Kelab Greenboc |
- [MUHASABAH] Gambar-gambar Yang Menginsafkan Kita
- Orang Kuat Menipu Akan Disilapkan: Najib Kata Tun Hussein Onn PM Pada 1986
- Debat Bukan Budaya Kita, Tapi Baling Batu, Telor, Tarian Pungkoq & Kata Haramjadah
- Milik Siapa Syarikat Minyak Yang Baru Ini?
- Dah Dasar Hidupnya Menipu, Dapat Bakal Menantu Pun Seorang Penipu, Fair & Square
- Tun Ghafar Pernah Kata: UMNO Besar Macam Gajah Tapi Kakinya Lembik Macam Plastik
- [VIDEO] Senaman Pungkoq Ditangguh, Dapat SMS Amaran Dari Isteri Zahid
[MUHASABAH] Gambar-gambar Yang Menginsafkan Kita Posted: 23 Jun 2012 04:40 PM PDT Mari sama-sama kita tatap dan renungkan gambar-gambar ini sebagai bahan muhasabah diri sepanjang masa: Petikan kisah dari salah satu entri di Blog GB : Ketika Peperangan Uhud, Mus'ab bin Umair adalah salah seorang jeneral. Dia pembawa panji. Justeru itu insaf dan bersyukurlah, bangun dan bekerjalah, bangkit dan berjuanglah dengan bersungguh-sungguh kerana pada dirimu itu sudah lengkap dikurniakan melebihi dari insan-insan di atas. Jangan sampai tunggu Allah mencabut nikmat kurniaannya itu daripada kita yang menyebabkan kita sesal sepanjang hayat! p/s I always cry & complain because I have no shoes until I meet a man who has no feet. -Anonymous |
Orang Kuat Menipu Akan Disilapkan: Najib Kata Tun Hussein Onn PM Pada 1986 Posted: 23 Jun 2012 08:45 AM PDT BBog Pro PR Tipu: PM Tak Sebut Pun Nama Huseein Onn. Jom Tengok Video Ori PM Sebelum Ia Ghaib (VIDEO) Yong baca keratan berikut dari blog Anak Sungai derhaka dan beberapa blog pro-PR. Siap dengan komen sekali tentang seorang PM yang buta sejarah (Tahun 1986 PM Malaysia ialah Madey). Ini keratan beritanya: Yong ni bukan jenis yang mudah percaya cerita dari bloggers, walaupun pro-PR. Jadi Yong cari sumber berita tu kot-kot ada dalam Sinar Harian. Yong jumpa ini. Takde pun nama Hussein Onn. Udah jadi biskut chipmore ke Weh?! Jangan bimbang! Bukti kebodohan sejarah tetap ada. Hahhaha.... Cepat komer tengok video ni. Sebelum video ni jadi biskut chipmore jugak! Dalam video ni memang PM 1Malaysia sebut tahun 1986, Tapi ada tak dia sebut PM Hussein Onn? Hahaha! Siapa kantoi??? -yongsukakuning Ulasan GB Begini Yong, orang yang kuat menipu & berdusta akhirnya akan "disilapkan" oleh tabie dengan dia dilupakan fakta sebenar tentang sesuatu perkara. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Mana mungkin seorang yang memmegang jawatan tertinggi di dalam kabinet tiba-tiba terlupa siapa PM pada tahun 1986 semata-mata untuk menipu umat Islam bagi mengadakan pilihanraya pada musim haji! |
Debat Bukan Budaya Kita, Tapi Baling Batu, Telor, Tarian Pungkoq & Kata Haramjadah Posted: 23 Jun 2012 05:55 AM PDT Kalau takut debat, jangan kata bukan budaya' Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menolak perdebatan atas alasan bukan budaya politik di negara ini. "Kalau takut berdebat dengan pemimpin pembangkang, janganlah kata ini bukan budaya (kita) sebab ada di kalangan pemimpin Umno yang sedia berdebat. "Jadi yang budaya kita itu apa?" kata Mustafa (kanan) dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini. Perdana menteri semalam terus mengelak apabila ditanya mengenai cabaran debat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia bergantung kepada keadaan dan bukan "budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita." Ditanya sama ada beliau menolak berdebat dengan Anwar, Najib tidak menjawab secara langsung tetapi berkata, yang penting rakyat ada maklumat cukup membuat keputusan sama ada BN lebih baik atau pembangkang. Menurutnya tindakan Najib itu juga mungkin berlaku kerana beliau takut "gilirannya akan tiba" memandangkan pemimpin Umno lain seperti Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah sudah pun berdebat dengan pemimpin Pakatan Rakyat. "Barang kali yang ada dalam kepala Najib, lain kali kalau ada debat lagi mestilah tak boleh 'turun ke bawah' dan akan 'naik ke atas'. "Naik ke atas (giliran) dialah. Kalau ketakutan, jawab sahajalah 'saya takut'," kata Mustafa sambil ketawa kecil secara sinis. Menurutnya lagi, dakwaan Najib itu juga tidak tepat kerana agama Islam sendiri menganjurkan perdebatan sebagai perkara yang boleh dilakukan "Ada ayat menyatakan kalau kamu berdebat, berdebatlah dengan cara yang paling baik," katanya. -mk Budaya kita baling batu , telor dan kata haramjadah bukan debat |
Milik Siapa Syarikat Minyak Yang Baru Ini? Posted: 23 Jun 2012 03:03 AM PDT Semenjak saham Exxon/Mobil dibeli oleh syarikat pembuat arak terbesar di Asia Tenggara, San Miguel Corporation, semua stesen minyak Esso dan Mobil diseluruh negara akan berubah wajah..pakai jenama Petron..San Miguel Corporation bukankah anak Tun Mahathir Mohamad, Mirzan Mahathir ada kepentingan?.. -FB |
Dah Dasar Hidupnya Menipu, Dapat Bakal Menantu Pun Seorang Penipu, Fair & Square Posted: 23 Jun 2012 12:19 AM PDT Kes bakal menantu: Tak mustahil Najib pun boleh ditipu – Srikandi KUALA LUMPUR, 22 Jun: Jika Daniyar Nazabayez boleh menipu bapa tirinya sendiri, tidak mustahil beliau juga boleh menipu bakal bapa mertuanya iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Peringatan itu diberikan Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail mengulas mengenai bakal menantu Najib yang banyak terlibat dalam banyak kes penipuan dan jenayah. "Takkan Najib ingin bermenantukan seorang penjenayah? Kalau bapa tirinya senidiri boleh ditipu, tak mustahil Najib pun boleh ditipu. Ini dah macam penipu (Daniyar) menipu penyamun (Najib)," katanya. Justeru beliau mendesak Najib menyatakan pendirian terhadap status pertunangan anak perempuannya kerana ia melibatkan maruah negara dan imej Perdana Menteri sendiri. Portal New York Post minggu lalu mendedahkan Daniyar, 24, menipu bapa tirinya Bolat Nazarbayez, seunit kondominium bernilai USD20 juta (RM60 juta). Daniyar turut memalsukan dokumen kelulusan hingga membolehkannya belajar di Universiti Columbia iaitu tempat beliau berkenalan dengan Noryana Najwa. Portal itu turut melaporkan ibu Daniyar, Maira Nazarbayez dikehendaki pihak berkuasa dalam kes jenayah termasuk penculikan dan peras ugut. Bercakap kepada Keadilan Daily, Aishah berkata, penipuan dilakukan Daniyar bukan perkara remeh kerana ia melibatkan nilai yang besar dan menjadi buah mulut masyarakat dunia. Lebih memalukan katanya, Najib juga dikaitkan dengan skandal Scoorpene dan pembunuhan model Monggolia, Altantuya Shariibu yang kini turut menjadi perhatian antarabangsa. -KD Ulasan GB Itulah hukum kebenaran dan keadilan. Tuhan mempertemukan dua keluarga dari satu jenis perangai yang serupa. Walau pun jauh beribu batu, tidak sukar bagi Tuhan untuk mendekatkan mereka. Tahniah dari rakyat Malaysia. |
Tun Ghafar Pernah Kata: UMNO Besar Macam Gajah Tapi Kakinya Lembik Macam Plastik Posted: 22 Jun 2012 09:35 PM PDT Tasek Gelugor - Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, apa yang pernah dinyatakan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba kepada Umno kini menjadi kenyataan. Menurutnya, Tun Ghafar selepas bersara sering berkata bahawa 'Umno nampak saja besar macam gajah tapi kakinya lembik macam plastik' dan kini benar-benar terjadi apabila parti itu rosak akibat perbuatan pemimpin mereka sendiri. "Kini apa yang dikatakan oleh Tun Ghafar Baba sudah jadi kenyataan. Umno nampak gah kerana adanya media dan wang ringgit tetapi pada hakikatnya parti itu menuju keruntuhan akibat perbuatan kepimpinan mereka sendiri, " terangnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di ceramah perdana anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor di Padang Awam, Kampung Jarak Atas semalam. Menurut Mohamad, beliau masih ingat lagi perkataan tersebut, disebut berulang kali oleh Tun Ghafar semasa beliau dan Ahli Jawatankuasa PAS ketika itu, Haji Subky Latif menziarahinya yang terlantar sakit. Kejatuhan Umno juga jelas Mohamad bakal disumbang oleh sikap pemimpin generasi baru parti itu yang dilihat sudah terpesong matlamat perjuangan mereka berbanding generasi terdahulu. Sebab itu katanya, ramai dikalangan vateran Umno kini sudah sedar dan keluar dari Umno kerana kecewa dengan sikap pemimpin yang baru yang lebih mementingkan kedudukan berbanding kebajikan rakyat. "Ramai dalam Umno sudah terpesong perjuangan bukan seperti orang veteran. "Ramai yang tidak tahu perit getir perjuangan yang diterokai, tahu-tahu sudah pegang jawatan yang di dalamnya kantong besar. Apa lagi berebutlah mereka mendapatkanya, " katanya. Namun, beliau tetap memberi peringatan kepada selruh jentera Pakatan Rakyat agar tidak mengambil sikap selesa walaupun Umno diibarat gajah berkaki plastik. "Macam Tun Ghafar kata, istilah gajah yang ditujukan kepada Umno nyata besar tapi ingat kaki dia plastik. "Jadi kita kena ambil api dan layangkan kepada kaki plastik tersebut tentu jadi lembut dan akhirnya gajah yang besar rebah ke bumi," katanya. -HD |
[VIDEO] Senaman Pungkoq Ditangguh, Dapat SMS Amaran Dari Isteri Zahid Posted: 22 Jun 2012 07:41 PM PDT Veteran tentera dakwa terima amaran dari isteri menteri Persatuan Veteran Tentera Melayu menangguhkan rancangannya untuk berdemonstrasi di hadapan Kementerian Pertahanan pada 29 Jun ini, kata presidennya Mohd Ali Baharom. Menurut Ali, penangguhan itu dilakukan kerana Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak berada di pejabat Kementerian Pertahanan (Mindef) pada tarikh tersebut. "Kami dapat risikan Datuk Seri Zahid Hamidi tiada di Mindef pada tarikh itu. Dia ingin lari ke kem komando Mersing untuk rehat selama dua hari," katanya. Pada masa yang sama juga, Ali mendakwa isteri Zahid Hamidi juga menghantar SMS memberikan amaran kepadanya berhubung perhimpunan tersebut. Ali kemudian menunjukkan satu kiriman SMS di telefon bimbitnya yang berbunyi: "Perlu diingat Datuk Seri Zahid Hamidi bukan sendirian dan (dia) bermaruah. Saya tak fikir orang-orang akan berdiam diri dan senang-senang nak buat kacau bilau depan Mindef". Sementara itu, ketika dihubungi, isteri Zahid Hamidi, Datin Seri Hamidah Khamis enggan memberikan sebarang komen berkenaan dakwaan Ali itu. Beliau sebaliknya mencadangkan Malaysiakini menghubungi Zahid sendiri berhubung perkara tersebut. Pada masa sama, Ali berkata SMS itu tidak sedikit pun menggentarkan semangat PVTM untuk terus berdemo dan menuntut pembelaan buat veteran tentera. "Kalau saya tiup wisel, beribu-ribu (ahli PVTM) akan turun ke Mindef. Saya tak ambil 'pot' pun dengan SMS itu," katanya dengan nada tegas dan yakin pada sidang media petang tadi. Beliau bagaimana pun tetap menggesa Zahid mengambil berat akan kebajikan veteran tentera terutamanya mereka yang bersara tanpa pencen. Beliau menggariskan 11 tuntutan veteran tentera dan di antaranya adalah pemberian saguhati tahunan kepada mereka yang tidak berpencen. Ali menggesa Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera (JHEV) supaya mengagihkan dana rayuan Hari Pahlawan kepada presiden-presiden kelab tentera secara adil dalam program khas. Selepas membacakan tuntutan-tuntutan itu, beliau memberikan Zahid tempoh 136 jam untuk berdialog dengan PVTM. Jika gagal berbuat demikian, PVTM akan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memecat Zahid. "Kita ramai-ramai akan turun Mindef (minta Najib) pecat Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan," katanya. -mk klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment