Kelab Greenboc |
- Mahathir Kini Takut Nasib Mubarak Bakal Menimpanya!
- Menunggu Detik Yang Serupa Berlaku Di Negara Kita!
- [BERGAMBAR] Ceramah Nizar - Dalam Kebun Getah Pun Orang Datang
- Dr Mursi Umum 4 Langkah Pertama Sebagai Presiden Mesir
- Isu Khatib Doa Jatuhkan Pemimpin Zalim - UMNO Terasa Pedas Kerana Termakan Cili
- TG Nik Aziz Tak Ambil Kemudahan MB - Itu Pun UMNO Dengki & Sakit Hati
Mahathir Kini Takut Nasib Mubarak Bakal Menimpanya! Posted: 27 Jun 2012 05:03 PM PDT ![]() AMPANG 27 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad masih dibayangi nasib yang menimpa kawan baiknya, bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak kerana takut berdepan kejatuhan BN dalam pilihan raya umum akan datang. Beliau mengulas dakwaan Mahathir kononnya Pembangkang berminat untuk menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring'. Menurut Anwar, Mahathir begitu risau jika hukuman penjara seumur hidup ke atas Mubarak turut dirasainya. "Kita tengok Dr Mahathir masih lagi mewakili pandangan mereka. Dia sebenarnya masih merasai kehilangan Hosni Mubarak. "Dr Mahathir mewakili zaman lampau, dia mengikuti pandangan Hosni Mubarak, (Presiden Zimbabwe) Mugabe, dan kita sedang melihat sekarang tamatnya pasca Mugabe, Mubarak, tetapi kebangkitan rakyat," katanya selepas Majlis Pelancaran dan Diskusi Buku Islam dan Melayu, Martabat Umat dan Daulat Rakyat karya Datuk Dr Siddiq Fadzil di sini malam semalam. Anwar berkata, sikap Mahathir itu seolah-olah beliau tidak gembira dengan kebangkitan rakyat, sebaliknya masih mempertahan pentadbiran kuku besi Mubarak. "Rakyat Mesir berasa lega dan syukur kehilangan Hosni Mubarak," katanya. Beliau yang bangga dengan kejayaan parti Ihkwanul Muslimin yang memenangi pilihan raya di Mesir itu turut mengucapkan tahniah. "Kita sambut baik kemenangan Mohamed Morsi dan partinya, kita bangga majlis tentera juga mengiktiraf. "Ini menunjukkan suara rakyat itu harus dihormati. Beliau (Morsi) telah dipenjara, dihina dan dilemparkan dengan pelbagai tuduhan, tetapi masih ada kekuatan dan mendapat sambutan rakyat," kata Anwar. Morsi, presiden Mesir yang pertama dilantik selepas kebangkitan rakyat menyingkirkan bekas presiden Hosni Mubarak pada Februari tahun lalu. -KD Dr M: Tak perlu jatuh k'jaan ala 'Arab Spring' di M'sia Ulasan GB Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu. Che Det kata: "Kita di sini ingin 'Arab Spring' tapi soalnya adakah kerajaan terlalu zalim? Adakah kerajaan tidak beri perhatian kepada nasib rakyat, tidak membangunkan dan memajukan negara?" Kalau kami hendak catatkan kezaliman dan salahlaku kerajaan UMNO BN selama ia memerintah Malaysia tidak cukup ruangnya di blog ini. Tetapi Gb cuba mengimbau SATU sahaja iaitu selepas pilihanraya 1999, sewaktu PAS berjaya memerintah dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu, kamu yang bernama Mahathir Muhammad yang menjadi Perdana Menteri waktu itu telah menukarkan "royalti" kepada wang ehsan", malah kamu nafikan pemberian wang ehsan itu kepada Kelantan dan Terengganu semata-mata kerana ia diperintah oleh PAS. Kamu sanggup membatalkan perjanjian royalti tersebut dengan membelakangkan konsep federalisma yang tercatat di dalam Perlembagaan dan kemudiannya PM-PM selepas kamu mengikut jejak langkah kamu menyekat pembangunan khususnya di kelantan apabila Kelantan masih terus diperintah oleh PAS. Bukankah itu ZALIM namanya? Kamu manusia, tetapi manusia yang tidak berhati perut menzalimi rakyat Kelantan yang majoritinya berbangsa Melayu beragama Islam sendiri. Kamu khuatir kerajaan PAS Kelantan kuat dengan adanya pemberian royalti/wang ehsan itu, maka itu disekat. Bukan sahaja wang ehsan disekat, malah pembangunan yang wajib dilaksanakan oleh kerajaan Pusat pun disekat. Allah tetap Maha Mengetahui hati busuk kamu dan kamu akan tetap menerima balasan di sisiNya dan Allah memperpanjangkan umurmu untuk kamu lihat sendiri kejatuhan parti kamu dengan digantikan oleh parti yang pemimpinnya taat kepada Allah dan RasulNya! |
Menunggu Detik Yang Serupa Berlaku Di Negara Kita! Posted: 27 Jun 2012 09:20 AM PDT ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Ulasan GB Tak mampu untuk GB menahan air mata melihat rakyat Mesir yang begitu gembira sehingga mmereka sujud syukur tak kira di mana mereka berada sewaktu Dr.Mursi diumumkan sebagai Presiden baru mesir. Percaya atau tidak, suka atau tidak, detik yang sama akan berlaku di negara kita, tidak berapa lama lagi. Rejim "Mubarak" di negara ini akan tetap hancur binasa! Ya, sepastinya dengan izin dan kuasa Allah swt! Kerana begitulah janjiNya di dalam Surah Al-A'raf :128 إِنَّ الأَرْضَ لِلّهِ يُورِثُهَا مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang Ia kehendaki dari hamba-hamba-Nya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa. |
[BERGAMBAR] Ceramah Nizar - Dalam Kebun Getah Pun Orang Datang Posted: 27 Jun 2012 03:12 AM PDT |
Dr Mursi Umum 4 Langkah Pertama Sebagai Presiden Mesir Posted: 27 Jun 2012 12:34 AM PDT ![]() Keempat-empat langkah itu ialah: Pertama: Menyumbangkan wang gaji Presidennya untuk kebajikan rakyat Mesir Kedua: Mengeluarkan arahan tidak menggantungkan gambarnya di bangunan kerajaan atau menerbitkan apa-apa iklan ucapan tahniah di dalam akhbar. Ketiga: Semalam beliau menerima kunjungan ibu kepada Khaled Said dan keluarga mereka yang terbunuh pada perhimpunan 25 Januari, di Istana Presiden dan mengarahkan pengawal istana untuk tidak menghalang keluarga mereka yang syahid itu dari menemuinya pada bila-bila masa. Beliau juga berjanji untuk menghukum mereka yang membunuh para peserta perhimpunan dengan mendakwa semula bekas Presiden Hosni Mubarak dan menteri dalam negeri, Habib al-Adli, serta lain-lain defenden di atas kes membunuh para demonstran. (Lebih 800 orang terbunuh dan 6,000 cedera semasa perhimpunan 25 Januari Medan-Tahrir.) Keempat: Mengarahkan pihak keselamatan mengurangkan bilangan kenderaan bagi mengiringinya bertujuan tidak mahu mengganggu pergerakan lalulintas rakyat awam dan rkata, pihak tertinggi pasukan keselamatan juga meminta Mursi dan menolak permintaan pihak keselamatan yang meminta keluarga beliau berpindah ke Villa As-Salam bersebelahan Istana Itthadiyah akan tetapi Mursi tetap mahu kekal tinggal di kediamannya sebelum ini di Tajammuk. "Saya Tidak Mahu Rakyat Benci Saya Hanya Kerana Kenderaan Saya"- Mursi ![]() Ulasan GB Demikian sikap seorang "pemimpin Islam" lebih kurang sama kisahnya dengan MB Kelantan dan Kedah. Itulah "wasatiyyah". Mungkin Najib, Jamil Khir dan lain-lain pemimpin UMNO perlu belajar lagi apa itu wasatiyyah dengan mengunjungi Presiden baru Mesir selepas ini jika malu dan enggan untuk belajar dari MB Kelantan dan Kedah. |
Isu Khatib Doa Jatuhkan Pemimpin Zalim - UMNO Terasa Pedas Kerana Termakan Cili Posted: 26 Jun 2012 09:39 PM PDT ![]() BUKIT MERTAJAM: Khatib yang didakwa mendoakan supaya kerajaan digulingkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang ketika menyampaikan khutbah di sebuah masjid di sini Jumaat lalu, menegaskan doanya itu ditujukan kepada pemimpin zalim dan rasuah. Katanya, doa yang beliau baca itu adalah umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana parti atau kerajaan. Menurutnya, ia hanya ditujukan kepada pemimpin zalim dan amal rasuah. "Saya tak sebut pun nak jatuhkan kerajaan BN (Barisan Nasional) atau PR (Pakatan Rakyat). Kenapa individu berkenaan perlu terasa hati? "Saya hanya berdoa, tujukan pada pemimpin yang zalim, yang rasuah supaya dikalahkan (dalam pilihan raya). Sepatutnya tak timbul sebarang isu, sebab saya tak sebut atau tujukan pada kerajaan pun," katanya sebagaimana dilaporkan oleh Sinar Harian. Khatib itu menjadi guru sekolah di kawasan utara sebelum bertukar ke negeri lain baru-baru ini, bersetuju bercakap dengan Sinar Harian dengan syarat, namanya tidak disiarkan 'atas faktor tertentu'. Beliau kesal dengan cerita mengenai perkara itu yang disifatkan sebagai putar belit pihak tidak bertanggungjawab. Beliau memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media jika nama dan tempat beliau bertugas disiarkan. Beliau tampil memberi penjelasan selepas Umno Pulau Pinang kelmarin meminta Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menyiasat seorang khatib yang dikatakan mendoakan Kerajaan Pusat digulingkan dalam PRU akan datang. Timbalan Pengerusi Umno Negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dilaporkan Bernama sebagai berkata, tindakan khatib itu boleh disifatkan sebagai menghasut dan memecahbelahkan umat Islam. -HD Jawatankuasa kariah kesal isu diperbesar ![]() |
TG Nik Aziz Tak Ambil Kemudahan MB - Itu Pun UMNO Dengki & Sakit Hati Posted: 26 Jun 2012 07:19 PM PDT ![]() SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan usaha membersihkan pentadbiran beliau daripada rasuah bermula dari dirinya sendiri. Gambar: Kesederhanaan (wasatiyyah) kehidupan TG Nik Aziz. Menikmati mee celup sendirian tanpa berpengawal dirakam di sebuah warung. Menurutnya, beliau tidak pernah menggunakan peruntukan menteri besar seperti kenderaan untuk ahli keluarga, rumah, perabot dan kemudahan lain. Beliau berkata, menteri besar tidak boleh mengambil rasuah kerana mereka juga seorang manusia yang akan dihitung sama ada masuk syurga atau neraka. "Saya tidak ambil kerana saya tahu pegang jawatan ini (menteri besar), sama ada masuk syurga atau neraka, saya tidak mahu masuk neraka. "Pembantu rumah pun saya cari sendiri, pengawal keselamatan tiada, kereta yang sepatutnya dua, saya ambil satu sahaja, malah kereta keluarga saya beli sendiri," katanya dalam ucaptama Wacana Ilmu Buku Rasuah, di sini, semalam. Beliau berkata, rasuah tidak dapat dihapuskan melalui undang- undang, sebaliknya melalui perubahan akhlak dalam diri sendiri. "Perkara ini mesti difikirkan oleh rakyat kerana selagi sekular menguasai manusia tiada agama, masalah tidak akan selesai," katanya. Mengulas dakwaan penyelewengan dalam pentadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT), beliau memberi jaminan tidak akan menghalang anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu disiasat. "Sesiapa hendak siasat, 25 jam saya bagi, bukan 24 jam," katanya. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin pada 24 Jun lalu memberi tempoh tiga minggu kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyiasat secara terperinci berhubung dakwaan terbabit. Awang Adek berkata, hasil siasatan terhadap pengeluar mata wang dinar dan dirham itu harus didedah kepada rakyat, dan jika ada pihak yang mempertikaikannya, kementerian akan mengarah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti membuat siasatan. KGT adalah anak syarikat PMBK yang mengeluarkan, menempa, mengedar, menjual syiling dinar dan dirham Kerajaan Negeri Kelantan. -SH Perbelanjaan Berhemah Punca Kelantan Bebas Rasuah |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment