Kelab Greenboc |
- Gambar-gambar Sekitar Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Johor - updated
- [VIDEO] Forum Hairie Othman (PAS), Hasmie Hashim (PKR), Zed Zaidi (UMNO)
- Astagfirrullahal'azim, Foto Norish Karman Lahir Anak Luar Nikah Tersebar
- Buku Apakah Yang Dipegang Oleh Barrack Obama (Presiden Amerika)??
- Najib Perlu Bertanggungjawab Ke Atas 2 MP UMNO Yang Celupar & Rasis Ini - J/K BERSIH
- [BONGKAR] Daniyar Tidak berada Di Sandhurst Tetapi Bersembunyi Di Malaysia
Gambar-gambar Sekitar Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Johor - updated Posted: 29 Jun 2012 05:32 PM PDT Himpunan Hijau Johor momentum Pakatan ke Putrajaya JOHOR BAHRU: Puluhan ribu rakyat Johor membanjiri Dataran Dahlia malam tadi bagi menyertai Himpunan Hijau ke Putrajaya yang turut membariskan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sambutan ini disifatkan oleh pelbagai pihak sebagai kesediaan PAS untuk membentuk kezahiran bermakna parti Islam itu di Johor dan membantu Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Majlis yang bermula 7 malam dengan solat Maghrib dan solat Munajat dan Tahlil itu turut menyaksikan penyerahan borang menyertai PAS oleh Hairie Othman, pelakun filem Bukit Kepong. Majlis ini menjadi tumpuan kerana sebelum ini isu Bukit Kepong menjadi momokan Umno di Johor kononnya timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyokong Komunis apabila beliau memuji peranan Mat Indera dalam satu ceramahnya. Ia menjadi sebaliknya apabila pihak yang membuat laporan polis terhadap kes ini memohon maaf kepada Mohamad di mahkamah dan mengaku laporan polis yang beliau buat berdasarkan laporan media Umno iaitu Utusan Malaysia semata-mata. Himpunan Hijau kali ini disertai juga Jamuan Anak Kelantan di Perantauan yang diadakan di Taman Kempas Permai. Turut diadakan adalah jamuan makan malam bersama masyarakat Cina yang diadakan di sebuah restoran terkenal di Danga Bay dekat sini. Di pentas utama di Dataran Dahlia, anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub secara rasmi diserahkan kepada Johor kembali apabila Tuan Guru NIk Aziz melakukan upacara penyerahan rasmi itu. Dengan ini, segala berita-berita angin menjadi sahih, Salahudin akan bertanding di Johor dalam pilihan raya umum akan datang dengan diserahkan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan kepada Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad. Para pemerhati politik berpendapat, dengan lambatnya pilihan raya umum membolehkan mementum PAS malam tadi dikembangkan ke seluruh Johor. Ini kerana, jika Pakatan Rakyat mahu ke Putrajaya, sumbangan sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen diperlukan Pakatan dari Johor. -HD Salahuddin: Tanding di Johor bukan 'bunuh diri' |
[VIDEO] Forum Hairie Othman (PAS), Hasmie Hashim (PKR), Zed Zaidi (UMNO) Posted: 29 Jun 2012 04:02 PM PDT Kuala Lumpur: Menyertai parti PAS bukanlah satu keputusan yang mudah bagi hero filem Leftenan Adnan, Hairie Othman malah beliau mengakui tindakan yang diambilnya itu mengundang risiko dalam dunia lakonannya yang diceburi selama 20 tahun ini. Bagi Hairie, keputusannya hari ini adalah keputusan yang paling tepat walaupun beliau yakin akan hilang pekerjaan selepas menyertai PAS. "Nak masuk Umno ramai yang berani, nak masuk PAS satu keputusan kena fikir lama-lama. Kalau nak masuk Umno tidak jadi isu. Kalau masuk PAS habis!! "Masuk PAS? Nak makan apa? Saya yakin yang bagi rezeki kepada saya bukan BN tetapi Allah Taala. Saya dapat rasa dan saya yakin," ujar beliau ketika berucap dalam forum Artis Berpolitik: Sekadar Glamor atau Kerana Prinsip? anjuran Akademi Pak Sako di Dewan Himpunan Cina KL-Selangor. Malah Hairie mengakui sejak menyertai PAS beliau tidak lagi menerima tawaran berlakon dan keadaan ini seperti sudah dijangka namun tidak sekali-kali mematahkan semangatnya untuk bersama-sama parti pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Justeru, pelakon berusia 41 tahun ini memberitahu beliau mungkin tidak akan meneruskan kerjaya sebagai pelakon selepas ini. "Saya tanya orang ramai dalam Himpunan Hijau, selepas ini saya nak buat apa? Nak mana apa? Mereka ramai-ramai jawab, apa lagi ceramahlah!" ujarnya. Hairie juga tidak bimbang kehilangan kerjayanya sebaliknya beliau kini sedang giat aktif memenuhi undangan-undangan ceramah di merata tempat. "Dari hari ini hingga bulan puasa, jadual ceramah saya penuh. Dan lepas raya pun saya ada 'job' (ceramah) lagi," katanya. Bagaimanapun, Hairie menolak dakwaan bahawa penyertaan artis dalam dunia politik hari ini kerana tidak dapat projek dan kerjaya yang semakin malap. "Sekarang ini saya rasa lebih popular, kalau dulu rakan 'facebook' saya hanya 4000, hari ini rakan saya mencecah 12 000, naik mencanak dan orang lawat laman saya itu dekat 200,000. Tidak popularkah itu?" tegas beliau. Turut hadir sebagai panel ialah Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit Sulong yang juga merupakan penulis lirik lagu Awan Nano, Hasmi Hashim atau popular dengan nama pena, Budi Hikayat. Serta wakil daripada parti UMNO iaitu Presiden Persatuan Seniman, pelakon Zed Zaidi. Bercakap di hadapan hampir 100 hadirin, Hairie yang mewakili parti PAS berkata keputusannya untuk menyertai parti berkenaan bukan kerana meraih populariti sebaliknya ia adalah prinsip. Jelasnya, untuk mengejar glamor lebih sesuai berada dalam bidang seni bagaimanapun ia menjadi satu kelebihan memandangkan beliau adalah seorang pelakon. "Secara dasarnya kalau kita bercakap soal politik mestilah atas dasar prinsip. Saya ni masih baru jer lagi dalam dunia politik. Saya pilih untuk menyertai parti atas dasar prinsip. Perjuangan PAS berlandaskan Islam. Pada mulanya tujuan saya adalah mahu mengubah diri daripada kurang baik kepada menjadi seorang insan yang lebih baik. Jadi saya merasakan parti PAS sesuai dengan jiwa saya", hujah Hairie. Hairie juga merelakan PAS menggunakan khidmatnya untuk berkempen bagi menarik ramai undi dalam pilihan raya nanti. "Saya rela membenarkan rakyat menggunakan khidmat saya untuk tawan Putrajaya," tegasnya yang merasakan tidak timbul isu artis dijadikan alat politik. |
Astagfirrullahal'azim, Foto Norish Karman Lahir Anak Luar Nikah Tersebar Posted: 29 Jun 2012 08:08 AM PDT Penyebaran beberapa keping gambar yang memaparkan seorang wanita dipercayai Norish Karman berada di hospital seakan memberi jawapan kepada spekulasi hangat mengenai aktres tersebut sebelum ini. Menerusi laman Rotikaya, Foto- foto yang dimuatnaik oleh seorang peminat hiburan di forum Cari beberapa hari lalu menyaksikan wanita yang didakwa sebagai Norish bersama seorang bayi lelaki yang dilahirkan pada 24 September 2011 di KPJ Cheras sekitar jam 6.13 petang. Terdapat gambar yang menunjukkan tag yang tertera maklumat hospital dan butiran peribadi si ibu yang bertulis, 'Nor'asikin Karman' (sama dengan nama sebenar Norish Karman), tarikh lahir pada 11/05/74 (yang juga merupakan tarikh lahir pelakon berusia 38 tahun ini) dan bayi lelaki yang diberi nama Alexander Bin Abdullah. Jumaat lepas, program hiburan sensasi TV9 ada menyebut mengenai seorang aktres wanita yang sanggup memakai tudung labuh dan purda dipercayai demi menyembunyikan identitinya yang baru lepas bersalin. Laporan tersebut adalah susulan daripada dakwaan seorang pengguna laman Facebook yang menyiarkan foto seorang wanita didakwa Norish, berada di atas kerusi roda (dipercayai baru keluar dari bilik bersalin) sambil mengenakan tudung labuh lengkap purda. Tahun lepas heboh seketika dunia hiburan Malaysia apabila memperkatakan tentang seorang aktres yang khabarnya menetap di Bali, Indonesia bukan kerana melebarkan sayap karier lakonannya sebaliknya cuba menyembunyikan kandungan luar nikahnya. Maka ramai pemerhati dunia hiburan mengatakan aktres tersebut adalah Norish Karman lantaran ketiadaan kelibatnya pada masa khabar angin itu hangat diperkatakan. Walaubagaimanapaun, Norish kemudiannya menafikan dakwaan tersebut sekitar Disember 2011 lalu. Norish sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Pengerusi Eksekutif syarikat Perspec Prime (M) Sdn Bhd, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Muhammad Haqiem Amany, 13, Muhammad Hady Amieran,9, dan Nur Hanyz Amanda,9 sebelum bercerai pada 15 Julai 2008 selepas Norish didakwa menjalin hubungan sulit dengan Mohd. Luqman Mohd. Amin, abang kepada penyanyi Farahdhiya. -yahoo.news Ulasan GB GB siarkan berita di atas sebagai pengajaran kepada kita semua... Kembalilah kepada kehidupan rumahtangga yang luhur, tinggalkanlah budaya hedonisma yang menjebakkan diri ke lembah kehinaan.... |
Buku Apakah Yang Dipegang Oleh Barrack Obama (Presiden Amerika)?? Posted: 29 Jun 2012 04:30 AM PDT Di saat obama turun dari kapal terbang, jurugambar sempat memfokuskan lensnya ke arah buku yang di pegang oleh Obama, buku tersebut betajuk (The Post- American World) yang dikarang Oleh seorang Muslim bernama Farid Rafiq Zakaria, berasal dari India dan berkerja sebagai wartawan di Newsweek International. Buku Ini membincangkan tentang "Dunia di penghujung Kejatuhan Kuasa Dunia Amerika Syarikat" yang mana di saat itu satu kuasa lain di TIMUR TENGAH mampu meruntuhkan Empayar Amerika Syarikat dan sekutu rapat Israel. Negera-negara Islam tersebut bakal meranapkan segala usaha melebarkan "Sayap Kekuasaan" Amerika Syarikat ke atas negara-negara Islam setelah saki baki Pro- Amerika Syarikat di negara-negara Islam di kalahkan. Yang menariknya buku Ini diterbitkan pada tahun 2008 sebelum REVOLUSI timur Tengah berlaku dan nampaknya Obama sangt mengambil berat soal kejatuhan Amerika Syarikat... ---> berdasarkan keputusan Pilihanraya Presiden Mesir yang dimenangi Oleh Calon Pilhan Rakyat.Dr Muhammad Mursi tugasnya bukan sekadar merobah segala sistem peninggalan kerajaan terdahulu bahkan beliau bakal merobah kuasa dunia ke tangan umat Islam. Nasib umat Islam di seluruh negara bergantung pada bahu beliau dan pemimpin-pemimpin Islam di tanah Arab. Moga apa yang di analisiskan oleh penulis tersebut menjadi Realiti dan kenyaataan. |
Najib Perlu Bertanggungjawab Ke Atas 2 MP UMNO Yang Celupar & Rasis Ini - J/K BERSIH Posted: 29 Jun 2012 01:05 AM PDT Apakah PM akan bertindak terhadap 2 MP Umno ini? Walaupun Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz telah menarik balik kenyataan yang bertanya sama ada Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga patut digantung kerana menderhaka, tetapi gabungan itu berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu memohon maaf terhadap tindakan wakil rakyat dari partinya itu. Memandangkan tindak-tanduk Mohamad turut dikongsi rakannya dari Umno, Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang juga ahli parlimen Lenggong, maka gabungan itu menegaskan bahawa Najib juga perlu bertanggungjawab di atas apa yang berlaku, selaku pemimpin Umno dan parti pemerintah. Menurut BERSIH lagi, melainkan BN sebuah parti yang sukakan keganasan, maka Najib atau whip BN sepatutnya segera mengarahkan mereka menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada Ambiga, parlimen dan seluruh negara, dan segera mengenakan tindakan disiplin terhadap kedua-duanya. Dalam satu kenyataan, Sekretariat BERSIH berkata, jika perdana menteri memilih untuk tidak berbuat apa-apa tentang, maka tidak ragu-ragu lagi ia akan menguatkan lagi label 'demokrasi palsu' yang diberikan kepadanya oleh akhbar Kanada, Globe and Mail. "Dan rakyat Malaysia juga akan membuat penghakiman mereka bila tiba hari mengundi nanti," kata gabungan itu yang berkempen untuk pilihan raya yang bebas dan bersih. -mk Say sorry, Bersih tells Najib Ulasan GB Bukan sahaja dua orang MP UMNO di atas, malah sewaktu kenyataan itu dilakukan di parlimen, hampir keseluruhan MP UMNO telah bersorak dengan menepuk tangan dan meja tanda sokongan mereka terhadap kenyataan (soalan?) Sri Gading itu. Ia menunjukkan sebilangan besar MP UMNO adalah rasis. Mereka (MP UMNO) hanya berselindung di sebalik slogan 1Malaysia, namun hakikatnya mereka paling perkauman. |
[BONGKAR] Daniyar Tidak berada Di Sandhurst Tetapi Bersembunyi Di Malaysia Posted: 28 Jun 2012 11:13 PM PDT Daniyar Nazarbayev kini di Sandhurst, walaupun ada keraguan latar belakang akademik KUALA LUMPUR, 16 Jun — Daniyar Nazarbayev telah mendaftar di Maktab Tentera Sandhurst sejak tahun lepas, walaupun terdapat keraguan terhadap bakal menantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila kelayakan akademik untuk memasuki Universiti Columbia di Amerika Syarikat. The Malaysian Insider difahamkan dari sumber-sumber keluarga yang pemuda berusia 24 tahun itu adalah dalam perjalanan pentauliahan untuk tentera biasa pegawai yang mengambil masa 48 minggu. "Daniyar berada di Sandhurst sekarang. Mereka menerimanya tahun lepas," kata sumber kepada The Malaysian Insider. Menurut laman web kolej tersebut, Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst di Surrey adalah dimana "semua pegawai Tentera British dilatih dan bertanggungjawab memimpin tentera." "Lebih 80 peratus Pegawai Kadet adalah penuntut lepasan universiti, namun sebahagiannya dengan A-Level dan yang setaraf. Yang lainnya adalah tentera yang berkhidmat dan dipilih untuk menjalani latikan Pegawai dan ada dari luar negara, dipilih oleh tentera sendiri untuk berlatih di akademi terkenal dunia. "Tidak mustahil untuk mana-mana pihak menjalani latihan menggunakan duit mereka sendiri," kata laman web tersebut. Ibu Daniyar, Maira menafikan dakwaan semalam yang yang beliau dan anaknya disaman oleh suaminya, dan menegaskan perkahwinannya masih bertahan. Beliau juga menambah pertunangan dengan anak Najib masih berterusan walaupun timbulnya surat dari mahkamah yang difailkan suaminya di mahkamah di New York. Selasa lalu, beberapa akhbar luar negara termasuk New York Post melaporkan Daniyar disaman dengan ibunya kerana menipu bapa tirinya Bolat Nazarbayez, abang kepada Presiden Kazakhtan Nursultan Nazarbayev. Beliau juga didakwa menipu kelayakan akademiknya untuk memasuki Universiti Columbia di Amerika Syarikat. Pertunangan Daniyar dengan anak perempuan Najib Nooryana Najwa dilakukan dengan penuh neriaj di sini Jun tahun lalu. "Saya tidak pernah bertengkar dengan suami saya," kata Maira Nazarbayev kepada New York Post dalam satu temu ramah yang disiarkan Jumaat lalu. "Saya menganggap kami masih berkahwin dan mempunyai hubungan yang baik dengan suami saya. Dan saya tidak pernah melihat dokumen berkaitan perceraian. Saya tidak pernah menandatangani sebarang dokumen," tambahnya. Namun, New York Post memetik dokumen mahkamah yang difailkan Bolat Nazarbayez di New York, menuduh Daniyar menipunya sejumlah US$20 juta (RM63 juta) rumah kondominium di Wall Street disamping memasuki universiti terbaik melalu "penipuan" kertas kelayakan daripada sekolah tinggi di Kazakhtan yang tidak dimasukinya. Daniyar, dikatakan bertemu Nooryana di Columbia, graduan lepasan Ivy League pada 2010. Akhbar itu turut melaporkan Maira telah menukar nama keluarga Daniyar daripada Kesikbayev kepada Nazarbayev untuk setaraf dengan presiden Kazakhtan selepas mengahwini Bolat pada 2001. Maira berkata Bolat terkejut mengetahui perkara itu apabila dihubunginya beberapa minggu lalu, dan menegaskan beliau tidak mengambil sebarang tindakan perunangan terhadap dirinya dan Daniyar. Beliau turut menafikan tuduhan Daniar dibuang sekolah dan menipu untuk memasuki Columbia University, berkata ianya di reka dan satu penipuan. Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menolak ianya tidak berkaitan dengan pentadbiran Najib berhubung khabar angin tersebut. Pemimpin BN berkata kepada The Malaysian Insider awal minggu ini ia hanyalah "isu peribadi" dan tidak menjejaskan reputasi presiden Umno itu. Ini bukan kali pertama hubungan Najib dan Kazakhtan menjadi isu. Akhbar Indonesia, Kompas juga pernah mendakwa pada Ogos tahun lalu bahawa bakal menantu Najib mempunyai hubungan dengan mafia di Rusia. "Maira Nazarbayev, yang menetap di a la Imelda Marcos, dikaitkan dengan mafia Rusia," kata akhbar berkenaan yang disiarkan pada 4 Ogos, 2011. Bagaimanapun, akhbar itu tidak mengesahkan dakwaannya. Najib menafikan dakwaan akhbar itu dan akhbar berkenaan juga telah mengemukakan permohonan maaf. Maira dalam satu kenyataan juga menegaskan keluarganya telah merancang untuk bercuti di Eropah beberapa minggu lagi dan beliau akan " memperuntukkan masa berharga itu dengan keluarganya dan yang tersayang." -TMI SUWEY MENIMPA NAJIB BERKALI KALI - APA PUNYA SIAL Ulasan GB Itu dia! Jelas satu penipuan. Baju celoreng itu sahaja sudah membuktikan ia di Malaysia. Bukan di Sandhurst. Baju celoreng berbeza diantara askar Malaysia dengan UK (perhatikan gambar baju celoreng di UK). Kemudian bangunan yang menjadi latarbelakang pemuda itu. Ia adalah padang kawad di Malaysia, bukan di Sandhurst. Kemudian pemuda-pemuda (askar?) yang ada bersamanya di gambar pertama, siap bermisai dan tingginya rendek-rendek belaka. Ia pemuda Malaysia! Logo di topi yang digunakan: logo Kolej Tentera Darat Malaysia! Siapa punya kerja mengatur dan melakukan penipuan ini? Bakal bapak dan ibu mertua atau siapa? GB sudah katakan sebelum ini, kenyataan-kenyataan penafian mengenai keluarga bakal besan PM Malaysia yang diterbitkan sebelum ini amat disangsi dan diragukan datang dari Kasazhtan, tetapi ia seperti datang dari pejabat di Malaysia! klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment