Kelab Greenboc |
- Isu "Haram Jadah": Najib Bakal Disaman Malu Oleh ANAK
- [VIDEO] Khalid Samad Dedah Video Agen Umno-BN Cuba Beli MP PKR RM2juta
- Isu PTPTN: Semuga Allah Segera Turunkan Pengajarannya Kepada Dua Menteri Ini
- TGNA: ‘Teruskan, Jika Ini Cara Umno Akhiri Hayat Mereka’
- [PANAS] Kisah Najib, Altantuya & Scorpene Meletup Dari Phnom Penh Ke Malta
- WWW15: Menteri MCA Atau JPJ Yang Penipu Atau Kong Kali Kong??
- Politik Kuno UMNO Bkt Gantang! Halang Jalan, Bakar Bendera PAS, Terbalikkan Meja
Isu "Haram Jadah": Najib Bakal Disaman Malu Oleh ANAK Posted: 07 Jun 2012 05:08 PM PDT Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan menghantar notis menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat permohonan terbuka berhubung ucapannya yang menyebut 'haram jadah' kepada peneroka, 8 Mei lalu. Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata notis itu akan dihantar ke kediaman rasmi Najib di Putrajaya pada 15 Jun, selepas solat Jumaat. "Peguam Anak telah meneliti beberapa kali ucapan Najib dan ternyata ia mengandungi kenyataan berniat jahat, jijik dan dan tidak sepatutnya. "Kita akan serah notis dan kalau notis ini juga tidak dilayan, kita akan teruskan hasrat saman malu terhadap Najib," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini. Beliau juga memberitahu, Anak akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (Berhad), dijangka pada bulan ini. Mazlan berkata, pihaknya akan menghimpunkan sekurang-kurangnya 20,000 orang di Kuala Lumpur terdiri daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) bagi tujuan itu. Katanya, perhimpunan itu merupakan kemuncak kepada usaha Anak selepas usaha dilakukan selepas segala pendekatan diplomasi mereka tidak diendahkan. "Sebelum ini Anak sudah guna semua saluran undang-undang. Memorandum pernah dihantar kepada perdana menteri, kita pergi ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia, pergi ke Suruhanjaya Sekuriti, tapi mereka tidak mahu dengar pandangan kami," kata beliau. Mazlan yang juga penyelaras Gerakan Selamat Felda (GSF) berkata, pihaknya mengisytihar perang terhadap Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Isa Samad, Ahmad Maslan dan pihak yang menyokong penyenaraian FGVH yang akan dimuktamadkan pada 28 Jun ini. "Oleh kerana pandangan kita tidak diendah, Anak umumkan isytihar perang ke atas mereka dan akan akan adakan kempen radikal selama tiga minggu ini," katanya. Mazlan juga yakin himpunan itu akan mendapat sambutan berdasarkan maklumbalas yang diterima daripada pelbagai NGO dan orang perseorangan yang tidak berpuas hati dengan penyenaraian FGVH. "Saya yakin Anak mampu himpunkan jumlah yang besar kerana sebelum ini ramai yang dah hubungi saya tanya samaada Anak merancang himpunan atau tidak dan saya rasa inilah masanya," katanya sambil manambah lokasi dan tarikh perhimpunan tersebut akan diumumkan minggu hadapan. -HD klik untuk baca |
[VIDEO] Khalid Samad Dedah Video Agen Umno-BN Cuba Beli MP PKR RM2juta Posted: 07 Jun 2012 08:14 AM PDT Shah Alam : MP Shah Alam, Khalid Samad hari ini secara eksklusif mendedahkan rakaman video yang menunjukkan cubaan agen Umno-BN yang didakwa terlibat dalam rundingan untuk membeli wakil rakyat PKR dengan nilai RM2 juta tahun lalu. Video gambar stil berdurasi empat minit di salah sebuah restoran di Lembah Klang itu menunjukkan perbincangan antara lima individu yang dikatakan cuba merasuah MP PKR terbabit supaya lompat parti. Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, dua daripada lima individu itu didakwa sebagai wakil Umno-BN, manakala dua lagi iaitu seorang lelaki dan seorang wanita dikenalpasti sebagai wakil PKR bagi MP tersebut. Sementara seorang lagi, kata Khalid adalah pemandu bagi salah seorang agen Umno-BN berkenaan. "Rakyat Malaysia harus sedar bahawa ini adalah taktik kotor Umno-BN dalam cubaan untuk membeli MP Pakatan yang telah dipilih oleh rakyat untuk mewakili pihak lain tetapi dengan tawaran jutaan ringgit, mereka akan belot. "Tetapi ini merupakan satu cubaan yang selama ini telah disebut banyak kali tetapi ini mungkin kali pertama kita dedahkan buktinya," katanya. Beliau berkata, video asal berdurasi tiga jam itu hanya akan didedahkan sepenuhnya Selasa depan bersama pendedahan MP Pakatan yang cuba dibeli. Tambahnya, beliau turut mempunyai bukti lanjut yang mendedahkan pertemuan agen Umno-BN dengan niat untuk membeli serta merasuah 15 pimpinan Pakatan supaya belot terhadap parti mereka. Bagaimanapun jelasnya, laporan polis terhadap perkara tersebut hanya akan dibuat selepas pendedahan video itu selesai dilakukan. "Kalau Umno-BN cuba nak menafikan, kita akan beri mereka peluang sehingga Selasa depan untuk buat kenyataan. Kalau mereka mahu tonton video ini dulu pun, terpulang kepada mereka. "Tetapi hakikatnya pembelian MP yang dilakukan secara bersungguh-sungguh dengan agen-agen yang mengenalpasti calon untuk lompat parti telah gagal. MP yang ditawarkan dengan duit itu akan tampil memberi keterangan," ujarnya. Sidang media dan pendedahan rakaman video tersebut boleh di ikuti dibawah. -selangorku |
Isu PTPTN: Semuga Allah Segera Turunkan Pengajarannya Kepada Dua Menteri Ini Posted: 07 Jun 2012 05:34 AM PDT Menteri sahkan PTPTN beku pinjaman siswa Unisel Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) milik kerajaan Selangor. Pembekuan itu bertujuan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu, lapor Utusan Malaysia. Mohamed Khaled dipetik sebagai berkata, pihaknya beranggapan Unisel bersedia memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar, sekali gus menolak PTPTN. "Kita percaya kesungguhan kerajaan Selangor yang dikuasai PKR untuk melaksanakan pendidikan percuma, maka ia dilihat pinjaman PTPTN tidak diperlukan. "Sehubungan itu, PTPTN menangguhkan buat sementara waktu kepada para pelajar baru Unisel. Bagaimanapun, ia tidak termasuk kepada pelajar yang sedang menuntut kerana masih terikat dengan perjanjian," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar Umno itu. Malaysiakini kelmarin melaporkan permohonan mahasiswa baru Unisel untuk mendapatkan pinjaman PTPTN dibekukan dan difahamkan ia dimaklumkan secara dalaman tanpa sebarang pekeliling. Tinjauan Malaysiakini di laman forum PTPTN turut mendapati terdapat jawapan bahawa pinjaman itu "ditangguhkan buat sementara waktu". Muhyiddin: 'Adil' untuk PTPTN uji dasar PKR Ulasan GB Kami menyatakan bahawa PTPTN dihapuskan hanya apabila kami menakluk Putrajaya, dimana pembelajaran akan diberikan percuma apabila wang negara diselamatkan daripada terus disalahguna dan disonglap oleh kroni-kroni kamu yang menyebabkan negara kini tidak dapat menyediakan pelajaran kepada para pelajar selain daripada terpaksa menanggung bebanan hutang yang tinggi selepas graduasi. Muhyiddin berkata kepada wartawan: "Soalan kamu sangat berniat jahat". Kita jawab tindakan kamu yang menyekat PTPTN kepada mahasiswa itu lebih jahat dan lebih zalm! Berlagak seolah-olah kamu "Tuhan" paling berkuasa di atas dunia dengan menganiaya nasib para pelajar UNISEL. Cuba menunjukkan kononnya kamu paling pintar untuk menguji kerajaan Selangor. GB pernah ulas sebelum ini Langkah PTPTN membekukan pinjaman kepada para pelajar UNISEL adalah satu bentuk kekejaman dan kezaliman UMNO BN ke atas kerajaan PR Selangor dimana kali ini para pelajar dijadikan mangsa selagai langkah amat terdesak UMNO BN merampas negeri Selangor. Teruskan sekatan jika dengan cara itu kamu kira boleh meruntuhkan kerajaan PR di Selangor. Kami akan berdoa ke hadhrat Ilahi agar Dia menurunkan pengajaran kepada kamu dan parti kamu berdua supaya kamu menyedari bahawa tindakan kamu itu menyalahi hukum kebenaran dan keadilan dan perbuatan kejam dan zalim kamu itu layak untuk dibalas dengan setimpal oleh Allah swt. |
TGNA: ‘Teruskan, Jika Ini Cara Umno Akhiri Hayat Mereka’ Posted: 07 Jun 2012 02:27 AM PDT Kuala Lumpur: "Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno ingin mengakhiri hayat mereka," kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau menyatakan demikian menerusi twitter berhubung laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini mengenai demonstrasi sekumpulan NGO di Kota Darulnaim semalam. "Saya ditunjukkan dengan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang memuatkan demonstrasi NGO pro Umno di hadapan Kota Darulnaim semalam yang membawa kereta tolak dan alat-alat pembinaan, kononnya sebagai 'sumbangan' untuk pembinaan lebuhraya. "Saya katakan, jika Umno merasakan dengan budaya seperti ini, mereka akan mendapat sokongan, teruskanlah," tulis beliau. Tetapi beliau yang juga Mursyidul Am PAS ingin mengingatkan, selepas tarian punggung, hadiah 'najis' di Pulau Pinang, demonstrasi kepala lembu dan sebagainya, hari ini dengan perbuatan seperti itu, semuanya hanya menjatuhkan maruah bangsa Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh Umno. Percayalah, tegasnya Umno sendiri akan malu dengan perbuatan itu satu hari nanti. Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno ingin mengakhiri hayat mereka. -HD Pas anggap tindakan kumpulan demo tidak faham dosa dan pahala
|
[PANAS] Kisah Najib, Altantuya & Scorpene Meletup Dari Phnom Penh Ke Malta Posted: 07 Jun 2012 03:14 AM PDT Wartawan Kawan Baik Razak Baginda Dedahkan Najib Temu Altantuya Di Paris Dia jatuh cinta, seorang wanita menggoda dan seksi dan bijak - model Mongolia yang menarik dan cantik bernama Altantuya "Tuya" Shaaribu. Sejurus selepas mengadakan pertemuan dengan beliau di Hong Kong, Razak membawanya melancong ke Eropah dengan Ferrari merah beliau, yang memenangi dan makan bersama di semua tempat terbaik dan akhirnya berakhir di Paris di mana mereka bertemu dengan Najib Terjemahan dari berita -ROGER MITTON - The Phnom Penh Post Sesuatu keputusan yang dibuat di Paris bulan lepas bermakna bahawa salah satu episod yang paling sensasi di rantau ini akan timbul kembali dengan sepenuh hati.Ia bermula belasan tahun yang lalu apabila Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak memegang portfolio pertahanan dan mengarahkan dua kapal selam Scorpene dari pembuat kapal Perancis, DCNS, kira-kira AS $ 400 juta setiap satu. Perjanjian itu telah ditaja oleh Razak Baginda, yang berkerja sebagi pengarah Institut Penyelidikan Strategik Malaysia, yang dibiayai oleh Najib dan direka untuk melanjutkan kerjaya politiknya. Demi kepentingan pendedahan sepenuhnya, biarlah saya mendedahkan bahawa saya bertemu Razak kerap semasa posting saya di Kuala Lumpur pada tahun 1990-an dan terus melihat dia setiap kali saya melawat Malaysia.Apabila dia menjadi pointman untuk pembelian Scorpene, bagaimanapun, saya telah meninggalkan KL dan tidak bertemu dengannya sekali lagi sehingga kita bertemu di Venice, Itali, pada persidangan 2002 ASEAN-Eropah. Razak menghadiri hanya untuk seketika sahaja dan apabila saya bertanya mengapa dia telah bergegas, beliau berkata beliau diperlukan di Paris bagi perjanjian pertahanan Penting. Kemudian, ia telah didedahkan di parlimen Malaysia bahawa "komisen" bagi kontrak sub adalah 114 juta euro, atau kira-kira $ 160 juta pada masa itu.Wang itu dibayar ke dalam akaun bank KL Perimekar, sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Tun Razak sejurus sebelum kontrak telah ditandatangani dan yang tidak mempunyai rekod mengendalikan pemerolehan pertahanan.Ia adalah dikatakan bahawa $ 160 juta telah berpecah antara Razak, Najib dan tokoh-tokoh lain dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, parti dominan dalam Barisan Nasional yang memerintah Malaysia. Berdasarkan dakwaan ini, polis Perancis menyerbu pejabat DCNS dan merampas sebuah timbunan dokumen yang menunjukkan bayaran rasuah besar-besaran.Dan bulan lepas, selepas memeriksa dokumen, Hakim Roger Le Loire mengarahkan penyiasatan jenayah yang akan dilancarkan.Ia hampir pasti akan melibatkan sepina pemfailan untuk kedua-dua Razak dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk hadir di mahkamah. Walau bagaimanapun, sebelum menimbangkan bahawa prospek dramatik, kita mesti ingat bahawa apabila merundingkan kontrak, sesuatu yang menakjubkan berlaku kepada Razak.Beliau jatuh cinta.Sekarang walaupun Razak, seorang yang berkeluarga dengan imej yang berprofil tinggi awam, sudah lama dicontohi reputasi philandering mentornya Najib, ini urusan terkini adalah berbeza. Dia jatuh cinta, garis dan batu ladung bagi wanita - model Mongolia yang menarik dan cantik bernama Altantuya "Tuya" Shaaribu.Sejurus selepas mengadakan pertemuan dengan beliau di Hong Kong, Razak membawanya ke Eropah pelancongan dengan Ferrari merah beliau, yang memenangi dan makan bersama di semua tempat terbaik dan akhirnya berakhir di Paris di mana mereka bertemu dengan Najib. Tuya yang berbilang bahasa, dan mati jatuh cantik, juga pintar dan cepat belajar mengenai rasuah besar bagi perjanjian sub dan sudah pasti dijangka potongan kacak untuk dirinya.Tetapi tunduk kepada "sindrom tarikan maut", dia berpaut lumus Razak, dan dia, takut bahawa indiscretions beliau boleh menjatuhkan karier, cuba untuk menamatkan urusan. Dia tidak akan ia, dan dalam keadaan terdesak, dia bercakap dengan Najib dan polis telah dipanggil untuk memelihara anak itu.Dua agresif pegawai Cawangan Khas telah mengambil tugasan mereka secara literal dan menculik dia.Kemudian mereka dirogol, ditembak di kepala dan meletupkan tubuhnya dengan bahan letupan C4 dari kementerian pertahanan Najib - dan langkah yang baik, dipadam masuk ke Malaysia dari rekod imigresen.Kesannya, dia terus hilang. Tetapi terima kasih kepada tekanan berterusan daripada keluarga yang disambungkan dan Kedutaan Mongolia, jenayah itu akhirnya terbongkar dan mereka yang terlibat telah ditangkap - semua kecuali Najib, sudah tentu.Selepas perbicaraan yang panjang, yg mendebarkan dan electrifying, kedua-dua polis telah dihukum mati dan Razak telah dibebaskan. Sekarang, bagaimanapun, dengan pelancaran penyiasatan Hakim Le Loire di Paris, ternyata beliau tidak lama lagi mungkin kembali di mahkamah.Dan PM Najib mungkin tidak terlepas dengan begitu mudah sama ada, sejak isu itu akan dibangkitkan di parlimen minggu depan dan akan memberi kesan kepada pilihan raya umum akan datang.Jika ya, kematian mengerikan Tuya tidak akan menjadi sia-sia. Skandal Scorpene merebak ke Malta Ulasan GB GB sudah ulas sebelum ini. Petikan: Suka-suki nak mengharamjadahkan orang apatah lagi rakyatnya sendiri... |
WWW15: Menteri MCA Atau JPJ Yang Penipu Atau Kong Kali Kong?? Posted: 06 Jun 2012 10:06 PM PDT Liow: Saya dapat nombor plat percuma Sehari selepas menjadi sasaran soalan pemberita mengenai nombor plat WWW 15 yang dibidanya, Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai kini mengatakan bahawa dia tidak membayar satu sen pun untuk nombor tersebut. Dalam tweetnya lewat hari ini, Liow berkata telah dimaklumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa beliau tidak perlu membayar RM24,200 harga bidaan yang ditawarkan kepadanya, kerana nombor itu adalah "percuma". Katanya, sebarang pertanyaan lanjut hendaklah dirujuk kepada JPJ. Bagaimanapun, ini bercanggah dengan laporan akhbar China Press hari ini, yang memetik jurucakap JPJ Wilayah Persekutuan sebagai berkata setiap orang yang membida nombor plat, perlu membayar untuk mendapatkannya. Katanya, para menteri boleh memohon nombor plat secara percuma dari JPJ, tetapi ia tidak membabitkan 'nombor panas' seperti yang dibida oleh Liow. -mk Ulasan GB Liow dakwa beliau dimaklumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa beliau tidak perlu membayar RM24,200 harga bidaan yang ditawarkan kepadanya, kerana nombor itu adalah "percuma". Katanya, sebarang pertanyaan lanjut hendaklah dirujuk kepada JPJ. Tetapi, JPJ dakwa Liow perlu bayar plat WWW15 kerana ia dibida di atas nama peribadinya. Liow cuba menipu kerana sebelum ini beliau menyatakan nombor plat itu dibida untuk kementeriannya. Justeru itu siasatan perlu dilakukan ke atas menteri MCA ini dan siasatan juga perlu dilakukan samada wujud "kong kali kong" menteri ini dengan JPJ? |
Politik Kuno UMNO Bkt Gantang! Halang Jalan, Bakar Bendera PAS, Terbalikkan Meja Posted: 06 Jun 2012 08:20 PM PDT Disebabkan tak puas hati,tak senang hati,tak tenteram jiwa... maka ahli-ahli UMNO diTaman Berkat didalam Parlimen Bukit Gantang telah melakukan tindakan 3 serangkai yang jelas menampakan sikap kebudak-budakan dalam politik. Kes pertama: Pada 28 mei 2012 berlangsung malam ceramah di Taman Berkat berlaku satu eksiden kecil apabila ada pihak cuba mengagalkan program ceramah anjuran PAS Taman Berkat. Menurut maklumat dari lokasi kejadian keadaan menjadi sedikit tegang apabila sebilangan kecil yang dipercayai ahli UMNO cuba menghalang penduduk tempatan mengunakan jalan taman untuk menuju ke lokasi ceramah yang berlangsung dihadapan markaz PAS [Rujuk berita di bawah] Kes kedua: Dilaporkan pada malam ceramah 28 mei 2012 terjadi satu kejadian yang tidak wajar berlaku yang mana ada pihak (Dipercayai tindakan ahli UMNO) telah membakar bendera PAS,berikutan kejadian itu pihak PAS Cawangan Taman Berkat bersama PAS Kawasan telah membuat satu laporan polis di balai Polis Simpang pada hari ini.Laporan polis ini dibuat bagi menentukan supaya kejadian sebegini tidak beulang lagi dimasa akan datang. Kes Ketiga: Menurut sumber dari seorang ahli PAS diCawangan Taman Berkat bahawa kejadian bakar bendera ini telah menyebabkan salah seorang yang dipercayai JKKK ( UMNO la tu...hahaha...) menjadi berang apabila ditanya mengenai kejadian ini disebuah kedai makan. Beliau telah menebalik-kan meja makan setelah ditanya kepadanya angkara siapa yang melakukan dan siapa dalangnya yang membakar bendera PAS. -Orang ni/PASPB Tahniah kepada Polis Simpang Taiping dan Unit Amal PAS Bukit Gantang kerana amalkan demokrasi dan intergriti |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment