SEARCH

Saturday, July 7, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[DEDAH] Kenapa Aku Tulis Buku "ASAL BUKAN NAJIB" - Shabudin Husin

Posted: 06 Jul 2012 05:04 PM PDT

Asalkan Bukan Najib adalah buku terbaru saya selepas Najib Perdana Menteri Terakhir dan Kesilapan-Kesilapan Najib. Buku ini sudah berada di pasaran sejak dua tiga hari yang lalu dan boleh didapati di kedai-kedai buku di seluruh negara.

Kenapa tajuknya Asalkan Bukan Najib, saya ditanya oleh beberapa kenalan rapat yang berkesempatan menatap buku tersebut.

Sebenarnya buku terbaru ini adalah kesinambungan daripada dua buku terdahulu. Dalam buku pertama, Najib Perdana Menteri Terakhir, saya mengambil kesempatan dalam buku tersebut untuk menegur Najib berkaitan beberapa isu yang berlaku dalam politik negara yang gagal ditanganinya dan jika ianya dibiarkan berlarutan akan menyebabkan UMNO tewas dalam pilihanraya dan seterusnya menjadikan Najib sebagai Perdana Menteri yang terakhir mewakili UMNO.

Dalam buku kedua, Kesilapan-Kesilapan Najib pula, saya telah menyenaraikan beberapa kesilapan yang telah dilakukan oleh Najib sepanjang menjadi Perdana Menteri yang gagal diuruskannya dengan baik sehingga menyebabkan sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN didapati semakin merosot hari demi hari.

Kesilapannya yang terbesar ialah membiarkan isterinya terus menunjuk kuasa seolah-olah berkongsi jawatan Perdana Menteri.

Oleh kerana ternampak bahawa Najib tidak mahu memperbaiki segala kesilapan yang diperkatakan rakyat dan menjadi bualan di mana-mana itu, saya juga menyarankan dalam buku tersebut agar Najib menjadi seorang yang berjiwa besar iaitu dengan sedia berundur dan memberi laluan kepada timbalannya, Muhyiddin Yassin bersama pasukannya yang lebih mantap untuk mengemudi UMNO dan kerajaan bagi menghadapi PRU 13.

Secara jelas disebutkan dalam buku tersebut bahawa jika Najib masih memimpin UMNO dan kerajaan, harapan untuk mencapai kemenangan masih jauh dari jangkauan dan untuk mengelak UMNO daripada kalah serta Najib sendiri dipersalahkan serta mencemar nama baik Tun Abdul Razak, maka eloklah beliau mengundur diri.

Namun Najib bukan saja tidak mahu mengundur diri, malahan meneruskan lagi deretan kesilapan dalam mengurus parti dan kerajaan sehingga beliau kini dianggap sebagai Perdana Menteri paling lemah dalam sejarah Malaysia. Rakyat juga lebih banyak bercakap tentang kekalahan berbanding kemenangan UMNO dan BN.

Maka sebab itulah buku Asalkan Bukan Najib ini diterbitkan.


Buku terbaru ini diterbitkan khusus untuk mengajak rakyat membuat perubahan dan menolak kepimpinan Najib jika negara ini ingin diselamatkan.

Terdapat dua kaedah bagaimana untuk menolak Najib. Pertama, melalui pilihanraya umum dan kedua, melalui pemilihan UMNO yang akan diadakan selepas itu. Tetapi salah satu peluang untuk perubahan itu jangan sesekali dilepaskan.

Melalui pilihanraya umum, Najib boleh ditukar dengan memberi undi sebanyak-sebanyaknya kepada calon-calon Pakatan Rakyat supaya mereka boleh menubuhkan kerajaan baru yang memungkinkan Anwar Ibrahim atau Haji Hadi sebagai calon Perdana Menteri.

Namun demikian, sekiranya pilihanraya umum masih memberi kemenangan kepada UMNO dan BN dengan majoriti yang tipis dan tidak melepasi garisan majoriti dua pertiga, tugas melakukan perubahan seterusnya terletak di tangan ahli-ahli UMNO pula. Mereka wajar mengusulkan perubahan kepimpinan dalam pemilihan UMNO yang akan diadakan selepas pilihanraya umum dengan calon berpotensi untuk mengganti Najib ialah Muhyiddin Yassin dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Saya telah mengulas panjang dalam buku tersebut bahawa sekiranya Najib terus dikekalkan, masalah dalam UMNO dan kerajaan tidak akan selesai malahan mungkin akan muncul berpuluh lagi kes seperti lembu NFC, menteri yang rasuah, menteri berskandal, isterinya Rosmah lebih bermaharalela serta pelbagai kemungkinan lagi.

Atas asas mengajak rakyat melakukan perubahan, maka terhasillah buku Asalkan Bukan Najib ini. Marilah kita berhijrah.

Gambar Berbicara: Kasih Sayang Merentasi Segala Sempadan

Posted: 06 Jul 2012 08:40 AM PDT









Saksi: Telinga Peserta Bersih Hampir Putus Akibat Pisau Cukur Polis

Posted: 06 Jul 2012 06:00 AM PDT

Kuala Lumpur 6 Julai: Telinga seorang peserta Himpunan Bersih 3.0 hampir terputus akibat terkena kawat berduri polis yang dipercayai diperbuat daripada pisau cukur atau 'razor blade'.

Menurut Sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Khairul Anuar Pawanchik, 60, kawat berduri yang diguna dalam himpunan 28 April lalu itu diperbuat dari pisau cukur untuk menentang musuh dalam peperangan dan bukan untuk orang awam.

"Kawat berduri itu bukan kawat biasa, ia adalah 'razor blade barbed concertina wire' yang hanya diguna dalam 'killing zone' untuk melemahkan musuh dalam peperangan.

"Ia juga digunakan pada dinding penjara untuk menghalang banduan dari melarikan diri," jelas Pegawai Komunikasi PBSM itu lagi, semalam.

Beliau berkata demikian pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu juga berkata, semasa himpunan tersebut, beliau menyaksikan seorang peserta cedera dengan telinganya terkulai dan hanya mampu menahan sakit menggunakan tangannya sambil melarikan diri dari polis.

"Kecederaan itu berbeza dari luka akibat terseret di jalan raya ataupun digunting, kerana ia seolah-olah terhiris, dan melalui pengalaman saya, kesan itu berpunca dari kawat berduri tersebut," kata Khairul.

"Saya menolak sama sekali penggunaan kawat berduri dalam perhimpunan yang melibatkan kehadiran beratus ribu rakyat," tambahnya.

Khairul merupakan saksi ketiga yang memberikan keterangan di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.

Dua lagi saksi ialah seorang pekerja sosial, R Kunabal dan Baharudin Hashim.

Turut dipanggil menjadi pemerhati, Majlis Peguam dan pegawai polis. -KD

Kontroversi Hudud Dedah Kejahilan & Kebiadaban Ahli UMNO Terhadap Hukum Allah

Posted: 06 Jul 2012 04:24 AM PDT


Demikianlah jahil dan biadabnya golongan ini terhadap hukum Allah. Inikah yang diajarkan oleh pemimpin UMNO kepada ahli-ahlinya?

Ini lagi:



Mengikut kitab-kitab dari ulamak muktabar seperti Said Hawa menjelaskan perkataan-perkataan yang meragukan hukum Islam boleh membawa kepada murtad. Mestika Hadith terbitan Jabatan Perdana Menteri sendiri, ada menyebut beberapa contoh kata-kata yang boleh membatalkan iman seseorang atau yang boleh menjadi murtad iaitu:

Kata-kata (menghina atau merendahkan) mana-mana hukum Islam seperti :

• Hukum apa ini?
• Hukum ini sudah lapuk.
• Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba' kerana menghalang kemajuan.
• Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai telekong).
• Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?
• Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya.
• Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya.
• Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju.
• Seseorang berkata,"Perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan baginda menjilat sisa makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan).
• Seseorang berkata,"Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah.
• Membaca ayat-ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama-nama Allah dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.


Sekalipun kitab Mestika Hadith itu diterbitkan oleh Jabatan Perdana Menteri, tetapi Perdana Menteri Malaysia sendiri telah menolak hudud.





Firmanullah swt yang bermaksud

Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mu'min dan mukminah bagi yang perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu hukum, maka ada pilihan untuk mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. (Surah Al-Ahzab:36)

Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah menurunkan kitab (al-Qur'an) kepadamu dengan terperinci Orang-orang yang telah Kami datangkan kitab kepada mereka, mereka mengetahui bahwa al-Qur'an itu diturunkan dari Rabbmu dengan sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang ragu-ragu. (Surah Al-An'am:114)

Skandal LRT Gugat Kedudukan Najib, Polis Jadi Kuda Tunggangan UMNO BN

Posted: 06 Jul 2012 12:34 AM PDT

PM bimbang skandal LRT gugat kedudukan'

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli melihat siasatan terhadapnya - kerana mendedahkan dokumen projek sambungan LRT didakwa bernilai RM1 bilion - disebabkan kebimbangan perdana menteri terhadap kemungkinan dakwaan itu menggugat kedudukannya.

Katanya, tindakan menubuhkan pasukan khas polis untuk menyiasat kebocoran maklumat itu, seperti dumumkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Bakri Zinin mengesahkan dokumen berkaitan asli.

"Kenyataan Bakri semalam mengesahkan dua perkara: Bahawa dokumen-dokumen Kementerian Kewangan termasuk minit yang ditandatangani oleh Najib dan dokumen lain berkaitan tender tersebut adalah benar dan asli.

"(Ia juga mengesahkan) bahawa Najib bimbang skandal ini bakal menggugat kedudukan beliau apabila maklumat mengenainya tersebar luas," katanya. -mk

Skandal projek LRT: Usaha Najib takutkan saya sia2 – Rafizi

KUALA LUMPUR 5 Julai: Ketangkasan polis menubuhkan pasukan khas kononnya bagi menyiasat dokumen skandal projek Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang mengesahkan persepsi rakyat bahawa pasukan itu mengutamakan Umno berbanding keselamatan rakyat, kata Rafizi Ramli.

Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, sehingga kini polis enggan menyiasat dokumen sulit mengenai strategi dan kekuatan pertahanan negara yang dijual kepada syarikat asing seperti didedah di Mahkamah Perancis baru-baru ini.

"Apakah beliau (Datuk Seri Bakri Zinin) tidak memahami bahaya jutaan rakyat yang sedang dan bakal menggunakan sistem LRT laluan Ampang jika sebuah syarikat yang tiada pengalaman dalam sistem LRT dianugerah kontrak ini?

"Adakah beliau sendiri berani menaiki LRT sistem laluan Ampang saban hari ke tempat kerja jika beliau sedar seluruh kerja-kerja pembinaan dikendali oleh sebuah syarikat yang hanya berpengalaman mengilang meter air," soalnya dalam kenyataan.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu mengumumkan penubuhan pasukan itu bagi menyiasat pendedahan dokumen tender kontrak sambungan projek LRT Ampang yang disifatkannya sebagai rahsia kerajaan.

"Kenyataan Bakri ini sebenarnya mengesahkan bahawa dokumen Kementerian Kewangan termasuk minit yang ditandatangani Datuk Seri Najib Razak dan dokumen lain berkaitan tender adalah benar dan asli.

"Malah kenyataan beliau juga menunjukkan Najib bimbang skandal ini bakal menggugat kedudukan beliau apabila maklumat mengenainya tersebar luas,"
tegas beliau.

Kata Rafizi, sebarang usaha menakutkannya dari terus membongkar skandal itu adalah sia-sia.

"Saya juga meneruskan siri pendedahan seterusnya 9 Julai ini. Mulai minggu depan, kami mula turun ke stesen LRT untuk mengedar risalah maklumat dan melancar kempen 'Utamakan Keselamatan Rakyat' di seluruh LRT laluan Ampang," kata Rafizi lagi.
-KD



Isu LRT: Utamakan keselamatan rakyat, Rafizi gesa polis

SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, tindakan polis yang kelihatan lebih mementingkan kerajaan Barisan Nasional (BN)-Umno berbanding keselamatan rakyat bakal mengundang bahaya kepada jutaan pengguna ekoran keengganan penguatkuasa itu menyiasat Perdana Menteri.

Menurut beliau, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin menolak mentah-mentah dari menyiasat campurtangan Perdana Menteri dalam anugerah kontrak kerja-kerja pembinaan tambahan LRT laluan Ampang, sebaliknya segera menubuhkan pasukan khas mahu menyiasat kebocoran maklumat sulit negara apabila dokumen tender diketahui umum.

"Saya kesal dengan kenyataan Mohd Bakri kononnya kebocoran maklumat sebegini menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara.

"Apakah beliau tidak memahami bahaya kepada jutaan orang awam yang sedang dan bakal menggunakan sistem LRT laluan Ampang sekiranya sebuah syarikat yang langsung tidak ada pengalaman di dalam sistem LRT dianugerahkan kontrak ini?
"katanya.

Rafizi juga menyoal sama ada Mohd Bakri berani mengambil risiko menaiki LRT sistem laluan Ampang setiap hari ke tempat kerja sekiranya beliau sedar bahawa seluruh kerja-kerja pembinaan dikendalikan oleh sebuah syarikat yang hanya berpengalaman mengilang meter air.

"Paling dikesali, pimpinan PDRM tidak pula bergegas mahu menyiasat kebocoran maklumat pertahanan negara apabila dokumen sulit mengenai strategi dan kekuatan pertahanan negara dijual kepada syarikat asing seperti yang didedahkan di Mahkamah Perancis baru-baru ini.

"Jelas sekali, kepimpinan PDRM berbeza pendapat dengan rakyat Malaysia mengenai makna sebenar kepentingan awam,"
katanya lagi.

Semalam, Mohd Bakri dipetik berkata, polis memandang serius pendedahan dokumen rahsia tersebut kerana dokumen yang telah dikelaskan sebagai rahsia kerajaan itu secara tidak langsung boleh menjejaskan kepentingan negara.

Dalam pada itu, Rafizi juga berkata, beliau sedar tanggungjawab yang perlu digalas dan risiko yang perlu dihadapi dan nyawa jutaan rakyat Malaysia yang menggunakan sistem LRT laluan Ampang adalah terlalu berharga serta perlu dipertahankan sehinggalah kontraktor yang layak dan berkemahiran dilantik bagi projek ini.

"Sebarang usaha untuk menakut-nakutkan saya dan rakan-rakan dari terus membongkar skandal ini adalah sia-sia.

"Saya akan meneruskan siri pendedahan seterusnya pada hari Isnin 9 Julai 2012 seperti biasa. Malah, mulai minggu depan kami akan mula turun ke stesen-stesen LRT untuk mengedarkan risalah maklumat dan melancarkan kempen Utamakan Keselamatan Rakyat di seluruh LRT laluan Ampang," katanya.
-SH


Laporan sebelum ini
klik untuk baca






Akhbar Kanada Dakwa Najib Tangguhkan PRU Kerana Skandal Scorpene

Posted: 05 Jul 2012 09:30 PM PDT

Kanada 4 Julai: Satu rencana akhbar The Vancouver Sun pada 3 Julai lalu menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan rancangan mengadakan pilihan raya umum kes rasuah Scorpene.

Rencana ditulis Jonathan Manthorpe itu melaporkan Setiausaha Parlimen Najib memaklumkan pilihan raya hanya akan diadakan selepas tamat mandat lima tahun pada Mac 2013, walaupun sebelum ini sumber dalam Umno mengatakan ia akan diadakan Julai.

Lebih teruk bagi Najib, tulis Jonathan, dokumen siasatan polis Perancis menunjukkan firma pertahanan Perancis, DCNS membayar USD$45 juta untuk mendapatkan dokumen sulit Tentera Laut Malaysia.

"Pembangkang Malaysia berkata jika dakwaaan itu benar, penjualan dokumen sulit yang memberi kelebihan kepada DCNS dalam tender kapal selam itu adalah satu pengkhianatan.

"Masalah Najib yang bertimpa-timpa diberatkan lagi apabila 133 fail hasil serbuan Unit Anti-Jenayah Terancang Polis Kehakiman Perancis ke pejabat DCNS di Paris dibocorkan kepada laman Asia Sentinel.

"Dokumen itu antaranya menjelaskan DCNS bertindak membeli pengaruh melalui orang kanan Najib, Abdul Razak Baginda selepas merasa ketinggalan dengan syariket German, Kockums AB dalam persaingan melobi kerajaan Malaysia.

"Dalam dokumen lain, pegawai DCNS mengatakan bayaran USD142 juta kepada Perimekar akan dibahagikan kepada beberapa individu dan juga parti pemerintah iaitu UMNO," jelas Manthorpe seperti dipetik.

7 Mei lalu, rencana Manthorpe dalam akhbar utama British Columbia itu melaporkan mahkamah Perancis memulakan perbicaraan kes Scorpene yang kini memasuki peringkat perbicaraan di Tribunal de Grande Instance, Paris.

Kes itu turut dikaitkan dengan Najib dan pembunuhan penterjemah Altantuya Sharibuu dalam skandal berkenaan. -KD

Setiap Hari Haramjadah Menimpa Najib Akibat Enggan Tarik Balik Haramjadah Kepada Rakyat

Posted: 05 Jul 2012 07:26 PM PDT

Asal Bukan Najib - Interpretasi Kekecewaan Terhadap Pentadbiran Perdana Menteri

Selepas menerbitkan dua buah buku kontroversi melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang bertajuk, "Najib PM terakhir" dan "Kesalahan-kesalahan Najib", penulisnya, Shahbudin Husin kini menerbitkan buku terakhir beliau sebagai ahli Umno bertajuk "Asalkan Bukan Najib."

Shahbudin yang berusia awal 40-an itu menjelaskan buku terbarunya itu merupakan kesinambungan daripada dua bukunya sebelum ini yang telah pun mendapat tempat di hati masyarakat, terutamanya generasi muda yang gemar melihat perkembangan politik di negara ini.

Karya terbaru dengan 300 muka surat ini dikeluarkan demi mengajak pembaca dan rakyat Malaysia untuk menilai semula rasionalnya Najib sebagai perdana menteri malaysia dengan begitu banyak isu yang dilihatnya tidak diselesaikan, sebaliknya Najib lebih gemar menggunakan pendekatan "tunggu dan lihat".

"Banyak perkara yang Najib ambil tindakan hanya setelah setelah sesuatu isu menjadi parah. Contohnya skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) ... bila sudah semakin parah baru beliau masuk campur, dan mengambil tindakan terhadap (Datuk Seri) Shahrizat (Jalil).

"Malah, banyak lagi perkara saya telah sentuh dalam buku terbaru ini, yang mana mengajak masyarakat Malaysia menukar perdana menteri ... tidak kira daripada Umno mahupun Pakatan Rakyat (PR), tapi bukan Najib," jelasnya dalam satu pertemuan dengan The Malaysian Insider baru-baru ini.
Antara tokoh yang Shahbudin merasakan lebih layak menjawat jawatan itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, veteran Umno dan Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Tengku Razaleigh Hamzah, dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

"Mereka ini adalah antara yang paling layak menjawat jawatan perdana menteri. Bukan Najib," tegasnya lagi.

Buku 32 bab ini turut dihasilkan dengan mengambil kira Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

"Kita sudah tidak perlu tegur Najib, kita perlu tukar. Najib PM yang lemah."

Menjelaskan keahliannya sebagai bekas ahli jawatankuasa Umno Wangsa Maju, Shahbudin menjelaskan, beliau mendapat berita bahawa kemungkinan tindakan tatatetib akan diambil terhadapnya ekoran penerbitan buku-bukunya itu.

"Saya ada mendengar berita mereka akan memanggil saya untuk menghadap Lembaga Tatatertib dan Disiplin Parti, namun sampai sekarang masih lagi tiada sebarang perkembangan.

"Bagaimanapun, saya masih lagi belum putuskan untuk menyertai mana-mana parti lain buat masa sekarang," tambahnya yang melihat ini adalah karya terakhirnya sebelum meninggalkan parti terbesar Melayu itu.

Bekas wartawan ini juga menjelaskan," kalau bebas pun boleh juga, dua-dua pihak saya boleh kritik."

Dalam buku terbarunya itu lagi, Shahbudin menjelaskan ramai rakyat yang ingin meninggalkan Umno namun terikat dengan rasa "sayang kepada parti" yang mana menghalang mereka daripada meninggalkan parti.

"Mereka rasa terhutang budi kepada Umno, namun ada juga rasa tidak puas hati. Tapi atas sebab "sayang" itu, mereka tetap bersama Umno," tambahnya lagi.

"Tapi kalau Najib tidak pernah nak berubah, tiada sebab kita perlu sokong beliau lagi," tegasnya.

Antara tajuk utama yang menarik dalam buku ini adalah: Najib sebagai PM paling lemah, Anwar dan Muhyiddin sedang 'Mengepung' Najib, Asalkan Bukan Najib, 75 Alasan Najib Patut Ditukar, Bagaimana Umno Nak Berubah Najib Pun Tak Berubah, Surat Tamrin Tun Ghaffar Kepada Najib, Dari Pemimpin Menjadi Penggemis, dan banyak lagi.

"Buku ini lahir atas kesedaran kepentingan untuk rakyat dari rakyat," katanya lagi. -TMI

ULASAN GB

Demikianlah, lepas satu, satu bahana "haramjadah" menimpa Najib akibat keceluparannya mengharamjadahkan rakyat.

Baru semalam, Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan, Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz mendedahkan sifat buruk Najib yang bukan sahaja seorang pemimpin yang biasa 'mengharamjadahkan' orang lain, malah menurutnya, dia memandang (orang miskin) sebagai papa kedana dan bangsat.

Kini, lahir dari tangan ahli UMNO sendiri sebuah buku bernama ASAL BUKAN NAJIB.

GB ulangai tulisan GB sebelum ini:

"Bukankah GB dah kata sebelum ini, akan lebih banyak "haramjadah" menimpa Najib lagi selepas ini.... tunggu dan lihat. Apa yang GB kata sudah jadi kenyataan."

Kemudian ada pula komen yang memperli GB... mana GB tahu ilmu ramalan?

Ini bukan soal ramalan be dan GB juga bukan seorang tukang ramal!

Tetapi bagi orang berilmu dan yang belajar dari ayat-ayat manzurah (ayat yang dipelajari dari kejadian-kejadian alam), itulah namanya SUNNATULLAH, itulah namanya hukum Kebenaran dan Keadilan, itulah namanya Golden Rule, itulah namanya Hukum Karma, itulah namanya hukum tabie dan sebagainya.

Yang penipu, yang jahat, yang zalim, yang kejam akan TETAP menerima hukumannya. Dia tidak akan terlepas.

Apatah lagi beliau sendiri pernah "mengharamjadahkan" rakyatnya sendiri, dan itulah yang beliau akan perolehi kembali.

GB berpesan: Jangan main-main dengan hukum Tuhan.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca





No comments: