Kelab Greenboc |
- Kisah Di Larut: Ahli UMNO Yang Sertai UMNO, Bukan PAS
- [MESTI BACA] TERAS: Jalan Ke Putrajaya Tidak Mustahil, Sekaligus Jawab Tuduhan Muhyiddin
- Kerana Terlalu Banyak Memfitnah, Akhirnya Utusan Malukan Khalil Yaakob
- Seorang MB Yang Bermentaliti Lembu!
- ‘Bangunlah Nak, Jangan Tinggalkan Ayah’
- [VIDEO] Perhimpunan PAS Aman Jika Tiada Provokasi Pihak Tertentu -updated
- Berita Ini Lebih Menggerunkan Najib Selepas Himpunan Hijau Ke Putrajaya
Kisah Di Larut: Ahli UMNO Yang Sertai UMNO, Bukan PAS Posted: 03 Jun 2012 05:31 PM PDT Larut: PAS Kawasan Larut menafikan laporan yang disiarkan dalam Akhbar Sinar Harian dan Mingguan Malaysia bertarikh 3 Jun 2012(hari ini) yang melaporkan 688 ahli PAS di kawasan tersebut mengisyhtiharkan diri keluar parti dan menyertai Umno. Ketua Penerangannya, Mohd Akmal Kamaruddin berkata laporan tersebut adalah pembohongan terancang dan pengulangan skrip lama yang dilakukan Umno bertujuan meraih sokongan masyarakat di sini terhadap parti itu. Jelasnya"Ini adalah kali ketiga mereka membuat pembohongan serupa,mungkin disebabkan mereka berasa cemas dan tergugat setelah melihat momentum sokongan masyarakat di sini terhadap PAS dan Pakatan Rakyat yang semakin meningkat" Menurut Akmal lagi,pihaknya telah membuat semakan di setiap cawangan dan mendapati tidak wujud sejumlah yang dinyatakan bertindak keluar parti. Beliau turut membuat cabaran kepada Umno bahagian Larut agar mengemukakan bukti kukuh seperti sijil atau nombor keahlian kesemua 688 ahli PAS seperti yang dinyatakan bagi membuktikan kesahihan dakwaan tersebut. Ia bagi memudahkan kerja kita untuk megeluarkan nama-nama mereka daripada senarai ahli berdaftar sekiranya mereka adalah ahli PAS, katanya lagi Sebelum ini cabaran yang sama pernah dibuat beliau kepada Umno bahagian Larut apabila laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 18 April 2012 melaporkan 360 ahli PAS di kawasan ini bertindak keluar parti, namun sehingga ke hari ini cabaran tersebut tidak diendahkan mereka. "Yang sebetulnya bukan ahli PAS menyertai Umno, tetapi ahli Umno yang menyertai Umno. Semuanya hanyalah lakonan semata-mata," ujar Akmal lagi. Laporan akhbar Sinar Harian dan Mingguan Malaysia hari ini melaporkan beberapa orang ahli PAS telah membuat penyerahan borang menyertai Umno mewakili 688 ahli PAS kawasan ini kepada Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin. Majlis penyerahan borang berlangsung di kediaman salah seorang bekas ahli PAS,Abdul Wahab Mahmud yang telahpun meisyhtiharkan diri keluar parti dan menyertai Umno beberapa minggu yang lalu.Abdul Wahab sebelum ini adalah ahli PAS cawangan Titi Kasai, Batu Kurau. Bagi merungkaikan segala pembohongan ini, Akmal berkata, pihaknya telahpun menziarahi seorang warga emas yang turut serta dalam majlis penyerahan borang tersebut bagi mendapatkan gambaran cerita sebenar. Beliau adalah Mohd Sulaiman Abd Wahab atau dikenali sebagai "Pak Su Mat" oleh masyarakat setempat. Apa yang menarik perhatian kami, beliau sendiri mengakui telah "dipergunakan" bagi tujuan menjayakan skrip yang dirancang Umno. "Saya hanya dipergunakan untuk kepentingan nafsu serakah Umno," katanya sewaktu menerima kunjungan PAS Kawasan Larut. Ujarnya lagi, memang wujud ahli PAS di sini menyertai Umno, tetapi hanya 2 orang, bukannya 688 seperti yang dilaporkan. Pak Su Mat turut mempelawa PAS kawasan Larut agar menganjurkan satu program ceramah bagi menafikan dakwaan tersebut di kediamannya yang hanya bersebelahan dengan kediaman Abdul Wahab Mahmud, tempat berlangsungnya majlis penyerahan borang 688 ahli PAS yang kononnya menyertai Umno. -paspb |
[MESTI BACA] TERAS: Jalan Ke Putrajaya Tidak Mustahil, Sekaligus Jawab Tuduhan Muhyiddin Posted: 03 Jun 2012 05:07 PM PDT TERAS merumuskan jalan untuk membawa perubahan di Putrajaya berliku tetapi tidak mustahil asalkan semua pencinta keadilan dan kebenaran bergabung tanpa sebarang niat lain melainkan untuk membangun masyarakat dan negara yang berasaskan keredhaan ALLAH. Menjadi suatu keanehan jika seorang Muslim tidak beriman kepada ketetapan ALLAH bahawa ALLAH memberi kuasa kepada siapa yang Ia kehendakki dan merampas kuasa dari siapa yang Ia kehendaki. Namun semua ketetapan juga akan menuntut kepada syarat hatta untuk memenangkan Agama ALLAH sekalipun. Benar peringatan oleh Presiden Datuk Seri Hadi Awang dalam amanatnya di Perhimpunan Hijau ke Putrajaya semalam. Prasyarat utama adalah mengukuhkan hubungan dengan ALLAH. Dengan penuh kesedaran bahawa segalanya akan ditentukan oleh ALLAH S.W.T. Bagi setiap pejuang AgamaNya yang mengguna medan politik berdasarkan sokongan rakyat, syarat hati yang ikhlas kepada ALLAH akan mampu memenangi hati rakyat yang mahukan kemenangan Islam. Adapun persoalan strategi dan tektik, Teras berpandangan sememangnya pertolongan ALLAH memerlukan persiapan dan kesungguhan dalam perjuangan. Inilah intisari dari tuntutan ALLAH agar kaum Muslimin mempersiapkan diri dengan kekuatan apa sahaja bila berhadapan dengan musuh. Teras mengira bahawa hampir 100,000 orang dari seluruh pelusuk Negara yang membanjiri Pehimpunan Hijau Ke Putrajaya di Stadium Alor Star Kedah semalam adalah digerakkan oleh hati-hati yang jernih untuk matlamat memenangkan Islam. Tidak ada upah dan elaun, tidak ada kemudahan kenderaaan, tidak ada saguhati, tidak ada kemudahan penginapan, tidak ada kerahan agensi kerajaan untuk memenuhi stadium itu. Menggagahi hujan yang lebat pada petangnya, berhimpit-himpit di padang dan tangga stadium sehingga tidak ada ruang sedikitpun untuk bergerak, tekun dan sabar serta bersemangat untuk solat berjamaah bersama pemimpin mereka, tekun mendengar ucapan sejumlah pemimpin dan penyokong kebenaran, menumpu perhatian kepada doa Mursyidul Am mereka, semua ini adalah ciri ke arah menyiapkan syarat kemenangan yang perlu dikekal dan dijadikan gelombang. Inilah perbezaan dengan mereka yang berhimpun dengan cara pacingan wang, kemudahan pengangkutan yang ditanggung semua, acara hiburan yang mengelorakan nafsu, elaun poket yang dibayar tunai, peruntukan wang kerajaan yang dibelanja tetapi berselindung di sebalik justifikasi program agensi kerajaan. Perbezaan inilah yang menggerunkan pihak yang melihat PRU13 sebagai "ibu segala pilihan raya". Kami berpendapat bahawa sementara sangat sukar untuk memperolehi kemenangan dalam kepungan sebuah sistem yang sudah dirangka sehingga tidak membenarkan ruang yang sama rata untuk berhujah dan bersaing dalam ruang demokrasi yang adil, namun tidak mustahil tsunami bakal berulang lagi. Semangat dari kecintaaan kepada kebenaran Islam yang jitu walaupun dalam sekatan yang dianggap maha mencabar inilah yang akan menentukan kemenangan hakiki. Ia perkara kecil jika ALLAH sudah memutuskan bahawa bila kebenaran tiba, kebatilan pasti akan hancur. Antara harapan dan yakin kepada ALLAH dan kerja keras inilah yang akan menjadikan perjuangan ini dirasai nikmatnya. Bagi mereka yang berpandangan dan beranggapan para pejuang Islam itu akan lelah dan kecewa sebenarnya akan jauh lebih kecewa kerana perjuangan Islam tidak pernah mati. Diperlaku sezalim mana sekalipun nafas perjuangan Islam tetap terus disambung. Ikhwan Muslimin di Mesir sudah melalui babak yang jauh lebih pahit. Kini ruang terbuka dan dengan penuh istiqamah mereka meniti kemenangan sedikit demi sedikit dan selangkah demi selangkah. Kami menyeru agar rakyat bersiap menempa zaman dan sejarah baru dengan gagah dan penuh bermaruah. Saatnya Putrajaya berada ditangan rakyat sudah tiba. -SH Ulasan GB Demikianlah, mereka yang beriman kepada Allah akan meyakini kemenangan Islam itu akan sampai juga bila tiba masanya. Kebenaran dan keadilan akan tetap akan mengalahkan kebatilan dan kezaliman. itu sunnatullah. Sudah seringkali GB tulis di dalam beberapa ulasan-ulasan GB yang lepas-lepas, ia nampaknya selari dengan nada kenyataan di atas. Dan seperkara yang menarik perhatian GB ialah pengakuannya: Tidak ada upah dan elaun, tidak ada kemudahan kenderaaan, tidak ada saguhati, tidak ada kemudahan penginapan, tidak ada kerahan agensi kerajaan untuk memenuhi stadium itu. Ia sekaligus melenyapkan tuduhan jahat manusia yang bernama Muhyiddin Mohd Yassin yang menyataan peserta himpunan hijau mungkin dibayar. |
Kerana Terlalu Banyak Memfitnah, Akhirnya Utusan Malukan Khalil Yaakob Posted: 03 Jun 2012 08:12 AM PDT Melaka 1 Jun - Selepas dikurnia Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Melaka daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Tun Mohd. Khalil Yaakob mengangkat sumpah menyambung khidmat jawatan tersebut bagi penggal ketiga hari ini. Istiadat tersebut bermula kira-kira pukul 4.30 petang apabila Mohd. Khalil melafazkan surat sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri yang berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.... (petikan Utusan, 2/6/2012) Ulasan GB Dah kerana terlampau banyak memfitnah dan menyiarkan berita-berita yang tidak bersifat objektif dan adil, maka kini hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya. Disasulkan tajuk beritanya dengan merendahkan Yang Dipertua Negeri Melaka Mohd Khalil Yaakob sebagai Ketua Menteri. Sama seperti kes sebuah stesyen TV swasta, TV3, yang sebelum ini pernah melakukan kesilapan yang apabila di dalam rancangan Buletin Utama, pembaca beritanya tersasul menyebut Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Ketika itu begini GB ulas: TV3, stesyen tv nombor 1 dalam negara yang kerap memfitnah dan memusuhi Pakatan Rakyat (PR). Akhirnya mereka sendiri akan "disilapkan" oleh Maha Pencipta. Berlaku bukan dengan kehendak mereka, tetapi kehendak Yang Maha Berkuasa. GB sudah tulis banyak kali, bahawa, begitulah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Mereka menyerang PR bertubi-tubi, tanpa disedari, natijah dari serangan itu, ia akan memakan diri mereka sendiri. Sungguh bodoh mereka yang menegakkan kebatilan, menyembunyikan kebenaran. Hukum Tuhan hendak dilawannya. |
Seorang MB Yang Bermentaliti Lembu! Posted: 03 Jun 2012 04:25 AM PDT KUALA TERENGGANU – Anggota keselamatan khususnya polis dan tentera diminta meletakkan jawatan sekiranya mempunyai hasrat menyertai parti pembangkang kerana tindakan itu jelas pengkhianatan kepada negara. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, selaku anggota yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara, tindakan mereka tidak seharusnya bercanggah dengan dasar pemerintah sedia ada. "Bagi saya, anggota keselamatan mereka berjuang pertahan negara dengan memikul senjata, tetapi kalau libatkan diri dengan pembangkang, maknanya ketika memakai uniform (bertugas) mereka pertahan negara dipilih rakyat. "Tetapi apabila pulang ke rumah dan menanggalkan uniform untuk menyertai pembangkang, seolah-olah perjuangan (pertahankan negara) sia-sia kerana tanggungjawab mereka seharusnya menyokong kerajaan yang memerintah," katanya ketika menghadiri Majlis Polis Bersama Komuniti Kuala Terengganu Hari Keluarga 1 Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, semalam. Ahmad berkata, sebagai anggota keselamatan yang dibayar gaji kerajaan yang memerintah hari ini, seharusnya sokongan tidak berbelah bagi diberi kepada kerajaan. Menurutnya, setakat ini beliau belum terima laporan wujudnya senario itu dalam kalangan anggota keselamatan. Ulasan GB Sedikit sahaja GB nak ulas: Inilah akibatnya apabila kaduk naik junjung. Atau mentalitinya mentaliti lembu. Memang betul pun dalam UMNO banyak lembu. |
‘Bangunlah Nak, Jangan Tinggalkan Ayah’ Posted: 03 Jun 2012 01:15 AM PDT Ledang: "Izwan, bangunlah nak, jangan tinggalkan ayah," rintih Hashim Kamat, 55, ketika memangku jenazah anak lelakinya yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 2, Jalan Sengkang-Bukit Gambir, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 9.50 malam, Mohd Izwan Farid, 19, meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Bukit Gambir. Hashim yang tiba tidak lama selepas kejadian sempat memangku jenazah anaknya hampir sejam sebelum jenazah dihantar ke Hospital Tangkak. Menurut Hashim, ketika menerima panggilan daripada adik Izwan, Hamizad, 16, berkaitan kemalangan itu, dia berasakan seolah-olah bermimpi dan tidak percaya dengan maklumat itu. "Ketika dimaklumkan berkaitan kejadian, saya berada di Kampung Parit Jarum Darat kerana menghadiri gotong-royong perkahwinan anak saudara. "Ia bagaikan mimpi kerana sejam sebelum itu, saya bertemu Izwan di rumah dan dia kelihatan ceria seperti biasa," katanya. Menurut Hashim, Izwan tidak bekerja pada hari kejadian dan sepanjang di rumah, dia juga tidak menunjukkan kelakuan pelik. Katanya, jarak lokasi kemalangan dengan rumahnya di Kampung Batu 19 hanya tiga kilometer. "Arwah tidak memaklumkan apa-apa dan ketika kejadian, dia kemungkinan dalam perjalanan ke Pekan Bukit Gambir untuk bertemu rakan," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kemalangan berkenaan. Harun berkata, mangsa dipercayai menunggang motosikal dari arah Sengkang menghala Bukit Gambir dan tiba di tempat kejadian, dia dipercayai cuba memotong kenderaan lain. "Mangsa berkemungkinan gagal memotong lalu memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Kelisa. "Akibat rempuhan itu, motosikal mangsa berkecai dan mangsa tercampak beberapa meter di atas jalan," katanya. -hm Ulasan GB Jarang sekali seorang anak mendapat sentuhan kasih sayang dari seorang bapa sebegini rupa. Lazimnya seorang anak (terutama lelaki) lebih rapat dan mendapat kasih sayang dari ibu. Namun dalam banyak keadaan di dalam hati seorang bapa terdapat kolam rasa kasih sayang yang sangat terpendam. Dengan sebab itulah mengapa sang bapa sanggup membanting tulang melakukan apa saja mencari sesuap nasi untuk menyara keluarganya dan kekurangan masa untuk bersama dengan anak-anaknya. Tetapi jauh di lubuk di hatinya... yang tak terluah dari mulutnya .. itulah yang dikasihi... isteri dan anak-anaknya... Tetapi berapa ramai anak yang memahami dan merasai betapa tinggi kasih sayang bapanya terhadapnya? |
[VIDEO] Perhimpunan PAS Aman Jika Tiada Provokasi Pihak Tertentu -updated Posted: 02 Jun 2012 10:50 PM PDT Himpunan Hijau Ke Putrajaya membuktikan perhimpunan PAS adalah yang paling aman jika tidak diserang dengan ganas, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Kita sentiasa membuktikan dalam semua perhimpunan kita dan kita membuktikan sekali lagi dalam Himpunan Hijau Jumaat lalu bahawa perhimpunan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) adalah yang paling aman jika kerajaan Umno tidak mengerahkan polis menyerang kita dengan ganas," katanya. Menurut Mahfuz, suasana aman dalam perhimpunan PAS dan PR bukan kerana diadakan di dalam atau di luar stadium kerana terbukti di mana pun perhimpunan PAS dan PR diadakan, semuanya berjalan dengan aman jika tidak diganggu dan diserang. "(Presiden PAS, Datuk Seri) Tuan Guru Abdul Hadi (Awang) pernah memimpin puluhan ribu orang berarak dari Masjid Kampung Baru ke Pusat Konvensyen KLCC dan akhirnya ke Kedutaan Amerika Syarikat. "Dari selepas solat Jumaat hinggalah jam lima petang, semuanya berjalan dengan penuh aman kerana kerajaan Umno tidak kerahkan polis serang demonstrasi dan perarakan itu. "Tidak ada sesiapa yang diganggu oleh mereka yang berdemonstrasi, tidak ada harta awam yang dirosakkan dan tidak ada perniagaan yang ditutup malah banyak kedai makan yang kehabisan makanan yang hendak dijual kerana mereka yang berdemonstrasi singgah makan dan minum, maklumlah pada masa itu penipu-penipu yang mengada-ngada belum dapat idea untuk mendakwa perniagaan mereka ditutup dan rugi," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Sebagai Pengarah Program Himpunan Hijau itu, Mahfuz berkata, perhimpunan itu akan diadakan di seluruh negara. Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program itu. "Saya bersyukur kepada Allah kerana dengan pertolongan-Nya, Himpunan Hijau dapat kita adakan dengan penuh gemilang. "Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ratusan ribu ahli dan penyokong PAS yang datang dari seluruh negara sehingga menjadikan himpunan itu begitu bermakna kepada perjuangan bersama," katanya. Menurut Mahfuz, kejayaan penganjuran himpunan itu adalah hasil dari komitmen yang luar biasa dari semua yang terlibat. "Kepada Unit Amal, Unit Keselamatan, Unit IT yang berjaya memberikan liputan program itu sehingga dapat disaksikan di seluruh dunia, Unit Perubatan, PAS kawasan-kawasan dari seluruh Kedah dan semua pihak yang terlibat menjayakan himpunan itu, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga dan jazakumuLlahu khairan kathira. "Saya yakin Umno semakin merasa bahangnya kerana komitmen untuk menjayakan Himpunan Hijau adalah muqaddimah kepada komitmen kita kepada kerja-kerja pilihan raya yang akan datang," katanya lagi. -HD PAS leads the way to peaceful rally |
Berita Ini Lebih Menggerunkan Najib Selepas Himpunan Hijau Ke Putrajaya Posted: 02 Jun 2012 07:43 PM PDT Hosni Mubarak dipenjara seumur hidup KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dihukum penjara seumur hidup selepas didapati bersalah atas tuduhan berkaitan pembunuhan lebih 800 penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat yang membawa kepada penggulingan beliau awal tahun lalu. Dua anak lelaki Hosni, Gamal dan Alaa, yang berhadapan dengan tuduhan rasuah juga hadir di mahkamah. Tuduhan ke atas mereka digugurkan. Beberapa pembantu Hosni juga dibebaskan. Bekas Menteri Dalam Negeri, Habib el-Adli, yang turut dikenakan tuduhan membunuh penunjuk perasaan, dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Pada Mei lalu, Habib didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, di mana ia membawa hukuman penjara 12 bulan. Bekas presiden berusia 84 tahun itu disabitkan kesalahan selepas melalui perbicaraan selama 10 bulan di sebuah mahkamah khas. Hosni merupakan bekas pemimpin pertama dibicarakan sejak Kebangkitan Arab awal tahun lalu. Beliau didapati bersalah mengarahkan pihak tentera melepaskan tembakan ke atas para penunjuk perasaan. Seramai 840 orang maut manakala lebih 6,000 orang cedera ketika kebangkitan rakyat, demikian menurut Amnesty International. INTIPATI KEPUTUSAN MAHKAMAH - Hosni Mubarak: Bersalah atas tuduhan bersubahat membunuh penunjuk perasaan dan dihukum seumur hidup; tidak salah tuduhan rasuah - Dua anak lelaki Hosni Mubarak: iaitu Alaa dan Gamal: Tidak bersalah atas tuduhan rasuah - Bekas Menteri Dalam Negeri Habib al-Adly: Bersalah atas tuduhan konspirasi membunuh penunjuk perasaan dan dihukum seumur hidup - Empat pembantu Habib: Tidak bersalah atas tuduhan subahat, menghasut dan menyediakan bantuan dalam melakukan pembunuhan dan cuba membunuh penunjuk perasaan - Ahli perniagaan Hussein Salem: Tidak bersalah tuduhan rasuah Hakim Ahmed Refaat terpaksa menangguhkan prosiding ekoran jeritan dan pergelutan tercetus dalam mahkamah selepas keputusan dibacakan. Laporan menyebut ada kedengaran laungan "hukuman mati satu-satunya penyelesaian" dan "dia (Hosni) yang membunuh harus mati". Insiden itu, yang disebabkan rasa tidak puas hati dengan hukuman yang dijatuhkan, memaksa hakim dan Hosni dibawa keluar dari bilik mahkamah khas yang dibentuk di Akademi Polis Kaherah. Hosni memerintah Mesir selama 30 tahun sebelum digulingkan pada Februari 2011. Ulasan GB Hukum kebenaran dan keadilan berjalan terus, bahawa selepas kisah kejayaan himpunan hijau ke Putrajaya di Alor Setar, tiba-tiba di Mesir pula Hosni Mubarak dijatuhkan hukum penjara seumur hidup. Selepas perhimpunan BERSIH 3.0 yang lalu, Najib Tun Razak pernah menyatakan tindakan peserta perhimpunan Bersih 3.0 cuba menggulingkan kerajaan UMNO BN dan mahu menjadikan Dataran Merdeka seolah-olah Dataran Tahrir yang mahu mengguling Hosni Mubarak. Kenyataan Najib itu dengan sendirinya mengiktiraf diri beliau sama bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak. Tuntutan BERSIH 3.0 lansung tidak dipedulikan tetapi apa yang beliau takuti ialah kerajaan UMNO BN bakal tumbang dengan kebangkitan rakyat kerana itu bererti juga beliau dan sekalian para menteri akan berhadapan dengan risiko diheretkan ke muka pengadilan. Lebih buruk jika bersalah dan akan menerima nasib seperti Hosni Mubarak di atas. Sebelum ini GB sudah membuat ulasan : .... Najib menuduh perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi. Ternyata ia satu penyelewengan fakta di mana yang diminta oleh rakyat ialah "sistem pilihanraya BERSIH & ADIL", bukan untuk mengguling kerjaan yang ada. klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment