Kelab Greenboc |
- Rakyat Dah Lupakan BR1M Yang Pertama, Kena Buat Round Kedua
- Isu Sekat PTPTN: Politik Hanyir UMNO BN Yang Memakan Diri
- Pertemuan Dua MB Pakatan Rakyat
- Sekatan PTPTN Ke Atas Unisel Ditarik Balik, Sahkan Balas Dendam Kenyataan Anwar
- Sekat PTPTN: Tindakan Menteri Terus Terima Kecaman
- Berbeza Dengan PAS, Perjuangan Umno Terhenti Hanya Setakat Lubang Kubur
- Sekat PTPTN: Semua Pihak Kutuk & Kecam Langkah Menteri
Rakyat Dah Lupakan BR1M Yang Pertama, Kena Buat Round Kedua Posted: 08 Jun 2012 05:03 PM PDT KULIM - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedang mempertimbangkan cadangan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pusingan kedua. "Saya sedang pikiaq (fikir), pikiaq," katanya kepada lebih 30,000 pengunjung pada Program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim di sini hari ini. Dipetik Bernama, Najib berkata, BR1M adalah antara janji yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat dalam usaha mengurangkan beban rakyat. Semalam,Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mencadangkan kepada Kabinet supaya kerajaan memberikan lagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat. Bulan lalu, Sinar Harian ada membawa laporan memetik beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang mengesyorkan agar pemberian BR1M dilanjutkan buat kali kedua sesuai dengan keadaan ekonomi semasa. Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) berpendapat bahawa pemberian BR1M kali kedua akan mengurangkan beban rakyat dan bentuk bantuan tunai sedemikian lebih digemari rakyat. Naib Pengerusinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, cadangan itu akan disuarakan oleh BNBBC pada sidang Dewan Rakyat yang akan bermula 11 Jun ini. Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga melahirkan pandangan agar BR1M diberi untuk kali kedua. -petikan SH Ulasan GB RM500 akan diagihkan lagi, buat kali kedua. Begitu terdesaknya kerajaan UMNO BN hari ini untuk memenangi hati rakyat... kerana apa? Pakatan Rakyat semakin hari semakin kuat... Pengumuman tarikh pilihanraya yang lambat menyebabkan pemberian kali pertama telah dilupakan rakyat. Oleh itu kena bagi pusingan kedua, lepas itu cepat-cepat umum pilihanraya. Taktik memancing undi. Kita sama-sama tunggu dan lihat. |
Isu Sekat PTPTN: Politik Hanyir UMNO BN Yang Memakan Diri Posted: 08 Jun 2012 08:39 AM PDT Pembekuan PTPTN ditarik balik, kebimbangan tindak balas politik terhadap kerajaan KUALA LUMPUR, 8 Jun — Kerajaan persekutuan telah mengundurkan langkah untuk membekukan pinjaman pelajar universiti milik kerajaan Selangor selepas menerima kecaman daripada ahli-ahli politik Pakatan Rakyat (PR) dan juga beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN). Pegawai Universiti Selangor (Unisel) mengesahkan pembekuan pinjaman itu ditarik balik hari ini, hanya sehari selepas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan sebagai langkah itu adalah "adil" dan jelas sebagaimana kempen PR untuk memberikan pendidikan universiti percuma. Sinar Harian melaporkan Naib Canselor Universiti Selangor, Prof Anuar Ahmad, sebagai berkata bahawa "ini adalah hasil perbincangan dengan PTPTN ... pada jam 11 pagi. " Ia dilihat berlaku selepas kritikan daripada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (gambar) dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari selepas Muhyiddin mempertahankan langkah itu sebagai "ujian yang adil" ikrar pendidikan percuma pembangkang. PTPTN telah mengesahkan awal hari ini mereka yang baru mendaftar di Universiti Islam Selangor College (Kuis) turut akan menerima nasib sama seperti mereka di Unisel yang dinafikan hak mendapatkan pembiayaan pinjaman pendidikan. Tetapi Saifuddin menulis di laman Twitter miliknya "rektor Kuis telah bertemu saya dan saya telah memaklumkan kepada menteri rayuan beliau bahawa pinjaman PTPTN tidak dibekukan untuk pelajar. Surat rasmi Kuis akan dihantar tidak lama lagi. " Ahli Parlimen Temerloh itu juga memberitahu The Malaysian Insider bahawa dia sedang menunggu jawapan dari Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin selepas "memberitahunya pembekuan itu telah menerima kecaman dan tentangan secara meluas dan meminta pejabat beliau untuk membatalkannya." Pembekuan itu, yang mana Muhyiddin dan Khaled telah menggelarnya "ujian" ikrar pendidikan percuma Pakatan Rakyat, telah menerima kecaman dan bantahan dari pembangkang dan kumpulan pelajar. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menuduh pentadbiran Najib melanggar amanah, manakala kumpulan pelajar Islam berkata Putrajaya mesti menarik balik pembekuan dan meminta maaf. Rasa tidak puas hati itu membawa kepada pemimpin Pemuda BN yang menyuarakan rasa tidak bersetuju mereka, kerana ia menunjukkan bahawa "ujian" adalah tidak perlu kerana "adalah jelas Selangor tidak dapat memberi pendidikan percuma." "Cukuplah. Mesti berhenti. Salah dari segi moral dan politik buruk, "Khairy menulis di laman Twitternya sebagai respon terhadap pembekuan terhadap mahasiswa Kuis. "Saya tidak mahu pelajar menjadi mangsa," kata Ahli Parlimen Rembau itu juga. Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang, yang telah berkali-kali mengkritik ikrar pendidikan percuma PR, juga berkata langkah Putrajaya adalah "salah" dan "PTPTN sepatutnya tahu Pakatan tidak akan memberikan pendidikan percuma di Unisel." "Mangsa Akhir adalah pelajar," katanya di Twitter. Tetapi bantahan daripada ahli-ahli parti pemerintah ini datang selepas pimpinan PKR-Selangor memutuskan untuk mendapatkan RM30 juta dengan mencairkan aset mereka untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar yang telah dinafikan hak mendapatkan pinjaman. Seorang pemimpin Umno memberitahu The Malaysian Insider bahawa jika Selangor berjaya dalam membiayai pelajar yang terlibat, "ia bermakna mereka telah lulus ujian" yang ditetapkan oleh Muhyiddin. Ibrahim Suffian, daripada pendapat penyelidik bebas Merdeka Center juga berkata pembekuan pinjaman itu "berpotensi akan memakan diri BN jika Selangor boleh mencapai satu penyelesaian yang praktikal dan cepat." "Ini akan merentasi seluruh negara sebagai Unisel mempunyai pelajar dari negeri lain dan mungkin meledakkan daripada sesuatu yang hanya popular kepada golongan muda untuk ibu bapa mereka juga. "Lagipun, Selangor mempunyai rizab yang besar sebanyak RM1.8 bilion dan boleh menyelesaikan masalah ini dengan cepat," katanya kepada The Malaysian Insider.-TMI Beku PTPTN: Umno tunjuk lagak tak kena tempat Beku PTPTN: Khaled bakal senasib Khir Toyo Ulasan GB Tepat ulasan GB yang lalu: Langkah PTPTN membekukan pinjaman kepada para pelajar UNISEL adalah satu bentuk kekejaman dan kezaliman UMNO BN ke atas kerajaan PR Selangor dimana kali ini para pelajar dijadikan mangsa selagai langkah amat terdesak UMNO BN merampas negeri Selangor. Sepertimana UMNO BN telah menganaktirikan Kelantan selama lebih dua dekad dengan menyekat pembangunan dan menafikan hak royalti negeri tersebut, kini mereka melakukan kaedah yang serupa untuk menekan kerajaan PR Selangor. Namun hukum kebenaran dan keadilan menyatakan setiap perencanaan yang jahat itu akan kembali menimpa si perencana tersebut. Justeru itu, pada hemat GB, langkah sekatan pinjaman kepada para pelajar UNISEL bakal mempercepatkan keruntuhan kerajaan UMNO BN di Putrajaya. Allah sudah berfirman: Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43] |
Pertemuan Dua MB Pakatan Rakyat Posted: 08 Jun 2012 06:11 AM PDT KOTA BHARU: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini bertemu Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena lawatan rasminya ke negeri itu hari ini. Pertemuan itu diadakan tertutup di Kediaman Rasmi Menteri Besar di JKR 10, selepas tuan guru selesai mengadakan kuliah dataran dataran ilmu sebentar tadi. Selain melakukan lawatan ke beberapa cabang dan ranting petang ini, Khalid akan menyampaikan ceramah Malam Merdeka Rakyat peringkat negeri Kelantan. Ceramah berkenaan akan di adakan di padang Majlis perbandaran ketereh bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Turut dijangka menyampaikan ceramah yang akan bermula 9 malam ini, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Strategi Rafizi Ramli dan peguam scorpine Fadiah Nadwa Fikri. Sementara itu turut hadir mengiringi Khalid, Timbalan PKR Negeri Abdul Aziz Kader dan Setiusaha Mohd Hisomuddin Bakar. -HD |
Sekatan PTPTN Ke Atas Unisel Ditarik Balik, Sahkan Balas Dendam Kenyataan Anwar Posted: 08 Jun 2012 04:42 AM PDT PTPTN tarik balik pembekuan pinjaman siswa Unisel, KUIS Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengambil keputusan untuk menarik balik pembekuan pemberian pinjamannya kepada siswa Universiti Selangor dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Sebelum ini, PTPTN telah membekukan pinjaman kepada Unisel dan KUIS - kedua-duanya di bawah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor - sehingga mencetuskan pelbagai reaksi bantahan pelbagai pihak terhadap tindakan tersebut. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata tindakan pembekuan pinjaman PTPTN itu dibuat untuk memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang mahu pendidikan di negara ini, termasuk di peringkat tinggi, diberi secara percuma. Tindakan itu juga diambil ekoran kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pelajar supaya jangan membayar balik pinjaman PTPTN dan berjanji ianya akan dimansukan jika Pakatan menawan Putrajaya dalan pilihan raya umum akan datang. Sementara itu, seorang pegawai tinggi PTPTN ketika menjawab SMS daripada wartawan Malaysiakini, mengesahkan keputusan menarik balik pembekuan pinjaman kepada Unisel dan KUIS. "Pejabat menteri pagi ini telah mengeluarkan surat (supaya) pinjaman PTPTN diteruskan kepada Unisel dan KUIS," katanya yang tidak mahu namanya disebut. "Eloknya hubungi pejabat YB menteri," katanya dalam SMS tersebut. Khaled seterusnya mengesahkan tindakan menarik balik pembekuan pinjaman siswa Unisel. Beliau dilaporkan Utusan Online sebagai berkata, tindakan terbaru itu diambil ekoran "rayuan dan penjelasan Unisel bahawa ia tidak berniat untuk memberi pendidikan percuma kepada pelajar." "Unisel juga mengakui bahawa PTPTN penting untuk pelajar justeru mengambil kira penjelasan dan keseriusan Unisel mengenai perkara ini saya telah meminta PTPTN menarik balik pembekuan itu pagi ini,'' katanya seperti dipetik laman itu. Perkara itu turut disahkan seorang pegawai kanan kerajaan Selangor yang dihubungi Malaysiakini hari ini. Pegawai yang enggan namanya didedahkan itu berkata siswa berkenaan boleh membuat permohonan pinjaman tersebut bermula malam ini. -mk Sekat PTPTN, Mahasiswa mahu undi BN lagi? Unisel: Politik dendam sebelum Umno BN dikuburkan |
Sekat PTPTN: Tindakan Menteri Terus Terima Kecaman Posted: 08 Jun 2012 01:13 AM PDT PTPTN-Unisel: Gamis gesa batal segera sekatan GABUNGAN Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) membantah dan mengecam tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang melaksanakan pembekuan sementara pinjaman PTPTN ke atas pelajar Universiti Selangor (Unisel) khususnya kepada pelajar baru ambilan bulan April yang lepas. Tindakan tersebut jelas sekali menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab Kerajaan Malaysia dan bercanggah dengan moto "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Bantahan dan kecaman ini berasaskan kepada perkara-perkara berikut : PTPTN ditubuhkan adalah bertujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan bagi menyara yuran pengajian dan kos sara hidup. Sejumlah RM43 billion yang diluluskan oleh kerajaan dan dengan hanya RM27.5 billion yang dibayar kepada para peminjam, sepatutnya menjadikan PTPTN berkemampuan menjalankan fungsinya ke atas semua IPT yang berkaitan tanpa pengecualian ke atas IPT tertentu. KPT atau PTPTN tidak selayaknya menafikan hak para pemohon yang berkelayakan dan memohon dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan apatah lagi ke atas para mahasiswa di sebuah IPT berprestij seperti Unisel yang telah terbukti melahirkan ramai graduan berkualiti. Kegagalan menyediakan pinjaman pengajian tersebut akan merencatkan prestasi akademik para pelajar. Pembekuan pinjaman PTPTN dengan alasan untuk menguji kemampuan Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat untuk menyediakan pendidikan percuma dan menghapuskan pinjaman pendidikan tersebut adalah tindakan yang tidak profesional bahkan amat jelek sekali kerana telah menjadikan mahasiswa sebagai mangsa. Oleh hal yang demikian, Gamis menuntut supaya: PTPTN segera mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu pembekuan pinjaman PTPTN ke atas mahasiswa Unisel dengan menyatakan sebab-sebab pembekuan tersebut dibuat. PTPTN dan KPT segera menamatkan polisi pembekuan tersebut serta membuka semula dan menerima permohonan yang dibuat oleh mahasiswa Unisel. Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pengajian Tinggi) dan Datuk Ismail Mohamed Said (Pengerusi PTPTN) sebagai pihak yang bertanggungjawab berhubung isu, memohon maaf kepada mahasiswa Unisel dan Kerajaan Negeri Selangor. -SH PTPTN Unisel: Abim anggap hasil politik memualkan klik untuk baca |
Berbeza Dengan PAS, Perjuangan Umno Terhenti Hanya Setakat Lubang Kubur Posted: 07 Jun 2012 11:20 PM PDT Umno semakin resah dan gelisah. Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan perdana menteri juga semakin resah dan gelisah. Kebanjiran lebih 100,000 penyokong PAS pada Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 1 Jun lalu membuat Umno dan Dr Mahathir semakin resah dan gelisah. Hingga terpantul dari mulut Dr Mahathir mendakwa peserta Himpunan Hijau diupah untuk hadir di himpunan tersebut dan ini menunjukkan reaksi spontan mereka yang membayangkan keresahan dan kegelisahan. Kebangkitan rakyat seramai itu memang tidak diduga, bukan sahaja oleh Dr Mahathir dan pemimpin-pemimpin Umno terutama di Kedah tetapi oleh PAS sendiri. Kesilapan Dr Mahathir kerana beliau menyangka penyokong dan ahli PAS boleh diupah, dibeli dengan wang ringgit seperti yang berlaku secara berleluasa dalam Umno. Beliau menyangka ahli PAS boleh dibeli, disogok dengan wang ringgit. Kesilapan beliau kerana menganggap PAS seperti Umno. Beliau sendiri akui Umno sudah rosak kerana bergelumang dengan rasuah hingga menjadi budaya, cara hidup dan darah daging. Malang sekali kerana Dr Mahathir tidak dapat membezakan di antara parti sekular dan parti teologi, di antara Umno dan PAS. Umno ialah sebuah parti sekular lagi perkauman manakala PAS sebuah parti yang mendokong perjuangan Islam berdasarkan Al Quran dan As- Sunnah. Manusia berfikiran sekular tidak akan dapat memahami dan membezakan di antara perjuangan sebuah parti yang berasaskan Islam dan perjuangan parti yang berasaskan sekular dan kebangsaan. Perjuangan PAS mengadunkan aktiviti dakwah dan politik. Perjuangan Umno mengambil kebangsaan dan menolak agama (Islam). Barangkali beliau tidak sedar bahawa penyokong PAS yang hadir di Himpunan Hijau terpaksa membayar RM60 sebagai tambang bas menggunakan wang poket sendiri untuk menyertai Himpunan Hijau di Alor Setar. Ini tidak termasuk lagi makan minum dan tempat tinggal yang kesemuanya ditanggung sendiri oleh penyokong PAS dengan penuh kerelaan. Berbeza dengan ahli Umno, seperti yang Dr Mahathir sendiri menyedarinya, semuanya dibayar. Makan minum, tambang pengangkutan, tempat tinggal semuanya dibayar. Ahli PAS sudah ditarbiyyah Semua ahli PAS ditarbiyyah untuk bekerja untuk parti dengan ikhlas, kerana Allah SWT semata-mata, jauh sekali dari matlamat untuk mendapatkan habuan dan harta benda. Perjuangan PAS adalah berdasarkan ayat 10 dan 11, Surah As-Saff. Firman Allah SWT bermaksud: "Wahai orang-orang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? "Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengah harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." Mana mungkin manusia sekular seperti Dr Mahathir yang mempunyai pemikiran yang keliru dan salah menurut pandangan Al Quran memahami ayat-ayat ini. Perjuangan yang berasaskan sekular dan kebangsaan terhenti setakat di lubang kubur sahaja manakala perjuangan berasakan Islam sampai di akhirat. Kebimbangan Dr Mahathir ini juga mungkin tercetus ekoran kebangkitan parti Islam, Ikwanul Muslimun di Mesir yang diambang mencapai kemenangan pada pilihan raya presiden yang sedang berlangsung selepas kejatuhan Hosni Mubarak. Mubarak, 84 yang hampir sebaya dengan Dr Mahathir, dikenakan hukuman penjara seumur hidup di atas kesalahan menyebabkan kematian ratusan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir awal tahun ini. Kebangkitan Arab Spring inilah yang dibimbangi oleh pemimpin-pemimpin Umno, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menuduh parti pembangkang mahu mengguling kerajaan. Pemimpin-pemimpin Umno di Kedah juga turut resah dan gelisah apabila menyaksikan kebangkitan rakyat, penyokong PAS lebih dari 100,000 orang hadir, membanjiri stadium itu sehingga melimpah ruah. Kenyataan Setiausaha Umno Kubang Pasu, Samsuddin Ahmad yang meremeh-temehkan Himpunan Hijau ini dalam satu wawancara dengan FMT semalam, juga mencerminkan rasa resah dan gelisah yang selama ini tertanam di lubuk hati. -FMT |
Sekat PTPTN: Semua Pihak Kutuk & Kecam Langkah Menteri Posted: 07 Jun 2012 08:01 PM PDT Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak wajar menyekat penuntut Universiti Selangor (Unisel) daripada terus menikmati kemudahan pinjaman agensi itu walaupun pembangkang berpendirian ia patut dimansuhkan, kata Khairy Jamaluddin hari ini. Ketua Pemuda Umno menegaskan, para penuntut tidak seharusnya menjadi mangsa dalam perbalahan antara PTPTN dan Kerajaan Selangor. "Walaupun terbukti Kerajaan Selangor gagal untuk memberikan pendidikan percuma kepada negeri yang ditadbir oleh mereka, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana keutamaan harus diberi kepada pelajar. "Mereka ini datang daripada pelbagai kelompok, bukan semua berkemampuan untuk membayar yuran pengajian. "Oleh itu PTPTN harus mengambil kira perkara tersebut sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pembekuan itu," kata beliau dalam satu kenyataan SMS hari ini. Semalam, pemimpin-pemimpin PKR termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengecam tindakan PTPTN menyekat kemudahan pinjaman kepada pelajar Unisel. Unisel terletak di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Mereka mendakwa PTPTN mengambil tindakan itu atas arahan Khaled. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa Khaled menyekat kemudahan PTPTN kepada penuntut-penuntut Unisel. "Saya mencabar Datuk Seri Khaled Nordin untuk menjelaskan kepada rakyat sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri? "Jika itu benar, tindakan itu perlu dikutuk dan beliau wajar meletakkan jawatan kerana mengamalkan politik berdendam yang tidak lagi sesuai dengan arus politik mutakhir," kata beliau. Selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri semalam, Khalid berkata, Kerajaan Persekutuan tidak ada hak untuk menyekat permohonan pinjaman Perbadanan PTPTN pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar di Unisel. Sehubungan itu tegas Menteri Besar, tidak wajar mengheret pelajar yang tidak bersalah ke kancah politik. -SH MCA, MIC disagree with PTPTN freeze Sekat PTPTN mempercepat kejatuhan BN Beku PTPTN UNISEL, Bukti BN Politikkan Pendidikan Ulasan GB Tak sampai 1 hari GB berdoa agar Allah Segera Turunkan Pengajarannya Kepada Dua Menteri Ini, berduyun-duyun pemimpin masyarakat, kerajaan dan pembangkang mengutuk dan mengecam tindakan menteri yang bertanggungjawab menyekat PTPTN ke atas mahasiswa UNISEL. Satu bentuk kezaliman dan kekejaman hasil dari perhitungan politik busuk oleh Khaled Nordin dan Muhyiddin Mohd Yassin yang menjadikan "pelajaran" sebagai bahan untuk menganiaya dan menekan keraaan PR di Selangor. Semalam GB tulis: Berlagak seolah-olah kamu "Tuhan" paling berkuasa di atas dunia dengan menganiaya nasib para pelajar UNISEL. Cuba menunjukkan kononnya kamu paling pintar untuk menguji kerajaan Selangor. Mujurlah Kerajaan Selangor cepat membuat keputusan untuk mencairkan aset bagi membantu mahasiswa berkenaan. Muga-muga kerajaan PR Selangor berjaya mengatasi masalah ini dengan bijak dan biar rakyat menilai dan Allah menghukum tindakan UMNO BN yang zalim itu. klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment