Kelab Greenboc |
- [VIDEO] WWW1: Pemuda PAS Perak Kesal Polis Berat Sebelah
- [BONGKAR] Helah SPR Untuk Tambahkan Lagi Pengundi Untuk BN Rampas Selangor
- [DEDAH] Rakyat Ditipu Dengan Subsidi Petrol
- Negeri Pakatan Rakyat, Kedah: Pencapaian Cemerlang Dalam 3 Tahun
- [Flashback Video] Azman Dan Suwandi Tidak Bersalah - Hakim
- UMNO BN Lemas & Cemas, Penganalisis Ramal BN Kalah Dalam PRU13
- Pasca Himpunan Hijau Ke Putrajaya: Masyarakat Bukan-Melayu Turut Sokong PAS
- Video Ucapan Dr. Nik Zain Sejurus Menyertai PAS Di Himpunan Hijau Alor Setar
[VIDEO] WWW1: Pemuda PAS Perak Kesal Polis Berat Sebelah Posted: 04 Jun 2012 05:31 PM PDT ![]() Dalam sidang akhbar selepas membuat laporan polis tersebut di Ibu Pejabat Polis, Ipoh, Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak berkata, beliau hairan mengapa polis hanya mengambil tindakan terhadap mesej Twitter yang bersifat umum yang dikeluarkan oleh Dato Seri Nizar, sebaliknya tidak berbuat apa terhadap laporan Kosmo "Mungkin tdak ada siapa-siapa dari PDRM yang membaca Kosmo!" tambah beliau. ![]() Pemuda PAS Perak berharap agar pihak polis lebih professional dalam tindakan mereka dan tidak melakukan tindakan terpilih dalam menangani isu ini. Ketika ditanya tentang pendirian Pemuda PAS Perak tentang isu ini, Dr. Raja Ahmad memberitahu, Pemuda Pas Perak sentiasa berpihak kepada rakyat Johor terutamanya yang membabitkan kepentingan rakyat Johor. "Teguran Dato Seri Nizar adalah bersifat umum kalau dibandingkan dengan tindakan Umno yang memperlekehkan institusi Raja pada tahun 80an dulu. Mengapa tindakan tidak diambil terhadap pemimpin Umno yang jelas menjatuhkan martabat Raja, tidak ada tindakan terhadap akhbar Kosmo yang mengulas dengan panjang lebar, tetapi tindakan diambil terhadap Dato Seri Nizar? " jelas beliau. -media perak Ulasan GB GB pernah mendedahkannya sebelum ini di SINI. Petikan: Begitu tangkas polis menyiasat apa-apa hal yang ada kaitan dengan pemimpin PR, tetapi lemah gemalai malah dalam banyak ketika membisu terus jika ia melinatkan UMNO BN. |
[BONGKAR] Helah SPR Untuk Tambahkan Lagi Pengundi Untuk BN Rampas Selangor Posted: 04 Jun 2012 05:03 PM PDT ![]() KUALA TERENGGANU, 4 Jun — Selangor mencatat jumlah layak mengundi belum mendaftar tertinggi dengan angkanya mencecah 600,000 orang daripada dua juta yang layak di negeri itu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata hari ini. Secara keseluruhan, masih terdapat 3.65 juta rakyat Malaysia yang belum mendaftar sebagai pemilih daripada 16.5 juta yang layak di seluruh Negara, katanya. "Kita dapati negeri lain seperti Johor, Kuala Lumpur, Perak dan Kelantan turut tidak terkecuali, masih ramai yang layak belum mendaftar. "Bagaimanapun saya kagum dengan Terengganu, iaitu antara negeri yang berjaya mencatat jumlah pengundi belum daftar yang kecil dengan hanya sekitar 46,000 orang sahaja," katanya. Wan Ahmad berkata di Johor terdapat hampir 500,000 belum mendaftar sebagai pemilih, manakala di Kuala Lumpur 350,000 dan Kelantan 200,000 orang. "Kita harap mereka mendaftar segera bagi membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab untuk negara," katanya. Mengulas lanjut, beliau berkata daripada hampir 13 juta pemilih berdaftar, dua juta adalah pengundi baharu yang akan mengundi buat pertama kali pada pilihan raya umum akan datang, yang mana 35 peratus adalah belia di bawah usia 35 tahun. Mengenai pemilih di Terengganu, Wan Ahmad berkata kira-kira 100,000 daripada 611,583 pengundi adalah mereka yang baharu mendaftar. Wan Ahmad turut mengingatkan pemilih agar menyemak kembali maklumat pada daftar pemilih yang telah dibuka sejak 1 Jun lepas, bagi membolehkan sebarang pindaan dilakukan segera jika ada ada kesilapan. Beliau yang sebelum itu menghadiri taklimat pilihan raya umum ke-13 kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus negeri Terengganu, berkata taklimat kali kedua tersebut sebagai peringatan kepada petugas pilihan raya terutama bersabit peraturan baharu. — Bernama Khalid : Buat RCI Tentang Pengundi di Selangor Juga Ulasan GB Kerajaan bukan sahaja tidak mengindahkan 8 tuntutan BERSIH 3.0 dan desakan supaya ditubuhkan RCI, tetapi masih terus dengan konspirasi untuk "mengotorkan" lagi daftar pemilih dengan pengundi-pengundi yang tidak dikenalpasti identitinya. Kenyataan Timbalan Pengerusi SPR tersebut ternyata satu helah untuk menambahkan lagi bilangan pengundi di negeri Selangor apabila kajian mendapati UMNO BN belum mampu merampas Selangor dari Pakatan Rakyat. Setiap kali kenyataan sedemikian dikeluarkan, maka kita akan dapati beberapa hari selepasnya, bilangan pengundi tiba-tiba meningkat secara mendadak. Kini tumpuan diberikan kepada Selangor dan Johor. Selangor kerana mereka sememangnya meletakkan sasaran to capture Selangor by hook or by crook sementara di Johor pula apabila didapati angin perubahan rakyat Johor sekarang kini sudah mula berpihak kepada Pakatan Rakyat. Semuga Allah menolong kita dan menggagalkan semua perancangan jahat UMNO BN melalui SPR di dalam pilihanraya akan datang ini. |
[DEDAH] Rakyat Ditipu Dengan Subsidi Petrol Posted: 04 Jun 2012 07:30 AM PDT ![]() Kerajaan mendakwa kualiti RON97 lebih baik berbanding RON95. Disebabkan kualiti yang lebih baik, kerajaan menetapkan harga runcit RON97 sebanyak RM2.90 seliter manakala RON95 yang kurang berkualiti pada harga RM1.90 seliter. Jika dilihat, memang jelas RON97 (RM2.90) berharga lebih RM1 daripada RON95 (RM1.90). Tetapi, kerajaan juga begitu bangga menyatakan bahawa petrol RON95 telah diberi subsidi kerana rakyat diutamakan. Bukan sedikit tetapi subsidi dan cukai berjumlah RM1.45 terpaksa ditanggung oleh kerajaan bagi menetapkan harga runcit RON95 pada paras RM1.90 seliter. Dengan harga RM1.90 seliter dan ditambah nilai subsidi RM1.45 seliter yang ditanggung oleh kerajaan, maka harga RON95 TANPA SUBSIDI ialah RM3.35 manakala RON97 yang lebih berkualiti tetapi TANPA sebarang subsidi hanya berharga RM2.90! ![]() Sekiranya kedua-dua gred petrol dijual TANPA sebarang subsidi, maka harga RON95 (RM3.35) lebih tinggi daripada RON97 (RM2.90). Petrol yang lebih berkualiti lebih murah daripada petrol yang kurang berkualiti! Jika begitulah halnya, adalah lebih baik kerajaan menukarkan subsidi RM1.45 seliter yang diberikan kepada petrol gred RON95 (yang kurang berkualiti) dan memindahkan subsidi berkenaan kepada petrol RON97. Rakyat akan menikmati petrol yang berkualiti lebih baik dengan harga yang jauh lebih murah. Dengan kadar subsidi RM1.45, harga petrol gred RON97 dapat dinikmati oleh rakyat dengan harga RM1.45 seliter! (RM2.90 - RM1.45). Dengan harga yang lebih murah dan Rakyat dapat menggunakan petrol daripada gred RON97 yang lebih berkualiti.... RON97 berharga RM1.45 seliter! Macam mimpi! Tapi kerajaan Barisan Nasional seronok menipu orang-orang tua di kampung dan peneroka Felda dengan perkataan subsidi. Tak mengapa. Teruskan menipu menggunakan perkataan keramat 'subsidi' tetapi pindahkan subsidi berkenaan kepada petrol RON97. Ada berani? Kalau tak berani, jangan ganggu Rakyat untuk menukar kerajaan yang dapat memberikan harga petrol yang lebih murah. Bukan susah pun kerajaan Pakatan nak lakukan... Pindahkan sahaja subsidi daripada RON95 kepada RON97. Tak perlu pakar kewangan untuk melakukannya.. Analoginya samalah dengan menjual kereta Proton yang berkualiti dengan harga yang lebih murah di luar negara manakala Proton yang kurang berkualiti dijual kepada rakyat di dalam negara dengan harga yang jauh lebih mahal. Haram jadah!!! (pinjam kata-kata Najib) Siapa yang mahukan harga petrol RON97 berkualiti dengan harga yang lebih murah daripada harga RON95, JOM tukar kerajaan BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat! Patutlah DS Anwar berani dan konfiden memberi jaminan, "malam ini kita berkuasa di Putrajaya, esok kita turunkan harga petrol!" Kepada pemuda-pemudi, abang, adik, kakak, cuba eksplen penipuan subsidi petrol kerajaan Najib ini kepada orang-orang tua di kampung-kampung, di pedalaman, Makcik Kiah, Makcik Jemah, Pak Seman, Pak Sudin di Felda-Felda. Mereka semua ada kereta dan motor yang menggunakan petrol. -blog.marhaen.info |
Negeri Pakatan Rakyat, Kedah: Pencapaian Cemerlang Dalam 3 Tahun Posted: 04 Jun 2012 05:27 AM PDT ![]() Buktinya, lahirlah buku risalah Manifesto yang menyenaraikan 15 perkara utama yang telah dijanjikan oleh PAS semasa Pilihan Raya Umum ke -12 yang lalu. Lebih telus lagi, risalah itu juga menyenaraikan 7 perkara yang belum dilaksanakan. Ini termasuklah 3 bahagian yang membicarakan 46 perkara yang telah dilaksanakan dan 3 perkara dalam proses. 5 Pencapaian Cemeralang yang tidak tertulis atau berdasarkan Manifesto, juga tercapai matlamatnya. Antaranya Skim Kafalah untuk membantu golongan miskin apabila berlaku kematian tanpa mengira fahaman agama, bangsa dan politik. Ini termasuklah kejayaan untuk membina Kampus Induk Kolej Insaniah di Kuala Ketil dengan nila RM330 juta yang dijangka siap dua tahun lagi manakala berjaya mewujudkan 42 subjek pengajian berbanding hanya tujuh ketika diperintah kerajaan terdahulu. Ustaz Azizan dan Pakatan Rakyat tidak langsung meninggalkan kudis kepada rakyat yang semakin cerdik menilai. Tidak perlu retorik kosong atau berapi ucapan, memadai fakta dan statistik yang tidak boleh disembunyikan. Bayangkan kerajaan negeri berjaya meningkatkan hasil kutipan premium balak sebanyak RM53 juta pada tahun 2010 bahkan mendapat pujian dalam Laporan Ketua Audit Negara (2009) dan buat pertama kali dalam sejarah negeri Kedah, ekoran perancangan startegik yang dilaksanakan, Defisit Belanjawan 2010 sebanyak RM16 juta telah berjaya diatasi. Laporan Ketua Audit Negara turut menyatakan Kedah telah berjaya meningkatkan hasil sebanayk 205 peratus hasil balak berbanding 2007, hasil pemberian konsesi secara tender terbuka. Dalam pentadbiran tiada 'hidden cost' ataupun 'under table'. Semua orang kenal dengan ketegasan Ustaz Azizan berhubung rasuah malah motto pentadbirannya adalah 'Sifar Rasuah' membuktikan apa yang dicakap, dilaksanakan sebaiknya. Bukti, tiada kes rasuah yang disabitkan kepada pemimpin kerajaan mahupun pegawai sehingga kini. Jika ada kelak, hukuman berat menanti mereka dan pasti meraka tidak akan dilindungi, kata Ustaz Azizan. Bagi yang belum mengetahui, Menteri Besar (MB) dan Exco telah membuat pemotongan gaji dan elaun secara bulanan ke Tabung Tunku Mahmud. Pengurangan elaun mesyuarat juga dilakukan bagi MB dan Exco yang menjadi anggota Lembaga Pengarah anak-anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC). GLC pula buat pertama kali dalam sejarah telah berjaya menyumbangkan sejumlah RM30 juta kepada kerajaan negeri. Selain itu kerajaan negeri 'rela' rugi kira-kira RM50 juta setahun semata-mata tidak mahu mebebankan rakyat apabila mengurangkan kadar cukai tanah 25 sehingga 75 peratus sebaik megambil-alih pemerintahan. Untuk rekod, elaun sebelum ini (sebelum Pakatan Rakyat memerintah) mencecah sehingga RM 7 juta setahun berbanding kini tidak sampai RM 2 juta setahun. Bagi mengurangkan kos perbelanjaan MB meminumkan perjalanan ke luar negara dan hanya 3 kali sahaja sepanjang tiga tahun mentadbir. MB tidak mempunyai jet khas dan tidak tinggal di hotel mewah ketika ada urusan kerja di Kuala Lumpur, sebaliknya hanya tinggal di apartment biasa yang disewa kerajaan negeri. Hanya berdasarkan fakta ini sahaja, sudah cukup membuktikan ketelusan dan keadilan yang dibawa oleh kerajaan negeri kedah sekarang. Apatah lagi jika disenaraikan kesemua perkara dalam Manifesto. Tidak cukup dengan itu, Manifesto juga turut menjamin peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai hak dan kebebasan beragama dihormati mengikut kepercayaan masing-masing. Kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan kepentingan kaum lain khususnya melibatkan perayaan agama dan aktiviti budaya masyarakat berbilang kaum. Untuk itu, kerajaan negeri telah memperuntukan RM1.5 juta kepada masyarakat Cina, India dan Siam bagi aktiviti yang berkaitan. Selain itu, sejumlah RM180,000 telah diberikan kepada 3 buah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (C) Persendirian manakala RM200,000 untuk lebih 20 sekolah cina yang mengahdapi masalah bil tertunggak kerana tidak dibantu Kementerian Pelajaran. Tiga fakta ini, telah memperlihatkan sikap Kerajaan Pakatan Rakyat yang tidak pernah mendiskriminasikan kaum di negeri ini. Begitu juga melibatkan sekolah agama rakyat yang tidak dibantu kerajaan, kerajaan negeri sering menyumbang dana sejak 2008 kepada sekolah terbabit secara tahunan malah melalui Tabung Tunku Mahmud, hasrat membantu pendidikan agama dan kemiskinan di Kedah dapat direalisasikan. Kelas-kelas pengajian agama juga telah dilaksanakan di kebanyakan tempat termasuklah di kediaman Rasmi MB di Seri Mentaloon pada setiap Sabtu, Bangunan Menara Zakat dan pusat-pusat pengajian tradisional (pondok) yang mendapat sambutan ribuan peserta. Produk terbaru ialah mewujudkan sebuah Mahad Tahfiz Sains di Pualu Tuba di Langkawi yang akan memulakan sesi pengajian pada 2012 di Kulim buat sementara projek disiapkan. Bagi melahirkan pembangunan Insan, Manifesto juga turut menyenaraikn penubuhan agensi Pembangunan Keluarga Bahagia bagi menangani persoalan dan masalah berkaitan keluarga. Ini termasuklah Program Bina Sahsiah yang telah menganjurkan Kem Bina Insan, Kem Anak Soleh dan Kem Bina Sahsiah untuk anak remaja sebagai generasi pemimpin pelapis masa depan. Untuk mengukuhkan lagi jati diri anak-anak muda pelbagai kaum sebuah, Pusat Latihan Belia (Multi Etnik) telah diluluskan penubuhannya di Sungai Petani melibatkan kos RM3.5 juta. Tidak lengkap, sekiranya tidak mebicarakan tentang projek pertanian dengan konsep ingin menjadikan Kedah sebagai 'Belanda Timur'. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM13 juta kepada Jabatan Pertanian Negeri Kedah bagi menggandakan usaha memajukan sektor ini. Kedah telah muncul sebagai negeri kedua pengeluar nanas terbesar di negara ini malah akan memiliki 10,000 ekar ladang itu menjelang 2015. Manakala pusat pengumupulan, kilang memproses dan mengetin buah-buahan yang dibina di Sungai Petani sudah memulakan operasi pada bulan ini. Hasil daripada daya uasaha kerajaan negeri yang tidak putus-putus, sudah pasti membantu banyak petani, peladang, penternak dan industri kecil dalam menambah pendapatan kehipan masing-masing. Apalagi yang ingin dipertikaikan, tatkala fakta 'sudah terang lagi bersuluh' ditampilkan. Sepanjang Barisan Nasional diberi peluang memerintah di negeri ini, pencapaian dan siri-siri kejayaan Pakatan Rakyat, tidak pernah muncul dan dilaksana oleh mereka sebelum ini. Tidak cukup dengan itu, mereka meninggalkan kerajaan negeri dengan beban hutang yang banyak seperti penswastaan air di Langkawi sehinga tidak mendatangkan sebarang keuntungan. Setelah meninggalkan sisa, mereka juga menambah tuduhan dengan 'meracun' fikiran rakyat dengan siri-siri 'gangguan' dan demonstrasi berkaitan kadar air naik, perumahan rakyat yang tertunggak bayaran sewa, menyeru imam-imam supaya tidak mematuhi arahan Majlis Agama Islam di bawah perkenan Sultan Kedah dan menuduh kerajaan negeri 'lepas tangan' ketika banjir besar yang melanda Kedah. Semua episod-episod 'mengacau' yang disifatkan 'Gila talak' ini, mati ditelan masa begitu sahaja kerana apa yang dilaungkan tidak sama seperti yang berlaku di depan mata rakyat. Semua jelas dan terzahir. Rakyat mengenali siapa Ustaz Azizan, kepimpinan Pakatan Rakyat dan parti komponen yang ada, yang terbukti berkhidmat untuk rakyat dan negeri yang tercinta. Maka Manifesto ini, sebagai menguatkan lagi tindakan serta usaha kerajaan Pakatan Rakyat selama ini sekaligus menenggelamkan khayalan dan mimpi Barisan Nasional untuk berbulan madu ditampuk pemerintahan lama, yang semakin jauh di mata, jauh lagi di hati rakyat. |
[Flashback Video] Azman Dan Suwandi Tidak Bersalah - Hakim Posted: 04 Jun 2012 04:05 AM PDT ![]() Gambar: Sujud syukur di lobi mahkamah sesyen Kuala Terengganu atas kemenangan kes Suwandi dan Azman yg dituduh menyerang polis, menghalang polis menjalankan tugas. Gambar oleh Ustaz Faizul Abas Kedua-dua tertuduh, Muhammad Azman Aziz, 26, dan Suwandi Ab. Ghani, 43, dibebas dan dilepaskan oleh mahkamah setelah pihak peguam belanya berjaya mewujudkan keraguan dalam perbicaraan tersebut. Selain Azman dan Suwandi, dua lagi tertuduh di bawah Sesyen 27(5)(a) Akta Polis iaitu Hisham Aziz@Abdul, 43, dan A.Rahman Abdullah, 67, turut dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. Mereka diwakili Tetuan Aziz & Co. Hakim Mahkamah Sesyen, Tuan Mohammad Khalid Haji Ab. Karim membaca keputusan perbicaraan tersebut pada jam 10.15 pagi serta disambut dengan laungan takbir para hadirin. "Hari ini mahkamah memutuskan kamu, Muhammad Azman Aziz dan Suwandi Ab.Ghani yang didakwa di bawah Seksyen 149 Kanun Keseksaan dibebas dan dilepaskan setelah pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan. "Mahkamah juga membebaskan Hisham Aziz@Abdul dan A.Rahman Abdullah yang dituduh di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis," ujarnya ketika mengumumkan keputusan tersebut. Sebelum ini, Suwandi dan Azman dituduh bersama 18 orang yang lain pada 8 September 2007, jam 11.40 malam di tempat letak kereta Hotel Permai Inn, Jalan Sultan Mahmud kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang. Polis yang bertugas ketika menyurai perhimpunan tersebut iaitu Wan Aziz Wan Omar (RF143706) telah melepaskan tembakan peluru hidup hingga hampir meragut nyawa Suwandi dan Azman. Mereka berdua dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan pembedahan bagi mengeluarkan peluru hidup dilakukan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu. Harakahdaily difahamkan, seramai 350 anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan bagi mengawal keadaan dengan melepaskan gas pemedih mata serta tembakan meriam air terhadap orang awam. Ketua Polis Terengganu ketika itu, Datuk Ayub Yaakob telah menahan reman seramai 23 orang yang terlibat dengan insiden berkenaan. Hadir sama memberi sokongan moral, Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali, Ketua Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ketua Pemuda PAS Marang, Mohammad Khalil Abdul Hadi bersama lebih 50 orang ahli keluarga dan orang ramai. -HD ![]() Kronologi peristiwa Polis Tembak orang awan dengan peluru hidup di Terengganu Ulasan GB Syukur alhamdulillah. Akhirnya hukum kebenaran dan keadilan menyerlahkan Suwandi dan Azman tidak bersalah. Dulu GB pernah mengulas. Petikan: .....kes Suwandi dan Azman di Terengganu jelas menunjukkan polis telah bertindak secara wewenangan dengan menggunakan senjata api dan rakyat telah melahirkan rasa marah serta tidak puashati terhadap apa yang disifatkan penyalahgunaan kuasa oleh anggota polis terutama kepada orang awam. |
UMNO BN Lemas & Cemas, Penganalisis Ramal BN Kalah Dalam PRU13 Posted: 04 Jun 2012 12:40 AM PDT ![]() Analisis - Dua bulan lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak minta maaf atas kesilapan-kesilapan lalu Barisan Nasional (BN). Langkah itu tidak pernah diambil oleh mana-mana ketua BN, yang lazimnya bertindak sebagai perdana menteri. Semalam, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) sebagai penentu hidup atau mati BN. Mesej Muhyiddin itu ditafsir dari perspektif dan sudut masing-masing. Ada yang mengatakan BN bimbang, panik dan risau akan masa depannya. Paling jelas, kenyataan terbuka orang nombor satu dan dua semasa BN itu membawa mesej yang jelas - BN perlu kekal berkuasa dan mahukan mandat untuk terus mentadbir negara ini. Mengulas kenyataan terbaru semalam, penganalisis melahirkan pandangan yang berbelah bahagi mengenai peluang dan masa depan BN pada PRU13. Ada yang mengatakan bahawa BN semakin bimbang dengan saingan sengit daripada Pakatan Rakyat (PR) menjelang PRU13. Ketika PR melaungkan mahu Melangkah Ke Putrajaya, BN memberi kenyataan-kenyataan sebaliknya. Mesej itu dilihat dari sudut psikologi. Menurut penganalisis politik Universiti Utara Malaysia, Mohd Azizuddin Mohd Sani, kedudukan BN semakin tergugat dengan saingan yang diberikan oleh komponen PR dan ada kemungkinan akan berhadapan dengan kekalahan. Beliau juga berkata, kenyataan Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, memberi tanggapan PRU13 akan menentukan nasib antara BN dan PR dalam mengemudi kerajaan pada masa akan datang. "Saya melihat BN akan hilang kuasa jika parti komponen tidak bersatu untuk memenangi pilihan raya umum akan datang. "PR memberi saingan yang sangat sengit untuk merampas kerusi di Wilayah Persekutuan dengan mengenal pasti calon terbaik untuk diletakkan di bahagian itu," kata beliau ketika dihubungi lewat semalam. Azizuddin turut menekankan bahawa BN memerlukan kerjasama antara satu sama lain termasuklah MIC, MCA dan Gerakan, dan bukan hanya Umno yang bekerja keras untuk memenangi PRU13. "Sekarang saya melihat hanya Umno bertungkus-lumus menjalankan kempen dan giat turun padang untuk meraih sokongan dan undi tapi parti komponen lain seperti lepas tangan serta sangat lemah dan hampir tidak kelihatan mengadakan kempen menghadapi PRU kali ini. "Selain itu, sabotaj antara ahli perikatan BN-Umno sendiri sedang berlaku dan mereka seharusnya bersatu padu untuk memenangi PRU kali ini," katanya. Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan agar BN turut memberi perhatian ke atas Sabah dan Sarawak. Kedua-dua negeri itu menawarkan 56 kerusi Parlimen. Ini kerana katanya, jika dua negeri itu dimenangi PR bermakna kuasa pusat akan berada dalam tangan perikatan tidak formal itu - yang dianggotai Pas, DAP dan PKR. Dalam temu bual dengan Sinar Harian Online minggu lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata pihaknya kini lebih yakin dan optimis menghadapi PRU13 bersama PR yang tersusun. "BN tidak boleh lepas pandang Sabah dan Sarawak yang turut menjadi negeri jaminan kemenangan bagi mereka, PR juga tidak perlu menang semua kerusi di sana untuk rampas Putrajaya. "PR semakin giat untuk mengaut kerusi di dua negeri tersebut untuk menang dan jika BN tidak mengambil langkah sewajarnya, tidak mustahil BN akan kalah pada PRU kali ini," kata Azizuddin lagi. Mengupas isu yang sama, Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berpandangan bahawa mesej Muhyiddin menunjukkan bahawa BN sedang bekerja keras untuk memenangi PRU13. "BN semakin bekerja kuat untuk hadapi pilihan raya ini kerana PRU kali ini tidak semudah dulu. "Jika BN kalah pada PRU ini, sistem kerajaan juga akan turut berubah di bawah pemerintah baru nanti," kata beliau. Bagi penganalisis dari Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, PRU13 memberi ukuran kepada kemampuan BN untuk terus kekal berkuasa ataupun sebaliknya. Bagaimanapun katanya, mesej Muhyiddin itu bukan menunjukkan kebimbangan BN sama sekali. Sebaliknya kata beliau, "memberi keazaman kepada parti kompenan BN untuk terus mempertahankan kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen." "BN juga perlu membuat persiapan yang rapi untuk pilihan raya musim ini untuk mendapat kedudukan yang lebih baik," katanya lagi. Sebelum ini, Muhyiddin juga pernah menarik perhatian dengan mengatakan bahawa PRU13 merupakan ibu kepada segala pilihan raya yang diadakan di negara ini. Ketika ada yang mengatakan BN semakin panik, peluang untuk perikatan yang memerintah negara ini sejak merdeka masih belum berakhir. Kerisauan dan kebimbangan ada pada semua parti yang bertanding - BN dan juga PR di mana satu perikatan mahu kekalkan kuasa manakala yang satu lagi mahu menggantikannya. Itu matlamat mereka. Jika tidak apa gunanya bertanding dana arena politik bernama PRU. -SH |
Pasca Himpunan Hijau Ke Putrajaya: Masyarakat Bukan-Melayu Turut Sokong PAS Posted: 03 Jun 2012 10:18 PM PDT ![]() Mereka kini sudah tidak percaya kepada BN, bahkan kepada bekas parti mereka sendiri (MCA), malah mereka mengharapkan 'sentuhan' PAS untuk menggerakkan jentera Pakatan Rakyat menuju Putrajaya. Berikut ialah cekupan dari FB ABU yang jelas memaparkan kaum bukan-Melayu secara berterus-terang tidak akan mengundi MCA, tetapi sebaliknya akan memilih PAS. Hal inilah yang menggerunkan Najib dan UMNO, dan sehingga mereka sanggup perhabiskan jutaan ringgit membawa k-pop dan j-pop sebelum ini - untuk menarik sokongan kaum bukan Melayu kepada BN - itu pun gagal apabila tindakan KBS dihentam hebat oleh segenap lapisan masyarakat kerana menggalakkan program yang mencemarkan budaya dan agama rakyat Malaysia. Keadaan sedemikian menyebabkan Timbalan Presiden UMNO kelmarin persis meminta nyawa ... kerana melihat UMNO BN akan ditimpa malapetaka di dalam PRU13 nanti... ![]() klik imej untuk paparan lebih jelas klik untuk baca ![]() |
Video Ucapan Dr. Nik Zain Sejurus Menyertai PAS Di Himpunan Hijau Alor Setar Posted: 03 Jun 2012 09:02 PM PDT ![]() Penyertaan beliau menyertai PAS menambahkan lagi bilangan tokoh-tokoh pentadbir dan teknokrat yang menyertai parti Islam itu menjelang pilihan raya umum ke 13. Nik Zain adalah KSU sejak 1998 hingga 2002 di KTDPK. Beliau menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di depan lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS di Stadium Darul Aman. Sebelum ini, Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS. Kedua-dua mereka berjanji akan menghabiskan sisa umur mereka untuk perjuangan Islam. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment