Kelab Greenboc |
- [IKTIBAR] Kisah Seorang Perempuan Dengan Terung
- Gelaran Anjing: Perpindahan Istana Ke Muzium Semakin Menjadi Kenyataan (?)
- UMNO Dakwa Perjuangan Ikhwanul-Muslimin Mesir Sama Dengan UMNO Di Malaysia
- BN Sesak Nafas: Kaum India Bersatu Sokong Ambiga
- [VIDEO] Anwar: Agih Projek Kepada Ahli Keluarga Perbuatan Curi Wang Rakyat
- Rupanya Berebut Piala Nombor 1 Dalam Hudud, PAS Tak Kisah Malah Sedia Bantu
- [BERGAMBAR] Bas Terbalik Di Lebuh Raya, 11 Cedera
[IKTIBAR] Kisah Seorang Perempuan Dengan Terung Posted: 03 Jul 2012 04:52 PM PDT Di Damsyiq (Dimascus) terdapat sebuah masjid besar yang diberi nama Masjid at-Taubah. Ia merupakan sebuah masjid yang diberkati, indah dan mendamaikan. Di atas tapak masjid itu asalnya sebuah gedung tempat berlaku segala macam maksiat. Pada kurun ke 7 Hijriah, seorang raja yang memerintah ketika itu membeli gedung tersebut, meruntuhkan dan membina di atas tapaknya sebuah masjid. Lebih kurang 70 tahun lalu, di masjid itu terdapat seorang syaikh atau mahaguru yang alim mendidik umat Islam di kampong itu. Namanya Syaikh Saleem as-Suyuti. Dia sangat dihurmati oleh penduduk setempat. Mereka menjadikannya tempat rujukan dalam semua urusan sama ada urusan dunia atau akhirat. Di masjid itu juga terdapat seorang murid yang sangat miskin tetapi terkenal dengan kemuliaan akhlak dan budi pekerti yang luhur. Dia tinggal di sebuah bilik yang terdapat di dalam masjid. Suatu ketika, dia diserang kelaparan yang tidak mampu ditahan kerana sudah dua hari tidak menjamah makanan dan tidak ada wang langsung untuk membeli makanan. Masuk hari ke tiga, dia rasa seolah-olah dia akan mati kebuluran. Lalu dia berfikir apa yang patut dilakukan. Pada pendapatnya, keadaannya telah sampai ke tahap darurat yang mengharuskannya makan bangkai atau mencuri sekadar yang diperlukan. Maka dia memilih untuk mencuri. Masjid itu terletak di sebuah kampong di mana kedudukan rumahnya rapat-rapat dan bumbungnya bersambung antara satu sama lain. Seseorang boleh berjalan meniti dari bumbung ke bumbung bermula dari awal kampong hingga ke hujungnya. Si miskin tadi memanjat bumbung masjid dan meniti bumbung-bumbung rumah untuk mencari makanan. Apabila dia terpandang wanita di dalam rumah, dia akan segera menjaga mata dan menjauhkan diri dari rumah itu. Akhirnya dia ternampak sebuah rumah yang kosong dan terhidu bau makanan yang menyelerakan. Perasaan lapar yang menguasai dirinya menjadikan bau makanan itu bagaikan magnet yang menarik-nariknya dengan kuat agar mengambilnya. Lalu dia melompat dari bumbung memasuki rumah tersebut. Dia terus ke dapur dan membuka periuk. Didapati di dalam periuk itu beberapa biji terung yang telah dimasak, lalu dia mengambil sebiji. Kerana kelaparan yang teramat sangat, dia tidak menghiraukan kepanasan terung yang baru dimasak, lantas terus menggigitnya. Ketika hampir-hampir menelan terung itu tiba-tiba akalnya yang dipenuhi ilmu agama yang dituntutnya selama ini di masjid menyergahnya! Hatinya berbisik: Aku berlindung dengan Allah! Aku seorang penuntut yang tinggal di dalam masjid, kemudian aku menceroboh masuk ke dalam rumah orang dan mencuri makanan yang ada di dalamnya? Dia rasa terlalu besar dosa yang telah dilakukan. Dia amat menyesal dan beristighfar. Terung yang telah digigit itu dikembalikan di tempatnya. Dia segera keluar dari rumah itu dan terus kembali ke masjid. Ketika itu Syaikh sedang mengajar, lalu dia duduk di dalam halaqah bersama murid-murid lain. Namun kelaparan yang mencengkam dirinya menjadikan dia tidak dapat memberi tumpuan pada pengajaran Syaikh dan tidak faham apa yang didengarnya. Setelah sesi pengajian tamat, semua murid-murid beredar dari halaqah. Tiba-tiba muncul seorang wanita dalam keadaan berselubung menutup seluruh tubuh seperti kelaziman wanita-wanita di kampong itu. Wanita itu berkata sesuatu kepada Syaikh, tetapi murid itu tidak mendengar apa yang dikatakannya. Syaikh memandang sekeliling. Dia tidak Nampak ada orang lain di dalam masjid selain murid yang miskin itu. Syaikh memamnggilnya dan bertanya, adakah kamu telah berkahwin? Dia menjawab, tidak! Syaikh bertanya, adakah kamu ingin berkahwin? Dia diam. Syaikh bertanya sekali lagi, adakah kamu ingin berkahwin? Dia menjawab dengan jujur bahawa dia tidak mempunyai wang untuk membeli sesuap makanan untuk dirinya, maka untuk apa dia hendak berkahwin? Syaikh berkata kepadanya bahawa wanita ini kematian suami. Dia orang asing di sini. Dia juga telah tidak ada sesiapa lagi di dunia ini kecuali seorang bapa saudara yang telah tua dan miskin yang tinggal bersama dengannya. Syaikh menunjukkan ke arah seorang lelaki tua yang duduk di sebuah sudut halaqah. Syaikh berkata lagi bahawa wanita ini telah mewarisi rumah dan harta peninggalan suaminya. Dia mahu berkahwin mengikut sunnah Allah dan Rasul supaya dia tidak bersendiriann kerana dibimbangi akan menjadi tumpuan orang-orang jahat serta pergaulan yang haram. Jadi, adakah kamu mahu menikahinya? Murid itu terus menjawab, ya! Syaikh berpaling ke arah wanita itu dan bertanya, mahukah kamu menerimanya? Wanita itu menjawab, ya! Maka Syaikh memanggil bapa saudaranya dan dua orang saksi. Syaikh menikahkan mereka berdua dan membayar maskahwin bagi pihak muridnya. Setelah selesai aqad, Syaikh berkata kepada muridnya, pimpinlah tangannya. Wanita itu memegang tangan suaminya dan membawanya pulang ke rumah. Setelah memasuki rumah, dia membuka kelubung yang menutupi mukanya, barulah murid itu dapat melihat wajah isterinya yang muda dan jelita. Dia juga amat terkejut kerana rumah itu adalah rumah yang dia masuki sebentar tadi dan telah mencuri makanan daripada dapurnya.Isteri bertanya kepada suaminya, adakah kamu telah makan? Dia menjawab, ya! Dia membuka periuk dan melihat terung yang telah digigit. Dia berkata dengan hairan, siapa yang masuk ke dalam rumah dan menggigit terung? Murid itupun menangis sambil menceritakan apa yang telah berlaku. Isterinya berkata, inilah hasil amanah. Kamu menjauhkan diri dari terung yang haram, maka Allah berikan kamu rumah serta tuannya sekali dengan halal. Diceritakan oleh Syaikh Ali at-Tantawi di dalam Muzakkiratnya dan dia berkata bahawa kisah ini benar-benar berlaku dan beliau kenal semua individu yang terlibat di dalam kisah tersebut. Pengajarannya: Tinggalkan Yang Haram Allah s.w.t bagi Yang Halal! |
Gelaran Anjing: Perpindahan Istana Ke Muzium Semakin Menjadi Kenyataan (?) Posted: 03 Jul 2012 08:30 AM PDT Tunku mahkota enggan ulas dakwaan Uncle Seeker Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim enggan menjawab dakwaan oleh penulis blog Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang didakwa mengaibkan ayahandanya Sultan Iskandar. "Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya," katanya dalam satu tulisan di Twitter hari ini. "Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya lagi apabila ditanya mengenai dakwaan Syed Abdullah yang juga dikenali dengan nama Uncle Seeker. Beliau berkata demikian apabila menjawab soalan seorang lagi pengguna Twitter berhubung tindakan yang akan diambil ke atas Syed Abdullah. "Apabila orang ingin menjatuhkan anda, ia hanya bermakna anda berada dia atas mereka, maka jangan sedih," katanya lagi. Laporan Bernama pada Ahad lalu menyebut, tiga puluh individu membuat laporan polis ke atas Syed Abdullah berhubung penyiaran tulisan di blog uncleseekers.blogspot.com itu. Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu. Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah. -mk Ulasan GB Nampaknya, apa yang disampaikan oleh Sultan Azlan Shah satu ketika dulu bakal jadi kenyataan. Titah Tuanku: "walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. dan berikut pula titah Raja Nazrin:
Dan di dalam insiden Perak dahulu GB pernah berkata: Jangan sampai mahkota tercampak dik perbuatan Tuanku berdua |
UMNO Dakwa Perjuangan Ikhwanul-Muslimin Mesir Sama Dengan UMNO Di Malaysia Posted: 03 Jul 2012 05:30 AM PDT UMNO KATA PERJUANGAN PARTI IKHWANUL MUSLIMIN DI MESIR ADALAH SAMA SEPERTI PERJUANGAN PARTI UMNO DI MALAYSIA... Kah Kah Kah....!!! TG Haji Abdul Hadi Awang seorang senior dlm gerakan islam antarabangsa telah dijemput & akan memberi ucapan dlm beberapa majlis gerakkan2 islam antarabangsa diantaranya ; 1.Muktamar Parti Islam Morocco. 2.Dijemput berucap oleh Ikhwan Muslimin Mesir sempena kemenangan Morsi. 3.Dijemput berucap oleh gerakan Islam Tunisia yg telah memenangi pilihanraya. 4.Dijemput bagi membincangkan Isu kekejaman Presiden Basyar Asad di Syiria. KALAU PERJUANGAN IKHWANUL MUSLIMIN MESIR SAMA DGN UMNO KENAPA GERAKAN ISLAM ANTARA BANGSA TAK JEMPUT NAJIB RAZAK...?? Di antara pemimpin Dunia yang akan dijemput adalah dari Malaysia adalah saudara Anwar Ibrahim dan dari Turkey Saudara Toyyib Erdogan... Kenapa mereka tak jemput Ummi Hafilda, Hassan Ali, Zulkifli Nordin, Ibrahim Ali dan Ayahanda PEKIDA..... kah kah kah...!!! Kenapa mereka tak jemput Harussaini, Fathul Bari dan Khir Baharom... Allah menguniakan kita Akal untuk berfikir bukannya letak kat kepala lutut.. -RAMM |
BN Sesak Nafas: Kaum India Bersatu Sokong Ambiga Posted: 03 Jul 2012 02:18 AM PDT BN berisiko kehilangan sokongan masyarakat India selepas gesaan 'Gantung Ambiga' KUALA LUMPUR, 3 Julai — Barisan Nasional (BN) berisiko kehilangan sokongan masyarakat India yang penting bagi memenangi pilihan raya umum akan datang, selepas serangan terhadap Datuk Ambiga Sreevasan ketahap kemuncak minggu lalu apabila ahli parlimen Umno, Datuk Mohamad Aziz mencadangkan agar dia digantung kerana menderhaka, kata pimpinan MIC kepada The Malaysian Insider. Akhbar-akhbar Tamil di negara ini menghebohkan berita dan analisis mengenai kenyataan di parlimen ahli parlimen Sri Gading dan ini mencerminkan populariti pemimpin gerakan reformasi pilihan raya – Bersih. Ini menyebabkan kebimbangan pemimpin BN yang bekerja keras bagi mendapatkan kembali sokongan daripada 1.8 juta masyarakat India di negara ini, yang membentuk tujuh peratus daripada jumlah populasi penduduk dan juga pengundi. Tegas MIC, presiden parti, Datuk G. Palanivel terpaksa bertindak segera bagi meyakinkan masyarakat India bahawa parti tersebut tidak menyokong kenyataan ahli parlimen Sri Gading selepas isu ini heboh menjadi berita utama. "Kenyataan tersebut menjejaskan sokongan pengundi India, yang sokongannya lebih cenderung kepada BN, " tegas Palanivel walaupun akhbar komuniti telah dipenuhi dengan berita tersebut. Ketika perbahasan hangat di Dewan Rakyat Selasa lepas, Mohamad mencadangkan bahawa Ambiga digantung kerana menderhaka dan memainkan peranan semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu, yang menyaksikan kekecohan di ibukota. Kenyataan pemimpin Umno itu telah diberi "pengiktirafan " dengan tersiarnya berita di muka depan kebanyakan akhbar-akhbar berbahasa Tamil dan artikel berwarna dengan respon keras yang sama keadaannya beberapa bulan sebelum pilihan raya 2008 dimana lebih 30,000 masyarakat India berarak menentang apa yang dikatakan ketidakadilan polisi BN. Sebelum ini, masyarakat India seringkali dilihat sebagai undi "simpanan tetap" bagi BN tetapi perarakan yang dianjurkan oleh Hindraf - kini diharamkan -berjaya meniupkan semangat kaum minoriti tersebut yang telah lama ditinggalkan oleh pembangunan. Peristiwa besar (demo Hindraf) yang berlaku seiring dengan perhimpunan Bersih pertama bagi menuntut reformasi pilihan raya lewat 2007 dikatakan punca kepada keputus an teruk parti pemerintah pada pilihan raya 8 Mac 2008. Perhimpunan Bersih mencetuskan penyokong anti-Bersih yang telah mengadakan pelbagai jenis tunjuk perasaan di luar rumah Ambiga. Dalam salah satu bantahan di hadapan rumah pemimpin Bersih tersebut, peniaga mendirikan gerai burger walaupun Ambiga seorang Hindu dan vegetarian. Dalam protes berlainan, "senaman punggung" dilakukan diluar pagar rumah beliau oleh tentera veteran. "Kami khuatir ... kerana PM telah melakukan banyak perkara dan kami bekerja keras selama ini. Kadangkala, apabila kenyataan seperti ini dikeluarkan, sudah tentu ia akan menyentuh sensitiviti pengundi India" kata Setiausaha Agung MIC, Datuk S. Murugesan kepada The Malaysian Insider. "Saya tidak fikir masyarakat India menyokong perhimpunan Bersih ... tetapi kerana (Mohamad) melakukan serangan peribadi, simpati masyarakat kepada Ambiga telah meningkat, "katanya. Akan tetapi MIC - parti komponen BN berasaskan kaum India, percaya bahawa pentadbiran Najib telah berjaya menarik kembali sokongan masyarakat India kepada parti pemerintah. "Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah tampil ke hadapan dalam menguruskan hal-ehwal masyarakat India secara langsung menerusi pelbagai polisi, sama ada melalui NGO, kumpulan atau kuil. "Masyarakat India telah kembali menyokong BN. Akan tetapi kenyataan seperti ini ... isu-isu daripada orang BN, telah banyak menjejaskan usaha baik Najib," kata senator dari MIC, Datuk Daljit Singh kepada The Malaysian Insider. "Ayat yang digunakan oleh dia (Mohamad) tidak logik sama sekali. Dia boleh menggunakan perkataan seperti 'denda atau hukum dia (Ambiga)' ... Tambahan pula, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telahpun menuntut ganti rugi daripada Bersih, "katanya. Beliau menegaskan bahawa walaupun kemarahan meluas terhadap Bersih dan Ambiga, ramai di kalangan masyarakat India melihat bekas pengerusi Majlis Peguam itu sebagai "seorang yang berani". "Dia tidak berjuang untuk apa-apa yang tidak masuk akal. Dia tidak meminta pampasan daripada kerajaan atau apa-apa - dia cuma tuntut pilihan raya yang bebas dan adil, di mana ia sama dengan perjuangan BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya," kata Daljit. Beliau setuju dengan pendangan rakan-rakan anggota parti bahawa Ambiga, walaupun sebagai pengerusi bersama Bersih 2.0, gabungan yang menganjurkan perhimpunan Bersih, bukanlah satu-satunya orang untuk dipersalahkan dalam huru-hara pada 28 April. "Mengapa dia (Mohamad) tidak jadikan (Ketua Pembangkang, Datuk Seri) Anwar Ibrahim) sebagai sasaran? Beliau juga berada di sana . "Ambiga telah melalui secukupnya," katanya lagi. Palanivel, dalam satu kenyataan minggu lepas, juga menggesa Najib dan pemimpin BN untuk menghentikan serangan terhadap Ambiga, beliau juga setuju dengan Daljit bahawa pemimpin tersebut bukanlah penganjur tunggal perhimpunan Bersih. "Mengapa Ambiga dijadikan kambing hitam?" soal beliau. "Mengapa tidak "orang-orang ini" tidak meletakkan gerai burger dan melakukan senaman punggung dihadapan rumah pemimpin Bersih yang lain? Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, S. Vell Paari telah berkata sepatutnya Mohamad yang perlu digantung kerana kekurangan pengetahuan am. Anak kepada pemimpin MIC yang paling lama memegang jawatan presiden, Datuk Seri S. Samy Vellu dipetik di Tamil Nesan Khamis lalu berkata, "Saya rasa apabila beliau (Mohamad) masih muda, seseorang mesti telah jatuhkan beliau dalam apa-apa cara dan dia telah terhantuk kepalanya. " Pada hari berikutnya, harian yang sama petik kenyataan Presiden Malaysian Hindu Sangam, R.S. Mohan Shan telah menuntut supaya Mohamad keluarkan kenyataan umum meminta maaf, kerana ini boleh mencetuskan ketegangan kaum. "Adakah Datuk Ambiga telah melakukan jenayah pembunuhan yang dia harus digantung? Ini adalah satu perkara yang patut ditapis, " kata Ketua Komunikasi MIC Pahang R. Gunasekaran. Media lain memetik cabaran Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim, Pengerusi Badan Kebangsaan Bertindak Hak-Hak India (Niat) kepada Mohamad untuk mengulangi ucapannya di luar Dewan Rakyat, di mana dia tidak ada kekebalan parlimen. "Jika dia tidak mengulangi ucapannya di luar, ia menunjukkan dia hanya menyalahgunakan keistimewaan dengan menyalahkan pemimpin NGO yang dihormati dalam memperjuangkan hak-hak sivil, " beliau dipetik dalam Free Malaysia Today. Susulan oleh arahan Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Mohamad telah menarik balik kata-katanya itu, tetapi adalah dipercayai bahawa kejadian ini mungkin telah buka semula luka lama masyarakat India yang selama ini pentadbiran Najib telah berjuang untuk pulihkan sokong. -TMI Indian community unites for Ambiga |
[VIDEO] Anwar: Agih Projek Kepada Ahli Keluarga Perbuatan Curi Wang Rakyat Posted: 03 Jul 2012 12:15 AM PDT Sesebuah kerajaan bukan dilantik untuk mencuri wang rakyat melalui pengagihan kontrak dan tender runding sesebuah projek terus kepada kroni dan ahli keluarga, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Kamu (kerajaan) tak dilantik untuk curi wang kami. Saya boleh senaraikan 100 hal (tentang anugerah kontrak kerajaan kepada kroni dan keluarga) "Tanah Sungai Besi, projek LRT Ampang, semua beri pada kroni. Raja Nong Chik (Projek IKBN, Bandar Penawar), Shahrizat Jalil (Projek NFC), semua beri pada keluarga. Mana ada pemimpin Umno yang hidup tidak senang? "Lihat projek MRT, kos 17 kali ganda dari negeri China. MRT kita ada emaskah?" kata Anwar dengan nada menyindir. Siapa yang tak tahu tentang menteri beri projek kepada anak mereka?" katanya depan kira-kira 2,000 hadirin di jamuan makan malam KEADILAN di Dewan Pay Fong, Melaka, malam kelmarin. Sepanjang menjadi Menteri Kewangan antara 1993 hingga 1998, Anwar berkata, Malaysia tidak pernah mengalami defisit dalam perbelanjaan negara. "Sekarang, hutang negara RM538 bilion. Ketua Audit Negara lapor, kebocoran belanja tahunan negara sehingga RM20 bilion. "Apa beza Pakatan dengan BN? (Umno bila) ada kuasa, hanya hendak cari wang. Saham Bumiputera pun dia(Umno) sapu. "Macam mana negeri Pakatan kumpul duit? Sebab ada prinsip. Saya sokong orang Cina yang baik dalam kepimpinanan Pakatan. Sebab itu saya pertahankan. "Bila kita jawab, Umno kata Anwar alat Cina. Politik tak boleh macam itu. Kalau orang Melayu kena pukul, sakit. Kalau orang India kena pukul pun, sakit juga. Negeri ini bukan gangster punya," katanya. -KD |
Rupanya Berebut Piala Nombor 1 Dalam Hudud, PAS Tak Kisah Malah Sedia Bantu Posted: 02 Jul 2012 10:26 PM PDT Ayub cadang Johor terajui hukum hudud SENAI - Johor diharapkan dapat menerajui pelaksanaan hukum hudud 'sebenar' yang meliputi semua kaum di negara ini berbanding hukum hudud dilaungkan Pas. Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat (gambar) yang turut mengakui ada membangkitkan cadangan menjadikan Johor sebagai negeri pertama melaksanakan hukuman berkenaan. Ayub berkata, cadangan itu dibangkitkan pada 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor ke-12 dan Sidang Dun pada Disember tahun lalu. Menurutnya, cadangan pelaksanaan hukum hudud sebenar yang dilaungkan olehnya itu boleh dimulakan dengan memberikan kefahaman berhubung hukuman berkenaan kepada semua masyarakat khususnya golongan bukan Islam. "Dalam Sidang Dun, memang saya ada cadangkan supaya Johor menerajui hukum hudud sebenar yang berbeza hukum hudud dinyatakan oleh Pas. Sebab kita lihat, Pas banyak kali menggunakan hukum hudud untuk tarik sokongan. "Kanun Jenayah Syariah dilaksanakan Pas seperti Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan) tidak menggambarkan kehendak Islam (hudud) yang menyeluruh dan melibatkan semua kaum. "Jadi, saya mencadangkan hukum hudud sebenar yang meliputi semua kaum di negara ini dapat diterajui Johor. Di sini, penting untuk kita beri kefahaman kepada semua masyarakat terlebih dahulu menerusi seminar atau pembentangan supaya tidak timbul kekeliruan," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. Ayub berkata, kefahaman yang betul adalah kunci utama hudud diterima semua kaum merentasi kefahaman agama ketika zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW. "Saya sedia maklum bahawa perlaksanaan hudud di peringkat nasional hanya akan berlaku dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan. Jadi atau tidak, terserahlah kepada ALLAH. "Kita bukan nak takutkan orang menerusi hukum hudud, namun tidak salah sekiranya kita memberi kefahaman berhubung hukuman ini kepada umum," katanya. -SH Harun: Pas sedia bantu Umno Ulasan GB Oh, bererebut piala nak jadi nombor 1 rupanya. PAS tak kisah, jika hendak laksanakan hudud, teruskan. Sebab itu memang diperjuangkan PAS, cuma menghadapi kekangan dan tentangan dari pemimpin UMNO sendiri selama ini. Mengenai hukum hudud yang dikatakan hudud PAS tak menggambarkan hudud sebenar, GB dah jawab sebelum ini tatkala menangkis hujjah Tun Mahathir. Petikan:
klik untuk baca |
[BERGAMBAR] Bas Terbalik Di Lebuh Raya, 11 Cedera Posted: 02 Jul 2012 07:37 PM PDT Sebelas penumpang cedera, dua daripadanya parah, selepas bas ekspres yang mereka naiki terbalik ketika dalam perjalanan ke Alor Setar, Kedah di Kilometer 457.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdekatan Restoran Jejantas Sungai Buloh di Kuala Lumpur petang semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata bas itu, yang membawa 28 penumpang dari terminal Pudu Sentral di ibunegara, terbabit dalam kemalangan itu ketika hujan lebat kira-kira 3 petang. Beliau berkata pemandu bas itu mendakwa kemalangan berlaku setelah dia cuba mengelak sebuah lori yang memasuki laluannya secara tiba-tiba. "Ketika mengelak, pemandu bas ekspres itu gagal mengawal bas menyebabkan kenderaan itu terbabas ke laluan kanan lalu melanggar besi pembahagi di tengah lebuh raya sebelum terbalik di laluan paling kiri," katanya ketika dihubungi. Arjunaidi berkata bagaimanapun, beberapa penumpang bas itu menyatakan pemandu berkenaan memandu dengan laju sebelum kemalangan berlaku. Beliau berkata semua penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan manakala pemandu bas berusia 30 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan, termasuk menjalani ujian air kencing dan darah. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan laju hingga menyebabkan kecederaan.- Bernama kredit foto: onscene.my |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment