SEARCH

Monday, June 11, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Jangan Ambil Cukai Jika Mahu Selangor Beri Pendidikan Percuma - MB Selangor

Posted: 10 Jun 2012 05:01 PM PDT

Jika benar mahu Kerajaan Negeri membiayai pendidikan percuma di negeri Selangor, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta Kerajaan Pusat tidak mengambil wang cukai daripada Selangor.

Menurut Abdul Khalid, pendidikan percuma pasti dapat dilaksanakan jika segala sumber Kerajaan Negeri tidak disalurkan kepada Kerajaan Pusat seterusnya diuruskan dengan lebih baik oleh Kerajaan Negeri.


"Jika dilihat, Kerajaan Negeri Selangor menyumbang sebanyak 23 peratus daripada jumlah keseluruhan kekayaan Kerajaan Pusat.

"Walaupun urusan universiti ini di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat, namun jika kita diberi peluang mengurus sumber dan hasil yang diperolehi sendiri, maka kita dengan senang hati akan melaksanakan dasar pendidikan percuma di negeri ini,"
sindir beliau.

Beliau yang ditemui pada Kejohanan Etiqa Selangor International Junior Masters 2012 di Kelab Golf Seri Selangor petang tadi turut mengulas mengenai rancangan mencairkan aset Universiti Selangor (Unisel) yang diumumkan sebelum ini.

"Sebelum isu ini ditimbulkan, kita memang sudah ada rancangan untuk menggunakan aset-aset Unisel bagi tujuan penambahbaikan prasarana, pembesaran dan sebagainya.

"Sebab itu kita pantas menyediakan pelan tindakan jangka pendek bagi membantu ibubapa dan pelajar jika PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) meneruskan rancangan pembekuan pinjaman terhadap pelajar baru Unisel kerana kita mempunyai aset yang cukup untuk tujuan itu.

"Bagaimanapun, dengan pengumuman terbaru penarikan pinjaman itu, kita rasakan adalah lebih baik aset yang ada digunakan untuk pelan jangka panjang pembangunan Unisel dengan harapan lebih ramai lagi pelajar dapat kita beri tempat di masa hadapan," jelasnya lagi.

Enggan mengulas lanjut cabaran Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin untuk Kerajaan Negeri menyediakan dana RM30 juta seperti diumumkan, beliau dengan sinis meminta pimpinan Umno-BN belajar dahulu cara menguruskan dana rakyat.

"Barangkali Kerajaan Pusat tidak mengajar mereka untuk menguruskan dana rakyat dengan betul dan amanah serta berintegriti.

"Jadi adalah lebih baik mereka diam sahaja dan cubalah belajar untuk menjadi pemimpin yang sebenar dalam memastikan setiap dana yang dibelanjakan itu berbaloi bagi setiap sen dan bukan disia-siakan seperti yang sering dilakukan mereka," kata beliau. -selangorku


Rafizi desak Khaled Nordin minta maaf

SHAH ALAM - Mohd Rafizi Ramli mendesak Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meminta maaf kepada rakyat dan khususnya mahasiswa atas keterlanjurannya membekukan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baru-baru ini.

"Tindakan Khaled jelas menunjukkan yang beliau terdesak untuk menutup malu apabila membuat dakwaan mengatakan Pakatan Rakyat (PR) bijak bermain sandiwara politik berhubung isu PTPTN," kata Pengarah Strategi PKR ini ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Tambah Rafizi, tindakan Khaled juga secara tidak langsung menghukum mahasiswa sebagai alat mainan politik Umno.

"Saya bertegas dalam hal ini agar Khaled tidak cuba 'menegakkan benang yang basah' kerana jelas yang Khaled tersalah langkah dengan membuat keputusan untuk membekukan pinjaman PTPTN sebelum menarik semula keputusan itu," katanya.

Beliau juga mencabar agar Khaled melontarkan idea, pandangan dan cara penyelesaian yang boleh diguna pakai untuk mengurangkan beban mahasiswa daripada terus dibebani hutang PTPTN.

"Janganlah terus-menerus menyerang PR tanda tidak ada sebarang buah fikiran untuk selesaikan beban mahasiswa.

"Khaled sepatutnya memberi cadangan dan berbincang secara ilmiah berhubung usaha kerajaan persekutuan bagi menambah baik mutu pendidikan tinggi negara," tegas beliau.

Tambah Rafizi, PR telah mengemukakan cadangan mereka untuk memberi pendidikan tinggi secara percuma kerana yakin mampu untuk direalisaikan apabila PR mendapat mandat memerintah negara menerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Beliau mesti jawab persoalan ini dan kemukakan idea berhubung beban hutang yang terpaksa ditanggung mahasiswa," tambahnya.

Khaled sebelum ini mendakwa yang PR sekadar menabur janji untuk memberikan pendidikan percuma apabila berjaya membentuk kerajaan pada PRU akan datang, walhal perkara itu mustahil dilaksanakan.

Khaled mendakwa PR bijak bermain dengan sandiwara politik sedangkan hakikat sebenarnya mahasiswa begitu memerlukan bantuan kewangan daripada PTPTN.

Menurutnya, sekiranya PR ingin merealisasikan janji berkenaan, ia sudah boleh dilaksanakan di institusi pengajian tinggi (IPT) yang ada di negeri yang ditadbir kerajaan PR dan tidak perlu tunggu sehingga mengambil alih pentadbiran negara.
-SH


[BONGKAR] Akta Kesalahan Pilihanraya Dipinda Untuk Lindungi Penipuan SPR

Posted: 10 Jun 2012 03:57 PM PDT

Kerajaan BN meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya demi melindungi penipuan yang terdapat dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Demikian menurut Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa apabila ditanya tentang pindaan terhadap seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002) yang menyebabkan daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dibawa ke mahkamah oleh mana-mana pihak.

"Pada 2002 dalam kes Likas di Sabah, di mana hakim membatalkan keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Likas dengan alasan daftar pengundi SPR didapati penuh dengan penipuan.

"Hakim mendapati SPR gagal menyelesaikan isu daftar pemilih dan menganggap SPR cuai dalam menjalankan perkerjaan mereka.

"Selepas itulah kerajaan BN membuat pindaan undang-undang Akta Kesalahan Pilihan Raya supaya daftar pengundi tidak boleh dicabar.


"Kita memang tak boleh terima undang-undang ini kerana mana boleh undang-undang digunakan untuk melindungi penyelewengan seperti mana dalam daftar pemilih SPR itu," ujar beliau yang juga seorang pengamal undang-undang.

Ketika menyentuh ruang tindakan yang ada bagi samada bagi Kerajaan Selangor, parti politik atau orang awam terhadap penipuan dalam daftar pemilih SPR, beliau berkata ruang untuk berbuat demikian masih ada dengan membuat kajian lebih mendalam.

Sivarasa turut menolak pandangan bahawa Kerajaan Negeri tidak boleh mengambil tindakan saman terhadap SPR dan Kerajaan Pusat.

"Dalam isu sekiranya daftar pemilih SPR terbukti tidak bersih, pengundi dan parti politik lebih baik kemukakan saman, tetapi Kerajaan Selangor juga boleh sebab ia berbeza dengan prinsip saman fitnah.

"Kalau dalam saman fitnah memang badan kerajaan tidak boleh kemukakan saman fitnah kepada individu, pengamal media atau mana-mana pihak yang mengkritik badan awam itu," katanya lagi. -selangorku

Ulasan GB

Seperti yang GB ulas sebelum ini, kita sudah tiada pilihan lain.

Sekarang ini mari sama-sama kita berdoa agar Allah menurunkan pengajarannya kepada SPR, JPN, SPRM, PDRM, JPM dan lain-lain yang melakukan kerja-kerja khianat untuk memenangkan UMNO BN di dalam pilihanraya akan datang.

Setelah tuntutan kita supaya daftar pemilih dibersihkan dan Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat task-force pemberian Mykad kepada warga asing tidak diindahkan, maka tiada pilihan lain, selain mengadu kepada Allah swt supaya semua perancangan mereka digagalkan dan mereka diberikan pengajaran sewajarnya untuk tidak berlaku khianat kepada rakyat.


TERKINI: Dua MP BN Sertai PKR

Posted: 10 Jun 2012 02:41 PM PDT

Sekurang-kurangnya dua ahli parlimen dari Sabah sudah mengesahkan keluar dari Barisan Nasional dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

Perkara ini disahkan sendiri Pengerusi KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini yang mengesahkan perkara itu sebentar tadi.

Dua pemimpin yang dimaksudkan ialah Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran.

Turut dinamakan ialah Ahli Parlimen Beaufort dan Ahli Majlis tertinggi Umno, Lajim Ukin.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memberi jaminan samada pengumuman rasmi dapat dibuat malam ini, ekoran penerbangan pesawat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Kuala Lumpur tergendala petang tadi.

"Dua MP ini Confirmed (pasti) akan sertai (KEADILAN). Cuma (tunggu) waktu sahaja, kita tunggu saja lah," katanya kepada Keadilan Daily.

Anwar dijadual tiba di Sabah pada jam 1.40 petang dan dijadual menghadiri dua majlis di Sabah iaitu sambutan perayaan Kaamatan di Kota Belud dan satu Majlis Makan Malam di Kota Kinabalu.

Bagaimanapun penerbangan pesawat beliau ke Kota Belud ditangguh ekoran hujan lebat, sebelum menaiki pesawat ke Labuan untuk tiba ke Kota Kinabalu kira-kira jam 5 petang.

Beliau kini berada di Kompleks Star City, Jalan Asia City untuk menghadiri satu program anjuran Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN (BIPPA).

Jam 10 malam nanti, Anwar dijadual bertemu pimpinan Pakatan Rakyat Sabah di lokasi yang sama.

Selain dua ahli parlimen, beberapa lagi tokoh dari Sabah dikatakan akan turut menyertai KEADILAN sepertimana dilapor beberapa blog.

Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Datuk Amir Kahar Tun Mustapha, Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong, dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik kerajaan negeri, Ibrahim Menudin.

Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional kini hilang lagi dua kerusi, pertambahan kepada pakatan pembangkang setelah satu lagi parti komponennya, Parti Maju Sabah (SAPP) pimpinan bekas Ketua Menteri, Yong Teck Lee mengisytiharkan keluar dari BN dua tahun lalu.

Ia juga menguatkan spekulasi bahawa khidmat Musa Aman sebagai ketua menteri kini terumbang-ambing ekoran gagal memujuk kedua-dua pemimpin berpengaruh yang dikatakan tersingkir dari dicalonkan di parlimen masing-masing.

Sabah mempunyai 25 buah kerusi parlimen yang menjadi sasaran Pakatan Rakyat dalam hasrat menumbangkan Barisan Nasional dari kekuasaan di Putrajaya.

Najib Altantuya sudah tentunya akan lebih tertekan dengan perkembangan terbaru ini kerana belum pernah dalam sejarah Umno-APCO dimalukan sebegitu rupa ekoran tindakan Lajim menyertai Anwar Ibrahim memandangkan beliau salah seorang ahli majlis tertinggi (MT) parti reput itu sehingga kini. -KD

TERKINI




akan dikemaskinikan

Nurul Izzah Akan Bawa Isu Kontrak RM30 juta Syarikat Milik Anak Nong Chik Ke Parlimen

Posted: 10 Jun 2012 06:03 AM PDT

Isu kontrak bernilai RM30.8 juta yang melibatkan syarikat Istijuara Sdn Bhd milik anak Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin akan dibawa ke sidang Parlimen.

Demikian menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kepada TVS ketika ditemui di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya semalam.

"Nilainya RM30.8 juta, tender terus kepada syarikat bernama Istijuara Sdn Bhd, ini tentunya timbulkan banyak persoalan, tetapi kita akan bawa ke parlimen, tentunya," katanya.

Menurut Nurul Izzah, isu ini akan dibawa ke parlimen kerana ia menyentuh kepentingan dana kerajaan dan rakyat negara ini.

"Tentunya perkara sebegini yang kita mahu elakkan dalam bercakap tentang reformasi politik, reformasi mengembalikan ekonomi demi rakyat, bukan untuk segelintir kroni dan anak-anak mereka," katanya lagi.

Sebelum ini, beberapa blog dan media portal melaporkan pada 2010, Kementerian Belia dan Sukan menganugerahkan kontrak bernilai RM30.8 juta kepada Istijuara bagi projek memasang dan menyelenggara kelengkapan latihan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor.

Anak perempuan Raja Nong Chik, Raja Farhana Raja Nong Chik, merupakan pemilik kepada Istijuara.

Disertakan beberapa dokumen rasmi sebagai bukti, Istijuara juga dikatakan hanya diberikan surat tawaran projek setelah projek tersebut hampir siap sepenuhnya pada Ogos 2010, sedangkan projek itu telah diberikan pada 2006 lagi. -selangorku


Laporan sebelum ini
klik untuk baca






Sam D’lloyd, Penyanyi "Keagungan Tuhan" Kembali Ke Rahmatullah

Posted: 10 Jun 2012 04:07 AM PDT

Tiada lagi alunan mendayu Cinta Hampa mahupun Oh Di Mana daripada Sam berikutan kematian vokalis utama kumpulan D'lloyd itu, pagi semalam.

Sam, yang nama sebenarnya Syamsuar Hashim, 64, mengidap penyakit jantung dan kanser paru-paru yang dirahsiakan selama ini, menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Cempaka Putih, Jakarta, Indonesia, sekitar jam 9.15 pagi waktu Malaysia.

Berita kematian Allahyarham dimaklumkan kepada Metro Ahad oleh sahabatnya, komposer Richard Kyoto yang turut menziarahi jenazah Sam di kediaman kakaknya sebelum dikebumikan di Tanah Kuasir, Jakarta. Richard, komposer lagu Kasih, menyifatkan sahabatnya itu seorang yang memendam rasa kerana di sebalik wajahnya yang sentiasa senyum, ramai di kalangan ahli keluarga, teman dan peminat tidak menyedari penyakit kanser paru-paru Allahyarham sudah di peringkat serius.

"Saya terkejut apabila diberitahu penyakit kanser Allahyarham sudah sampai tahap empat. Hairannya bila bertemu, beliau tidak pernah menceritakan perihal penyakitnya itu. Sedih saya mengenangkannya tetapi bersyukur dapat menziarahi jenazahnya," katanya.

Kumpulan D'lloyd turut dianggotai Bartje Van Houten selaku pemain gitar dan ketua kumpulan, Yuhanny Fatmarida Susilo, Chairul Daud, Candra Casmala dan Ucep Tekol. Lagu lain dipopularkan D'lloyd seperti Keagungan Tuhan, Oh Tak Mungkin dan Semalam Di Malaysia.

Di kalangan anggota D'lloyd, Sam dilihat agak misteri kerana statusnya yang hidup membujang. Bagaimanapun, kata Richard, seingatnya Allahyarham pernah berkahwin dengan seorang perempuan Singapura tetapi jodoh tidak panjang dan mereka juga tidak dikurniakan zuriat.

D'lloyd yang ditubuhkan pada 1969, antara kumpulan muzik berpengaruh di rantau ini pada era 1970-an, julung kali mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 1978 di Stadium Negara. Sekitar awal 1990-an, Harian Metro membawa D'lloyd untuk satu persembahan khas manakala konsert terakhir D'lloyd di sini, pada 6 hingga 8 Mei tahun lalu di Istana Budaya melalui persembahan Semalam Di Malaysia, bergandingan dengan Datuk Ahmad Jais.

Ketika sidang akhbar, Sam membuatkan pihak media terharu apabila dia tiba-tiba sebak hingga mengalirkan air mata. Kesedihan itu diperjelaskan Sam betapa jiwanya tersentuh mengenang walau sudah setengah abad peminat di Malaysia masih mengagumi D'lloyd.

Apa yang pasti air mata Sam itu, petanda salam perpisahan kepada peminat Malaysia untuk tidak bertemu kembali. -MA



Seluar Muhyiddin Terlondeh, Lupa Siapa Bayar Sewa Rumahnya Semasa Jadi Menteri

Posted: 10 Jun 2012 01:16 AM PDT

Kajang: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kepada rakyat siapakah yang membayar sewa rumahnya ketika dia mula-mula menjadi menteri di Kuala Lumpur.

"Saya nak tanya siapa bayar sewa rumah dia tatkala dia jadi menteri di Kuala Lumpur.

"Saya tahu sebab masa itu saya bos dia, saya timbalan perdana menteri.

"Jawab la...nak lawan sangat," katanya dalam nada mencabar.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah Merdeka Rakyat di Stadium Kajang di sini malam tadi.

Menurut Anwar, selepas menjadi menteri besar Johor, Muhyiddin dilantik menjadi menteri dan ketika itulah sewa rumahnya dibayar oleh orang lain.

Beliau membuat cabaran itu bagi menjawab gesaan Muhyiddin semalam yang mahu Anwar menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu kononnya mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion.

Anwar turut mengulangi kesediaanya untuk sedia mendedahkan akaun banknya dengan syarat Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri sedia berbuat perkara sama.

"Muhyiddin Yasin, kamu nak siasat saya tiada masalah.

"Ok, cek akaun kamu, dan cek akaun saya," katanya.

Dalam pada itu, lebih 5,000 orang membanjiri stadium kajang malam tadi.

Biarpun hujan renyai-renyai, mereka tidak berganjak mendengar kupasan isu-isu terbaru dari pimpinan Pakatan rakyat.

Selain Anwar, antara pimpinan utama lain yang turut berceramah malam tadi adalah Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, AJK PAS Pusat Dr. Mujahid Yusof dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pada ceramah terbut juga menyaksikan 150 orang menyerahkan borang menyertai PKR cabang Hulu Langat.

Ceramah malam tadi diakhiri dengan tembakan bunga api sejurus selesai ucapan Anwar. -HD



Ulasan GB

Begitu segera Allah memperkenankan doa GB sebelum ini. Khaled Nordin telah terima "imbuhan"nya terlebih awal apabila terpaksa menarik balik sekatan PTPTN terhadap pelajar UNISEL baru-baru ini. Sekarang giliran Muhyiddin pula. Kita bukan takbur, tetapi demikianlah hukum kebenaran dan keadilan serta janji RasulNya: doa orang yang dizalimi itu tiada hijab diantaranya dengan Allah.

Isu PTPTN: Semuga Allah Segera Turunkan Pengajarannya Kepada Dua Menteri Ini

Sekarang ini mari sama-sama kit berdoa agar Allah menurunkan pengajarannya kepada SPR, JPN, SPRM, PDRM, JPM dan lain-lain yang melakukan kerja-kerja khianat untuk memenangkan UMNO BN di dalam pilihanraya akan datang.

Setelah tuntutan kita supaya daftar pemilih dibersihkan dan Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat task-force pemberian Mykad kepada warga asing tidak diindahkan, maka tiada pilihan lain, selain mengadu kepada Allah swt supaya semua perancangan mereka digagalkan dan mereka diberikan pengajaran sewajarnya untuk tidak berlaku khianat kepada rakyat.

GB yakin Allah akan memperkenankan doa kita. Allah telah memperkenankan banyak doa-doa kita dan salah satu yang terbesar ialah munajat menghalau parasit UG dari PAS dahulu:

Penutup Bagi Isu Hassan Ali: Munajat Yang Diterima Allah


Kematian Koperal Mustaghni, Seorang Anggota Polis Trafik Ditahan Reman

Posted: 09 Jun 2012 10:20 PM PDT

Klang: Polis menahan reman seorang anggota polis trafik berusia 51 tahun mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan untuk membantu siasatan kes kematian Koperal Mustaghni Tabri, 48, kelmarin.

Gambar: Allahyarham Mustaghni Tabri yang meninggal dunia akibat terkena balingan objek disyaki dari seorang anggota polis lain.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, anggota trafik yang direman itu berpangkat koperal yang disyaki membaling satu objek ke arah mangsa.

Arwah Mustaghni terbabit dalam insiden itu ketika bertugas dalam operasi mencegah lumba haram di Lorong Bunga Raya berhampiran Kampung Raja Uda di sini, jam 1.45 pagi, Ahad lalu.

"Dia direman bermula hari ini (semalam) sehingga Khamis bagi membantu siasatan berhubung kes.

"Empat lagi anggota yang ditahan bersamanya kelmarin dibebaskan dengan jaminan polis," katanya ketika dihubungi Metro Ahad di sini, semalam.

Ditanya berhubung perkembangan siasatan terhadap beberapa objek yang dirampas polis dari lokasi kejadian, Mohamad berkata, semua objek terbabit akan dihantar ke Jabatan Kimia, esok.

"Kita belum boleh dedahkan apa-apa maklumat berhubung objek itu selagi laporan siasatan mengenainya belum selesai." katanya.

Kelmarin, lima anggota polis ditahan jam 4 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

Lima anggota polis berusia 45 hingga 51 tahun itu ditahan selepas siasatan terkini mendapati kecederaan parah Koperal Mustaghni sehingga membawa kematiannya berpunca daripada lontaran objek seorang daripada anggota polis terbabit dan bukan akibat libasan topi keledar mat rempit sebagaimana dinyatakan sebelum ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, dipetik berkata, punca sebenar kematian mangsa masih disiasat, namun kecederaan disahkan bukan kerana dipukul dengan topi keledar tetapi akibat terkena lontaran objek keras.


"Siasatan dijalankan menjurus pelbagai aspek bagi membongkar kejadian sebenar, termasuk kemungkinan ia dilakukan untuk mempertahankan diri atau terkena pada mangsa.

"Kami merampas beberapa objek yang dipercayai boleh membantu siasatan dan harap tiada pihak yang membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai," katanya, semalam. -MA

Ulasan GB

Kebelakangan ini banyak kejadian lemparan batu dan besi berlaku. Ramai yang tidak mengaku melakukan perbuatan tersebut. Dan polis seperti tidak mengindahkan lansung aduan-aduan yang dilakukan mangsa.

Hukum kebenaran dan keadilan pun menjelma. Kes di atas terkena kepada batang hidung anggota polis sendiri dan seorang anggotanya yang tak berdosa menjadi mangsa.

Barulah polis bangkit untuk menyiasat. Tup tup, anggota polis sendiri yang membaling!

Laporan sebelum ini
klik untuk baca






Apabila UMNO Dibelasah Ahlinya, Ia Petanda Jelas UMNO Di Penghujung Usia

Posted: 09 Jun 2012 08:04 PM PDT

Zam: Kesilapan besar Tunku dan Dr Mahathir

Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa banyak pihak tidak menyedari bahawa Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Dr Mahathir Mohamad telah melakukan "kesilapan besar" semasa menyandang jawatan perdana menteri iaitu masing-masing dalam kes Singapura menyertai Malaysia dan membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam kerajaan dan Umno.

Wartawan veteran dan bekas Menteri Penerangan itu berkata, tindakan Tunku Abdul Rahman membawa masuk Singapura ke dalam Malaysia pada 1963, yang mana turut sama membawa bersamanya dasar 'Malaysian Malaysia' telah memberikan kesan kepada negara.

Singapura keluar dari Malaysia dua tahun kemudian.

Dalam pada itu, Zainuddin juga mendakwa Dr Mahathir membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim juga satu kesilapan kerana tindakannya yang dikatakan memporak-perandakan perpaduan bangsa.

"Ramai antara kita tidak menyedari, dua pemimpin Agung dari Kedah, Tunku Abdul Rahman dan Dr. Mahathir telah membuat dua kesilapan besar yang menjadi masalah kepada negara ini hingga sekarang.

"Tunku membawa masuk Singapura ke dalam Malaysia yang mana turut sama membawa bersamanya Malaysian Malaysia sementara Dr. Mahathir membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kemudianya telah memporakperandakan perpaduan bangsa," katanya lagi.

Dr Mahathir memecat Anwar pada September 1998. Ketika dipecat, Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

"Di sebalik kesilapan Tunku dan Dr Mahathir mempunyai terlalu banyak tugu-tugu jasa yang mereka bina bagi melindungi kelemahan mereka," kata beliau yang dipetik dari entri blognya.

Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam juga berkata, "tercatit sebagai sejarah mulia, dengan sokongan kuat seorang nasionalis rakyat, Allahyarham Tun Ghafar Baba, Dr Mahathir dengan berani menunjukkan kuasa rakyat bila maruah mereka mula terjejas dengan mengingatkan raja-raja tentang Raja Berperlembagaan demi untuk mengikis feudalisme."

Beliau yang turut memuatkan kenyataan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri yang pertama berkata, walaupun berketurunan diraja, beliau tetap menyedari kuasa rakyat yang disebutkan dalam tulisannya.

"Ketika itu beliau berada dalam krisis dengan Sultan Selangor dan juga dengan abangnya Sultan Kedah. Saya akan mendedahkannya dalam ruangan Z fail di blog ini," katanya.

Zainuddin yang mula aktif sebagai blogger menggunakan moto 'Setiakawan Demi Warisan, Kemanusiaan dan Kerukunan' memaparkan tiga ruang utama pendedahan maklumat untuk dikongsi dengan rakyat sepanjang penglibatan beliau sebagai wartawan sehinggalah menjadi seorang menteri Kabinet.

Antara ruangnya Z fail, Pintas dan cerita Zam merupakan rangkuman daripada pengalaman kewartawanan yang dilalui yang telah diterbitkan dalam bentuk buku pada tahun 1980 bertajuk 'Pertama dan Terakhir'. -SH

Thamrin nasihat ahli tinggalkan Umno

PETALING JAYA: Agak melucukan apabila seorang veteran Umno menasihati ahli-ahli Umno supaya meninggalkan parti yang usang itu dalam ceramahnya.

Bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Thamrin Ghafar berkata, Umno dahulu dan Umno sekarang sudah tidak sama dan lebih baik ahli- ahli Umno meninggalkan parti itu untuk menjamin masa depan yang lebih cerah.

"Pemimpin Umno dahulu berjuang dengan ikhlas, kerana bangsa dan agama tetapi pemimpin Umno sekarang lebih berminat untuk menimbun kekayaan dan terlibat dengan rasuah," katanya dalam satu ceramah di Markas PAS Titi Seorang, Parit Buntar semalam.

Beliau yang masih menjadi ahli Umno meluahkan rasa kesalnya dengan perkembangan mutakhir ini di mana perjuangan Umno jauh menyimpang dari matlamat asalnya.

Menurut Thamrin, banyak penipuan berlaku dalam daftar pemilih di antaranya, dengan membawa masuk warga asing dari Kemboja untuk menjadi pengundi pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 nanti.

"Umno sudah tidak betul, tidak gentleman, banyak penyelewengan dan rasuah serta mereka merasa bimbang untuk berdepan dengan rakyat pada PRU13," ujar beliau.

Mengenai perhimpunan Bersih 3.0 beliau berkata, Barisan Nasional mungkin boleh jatuh sekiranya lebih ramai rakyat bangkit untuk menentang kezaliman dan kejahatan mereka.

Bersih 3.0 katanya, ialah suatu usaha murni yang harus disokong kerana NGO itu menuntut lapan perkara bagi menjamin pilihan raya yang bersih dan adil.

Beliau berjanji untuk mendedahkan lebih banyak lagi keburukan dan kedurjaan Umno pada masa-masa yang akan datang.

Mengenai pendedahan ini dengan menggunakan pentas PAS beliau berkata, "biar Umno pesat saya, saya tidak hairan."

Lebih 1,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat hadir pada majlis ceramah itu. Turut hadir Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa.
-FMT




No comments: