Kelab Greenboc |
- Kartun Hina Presiden Mesir Disiar Dalam Harian Metro
- [BERGAMBAR] Donna ElJammal, Polis Bertudung Pertama Di Sweden
- Ustaz Azizan (MB Kedah) Jawab Perangkap Wartawan
- [DASYAT] Suami Makan Adik Ipar, Isteri Hamil Dengan Lelaki Lain - Tinggal Sebumbung
- ‘Sekarang Kita Dikuasai Mafia’ - Mohd Sabu
- Isteri Berzina Dengan Bos
- Syarikat Minyak Anak Mahathir Monopoli Bekal Minyak kepada MAS
- Masih Bersekolah Sudah Merogol
- Soi Lek Umpama Musang Tak Berekor Mahu Musang Lain Jadi Sepertinya
Kartun Hina Presiden Mesir Disiar Dalam Harian Metro Posted: 07 Jul 2012 05:13 PM PDT Tindakan Harian Metro keluaran Sabtu, 7 Julai 2012 melukis dan menerbit lukisan seperti ini adalah sesuatu penghinaan kepada Islam! Dr Muhammad Morsi digambarkan seperti firaun dan Bulan Bintang, lambang Islam diletak di atas piramid. Kemenangan mereka yang berjihad memperjuangkan Islam digambarkan seperti ini, tatkala umat Islam mengharapkan sinar kegemilangan Islam. Inikah cara Akhbar Malaysia meraikan kemenangan pejuang Islam di Mesir? Berikut ini ialah gambar "sphinx" yang sebenar: Sphinx adalah sebuah patung besar berbentuk separuh manusia, dan separuh singa yang terdapat di Mesir, di Dataran Giza, tepi barat Sungai Nil, sekarang di dekat Kaherah. Ini adalah satu dari beberapa patung terbesar di dunia yang terbuat dari satu batu utuh, dan dipercayai telah dibangun oleh Mesir Kuno pada milenium ketiga SM . Nama yang digunakan bagi masyarakat Mesir Kuno untuk menyebut patung ini sama sekali tidak diketahui. Nama "sphinx" yang biasa digunakan diambil dari nama makhluk mitologi Yunani dengan tubuh seekor singa, kepala seorang wanita, dan sayap seekor elang, walaupun patung sphinx Mesir memiliki kepala laki-laki. Kata "sphinx" berasal dari bahasa Yunani (Sphinx, dari kata kerja sphingo) yang berarti mencekik, karena sphinx dari mitologi Yunani mencekik orang yang tidak dapat menjawab pertanyaan teka-tekinya. Bagi beberapa orang, dipercayai bahwa nama ini merupakan perubahan kata dari bahasa Mesir kuno Shesep-ankh, sebuah nama yang diberikan kepada patung bangsawan pada Dinasti Keempat. Pada tulisan-tulisan abad pertengahan, nama balhib dan bilhaw yang menunjuk pada Sphinx dipergunakan, termasuk oleh sejarawan Mesir Maqrizi, yang menyarankan penyusunan bahasa Koptik, tapi istilah Arab-Mesir Abul-Hôl, yang diartikan sebagai "Bapa Teror (Pengganas)," lebih banyak digunakan. -wikipedia Justeru itu apakah Harian Metro cuba untuk menyatakan bahawa Dr Mursi itu Bapa Pengganas seperti yang pernah didakwa oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib satu ketika dulu? |
[BERGAMBAR] Donna ElJammal, Polis Bertudung Pertama Di Sweden Posted: 07 Jul 2012 04:05 PM PDT Donna Eljammal yang berusia 26 tahun, merupakan polis Muslimah pertama di Sweden yang mengenakan tudung. Demikian dilaporkan Metro Se, Rabu (7 / 12). Dia mendedahkan bahawa keinginannya untuk menjadi anggota polis jauh sebelum dirinya memakai tudung. "Sejak saya masih kecil, saya ingin membantu orang lain sehingga boleh bergerak dan bukan hanya duduk di depan komputer," katanya. Beberapa tahun yang lalu mengenakan tudung menjadi mungkin, sebagai sebahagian daripada pakaian seragam polis, pasca beberapa perdebatan. Menurutnya, Sweden ialah sebuah negara multikultural dan itu penting dimana dalam setiap bidang, akan ada orang-orang dari latar belakang yang berbeza, kerana ingin meningkatkan pengetahuan dan pemahaman. "Saya membesar di Piteå kecil dan kami berada di antara keluarga pendatang pertama di sana. Bahkan ketika saya bekerja di lapas (Lembaga Pemasyarakatan), saya adalah orang pertama yang memakai tudung. Tapi tidak ada banyak komentar tentang tudung ketika mereka harus tahu saya sebagai peribadi," jelasnya. Eljammal tidak berfikir untuk membuka jilbabnya semasa bekerja. Dia melihat tudung sebagai sebahagian daripada dirinya dan boleh melakukan segala sesuatu dengan tudung, sehingga dia melihat tidak ada gunanya untuk membukanya. Lagi gambar-gambar Donna Eljammal, polis wanita Islam pertama bertudung di Sweden. -unikversiti |
Ustaz Azizan (MB Kedah) Jawab Perangkap Wartawan Posted: 07 Jul 2012 08:35 AM PDT Bagi sesiapa yang tidak bersedia atau cuba 'menggoreng' fakta, akan menerima padah daripadanya yang cukup arif selok belok perangkap wartawan. Ada masa bidasan jawapan cukup pedih sehingga wartawan begitu berhati-hati mengelak serkap jarang. "Sekarang ini Kedah tak ada air, macamana Dato' Seri? tanya seorang wartawan arus perdana yang dilihat cuba-cuba memprovokasi beliau. "Kamu ni mandi tak pagi tadi?" tanya Ustaz Azizan pantas, kemudian dijawab 'ya' oleh wartawan itu, bagi mengelak dirinya dikatakan tidak mandi atau berbau busuk. "Kalau begitu, macamana kamu kata tak ada air. Kamu mengaji Universti mana? Kan sekarang ni musim kemarau dan seluruh negara ada masalah kekurangan air. Ini urusan Allah SWT, jadi kita mohonlah doa, supaya hujan," katanya membuat wartawan itu terdiam seribu bahasa. -fb |
[DASYAT] Suami Makan Adik Ipar, Isteri Hamil Dengan Lelaki Lain - Tinggal Sebumbung Posted: 07 Jul 2012 06:41 AM PDT Kangar: Bagai keluarga 69 apabila seorang suami merelakan isterinya mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan lelaki lain manakala dia sendiri pula menjalin hubungan sulit dengan adik ipar dan mereka semua tinggal sebumbung di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Padang Keria, dekat sini. Gambar: SIASAT...kedua-dua pasangan meninggalkan kompleks Jaips di Kangar, selepas diambil keterangan. Lebih mengejutkan, lelaki berusia 39 tahun bekerja kampung itu sudah lebih setahun tinggal seperti suami isteri bersama adik iparnya manakala isterinya kini sarat mengandung lapan bulan hasil hubungan haram dengan lelaki lain berusia 29 tahun. Bagaimanapun, kehidupan jelik kedua-dua pasangan itu sejak lebih setahun lalu, terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) melakukan serbuan selepas menerima maklumat. Penolong Pengarah Penguat kuasa Jaips, Suhaimi Ahmad berkata, kedua-dua pasangan itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di rumah mereka jam 12.30 tengah malam dan 1.20 pagi semalam. -hm Ulasan GB Apa yang dapat diluahkan lagi selain ... astaghfirullahil azim.. Ini adalah diantara bala yang menimpa ummah apabila hukum Allah dipersendakan. |
‘Sekarang Kita Dikuasai Mafia’ - Mohd Sabu Posted: 07 Jul 2012 05:03 AM PDT Selayang : Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan pemimpin di negara ini mentadbir kerajaan dengan cara ala 'mafia'. Katanya, pentadbiran di Malaysia kini dicemari dengan budaya rasuah dan jenayah yang semakin menular. "Ini masalah besar yang dihadapi oleh kerajaan Umno-BN ketika ini iaitu rasuah dan penyelewengan. "Hadirin sekalian, rasuah campur jenayah dicampur gerakan mafia antarabangsa inilah yang menguasai pentadbiran Malaysia sekarang. Bolehkah lagi kita bernaung di bawah pemerintah yang dikuasai oleh mafia? "Dulu negara-negara Amerika Latin dikuasai oleh mafia dadah. Sekarang kita dikuasai oleh mafia. Terdedah perbincangan hal Scorpene, rasuah di Parlimen Malta, terdedah di Hong Kong, di sini (Malaysia) kita tidak tahu apa-apa," katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam ceramah Merdeka Rakyat, di sini, semalam. Jelasnya, persoalan-persoalan sebegini seharusnya didedahkan kepada rakyat di negara ini kerana rakyat berhak tahu bagaimana wang negara dibelanjakan. "Kini, Umno-BN sudah tiada modal dan tertekan serta terdesak oleh kerana itu mereka tiupkan api perkauman. Semua cerita yang keluar mesti berkisar mengenai perkauman. Tetapi saya rasa rakyat sudah tahu sekarang," katanya. Kira-kira 3,000 hadirin yang hadir dalam ceramah Merdeka Rakyat itu. Hadir sama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard, Adun Teja Chang Lih Kang dan Timbalan Pengerusi DAP, A.Sivanesan. Sementara itu, Adun Teja Chang Lih Kang berkata Umno-BN bukan sahaja tidak membela Melayu malah menjadikan Melayu golongan termiskin di negara ini. Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR berkata 75 peratus rakyat termiskin adalah orang Melayu. "Sekiranya Umno-BN membela orang Melayu seperti yang dilaungkan, mengapa sudah lebih 50 tahun orang Melayu tetapi miskin malah menjadi golongan termiskin. "Kalau bela betul-betul, benda ini tidak akan berlaku," jelasnya. -selangorku |
Posted: 07 Jul 2012 02:22 AM PDT Gombak: Luluh hati seorang suami apabila niatnya untuk pulang semula ke rumah di Rawang, dekat sini, kerana bimbangkan keselamatan isteri selepas dihalau sebelum itu bertukar episod hitam apabila melihat isterinya itu bersekedudukan dengan lelaki lain, Selasa lalu. Lebih menyedihkan, lelaki yang ditangkap berasmara dengan isterinya adalah majikan wanita itu menyebabkan mangsa, 30, gagal mengawal diri sehingga menitis air mata dan tidak mampu berkata apa-apa. Walaupun majikan isterinya berulang kali meminta maaf dan mendakwa tidak melakukan hubungan asmara dengan wanita itu, namun mangsa yang enggan mempercayainya mendesak dia menceritakan perkara sebenar menyebabkan lelaki itu panik dan melarikan diri. Bagaimanapun, dia ditahan penduduk yang menyedari kejadian terbabit sebelum lelaki itu mengaku melakukan hubungan asmara dengan pasangannya sebelum mereka dibawa ke Balai Polis Rawang untuk tindakan lanjut. Sumber berkata, sebelum kejadian, suami berkenaan yang rindukan isteri pulang semula ke rumah jam 7.30 malam bersama adik lelakinya kerana bimbangkan keselamatan isterinya itu namun berasa pelik sebaik melihat sepasang kasut lelaki berada di luar rumah. -hm Ulasan GB Kes ini berleluasa terutama di bandar-bandar besar. Seorang sahabat menulis di dalam FBnya: Zina dgn bos! Apa puncanya, dan kemudian apa penyelesaiannya? Adakah wajar wanita bekerja atau duduk sahaja di rumah supaya terhindar dari kes sebegini ....? |
Syarikat Minyak Anak Mahathir Monopoli Bekal Minyak kepada MAS Posted: 06 Jul 2012 11:15 PM PDT Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan perjanjian pembekalan minyak untuk pesawat Airbus A380 antara Malaysia Airlines System Bhd (MAS) dan Petron Malaysia (Petron), yang dikaitkannya dengan anggota keluarga Dr Mahathir Mohamad. Katanya, ekoran perjanjian itu syarikat penerbangan negara MAS tidak dibenarkan membeli minyak selain daripada Petron (dahulunya dikenali sebagai Esso Malaysia Bhd) selama enam bulan. "Saudara, apa punya dasar ekonomi ini. Najib, ini apa? Kamu perdana menteri atau ketua kampung. "(Najib) ini perdana menteri, dengan Mahathir (dia) takut, dengan PERKASA dia takut, dengan (Barrack) Obama dia takut, balik rumah takut," katanya sambil diiringi ketawa dan sorakan hadirin dalam ceramah di Selayang dekat ibu negara malam tadi. "Sebab itu, ketelanjuran sudah teruk. Wang kita, kena ingat. MAS ini syarikat penerbangan negara, mana boleh bagi kepada satu syarikat (sahaja)," katanya. Petron dan MAS menandatangani perjanjian khas pada 29 Jun bagi membekalkan dan membeli bahan api Airbus A380 syarikat penerbangan negara selama enam bulan, bermula 1 Julai lalu. Ketua Pegawai Eksekutif MAS Group Ahmad Jauhari Yahya dilapor berkata syarikat penerbangan itu gembira mendapat rakan yang sama komited kepada keperluan mesra alam Airbus A380. Bagi meraikan hubungan baru itu, Petron menyediakan bahan api percuma bagi penerbangan sulung pesawat A380 MAS, penerbangan MH2 dari Kuala Lumpur ke London pada malam Ahad sebelum ini. MAS menerima pesawat A380 pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada Jumaat. Pada 5 Jun, MAS juga menikmati bekalan bahan api daripada Petron apabila ia membawa kakitangan dan tetamu untuk mencuba penerbangan A380, termasuk Dr Mahathir. Sementara itu, Anwar juga mengumumkan akan melaksanakan pendidikan percuma dan penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebaik sahaja gabungan diumumkan membentuk kerajan jika menang dalam pilihan raya umum akan datang. -mk |
Masih Bersekolah Sudah Merogol Posted: 06 Jul 2012 09:24 PM PDT 3 pelajar didakwa perkosa SEREMBAN: Tiga pelajar sekolah menengah berusia 16 dan 15 tahun dihadapkan ke Mahkamah Kanak-Kanak di sini, semalam, atas pertuduhan berasingan merogol dan mencabul kehormatan seorang remaja perempuan di sebuah rumah, awal pagi Ahad lalu. Gambar fail. Semua juvana terbabit mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dihadapi mereka dan meminta dibicarakan pada prosiding dijalankan di Mahkamah Majistret 2 di sini yang bertindak sebagai Mahkamah Kanak-Kanak. Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh menetapkan kes untuk sebutan semula pada 26 September depan bagi penyerahan dokumen. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Kaiyisah Shukri manakala semua juvana tidak diwakili peguam bela. Mengikut pertuduhan, juvana berusia 16 tahun itu didakwa merogol remaja perempuan berusia 15 tahun 11 bulan di sebuah rumah di Taman Desa Anggerik, Senawang, dekat sini, pada 1 Julai lalu, kira-kira jam 4 pagi. Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Sementara itu, dua rakannya masing-masing berusia 15 tahun pula didakwa atas tuduhan berasingan iaitu menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan mangsa sama, dengan memeluk badannya dari belakang pada tarikh dan di tempat sama, antara jam 4 pagi hingga 5 pagi. Bagi kesalahan itu mereka dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan. Kaiyisah mencadangkan jaminan RM5,000 bagi juvana berusia 16 tahun itu manakala dua lagi, RM4,000 dengan seorang penjamin masing-masing. Majistret menetapkan jaminan RM1,800 bagi juvana berusia 16 tahun itu, manakala dua rakannya, RM1,500 setiap seorang selepas menimbangkan rayuan ibu bapa mereka yang bakal menjadi penjamin. -hm Ulasan GB Sungguh mengerikan dengan akhlak para pelajar sekolah masakini. Semakin hari nampaknya semakin menjadi-jadi.... |
Soi Lek Umpama Musang Tak Berekor Mahu Musang Lain Jadi Sepertinya Posted: 06 Jul 2012 07:10 PM PDT Kesombongan Presiden MCA Chua Soi Lek terhadap keberanian dan politik bermoralnya mengingatkan saya tentang kisah kanak-kanak mengenai musang yang kehilangan ekornya dan mahu musang-musang lain untuk memotong ekor sama seperti dia," kata Lim Guan Eng. Walau bagaimanapun, katanya rancangan musang tersebut untuk tidak menjadikannya keseorangan tanpa ekor gagal apabila semua musang lain enggan mengikut cadangannya. "Sama seperti Chua Soi Lek dan kempen memburuk-burukkan oleh MCA dengan pembohongan dan cubaan membunuh karektor peribadi terhadap saya dan isteri yang mana ia merupakan satu cubaan untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin PR berhubung salah laku seksual, walaupun Chua dan pemimpin-pemimpin MCA tidak dapat memberikan bukti," katanya. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, tiada siapa yang mahu ekornya dipotong dan menjadi seperti Chua Soi Lek, musang tanpa ekor. Menurutnya, rata-rata rakyat Malaysia kini tahu siapa dalang di sebalik pembohongan terhadapnya. Lim berkata, walau bagaimanapun itu bukanlah untuk menyedapkan hati keluarga dan anak-anaknya, beliau dan isteri sangat marah kerana mereka terpaksa berdepan dengan trauma ekoran pembohongan tersebut. "Seperti saya mahu melindungi anak-anak saya daripada pembohongan, Chua atau Pengerusi MCA Melaka, Datuk Gan Tian Loo tidak harus berselindungi di sebalik keistimewaan Parlimen tetapi nyatakannya di hadapan khalayak ramai supaya kita dapat menyelesaikan perkara ini di mahkamah," ujarnya. Katanya, kegagalan MCA untuk berbuat demikian hanya membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin MCA adalah tidak bermoral dan "kurang ajar" atau biadap kerana sanggup menyebarkan pembohongan jahat yang boleh memusnahkan keluarga hanya untuk kepentingan politik mereka. Lim menambah, pemimpin- pemimpin MCA sama ada Chua atau Gan boleh menyamannya kerana memanggil mereka "kurang ajar" tetapi beliau sangsi mereka berani kerana mereka tidak berani mengulangi pembohongan terhadapnya dan isteri. "Chua Soi Lek boleh membuktikan keberanian dan politik bermoralnya dengan mengulangi pembohongan MCA bahawa saya mempunyai hubungan sulit dengan bekas kakitangan dan isteri saya telah menyerang wanita tersebut semasa debat pada 8 Julai 2012 (Ahad) ini," ujarnya. Lim menjelaskan beliau tidak akan menjawabnya tetapi akan menyamannya di mahkamah atas tuduhan fitnah untuk membuktikan setelah dan semua itu bahawa Lim Guan Eng bukan seperti Chua Soi Lek. Menurutnya beliau tidak pernah menyalahgunakan keistimewaan Parlimen untuk menyerang Chua secara peribadi di Parlimen atas salah laku skandal moralnya. Beliau juga tidak pernah menggunakan perdebatan awam yang pertama dalam bahasa Mandarin dahulu untuk merujuk kepada pita video seks. "Saya tidak berhasrat untuk berbuat demikian pada hari Ahad ini dan saya tidak akan bertindak balas jika Chua mengulangi pembohongan beliau terhadap saya di hadapan semua rakyat Malaysia tetapi akan memfailkan tindakan undang-undang di mahkamah. "Chua harus menjelaskan dan menunjukkan bukti yang isteri saya telah menyerang bekas kakitangan saya atau pun saya seperti dia, musang tanpa ekor," katanya yang juga Setiausaha Agung DAP. -HD Chua: Lim tiada keberanian moral seperti saya |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment