Kelab Greenboc |
- [VIDEO] Engkau Penakut Midah Sampai Halau Rakyat Di Majlis Dialog? -updated
- Warkah Buat Anak Muda India Yang Mahukan Perubahan
- Lajim Ukin Letak Jawatan Ketua Cawangan Umno
- Bekas Timbalan Menteri Pelajaran Sertai PAS Setelah Istikharah
- [VIDEO] Dr.Morsi Menang Pilihanraya Presiden Mesir
- Bahana Papar Kisah Rumahtangga Di Facebook
- [BERGAMBAR] YB Gobala Dari Penceramah Jadi Pendengar Kerana Majlis Lengang
[VIDEO] Engkau Penakut Midah Sampai Halau Rakyat Di Majlis Dialog? -updated Posted: 18 Jun 2012 05:01 PM PDT ![]() Banner tertera "Majlis Ramah Mesra & Dialog, Kehadiran Tuan Puan Amat Dihargai". Jadual sepatutnya bermula jam 3ptg, warga tempatan setia menunggu Hamidah lebih kurang satu jam kemudian ketibaannya diiringi alunan 'dia datang dengan lenggang lenggoknya'. Bila Hamidah dapati ada 2 pimpinan PR dalam kelompok hadirin, dia umumkan, " Sesi Ramah Mesra saya tak sebut pun berdialog... bla... bla... bla, jadi saya harap yang tak berkenaan tolong tinggalkan majlis ini....bla...bla ini sesi saya, ini majlis saya, saya yg atur, saye punya hak utk majlis ini bagi memastikan saya minta YB Boon Chye Lee & Yg Berbahagia En Radzi Zainon meninggalkan majlis ini....kalau tidak saya tidak mahu meneruskan majlis ini. Sekian Terima Kasih!" Maka hampir separuh hadirin yang juga penduduk tempatan meninggalkan majlis. Mesranya Hamidah! -mediaperak MEMANG PANAS!!! Video, berita ADUN UMNO halau pemimpin PR dan penduduk |
Warkah Buat Anak Muda India Yang Mahukan Perubahan Posted: 18 Jun 2012 08:12 AM PDT ![]() Bercakap sahaja mengenai soal masyarakat India di Malaysia semua orang dapat memberi simbolik 'kalau bukan mabuk, bukan India namanya'. Adakah masyarakat India hanya tahu minum todi dan adakah anak-anak muda kaum India hanya perlu menjadi hero pergaduhan. Siapakah yang perlu bertanggungjawab untuk menukar presepsi negatif ini terhadap masyarakat India? Jawapanya adalah diri anda sendiri, Mahtma Gandhi pernah mengatakan "we must become the change we want to see". Setelah 54 tahun pemerintahan di bawah regim Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO nasib masyarakat India di Malaysia tidak pernah berubah sejak dahulu lagi. Ada pun perubahan adalah dari segi migrasi penduduk; dari estet ke Bandar, namun Dato G. Palanivel, Presiden Malaysian Indian Congres (MIC) atau MAIKA ( lebih dikenali di kalangan orang India) yang baru mengambil alih jawatan tersebut telah mengeluarkan satu kenyataan yang menguris hati masyarakat India. Apabila bertanya kepada beliau apakah hala tuju dan nasib masyarakat India yang kini semakin hari semakin mendapat tekanan hidup, beliau pula menggesa masyarakat India untuk balik semula ke estet. Adakah ini penyelesaian yang dinanti-nantikan oleh masyarakat India? Apakah kita tidak layak untuk tinggal di Bandar dan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kaum-kaum lain di Malaysia. Ini jelas menunjukkan sikap hipokrit pemimpin-pemimpin India di kompenan BN yang langsung tidak peduli dengan masa depan masyarakat India. Pendidikan anak-anak masyarakat India dianaktirikan dan digadaikan, sampai sekarang kerajaan BN tidak mampu untuk memberi penyelesaian terhadap isu-isu melibatkan sekolah Tamil. Makin hari, makin berkurangan sekolah-sekolah Tamil di Malaysia dulu kita mempunyai 888 buah sekolah, kini hanya tinggal 523 sekolah Tamil sahaja. Kita tidak mahu masyarakat India terus ditipu oleh regim BN. Kita tidak mahu masyarakat India memperjudikan nasib mereka hanya dengan sebuah hamper, sari, dhoti dan duit saku RM50 apabila setiap kali menjelang Pilihan Raya Umum. Kita mahu melihat perubahan dari segi peluang pendidikan, ekonomi dan sosial. Ayuh anak-anak muda bangkit untuk membuat perubahan jangan leka lagi dan menjadi mangsa penipuan BN!! (Yemarathe, Yemaradhe). Di harap pada PRU-13 nanti anak-anak muda masyarakat India akan membuat perubahan dengan membuat pilihan tepat memilih kerajaan yang dapat menjaga dan memulihara nasib masyarakat India. Anak-anak muda jangan lupa anda juga merupakan agen kepada perubahan tersebut. Oleh itu, tolonglah buka minda dan mata ibu bapa dan keluarga anda yang masih karat dengan menyokong BN. Berikan mereka maklumat dan fakta yang selama ini mereka telah ditipu dan diperbodohkan oleh BN, kita memerlukan perubahan dan perubahan tersebut hanya boleh dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Kumaresan Arumugam Penyelaras Bahagian Pulau Malaysian Indian Voice (MIV) Negeri Pulau Pinang |
Lajim Ukin Letak Jawatan Ketua Cawangan Umno Posted: 18 Jun 2012 05:50 AM PDT ![]() jawatan selaku Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu sehari selepas Datuk Seri Najib Razak melawat Sabah. Beliau yang sebelum ini juga mengumum enggan pertahan jawatan Ketua Bahagian Umno Beaufort sudah menghantar surat peletakan jawatan itu kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort baru-baru ini. "Langkah pertama tidak pertahankan kerusi ketua bahagian dan langkah kedua, letak jawatan ketua cawangan. Langkah ketiga, tunggu dan lihat,? katanya dipetik sebuah akhbar berpangkalan di Sabah. Beliau dilapor berkata demikian depan lebih 5,000 penyokongnya pada sambutan hari lahirnya di rumahnya di Kampung Kaundu Kebatu. Lajim ialah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Ahli Parlimen Umno kawasan itu sejak beberapa penggal, selain pernah menyandang Timbalan Ketua Menteri Sabah dan beberapa jawatan penting lain. "Saya yakin jika rakyat menolak saya, kehadiran mereka pada majlis malam ini tidak akan seramai begini. Ini kerana majlis ini dibuat tanpa jemputan, hanya sambutan hari jadi. "Dalam politik, kita tidak boleh menjadi pemimpin hanya menurut kehendak pihak tertentu," katanya. Mengikut laporan itu, Lajim memberi jaminan akan terus berkhidmat dalam Parlimen Beaufort walaupun 'dalam wadah yang berbeza' demi membawa agenda peru bahan untuk rakyat. Mengulas hal itu, Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Dr Roland Chia Ming Shen menyifatkan tindakan Lajim itu permulaan kepada gelombang perubahan di Sabah kerana bukan rakyat bukan sahaja menolak Umno, bahkan pemimpin Umno. Bercakap kepada Keadilan Daily, tindakan Lajim itu didorong berikutan wujud pergolakan dalaman Umno yang kronik di Sabah. Lajim Letak Jawatan Ketua Cawangan Umno |
Bekas Timbalan Menteri Pelajaran Sertai PAS Setelah Istikharah Posted: 18 Jun 2012 03:25 AM PDT ![]() Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Presiden sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut sambil disaksikan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid. Salleh berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin dengan petunjuk Allah selepas melakukan solat istikharah. "Selepas bermesyuarat dengan ahli Parlimen PAS bulan lepas, saya terus berfikir, istikharah minta petunjuk dari Allah. "Kalau PAS ini baik untuk saya, baik untuk perjuangan keluarga, agama dan negara saya minta Allah tunjukkan. "Mungkin hidayah atau petunjuk yang diilhami daripada istikharah itulah yang membuatkan saya buat keputusan untuk masuk PAS," kata beliau ketika ditemui selepas itu. Salleh, 68 pernah menjadi Adun dan ahli Parlimen Sarawak dan pernah bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kerusi DUN Balingian pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, tahun lalu. Salleh yang berketurunan Melanau dari Oya, merupakan dua pupu Taib. Beliau merupakan anak emas Tun Rahman Yaakob ketika menjadi ketua menteri dan gabenor dalam tahun 70-an dan 80-an itu, turut bersama Rahman dalam insiden Ming Court 1987 untuk menjatuhkan Taib. Kini, Salleh giat melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah secara persendirian di Sarawak dan membuka beberapa sekolah tahfiz. "Saya ada aktiviti dakwah untuk menyebarkan syiar Islam secara persendirian di Sarawak sebab kedudukan saya sebagai pembangkang, sukar saya nak mendapatkan laluan ataupun kemudahan daripada kerajaan. "Bahkan saya nak mengadakan sekolah tahfiz 19 tahun lalu guru-guru agama datang dari Indonesia saya terpaksa hantar ke Sabah," katanya. Tambahnya lagi, selepas mengenali PAS dengan lebih dekat, beliau yakin dengan perjuangan PAS membawa Islam. Penyertaan beliau ke dalam PAS menambahkan lagi bilangan tokoh-tokoh pentadbir dan teknokrat yang bersama-sama dalam perjuangan Islam. -HD ![]() Ulasan GB Secara bahasa, istikharah ialah kata terbitan dari perkataan istakharah bermaksud mencari yang terbaik. Manakala secara istilah, meminta membuat pilihan. Iaitu meminta pilihan terbaik dari sisi Allah s.w.t. Dan berkata Ibnu Hajr: Istikharah, meminta kebaikan daripada dua perkara kepada sesiapa yang berkehendakkan kepada salah satu dari keduanya. Hadis mengenai istikharah; عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُنَا الِاسْتِخَارَةَ فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا كَمَا يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ مِنْ الْقُرْآنِ يَقُولُ إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالْأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي قَالَ وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ Maksudnya: Dari Jabir bin Abdullah 'semoga Allah s.w.t meredhai mereka berdua', berkata: Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa: "Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya." Tahniah Datuk Salleh Jafaruddin. Datuk telah pun dikurniakan dan telah mengikut petunjuk yang diberikan Allah swt. Kami mendoakan semuga kehidupan Datuk lebih tenang, tenteram dan bahagia bersama -sama kami di dalam jemaah PAS. |
[VIDEO] Dr.Morsi Menang Pilihanraya Presiden Mesir Posted: 18 Jun 2012 12:22 AM PDT ![]() - Terima kasih kepada semua rakyat Mesir atas sokongan yang diberikan dan kita akan sama-sama membina masa depan yang lebih gemilang - Siapa yang menyokong aku dan tidak menyokong, mereka semua adalah rakyat Mesir yang aku cintai - Ucapan khas kepada para pemuda Mesir demi masa hadapa yang cemerlang - Ucapan khas kepada keluarga syuhada, di atas bahu aku untuk menunaikan hak mereka - Kita semua berada dalam satu barisan yang sama. Dan aku menjadi jurukhidmat kepada semua rakyat Mesir - Kita semua adalah anak watan yang satu - Kita akan berusaha ke arah Negara Mesir Madani Demokratik berpelembagaan yang baru - Tiada dendam untuk dilangsaikan kita semua adalah satu watan. -fb Muslim Brotherhood isytihar Mohammed Mursi menang pilihan raya Presiden Mesir Calon Ikhwan menang p'raya Presiden Mesir Oleh Dr. Syed Azman Syed Ahmad, |
Bahana Papar Kisah Rumahtangga Di Facebook Posted: 17 Jun 2012 09:51 PM PDT ![]() "SUAMI saya outstation lah dua hari. Rindunya kat dia nanti…," antara kata-kata yang sering dipaparkan dalam ruangan mana-mana status di laman sembang yang popular terutamanya laman sosial Facebook (FB). Fenomena menulis ayat-ayat 'cinta' di samping memuat turun gambar yang agak keterlaluan untuk dipaparkan kepada umum dilihat kian menjadi-jadi dari semasa ke semasa. Apakah rahsia rumah tangga sama ada di ambang bahagia atau sebaliknya perlu dijadikan tatapan ramai? Sedangkan apa yang dilalui pasangan itu adalah rahsia yang perlu tersimpan rapi dalam kamus hidup suami isteri. Situasi itu pastinya menimbulkan kesan negatif kelak tidak kiralah pada diri sendiri atau masyarakat sekeliling. Mengundang keghairahan Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus dalam kuliahnya di sebuah masjid sekitar Shah Alam baru-baru ini berpandangan bahawa, kemungkinan besar insan yang memuat turun gambar di FB mahu berkongsi kasih sayang dan kebahagiaan mereka dengan orang lain. "Hukumnya haram, menyiarkan gambar senyum sana senyum sini adalah fitnah. Nescaya mengundang dan menaikkan nafsu orang yang melihatnya. Tidak elok bukan, walaupun individu yang bergambar itu mempunyai perhubungan yang sah di sisi Islam. "Ingatlah lafaz ini – aku terimalah nikahnya dengan mas kahwin tersebut itu maknanya aku terimalah dia menjadi isteri ku halal bagi ku mengikut garis syariat, yang pakai tudung pun apa kurangnya, senyuman dengan pelbagai aksi. Itu semua bagi menarik perhatian ramai dan akhirnya jadilah ia suatu perkara yang tidak elok," ulasnya dalam ceramah tersebut. Menurutnya, FB adalah medium yang banyak manfaatnya jika digunakan sebaiknya antaranya mujahidin pembela agama ALLAH SWT di Chechnya mengaplikasikan penggunaan FB untuk menentang pencerobohan tentera Rusia, mereka menggunakan bahasa isyarat dalam FB yang tidak boleh dikemas kini tentera musuh, namun masyarakat kini bertindak sebaliknya. Itulah yang berlaku apabila dunia berada di akhir zaman. Sementara itu, pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Nabilah Yusof berkata, tidak boleh mengharamkan penggunaan FB kerana ia adalah medium yang mempunyai kebaikan dan keburukan kepada pengguna. FB boleh dianggap sebagai pengikat (silaturahim). Laman sosial itu dilihat bermasalah apabila penggunanya tidak mengemudi FB kepada perkara sepatutnya. Rahsia rumah tangga Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi ALLAH pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajatnya kepadanya kemudian dia menyebarkan rahsia itu." (Riwayat Muslim). Melihat kepada hadis di atas jelas menunjukkan janganlah beria-ria memuat turun gambar mahupun menaip status yang bukan-bukan di FB yang menjadi ikutan berjuta orang. Cukuplah jika anda dan pasangan tahu apa yang berlaku. Kegembiraan atau kedukaan usah dipertontonkan kepada orang lain kerana pada anda ia adalah perkara baik namun, bagaimana jika individu itu tersalah menilai. Nabilah mengulas mengenai tindakan sesetengah pasangan yang hangat mempamerkan kisah cinta dan aktiviti mereka di FB dilihat kurang wajar kerana ia mengundang timbulnya perasaan meluat dan gejala negatif. "Sebagai contoh, si isteri meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan suaminya, lalu dipaparkan di FB. Apabila kenalannya memberi komen yang berunsur mengapi-apikan, pasti pertengkaran akan wujud sekali gus merosakkan hubungan yang tersedia rapuh. "FB ini bersifat serampang dua mata, digunakan dari aspek kebaikan maka baiklah jadinya jika tidak parah yang menimpa. Sekarang ini kita lihat isteri tak puas hati dengan suami, si suami pula geram dengan isteri, lepas ini ada pula anak melepaskan kemarahan pada ibunya dengan post di FB," katanya kepada Rehal. Menurutnya, perkara yang mahu dipaparkan di FB perlu ditapis, jangan semua benda mahu dikongsi, sifat malu itu perlu. Jangan berfikiran semua orang akan senang dengan tindakan yang dilakukan. Alternatif terbaik Islam adalah agama yang sangat menjaga umatnya, setiap perkara yang berlaku hendaklah diselesaikan berlandaskan kaedah dan cara berdasarkan hukum dan tuntutan syariat. Nabilah menegaskan, sebagai manusia yangdikurniakan akal fi kiran waras, kita hendaklah tahu menyalurkan kemahuan ke landasan yang betul. "Usah diikutkan kemarahan atau keghairahan yang tersemat di jiwa, melainkan apabila menghadapi saat-saat getir di mana bantuan daripada pihak tertentu diperlukan. Mungkin mula-mula post gambar atau update status di FB, si polan berkenaan tak rasa apa-apa, tapi sampai satu hari dia sendiri akan rasa malu dengan perkara yang dilakukan, sampai saat itu barulah menyesal," ulas anak kelahiran Johor ini. Menurutnya, banyak alternatif yang boleh digunakan untuk menzahirkan kata cinta kepada pasangan. "Usahlah dihebohkan secara melampau-lampau. Ramai juga suami isteri yang hampir bercerai disebabkan tersilap mengemudi medium sosial itu, pekalah dengan keadaan masyarakat sekeliling bukan semua boleh menerima cara kita kerana setiap manusia itu berbeza. -SH |
[BERGAMBAR] YB Gobala Dari Penceramah Jadi Pendengar Kerana Majlis Lengang Posted: 17 Jun 2012 07:29 PM PDT ![]() Ceramah yang dianjurkan oleh UMNO/BN Kota Raja menjadi bahan lawak apabila penceramah undangan istimewa, Sdr YB Gobalakhrisnan,dari penceramah akhirnya terpaksa menjadi pendengar bagi meramaikan penonton. Ini berlaku disuatu ceramah di Taman Sri Muda., Kota Raja Klang, malam tadi 17hb Jun 2012. Lihat gambar-gambar sebagai bahan bukti. Diluar dewan lengang dalam dewan kosong. Bilangan kerusi dipenuhi oleh makhluk bunian dan yang seangkatan dengannya. -omakkau ![]() ![]() Ulasan GB Dia mungkin sudah tak heran untuk jadi YB lagi... sudah dapat rembat RM2 juta (angka standard untuk katak-katak menurut pendedahan baru-baru ini) |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment