Kelab Greenboc |
- Dua Kenyataan Aishah Yang Boleh Buat UMNO Sasau
- Najib Diharamjadahkan: RM20 Juta Pinjam Panda, Rakyat Berikan Nama "Cin Cin" & "Beg Beg"
- [IKTIBAR] Kepala Tersepit Bawah Kereta
- Penafian Bakal Besan Najib Lansung Tidak Meyakinkan
- SAH: Bangunan UMNO Bukit Gantang Disita Pagi Tadi
- Pelakon Razak Ahmad Didapati Bersalah Berkhalwat
- Anak Jamaluddin Jarjis Dapat Kontrak RM280 juta Projek Sistem Kawalan Trafik Berbahaya
Dua Kenyataan Aishah Yang Boleh Buat UMNO Sasau Posted: 15 Jun 2012 04:34 PM PDT Orang Bijak Pandai Ramai Masuk PAS - Aishah Kuala Terengganu: Rakyat diingatkan agar tidak lagi merasa takut dengan helah serta propaganda Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tahu mentadbir negara. Selebriti tanahair, Wan Aishah Wan Ariffin yang baru menyertai PAS mengajak rakyat agar sama-sama membuat perubahan politik dalam negara ini. Katanya, andaian hanya kerajaan BN sahaja yang pandai memerintah negeri itu hanyalah propaganda pemimpin Umno. "Kita selalu ditakut-takutkan dengan perubahan. Inilah propaganda oleh Umno kononnya orang lain tidak boleh memerintah dan hanya Umno sahaja. "Usah ingat hanya orang Umno saja pandai (memerintah). Hari ini, orang bijak pandai ramai yang sokong dan masuk PAS sekarang," tegasnya ketika berucap pada majlis Sembang Santai Bersama Salebriti Aishah di Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir. (Gambar: Aishah menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.) Menurutnya, setiap orang Islam wajib mencegah segala kemungkaran yang berlaku termasuk pemerintah yang zalim dan rasuah. Katanya, jika berlaku kemungkaran tersebut perlu dicegah dengan tangan, mulut atau paling kurang kena benci dalam hati. "Saya masuk PAS hari ini kerana cuba hendak baiki diri dengan Islam dan membesarkan anak-anak saya dengan Islam sebenar. Inilah proses penghijrahan diri saya yang pernah bergelar artis. "Kita jangan terlalu emosi dalam berpolitik. Saya lihat pemerintah hari ini sudah tidak betul, banyak duit rakyat yang disonglapnya. "Jadi kita kena cegah kemungkaran itu dengan tangan atau cegah dengan mulut macam yang saya bercakap ini atau cegah dengan hati. Itu selemah-lemah iman kita," jelasnya di hadapan hampir 400 hadirin. -HD Saya sokong PAS kerana Islam - Aishah |
Najib Diharamjadahkan: RM20 Juta Pinjam Panda, Rakyat Berikan Nama "Cin Cin" & "Beg Beg" Posted: 15 Jun 2012 08:46 AM PDT Dua ekor beruang panda yang dipinjamkan kerajaan China kepada Malaysia seperti yang dilaporkan The Straits Times Singapura baru-baru ini rupanya masih belum mempunyai nama. Seperti juga isu kucing, Najib Altantuya sekali lagi menunjukkan 'ketidak seriusannya' dalam soal pentadbiran negara tetapi lebih tertumpu dengan perkara yang remeh yang akhirnya mengundang ketawa seluruh dunia. Sudahlah bakal menantunya buat perangai semalam, kunun untuk meredakan tekanan akibat terdesak mempertahankan Putrajaya, Najib Altantuya meminta rakan di Facebooknya supaya menamakan dua ekor beruang kunun sesuai dengan citarasa Malaysia. Lalu berduyunlah 'rakannya' memberi cadangan seperti Altantuya dan sebagainya sebagai tanda 'prihatin' mereka kepada seruan pemimpin yang semakin hampir dengan Tribunal Grande de Instance di Paris atas dakwaan rasuah kapal selam Scorpene sepuluh tahun lalu! Tindakan Najib Altantuya yang mengalu-alukan orang ramai menamakan dua ekor panda yang dipinjam Malaysia daripada negara China akhirnya mengundang pelbagai reaksi lucu. Dalam laman Facebook berbahasa Cinanya, Najib yang menggelar dirinya "Ah Jib Gor" (Abang Najib) berkata kedua-dua ekor binatang itu mewakili hubungan baik dengan republik itu."Spesis panda sudah hampir pupus, namun China bersetuju meminjamkannya kepada kita. Ini membuktikan China percayakan kita. "(Panda) akan menjadi pengalaman pendidikan untuk rakyat Malaysia. Ia membenarkan kita memahami lebih banyak tentang binatang dan meningkatkan kesedaran kepada kerja-kerja perlindungan," tulis Najib. Bagaimanapun, mesej serius perdana menteri berakhir dengan komen berbentuk selaran banyak pihak yang beranggapan langkah itu hanya membazir. Sebahagiannya mengambil peluang itu dengan memperolokkan Najib Altantuya dan isterinya Rosmah Mansor dengan menamakan panda itu sebagai "cincin dan beg beg (cincin cushion cut diamond bernilai RM24.4 juta - beg beg kerana koleksi beg tangan Rosmah yang berharga ratusan ribu ringgit)", "Altantuya dan Scorpene (merujuk kepada skandal rasuah komisen kapal selam kelas Scorpene dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu)" dan "Rara dan Suahsuah" (bermaksud Rasuah). Delegasi parti komunis China tiba di Malaysia untuk lawatan kerja Panda diplomacy or a disaster in the making? Ulasan GB Pertama: Nama-nama yang dikemukakan oleh rakyat di dalam facebook itu menunjukkan rakyat semakin lama semakin meluat dengan Najib dan Rosmah. Itu kebenaran. Najib kena akur. Kedua, belanja sampai RM20 juta hanya untuk mempastikan beruang panda yang dipinjam selama 10 tahun dari China.. itu kerja gila dan kata orang pantai timur: natang sungguh! Ketiga: Sekarang tembelang UMNO terdedah: siapa buat hubungan kerjasama dengan komunis! Anggota jawatankuasa tetap biro politik jawatankuasa pusat Parti Komunis China (CPC), He Guoqiang tiba di sini untuk lawatan kerja empat hari. Begitulah keadaan Najib & UMNO sekarang. Dah terdesak sangat untuk dapatkan sokongan rakyat dari kaum Cina untuk PRU13 sehingga lakukan hal-hal bangang dan bodoh. Dia ingat masyarakat Cina di negara ini bodoh semacam dia. Kalau anda beri panda seorang seekor kepada orang Cina di Malaysia sekalipun, belum tentu anda akan dapat undi mereka! GB dah katakan sebelum ini, Najib akan terus ditimpa "haramjadah" yang tak putus-putus ekoran dari keceluparannya mengharamjadahkan rakyatnya sendiri. GB bukanlah tukang ramal, tetapi itulah hukum kebenaran dan keadilan: anda akan perolehi semula apa yang anda beri. Hukum sunnatullah adalah hukum universal, hukum alam yang dicipta Allah swt untuk panduan kepada manusia. Mudahnya begini: Jika anda tidak suka orang lain melakukan kepada anda, maka jangan lakukan hal itu terhadap orang lain. Dan di dalam Islam Surah Al-Baqarah ayat 286 ada menyebut: laha kasabat wa 'alaiha maktasabat Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. |
[IKTIBAR] Kepala Tersepit Bawah Kereta Posted: 15 Jun 2012 06:08 AM PDT Kuala Terengganu - Seorang pemuda berdepan detik mencemaskan apabila tersepit di bawah kereta jenis Perodua Myvi, hampir sejam dalam satu kejadian di persisiran Pantai Tok Jembal, di sini, malam kelmarin. Gambar: Keadaan mangsa setelah ditarik keluar anggota bomba Dalam kejadian kira-kira 7.40 malam itu, mangsa, Amir Hussin, 20-an, dari Kampung Jabi, Jertih difahamkan memilih kawasan berpasir itu bagi rehatkan badan sementara menunggu teman wanitanya keluar makan malam bersama. Bagaimanapun, hasratnya terbantut apabila kereta milik teman wanitanya itu terbenam dalam pasir pantai dan pemuda itu kemudiannya bertindak guna 'jek' kereta dengan beralaskan batu bukit bagi mengalih kenderaan itu. Menurut Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mohd Fauzi Mohd Yazid, kepala mangsa terperangkap di bawah kereta tersebut kerana 'jek' kereta yang digunakan tiba-tiba bengkok menyebabkan tayar kereta berkenaan semakin masuk ke dalam pasir. "Mangsa yang meniarap tidak sempat selamatkan diri kerana ia berlaku begitu pantas. Bagaimanapun, dia sempat hubungi teman wanitanya bagi dapatkan bantuan bomba. "Kami ambil masa kira-kira lima minit menarik keluar mangsa tersepit bawah kereta. Mangsa yang separuh sedar alami kecederaan di bahagian bahu dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah bagi rawatan susulan," katanya. -SH |
Penafian Bakal Besan Najib Lansung Tidak Meyakinkan Posted: 15 Jun 2012 04:38 AM PDT Bakal besan Najib tolak dakwaan pada anak Ibu kepada Daniyar Nazarbayev - bakal menantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - menafikan dakwaan terhadap anaknya dan menyifatkan perkara itu manipulasi politik dan tidak masuk akal. "Saya dan suami tidak pasti siapa sebenarnya di belakang dakwaan yang tidak masuk akal dan bersifat tuduhan ini. "Ini urusan dalaman keluarga yang dimanipulasi dan dipergunakan oleh pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan politik," Maira Nazarbayev dipetik sebagai berkata dalam kenyataan melalui jurucakap perhubungan awam. Maira menafikan dakwaan anaknya terlibat menipu bapa tirinya Bolat Nazarbayev sebuah kondominium bernilai AS$20 million (RM62 juta) dan menyifatkannya tidak benar dan tidak dapat dibuktikan. "Suami saya Bolat dan saya tetap memberikan komitmen kepada anak-anak kami, dan akan selesaikan perkara ini secara peribadi. Kami bangga dengan semua anak-anak kami. "Saya membuat rancangan awal bercuti di Eropah untuk beberapa minggu akan datang dan akan menghabiskan masa dengan keluarga dan orang tersayang," kata Maira. Kelmarin, sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri Rosmah Mansor juga berkata, dakwaan Daniyar menipu bapa tirinya telah diperbesar-besarkan oleh The New York Post. Sumber tersebut berkata, dakwaan berhubung warga Kazakhstan itu juga tidak melibatkan keluarga perdana menteri. Ulasan GB Penafian yang dilakukan oleh Maira, bakal besan PM Malaysia, Najib Razak nampaknya longgar dan kenyataan Maira itu dikatakan dipetik "melalui jurucakap perhubungan awamnya". GB berpendapat kenyataan itu lemah kerana Maira sebenarnya kini sedang diburu oleh Interpol. Dan penafian mengenai dakwaan anaknya terlibat menipu bapa tirinya Bolat Nazarbayev sebuah kondominium bernilai AS$20 million (RM62 juta) juga tidak boleh diterima kerana sebelum ini beluiau sudah menyatakan "isu tersebut juga tidak boleh diulas lebih panjang kerana masih berlarutan di mahkamah Amerika Syarikat." Selain dakwaan menipu aset bapa tirinya, dokumen mahkamah itu juga menyebut bahawa Daniyar memalsukan dokumen untuk memasuki Columbia Universiti, di mana beliau bertemu Nooryana. Daniyar didakwa memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan, menurut akhbar The New York Post. Justeru itu jika ada penafian hendak dilakukan ia perlu dikemukakan dimahkamah bukan melalui media. Apa yang memusykilkan kini: kenyataan penafian itu daripada mana sebenarnya? dari Kazakhstan atau dari pejabat PM Malaysia untuk membersihkan imej Najib? |
SAH: Bangunan UMNO Bukit Gantang Disita Pagi Tadi Posted: 15 Jun 2012 01:34 AM PDT Rasmi: Pejabat UMNO Bukit Gantang telah disita sebentar tadi. Bangunan UMNO , di Simpang (dalam DUN Changkat Jering)yang juga menempatkan Pejabat ADUN TRONG, Datuk Rosli Husein . foto: Madzamtoklah. Dengan kedatangan TPM TS Muhyiddin Yassin pada 17 Jun ini, UMNO Bukit Gantang sudah tentu "malu". Rupanya bangunan UMNO yang disita ini, mempunyai banyak perkara yang akan terbongkar. Kini orang UMNO Bukit Gantang saling menyalahkan orang terdahulu yang memegang jawatan. -sisibukit LAPORAN SEBELUM INI: Menurut sumber yang masih tidak rasmi hari ini menyatakan proses penyitaan sebuah bangunan yang didakwa Bangunan yang didiami UMNO Bukit Gantang sudah boleh dan bakal diambil tindakan mahkamah iaitu penyitaan. Proses pendakwaan dibuat keatas sebuah yayasan yang diragui dan dipercayai tidak wujud di parlimen Bukit Gantang iaitu Yayasan Darul Taklim. Menurut sumber lagi menyatakan pihak berkenaan tidak gagal dalam perjanjian ( Dipercayai pembayaran ) sejak tahun 2002 lagi yang ada kaitan dengan sebidang tanah seluar 5 ekar di Terong yang dikatakan akan dibina premis untuk tujuan pendidikan orang islam . Kes ini telah 2 kali dibuat dakwaan dimahkamah terhadap pihak yang mendiami bangunan ini yang dipercayai kakitangan UMNO Bukit Gantang. Bacaan pertama tidak dimaklumkan apa keputusanya dan keputusan kedua (Hari ini) mahkamah telah mengeluarkan arahan menyita bangunan yang dimaksudkan. Melalui pendakwa kes ini juga dimaklumkan pihak mahkamah Taiping telah membenarkan bangunan tersebut disita dari beroperasi bermula hari ini 14 June 2012 sehingga 05 July 2012. Ini bermaksud Bangunan yang dijadikan pejabat UMNO Bukit Gantang tidak boleh digunakan atau beroperasi sehingga tarikh tersebut,ini kerana dimaklumkan juga pihak UMNO Bukit Gantang secara diam-diam membuat bantahan dimahkamah tanpa pengetahuan pihak pendakwa. Sebarang harta benda yang berada didalam bangunan tersebut adalah dilarang dikeluarkan sehingga tempoh yang dinyatakan tadi. Hari ini pihak pendakwa tidak dapat melakukan penyitaan bangunan yang dimaksudkan atas sebab dokumen perlantikan pihak keselamatan yang dilantik masih belum dapat disiapkan, dengan itu proses penyitaan ini akan dilaksanakan esok pagi 15 June 2012. -orangni.blogspot.com |
Pelakon Razak Ahmad Didapati Bersalah Berkhalwat Posted: 14 Jun 2012 11:10 PM PDT Selepas enam tahun naik turun mahkamah berhubung kes khalwat dengan ahli perniagaan berstatus isteri orang, pelakon Razak Ahmad akhirnya didapati bersalah dan didenda RM2,900 atau setahun penjara oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam. Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad memutuskan demikian selepas mendapati pembelaan tertuduh gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan. Terdahulu, sebelum menjatuhkan hukuman, Wan Mahyuddin menasihatkan Razak menjaga tingkah laku memandangkan dia adalah artis kerana setiap perbuatan artis yang baik menjadi ikutan kepada masyarakat dan mendapat pahala. "Sesungguhnya perbuatan tertuduh yang berkhalwat bukan saja menjejaskan dirinya malah keluarga, masyarakat dan peminat. "Tertuduh sering diberikan watak baik dan ahli agama dalam lakonan, jadi mahkamah berpendapat dia mengetahui kesalahan khalwat dan patut diberi hukuman tegas," katanya. Bagaimanapun, Wan Mahyuddin berkata, mahkamah memberi peluang kepada tertuduh memperbaiki diri dan mahukan masyarakat menerima dirinya. "Mahkamah berharap hukuman ini memberi pengajaran bukan saja kepada tertuduh tapi kepada masyarakat," katanya. Sementara itu, dalam hujahan meringankan hukuman, peguam Syarie Muhamad Azman Karim yang mewakili Razak merayu mahkamah memberikan hukuman ringan atas alasan anak guamnya insaf dengan perbuatannya. Tambahnya, akibat daripada kes itu, tertuduh kurang mendapat tawaran berlakon selain disenaraihitamkan Radio Televisyen Malaysia (RTM). "Kes yang berlanjutan selama enam tahun ini menjadi hukuman kepada tertuduh. Dia hilang tawaran berlakon dan bercerai dengan isterinya. Malah kes ini disebut di kalangan warga media," katanya. Selain itu, Muhamad Azman memohon mahkamah tidak menjatuhkan hukuman penjara terhadap Razak kerana ia memberi kesan kepada kehidupan dan pendapatannya. Pendakwaan kes itu yang dijalankan Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shafezan Rusli. Pada prosiding sebelum ini, pendakwaan memanggil tiga saksi untuk memberi keterangan manakala hanya Razak tampil sebagai saksi pembelaan. Ketika ditemui media di luar mahkamah, Razak enggan mengulas lanjut. "Saya tak ada apa nak komen. No (tiada) komen. Saya frust (kecewa)," katanya. Razak yang memakai sut hitam dan bersongkok membayar denda itu. Pada 14 September 2006, Razak atau nama sebenarnya Abdul Razak Ahmad, 46, tidak mengaku bersalah berkhalwat dengan Selamah Sahudin, 46, di sebuah rumah di Apartmen Blok A, Taman Serdang Perdana, jam 2.15 pagi, 1 April 2006. Bagaimanapun, Selamah yang hadir bersama suaminya pada prosiding itu mengaku salah dan didenda RM2,850 atau penjara tujuh bulan. Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 20(1)(a) bagi lelaki dan (b) bagi wanita mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. -hm |
Anak Jamaluddin Jarjis Dapat Kontrak RM280 juta Projek Sistem Kawalan Trafik Berbahaya Posted: 14 Jun 2012 08:16 PM PDT Kuala Lumpur 14 Jun: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendapati, projek sistem baru kawalan trafik yang mengancam ruang udara negara diberi kepada keluarga menteri. Menurutnya, dalam carian syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tertera nama Ikhwan Hafiz Jamaluddin iaitu ahli keluarga bekas Menteri sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd. "…Saya tanya, dan ini belum dijawab oleh Kementerian (Pengangkutan)," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini. Naib Presiden KEADILAN itu turut mempersoal adakah menjadi norma Kerajaan Umno BN menganugerahkan satu daripada projek kerajaan kepada keluarga menteri. "Apakah alasan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memberi kontrak sistem yang cukup penting ini secara rundingan tertutup?" soalnya lagi. Beliau turut menunjukkan salinan dokumen dari SSM kepada media yang mempamerkan Ikhwan Hafiz Jamaluddin, 25, sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd. Tirai Variasi adalah pemegang saham utama Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd yang dianugerahkan kontrak bernilai RM280 juta itu. Apabila ditanya wartawan mengenai kesahihan dakwaan tersebut, Izzah menjawab, kementerian patut menafikannya jika dakwaan itu tidak benar. "Sekali lagi, saya persoalkan nama tersebut dan (saya) belum terima sebarang jawapan," katanya. "Saya sudah hantar surat pertanyaan (kepada Kementerian Pertahanan dan DCA) sebelum ini, namun masih belum terima maklum balas dari mereka," jelas Izzah lagi. Bagaimanapun, carian media mendapati Ikhwan adalah anak kepada Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Pada 8 Jun lalu, Izzah bersama-sama Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Tian Chua menyerahkan memorandum kepada DCA mengenai sistem baru Human Trafic Interface yang membahayakan ruang udara negara. Sistem itu turut dibangunkan bersama syarikat Selex Sistemati Integrati dari Itali yang dikaitkan dengan pelbagai tuduhan rasuah di Itali, Cyprus, Panama dan Namibia. -KD |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment