- Artikel pilihan: Kena kritik... apa nak buat? Kena sindir... apa nak buat?
- Seminar PERCUMA SABTU INI "Perniagaan Internet dan Media Sosial- Pantas, Mudah dan Murah" - Tajaan Exec. Diploma. Internet & Social Media Marketing, Asia eUniversity - 9hb Jun di Vistana Hotel, Kuala Lumpur
Sebelum ini banayk tip-tip saya menyentuh faktor dalaman diri untuk berjaya- seperti takut kegagalan... tiada keyakinan diri... dan sebagainya.
Tetapi ada juga faktor luaran yang boleh mengakibatkan kita tidak mencapai kejayaan. Iaitu, kritikan orang lain terhadap usaha kita serta sindiran orang lain terhadap usaha kita. Kadangkala kritikan dan sindiran itu datangnya dari orang-orang yang rapat dengan kita seperti kenalan, atau ahli keluarga sendiri.
Stressnya bila kena kritik dan sindir!
Kritikan dan sindiran pada asasnya datang dari zon selesa juga.
Well, kritikan dan sindiran orang sekeliling juga adalah akibat zon selesa. Tetapi, zon selesa bagi pihak mereka pula. Mereka seakan "tidak selesa" oleh kerana kita berusaha untuk berjaya lebih dari mereka. Sindiran dan kritikan yang bersifat negatif adalah semata-mata untuk menarikkan kita kembali kepada "zon selesa" mereka iaitu tidak berusaha untuk mencapai kejayaan.
Apa yang anda boleh buat? Anda telah cuba berfikiran positif, tetapi sindiran dan kritikan terasa amat hebat sekali!
Tip saya adalah, maafkan mereka yang mengkritik dan menyindir anda. Sekiranya anda memaafkan mereka, anda akan merasa satu bebanan atau dendam hilang dari diri anda. Maafkan mereka oleh kerana mereka tidak nampak usaha anda adalah untuk memperbaiki diri anda sendiri pada masa yang akan datang. Selepas memaafkan mereka, go ahead dan teruskan usaha anda untuk mencapai kejayaan!
Kan saya kata, untuk berjaya bukanya senang
Saya telah menjalankan perniagaan Internet sejak tahun 2000 dan mencapai RM1,000,000 keuntungan dari Internet pada awal penglibatan saya dalam bidang perniagaan Internet. Sehingga kini telah mendidik dan membantu beribu usahawan Internet di Malaysia memulakan perniagaan yang berjaya.
Kuala Lumpur
Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB), 16-2, Jalan PJU 7/16, Mutiara Damansara, 47800 PJ
To unsubscribe or change subscriber options visit: http://www.aweber.com/z/r/?TOzMrOxMtMysLIxMjKwstEa0jCxsjJyMnOw= |
No comments:
Post a Comment