Kelab Greenboc |
- [GEMPAR] Fenomena Awan Luar Biasa Di Sabah 12 Jun 2012
- "Lembu-lembu" Nak Tunjuk Punggung Kepada Ahmad Zahid Hamidi Pula
- "Ada Masalah Keluarga, Bukan Nak Bunuh Diri," Kata Bapa Chong Wei
- [MENDIDIH] Bakal Menantu Najib Seorang Penipu & Penyangak Rupanya
- Apa Mau Jadi Ni? Dicekup Ketika Sedang Berpelukan
- Nak Membunuh Namanya: 967 Gas Pemedih Mata Dilepaskan Pada Bersih 3.0
- Isu WWW15: Putar Sana Putar Sini, Akhirnya Liow Surrender
| [GEMPAR] Fenomena Awan Luar Biasa Di Sabah 12 Jun 2012 Posted: 12 Jun 2012 04:33 PM PDT Awan pelik iaitu Awan Arcus terbentuk pada pagi 12 Jun..Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan... Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah.Share dan kongsikan gambar fenomena luar biasa ini! Photo by :Eone Zurfazlie,Nezz Pitwork Irwandy, Hazuan Zuan, Shaenam Sawal, Suzan Jammy,Mimie ColouRfull, Mimie ColouRfull. Penjelasan untuk 'Fenomena Awan Luar Biasa'. Awan tadi dipanggil awan Arcus. Ia hanya kejadian alam normal tetapi jarang berlaku. -ghaflah Ulasan GB Setiap sesuatu yang Allah jadikan itu tidak sia-sia. Sepertimana tsunami yang berlaku pada tahun 2006 dahulu melanda utara Semenanjung yang membawa perubahan lanskap politik negara pada pilihanraya 2008. Apakah fenomena awan arcus itu petunjuk baru kepada perubahan politik akan melanda negeri Sabah pada PRU13 ini nanti? Sama-sama kita nantikan. |
| "Lembu-lembu" Nak Tunjuk Punggung Kepada Ahmad Zahid Hamidi Pula Posted: 12 Jun 2012 08:37 AM PDT Menteri didakwa tak tunai janji, veteran tentera akan demoPersatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) akan mengadakan satu lagi demonstrasi - kali ini dengan mensasarkan Kementerian Pertahanan dan menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Presiden persatuan itu, Mohd Ali Baharom berkata, demonstrasi pada 29 Jun itu akan dibuat kerana PVTM kecewa dengan menteri yang antara lainnya didakwa tidak menunaikan janjinya sebelum ini. "Veteran kecewa kerana tidak dihargai sebagai contoh tentang isu kebajikan dan layanan menteri kepada persatuan bekas tentera. "Sebelum ini juga Datuk Zahid ada berjanji seperti nak beri pencen kepada bekas tentera. Tetapi tak beri. "Kemudian beliau juga berjanji nak memberi saguhati kepada bekas tentera yang tak pencen," katanya ketika menghubungi Malaysiakini semalami. Beliau menjangkakan seramai 2,000 orang bekas tentera akan menyertai demonstrasi pada 11.30 pagi di hadapan bangunan Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur. PVTM yang diketuai Mohd Ali sebelum ini meraih populariti melalui demonstrasi "senaman punggung" ke atas pengerusi bersama BERSIH 2.0 pada 15 Mei. Susulan perhimpunan pada 15 Mei, PVTM menerima kecaman pelbagai kecaman daripada pelbagai pihak, termasuk oleh ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. PVTM yang berang dengan kritikan tersebut kemudiannya mengancam untuk mengadakan satu lagi demonstrasi ke atas Khairy. Bagaimanapun, cadangan untuk ke mengadakan demonstrasi di hadapan rumah MP Rembau itu dibatalkan kerana Mohd Ali mengatakan, ketua pemuda itu telah memohon maaf kepadanya. Ulasan GB Ini kes tak dapat duit kopi yang dijanji ler ni. Hati panas. Dah puas menonggeng alih-alih UMNO tak bayar. UMNO tak bayar sebab senaman tersebut telah menyebabkan "saham" UMNO merudum teruk ketika itu yang UMNO sendiri tak menjangkanya. Sekarang Ahmad Zahid Hamidi, apa lagi... tunggu depan MINDEF nanti. |
| "Ada Masalah Keluarga, Bukan Nak Bunuh Diri," Kata Bapa Chong Wei Posted: 12 Jun 2012 05:49 AM PDT Bapa Chong Wei nafi mahu bunuh diriAh Chai berharap orang ramai tidak salah faham dengan tindakan yang dilakukannya. GEORGETOWN - Bapa pemain badminton nombor satu dunia, Lee Ah Chai, 59, menafikan laporan media yang mengaitkannya cuba membunuh diri di atas Jambatan Pulau Pinang di sini, awal pagi kelmarin. Beliau yang dihubungi Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita dan Komuniti, Ong Kok Fooi kelmarin mengakui ada memberhentikan kenderaan di atas jambatan, namun bukan berniat untuk membunuh diri. "Ketika itu, saya dalam perjalanan dari pantai Queensbay dan mahu pulang ke rumah. Ketika melalui Jambatan Pulau Pinang saya berasa tidak selesa lalu menghentikan kenderaan di tepi jalan untuk mengambil angin dan tenangkan fikiran. "Namun orang lain telah salah sangka dan menganggap saya ingin bunuh diri...ini tidak betul," katanya. Sementara itu, Kok Fooi ketika dihubungi Sinar Harian semalam berharap orang ramai tidak salah faham dengan kejadian ini. Beliau berkata, media juga tidak perlu menghebahkan lagi perkara ini kerana ia adalah masalah keluarga dan boleh diselesaikan oleh keluarga Ah Chai sendiri. "Saya difahamkan, Ah Chai telah ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan anaknya, Datuk Lee Chong Wei. "Kita harap semua masalah yang dihadapi akan dapat diselesaikan dengan baik," katanya. -SH |
| [MENDIDIH] Bakal Menantu Najib Seorang Penipu & Penyangak Rupanya Posted: 12 Jun 2012 05:06 AM PDT Bakal menantu PM didakwa tipu AS$20 jutaDokumen mahkamah Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terlibat dalam penipuan. Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, dia menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu. Menurut The New York Post hari ini, dokumen mahkamah itu menyebut, Daniyar memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan. Bagaimanapun, sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran. Rekod Columbia masih menunjukkan Daniyar masih dalam senarai bekas pelajar dan bergraduasi pada 2010. The New York Post melaporkan jurucakap Columbia sudah dihubungi tetapi enggan mengulasnya. -mk Ulasan GB Di dalam satu carian google yang lain, iaitu di Dailymail U.K menyiarkan gambar Daniyar - Najwa dengan caption yang menanyakan integriti Daniyar sebagai conman (penyangak). Bak kata Abdul Wahub dalam Tiga Abdul.... dah kena le tu.. penyamun bertemu penyangak... Bukankah GB dah kata sebelum ini, akan lebih banyak "haramjadah" menimpa Najib lagi selepas ini.... tunggu dan lihat. Apa yang GB kata sudah jadi kenyataan. Najib berbelanja besar untuk menggilap imejnya dan isterinya, Rosmah di dalam dan laurnegara. Tetapi hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan. Hukum berkenaan tidak boleh dijual beli. Blog GB juga pernah menerbitkan satu tulisan mengenainya sempena lawatan Presiden Kazakhtan ke Malaysia baru-baru ini, sila baca: ![]() |
| Apa Mau Jadi Ni? Dicekup Ketika Sedang Berpelukan Posted: 12 Jun 2012 12:54 AM PDT Dungun – Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam berdekatan, dicekup pihak berkuasa dalam keadaan berpelukan bersama teman lelakinya atas katil bertingkat di dalam sebuah stor pusat cuci kereta, dekat sini, pagi kelmarin.Gambar: Keadaan pelajar kejuruteraan awam IPTA berdekatan yang dicekup dalam keadaan berpelukan bersama teman lelakinya di sebuah stor cuci kereta di Balai Besar. Pelajar perempuan terbabit dipercayai bertandang ke tempat mencuci kereta yang bakal dibuka itu, sebaik menamatkan kuliahnya untuk memadu asmara bersama teman lelakinya yang difahamkan seorang penganggur. Namun pelajar IPTA yang berasal dari kampung Cacar, Paka yang sama sekali tidak menyangka bahawa teman lelakinya itu penagih bagaimanapun terkedu seketika, apabila menerima kehadiran sepasukan anggota polis narkotik yang melakukan serbuan di tempat berkenaan. Susulan penangkapan tersebut, remaja perempuan yang merupakan seorang pelajar kejuruteraan awam dan anak seorang pesara syarikat swasta di Paka itu, terpaksa diserahkan kepada pihak Jabatan Agama untuk tindakan lanjut kerana disyaki berkhalwat. Sementara itu, teman lelakinya yang berasal Kampung Durian Mas itu juga didapati positif dadah jenis methapethamine setelah menjalani unian saringan air kencing dan disiasat mengikut seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Kedua-dua pasangan terbabit bakal menghadapi pendakwaan di Mahkamah Rendah Syariah pada 9 Julai 2012 nanti atas kesalahan berkhalwat mengikut seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001. Jika sabit kesalahan hukuman denda maksima RM3,000 atau tidak melebehi dua tahun penjara boleh dikenakan ke atasnya. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan terbabit. -SH Ulasan GB Ini bukan soal politik, betul, TETAPI apabila hukum Islam tidak dilaksana, malah dihina, apatah lagi oleh pemimpin negara, maka terimalah bala bencana. ![]() Sekarang semua tahu apa jawapannya. Keadaan huru-hara dan maksiat bermaharajalela kerana undang-undang Islam dilaksanakan atau telah dihinakan sedemikian rupa oleh pemimpin tertinggi negara? "Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata…" -HR. Ahmad dll Apabila Allah s.w.t. dicabar, ia adalah permulaan kepada satu sistem pemerintahan yang baru. Kelak, Allah s.w.t. akan menggantikan mereka itu dengan satu kepimpinan yang lebih baik. Khabarkan kepada JAKIM & Majlis Fatwa Kebangsaan supaya menasihati pemimpin negara usah hina dan persendakan hukum Allah. |
| Nak Membunuh Namanya: 967 Gas Pemedih Mata Dilepaskan Pada Bersih 3.0 Posted: 11 Jun 2012 10:16 PM PDT Kuala Lupur: Sebanyak 967 butir gas pemedih mata telah dilepaskan dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.Jumlah itu lebih tiga kali ganda berbanding dalam perhimpunan Bersih 2.0, iaitu sebanyak 262 butir. Tembakan yang dilepaskan dalam Bersih 3.0 itu termasuk 909 butir 'shell tear smoke' dan 58 butir 'grenade tear smoke'. Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussin dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan. Dalam jawapan itu, Hishammuddin turut memberitahu kerajaan telah menanggung kos keseluruhan sebanyak RM1.8 juta akibat daripada penganjuran perhimpunan itu. Fong Po Kuan dalam soalan lisannya meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh anggota yang bertugas, perbelanjaan pada hari tersebut. Sementara itu, Hishammuddin memandang serius sebarang pelanggaran Peraturan sedia ada (SOP) yang telah ditetapkan dan dua anggota polis telahpun didakwa di mahkamah. "Sekiranya terdapat mana-mana anggota keselamatan terbukti bersalah melanggar SOP yang telah disediakan, tindakan undang-undnag akan tetap diambil terhadap anggota berkenaan," katanya. -HD Ulasan GB Hampir seribu kanister gas pemedih mata dilepas... Bukankah nak membunuh namanya itu? Kita tiada pilihan lain selain berdoa ke hadhrat Ilahi... Ya Allah Ya Tuhan kami, kami berikanlah pengajaranMu yang keras terhadap pihak yang menghuru-harakan dan yang menimbulkan provokasi (jika ada) pada perhimpunan aman BERSIH yang berlansung sedikit masa lalu. Ya Allah Ya Tuhan kami, Kau gagalkanlah setiap rancangan dan rencana jahat pihak yang cuba melakukan tipu daya terhadap sistem pilihanraya di dalam negara kami. Kamu balikkanlah tipudaya dan rencana jahat mereka kepada mereka semula. Ya Allah ya Tuhan kami, Kau tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). Amin Ya Allah Amin Ya Rabbail 'alamin. |
| Isu WWW15: Putar Sana Putar Sini, Akhirnya Liow Surrender Posted: 11 Jun 2012 08:01 PM PDT ![]() Setelah dikritik hebat, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai akhirnya membuat keputusan melepaskan nombor pendaftaran 'cantik' WWW15 yang hampir menjadi miliknya. Liow juga menegaskan tidak pernah membida mendapatkannya tetapi hanya memohon nombor pendaftaran untuk kenderaan rasmi kementerian daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). "Pejabat saya telah menerima surat rasmi daripada Jabatan Pengangkutan Jalan pada 6 Jun 2012, mengesahkan kelayakan pemberian nombor pendaftaran percuma tersebut. "Setelah mendapat makluman bahawa nombor pendaftaran tersebut telah dibuka untuk bidaan, saya wajar melakukan yang terbaik dengan tidak menggunakan kelayakan saya. "Sewajarnya nombor tersebut diberikan kepada pembida tertinggi," katanya dalam kenyataan satu perenggan hari ini. ![]() Ulasan GB Akhirnya "surrender" setelah berputar-putar lidah untuk mempertahankan kebatilan. Gb sudah mengulas sebelum ini: Itu sebab GB sudah menyatakan bahawa ianya perlu disiasat. "Surat berkenaan" muncul dan tak mustahil ia dilakukan selepas isu ini meletup dan surat itu telah di back-datedkan. Tahu pula mereka takut dengan hukum kebenaran dan keadilan. klik untuk baca ![]() |
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






















No comments:
Post a Comment