Kelab Greenboc |
- [BERGAMBAR] Fitnah UMNO BN Makan Diri, PAS Terus Diterima Masyarakat Bukan Islam!
- Najib Sama Dengan Hosni Mubarak
- Mukhriz Ditatang, Marina Ditentang
- Dr Mursi, Presiden Mesir Yang Digeruni Israel
- 'Demi Islam, Saya Tidak Takut Digam TV' - Abby Abadi
- Najib Sudah Hilang Arah, Tak Berani Adakan Pilihanraya Tahun Ini
[BERGAMBAR] Fitnah UMNO BN Makan Diri, PAS Terus Diterima Masyarakat Bukan Islam! Posted: 30 Jun 2012 05:06 PM PDT Sudah hampir 5 tahun slogan PAS Untuk Semua (PAS For All) dilancarkan dan kehadiran slogan yang dikira agak keramat ini, bukan sahaja telah berjaya menenggelamkan usaha pihak UMNO BN menakut-nakut kaum bukan Islam terhadap PAS, malah sambutan bukan Islam terhadap PAS semakin hari semakin nyata. Hukum kebenaran & keadilan menetapkan yang dengki dan khianat akan kembali kepada yang berdengki dan yang mengkhianat itu sendiri. Lagi dihentam lagi difitnah PAS ini oleh UMNO BN, lagi ramai yang menyokong PAS. Dan lebih ramai menjauhkan diri dari UMNO BN. Satu kejayaan besar daripada Lajnah Perpaduan Nasional PAS (yang diketuai oleh YB Dr Mujahid Yusof Rawa) yang telah mengilhamkan gagasan PAS For All sejak ia dilancarkan pada tahun 2007. Kini masyarakat bukan Islam tidak segan silu memegang, menayangkan malah ada yang membalut badan mereka dengan bendera PAS! Gambar-gambar di bawah bukti nyata PAS kini sudah diterima oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini. |
Najib Sama Dengan Hosni Mubarak Posted: 30 Jun 2012 08:35 AM PDT Gambar di atas menceritakan segala2 nya... Mungkin kebetulan atau realitinya macam itu.. Dr Muhammad Mursi sudah menampak kelainan dimana kalimah Allah yang Maha Agung sudah menggantikan tempat gambar PM Mesir di dinding pejabatnya. Sikap dan gaya kepimpinpinan PM Malaysia nampaknya saling tak tumpah dengan bekas PM Mesir Hosni Mubarak yang kini menghadapi hukum penjara seumur hidup. Najib juga bakal menuruti nasib Mubarak? Dengan kebobrokan kepimpinan Najib, kemungkinan itu nampaknya tidak dapat ditolak! Biarkan hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya. |
Mukhriz Ditatang, Marina Ditentang Posted: 30 Jun 2012 05:40 AM PDT Mahathir mahu Marina jauhi Bersih 2.0 SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap anaknya, Datin Paduka Marina Mahathir tidak meletakkan diri terlalu rapat dengan Bersih 2.0 atau gerakan lain yang antikerajaan kerana ia tidak baik untuk dirinya. Dalam satu wawancara khas bersama The Malaysian Observer (MobTV), Dr Mahathir berkata, beliau tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang dilakukan anaknya itu sejak akhir-akhir ini dan berharap Marina sedar akan kesilapannya. Pada Bersih 2.0 tahun lalu dan perhimpunan Bersih 3.0 April lalu, Marina dilihat bersama dengan puluhan ribu demonstran lain menuntut lapan tuntutan yang mahukan pilihan raya umum yang bersih dan adil. "Bersih telah dirampas oleh pemimpin pembangkang, saya tidak suka beliau meletakkan dirinya dekat dengan gerakan itu. "Beliau tidak pernah katakan ini, tapi Bersih dan beberapa gerakan lain didakwa ada kaitan dengan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Dia tidak pernah kata sokong lelaki kahwin lelaki, perempuan kahwin perempuan dan saya harap dia maksudkannya," katanya. Katanya lagi, Marina perlu mewujudkan sempadan berkenaan isu LGBT iaitu sejauh mana beliau memberi sokongan kepada golongan itu dalam sebuah negara seperti Malaysia. "Memang beliau seorang aktivis yang menolong ramai orang termasuklah golongan ini, tapi dia perlu jelaskan pendiriannya," katanya. Selain itu, Dr Mahathir turut berharap Marina menyedari apa yang dilakukannya sekarang boleh menjejaskan peluang abangnya, Datuk Mukhriz Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. "Saya rasa beliau bukan ahli, tetapi beliau perlu lebih sensitif mengenai nasib abangnya," katanya. Ditanya mengenai khabar angin yang mendakwa Mukhriz bakal dicalonkan menjadi Menteri Besar Kedah sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula negeri tersebut, Dr Mahathir menegaskan ia terpulang kepada keputusan parti. Katanya, isyarat bahawa Mukhriz mungkin menjadi calon Menteri Besar apabila parti memilihnya untuk menjadi calon Dewan Undangan Negeri (Dun) dan bukannya calon Parlimen. "Saya akan tolong dan menyokong apa yang dilakukan Mukhriz, tetapi segalanya terpulang pada parti. Walaupun beliau tidak dipilih jadi Menteri Besar, saya akan tetap sokong," katanya. -SH Marina dan Ambiga 'bertambat bulu' Ulasan GB Selain itu, Dr Mahathir turut berharap Marina menyedari apa yang dilakukannya sekarang boleh menjejaskan peluang abangnya, Datuk Mukhriz Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. Mahathir hanya memikirkan nasib Mukhriz dan sanggup meminta anaknya yang lain terutama Marina supaya mempertimbangkan nasib abangnya itu. Mengapa tidak di sebaliknya? Semata-mata kerana Mahathir seorang politikus, maka anak yang mencebur diri di bidang politik perlu diberikan perhatian dan ditatang, sedangkan anak yang lain yang menceburkan diri di dalam NGO akan ditentang? |
Dr Mursi, Presiden Mesir Yang Digeruni Israel Posted: 30 Jun 2012 03:07 AM PDT Biodata Pof Dr. Muhammad Mursi Dr. Muhammad Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah. Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana yang mementingkan pendidikan Islam. Bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah Al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz/hafizah Al-Quran. Di dalam dunia pendidikan Dr. Mursi telah melanjutkan pendidikannya di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Selepas itu, beliau memperolehi Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama (Cairo) pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya dan memperolehi Sarjana Kedoktoran, memperolehinya pada tahun 1982 di Universiti Southern California. Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq. -------------------------------------------------------------------------- Dakwah dan Politik Dr. Mursi tidak hanya berkhidmat sebagai ahli akademik, malahan beliau turut terlibat ke gelanggang dakwah dan konsisten membela dan memperjuangkan keadilan dan kebebasan, menentang segala bentuk kezaliman dan kekejaman. Beliau yang aktif sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin ini, ikut bertarung dan terpilih sebagai ahli parlimen untuk tempoh 2000-2005. Dan pada pilihanraya parlimen 2005, Dr. Mursi meraih suara terbanyak, mengalahkan musuh politiknya daripada Nasional Demokratic Party (NDP) parti Mubarak,namun setelah keluar keputusan yang tidak berpihak kepadanya, hingga dilakukan pemilihan semula yang memenangkan parti Mubarak. Permasalahan lain yang menjadi perhatian utamanya adalah berkaitan Palestin dan Al-Quds, sebagai permasalahan Umat Manusia yang mempunyai hati nurani, dan tidak hanya permasalahan Bangsa Palestin sahaja, tapi menjadi permasalahan bersama umat Islam. Dr. Mursi terpilih sebagai ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah. Selain itu, Dr. Mursi juga terlibat sebagai pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme. Dr. Muhammad Mursi sangat terkenal dalam bidang akademik melalui pelbagai kajian dalam bidang industri yang menyentuh pengeluaran hasil bumi Mesir, malah beliau mempunyai puluhan kajian dalam menyelesaikan kajian permukaan logam yang dianggap sebagai bidang utama kepakarannya, sehingga kajiannya diiktiraf oleh NASA pada tahun sekitar lapan puluhan yang lalu. --------------------------------------------------------------------------- Penjara dan Penangkapan Dr. Mursi merupakan di antara pendakwah yang bergiat cergas dalam Jemaah Ikhwanul Muslim, perjuangan, pengorbanan, diri, jiwa dan harta telah diwaqafkan dalam jalan dakwah. Sedar dengan akibat yang akan dihadapinya, melawan kezaliman rejim dan sistem kezaliman, penjara, pengusiran, dan sebagainya, adalah istilah yang tidak pernah lepas dari benak para pejuang seperti dirinya. Sikapnya yang terus menentang tindakan dan perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau sering ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan parlimen pada pemilihan tahun 2005, Dr. Mursi menjadi tulang belakang dalam melakukan demonstrasi dan menyokong kehakiman yang bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006, beliau ditangkap bersama 500 orang anggota Ikhwanul Muslimin di depan bangunan Mahkamah Cairo dan bangunan mahkamah Al-Jala di ibu negara Cairo, dan akibatnya beliau telah diheret ke dalam jeriji besi selama 7 bulan. Dr. Mursi juga pernah ditangkap bersama-sama dengan sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin yang lain, pada hari Jumaat pagi 28 Januari 2011 yang terkenal sebagai Jumaat Amarah (Jumaat Al-Gadhab) supaya beliau tidak terlibat dengan demonstrasi. Tidak hanya beliau yang dizalimi, keluarganya turut menjadi sasaran penangkapan, anaknya Dr. Ahmad ditangkap di saat Dr. Muhammad Mursi mencalonkan diri pada pemilihan tahun 2000. Sebagai satu pengiktirafan karier politik perjuangannya selama lima tahun, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin telah memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir. Majlis Syura Ikhwanul Muslimin juga memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin. Perlu diungkapkan kembali bahawa Ikhwanul Muslimin selama lebih kurang 80 tahun berjuang demi sebuah keadilan dan kebebasan. Selama itu pula mereka ditindas dan dizalimi. Telah banyak jiwa dan darah yang mengalir sepanjang beliau berdakwah, bermula dari pengasasnya Assyahid Imam Hassan Al Banna, yang syahid terbunuh secara misteri, malah saat kematian Hassan Al Banna menyaksikan pejuang Islam ini telah dilayan dengan keji oleh pemerintah, disusuli Sayyid Qutub, Muhammad Al- Farigili, Abdul Qadir Audah, hingga As-Syahid Nashir Uwais, dia antara pemuda Ikhwan yang syahid pada Revolusi 25 Januari 2011. Hari ini tokoh pejuang Ikhwanul Muslimin, Dr. Muhammad Mursi telah dinobatkan sebagai Presiden Mesir yang baru menggantikan Hosni Mubarak yang telah digulingkan atas suara-suara akar umbi Dataran Tahrir yang telah menyalakan api perjuangan demi sebuah pembaharuan yang dikehendaki oleh rakyat Mesir sendiri. Kini di pundak Dr Mursi tergalas segala keringat dan air mata malah percikan darah juga menjadi saksi revolusi yang dicetuskan oleh rakyat untuk mengangkat dirinya sebagai pemimpin yang diharapkan untuk melakukan perubahan seterusnya mengangkat martabat Islamiah. -locengwangsa Peristiwa Hebat di Medan Tahrir |
'Demi Islam, Saya Tidak Takut Digam TV' - Abby Abadi Posted: 29 Jun 2012 11:21 PM PDT Kuala Kedah: "Demi agama Islam, saya tidak lagi takut kepada manusia dan bimbang akan kehilangan semua kerana ianya datang daripada Allah. Sekiranya saya tidak dibenarkan lagi keluar di televisyen ... tak apalah, sebab saya sayangkan agama saya." Demikian luahan Arbaiyah Abdul Manan atau lebih dikenali Abby Abadi, pelakon yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza, yang menyampaikan perkongsian pengalaman penghijrahannya dekat sini dalam majlis anjuran Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah, 26 Jun lalu. Mendengar penuh tekun ceritanya selain masyarakat setempat yang memenuhi pekarangan Pasar Besar ialah Adun Kubang Rotan, Nasir Mustafa, Ketua Penerangan Kuala Kedah, Ustaz Ridwan Abu Bakar dan Ketua Pemuda Kawasan, Azizi Abdullah. Abby menyampaikannya penuh santai dan format majlis berbentuk forum, terdiri dua panelis termasuk Nasir dan dikendalikan moderator Solehah Mariam Shaari daripada TV al-Hijrah. Abby berkata, tidak salah berada dalam majlis anjuran PAS dan mendekatkan diri melalui majlis ilmu kerana cara itu berpeluang berkongsi ilmu agama dengan ustaz, ustazah termasuk ilmuan. "Sebenarnya baru kini saya faham bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan. "PAS yang banyak menjemput saya, untuk berkongsi pengalaman sekaligus dapat memberikan sedikit kesedaran kepada di luar sana khususnya artis betapa pentingnya mendekatkan diri kepada agama Allah," katanya. Kata Abby, selain pentas PAS untuk berkongsi pengalaman, beliau juga mendapat jemputan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita. "Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini," katanya. Perjuangan sebenar, ujar Abby, ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada Allah dan akan terus bersama platform PAS dan NGO Islam yang lain demi memperjuangkan Islam. Beliau melahirkan rasa gembira kerana mendapat banyak ilmu agama, selepas mendekati kuliah-kuliah dan bersama gerakan Islam yang tidak jemu-jemu membimbingnya. "Sebelum masuk ke majlis seperti ini, orang cakap macam-macam, cakap tak sedar diri, dulu dalam bidang seni sekarang baru berubah. "Namun bila bersama mereka tidak pernah memburukkan sesiapa sebaliknya perkongsian sering berkisarkan agama, fardu ain, tentang kematian," katanya. Menurut Abby, untuk sementara waktu beliau masih mencari erti perjuangan sebenar dan memahami konteks agama serta politik tidak dapat dipisahkan sebelum mengambil langkah seterusnya. "Bukan saya tak nak jadi ahli PAS atau nak mengelakkan tetapi masih ramai di luar sana tidak faham agama dan politik tidak boleh dipisahkan. "Nak tarik orang masuk parti bukan senang, kena perlahan-lahan ... sebab itu saya masih belum lagi mendaftar sebagai ahli PAS dan apabila saya betul-betul faham baru akan sertai ... bukan tak nak masuk, sabar ya," katanya. Selain jemputan ke majlis dan pentas ceramah, Abby turut berkongsi pengalaman dan berdakwah melalui laman facebook untuk memberi sedikit kesedaran kepada peminat dan rakan-rakan artis yang lain supaya kembali ke ajaran agama. "Bila dah belajar, saya rasa malu, dulu tak bertudung...dan kini alhamdullilah saya sudah berhijrah dan mudah-mudahan kekal berterusan. "Ramai yang tidak faham, isunya bukan tudung tetapi aurat wanita yang kita kena jaga keseluruhannya," katanya. Kini beliau merasa semakin tenang setelah berhijrah dan semakin sibuk memenuhi pelbagai jemputan dari pelosok negara. Sungguhpun begitu, beliau mengakui melalui pelbagai pengalaman dan cabaran yang banyak di samping mengajarnya erti sabar termasuk diberi jalan untuk berhijrah. "Allah memberi peluang kedua kepada saya, yang banyak kelemahan dan melakukan pelbagai dosa selama ini. "Saya terharu dan syukur, walaupun saya serba kekurangan, Tuhan memberikan layanan yang amat baik kepada saya untuk berhijrah," katanya sambil beliau sesekali mengucapkan kalimah 'takbir' yang disambut serentak hadirin. Selepas forum itu, Abby turut dijemput ke majlis dialog sempena pelancaran Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Pas Kawasan Kuala Kedah di Kompleks PAS Batu 9, Kota Sarang Semut pada sebelah malamnya dan bertolak esoknya ke Kelantan, bertemu Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat. -Azamin Amin |
Najib Sudah Hilang Arah, Tak Berani Adakan Pilihanraya Tahun Ini Posted: 29 Jun 2012 08:18 PM PDT PM: BN berhasrat guna sepenuh mandat lima tahun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan BN sekarang berhasrat untuk menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun untuk berkhidmat kepada rakyat selepas memenangi pilihan raya tahun 2008. Beliau menegaskan demikian ketika ditanya mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13 yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak. "Bila kita dipilih rakyat, kita dipilih untuk tempoh lima tahun. "Jadi dalam masa lima tahun itu amat penting bagi kita untuk memperlihatkan kemampuan kita untuk mentadbir negara kita dan membawa kemajuan kepada negara kita dan membela untung nasib rakyat," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam ini.. "Kalau kita buat pilihan raya terlalu awal bererti kita memendekkan tempoh yang rakyat berikan kepada kita," katanya. Oleh itu, kata perdana menteri, tidak timbul soal BN kurang yakin menghadapi pilihan raya umum akan datang berikutan dakwaan pembangkang yang beliau sengaja melambatkan tarikh pilihan raya itu. Persoalan mengenai pilihan raya menjadi teka-teki semua pihak khususnya di kalangan parti-parti politik pembangkang. Terbaru ialah spekulasi mengenai kemungkinan Parlimen dibubarkan selepas selesai bersidang semalam, tetapi sehingga ini, belum menjadi kenyataan. Sebelum ini, ada pihak, khususnya PAS, yang mendakwa, perdana menteri mungkin mengadakan pilihan raya pada musim haji akan datang. Ada juga yang berpendapat ia mungkin diadakan awal tahun depan. Dan kenyataan perdana menteri malam ini, yang BN mahu menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun itu, menguatkan lagi spekulasi bahawa pilihan raya umum tidak mungkin diadakan dalam masa terdekat ini. -mk PAS ramal PRU13 tahun hadapan |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment