Kelab Greenboc |
- Akhbar Cina Laporkan 100,000 Hadir Himpunan Hijau Ke Putrajaya
- Ini Baru Betul "Haramjadah" : Bujang Terlajak Mencabul
- KBS Sahkan Invois Tuntutan Stadium First Untuk K-Pop Bernilai RM2.04 juta Itu BENAR
- PM Melayu: DAPSY Setuju Kenyataan Hadi
- Emilia Contessa Berhasrat Jadi Ahli Parlimen Untuk Perjuangkan Akidah Islam
- Impian PR Tawan Putrajaya Semakin Menjadi Realiti
- [LAGI VIDEO & GAMBAR] Petanda Awal Runtuhnya UMNO BN Di Putrajaya
Akhbar Cina Laporkan 100,000 Hadir Himpunan Hijau Ke Putrajaya Posted: 02 Jun 2012 05:00 PM PDT Tulisan Di Gambar Atas : Malam "Hijau Ke Putrajaya" mencapai kemuncaknya apabila 100 ribu orang memenuhi stadium Darul Aman. Gambar kecil menunjukkan para pemimpin PAS mengangkat sumpah setia. Dari kanan, mereka adalah Hadi Awang, Nik Aziz, Azizan, Muhammad Sabu dan Nasaruddin. -terjemahan Sdra Poh Wee Chem. Tidak ada satu pun akhbar media massa arus perdana berbahasa Melayu atau Inggeris, melaporkan Himpunan Hijau Ke Putrajaya tetapi akhbar berbahasa Cina melaporkan dengan terang dan jelas, siap dengan foto yang yang dirakam pada malam perhimpunan bersejaran di stadium Darul Aman itu. Selain daripada itu, himpunan tersebut juga bukan sahaja dihadiri oleh ahli-ahli PAS tetapi juga ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS dari bangsa Cina dan India. Menunjukkan bahawa perjuangan PAS untuk menegakkan kebenaran dan keadilan bersama-sama dengan rakan sekutu di dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP kini sudah menerima sokongan padu dari rakyat Malaysia berbilang kaum. Menariknya, tanpa hiburan melalaikan, tanpa konsert K-Pop, tanpa upah dan tanpa imbuhan, tiada tarian dan nyanyian - berduyun-duyun dari segenap lapisan masyarakat membanjiri stadium Darul Aman - dengan satu matlamat - mara ke Putrajaya! |
Ini Baru Betul "Haramjadah" : Bujang Terlajak Mencabul Posted: 02 Jun 2012 09:08 AM PDT Tampin – Seorang pemastautin tetap berusia 52 tahun yang masih berstatus bujang mengaku bersalah atas pertuduhan mencabul kanak- kanak perempuan berusia 4 tahun sembilan bulan di rumah pengasuh di Kampung Tanjung Melintang, Gemencheh, 24 Mei lalu. Gambar: Rajab dihadapkan ke Mahkamah Majistret, semalam. Rajab Rajan, yang berasal dari Indonesia dan bekerja sebagai penoreh getah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret di sini semalam, selepas menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan buat kali pertama pada hari yang sama. Rajab didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali. Mengikut fakta kes, pada 24 Mei lalu, antara jam 2.30 hingga 5.30 petang di dalam sebuah rumah di Kampung Tanjung Melintang, Gemencheh, tertuduh telah mencabul kehormatan dengan cara memegang, meraba dan menggosok kemaluan kanak-kanak terbabit. Pada 25 Mei lalu, semasa berada di rumah mangsa di Rumah Rakyat Gemencheh, kanak-kanak perempuan terbabit mengadu sakit untuk membuang air kecil dan terdapat kesan merah di sekitar kemaluannya. Mangsa memberitahu keluarganya, lelaki Melayu dengan panggilan Rajab telah menyentuh kemaluannya semasa berada di rumah pengasuh. Susulan insiden itu, keluarga mangsa telah membuat laporan polis pada hari yang sama kira-kira jam 10 pagi dan kanak-kanak perempuan terbabit dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk pemeriksaan lanjut. Mangsa kemudiannya disahkan dicabul dan kini masih ditahan di hospital untuk rawatan lanjut. Majistret Marsilawati Mohd Shah menjatuhkan hukuman denda RM5,500 kepada tertuduh dan sekiranya gagal membayar denda, akan dipenjara enam bulan. Pendakwaan dijalankan oleh Inspektor P Pushpa Rani. |
KBS Sahkan Invois Tuntutan Stadium First Untuk K-Pop Bernilai RM2.04 juta Itu BENAR Posted: 02 Jun 2012 07:04 AM PDT KBS Tidak Guna Wang Kerajaan Bayar Persembahan K-Pop KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak menggunakan wang kerajaan untuk membayar persembahan tiga kumpulan K-Pop dari Korea Selatan pada Himpunan Jutaan Belia 2012 dari 23 hingga 27 Mei lepas, di Putrajaya. Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohid Mohamed (gambar) berkata kos membawa kumpulan itu oleh Stadium First Sdn Bhd (Stadium First) berjumlah RM900,000 (USD$300,000), dibayar menggunakan wang penajaan untuk konsert berkenaan. "Bagaimanapun, sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ia masih dalam proses perincian. "Kos RM900,000 ini ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat. Tiga kumpulan K-Pop yang membuat persembahan itu ialah U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet. Persembahan itu adalah antara 500 aktiviti yang dijalankan sepanjang lima hari Himpunan Jutaan Belia 2012. Mohid berkata KBS menerima tajaan berjumlah RM28 juta daripada syarikat-syarikat swasta dalam bentuk wang tunai, barangan dan pelaksanaan pelbagai program. "Kementerian ingin menjelaskan bahawa invois bernilai RM2.4 juta yang didedahkan dalam laman blog adalah invois awal yang dibuat berdasarkan kepada perkiraan awal yang dikeluarkan oleh agen kepada Stadium First. "Bagaimanapun, hasil perbincangan dengan agen berkenaan, Stadium First berjaya mendapatkan pengurangan dengan kos akhir membawa kumpulan K-Pop tersebut kepada RM900,000," katanya. BERNAMA Ulasan GB Ini berarti bahawa invois tuntutan yang didedahkan sebelum ini adalah BENAR. Jika ianya tidak didedahkan sebelum ini kemungkinan hangus wang rakyat. Persoalan baru kini ialah siapa empunya syarikat Stadium First yang dilantik KBS sebagai pembekal program yang telah membuat tuntutan lebih RM15 juta sempena Hari belia berkenaan. Apakah status syarikat berkenaan sehingga begitu besar jumlah nilai tuntatan dan berapa sebenarnya jumlah wang KBS yang telah dibayar semenjak ia menjadi panel kepada KBS untuk bekalan program KBS? Rakyat ingin tahu misi KBS membenarkan syarikat berkenaan membawa masuk artis-artis berpakaian lucah dari Korea itu untuk apa? Untuk menarik sokongan rakyat bukan Melayu terutama Cina untuk menyokong BN yang kini merudum bukan? Begitu terdesaknya UMNO BN kini, gunakanlah duit UMNO BN, bukan duit kementerian walaupun dari penajaan! klik untuk baca |
PM Melayu: DAPSY Setuju Kenyataan Hadi Posted: 02 Jun 2012 05:05 AM PDT Pakatan Rakyat (Pakatan) telah membuat ketetapan bahawa hanya Melayu Islam akan dilantik sebagai Perdana Menteri seandainya gabungan itu berjaya memenangi Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) akan datang. Ketua DAPSY Pusat, Anthony Loke berkata, DAP sebagai parti dalam Pakatan bersama PKR dan Pas tidak pernah mempertikaikan perkara itu dan keputusan telah dicapai mengenainya. "Jika Pakatan berjaya dalam pilihanraya umum nanti dengan menguasai Putrajaya maka Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dlantik sebagai Perdana Menteri. Bukankah Anwar seorang Melayu Islam?," soalnya. Anthony berkata demikian kepada TVSelangor hari ini bagi mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan jawatan Perdana Menteri perlu diisi Melayu Islam sebagai wakil kaum terbesar dan berpengaruh di negara ini. Abdul Hadi dalam laporan media berkata, Pas berpegang kepada asas resolusi pakatan pembangkang yang berpandukan Perlembagaan yang jelas mengenai Islam sebagai agama Persekutuan, hak Bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Raja Berpelembagaan. "Perlembagaan memang tidak menyebut siapa-siapa (Perdana Menteri)…..itu semua orang tahu tapi dari segi realitinya, kita perlu ikut kaedah demokrasi iaitu kepemimpinan mestilah dari kalangan kaum terbesar yang berpengaruh (Melayu)," katanya yang juga Ahli Parlimen Rasah. Sebelum ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh dilaporkan mahu terus berjuang untuk membolehkan bukan Melayu dilantik menjadi Perdana Menteri. Anthony menambah, DAP tidak akan melayan sebarang laporan berita sebegitu yang dimainkan media pro Umno-BN yang cuba menggambarkan ketidaksepakatan pakatan pembangkang. Beliau berkata, keputusan sudah dibuat mengenainya dan tidak perlu dipertikaikan lagi. "Kita tidak akan terperangkap dengan sebarang cubaan untuk mengganggu gugat keutuhan yang telah dibina dalam Pakatan. "Apa yang pasti usaha itu tidak memberi sebarang kesan," katanya. -selangorku Realiti Malaysia PM perlu Melayu Islam |
Emilia Contessa Berhasrat Jadi Ahli Parlimen Untuk Perjuangkan Akidah Islam Posted: 02 Jun 2012 02:47 AM PDT Jakarta: Penyanyi tahun '70-an dari Indonesia, Emilia Contessa (gambar), berkata penglibatannya dalam arena politik akan membuka ruang untuk beliau bergelar Ahli Parlimen pada pilihan raya Indonesia, yang dijadualkan pada 2014. Gambar: Wajah terbaru Emilia Contessa. Foto SHAARI CHE MAT(mstar) Beliau berkata, hasratnya adalah bagi memperjuangkan hak dan akidah Islam di negara itu agar tidak terus tercemar dan berharap usahanya akan mencapai kejayaan. "Saya sudah 13 tahun berjuang dalam politik. Malah, saya pernah kalah ketika pengundian tetapi saya tidak pernah patah semangat. "Hasrat saya memang tinggi menggunung untuk memperjuangkan akidah umat Islam di Indonesia," kata Emilia, 55 tahun, lapor mStar Online. Emilia, yang mewakili parti Persatuan Pembangunan iaitu satu-satunya parti yang memperjuangkan hak masyarakat Islam Indonesia, berkata penglibatannya dalam politik telah membataskan kerjayanya dalam bidang seni. Ujarnya, ia disebabkan beliau perlu berkempen ke serata tempat mencari pengaruh yang memaksanya menolak banyak undangan persembahan pentas. "Saya amat bersyukur pada ketika ini saya masih mendapat banyak undangan menyanyi tetapi saya tidak dapat memenuhi semuanya kerana saya aktif berpolitik. "Saya juga meninggalkan terus dunia lakonan," jelasnya yang pernah popular dengan lagu Penasaran, Bunga Mawar, Rindu, Mungkinkandan Kehancuran. Walaupun tidak terlalu aktif dalam bidang seni, beliau sentiasa memperuntukkan masa satu jam sehari untuk mengasah vokalnya dengan menyanyi sambil diiringi piano. Menurutnya, latihan tersebut mampu membuatkan seseorang itu mengekalkan kelunakan suara masing-masing walaupun ketika usia sudah lanjut. Menyentuh mengenai kisah peribadi, Emilia yang pernah tiga kali berumah tangga berkata suami ketiganya adalah seorang duda, yang juga ahli politik berketurunan Arab iaitu Encik Ussama Muhammad Al Hadar. Hasil keseluruhan perkahwinan itu, beliau dikurniakan empat anak. Salah seorang daripada anaknya iaitu Denada Elizabeth Anggia Ayu, yang merupakan penyanyi rap di Indonesia.
|
Impian PR Tawan Putrajaya Semakin Menjadi Realiti Posted: 02 Jun 2012 12:00 AM PDT Lebih 50,000 banjiri Himpunan Hijau ke Putrajaya Seolah-olah seperti mahu menandingi kehadiran besar di majlis ulangtahun ke-66 Umno di Bukit Jalil Stadium baru-baru ini, PAS berjaya menarik lebih 50,000 penyokongnya yang membanjiri perhimpunan parti itu malam tadi yang dikenali sebagai 'Himpunan Hijau ke Putrajaya'. Semangat di kalangan hadirin begitu tinggi sekali seolah-olah Pakatan Rakyat baru sahaja memenangi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka dipanggil pada bulan Jun atau tahun depan. Gema laungan 'Takbir' berkemundang ke udara ketika para penyokong masuk membanjiri padang perhimpunan tersebut, manakala yang lainnya berpusu-pusu di luar Stadium yang hanya mampu menampung sehingga 35,000 orang. Bermula dari jam 9 malam, Stadium Darul Aman dibanjiri lautan hijau apabila sebahagian besar hadirin memakai kemeja-T, Baju Melayu atau baju kurung warna tersebut sebagai tanda sokongan kepada perjuangan kumpulan alam sekitar, Himpunan Hijau. Mereka mengibarkan bendera parti tanpa henti-henti, melaung dan bertepuk gemuruh setiap kali penceramah membuat kenyataan yang menarik. Antara penceramahnya ialah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Mohamed Sabu, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, dan Pesuruhjaya PAS Negeri yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. PAS ikrar komitmen ke Putrajaya Kemuncak acara tersebut ialah kemasukan beberapa personaliti terkemuka menyertai PAS - dua orang selebriti, enam pemain bola sepak, termasuk beberapa pemain kebangsaan, dan seorang profesor - Nik Mohd Zain Nik Yusuf. Artis wanita, Wan Aishah Wan Ariffin, menitiskan air mata ketika menyampaikan ucapan penuh emosi apabila memberitahu hadirin bahawa dia baru sahaja menyertai parti Islam itu. "Tetapi jangan lupakan kami apabila tiba di Putrajaya," katanya. Tetapi kemuncak pada malam tadi mestilah kemunculan Pengerusi Bersama BERSIH dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said di majlis itu, di mana hadirin begitu teruja dengan deklamasi puisi untuk pemuda yang menurutnya akan akan memimpin jalan ke Putrajaya. Ia diikuti dengan ikrar oleh ahli PAS untuk terus kukuh dan teguh dalam perjuangan mereka. Ikrar tersebut dibacakan oleh Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali. 'PAS tidak sendirian ke Putrajaya' Sementara itu, kehadirin pada malam tadi adalah dua kali ganda daripada sebelah pagi dan petang tadi apabila PAS mengadakan sesi berasingan dengan penyokongnya - pada waktu pagi di ibupejabat parti itu di Kota Sarang Semut, dan pada waktu petang di stadium yang sama dengan Pemuda PAS. Ribuan anggota Pemuda hadir pada kira-kira jam 4 petang walaupun dalam keadaan menempuh hujan lebat dan ribut petir untuk mendengar ucapan pemimpin mereka termasuk Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasharuddin Tantawi. Apabila masuk waktu Asar, orang ramai bersolat di atas padang walaupun hujan. Kemudian parti itu melancarkan maskot - animasi dua watak yang bernama 'Hadi dan Huda'- sebagai simbol Muslim yang baik. Mengenai tema perhimpunan itu - Himpunan Hijau ke Putrajaya - Mahfuz selaku ketua jawatankuasa penganjurnya, memberitahu sidang akhbar di akhir acara itu bahawa ia tidak bermakna PAS menuju ke pusat pentadbiran negara itu secara sendirian. Menurutnya, rakan-rakan gabungan perlu bekerjasama dan PAS akan menyumbang dalam apa cara yang boleh untuk mencapai matlamat bersama itu. -mk PAS leads the way to peaceful rally klik untuk baca |
[LAGI VIDEO & GAMBAR] Petanda Awal Runtuhnya UMNO BN Di Putrajaya Posted: 01 Jun 2012 09:08 PM PDT Inilah (gambar) jawapan PAS terhadap kesemua tindakan dan kejahatan Najib dan UMNO. Dan ketahuilah bahawa doa orang yang dizalimi itu tiada hijab (penghalang)lagi diantara mereka dengan Allah swt. "Himpunan Hijau Ke Putrajaya" yang berlansung di Alor Setar kini adalah satu manifestasi besar dari rakyat yang telah sekian lama diperbodohkan dan dizalimi, ia adalah satu petanda awal bahawa Najib, UMNO dan BN akan terhumban keluar dari Putrajaya. Dalam tempoh tak sampai dua minggu, notis untuk berhimpunan di warwarkan, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS yang berkebetulan Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah yang diamanahkan untuk mengemudi Perhimpunan Hijau ini, telah berjaya menggembelengkan ahli-ahli PAS dari seluruh negara untuk hadir di perhimpunan yang bersejarah ini. Setiap ahli PAS yang datang ke Alor Setar hanya berbekalkan sekeping hati yang tulus tetapi cekal, tiada imbuhan tiada kemudahan tiada upah. Yang terngiang di kepala hanyalah satu hajat dan satu tujuan: UMNO BN perlu dikeluarkan dari Putrajaya untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dihancurbinasakan oleh rejim Najib, UMNO dan BN. Kekejaman dan kezaliman UMNO BN bersama jentera-jentera mereka: Polis, SPR, SPRM, JPN, ROS dan lain-lain perlu diberikan noktah besar yang terakhir. Ini bukan majlis dansa sepertimana himpunan-himpunan anjuran UMNO BN, di sini tiada tarian, tiada lagha.... yang ada ialah takbir membesarkan Ilahi. Yang ada ialah peringatan-peringatan dari pimpinan dan yang ada ialah solat hajat sebagai bukti ahli PAS tidak takut dan tidak mengharap kepada sesiapa pun kecuali Allah swt. Firman Allah yang bermaksud: "Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" (Al-Anfal : 63). Meskipun syarat-syarat ketat telah diberikan oleh polis kepada pihak penganjur terhadap perhimpunan hijau ini, namun kesemuanya berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Itu satu bukti yang mata nyata, bahawa PAS adalah kumpulan manusia yang meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan tertinggi disamping mendaulatkan kalimah "Allahu Akbar" sebagai slogan yang bakal menumbangkan raksaksa UMNO BN di Putrajaya. Sepertimana yang GB selalu utarakan, hukum kebenaran dan keadilan pasti berlaku. Kita selaku umat yang beriman kepada Allah swt berkeyakinan, bahwa Dialah Zat Yang Maha Adil, Maha Pengasih lagi Penyayang, dan kita merasa terhibur dengan janji-janji Allah yang tidak mungkin diingkariNya Dalam sejumlah ayat Al-Qur'an, Allah menjanjikan bahwasanya pada kesudahannya kelak bumi ini akan diwariskan dan dikuasai oleh orang-orang baik, adil dan bertaqwa. Allah swt. berfirman, "Dan kami hendak memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi, dan Kami hendak menjadikan mereka sebagai pemimpin dan akan mewarisi bumi ini." (QS. Al-Qasas ayat 5). Ayat di atas secara kontekstual menceritakan tentang orang-orang Yahudi yang ditindas Fir'aun, dan Allah menjanjikan kepada mereka nanti untuk menjadi pemimpin dan pewaris bumi. Meskipun demikian, maksud ayat tersebut tidak dibatasi dengan peristiwa yang dialami bangsa Yahudi waktu itu saja, karena ayat ini ingin menjelaskan bahwa orang-orang yang tertindas dan diperlakukan dengan zalim, suatu saat nanti akan menjadi penguasa dan pemimpin di atas bumi ini. Jadi ayat tersebut menyatakan, bahawa yang akan menjadi pemimpin dan pewaris bumi adalah orang-orang yang tertindas. Pada ayat lainnya Allah berfirman, "Sesungguhnya, bumi ini akan diwarisi hamba-hamba-Ku yang saleh." (QS. Al-Anbiya, 105). Ayat tersebut dengan jelas menyatakan, bahwa bumi ini akan diwariskan kepada orang-orang yang baik dan saleh. Jadi yang akan mewarisi dan menguasai bumi, pada akhirnya adalah orang-orang yang saleh. Dalam Al-Qur'an surat An-Nur ayat 55, Allah berfirman, "Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang beriman dan beramal kebaikan di antara kalian, bahwa Dia benar-benar akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa. Dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menggantikan keadaan mereka aman setelah mereka ketakutan." Ayat di atas menjelaskan, bahwasanya Allah berjanji akan menyerahkan kekuasaan atas bumi ini kepada orang-orang yang beriman dan beramal kebaikan. Beranjak dari tiga ayat di atas dan keimanan, tampak bahawa Allah tidak akan melanggar janjiNya, dan sememangnya Allah tidak memungkiri janji. Kita selaku kaum muslim yakin, bahawa penderitaan, penindasan dan kezaliman serta pembolotan hasil kekayaan negara berkumpul yang hanya di kalangan mereka akan berakhir, dan dunia ini akan berada di bawah kepemimpinan orang-orang yang baik, bijak dan saleh, sehingga pemerataan keadilan dan kedamaian akan tertegak. PAS bersama-sama rakan seangkatan di dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP akan tetap menang akhirnya menghumban keluar UMNO BN dari pesada pemerintahan negara. Itulah keyakinan kita, itulah kenyakinan orang beriman dan itulah yang ILTIZAM yang tak akan kunjung padam sebelum ia menjadi kenyataan. Biar apa pun pencacai-pencacai UMNO hendak kata. Mereka akan tetap binasa. Masanya tetap tiba! -GB Laporan penuh: Hampir 100,000 hadir Himpunan Hijau "Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya : Bilakah datang pertolongan Allah? Ingatlah! Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." (Al-Baqarah : 214) klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment