Kelab Greenboc |
- [VIDEO] Siapa Menteri Umno Ugut Raja Melayu Diseret Di Jalan Raya, Campak Ke Kawah? -updated
- [DEDAH] Kes Bukit Kepong: Perbicaraan Baru Bermula, Mat Sabu Dah Menang Dulu
- Dr Ariffin & Syed Shahir Angkat Sumpah Senator Wakili Negeri PR Pulau Pinang
- Imej Polis Terus Tercemar: Dua Kes Konstabel Lakukan Jenayah
- [GEMPAR] Bapa Lee Chong Wei 2 Kali Cuba Bunuh Diri
| [VIDEO] Siapa Menteri Umno Ugut Raja Melayu Diseret Di Jalan Raya, Campak Ke Kawah? -updated Posted: 11 Jun 2012 04:47 PM PDT Seorang Kerabat Diraja Negeri Sembilan, mendedahkan Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman pernah menerima panggilan ugutan dari seorang menteri kanan Umno pada tahun 1993.Tunku Harny Tunku Hanan, anak saudara kepada Almarhum Tuanku Ja'afar, berkata panggilan tersebut dibuat ketika isu pemindaan Perlembagaan terhadap kuasa Raja-raja Melayu pada tahun itu. Tunku Harmy Tunku Hanan berkata beliau mengetahuinya setelah diberitahu oleh Almarhum Tuanku Ja'afar sendiri melalui satu panggilan telefon. "Jadi tuan-tuan, ada suatu malam kira-kira jam 11.00 malam, saya mendapat satu panggilan telefon daripada Almarhum Tuanku Jaafar masa tu dia adalah Timbalan Yang Dipertuan Agung. "Dia tanya, Harmy buat apa tu? Tak tidur ke? Belum Tuanku. "Ni esey ni dapat panggilan telefonlah. Telefon apa Tuanku? "Tadi ada senior minister baru telefon sekejap tadi, dia kata, Tuanku … kalau Tuanku tak hendak sain isu (pindaan) perlembagaan ini, saya akan tiupkan seruling pemberontakan di seluruh negara. "Raja-raja Melayu akan saya seret ke jalan raya dan akan kami campakkan ke dalam kawah," ujar Tunku Harmy yang enggan mendedahkan indentiti menteri kanan itu. Tunku Harmy berkata demikian ketika berucap dalam program "Diskusi Isu Terkini Lembah Pantai" semalam. Menurut Tunku Harmy, tindakan menteri kanan tersebut membuktikan sikap sebenar pemimpin Umno-BN yang tidak menghormati Raja-raja Melayu. Tambah beliau, ketika itu pemimpin Umno-BN mengadakan kempen menjatuhkan maruah Raja-raja Melayu di seluruh negara. Tunku Harmy turut menggesa masyarakat memikirkan perkara yang sanggup dilakukan pemimpin Umno-BN terhadap rakyat sekiranya mereka terus berkuasa."Itu Raja, yang tuan-tuan hormat dia nak masukkan ke dalam kawah. Yang tuan-tuan ni disiang-siangnya, disalai-salai, dibuang, diberi makan anjing," kata beliau. Tunku Harmy yang merupakan sepupu kepada baginda Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. -selangorku BIAR KERATAN-KERATAN AKHBAR BERBICARA... BIARPUN KISAH LAMA PURBA, TAPI DEMI DEMI PENCERAHAN MINDA.... SIAPA SEBENARNYA MENGHINA RAJA-RAJA MELAYU... Ulasan GB Daripada kedua-dua tulisan di atas terdedah kini pekung UMNO yang sebenarnya. Berlagak seolah-olah merekalah jaguh pembela institusi raja sedangkan hakikatnya UMNOlah petualang sebenar yang biadab terhadap raja-raja Melayu. Seperti selalu yang GB ungkapkan, hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh ditipu. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah menurunkan pengajaranNya yang sekeras-kerasnya kepada UMNO serta sekalian pihak yang bersekongkol untuk mempertahankan kuasanya, Amin Ya Allah Amin Ya Rabbil 'Alamin. p/s Kita berharap juga ada pihak pencacai UMNO yang berani membuat laporan polis terhadap kenyataan YM Tunku Harmy Tunku Hanan di atas supaya mudah beliau dedahkan siapa menteri kanan yang membuat ugutan berkenaan. |
| [DEDAH] Kes Bukit Kepong: Perbicaraan Baru Bermula, Mat Sabu Dah Menang Dulu Posted: 11 Jun 2012 10:30 AM PDT Pengadu mohon maaf, minta Mat Sabu dibebasSaksi pertama kes perbicaraan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai isu komunis Bukit Kepong, hari ini mengaku di Mahkamah Sesyen di Butterworth bahawa beliau membuat dakwaan terhadap Mohamad hanya bersandarkan laporan akhbar bahasa Melayu. Pesara polis Visva Nathan, 75 dari Raub, mengaku beliau telah menfitnah Mat Sabu dan meminta maaf kerana membuat aduan polis terhadapnya dengan hanya merujuk kepada laporan akhbar tersebut, lapor Bernama. Nathan juga mengaku telah membuat aduan polis pada 27 Ogos selepas membaca laporan akhbar tersebut di mana dakwaan itu hanya berdasarkan pada sangkaan dan andaian. "Saya minta maaf dan tidak mahu pihak polis mengambil tindakan," beliau dipetik sebagai berkata di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin di Mahkamah Sesyen di Butterworth hari ini. Nathan mengaku telah membuat fitnah itu selepas diberikan dua laporan iaitu keratan akhbar berkenaan dan teks ceramah Mat Sabu yang tidak mengandungi perkataan komunis. Mat Sabu, 57, didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas. Mahkamah menetapkan 13, 16 dan 17 Julai untuk sambungan perbicaraan. Sementara itu, dalam laporan Harakahdaily pula, Visva menjawab 'ya saya bersetuju' apabila disoalbalas oleh peguam bahawa bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi beliau (Visva) yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polisnya. Berikut adalah petikan soal balas peguam Mat Sabu - Mohamed Hanipa Maidin - seperti diterbitkan di akhbar web PAS Harakahdaily: Soalan: Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu? Jawapan: Ya, setuju. Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata? Ya. Setuju. Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata? Ya, setuju. Mat Sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak? Betul. Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul? Ya, setuju. Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu? Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh). Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu stick kepada apa yang kamu katakan? Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan he is now my brother. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan. Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada? Saya tidak boleh jawab soalan itu. Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu? Setuju. Harakahdaily juga melaporkan saksi mengakui tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk: "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!" Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama, lapor lidah rasmi PAS itu lagi. Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut juga dilapor berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan beliau dan meminta maaf sekali lagi. -mk ![]() Ulasan GB Demikianlah. Episod yang mendedahkan kebenaran. Hukum kebenaran dan keadilan nampaknya semakin hari semakin terserlah. Semakin ramai yang hati-hatinya kini sudah pun akur dengan hukum kebenaran dan keadilan dan akhirnya terbongkar segala rahsia dan segala fitnah yang nyata. Berulangkali GB meminta rakyat bermohon kepada Allah agar kebenaran dan keadilan tertegak dan akhirnya Allah swt memperkenankan doa kita. Tunggu hari pembongkaran dan pendedahan segala penyelewengan dan penipuan yang akan dilakukan oleh Allah swt sendiri. Allah akan tetap bersama mereka yang memperjuangan kebenaran dan keadilan. Nak lawan, pergilah lawan denganNya, bukan dengan kami. Kami akan tetap berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan. اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). Demikianlah juga dengan segala penipuan-penipuan UMNO/ BN, SPR, PDRM, JPN dan lain-lain. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah menurunkan pengajaranNya yang sekeras-kerasnya kepada UMNO serta sekalian pihak yang bersekongkol dengannya semata-mata untuk mempertahankan kuasanya, Amin Ya Allah Amin Ya Rabbil 'Alamin. |
| Dr Ariffin & Syed Shahir Angkat Sumpah Senator Wakili Negeri PR Pulau Pinang Posted: 11 Jun 2012 01:14 AM PDT Ahli akademik Dr Ariffin Omar dan aktivis kesatuan sekerja Syed Shahir Syed Mohamud hari ini mengangkat sumpah sebagai senator mewakili negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, negeri pulau mutiara amat bangga atas perlantikan kedua-dua senator tersebut sebagai ahli Dewan Negara. "Dua wakil senator ini mempunyai latar belakang yang cemerlang. Kita berharap Dr. Ariffin dan Syed Shahir dapat menjalankan amanah mereka untuk menuntut prinsip kebebasan, keadilan, kebenaran, demokrasi dan layanan saksama," kata beliau kepada pemberita selepas upacara mengangkat sumpah itu di sini. Beliau juga berharap agar dua senator dari Pulau Pinang itu dapat menjalankan tugas mereka dengan cemerlang. Dr. Ariffin Omar merupakan salah seorang pensyarah kanan di Universiti Pertahanan Malaysia dan pakar dalam Sejarah Asia Tenggara dan Sains Politik. Beliau yang juga pengasas dan bekas pemimpin Aliran. Beliau yang juga ahli DAP banyak menyumbang dalam penerbitan buku-buku berkaitan bangsa Melayu, budaya orang Islam dan kini sedang menulis mengenai hubungan antara kaum serta kebebasan beragama di Malaysia. Sementara itu, Dr. Ariffin menjelaskan dakwaan kononnya beliau 'dipergunakan' oleh DAP sebagai kenyataan yang tidak masuk akal sama sekali. "Kita perlu terbuka. Saya rasa hairan kenapa apabila orang Melayu menyertai DAP, dia dikatakan alat. DAP adalah parti politik pelbagai kaum yang berjuang atas dasar demokrasi dan hak asasi. Menyifatkan parti-parti berasaskan kaum sudah 'luput', beliau berkata, tiada salahnya untuk memilih mana-mana parti, terutamanya yang bersifat pelbagai kaum dan terbuka. "Kita akan ketengahkan usul pendidikan, hak dan kebajikan semua kaum yang terpinggir termasuk soal pembangunan masyarakat termasuk orang Melayu," ujar beliau lagi. Syed Shahir pula merupakan bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang banyak memperjuangkan hak golongan pekerja di Malaysia. Dalam bidang politik, beliau merupakan bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan dan pernah bertanding sebagai calon PKR pada tahun 2008. Bagi Syed Shahir, perlantikan beliau sebagai senator adalah penting untuk pekerja kerana sejak lebih enam tahun Dewan Negara tidak diwakili golongan tersebut. Beliau menyifatkan perlantikannya sebagai senator oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai memberi nafas baru kepada golongan pekerja di Malaysia. Selain Dr Ariffin dan Syed Shahir, tiga orang Senator lain turut mengangkat sumpah pagi ini adalah Roslin Abdul Rahman, Datuk Lim Nget Yoon dan Toh Puan Zaitun Mat Amin. – Roketkini |
| Imej Polis Terus Tercemar: Dua Kes Konstabel Lakukan Jenayah Posted: 11 Jun 2012 12:07 AM PDT Penjawat awam dituduh cabul remaja dalam lokapKOTA BHARU - Seorang anggota polis berpangkat Konstabel Sokongan dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan mencabul remaja di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Pengkalan Chepa Februari lalu. Gambar: Mohd Shahrul Izuairi menutup mukanya mengelak daripada wajahnya dirakam media selepas di bawa keluar dari mahkamah semalam. Berdasarkan pertuduhan, Mohd Shahrul Izuairi Ibrahim, 31, didakwa melakukan kesalahan terhadap remaja Thailand itu kira-kira jam 10 pagi pada 5 Februari lalu di sel lokap berkenaan. Bapa kepada dua anak itu dituduh menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan remaja berusia 15 tahun dengan memasukkan jari ke dalam kemaluannya yang ketika itu ditahan reman kerana dikaitkan kesalahan Imigresen. Penjawat awam itu, dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mengenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana daripada itu sekiranya didapati bersalah. Pendakwaan kes tersebut dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Muhamad di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Fazali. Noor Dayana menawarkan jaminan RM8,000 terhadap tertuduh bagaimanapun, Mohd Shahrul Izuairi meminta mahkamah mengurangkan wang jaminan tersebut dengan alasan dia mempunyai dua anak serta menghadapi masalah kewangan. Bagaimanapun, Mohd Fazaly Ali menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 dan tarikh sebutan semula kes ialah pada 10 Julai ini. Tertuduh ketika di bawa keluar dari mahkamah menutup mukanya dengan menggunakan jaket untuk mengelak wajahnya dirakamkan pihak media. -SH
|
| [GEMPAR] Bapa Lee Chong Wei 2 Kali Cuba Bunuh Diri Posted: 10 Jun 2012 10:05 PM PDT Polis halang bapa Chong Wei terjunGEORGETOWN: Bapa pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya diselamatkan daripada cubaan untuk terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2, menghala tanah besar di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Lee Ah Chai, 61, pada mulanya dilihat menangis di tepi laut berhampiran pusat beli-belah Queensbay Mall, Bayan Lepas. Orang awam yang melihat kejadian itu memaklumkan kepada polis sebelum anggota peronda bergegas ke lokasi berkenaan untuk memujuknya pulang ke rumah di Taman Serumpun, Butterworth. Menurut sumber, selepas hampir tiga jam dipujuk, Ah Chai memberitahu dia mahu pulang ke rumah dan polis mengiringi kereta dipandu lelaki itu untuk memastikan keselamatannya terjamin. -hm Bapa Ahli Sukan Cuba Bunuh Diri Di Jambatan Pulau Pinang |
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
















No comments:
Post a Comment