasti Individu Hantar "Imam Mahadi" Ke Bangunan JPM |
| "Imam Mahadi" Yang Mengamuk Bukan Ahli PAS Posted: 11 Jul 2012 05:33 AM PDT Khalil 'Imam Mahadi' bukan ahli PASPETALING JAYA: Khalil Afandi Abd Hamid yang mendakwa beliau "Imam Mahadi' yang ditembak mati di perkarangan pejabat Jabatan Perdana Menteri (JPM) Isnin lalu bukan ahli PAS. "Saya sudah periksa namanya, tidak ada dalam senarai ahli PAS Petaling Jaya Selatan," kata Yang Dipertua PAS kawasan, Ghazali Shaari. "Orang Taman Medan ramai yang tidak mengenali beliau jarang bercampur dengan orang ramai. "Setahu saya, Khalil jarang ke masjid atau surau. Dia membawa diri sendiri," kata Ghazali lagi. Menurut Ghazali, Khalil berasal dari PJS 4 tetapi telah berpindah ke Puchong sejak berusia tujuh atau lapan tahun. Katanya, rumah asalnya itu kini didiami oleh adik lelakinya. "Kalau tidak salah ingatan saya, ibu Khalil telah meninggal dunia," tambah Ghazali. Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Ghazali memberitahu, tidak ada kumpulan ajaran sesat di Taman Medan. Bagaimanapun, katanya berdasarkan maklumat yang diperolehi dari penduduk setempat ada guru yang mengajar agama secara sembunyi di rumah pengikut kumpulan itu. "Tetapi pengaruhnya tidak besar. Saya tidak tahu sama ada Khalil terbabit dengan kumpulan tersebut. "Yang saya tahu beliau jarang datang ke masjid," kata Ghazali yang juga Pengerusi Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan. PAS desak kerajaan jelaskan isu lelaki ditembak mati di JPM Sudah Ada Darah Luruh Di Putrajaya |
| Khalwat: Bekas Pelajar IPTA Didenda RM1,800 Posted: 11 Jul 2012 04:31 AM PDT Dungun - Kemeriahan sambutan tahun baru buat tiga remaja bertukar detik hitam apabila mereka dicekup pihak berkuasa kerana disyaki berkhalwat bersama pasangan bukan muhrim dalam sebuah rumah.Gambar: Remaja lelaki dan pasangannya yang dituduh berkhalwat keluar dari kamar bicara selepas perbicaraan selesai sebelum masing-masing menjelaskan denda yang dikenakan. Kejadian dua tahun lalu itu juga menjadi pengajaran berharga buat remaja terbabit apabila turut diberhentikan daripada pengajian selepas mereka bertiga mengaku melakukan kesalahan tidak bermoral itu. Lebih mendukacitakan apabila mereka turut dibawa ke muka pengadilan berikutan kesemua bekas pelajar pusat pengajian tinggi awam itu berjaya disabitkan atas kesalahan dilakukan. Remaja terbabit, Mohamad Izzul Hafez Amin Jusoh, 18, Nor Azira Che Ngah, 19, dan seorang lagi rakannya, Shahrul Muzammir Salleh @ Abdullah, 18, didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi kelmarin mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah atas satu kesalahan khalwat yang dilakukan pada malam tahun baru dua tahun lalu. Mengikut kertas pertuduhan yang dibacakan di dalam ruang bicara mahkamah, ketiga-tiganya ditahan di sebuah rumah di Taman Intan, Mukim Sura pada jam kira-kira 10.30 malam, 31 Disember 2010 lalu. Ketika ditahan, dua remaja lelaki dan remaja perempuan yang tidak mempunyai hubungan muhrim itu berada di dalam rumah berkenaan sehingga boleh menimbulkan syak wasangka. Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah selepas mendengar hujah pendakwaan dan rayuan daripada ketiga-tiga tertuduh akhirnya menjatuhkan hukuman denda RM1,800 atau dua bulan penjara jika gagal berbuat demikian. Kesemua tertuduh berasal dari Manir dan Besut Terengganu itu menjelaskan denda untuk membolehkan mereka terlepas daripada menjalani hukuman di sebalik tirai besi. Pendakwaan dilakukan Pendakwa raya Syarie, Mustafar Hamzah, ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam. Kesalahan khalwat itu boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Ulasan GB Sekalipun kes tersebut telah selesai, kita berharap ia menjadi pengajaran kepada semua pelajar IPTA/IPTS yang lain. Pelihara dan jagalah kehormatan diri, kerana itulah hartamu yang tak ternilai. Ingat: sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. |
| Kerajaan Umno-BN Yang Keluarkan Lesen Rumah Urut Posted: 11 Jul 2012 02:25 AM PDT Shah Alam 11 JULAI : Semua lesen bagi rumah urut dan pusat hiburan di Selangor dikeluarkan semasa pentadbiran Umno-BN sebelum ini bukan dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew. berkata demikian ketika menjawab soalan Warno Dogol (Sabak Bernam-BN) dalam Sidang Dewan Negeri (DNS) hari ini. Katanya, Kerajaan Negeri Pakatan tidak mengeluarkan lesen bagi kedua-dua premis itu sejak tahun 2006 dan dasar itu diteruskan sehingga kini. "Walaubagaimanapun kelulusan dan kawalan bagi sesuatu rumah urut dikeluarkan berdasarkan Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2007 yang terdapat di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). "Kelulusan juga diberi kepada sesebuah premis selepas semua urusan diterima dari agensi luar seperti Bomba, polis dan Jabatan Kesihatan Daerah," katanya. Ronnie menambah, setakat ini sebanyak 571 premis rumah urut dan 775 pusat hiburan yang berlesen di negeri itu. Pecahan mengikut PBT ialah ; Majlis Bandaraya Shah Alam, rumah urut (32), pusat hiburan (39) ; Majlis Bandaraya Petaling Jaya, rumah urut (77), pusat hiburan (218); Majlis Perbandaran Klang, rumah urut (83), pusat hiburan (89) ; Majlis Perbandaran Ampang, rumah urut ( 54), pusat hiburan (96 ). Manakala Majlis Bandaraya Subang Jaya, rumah urut (69), pusat hiburan (154) ;Majlis Perbandaran Selayang, rumah urut (80), pusat hiburan (61) ; Majlis Perbandaran Kajang, rumah urut (118), pusat hiburan (35) ; Majlis Daerah Kuala Langat, rumah urut (13), pusat hiburan (23); Majlis Daerah Kuala Selangor, rumah urut ( 8), pusat hiburan (13). Selain itu bagi Majlis Daerah Hulu Selangor, rumah urut (12), pusat hiburan (11) dan Majlis Daerah Sabak Bernam, rumah urut (11), pusat hiburan (21). "Bagaimanapun, PBT tidak mempunyai rekod premis tidak sah kerana pemantauan sentiasa dijalankan, banyak lesen sudah ditarik balik," katanya. Jelasnya, semua Exco bersedia untuk menyertai operasi bersepadu bersama agensi kerajaan antaranya Imigresen dan Polis. "Saya minta Umno-BN jangan sesekali menggunakan isu rumah urut, kalau berani nak buat dedahkan rumah urut dan pusat hiburan di negeri yang di tadbir Umno-BN, jangan salahkan Selangor sahaja. "Juga jangan salahkan hotel bajet sebagai tempat maksiat kerana kita mesti memikirkan hotel bajet sebagai tempat perlancongan dan tidak semua orang kaya untuk tinggal di hotel mewah," jelasnya. -selangorku |
| Helah Isteri Buat Laporan Dirogol, Tutup Aib Posted: 11 Jul 2012 12:31 AM PDT Muar - Seorang isteri tergamak membuat laporan polis palsu mendakwa dirogol, gara-gara mahu menutup aib sendiri kerana menjalinkan hubungan sulit bersama teman lelaki.Malangnya, tembelang wanita berusia 38 tahun itu terbongkar, setelah hasil pemeriksaan hospital mendapati tiada sebarang bukti dia dirogol atau berlaku kekerasan ke atasnya. Menurut sumber, wanita terbabit dipercayai berlaku curang di belakang suaminya sejak lima tahun lalu, selepas berkenalan dengan seorang lelaki warga Bangladesh yang juga pekerja ladang sebuah estet dekat Pagoh. "Sejak itu, mereka sering berjumpa termasuk mengadakan hubungan terkutuk dalam rumah wanita ini yang terletak dalam estet tersebut," katanya kepada Sinar Harian. Jelasnya, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, kelmarin, anak lelaki wanita terbabit yang berusia sembilan tahun, telah menjadi saksi perbuatan terkutuk ibu sendiri bersama teman lelakinya di ruang tamu rumah berkenaan. "Jeritan kanak-kanak ini telah menyedarkan suaminya yang sedang tidur lena dalam bilik utama. Suami wanita terbabit yang terkejut melihat lelaki Bangladesh itu dalam keadaan mencurigakan, bertindak mengejar lelaki terbabit," katanya. Katanya lagi, suami wanita itu mendapat pertolongan beberapa penduduk berhampiran yang turut mengejar lelaki Bangladesh terbabit. Menurutnya, cubaan warga Bangladesh berusia 33 tahun itu untuk menyelamatkan diri gagal dan akhirnya dia dibelasah penduduk kampung termasuk suami wanita berkenaan. "Lelaki terbabit kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), kerana mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan termasuk lebam pada mata," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden tersebut. Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan. -SH |
| Finaz Yunus Akhirnya Mohon Maaf Kepada Abby Abadi Posted: 10 Jul 2012 10:01 PM PDT Finaz yunus yang mana namanya terkenal satu malam gara2 membuat posting menfitnah abby abadi, rujuk sini akhirnya tunduk dengan tekanan apabila membuat permohonan maaf secara terbuka di facebook. Mungkin kerana nama station tv Alhijrah turut terheret dalam kontroversi ini agaknya.Apa pun samada dia ikhlas ataupun tidak usahlah kita pertikaikan lagi. Apa yang penting selepas neh dia akan lebih berhati2 sebelum mengeluarkan sebarang status di fanpage nya kelak. Permohonan maaf finaz kat bawah neh ; ![]() Sejurus selepas finaz yunus membuat permohonan maaf secara terbuka, fanpage yang dibuka untuk mendesak finaz membuat permohonan maaf telah pun ditutup. Jadi sekarang dah takde isu. Dalam pada itu ada terbaca di blog rujuk sini, mengenai pandangan ustaz saiful islam terhadap isu finaz - abby abadi. Taktau kat mana dorang petik kenyataan tersebut. Mungkin di wall ustaz. Dah google tak jumpa pula. Harap2 betul lah. Kalau tak betul mohon betulkan ye. Lihat bawah neh ; Ini pandangan Ustaz Saiful Islam (Hasrizal Abdul Jamil) Isu celaan Finaz Yunus terhadap Abby Abadi amat menyedihkan. Saya hanya melihat dari jauh dan tidak berhajat untuk membuat sebarang komen kerana asalnya seperti tiada keperluan. Tetapi saya kaget melihat reaksi melampau mereka yang tidak berpuas hati dengan Finaz Yunus menjalankan kempen memboikot TV Al-Hijrah. Finaz Yunus terikat dengan TV Al-Hijrah dengan satu ikatan kerja antara majikan dengan pekerja. Tetapi TV Al-Hijrah lebih besar dan penting berbanding mulut Finaz Yunus. Malah maruah Abby Abadi pun boleh tercalar, dan tidak terkejut kalau disimpulkan oleh pihak ramai bahawa ia adalah ketaksuban orang PAS apabila Abby Abadi dihina. 1. Finaz Yunus patut meminta maaf secara terbuka seperti celaan terbukanya terhadap Abby Abadi. 2. TV Al-Hijrah mesti melindungi pekerjanya, tetapi melindungi Islam dan kepentingan ramai mesti lebih diutamakan. 3. Abby Abadi teruskan perjuangan dan kuatkan semangat. Jangan pedulikan Finaz Yunus. 4. Kita-kita semua ini, bertaqwalah kepada Allah Sabda Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam: "Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan" [Riwayat al-Bukhari dan Muslim] -ehgosip |
| Apa Kuasa Rosmah Wajibkan Semua Pengusaha TASKA Hadiri Kursus PERMATA? Posted: 10 Jul 2012 08:03 PM PDT Halimah : Rosmah Cuba Ambil Alih Jawatan Menteri?SHAH ALAM, 10 JULAI: Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengumumkan untuk mewajibkan guru-guru taman asuhan kanak-kanak mengikuti kursus anjuran permata membuktikan beliau cuba mengambil alih jawatan Menteri wanita yang di pegang suaminya. Demikian kat Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Halimah Ali kepada TVS hari ini. "Pertamanya, apa jawatan Datin Sri Rosmah itu? Kenapa dia pula yang umum nak wajibkan kursus Permata? Adakah dia Menteri Pelajaran atau apa? "Yang jadi Menteri Wanita dan Kebajikan ni adalah suami dia bukannya dia, jadi kenapa dia pula yang nak jadikan ia sebagai satu dasar? "Orang yang buat dasar mewajibkan kursus atau apa sahaja mestilah seseorang yang medapat mandat rakyat, bukannya berdasarkan kedudukan beliau sebagai isteri Perdana Menteri," kata beliau ketika ditemui apabila Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor berhenti rehat tengahari tadi. Menurut Halimah, pengalaman panjang dan pengetahuan pengusaha taska di negara ini juga boleh dijadikan sumber rujukan oleh kerajaan untuk melaksanakan sesuatu dasar. "Kementerian perlu mencari orang yang pakar mengkaji secara menyeluruh apa yang patut dilakukan, bukannya kerana desakan politik atau hendak menonjolkan Permata itu. "Ada banyak pengusaha taska yang telah beroperasi berpuluh tahun dan mempunyai pelbagai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang ini. "Kenapa kita tidak kumpulkan mereka ini dan mereka boleh berikan input terbaik daripada mereka, jadi sebab itulah saya tanyakan tadi adakah Menteri yang mendapat mandat rakyat untuk buat dasar ini arahkan atau siapa? Soal Halimah. Halimah juga tidak menolak kemungkinan bahawa 'pengumuman' Rosmah tersebut sebagai salah satu usaha beliau untuk meraih publisiti dari masyarakat umum. -selangorku Rosmah: Taska swasta wajib ikut kursus Permata Ulasan GB Sebelum ini GB pernah mengulas mengenai isteri najib ini. Petikan: Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya. Najib nampaknya seperti tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah. Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat. Jika tidak Najib akan menanggung segala sumpah dan makian rakyat yang tak pernah mengundi Rosmah Mansor, isteri yang didakapnya saban malam. |
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









No comments:
Post a Comment