Kelab Greenboc |
- Haramjadah Timpa Najib Lagi, 100 Plus Diboikot Gara-gara Ada Gambar Najib
- Fitnah Pencacai UMNO Menjadi-jadi. Dua Fitnah Terhadap TGNA
- Khaled Nordin Perlu Letak Jawatan Jika PTPTN Sekat Pinjaman Kepada Pelajar Unisel
- Kalau Ya Pun Nak Cari Sokongan, Tak Payahlah Sampai Guna Tarian Lucah
- TGNA: "UMNO Nak Melaga-lagakan Orang, Dah Tak Dak Point"
- [BERGAMBAR] "Ku Lihat HIJAU" Lagi... ALLAHU AKBAR !!! -updated
- Rais Yatim Naik Jobo Lagi! - Sakmongkol
Haramjadah Timpa Najib Lagi, 100 Plus Diboikot Gara-gara Ada Gambar Najib Posted: 06 Jun 2012 05:06 PM PDT Begitu "suweh" (malang) kata sesetengah orang, sehingga apa juga yang ada gambar Najib kini ditolak oleh rakyat. Terbaru, minuman isotonik yang popular di Malaysia telah menerima kritikan pedas daripada rakyat Malaysia dari segenap lapisan apabila memaparkan wajah PM Malaysia, Najib Tun Razak di tin minuman mereka. Demikian hebatnya gambaran kebencian rakyat Malaysia terhadap Najib kini. Belum pernah berlaku dan menimpa PM-PM sebelum ini tetapi berlaku kepada Najib. Minuman isotonik 100 Plus telah diperkenalkan di Malaysia pada 1983 oleh sebuah anak syarikat Fraser & Neave (F&N). Belum dapat dipastikan mengenai gambar Najib di tin minuman tersebut samada dilakukan secara sukarela oleh pihak pengurusan 100 Plus, atau mendapat arahan dari pihak tertentu atau menerima kontrak tertentu bagi tujuan menaikkan imej Najib. Walau apa sekalipun jawapannya, yang pasti rakyat sudah mempersoalkan langkah tersebut dan bertindak untuk memboikot minuman 100 Plus. Ia juga BUKTI NYATA: apa saja yang ada gambar atau nama Najib, ia ditolak rakyat. Dan ia pengajaran besar buat semua pengeluar barangan keperluan rakyat: PESANAN GB: JANGAN LETAK GAMBAR NAJIB! kalau tidak mahu diboikot. Itulah akibat mengharamjadahkan rakyat sendiri.... |
Fitnah Pencacai UMNO Menjadi-jadi. Dua Fitnah Terhadap TGNA Posted: 06 Jun 2012 08:01 AM PDT KANGAR: Umno sekali lagi dikecam hebat kerana dikaitkan dengan fitnah apabila tersebarnya gambar yang dikaitkan dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Gambar yang tersebar di laman sosial Facebook Anti Semua Salah Umno - ASSU itu mendakwa Nik Aziz mahu membina rumah rakyat untuk dirinya sendiri. Bagaimanapun fitnah yang cuba dilemparkan kepada Mursyidul Am PAS itu akhirnya terjawab bila pengguna-pengguna laman sosial terbabit menjawab balik melalui komen-komen mereka bahawa gambar yang disiarkan itu adalah sebuah rumah di Perlis. Rumah tersebut adalah milik seorang usahawan di negeri ini yang masih dalam pembinaan dan terletak di Kampung Utan Ibus, Kayang dekat sini. Rumah ini dapat dilihat oleh pengguna Lebuhraya Kuala Perlis-Changlun yang mana lokasinya berada di tepi jalan iaitu di sebelah kiri jalan menghala ke Changlun. -HD
|
Khaled Nordin Perlu Letak Jawatan Jika PTPTN Sekat Pinjaman Kepada Pelajar Unisel Posted: 06 Jun 2012 05:34 AM PDT Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin harus meletak jawatan dengan segera andainya benar beliau mengarahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyekat pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel). Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata jika benar Khaled tidak terlibat maka beliau perlu campur tangan segera bagi mencari penyelesaian total kepada isu pinjaman PTPTN itu. "Gelagat beliau yang seolah-olah meraikan kepayahan ribuan pelajar dan mengamalkan politik dendam menimbulkan tanda tanya yang lebih besar. "Apakah beliau sendiri yang mengarahkan agar PTPTN menyekat pinjaman kepada pelajar Unisel sebagai sebahagian dari mainan politik dendam Umno-BN" tegas Rafizi dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini. Sebelum ini, portal Malaysiakini melaporkan di satu laman forum PTPTN bahawa pinjaman kepada pelajar baru Unisel "ditangguhkan buat sementara waktu." Ruangan forum berhubung syarat permohonan pinjaman kendalian Kementerian Pengajian Tinggi itu turut menyatakan bahawa PTPTN tidak lagi memberi pinjaman kepada pelajar Unisel. Perkara itu dinyatakan salah seorang moderator laman forum berkenaan yang menggunakan nama "ptptn1″ ketika menjawab satu soalan berhubung pinjaman PTPTN untuk pelajar Unisel pada 8 Mei lalu Tambah Rafizi masa hadapan pelajar Unisel tidak perlu dipolitikkan ekoran polemik berkenaan tawaran Pakatan Rakyat dalam memberikan pendidikan percuma baru-baru ini. "Sepatutnya Khaled Nordin menjadi pemuka yang intelek dalam mengemukakan model pengajian tinggi bukannya mengambil sikap kebudak-budakkan dalam hal ini," kata Rafizi. Jelas Rafizi,beliau yakin bahawa Malaysia mampu menawarkan pendidikan tinggi percuma kepada rakyatnya berdasarkan kira-kira yang telah dibentangkan kepada rakyat. "Oleh kerana pendidikan tinggi adalah bidang kuasa pusat dan mengikut Perlembagaan dibiayai oleh dana kewangan kerajaan pusat,maka sebarang perubahan model pendidikan tinggi negara hanya boleh dilaksanakan secara bersepadu oleh Kerajaan Pusat," kata Rafizi. -selangorku |
Kalau Ya Pun Nak Cari Sokongan, Tak Payahlah Sampai Guna Tarian Lucah Posted: 06 Jun 2012 04:41 AM PDT Petaling Jaya: Dalam keghairahan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) untuk menarik sokongan anak muda, penganjur Himpunan Jutaan Belia Negara di Putrajaya baru-baru ini sanggup mencampur aduk perhimpunan dengan program maksiat. Ramai golongan masyarakat yang mengkritik kerasionalan pihak penganjur menjemput kumpulan K-Pop dari Korea Selatan untuk membuat persembahan. Persembahan mereka jelas menyinggung sensitiviti budaya, adat resam serta agama yang dianuti oleh masyarakat di negara ini apabila artis-artis kumpulan itu mengenakan pakaian yang menjolok mata. Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor) memandang berat isu hiburan keterlaluan dan melalaikan ini yang menjadi hidangan minda kepada masyarakat Malaysia khasnya anak muda. "Kami tidak menolak aspek hiburan kerana ia merupakan keinginan anak muda namun ia harus difahami hiburan itu perlulah yang mendidik bukan lebih menggalakkan ke arah gejala sosial dan merosakkan minda anak muda sebagai pewaris masa depan negara. "Cukuplah dengan kebejatan sosial yang sedang dialami sekarang ini," kata penyelaras negeri SAMM Johor Ahmad Anwar Asyraf dalam satu kenyataan media hari ini. Menurut anaksungaiderhaka.blogspot, kerajaan membayar RM2.4 juta untuk menganjurkan persembahan artis dari Korea Selatan itu. Jumlah itu sebahagian dari bayaran tuntutan sebanyak RM15 juta yang dibuat di Stadium First Sdn Bhd, syarikat yang mengendalikan program itu manakala kos untuk memanggil artis tempatan pula melibatkan RM1.8 juta. Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed berkata, kos kumpulan itu oleh Stadium First berjumlah RM900,000 ditanggung oleh pihak penaja. Tetapi apa yang dikesalkan ialah persembahan tidak bermaruah oleh artis-artis dari Korea Selatan mendapat restu dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri. "Najib dengan penuh sukarela naik ke pentas bersama dengan penari berpakaian lucah dari negara itu. Ini menunjukkan persembahan itu mendapat restu dari PM sendiri. "Kalau hendak berpolitik sekali pun, janganlah sampai menggunakan majlis nyanyian dan tarian lucah serta maruah pun sanggup tergadai," kata seorang pemerhati. -FMT klik untuk baca |
TGNA: "UMNO Nak Melaga-lagakan Orang, Dah Tak Dak Point" Posted: 06 Jun 2012 12:10 AM PDT Muzakarah: Nik Aziz bertelagah rekaan Umno KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata laporan media arus perdana yang menyifatkan beliau bertelagah dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah cerita rekaan Umno menjelang Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU13). Gambar: Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengiringi Sultan Muhammad V melawat gerai ekspo pertanian. Perkembangan terbaru, media menggambarkan beliau berbalah dengan presiden parti mengenai isu 'Muzakarah PAS dengan Umno' menyebabkan sehingga kini muzakarah itu tertangguh. Namun beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan itu adalah 'cerita Umno'. "Cerita dia nak melaga-lagakan orang, dia sendiri tak dak hujah, tak dak point. Kerja dia melaga-lagakan orang (pimpinan PAS)," katanya sambil menambah perkara itu bukan menjadi 'isu' baginya. Mengulas muzakarah itu, beliau hanya menyokong cadangannya adalah atas cadangan Presiden PAS, namun apabila cadangan itu ditarik balik, beliau pun menarik balik. Tuan Guru Nik Aziz bercakap demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Ekspo Pertanian Negeri Kelantan 2012 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini semalam. Ekspo bertemakan 'Bertani Satu Ibadah, 'Kelantan Ke Arah Pertanian Organik' bermula semalam hingga 10 Jun itu disempurnakan perasmiannya oleh Sultan Muhammad V. -HD |
[BERGAMBAR] "Ku Lihat HIJAU" Lagi... ALLAHU AKBAR !!! -updated Posted: 05 Jun 2012 10:37 PM PDT Suntikan Semangat bagi Pejuang-Pejuang Tuntutan Royalty Minyak & Gas Kelantan & juga Pendaratan Hasil Minyak & Gas Perairan Negeri Kelantan ke Bachok, Kelantan... Tuanku Sultan Muhammad ke-V hari ini berkenan menurunkan tanda-tangan Baginda ke atas Plak yang tertulis Titah Baginda pada sessi Pembukaan Sidang DUN yang lepas iaitu: "Beta berharap GAS ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan ZON INDUSTRI PETROLEUM di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an lagi". Sejurus selepas Tuanku menurunkan tandatangan Baginda, Tuanku meminta Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya menurunkan juga tandatangan beliau diatas Plak yang sama sebagai sokongan rakyat Kelantan menuntut royalti minyak. Sumber:FB Sultan tandatangani plak tuntutan royalti tiada gambar yang lebih bermakna dan yang lebih indah dari yang ini |
Rais Yatim Naik Jobo Lagi! - Sakmongkol Posted: 05 Jun 2012 07:09 PM PDT Masyarakat Melayu harus bersatu demi kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang bagi memastikan hak mereka tidak diketepikan pembangkang, kata menteri Kabinet hari ini dan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim "tidak sayangkan Melayu, sistem beraja atau budaya Melayu." Dalam menarik undi masyarakat Melayu, Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim (gambar) turut menuduh negeri Pakatan Rakyat (PR) mengabaikan tanggungjawab terhadap masyarakat Melayu. Penyakit apa yang mengenai Rais Yatim ni? Apa hal mesti bersatu di belakang UMNO? Apa yang special dengan UMNO Mahathir ini? adakah ianya memberi kita kebebasan bertindak mengatasi undang2? Dalam UMNO kita kena bertindak tertakluk kepada undang2- di luar UMNO pun sama, kita semua mesti operate di bawah undang2. Jadi tidak ada special nya berada dalam UMNO. Perkara yang boleh di perjuangkan bersama UMNO, boleh juga di perjuangkan diatas wadah bukan UMNO. Berada dalam UMNO, adakah ianya memberi kita kekuatan luar biasa? Tidak ada. Jadi kenapa mesti kita bernaung di bawah UMNO yang telah membawa kerosakan kepada bangsa Malaysia? Semenjak 2008, UMNO telah kehilangan standing untuk bercakap bagi pihak bangsa Melayu. Lebih besar jumlah orang Melayu yang tidak menyokong UMNO. UMNO hanya dapat 2.381 juta undian. Jika kita andaikan 380 ribu pengundi ketika itu adalah bukan Melayu, maka calun2 UMNO hanya dapat 2 juta undi. Baca sekali lagi- 2 juta undi! Apa sudah jadi dengan dakwaan UMNO ada 3.2 juta ahli? Ini membuktikan bahawa 1.2 juta ahli UMNO sendiri telah menolak UMNO. Adakah 1.2 juta ini di rundung mala petaka kerana UMNO tidak menjaga mereka? PAS adalah parti orang Melayu yang lebih Melayu dari UMNO. Maka jika kita guna lojik ekau-den Rais ni, maka orang Melayu are better off menyokong PAS dari UMNO. Amacam? Mari kita pakat ramai2 sokong parti PAS. Adakah mereka jatuh sengsara kerana tidak menyokong UMNO? Melayu di Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah tidak pun musnah kerana tidak menyokong UMNO. Inilah yang terjadi apabila mulut lagi pantas dari otak dan inilah yang akan terjadi bila apa yang sepatutnya keluar dari lubang bawah, keluar dari lubang atas. Hanya Rais sahaja yang boleh lakukan perkara ini. Apa yang kita perolehi kalau berada dalam UMNO ialah rasa selamat kerana berada dalam kumpulan. Safety in numbers. Itu sahaja. Perasaan yang sama di perolehi kelau orang Melayu bersatu kerana meyetujui suatu matlamat. Melayu bersatu dibawah perasamaan matlamat. Orang Melayu bersatu sesama sendiri tidak sama dengan MESTI bersatu di bawah hegemony UMNO. Bersatu sesama sendiri tidak semestinya bersatu di bawah telunjuk UMNO. UMNO tidak memberi orang Melayu matlamat. UMNO hanya memberi alasan untuk segelintir Melayu mengambil kesempatan. Bagaimana orang Melayu memperjuangkan hak mereka? Tentu sekali bukan dengan bergantung kepada UMNO. Orang Melayu mencapai hak mereka dengan bersandar pada undang undang. Orang Melayu mencapai hak mereka dengan melayakkan diri mereka dengan berkerja kuat, dengan menyokong pendaulatan undang undang dan dengan memutuskan tali pergantungan kepada UMNO. UMNO hanya mengeksploitasi dan mengambil kesempatan keatas amanah yang di berikan orang Melayu. UMNO telah memudaratkan orang Melayu dengan dasar dasar yang meruntuhkan orang Melayu. Kita ambil contoh layanan UMNO keatas warga Felda. Orang Melayu FELDA suatu hari nanti akan jadi buruh estet yang menjual hasil mereka kepada syarikat FGV yang di miliki dan di kuasai oleh pihak ke3. Dari memiliki harta dan asset yang boleh di kuasai secara lansung, orang Melayu menggadai masa depan anak dan cucu mereka. Orang Felda yang menyokong penyeneraian FGV adalah pengkhianat kepada bangsa Melayu. Bagaimana peneroka hari ini mahu mempertahan diri mereka dari di tuduh membeloti kepentingan masyarakat Felda? Tidak kah kita malu terlompat dan terkinja kinja menerima wang RM 15 ribu untuk sogokan menyerahkan jiwa dan raga Felda kepada bank2 dan perunding? Dan setiap keluarga hanya dapat RM 800 sahaja manakala pihak lain , yang sebermulanya tidak ada kena mengena dengan Felda, dapat lebih besar dari itu? kamu telah menggadai masa depan semua warga Felda apabila bersetuju menyerahkan segala asset dalam Felda Holdings kepada pihak putar alam. Jadi siapa yang mengkhianati bangsa Melayu dan siapa yang tidak sayangkan bangsa Melayu? Bangang punya montori. -sakmongkol |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment