Kelab Greenboc |
- [WASPADA] Bersihkan Bahagian Atas Tin Minuman
- [VIDEO] Isu RM3 Bilion: MP BN Menikus Apabila Dicabar Anwar
- Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Melaka 24 Jun 2012, Di Permatang Pasir Alai
- Jual Karipap Melalui Facebook, Akma Jana RM2000 Sehari
- Suami Dicekup Khalwat Setelah Hantar Pulang Isteri & Anak Ke Kampung
- Dakwaan Kelantan Mundur 40 Tahun: Kenyataan Terlajak Mengampu
- Tunku Harmy: Melayu Umno Tambah Korup Sebab Dr Mahathir
- [VIDEO] Debat Sinar 'Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi'
[WASPADA] Bersihkan Bahagian Atas Tin Minuman Posted: 20 Jun 2012 05:09 PM PDT Pada hari Ahad lalu satu keluarga bertamasya dengan membawa beberapa tin minuman. Pada hari Isnin, dua anggota keluarga terpaksa dibawa ke hospital dan ditempatkan di ruang Intensive Care Unit (ICU). Dia meninggal pada hari rabu. Hasil autopsi merumuskan ia terkena Leptospirosis. Hal ini disebabkan pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas. Hasil ujian menunjukkan tin tersebut telah terinfeksi air kencing tikus yang sudah kering yang mengandung leptospira. Sangat dinasihatkan agar membilas secara merata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Tin biasanya disimpan di dalam gudang dan langsung dihantarkan ke kedai-kedai tanpa dibersihkan. Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua tin minuman lebih terkontaminasi dibandingkan tandas awam (penuh kuman dan bakteria.) Jadi, bersihkan dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan fatal. Mohon forward pesan ini kepada semua orang yang kita sayangi. |
[VIDEO] Isu RM3 Bilion: MP BN Menikus Apabila Dicabar Anwar Posted: 20 Jun 2012 08:44 AM PDT Kuala Lumpur 20 Jun: Wakil-wakil rakyat Umno hanya berani membuat fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui media dan 'serang hendap' tetapi menikus apabila dicabar secara berhadapan oleh Ketua Pembangkang itu di Parlimen. Ketika membahas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan sebentar tadi, beliau diganggu oleh suara-suara dari beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional dengan jeritan "RM3 bilion, RM3 bilion!" Anwar lantas memaklumkan Speaker untuk memberi laluan dan mencabar Ahli Parlimen BN itu membangkitkan isu RM3 bilion itu supaya beliau dapat menjawab di Parlimen. "Sila-sila… Sila bangun Yang Berhormat. Bangkitkan isu ini. Saya cabar kepada Yang Berhormat semua," cabar Anwar. Tetapi setelah dua kali diulang, tiada seorang pun berani bangun atau menyahut cabaran tersebut. Anwar selanjutnya menjelaskan bahawa SPRM sendiri pada tahun 2009 (ketika itu BPR) menyatakan tuduhan itu tidak berasas berdasarkan pengakuan bersumpah bekas pengarah siasatan badan itu, Abdul Razak Idrus. Akuan bersumpah itu dibuat setelah sepasukan pengawai BPR ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut. Sebelum itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bising mencabar Anwar mendedahkan akaun mengenai isu RM3 bilion tetapi membisu apabila Anwar mencabar Timbalan Perdana Menteri itu supaya sama-sama mendedah akaun. Parlimen sekarang sedang membahas peruntukan tambahan RM13 bilion yang dipinta oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. Dari jumlah itu RM360 juta diperuntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terpalit dengan penipuan daftar pemilih. Anwar juga mengkritik pentadbiran Najib yang tidak cekap merancang dan mengendali ekonomi apabila unjuran defisit fiskal meningkat kepada 6.2 peratus berbanding 4.7 peratus semasa pembentangan belanjawan Oktober lepas. -KD
|
Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Melaka 24 Jun 2012, Di Permatang Pasir Alai Posted: 20 Jun 2012 10:04 AM PDT Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Melaka akan diadakan pada 24 Jun 2012, Ahad ini. Program yang pada awalnya dirancang untuk diadakan di Stadium Hang Tuah terpaksa di tukar tempatnya ke Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir, Alai, Melaka kerana tidak mendapat kelulusan dari pihak stadium. Tujuan utama himpunan ini adalah untuk menghimpunkan ahli-ahli PAS dalam satu program bagi menzahirkan komitmen dan kesediaan PAS dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 dan menuntut ianya dikendalikan secara BERSIH, ADIL dan demokratik. "PAS Melaka akan mengadakan program Himpunan Hijau Menuju Putrajaya peringkat negeri Melaka 24 Jun ini bagi meneruskan momentum semangat ahli-ahli di negeri ini untuk memenangkan PAS pada PRU 13 nanti," ujar Pesuruhjaya PAS Melaka, Sdra Adly Zahari. "Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu menjadi tetamu utama pada program tersebut dan beliau akan menyampaikan amanat pimpinan PAS pusat kepada ahli-ahli di Melaka" tambahnya. Adly berkata disamping itu PAS Melaka turut menjemput pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat Negeri bagi memeriahkan lagi program tersebut. "Wakil daripada NGO Anti Lynas juga turut dijemput. Disamping itu Zulkifli Mohd Omar selaku pengerusi Lujnah Alam Sekitar PAS Malaysia dijangka akan turut hadir." tambah beliau. Beliau memaklumkan bahawa tema Himpunan Hijau peringkat negeri Melaka adalah "Teknologi Hijau, Politik Hijau, Melaka Hijau" sesuai dengan slogan negeri, Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau Adly menjemput seluruh rakyat Negeri Melaka untuk hadir ke program tersebut yang akan bermula pada jam 9.00 dengan berpakaian hijau. Acara akan dimulakan dengan Xpresi Hijau Annnnak Muda Ke Putrajaya pada jam 4.30 petang dengan solat Asar berjemaah, diikuti dengan konvoi ARC (Alternative Riding Club) serta persembahan dari Amin Iskandar, penyanyi Irwan dan Hafiz Bandboys. Ia akan diteruskan pada sebelah malamnya dengan solat maghrib berjemaah, solat hajat dan munajat dan solat Isya berjemaah yang akan dipimpin oleh ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka, Ustaz Zulkifli Ismail. Ceramah para pimpinan Pakatan Rakyat akan bermula jam 9.00 malam dimana Timbalan Presiden PAS, Tn Hj. Mohammad Sabu akan menyampaikan ceramah dan amanatnya di acara kemuncak pada hari tersebut. Semua ahli PAS negeri Melaka diwajibkan hadir dan seluruh rakyat negeri Melaka dijemput untuk bersama-sama menjayakan program Himpunan Hijau Ke Putrajaya ini. |
Jual Karipap Melalui Facebook, Akma Jana RM2000 Sehari Posted: 20 Jun 2012 04:27 AM PDT Kuantan: Seorang pengusaha karipap di Tanjung Lumpur, di sini, kini sudah mampu tersenyum lebar apabila usahanya menggunakan laman web sosial facebook untuk memasarkan hasil jualannya itu mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Berbekal sebuah iPad, Fauziyatul Akma Abdul Rahman, 44, hanya perlu meneliti setiap pesanan yang dihantar pelanggannya dan dia mampu memperoleh jualan kira-kira RM2,000 sehari. "Idea untuk menggunakan facebook bagi menjual karipap ini timbul secara tidak sengaja. Pada mulanya, saya membuka akaun facebook ini untuk mencari rakan yang sudah terpisah, namun lama-kelamaan fungsinya semakin berubah dan kini ia seakan menjadi 'lubuk' untuk saya menambah rezeki. "Kebanyakan pelanggan lebih senang membuat tempahan menerusi facebook kerana bagi mereka ia lebih mudah daripada datang sendiri ke gerai saya. Justeru, tangan saya akan sentiasa memegang iPad ini untuk memeriksa sekiranya ada pesanan baru atau tidak. Saya akui cara ini berjaya menambah pendapatan saya," katanya. Setiap tempahan boleh diambil sendiri pelanggan dan Fauziyatul Akma turut menyediakan khidmat penghantaran karipap ke rumah tetapi ia terhad kepada lokasi di sekitar bandar ini saja. Karipap yang dihasilkan Fauziyatul Akma sering menjadi perhatian dan pada setiap petang, gerai kecilnya yang terletak di tepi jalan Tanjung Lumpur itu akan dikerumuni pelanggan. Jumlah pelanggan akan bertambah dua ke tiga kali ganda pada setiap hujung minggu hingga kadangkala menyebabkan jalan utama untuk ke Kuantan itu mengalami kesesakan. Istimewanya karipap yang dijual di gerai Fauziyatul Akma ialah ia diserahkan kepada pelanggan dalam keadaan panas kerana karipap berintikan daging, ayam, kentang dan samosa yang dihasilkan itu akan hanya digoreng apabila ditempah. "Saya mementingkan kualiti karipap dan kepuasan pelanggan, jika karipap yang berada di dalam dulang hidangan sudah agak sejuk, pelanggan boleh meminta karipap lain yang baru digoreng. "Karipap ini dibuat sepenuhnya menggunakan tangan terutamanya ketika proses 'mengelim' bahagian tepi karipap dan tidak menggunakan acuan seperti orang lain," katanya yang menjalankan perniagaannya itu sejak lapan tahun lalu. Menyedari karipapnya mendapat sambutan yang cukup menggalakkan, Fauziyatul Akma turut menggajikan enam pekerja yang bertanggungjawab menghasilkan kuih berkenaan. Pelanggan di gerai Fauziyatul Akma juga boleh memilih sendiri bentuk karipap yang diinginkan dan setiap satunya dijual dengan harga 50 sen. "Pernah juga pelanggan mahu saya membuat karipap berbentuk bulat seakan donut dan berbentuk panjang. Kami akan cuba sedaya upaya memenuhi permintaan itu. "Hasrat saya ialah untuk membuka beberapa cawangan di bandar ini tetapi ia memerlukan modal yang besar. Buat sementara ini, biarlah saya menumpukan perhatian kepada gerai sedia ada saja," katanya sambil memaklumkan dia turut bersedia menerima tempahan jika ada kenduri atau majlis tertentu. -HM |
Suami Dicekup Khalwat Setelah Hantar Pulang Isteri & Anak Ke Kampung Posted: 20 Jun 2012 02:29 AM PDT Ampang - Tindakan seorang suami membawa pulang teman wanitanya ke rumah ketika isteri dan anaknya pulang ke kampung membawa padah apabila dia dicekup kerana disyaki berkhalwat. Dalam operasi yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) pada jam 2 pagi itu, lelaki itu yang juga kakitangan kerajaan ditahan bersama pasangannya yang bukan beragama Islam. Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, selepas pihaknya mengetuk pintu beberapa kali, seorang lelaki yang hanya memakai seluar pendek terkejut melihat kehadiran penguat kuasa sebelum membenarkan mereka masuk membuat pemeriksaan. "Lelaki itu memberi alasan tinggal seorang diri di rumah berkenaan, namun anggota penguat kuasa menemui seorang wanita yang berseluar pendek dan berbaju kemeja menyorok di belakang pintu bilik," katanya. Menurutnya, difahamkan lelaki itu tidak tinggal sebumbung dengan isterinya sejak dua tahun lalu kerana isterinya bekerja di Kedah. "Lelaki tersebut mengenali teman wanitanya yang berusia 34 tahun itu sejak setahun lalu," katanya. Ahmad Nawi berkata, lelaki berkenaan dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk dibuat laporan, manakala pasangannya terpaksa dibebaskan kerana bukan beragama Islam. Dalam serbuan berasingan, seorang penuntut sebuah pusat pengajian tinggi tempatan tidak berpuas hati malah mempertikaikan serbuan Jais dan pegawai Masjid Al Azim di kediamannya di Pandan Perdana. Menurutnya, lelaki berusia 33 tahun itu berang dan mempersoalkan berhubung akta ketika disoal siasat oleh penguat kuasa. "Pasangan berkenaan berpakaian lengkap ketika ditahan dan mereka dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk dibuat laporan," katanya. Operasi dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. -SH |
Dakwaan Kelantan Mundur 40 Tahun: Kenyataan Terlajak Mengampu Posted: 20 Jun 2012 12:05 AM PDT Saya menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar yang mendakwa bahawa Kelantan mundur 40 tahun kerana ditadbir oleh PAS merupakan satu kenyataan yang terlajak mengampu. Kenyataan tersebut disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 18 Jun 2012. Saya hakikatnya amat bersimpati dengan profesor ini yang barangkali hanya membaca akhbar-akhbar pro UMNO tanpa cuba menyelidiki fakta yang sebenar. Seharusnya sebagai seorang yang bergelar profesor, tentunya sudah mahir dengan kaedah penyelidikan yang menuntut sesuatu fakta itu dikaji dengan mendalam terlebih dahulu sebelum dikeluarkan. Barangkali profesor ini sudah lama tidak memasuki bandar Kota Bharu yang menyaksikan pelbagai pembangunan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Kemunculan hotel-hotel, pusat-pusat membeli belah, rumah-rumah kedai dan sebagainya sedang mewarnai seluruh negeri Kelantan yang tentunya menafikan sama sekali dakwaan profesor ini bahawa Kelantan mundur 40 tahun. Apa yang tidak ada di Kelantan ialah kedai nombor ekor dan rumah urut. Jika profesor ini bermaksud bahawa Kelantan seolah-olah sedang berada pada tahun 1972 iaitu 40 tahun ke belakang, ia boleh menumbuhkan rasa sangsi tentang bagaimana gelaran prosefor itu diperolehi! Saya ingin mengajak profesor ini membuka laman web Unit Perancang Ekonomi yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. Di sana terdapat jadual 6 yang mengandungi fakta Insiden Kemiskinan Mengikut Etnik, Strata dan Negeri, Malaysia, 1970-2009. Profesor tentunya boleh membaca bagaimana indeks kemiskinan di Kelantan ialah 4.8 berbanding dengan Perlis yang mencatat indeks yang lebih tinggi iaitu 6.0, Kedah (5.3), Sarawak (5.3) dan Sabah (19.2). Atau profesor boleh meninjau jadual 7 yang mengandungi indeks kemiskinan tegar yang mencatat indeks Kelantan sebanyak 1.0, sama seperti Sarawak dengan tahap indeks yang sama dan jauh berbanding dengan Sabah sebanyak 4.7. Jika profesor berhujah tentang jalanraya dan lebuhraya, maka sukalah diingatkan kepada profesor bahawa tidak ada mana-mana kerajaan negeri di Malaysia ini yang membina sendiri lebuhraya tanpa bantuan kerajaan pusat. Dan projek lebuhraya Kota Bharu - Gua Musang telah dijanjikan semenjak Rancangan Malaysia Ke-6 pada tahun 1986 dan sehingga kini belum dilaksanakan. Siapakah yang memungkiri janji jika bukan kerajaan pusat? Justeru, dengan segala kekangan kewangan yang ada, Kelantan menggagahkan diri untuk melancarkan sendiri projek pembinaan lebuhraya untuk fasa pertama dari Machang ke Kuala Krai baru-baru ini. Kenapa profesor tidak menyalahkan kerajaan pusat kerana gagal melaksanakan projek ini? Atau mungkin profesor berhujah bahawa ramai rakyat Kelantan berhijrah keluar negeri untuk mencari pekerjaan kerana Kelantan sudah mundur ke belakang. Saya ingin membentangkan fakta yang terkandung di dalam Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang dikeluarkan pada bulan Oktober 2007. Pada halaman 2-16, tercatat fakta bahawa pada tahun 2003, in-migration (penghijrahan masuk) ke Kelantan ialah seramai 24,460 orang berbanding dengan out migration (penghijrahan keluar) dari Kelantan seramai 21,950 orang. Jelasnya, lebih ramai yang memasuki Kelantan berbanding dengan yang keluar daripada Kelantan! Jika daftar penghijrahan ini menjadi ukuran, adakah benar dakwaan bahawa Kelantan tidak mempunyai peluang pekerjaan? Atau angka mana yang menjadi rujukan Profesor? Saya simpati kepada Profesor Datuk Dr. Kamaruddin Kachar, barangkali terlajak ingin mengampu sehingga kenyataan sebegini dangkal keluar. Berpada-padalah dalam membuat bandingan, jangan sampai ia menjadi bahan ketawa. Saya teringat kepada seorang aktor kelahiran County Durham, England iaitu Rowan Atkinson. Beliau memegang watak Mr Bean. Beliau juga dikatakan merupakan seorang Profesor sebelum menjadi pelakon lawak jenaka. Jika benar berita angin ini, ertinya tidak mustahil seorang profesor boleh menjadi pelakon lawak jenaka. Ia tiada kaitan dengan Profesor Datuk Dr. Kamaruddin Kachar. Salam hormat, AHMAD FADHLI BIN SHAARI, Setiausaha Akhbar, YAB Menteri Besar Kelantan. |
Tunku Harmy: Melayu Umno Tambah Korup Sebab Dr Mahathir Posted: 19 Jun 2012 09:00 PM PDT Budaya rasuah di negara ini menjadi semakin buruk apabila pentadbiran negara diambil alih mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Seorang kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hanan berkata budaya kroni di dalam Umno menjadi lebih kronik selama pemerintahan Dr Mahathir yang memegang tampuk kuasa selama lebih 20 tahun. "Umno ni setelah Dr Mahathir ambil pucuk kepimpinan, penggal pertama memang dia hebat. "Masuk penggal kedua pula dia mula 'bersih, cekap, amanah' untuk kroni dan keluarga dia. "Selepas itu saya tengok Melayu mula korup sebab dia," ujar Tunku Harmy yang juga merupakan sepupu kepada Baginda Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Menurut Tunku Harmy, Dr Mahathir mampu bertahan selama lebih empat penggal dengan menggunakan rahsia salah laku pemimpin Umno-BN lain untuk kepentingan diri. "Oleh kerana Menteri Besar, menteri-menteri semua dia dah pegang, sampai lebih empat penggal dia tahan. "Semua rekod dia pegang sebab nak pertahankan kedudukan dia sebagai presiden Umno. "Bila orang nak lawan dia, dia keluarkan fail dan akhirnya inilah yang merosakan rakyat, keturunan bangsa Melayu dari segi akidah, perangai, akhlak tak boleh pakai lagi. "Melayu jadi jahat sebab dia. Pemimpin dari atas ke bawah tak ada yang tak korup. Jadi saya harap PKR jangan jadi macam Umno," katanya lagi. Tunku Harmy turut mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat agar tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Dr Mahathir sekiranya gagasan itu berjaya menawan Putra Jaya nanti. "Kalau satu hari nanti pemimpin Pakatan pun macam Umno, saya juga akan bangkit lawan," ujarnya nanti. -selangorku |
[VIDEO] Debat Sinar 'Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi' Posted: 19 Jun 2012 09:14 PM PDT Salahuddin: 'Tiada demo jika kerajaan beri cukup ruang' SHAH ALAM - Salahuddin Ayub menegaskan bahawa demonstrasi jalanan tidak akan berlaku sekiranya parti atau pembangkang diberi ruang yang secukupnya untuk memperjuangkan hak kebebasan bersuara mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Naib Presiden Pas berkata pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan kerajaan yang memerintah terpaksa mengambil tindakan seumpama itu apabila ruang untuk bersuara secara aman dan teratur disekat dan dihalang. "Ruang bersuara ketika pilihan raya kecil dan pilihan raya umum terlalu kecil, maka rakyat yang ada hanya lidah dan gigi ini turun ke jalan raya untuk menuntut hak mereka," kata beliau ketika mengambil bahagian dalam Debat Sinar di Auditorium Kompleks Media Karangkraf di sini, malam ini. Ahli Parlimen Kubang Kerian berkatal, pemimpin negara tidak sewajarnya berfikiran sempit, sebaliknya perlu melihat demonstrasi jalanan sebagai hak peluang rakyat untuk bersuara. "Ini setiap kali ada perhimpunan, mesti ada gas, tu yang jadi huru hara," katanya lagi. Salahuddin berkata, hak asasi manusia tidak boleh dibunuh dalam demokrasi. Justeru, katanya pemimpin harus urus dan pimpin tangan anak muda tidak secara sempit tetapi secara adil dan seimbang seperti di negara Korea. Katanya, sekiranya cukup ruang,tidak perlu demonstrasi jalanan dan tidak perlu menyatakan secara jalanan. Dalam perbahasan ilmiahnya katanya, bagi negara yang berpura-pura dengan keadilan demokrasi, demonstrasi jalanan itulah yang melahirkan demokrasi. Salahuddin berkata, demonstrasi secara aman boleh dijadikan sebagai alat untuk menghentikan kemelut kepada negara yang impikan demokrasi. "Jika ada pengasingan kuasa, kerajaan tidak akan jatuh sebaliknya kerajaan penakut sahaja yang takut kepada demonstrasi jalanan. " Masalahnya, kami tidak dapat secara lembut (kebebasan bersuara) jadi demontrasi jalanan adalah cara terbaik untuk kukuhkan demokrasi," katanya. Salahuddin berkata, perlu diingat ketika zaman Nabi Muhammad SAW, sewaktu perang Badar dan Qubra juga bermula daripada protes. Maka dalam konteks Bersih 3 katanya, ia perlu dilihat dengan niat yang betul dan diterjemahkan secara jelas. Sehubungan itu katanya, perlunya ditubuhkan suruhanjaya diraja yang benar-benar bebas untuk menyiasat secara jelas pihak yang mencetuskan provokasi. "Polis kata ada video, tetapi sampai sekarang tidak juga ditayang. Jika begitu, kami juga ada video dakwaan polis mengasari peserta perhimpunan," katanya. -SH Saifuddin: Demo bukan cara kukuh demokrasi Ulasan GB Daripada pengisian debat, GB kata OK. Kedua-dua pihak berhujjah dengan baik. Tetapi oleh kerana tajuk debat itu sudah sedemikian bunyinya, 'Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi, maka kita terperangkap di dalam ruanglingkup yang agak terpencil iaitu hanya pada peringkat "means" (cara) dan bukan "end" (nmatlamat). Kita masih membincangkan soal demonstrasi, wajar atau tidak, sedangkan ISU yang terlebih penting sekarang ini ialah: pembersihan pilihanraya dan kepincangan SPR. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment